You are on page 1of 5

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang

5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )

1 biji bawang besar ( potong dadu )

3 ulas bawang merah ( dikisar )

2 ulas bawang putih ( dikisar )

segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau
ayam

3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)

3 sudu besar serbuk kari

2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )

Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang


1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang
sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk
nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,
masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih
dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat
lembutkan kentang dengan cepat.

5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh
lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk
dan boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )

dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta
atau marjerin )

satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam

Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan
tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum
mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan
tepung ubi mengikut resepi mereka.

50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )

50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )

Cara buat kulit karipap

Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak


masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan
sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika
minyak sudah tidak panas.

Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan
garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan
biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.

Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk
dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan
karipap.

Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena
pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang
kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2 sb Majerin*
cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada
suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan
adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga
hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan
keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan
garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukk

Resepi Karipap Kentang Ayam

Resepi Karipap Kentang Ayam


Ditulis oleh : bukuresepi

Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 20 | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 5
Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:
1 biji bawawang besar(cincang)
3 ulas bawawang putih(cincang)

6biji kentang(potong dadu)

isi ayam(agak2)

3 sudu makan serbuk kari daging

1 kiub ayam

Air

garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kulit:


2@3cwn tepungg gandum
1 senduk kecil marjerin(penuh)+2sudu makan myk masak d cairkan

air(agak)

Cara Penyediaan:
Cara untuk Inti:
1. Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
2. Tumis bahan cincang smpi.wangi
3. Masuk isi ayam,kacau
4. Masuk kentang ,serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai
pecah minyak
5. bila agak kering,tambah air lagi &kiub..kacau smpi kiub hancur
6. masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering..tutup
api dan siap.
7. *Tip: nak tambah daun sup(hiris halus)@ganti ayam dgn sadin pun boleh
8. Cara cara penuh:
9. Masuk tepung gandum dlm bekas, buat lubang di tengah-tengah
10. Tuang sedikit marjerin yang di cairkan(panas-panas untuk medapatkan kulit yang
rapuh)..
11. Gaul sebati.bole tambah air klu rasa kurang, uli smpi jadi doh(Uli sampai tak
melekat di tangan.).
12. Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dgn penggelek nipis-nipis menggunakan doh
roller
13. Letekkan sedikit inti di tengah
14. Gunting utk bagi sama dan klim
15. Goreng hingga garing. dan sedia di hidangkan

You might also like