You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 1
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

PEMETAAN

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

10

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan
maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan kerja buat sendiri menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4

Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6

Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

OM7

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM8

Mengenal pasti kaedah meyimpan rekod secara sistematik.

OM9

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

1
(Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK


BIL
1
2

7
8

TAJUK
Organisasi bengkel dan keselamatan
Reka bentuk dan penghasilan projek

Elektrik

Kerja paip

Mesin jahit

Tanaman hiasan

Pengenalan kepada perniagaan


Penubuhan dan pengendalian
perniagaan

BAND

JUMLAH

B1

B1

B1

B2

B3

B4

B5

B6

B1

B2

B3

B4

B1

B2

B3

B4

B1

B2

B3

B3

B1

B2

B3

B4

B1

B2

B1

B2

B3

B4

BIL
9

TAJUK
Dokumen perniagaan

Pengeluaran

BAND

JUMLAH

B1

B2

B3

B4

B1

B2

B3

B4
JUMLAH

1
38

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 1

10

BIL
1

TAJUK
Organisasi bengkel dan
keselamatan

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan


empat amalan 4M.

B2

Menerangkan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan


dua amalan 4M.

TAJUK

BAND

Reka bentuk dan penghasilan


projek

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan


empat faktor utama reka bentuk dan tujuh alatan tangan termasuk mesin.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan lima
alatan tangan termasuk mesin dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan


projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan


projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan
masalah mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan


projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan
masalah dengan daya usaha1.

BIL
2

BAND

DESKRIPTOR

B6

prosedur1
daya usaha1
nilai tambah1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan


projek secara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk
penyataan masalah dengan nilai tambah1.
: Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau
isometrik.
: Lakaran mesti:
(i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan)
(ii) Bersih
: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu mengambarkan idea tersendiri murid.

11

BIL
3

TAJUK
Elektrik

prosedur2

BIL
4

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.

B2

Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segi
fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan


membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

: Mengikut urutan langkah kerja yang betul.

TAJUK
Kerja paip

BAND

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis paip.

B2

Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan tiga paip yang disambung
pada tangki simpanan air dan enam jenis penyambung paip dari segi fungsinya.

B3

pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip dengan membuat penyenggaraan


perangkap.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip secara sistematik


dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

12

BIL
5

TAJUK
Jahitan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.

B2

Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit
dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas jahitan dengan


menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas jahitan secara


sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
melengkung mengikut prosedur2.

13

BIL
6

BIL
7

cirinya1

TAJUK
Tanaman hiasan

TAJUK
Pengenalan kepada
perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.

B2

Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran


medium semaian.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


menyemai keratan dalam medium semaian.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan empat


jenis milikan perniagaan dan lima fakor yang mempengaruhi perniagaan.

B2

Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan tiga


jenis milikan perniagaan dari segi cirinya1.

: Berdasarkan modal, bilangan pemilik dan liabiliti.

14

BIL
8

TAJUK
Penubuhan dan
pengendalian perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan memberikan


dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

B2

Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan


menjelaskan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang penubuhan dan


pengendalian perniagaan dengan menyediakan penyata aliran tunai.

B4

Prosedur3

BIL
9

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan


pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata aliran
tunai mengikut prosedur3.
: Betul dari segi format dan pengiraan serta tepat dari segi jawapan.

TAJUK
Dokumen perniagaan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang dokumen perniagaan dengan memberikan lapan jenis


dokumen dalam perniagaan dan dua syarat masa serahan.

B2

Menerangkan tentang dokumen perniagaan dengan menjelaskan dua syarat masa


serahan.

B3

B3D7
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan
dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang perlu
dibayar.

B4

B4D7
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan
secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira
jumlah yang perlu dibayar mengikut prosedur3.

15

BIL
10

TAJUK
Pengeluar

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang pengeluaran dengan memberikan empat bidang pengeluaran.

B2

Menerangkan tentang pengeluaran dengan menjelaskan tiga bidang pengeluaran.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran dengan


mengira kos pengeluaran.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara


sistematik.

16

LembagaPeperiksaan,
KementerianPelajaranMalaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
KompleksKerajaan Parcel E,
PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

17

You might also like