You are on page 1of 4

Hari yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna


BismilLahirrahmanirrahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat
Yang Dihormati
Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil
Pn. Hjh. Zabidah binti Ibrahim
Ketua-ketua Penolong Setiausaha
Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Seterusnya
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin
Samsir, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ---Q--Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mas AlHafiz bin
Samsir atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob,
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat. Dipersilakan. ---Q--Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, atas ucapan

yang telah disampaikan sebentar tadi.


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ku sepanjang perkhidmatan beliau di
Bahagian Pengurusan Maklumat
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. ---Q--Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah
Ku Ahmad atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad ---Q--Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan
Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Mudah-mudahan ianya dapat menggamit kenangan-kenangan manis kita
selama berkhidmat bersama-sama dengan Kak Ku. ---Q--Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Syed
Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk
mengiringi Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan

Maklumat untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah
Ku Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q--Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku Ahmad untuk menerima
cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada seluruh warga BPM. Dipersilakan.
---Q--Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin
Wan Yaacob menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para hadirin diminta
berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, seterusnya menyaksikan buat kali
terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu
sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi

Wa Barakatuh.