You are on page 1of 11

Soalan 3a : Kumpulkan maklumat mengenai isu kod etika di sekolah yang anda

pernah menjalani praktikum.


Perkataan etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani Ethos yang
bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku
manusia yang baik. Menurut ahli - ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan
perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain. Menurut
Nikki (2009) etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenal passti berkaitan
dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu. Oleh itu kod etika
profesion keguruan membawa maksud peraturan untuk membantu guru yang
professional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion.
Hal ini bertujuan untuk memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang tidak
diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan.
Profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang tergolong dalam
golongan professional. Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep professional
merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara
ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal
tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga
bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus,
berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod
etika yang tersendiri.
Dewasa ini seringkali kita melihat dan terdengar pelbagai isu yang timbul dan
melanggar etika profesion perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan,
profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir
guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini
terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet
ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat
profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan suci. Isu yang akan
cuba diketengahkan oleh saya adalah berdasarkan pengalaman saya menjalani
praktikum di salah sebuah sekolah yang terdapat di Miri Sarawak.
Isu pertama yang akan dibincangkan oleh saya adalah berkenaan masalah
ponteng sebagai isu yang melanggar etika perguruan. Menurut Kamus Dewan Edisi

Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh, tipu, lari
daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala ponteng dari segi
istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit
mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran
bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri
ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa
alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya
seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh
dianggap sebagai ponteng kerja.Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari
daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas
utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat,
melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan
berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.
Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah,
ponteng kelas dan ponteng tugasan. Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir
bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab yang tidak munasabah.
Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan
pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering
diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng
sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti
sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.
Seterusnya adalah ponteng kelas iaitu guru tidak masuk mengajar ke kelas atau
lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa
pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru
yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong
dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan
aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah.
Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam
akademik. Jenis ponteng yang terakhir adalah ponteng tugasan. Guru tersebut tidak
melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru
tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum

dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan


yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis
ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah
akan terbantut. Kebiasaanya kes yang sering berlaku di sekolah adalah guru
seringkali melengah-lengahkan masa untuk masuk ke kelas. Ada juga di kalangan
guru yang keluar kelas awal sebelum waktunya. Pada masa beginilah perkaraperkara yang tidak diingini berlaku kepada murid seperti kecederaan fizikal dan
bergaduh di dalam kelas. Selain itu, guru yang berada berjauhan dari keluarga
seperti guru yang menetap di semenanjung dan mengajar di Sabah dan Sarawak
atau sebaliknya seringkali ponteng sekolah. Apabila cuti sekolah seperti cuti
pertengahan tahun atau cuti penggal mereka akan meminta cuti lebih atau
menggunakan cuti sakit sebagai cuti tambahan kepada mereka. Alasan guru yang
mengambil cuti tambahan ini kebiasaannya kurang munasabah dan lebih kepada
urusan peribadi. Berikutan daripada hal ini, pihak pentadbiran terpaksa menyusun
jadual bagi menggantikan guru yang ketiadaan di sekolah pada waktu tersebut.
Murid juga akan ketinggalan dalam pembelajaran daripada murid yang berada di
kelas lain. Isu ini telah mendapat tempat oleh pengkaji-pengkaji pada masa kini dan
faktor yang mengakibatkan berlakunya isu ini terbahagi kepada dua iaitu faktor
luaran dan faktor dalaman.
Faktor dalaman yang mengakibatkan isu ponteng berlaku adalah berpunca
dari guru sendiri iaitu guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama.
Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas,
amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di
antara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah. Walaupun
ramai di antaranya yang berpuasa dan menunaikan solat tetapi perbuatan seperti
ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,2010). Guru
menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan
dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal
untuk dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga. Selain itu guru terbeban dengan
hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa
kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa
tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Guru juga seringkali
mendapat gangguan emosi. Apabila emosi individu tersebut tidak stabil akan

menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan


negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada
tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan
seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat
(Pendidik, April2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai
keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan
markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang
diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa,
rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerjaguru yang lain. Penambahan
masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,dan ponteng kerja.
Bagi faktor luaran yang mengakibatkan isu ini timbul adalah beban tugas guru
yang semakin hari semakin melampau. Dalam hal ini, guru yang menghadapi
tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan
budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu
mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat.
Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu
mengajar,menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa
melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga
mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Seorang guru di Sarawak juga
menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan
bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa
pada tempat kerja guru. Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng daripada
membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan. Disamping itu, faktor
luaran yang menjadi punca berlakunya pontenga adalah kurangnya pemantauan
dari pihak pentadbir. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah
kakitangan bawahan. Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan,
tetapi lebih kepada mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh
mengganggu tugas-tugas mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil
tindakan serta merta kepada guru yang sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini
akan diikuti oleh guru-guru lain apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru
Besar tidak mengambil tindakan kepada guru yang melakukan kesalahan.
Seterusnya isu yang timbul sepanjang saya melaksanakan praktikum dan
internship adalah isu berkenaan penyalahgunaan masa di kalangan guru pada masa

kini. Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Maka, di dalam Islam itu sendiri
telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul
adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu
pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada
murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu
yang amat berguna.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan
pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku
kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai
dan menurunkan tandatangan. Pada zaman kini, ada sekolah yang menggunakan
punch card atau menggunakan perisian komputer yang menggunakan pengesanan
corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula diberi kuasa mengizinkan
guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu dan mereka
perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang
memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah
dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar.
Antara beberapa perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa
yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari ialah
guru lewat masuk ke kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu
loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka
akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru
lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini
tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh
semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu
penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan
di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. Sepanjang menjalani praktikum
dan internship, isu penyalahgunaan masa ini seringkali dilihat berlaku. Guru yang
mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari
sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan
kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya
waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu
kelas ke kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang
lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Jika berlaku

sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada murid, guru tersebut akan
dipersalahkan kerana lambat untuk masuk ke kelas. Ada di kalangan guru yang
memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala
memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Awal-awal tahun,
ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data sehingga
meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan yang amat
penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang datang ke sekolah saban hari
mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak awal pagi mereka telah
bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk belajar.
Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang
mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang
tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala
negatif akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel
ini berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak masuk
kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.
Terdapat dua faktor yang telah dikesan berkenaan isu penyalahgunaan masa
ini. Faktor pertama yang menyumbang kepada isu ini adalah individu tersebut.
Faktor individu adalah sikap indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap
yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen
dalam kerja,kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap
ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan
sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam
mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal
diterima pada setiap bulan. Faktor seterusnya adalah pihak pentadbiran yang kurang
tegas dengan sikap guru. Penguatkuasaanyang lemah dan kurangnya pemantauan
yang dilakukan telah mendorongkepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada
pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani
untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada
tindakan mereka.
Isu

seterusnya

yang

semakin

menjadi-jadi

di

sekolah

adalah

isu

penyalahgunaan wang di sekolah. Setiap tahun kerajaan akan menyediakan


peruntukan bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sekolah untuk sepanjang
tahun tersebut. Jumlah wang yang diperuntukkan akan diberikan kepada sekolah

untuk dibincang dan diagihkan secara sama rata mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Isu penyalahgunaan wang yang sering berlaku di sekolah adalah seperti
memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada
pengedar,

melakukan

pembelian

tanpa

mengikut

tatacara

pembelian,

mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru


mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak
sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru
tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak
lagi. Hal-hal seperti ini telah menjurus kepada penyalahgunaan wang di kalangan
guru di sekolah.
Antara faktor-faktor yang mengakibatkan isu ini timbul adalah berpunca dari
individu

yang

menguruskan

wang

itu

sendiri.

Guru

yang

terlibat

dalam

penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah.
Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,maka guru
menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam
menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan
wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah
dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara
pengurusan kejayanya.
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak
pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan
yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah.
Apabila tiada pemantauan yang dijalankan dari pihak pentadbiran maka guru
tersebut semakin menjadi-jadi menyalahgunakan wang sekolah. Penyalahgunaan
wang di sekolah bukan sahaja memberikan impak kepada sekolah, malah murid
juga turut merasa impaknya.
Secara keseluruhannya, isu-isu berkenaan keguruan yang timbul ini telah
melanggar kod etika. Individu dan pihak lain perlu turut sama terlibat dalam
menyelesaikan isu yang timbul supaya kerjaya kita tidak akan dipandang serong dan
menjadi buah mulut di kalangan masyarakat pada masa kini.

Soalan 3b : Berdasarkan isu-isu yang telah dikenalpasti, bincang bagaimana


sekolah telah menanggani isu tersebut dari pelbagai perspektif.
Dewasa ini seringkali kita mendengar dan melihat di dada akhbar berkenaan
isu-isu yang melibatkan profesion keguruan. Isu-isu ini seringkali dibincangkan di
dada akhbar dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Antara isu-isu yang
seringkali timbul adalah berkenaan guru seringkali ponteng, guru menyalahgunakan
wang sekolah dan guru mencuri masa. Isu-isu ini perlu dibendung bagi menjamin
kualiti pendidikan di negara kita dan membentuk murid-murid menjadi modal insan
kelas pertama.
Bagi menyelesaikan isu ponteng di kalangan guru, pelbagai pihak perlu
bekerjasama dan menjalankan peranan masing-masing. Pihak pentadbir perlu
mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering
ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan
sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan merekadi sekolah.
Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini
bagimengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar
perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari. Di samping pihak pentadbir
juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini
supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan
lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak. Setelah perbincangan bersama guru
bermasalah telah dijalankan dan guru tersebut masih berkelakuan yang sama, pihak
pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi
amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak
pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru
yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut. Namun
demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar
mempunyai kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib
selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.
Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan
cara aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang
yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi

yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai
tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan
dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah
seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau
mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa
berubah. Oleh itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu
budaya sekolah agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa
puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima
pandangan orang lain jika pandangan tersebut boleh mendatangkan manfaat
kepada semua ahli dalam organisasi. Dengan cara ini, masalah ini yang berfaktor
dalaman guru seperti kurang motivasi dan gangguan emosi boleh diatasi dengan
jayanya.
Langkah seterusnya adalah bagi menyelesaikan isu penyalahgunaan masa di
kalangan guru individu tersebut seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka
bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan
kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak
kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi
masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan
masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta
terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya
yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka
seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.
Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan
dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada
keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu
mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku
yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya. Selain itu, pihak
pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap
prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,
maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas.
Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia
memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir

tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya,
pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan
mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang
dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar
kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini.
Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah
memberikan

nasihat

dan

dorongan

supaya

guru

yang

terlibat

dalam

penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat
juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik.
Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri
tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan
dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk
berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan
yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifatsifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log
aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada
pembaziran masa.
Masalah ketiga yang sering menjadi isu kod etika di sekolah adalah
penyalahgunaan wang oleh guru. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini
sudah tentulah guru besar bersedia untuk mengambil tindakan. Guru besar
hendaklah

mengambil

tindakan

segera

terhadap

segala

kelemahan

yang

dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekapbagi


mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,membuat
penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan
mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan,pekeliling - pekeliling dan
arahan-arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan
tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap
teguran dan nasihat Audit agar dapatmempertingkatkan kualiti pengurusan
kewangan di sekolah.
Selain itu, rakan sejawat juga memainkan peranan yang penting dalam
membendung isu ini. Sebagai rakan yang baik seharusnya menyedarkan individu

terseut bahawa perbuatan tersebut tidak baik samaada dari segi agama atau nilai
murni yang hendak dijadikan teladan kepada murid di sekolah. Jika perkara tersebut
masih berlaku setekah diberikan nasihat, rakan sejawat boleh melaporkan hal ini
kepada pihak pentadbir.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh
kepada kod etika yang telah digariskan serta menghayatinya. Isu-isu yang
melanggar kod etika perlu dibendung supaya warga pendidik di negara ini
mempunyai sikap beritegriti yang tinggi. Sebagai pendidik yang mendidik anak
bangsa, sikap-sikap negatif perlu disingkirkan kerana kita adalah role model kepada
mereka.