You are on page 1of 3

Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul.

Pada
suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu
bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh
Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UVB. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis
oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya
ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50
kilometer.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Lapisan ozon

2 Kegunaan lapisan ozon

3 'Lubang' Ozon

4 Kitaran ozon

5 Kerosakan lapisan ozon

6 Pautan luar

Lapisan ozon[sunting | sunting sumber]


Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan
melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di
permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan.
Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu
ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon
di kutub utara dan kutub selatan.

Kegunaan lapisan ozon[sunting | sunting sumber]


Ozon didapati dengan banyaknya pada aras stratosfera, dalam kawasan yang juga dikenali
sebagai lapisan ozon. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang
merbahaya kepada kehidupan di bumi. Cara standard mengukur jumlah ozon di atmosfera ialah
dengan menggunakan unit Dobson. Ozon digunakan dalam perkilangan diukur dengan ppm
(parts per million - bahagian per sejuta) (sebagai contoh dedahan OSHA), dan peratus berat.

'Lubang' Ozon[sunting | sunting sumber]


Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh
Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu.
Pembentukan 'lubang' tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal
pada lewat musim bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi
seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang
pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah
berlaku di seluruh Antartika.
Terdapat dua sebab utama bagi 'lubang' peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan
persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartika.
Antara altitud tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais
terbentuk. Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub
sejuk. Molekul klorin ini bertindak balas dengan O3 (Ozon) dengan itu menguraikan Ozon dan
menipiskan lapisan Ozon. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh
Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan ultralembayung (uv) kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

Kitaran ozon[sunting | sunting sumber]


Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam
unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon
yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.
Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang
tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga.
Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.
Molekul ozon juga tidak stabil dan apabila terkena sinaran lampau ungu, ozon akan terurai
kepada molekul O2 dan satu atom oksigen, proses berkekalan yang dikenali sebagai
kitaran ozon-oksigen. Kitaran ini mampu dihentikan oleh atam klorin, florine, atau bromin dalam
atmosfera; bahan ini di dapati dalam sebatian stabil terutamanya kloroflorokarbonyang mampu
sampai ke stratosfera dan terurai oleh sinaran lampau ungu. Kitaran NOx bagi pembentukan
ozon juga boleh diganggu oleh air di paras atmospherik, menukar NOxkepada bentuk yang lebih
stabil.

Kerosakan lapisan ozon[sunting | sunting sumber]


Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di
halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate
akan menguraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin.
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah
pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran
ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFC digunakan oleh
masyarakat moden dengan pelbagai cara, sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam
penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50
hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC
bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 50 km). Di atas lapisan ozon utama,
pertengahan julat ketinggian 20 25 km, kurang uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai
setelah bertindakbalas dengan sinaran uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga
berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

You might also like