You are on page 1of 1

Pencemaran Udara

Pencemaran udara masih lagi merupakan masalah persekitaran utama di negara kita.
Pencemaran ini berpunca daripada:
a) Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran. Sumber-sumber
perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya. Beberapa
kejadian jerebu telah dilaporkan pada suku akhir tahun lepas (2006). Setiap kali
jerebu berlaku, kita dapat menyaksikan peningkatan bilangan orang terutama kanakkanak yang mendapatkan rawatan perubatan akibat gangguan sistem pernafasan.
b) Pembakaran tertutup dan terkawal menggunakan insinerator dapat mengurangkan
masalah tapak pelupusan sampah yang terhad di Malaysia. Pencemaran udara bentuk
baru menyebabkan penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya.

Kimia-kimia ini mampu merencat atau menganggu sistem imunisasi; endokrin; dan
kemunculan pelbagai penyakit lain. Oleh itu, penubuhan pusat pembakaran insinerator
berteknologi tinggi yang dicadangkan di Broga, Semenyih pada awal tahun ini perlu
menjalani ujian rapi penilaian kesan alam sekitar bagi memastikan kesihatan orang ramai
terutama kanak-kanak terjamin.

Setiap insan berhak untuk hidup sihat dan mewarisi alam persekitaran yang lihat.
Masa depan mereka ada di tangan kita. Marilah kita sama ada individu, perkumpulan, pihak
sukarelawan, swasta dan kerajaan bersama-sama memikul tanggungjawab mengwujudkan
alam persekitaran yang sihat pada hari ini.