You are on page 1of 9

Prasekolah merupakan peringkat awal dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu

berumur 4 hingga 6 tahun sebelum beralih ke sekolah rendah. 80%


perkembangan otak kanak-kanak mencapai kesempurnaan pada tahap pra
sekolah ini. Mereka perlu dirangsang dengan baik untuk membangunkan
kecerdasan pelbagai dan antaranya ialah dalam bidang Matematik. Oleh kerana
itulah, maka perkembangan dunia pendidikan mula membuat orang dewasa
sedar akan pentingnya pendidikan kanak-kanak sejak awal dan pelbagai sekolah
turut menggunakan pelbagai model pendekatan pembelajaran untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah itu
sendiri iaitu, menyuburkan potensi murid dalam semua bidang selain menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki
sekolah rendah, beberapa objektif perlu dicapai dan antaranya ialah mempunyai
kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Dalam bidang
matematik pula, penting bagi setiap guru agar memperkenalkan kepada kanakkanak akan konsep asas matematik. Guru perlu membina pengetahuan dan
pemahaman

kanak-kanak dalam bidang

matematik

kerana matematik

melibatkan nombor serta penyelesaian masalah.

Disamping itu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah digubal dalam
memastikan penghasilan produk negara yang berkualiti menerusi generasi baru
seawal umur empat tahun didedahkan dengan pendidikan prasekolah yang
merangkumi pelbagai aspek. Salah satunya adalah dalam matematik. Untuk
pengajaran matematik bagi murid-murid prasekolah, pemilihan buku kerja yang
sesuai adalah sangat penting. Guru perlu mencari buku yang menyeluruh dari
segi konsep dan kemahiran agar murid-murid dapat memahami konsep
matematik seterusnya dapat menguasai kemahiran yang diajar. Selain itu,
aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam buku tersebut pula mestilah menarik dari
segi ilustrasinya agar murid-murid prasekolah merasa seronok menjawab soalan

serta mampu mengekalkan tumpuan serta perhatian mereka ketika belajar. Buku
kerja yang saya hasilkan ini adalah buku kerja Matematik khusus untuk muridmurid prasekolah. Terdapat tiga Topik dalam buku ini iaitu Operasi tambah
dalam lingkungan nombor 10, Duit dan Bentuk Tiga Dimensi. Setiap set soalan
mempunyai teknik dan cara menjawab yang berbeza serta perlu dikuasai oleh
murid-murid prasekolah agar mudah untuk mereka meneruskan pembelajaran di
sekolah rendah kelak. Setiap satu topik mengandungi dua aktiviti. Setiap aktiviti
pula memenuhi kehendak atau matlamat dalam pembelajaran murid prasekolah.

Topik : DUIT

Kanak-kanak mendapat banyak pengetahuan matematik melalui penggunaan


wang dalam kehidupan harian mereka. Belajar untuk mengira dan
menggunakannya serta mengecam duit, penggunaan wang syiling adalah
kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam
memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi selain
kemahiran berbahasa. Memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang
ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.

Objektif Aktiviti

Lazimnya, duit sama ada syiling ataupun wang kertas mempunyai nilai-nilai
tertentu yang tertera pada duit tersebut agar mudah untuk membezakan nilainya.
Penting bagi murid-murid prasekolah untuk mengenali seterusnya mengetahui
nilai wang syiling dan kertas untuk memudahkan mereka menggunakan wang

dalam situasi kehidupan yang sebenar. Dalam topik ini, pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat mengecam duit yang berlainan
nilainya iaitu duit dalam bentuk wang kertas dan dalam bentuk duit syiling
dalam mata wang Malaysia yang diwakili oleh simbol RM dan sen. Dalam
aktiviti satu untuk topik ini, murid akan dapat mengenal wang kertas bernilai
RM1 iaitu dari segi bentuk dan warnanya. Manakala dalam aktiviti dua, murid
akan dapat mengenal wang kertas RM5 setelah membuat penambahan lima
keping wang kertas RM1.

Murid akan dapat mengenal wang kertas dengan mengetahui nilai setiap wang
kertas menggunakan warna-warna yang berbeza. Murid juga akan dapat
mengetahui ciri-ciri setiap wang kertas seperti RM1 berwarna biru, RM5
berwarna hijau dan RM10 berwarna merah. Murid juga akan dapat mengetahui
wang mana yang mempunyai nilai yang paling tinggi dan nilai yang paling
rendah.

Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan syiling contoh ataupun syiling sebenar adalah sangat penting dalam
topik ini, agar murid lebih mengenali syiling tersebut. Begitu juga dengan wang
kertas. Bagi aktiviti satu, iaitu mengecam wang kertas bernilai RM1, guru boleh
menggunakan lagu bertajuk Ten Little Sen iaitu menggunakan lirik lagu

tersebut berserta syiling dan wang kertas untuk digunakan di dalam lagu ini.
Terlebih dahulu, guru perlu mengajar murid-murid lagu tersebut dengan
menyediakan liriknya untuk dihafal oleh murid-murid atau sekurang-kurangnya
boleh dinyanyikan mengikut rentak lagu Ten Little Indians. Ketika muridmurid sedang menyanyikan lagu tersebut, guru perlu meletakkan setiap wang
syiling yang disebut oleh murid pada papan bermagnet seperti contohnya, jika
lima sen yang disebut, guru akan meletakkan syiling lima sen pada papan
bermagnet. Untuk wang kertas pula, lirik yang menyebut sen akan ditukar
dengan perkatan ringgit dan guru akan melakukan perkara yang sama iaitu
meletakkan wang kertas pada papan bermagnet mengikut wang kertas yang
disebut oleh murid ketika menyanyi.

Dalam aktiviti dua pula, guru akan menggunakan wang kertas sebenar bernilai
RM1 beberapa keping serta RM5 dan RM10. Guru perlu menunjukkan kepada
murid jumlah wang kertas RM1 sebanyak lima keping dan menjadikan nilai
wang tersebut sebanyak RM5. Guru akan menggunakan wang kertas RM5
sebagai ganti kepada lima keping wang RM1 tadi dan bukannya wang kertas
RM10 yang digunakan untuk lima keping wang RM1. Dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, dengan menggunakan syiling serta wang kertas sebenar, guru
boleh membuat lakonan aplikasi aktiviti jual beli yang melibatkan murid-murid.
Dengan cara ini, murid-murid akan dapat mengetahui nilai wang mereka ketika
membeli.

Langkah dalam Mengendalikan Aktiviti

Dalam aktiviti satu, guru perlu meletakkan wang kertas bernilai RM1, RM5 dan
RM10 terlebih dahulu pada papan bermagnet. Guru akan melabel wang-wang

tersebut mengikut nilainya menggunakan nombor dan perkataan. Contohnya


wang kertas RM1 di tulis RM1 dan Satu Ringgit. Begitu juga dengan wang
kertas lain seperti wang kertas RM5 dan RM10. Murid akan menjawab soalan
yang diberi berdasarkan wang-wang yang terdapat pada papan bermagnet.
Murid akan menjawab soalan tersebut dengan menulis nombor nilai wang yang
terdapat pada soalan serta menulis dengan perkataan nilai wang tersebut.

Bagi aktiviti dua, menggunakan wang-wang yang sama yang dilekatkan pada
papan bermagnet juga, murid akan memilih nilai wang bagi hasil jumlah wangwang yang disediakan pada sebelah kiri. Murid akan mengira dan membuat
operasi penambahan untuk mendapatkan jumlah-jumlah wang kertas yang
diberikan. Murid hanya perlu membulatkan sahaja jawapan pilihan mereka iaitu
membulatkan pada wang kertas yang mewakili nilai jumlah wang di sebelah
kiri.

Topik : Bentuk Tiga Dimensi

Kanak-kanak seawal umur empat hingga enam tahun kurang berkemampuan


dalam menggambar atau membayangkan bentuk ataupun pepejal. Bagi mereka,
kedua-duanya adalah sama dan mengelirukan. Kanak-kanak belajar mengenai
bentuk geometri seperti bentuk tiga dimensi adalah melalui pendedahan
sewajarnya dalam aktiviti pembelajaran dan pengalaman.

Objektif Aktiviti

Murid perlu mengetahui dan membezakan bentuk Dua Dimensi dan bentuk
Tiga Dimensi. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran topik ini, murid
akan mengenali nama dan bentuk Tiga Dimensi. Dalam aktiviti satu, murid
perlu mengenali nama-nama bentuk Tiga Dimensi dan bagaimana bentuknya
agar murid mengingati bentuk dan nama objek-objek tiga demansi yang diajar
oleh guru. Manakala dalam aktiviti dua pula, murid akan mewarnakan bentuk
yang sama dengan objek contoh yang bertujuan untuk tidak mengelirukan
murid-murid antara bentuk Dua Dimensi dan bentuk Tiga Dimensi agar murid
bertambah ingat bentuk tiga dimensi selain akan dapat mengecam bentuk tiga
dimensi di dalam kehidupan atau situasi sebenar mereka.

Disamping itu, murid akan lebih mengenali bentuk-bentuk dan ciri-ciri objekobjek dua dimensi dan tiga dimensi. Setiap bentuk objek tiga dimensi juga
mempunyai nama tertentu, mengikut ciri-cirinya yang perlu diketahui oleh
murid. Contohnya, kuboid mempunyai lapan bucu, empat segiempat tepat dan
dua segiempat sama. Selain itu, murid-murid juga akan dapat membandingkan
pelbagai benda yang mempunyai bentuk-bentuk yang sama dengan objek
berbentuk tiga dimensi. Sebagai contoh, bola mempunyai persamaan dengan
bentuk sfera dan kotak tisu pula mempunyai persamaan dengan bentuk kuboid.

Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam pembelajaran bentuk tiga dimensi ini, guru memerlukan benda maujud
atau konkrit, iaitu objek sebenar bentuk-bentuk tiga dimensi utama seperti
bentuk

kuboid,

bentuk

kiub,

piramid,

sfera

dan

silinder.

Dengan

memperlihatkan objek-objek sebenar tiga dimensi, murid akan senang dan dapat
mengingat bentuk-bentuk tersebut. Selain itu, bentuk-bentuk tersebut perlulah

dilabel dengan namanya agar murid dapat menyebut namanya sambil


memegang bentuk objek yang disebut itu. Dalam aktiviti satu untuk topik
bentuk tiga dimensi ini, murid-murid perlu mengetahui nama dan memadankan
dengan bentuknya.

Disamping itu, dengan menggunakan bentuk-bentuk objek yang telah dilabel


dengan nama itu tadi, guru akan menerangkan ciri-ciri bentuk tiga dimensi
tersebut. Guru juga perlu memberi persamaan bentuk objek tersebut dengan
objek lain. Guru perlu menggunakan objek lain selain bentuk tiga dimensi
seperti bola, buku, kotak tisu ataupun sandwich. Sekiranya tidak terdapat objekobjek berbentuk tiga dimensi, guru perlu kreatif dan bertindak bijak dengan
membina objek-objek berbentuk tiga dimensi menggunakan kertas manila. Guru
juga boleh menggunakan benda-benda yang berbentuk tiga dimensi seperti buku
dan kotak sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh
melakar bentuk-bentuk objek tersebut pada kertas manila dan melabelkan nama
objek tersebut untuk memudahkan murid menghafal atau mengingati objek
tersebut.

Langkah dalam Mengendalikan Aktiviti

Dalam aktiviti satu topik bentuk tiga dimensi ini, murid perlu menyebut nama
bentuk pada sebelah kanan dan membacakan ciri-ciri bentuk nama objek yang
disebut itu. Kemudian murid-murid memadankan nama yang tersenarai pada
sebelah kanan kepada bentuk-bentuk tiga dimensi tersebut yang terdapat di
sebelah kiri. Murid akan menyebut nama bentuk dan menunjukkan bentuk objek
berdasarkan nama yang disebut itu. Manakala dalam aktiviti dua untuk topik
bentuk tiga dimensi ini, murid perlu memilih apakah bentuk yang sesuai atau

yang sama dengan objek yang disediakan, kemudian murid perlu mewarnakan
bentuk tiga dimensi yang dipastikan sama bentuknya dengan objek yang berada
di sebelah kiri. Objek-objek tersebut merupakan objek-objek yang biasa ditemui
dalam situasi sebenar kehidupan murid-murid.

PENUTUP

Bidang pengajaran matematik tidak sama dengan pengajaran mata pelajaran


yang lain. Apatah lagi pengajaran matematik untuk prasekolah yang jauh lebih
mencabar berbanding murid-murid sekolah rendah. Untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempastikan bahawa murid-murid
telah menguasai dua per tiga daripada objektif yang disenaraikan. Penggunaan
lembaran kerja yang sesuai adalah penting agar murid-murid dapat menguasai
konsep serta kemahiran yang diajar oleh guru. Banyak elemen yang perlu
diambil kira jika ingin menggunakan beberapa buah buku kerja untuk kegunaan
murid. Buku yang digunakan bukan sahaja perlu mengikut sukatan pelajaran
yang sama dengan sukatan pelajaran semasa, malah perlu sesuai dan mencapai
semua peringkat kemahiran yang dipelajari. Dari segi penghasilan buku tersebut
pula, terutamanya elemen ilustrasi, buku tersebut perlu menarik dari segi
penyampaian warna kerana murid-murid prasekolah lazimnya akan tertarik
dengan buku-buku yang berwarna dan menarik.

Bagi guru pula, buku-buku kerja yang digunakan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran sebagai buku kerja perlulah sesuai mengikut umur dan tahap
kebolehan murid. Ini kerana, tahap setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu,
guru perlu memilih buku yang sesuai tahap atau arasnya untuk semua murid.
Penggunaan buku yang berlainan boleh dipakai tetapi hanya sesuai digunakan

untuk aktiviti pengukuhan. Buku yang digunakan sebagai buku kerja untuk
murid-murid akan menjadi alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
memudahkan tugas guru kerana guru tidak perlu mencetak atau mencari soalan
daripada sumber-sumber lain lagi kerana sudah mempunyai buku kerja yang
sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan
Mayberry, J.'w. (1981). An investigation of the van Hiele levels of geometric thought in
undergraduate preservice teachers. Doctoral Dissertation, University of
Georgia ,
Mok Soon Sang(1996), Pengajian Matematik
UntukDiplomaPerguruan.KumpulanBudimanSdnBhd,KualaLumpur.

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP.
Schumann, H. & Green, D. Discovering geometry with a computer - using Cabri-gomtre.
Bromley, Kent, England: Chartwell-Bratt.

http://homeschooling.about.com/od/basicmath/qt/teachingarea.htm
http://www.math.umt.edu/tmme/vol1no1/TMMEv1n1a3.pdf
http://www.reference.com/browse/theory+0f+van+hiele+1950+
http://www.nctm.org/standards/content.aspx?id=17278

You might also like