Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia.

1 & 2 Oktober 2009

1

TAJUK: Pengaruh Catan Indonesia Dalam Pengkaryaan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. e-mail: hassan@fsm.upsi.edu.my hasmoli@yahoo.com Blog: http://senivisual2.blogspot.com http://cikgupsv.blogspot.com Tel: +06019 2191659 Abstrak: Pada sekitar 1950-an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, hubungan sempadan antara Malaysia dan Indonesia masih rapat dan sentiasa mempunyai hubungan secara langsung. Justru dalam seni lukis juga hubungan terjalin dengan mesra. Pada masa itu naskah-naskah makalah perjuangan kemerdekaan banyak datangnya dari Indonesia. Perkembangan ini sealiran dengan perkembangan seni lukis Melayu di Malaya (Malaysia) pada ketika itu. Sekitar 1930-an hingga awal 1950-an perkembangan seni lukis di Malaysia (Pada ketika itu Tanah Melayu atau Malaya) banyak dipengaruhi dengan gaya catan Eropah dan gaya catan Cina. Perubahan besar berlaku sekitar tahun 1947 apabila seorang warga Indonesia dari Bogor iaitu Mohammad Hoessein Enas datang ke Pulau Pinang dengan membawa satu gaya seni lukis yang memberi kekuatan kepada seni lukis Malaya. Pengaruh beliau begitu kuat hingga tertubuhnya Angakatan Pelukis Semenanjung (APS) sekarang dikenali Angakatan Pelukis SeMalaysia. Gaya catan beliau sangat mempengaruhi dunia catan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu. Pengaruh catan Mohammad Hoessein Enas menjadi dominan dalam catan-catan orang Melayu sehingga persaingan kemeriahan berpameran menjadi kekuatan dalam seni lukis orang-orang Melayu pada pada sekiran 1950-an. Catan Pelukis-Pelukis

Pendahuluan: Perkembangan catan di Malaysia tercatat dalam lipatan sejarah bermula sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu pengaruh kuat dalam catan di Malaysia adalah dari negara Eropah dan negara Cina. Pengaruh catan Eropah dipelopori dari kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ yang telah didaftarkan pada tahun 1896. Kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ ini adalah dikalangan kolonial dari British yang banyak mempengaruhi genre lukisan pemandangan alam seperti catan tradisi pelukis Turner dan Constable serta realisme zaman Pre-Raphelites. Kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ dalam kelompok elit dikalangan isteri-isteri pembesar kolonial yang berminat dengan seni lukis. Terdapat beberapa orang tempatan antaranya Abdlullah Aris dengan gaya pelukisan ekspresionis menggunakan bahan cat air.

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

2

Pengaruh dari negara Cina sangat kuat pada masa itu, Kumpulan pelukis ini adalah datang bersama imigran perniaga-peniaga Cina. Kebanyakan datang dari lembah Xu Beihong. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama Yong Mun Sen datang ke Malaya (Malaysia), beliau datang melalui Singapura (pada masa itu Singapura dalam Malaya). Sekitar tahun 1937, pelukis-pelukis kaum Cina mula aktif melukis cat air dengan pengaruh catan Yong Mun Sen. Beberapa Kelab dan Persatuan Pelukis ditubuhkan dikalangan kaum pelukis Cina. Antaranya Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang, ‘Penang Art Teacher’s Caouncil’, Persatuan pelukis Pulau Pinang dan lain-lain. Sekitar tahun 1950-an (Pasca Merdeka), penubuhan persatuan-persatuan pelukis semakin bersemarak di Malaya. Dalam tahun 1952 sebuah persatuan seni lukis yang diberi nama ‘Wednesday Art Group’ (Kumpulan Hari Rabu) telah ditubuhkan. Kumpulan ini diterajui oleh seorang berbangsa Inggeris bernama Peter Harris. Kumpulan ini membawa catan aliran moden seperti Impresionis dan Ekspresionis. Anggota kumpuan ini adalah dikalangan pelbagai kaum dari kalangan guru-guru berpendidikan sekolah Inggeris. Dalam tahun 1957 tertubuh pula kumpulan ‘Thursday Art Group’ (Kumpulan Hari Khamis) yang memberi saingan dengan kumpulan ‘Wednesday Art Group’. Sekitar 1920-an hingga 1950-an, kepesatan perkembangan seni lukis Malaysia begitu menonjol, namun gaya catan masih banyak dibawah pengaruh lukisan-lukisan Cina dan Eropah. Pada tahun 1946, seorang pelukis dari Bogor Indonesia yang bernama Mohammed Hoessein Enas telah berhijrah ke Malaya. Kedatangan Hoessein Enas menenadakan satu pengaruh baru dalam masyarakat pelukis-pelukis Malaya (Malaysia) terutama gulungan pelukis Melayu yang dahagakan tunjuk ajar dalam seni lukis. Pengaruh beliau terus menjadi dominan dalam pertubuhan yang diterajuinya iaitu Angkatan Pelukis Semenanjung sekarang menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia. Semenjak kehadiran beliau, gaya catan naturalis dan realis dengan tema figuratif dan potret menjadi ikutan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu.

Perkembangan Seni Lukis Melayu di Malaya Sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an tidak ramai pelukis-pelukis Melayu Malaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukis yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah ‘Anglo Chinese School’. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuat berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa. Pelukis-pelukis Melayu yang terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris, kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf. Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu di bawah Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung. Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukis Cina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC (‘Sultan Idris Traning College’ atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

3

pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf. Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan. Perkambangan awal telah memberi pengalaman baru terhadap guru-guru Melayu dalam seni lukis iaitu pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawat Indonesia untuk melihat perkembangan seni lukis. Di Indonesia mereka telah dibawa ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta. Semangat melukis semakin kuat apabila kumpulan guru ini diberi pendedahan kehebatan karya-karya catan di Indonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis ASRI pada ketika itu bapak Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadir bersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis dan pelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang kepada mereka. Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak ada pemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiat kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkan semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan. Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewan UMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keahlian kumpulan ini sekitar 30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan pelukis golongan guru telah memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis yang datang dari Indonesia menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas merupakan seorang pelukis yang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah diterima oleh golongan pelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan. Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhan ini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potret berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameran lukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British Council Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Tun Abdul Razak. Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangat dikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur. Bertolak dari itu maka kumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti dengan catan dibawah pengaruh kuat Mohammad Hoessein Enas. Kebanyakan gaya catan yang dipamerkan adalah relisme dan naturalisme. Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era baru pelukis-pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telah membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan lukis potrat dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein Enas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada hari Sabtu seramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dari Singapura dan beberapa buah negeri lain. Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpu pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas. Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

4

dengan motto “ Seni dan Masyarakat”. Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak dibawah kelolaan Mohammad Hoessein Enas. Kegiatan seni lukis giat dijalankan bertempat di Dewan Persatuan Guru-Guru Selangor di Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Antara pelajaran yang diajar di APS ialah catan Potret dan sketsa. Apabila pelajar semakin bertambah maka kelas-kelas seni halus lain dibuka, antaranya: 1. 2. 3. 4. Kelas Melukis Potret dikelolakan oleh Mohammad Hoessein Enas Kelas Arca dikelolakan oleh Cikgu Idris Salam Kelas Grafik di kelolakan oleh Zakarian M. Noor Kelas Seni Reka dalaman dikelolakan oleh Cik Habibah Baharuddin.

Pengaruh Catan Indonesia dalam APS: Syed Ahmad Jamal (1987) menyatakan, Malaya (Malaysia) tidak mempunyai tradisi agung dalam seni lukis jika dibandingkan dengan negara Filipina dengan Amor Solo dan negara Indonesia dengan Raden Salleh. Perkembangan seni lukis di Malaya sangat kuat dengan dipengaruhi dari pelukis-pelukis yang berimigrasi. Pengaruh seni lukis Eropah dangan gaya Imprsionis dan gaya seni lukis Cina dengan gaya kaligrafi cina dan pemandangan cat air mempunyai pengaruh yang amat kuat disekitar tahuntahun 1020 hingga 1940-an. Pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu tidak menonjol kerana tidak mempunyai tradisi seni lukisnya tersendiri. Oleh yang demikian negara Indonesia menjadi pedoman kepada pelukis-pelukis Melayu kerana kekuatan serumpun dan banyak persamaan budaya dan adat. Pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an, pengaruh bahan bacaan politik dan budaya dari Indonesia banyak tersebar di Malaya. Ramai anak-anak muda yang berpendidikan menggunakan media ini sebagai bahan bacaan mereka. Keadaan ini diperkuatkan pada tahun tersebut gerakan semangat kebangsaan sangat kuat dikalangan bangsa Melayu untuk menentang penjajah. Ditinjau dari segi sejarah perjuangan SIMALINDO yang mewujudkan Kesatuan Melayu Muda dengan beberapa tokoh di Malaya seperti Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestamam bercadang untuk menubuhkan ‘Melayu Nusantara’ gabungan Indonesia, Malaya dan Singapura. Sungguhpun semangat ini gagal, namun cita-cita itu terus menyala dikalangan guru-guru Melayu lulusan maktab seperti SITC Tanjong Malim. Harapan ini terbukti rombongan awal beberapa pelukis Melayu dari kalangan guru-guru Melayu yang melawat Indonesia sedikit sebanyak telah mempengaruhi aliran dan gaya catan Indonesia disekitar tahun 1955 dan 1960. Semangat dan rangsangan oleh Suptohodoyo dari Akademik seni Rupa Indonesia (ASRI) Jogjakarta merupakan sumbangan yang besar, hingga menurut petikan akhbar di Malaysia iaitu Berita Minggu bertarikh 25 September 1960, ‘Perangsang dan dorongan Suptohodoyo disemadikan oleh cikgu Idris Salam sehingga dibawa pulang ke Malaya pada masa itu’.

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

5

Paling penting ialah kehadiran pelukis peranakan Jawa dari Bogor Mohammad Hoessein Enas pada tahun 1947 telah membawa pengaruh besar di alam seni lukis kumpulan pelukis Melayu di Malaya. Kehadirannya memberi kekuatan dalam perkembangan seni lukis pelukis Melayu hingga menonjolkan imej baru dalam pengkaryaan. Menurut Redha Piyadasa (1981), penggapan ke atas APS di bawah pimpinan Mohammad Hoessein Enas telah ditandai dengan kelahiran catan yang penyerupai figura manusia, hingga catan-catan figura boleh dikatakan telah mendapat percubaan yang sungguh-sungguh di Malaya pada ketika itu. Adalah jelas ia menunjukkan permulaan tradisi seni yang akhirnya mendapat tempat istimewa dalam tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an. Pengaruh seni lukis figuratif dan potret Indonesia dengan gaya Belanda menjadi ikutan pelukis-pelukis muda Melayu APS pada ketika itu. Nama-nama seperti Basoeki Abdullah dan Sudjojono menjadi sebutan dan gaya pelukisan menjadi ikutan. Dalam tahun 1962 Basoeki Abdullah pernah dijemput melawat ke Dewan seni Rupa APS (dewan pameran) bertempat dibangunan Persatuan Guru-guru Melayu Selangor dan beliau menghadiahkan sebuah karya catan (Idris Salam, 1967). APS juga pernah menjemput beberapa pelukis dari Indonesia untuk memberi ceramah di Dewan Seni Rupa APS. Antara nama-nama yang dinyatakan seperti Seodarso, Nasjah, Sri Nadly dan Saptohoedijo. APS juga pernah menjemput pagawai dari kedutaan Indonesia bagi menerangkan peluang-peluang pendidikan seni rupa di Indonesia kepada ahli APS. Dorongan yang kuat dari pengaruh Indonesia terhadap pelukis-pelukis Melayu APS membuktikan bahawa hubungan antara pelukis Malaya (Malaysia) dan Indonesia sangat akrap pada masa itu.

Penutup: Pengaruh aliran dan gaya seni lukis moden merupakan menifestasi terhadap gerakan pelukis-pelukis. Sesungguhnya pengaruh catan Indonesia dalam seni catan Melayu Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) merupakan satu anjakan terhadap aliran seni lukis Melayu yang ketinggalan pada masa itu. Kehadiran Mohammad Hoessein Enas telah memberi nafas baru kepada pelukis-pelukis Melayu dengan membawa gaya catan figuratif dan potret dalam masyarakat pelukis Melayu. APS terus mempolopuri identiti naturalis dan realis dalam membawa arus perkembangan seni lukis moden di Malaysia. Hingga kini pelukis-pelukis kelahiran APS masih terus berkembang dengan gaya pelukisan potret dan figuratif sungguhpun APS sudah tiada tempat berpameran. Kini pelukis-pelukis APS terus melukis potret di Central Market Kuala Lumpur dan beberapa tempat pelancongan di Malaysia.

Bibliografi:

Amir Hamzah (1962). Kelas Lukisan Angkatan Pelukis Semenanjong. Berita Minggu, Julai 1962.

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

6

Hassan Mohd Ghazali (1992). Peranan Dan Sumbangan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) Terhadap Perkembangan Seni Lukis Negara. Penulisan Ilmiah Sarjana Muda. Pulau Pinang: Univesiti Sains Malaysia Marco Hsii (1999). A Brief History of Malayan Art. Singapore: Millennium Book Idris Salam (1967). Riwayat Ringkas Angkatan Pelukis Semenanjung, Buku Cenderamata Perayaan Ulang Tahun ke 10 APS. Kuala Lumpur: APS. Redza Piyadasa (1981). Pengolahan Lanskap Tempatan Dalam Seni Moden Malaysia 1930-1081. Katelog Pameran. Kuala Lumpur: BSN Syed Ahmad Jamal (1983). Seni Lukis Malaysia 25 Tahun. Katelog Pemeran Seni Lukis Malaysia 25 tahun. Pulau Pinang: Muzium dan Galeri USM. Syed Ahmad Jamal (1987). Seni Lukis Malaysia 57-87. Katelog Pameran Seni Lukis Malaysia 57-87. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful