You are on page 1of 2

EDU 3083

ISL M18
Tajuk : Nyatakan kemahiran professional guru yang sepatutnya
Diamalkan

Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang


diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang
profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah
juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks
profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran profesional guru iaitu:
i.
ii.
iii.

Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi


Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu
tinggi
Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing
murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga


harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi
oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa
keadaan sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat


keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja
mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang
terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,
pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk


menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan
internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran

kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info
komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah
menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti
Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru
berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion
keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap
aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya
bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri


sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan
perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail
Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

You might also like