You are on page 1of 1

PENGGUNAAN LAGU MENULIS UNTUK MEMPERTINGKATKAN

PENGUASAAN POSISI MURID SEMASA MENULIS SERTA


MENINGKATKAN KEKEMASAN PENULISAN MURID

Oleh
Choo Su Chin

ABSTRAK

Pengkaji mendapati murid menggunakan posisi yang salah semasa menulis dan menyebabkan
tulisan tidak kemas. Penyelidikan tindakan ini menekankan penggunaan Lagu Menulis
untuk mempertingkatkan penguasaan posisi murid semasa menulis sehubungan itu murid
dapat menulis dengan kemas. Responden penyelidikan tindakan ini terdiri daripada 5 orang
murid iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari SJK (C) di negeri Perlis. Instrumen
yang digunakan adalah soal selidik, diari pengajaran dan pembelajaran dan data berbentuk
dokumen. Semua data akan dianalisis secara analisis kandungan. Daripada hasil soal selidik
dan diari pengajaran dan pembelajaran menunjukkan responden dapat menggunakan posisi
yang betul semasa menulis dan tulisan menjadi kemas. Data berbentuk dokumen
menunjukkan bahawa tulisan respoden menjadi kemas setelah posisi semasa menulis telah
diperbetulkan. Secara ringkasnya, penggunaan kaedah ini dapat memperbetulkan posisi
responden dan mempertingkatkan penguasaan kekemasan penulisan responden.

You might also like