You are on page 1of 3

BINCANGKAN KESAN TEKNOLOGI TERHADAP ALAM SEKITAR

Teknologi telah banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian. Contohnya,teknologi dalam
bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak perlu lagi mengambilmasa berhari-hari berjalan kaki
untuk sampai ke satu-satu tempat. Dengan menaikikapal terbang, mereka yang berada di Malaysia
boleh sampai ke Jepun dengan hanyabeberapa jam sahaja. Tetapi, dalam kealpaan manusia
memperkenalkan pelbagaiteknologi baru, kita lupa bahawa kita telah mengabaikan satu faktor yang
amatpenting dalam hidup kita, iaitu alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar semakinmeningkat,
seiring dengan kemajuan teknologi di muka bumi ini berkembang.Sebagai contoh, penggunaan
pestisid dalam bidang pertanian. Para petanimenggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani
mereka musnah dimakan olehserangga. Namun, penggunaan pestisid secara berlebihan boleh
menyebabkanpencemaran, disamping mengganggu kitaran makanan dalam sesuatu populasi itu,
sertamengakibatkan kepupusan atau kecacatan sesuatu organisma. Sebagai contoh, padatahun
1995 di Minnesota, ahli biologi mendapati hampir separuh daripada spesiskatak leopard yang
mereka tangkap untuk kajian mengalami deformasi denganmempunyai kaki lebih atau kurang
daripada empat, tiada mata, dan juga mataterletak di bahagian belakang atau di bahu mereka. Ada
juga petani yangmenggunakan baja nitrogen tanpa mengikut kadar yang dihadkan oleh undangundang.Penemuaan baja nitrogen telah membantu peningkatan hasil tani disebabkan
kadarimunisasi tumbuhan kepada jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan
kepadatumbuhan tersebut. Namun begitu, penggunaan baja nitrogen yang berlebihan ke atastanah
boleh menyebabkan masalah kualiti air yang mana dalam masa jangka panjangakan mempengaruhi
haiwan akuatik. Amaun nitrat di dalam sistem akuatik adalahterhad, jadi ia mengehadkan
pertumbuhan alga. Apabila hujan turun, iamenghanyutkan sekali baja tersebut ke dalam sungai serta
tasik yang manamerangsang pertumbuhan alga, yang ada antaranya mengandungi toksik. Apabila
algaini mati, ia terurai dan membebaskan toksik tersebut ke seluruh kawasan tersebut,yang boleh
menyebabkan hidupan akuatik lain, termasuk ikan, mati.Selain daripada itu, perkembangan dalam
bidang pengangkutan juga telah menyumbangke arah kemusnahan alam sekitar. Kenderaan akan
mengeluarkan asap yang mengandungigas-gas merbahaya seperti karbon monoksida, karbon
dioksida, ozon, serta nitrogendioksida, yang mana kesemua gas-gas ini dipanggil gas rumah hijau,
merupakanfaktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan pemanasan global.
Pemanasanglobal berlaku kerana gas-gas ini menyerap radiasi inframerah iaitu haba diatmosfera.
Pemanasan global mempunyai kesan yang sangat besar. Antaranyapeningkatan purata global aras
laut. Satu kajian yang dilakukan dari 1970 hingga1990 menunjukkan bahawa keluasan laut yang
diliputi ais di Antartik semakinberkurangan disebabkan ais itu telah mencair. Ketulan-ketulan ais
serta glasier diseluruh bumi ini juga mencair dalam kadar yang meningkat setiap hari. Selain
itu,disebabkan pemanasan global juga, jumlah organisma terjejas. Sebagai contoh, parapengkaji
telah mendapati bahawa populasi zooplankton di California Current telahberkurangan sebanyak 80%
semenjak tahun 1951 lagi, yang mana secara jelas jugakerana kawasan tersebut telah meningkat
kepanasannya. Pengurangan zooplankton initelah menyebabkan keseluruhan rantai makanan
ekosistem, populasi burung laut sertaikan yang memakan plankton turut berkurang.Yang terakhir,
penggunaan teknologi yang mengandungi gas yang dinamakanchlorofluorocarbons atau dikenali
juga sebagai CFSs. Contohnya seperti peti sejukyang digunakan untuk menyimpan makanan agar
tahan lebih lama, aerosol yangdigunakan untuk membunuh serangga, serta pelarut dan pembersih
dalam industrielektronik. CFCs merupakan penyumbang utama penipisan lapisan ozon.
Penipisanlapisan ozon yang meliputi Antartika terjadi secara semulajadi beberapa bulansekali setiap

tahun. Namun, pada tahun 1985, saintis mendapati penipisan telahterjadi dengan kadar yang lebih
besar, iaitu sebanyak 67% berbanding tahunsebelumnya. Dan pada tahun 2000, keluasan kawasan
yang menipis dengan cepat initelah berkembang sehinnga mencecah 28.3 milion km2. Penipisan
lapisan ozon inimembawa impak yang sangat besar kepada hidupan bumi dengan membenarkan
penembusancahaya ultraungu(UV) yang lebih banyak ke atas bumi. Pendedahan berlebihan
kepadacahaya ultraungu ini berkait rapat dengan masalah kesihatan manusia sepertikatarak, kanser
kulit, dan melemahkan sistem imunisasi badan. Selain itu, sinaranUV juga mengganggu ekosistem.
Contohnya seperti pertumbuhan sejenis alga yangdikenali sebagai phytoplankton yang merupakan
pengeluar utama di Antartik,berkurangan. Ini adalah kerana, proses fotosintesis telah dibantutkan
olehkehadiran sinaran UV ini.Sebagai kesimpulannya, kehadiran teknologi baru dalam kehidupan
harian manusiasetiap hari telah membawa manfaat, tetapi penggunaan teknologi yang
berleluasaturut memberikan banyak kesan buruk kepada manusia. Teknologi boleh
digunapakaidalam kehidupan kita, namun ia patut dihadkan jika merosakkan alam sekitar
denganteruk. Manusia juga harus memikirkan alternatif lain bagi mengelakkan kemusnahanalam
sekitar berlaku secara berterusan dan kesannya akan ditanggung oleh generasimasa hadapan.
-Menjana Tenaga.

-Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang
bersumberkan alam semula jadi.
- Teknologi Hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidak bergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga Negara.
Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan
dengan kos yang murah, selamat dan mesra pengguna.
- Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara-negara maju yang telah berjaya
membangunkan industri ini sejak sekian lama dan menjadi alternatif sumber tenaga baru kepada
masyarakat dunia.

2-Memulihara dan Meminimumkan Kesan kepada Alam Sekitar.

-Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya
masalah tersebut dibiarkan berterusan.
- Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
- Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
- Meningkatkan kualiti udara dan air.
- Mengurangkan pembuangan bahan yang tercemar.

- Melindungi sumber semula jadi

3-Ekonomi

- Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.
- Mengurangkan kos operasi.
- Meningkatkan nilai asset dan keuntungan.
- Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
- Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan
- Mengoptimumkan prestasi kitar hidup ekonomi.
- Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan.
- Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh
diperbaharu atau renewable energy.
- Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi
baru untuk negara Malaysia.
- Mengikut unjuran, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus
pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

4-Komuniti

-Meningkatkan kualiti udara,terma dan bunyi persekitaran.


- Contoh penggunaan kereta berenjin hybrid.
- Meningkatkan kelesaan dan kesihatan penghuni bandar.
- Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan.
- Meningkatkan kualiti hidup.
- Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau (green
energy office atau GEO) berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi
sistem building integrated photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain
mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil.