You are on page 1of 4

Lebah

Lebah
Lebah

Lebah Madu mengutip debunga

Pengelasan saintifik
Alam:

Haiwan

Filum:

Artropoda

Kelas:

Insecta

Order:

Hymenoptera

Suborder:

Apocrita

Superkeluarga:

Apoidea

(tiada peringkat):

Anthophila

Famili
Andrenidae
Apidae
Colletidae
Dasypodaidae
Halictidae
Megachilidae
Meganomiidae
Melittidae
Stenotritidae
Sinonim
Apiformes
Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan
mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies
lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar
yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang
berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau
menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian,
lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau
kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan
seperti lebah tunggal, Wikipedia:Sumber petikan membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain
untuk
meningkatkan
jumlah
besar
keturunan
di
sarang.

Lebah

Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di
pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan
madu bunga dan debunga.

Pembahagian jenis-jenis lebah


Lebah dibahagi kepada beberapa pengelasan untuk mudah dikenali atau dikelaskan. Antaranya:
1. Andrenidae- (lebah liar yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
2. Megachiledae- Lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
3. Xylocopidae - Lebah tukang kayu (carpenter bees)
4. Bombidae- bumble bees
5. Apidae - Lebah madu (honey bees)

Pembahagian tugas
Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
lebah jantan.
Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi
makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur
kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah
pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga
anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.

Kitar hidup
Kitar hidup lebah dibahagikan kepada empat peringkat:
1. telur;
2. larva;
3. pupa;
4. lebah dewasa. (terbahagi kepada 3 kasta utama, Ratu (lebah betina produktif), Raja (lebah jantan) dan lebah
pekerja (lebah betina tidak produktif)
Telur yang menetas akan menjadi larva. Pada peringkat ini, lebah pekerja akan memberi larva makan debunga dan
nektar. Nektar yang dikumpul oleh lebah pekerja sebahagiannya disimpan sebagai madu. Setelah beberapa hari, larva
bertukar
kepada
pupa
dan
seterusnya
menjadi
anak
lebah.

Lebah

Galeri

Sarang lebah yang bergayut di sebuah istana

Sarang lebah yang telah diambil


madunya

Pautan luar
Gambar carian Google

[1]

Rujukan
[1] http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Apis+dorsata%22

Lebah sedang mengumpul debunga

Sumber dan Penyumbang Rencana

Sumber dan Penyumbang Rencana


Lebah Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3228980 Penyumbang: Aurora, Hishamuddin Zainuddin, Jufert, Ma Hzi Wong, Malekhanif, Master2841, Mhby87, Nipisiquit, PM
Poon, Tiyoringo, Yosri, 11 suntingan oleh tanpa nama

Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej


Fail:Plumpollen0060.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Plumpollen0060.jpg Lesen: GNU Free Documentation License Penyumbang: Aphaia, ComputerHotline,
Duesentrieb, Ghouston, Kersti Nebelsiek, Maksim, Quadell, Satyrium
Fail:Sarang lebah.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Sarang_lebah.jpg Lesen: GNU Free Documentation License Penyumbang: Gidip, JMCC1
Fail:YosriSarangLebah.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:YosriSarangLebah.jpg Lesen: tidak diketahui Penyumbang: Yosri at ms.wikipedia
Fail:Bees Collecting Pollen 2004-08-14.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Bees_Collecting_Pollen_2004-08-14.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: Jon Sullivan

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0
//creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/