You are on page 1of 3

Latihan Topik 3

1. Antara organel berikut, yang manakah tidak dapat dilihat pada sel prokariot?
A.
B.
C.
D.

Nukleus
Jasad golgi
Flagella
Membran sel

2. Pada Rajah 1, bahagian bertanda X adalah _____________ pada mitokondria.

Rajah 1
A. Tilakoid
B. Krista
C. Matriks mitokondria
D. Membran dalam

3. Apakah organel yang menjalankan fungsi untuk mengubah suai rantai polipeptida baru dan
sintesis lipid di dalam sel eukariot?
A. Ribosom
B. Sitoskeleton
C. Kloroplas
D. Retikulum endoplasma

4. Bagaimanakah vesikel berbeza daripada vakoul?


A. Vesikel tidak dihasilkan dari membran.
B. Vesikel sering terlibat dalam penyimpanan bahan.
C. Vesikel ditemui di dalam sel tumbuhan.
D. Vesikel adalah kecil.

5. _______________ merupakan sejenis protein membran yang bertanggungjawab dalam


memulakan perubahan dalam aktiviti sel dengan bertindak balas terhadap isyarat di luar.
A. Integrin
B. Reseptor insulin
C. Pengangkut glukosa
D. Koneksin

6. Kepekatan kalsium di dalam sel adalah sebanyak 3%. Kepekatan kalsium dalam bendalir di
sekitar sel adalah sebanyak 1%. Apakah jenis pengangkutan yang membolehkan sel
mendapatkan lebih banyak kalsium?
A. Resapan
B. Osmosis
C. Pengangkutan pasif
D. Pengangkutan aktif

7. Kadar osmosis dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut kecuali


A. bekalan ATP.
B. kelajuan pergerakan.
C. kuantiti bahan larut.
D. ruang rongga pada permukaan membran.

8. Yang manakah antara berikut adalah contoh pengangkutan aktif?


A. Pergerakan sisa bahan keluar daripada buah pinggang.
B. Sel-sel buah pinggang menyerap semula air untuk mengelakkan semuanya menjadi air
kencing.
C. Satu botol minyak wangi pecah dan baunya dapat dihidu di semua sudut kedai yang
besar.
D. Pergerakan molekul air memasuki sel tumbuhan yang terendam dalam larutan hipotonik.

9. Respirasi sel adalah penukaran tenaga yang ________ .


A. disimpan dalam ATP kepada tenaga yang digunakan untuk melakukan kerja
B. terdapat dalam cahaya matahari kepada tenaga yang disimpan di dalam sebatian organik
C. disimpan didalam makanan kepada tenaga ATP
D. disimpan dalam ATP kepada tenaga yang tersimpan di dalam makanan

10. Tanpa enzim ________, proses penyatuan dua molekul melalui proses hidrolisis tidak
berlaku.
A. transferase
B. hidrolase
C. liase
D. ligase