You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MASA

PERISTIWA
Ketibaan tetamu
khas

BUTIRAN PENYAMPAI
Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Baharum bin Haji Samat,
Pegawai Pendidikan Daerah Bera masuk ke dewan.
Semua hadirin diminta berdiri.
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin
diminta bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan aluan
pengerusi majlis

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.
Yang berbahagia . En. Baharum bin Haji Samat, Pegawai Pendidikan
Daerah Bera,
Yang berusaha,
1. En Haminordin bin Mustafa, Penyelia Pra Sekolah Daerah
Bera,

1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

PENYAMPAI

2. Pn. Kelsom bt Hj Mohd Sidek, Guru Besar Sek Keb Kuala


Triang merangkap Pengerusi Pra Sekolah Daerah Bera,
3. En. Jabarudin bin Basri, Guru Besar Sek Keb SK
Kerayong selaku pengerusi pengelola program
Yang dihormati barisan pentadbir, ahli jawatankuasa Karnival
Permainan Prasekolah, guru-guru pra sekolah, guru-guru
pengiring, pembantu-pembantu pengurusan murid, ibu bapa serta
anak-anak prasekolah yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutup Karnival Prasekolah
bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring peringkat Zon Mengkarak
A 2014.
Bacaan doa

Apa diterbang di tengah lembah


Tentunya kayu saya lentangkan
Semoga berkat majlis disembah
Bacaan doa kita dahulukan.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan
Al Fadhil Ustaz Zamhariri Bin Zakaria,
untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan .

UCAPAN ALUALUAN
PENGERUSI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-NYA.
InsyaAllah
Indah mentari terbit di kuala
Tampak cahaya cerah berserakan
Sebelum majlis kita bermula
Ucapan alu-aluan kita dahulukan

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

PENGELOLA
Sebagai ucapan pembuka tirai kita pada hari ini, majlis mempersilakan
_______________________________________________________________
_
_____________________________________Prasekolah untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
_____________________________
___________________________________
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan kedua

Ucapan
perasmian

Tidak lengkap kiranya jika kita tidak mendengar ucapan dari


______________________________________________ selaku
______________________________________________. Dengan ini, majlis
seterusnya mempersilakan _______________________________ unk
menyampaikan ucapan.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput perhiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata perasmian.
Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan
En. Baharum bin Haji Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Bera untuk
memberi ucapan dan seterusnya mengumumkan perasmian penutup Karnival
Permainan Prasekolah Pertandingan Bola Jaring dan Futsal Peringkat Zon
Mengkarak A.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Baharum bin Haji Samat,
Pegawai Pendidikan Daerah Bera atas ucapan sebentar tadi.

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

PENYAMPAIAN
HADIAH

.
Indah sungguh di pagi ini
Berwarna-warni berseri-seri
Tiba kini acara dinanti
Penyampaian hadiah bermula kini
Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu upacara penyampaian hadiah kepada
para peserta.
Bagi menyempurnakan majlis ini dijemput
_____________________________________________mengiringi
_____________________________________________ untuk menyampaikan
hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil
penyertaan kepada semua peserta.

Johan kedua
ketiga
Cenderahati
pengadil
Cenderahati vip
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan,
4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi,


maka berakhirlah Karnival Permainan Prasekolah Peringkat Zon
Mengkarak A bagi tahun 2014
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Lebah bukan sebarang lebah
Lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah berkarang jari sepuluh
Majlis memohon kemaafan atas segala
kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

kepincangan

dan

Majlis mempersilakan Yang Berusaha


_____________________________________________________
dan
Yang
Berusaha
_______________________________________
untuk mengiringi Yang Berbahagia En. Baharum bin Haji Samat
menikmati jamuan ringan yang disediakan dan Hadirin juga
dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.
Sekian, wabillahi taufikwalhidayah assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

You might also like