You are on page 1of 4

SK METHODIST (ACS)

JALAN MELAWIS, 41000 KLANG

KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM

TAJUK:
SOLAR LIGHT SYSTEM

DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN SAINS
SK METHODIST (ACS)

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Methodist
(ACS) untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai
sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba
boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Sains Sk Methodist (ACS).
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Penggunaan tenaga yang tinggi
2. Kos penyelengaraan yang tinggi
SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam
kawasan sekolah terutama bahan kemahiran hidup dan sumber yang sediaada.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:


1. Melahirkan murid yang mampu untuk bersaing dan berkerjasama dalam
pasukan melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam
mata pelajaran Sains
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini ialah dalam linkungan RM100.00. Antara
bahan-bahan yang diperlukan ialah :
-

Solar Panel X1
LED X 16 biji
Bateri lion boleh cas x 2
Kotak lampu

TINJAUAN DAN KAJIAN


Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis lampu yang dihasilkan
dengan kos yang tinggi dan memerlukan penyelenggaraan daripada pihak luar yang
tinggi. Dengan kajian yang dijalankan dapat melhirkan murid yang berwibawa dan
berminat dalam penyelenggaraan dan dapat mengurangkan kos tersebut.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang serta
penyambungan dawai dan elektrik yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari :
Mesyuarat Agung Persatuan Sains = Program Inovasi akan
dimasukkan dalam agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan
memulakan pencarian
litar dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku panduan
pendawaian elekrikal ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan pembelian peralatan dan perkakasan
3. Mac
: memulakan projek dalam kumpulan
4. Mei
: Pasaran sampel produk dalam sekolah Kalangan guru
5. Jun
: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta
dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam
merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan
dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada
murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

You might also like