You are on page 1of 18

ISU BANJIR

KILAT
Pembentang:
Ooi Lean Lee
Tan Cher Eing
Tan Siang Ing
Ter Chin Hsien

Maksud Banjir
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami
atau mengenangi sesuatu kawasan atau
tempat yang luas.

Maksud Banjir Kilat


banjir yg berlaku dengan serta-merta atau
dengan tidak disangka-sangka.

Gambar Banjir Kilat yang diambil oleh


pelajar

Faktor-faktor Berlakunya Banjir


Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir
berlaku.

Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.


Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawasan tanah rendah dipenuhi air

Sistem perparitan
tidak terancang
kekurangan sistem perparitan yang dibina, sistem perparitan terlalu kecil
dan cetek.
Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit
menyebabkan banjir kilat berlaku

Sikap manusia yang membuang


sampah ke dalam sungai
aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampahsarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai
menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat mengalirkan air
hujan yang banyak.
Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan
berlaku.

Faktor semula jadi:


Hakisan tebing sungai
apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis
tebing-tebing sungai.
Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di
dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Kawasan hutan yang


semakin berkurangan
air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan.
Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak
ke dalam sungai.
Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang
banyak, maka berlakulah banjir kilat.

KESAN-KESAN
BANJIR

Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan
pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko,
kelapa sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman
ini akan merugikan para petani.

Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah
kediaman serta menghayutkan serta merosakkan
barang-barang lain seperti barang-barang elektrik,
kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar
kepada penduduk.

Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan
manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis
keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di
merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis
penyakit seperti taun dan malaria.

Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa
terutamanya di kawasan yang rendah dan
berhampiran dengan sungai.

Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya,
bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis
penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan
perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang
tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai
keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di
samping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

Cara-cara Mencegah Banjir Kilat


Menyediakan
sistem
perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan


kumuhan hendaklah dibersihkan selalu.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek
pendalaman
sungai

Mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di dalam


sungai.
Demikian, sungai mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan
banyak.

Memelihara
hutan

Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap


air hujan dan mengalir perlahan-lahan ke anak sungai.
Bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan
kejernihan air.

Mengawal
aktiviti
manusia

Mengadakan kempen mencintai sungai


Badan-badan tertentu bertanggungjawab menentukan sungai
sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

You might also like