You are on page 1of 5

Falsafah PIN

Falsafah PIN
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk
dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu
membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan pro"gresif
serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh
falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju
menurut acuan sendiri menjelang 2020.

2. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan
untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan
negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan
antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

3. Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan

matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira
pelbagai perkembangan dan cabaran baru.
Konsep
4. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta
bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga
memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara
dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika,
sekaligus negara yang berintegriti.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan
sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara
semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan
amalan masyarakat serta institusinya.

6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor

dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi
governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya
meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip
pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus,
adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam
masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti

mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor
tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti
seluruh masyarakat dan negara.
Objektif Umum
7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu
menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
Objektif khusus
8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :
o

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka

dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu
padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat
dan diamalkan dalam semua bidang;
o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan
negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan
Kesimpulan
9. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai
sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang
ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga
akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih
berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi
masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat
dan diamalkan dalam semua bidang;
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan
negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan

Kesimpulan

9. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai
sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang
ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga
akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih
berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi
masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

You might also like