You are on page 1of 3

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Akuakultur merupakan salah satu sektor perikanan yang semakin pesat berkembang
dari tahun ke tahun dan menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara. Ini telah
membuktikan akan kepentingan dan sumbangannya kepada Negara. (lihat Awang,
1995; Leong, Hanafi dan Merican, 1988). Di bawah Dasar Pertanian Negara,
kerajaan Malaysia komited untuk membangunkan akuakultur menjadi industri
utama menjelang tahun 2000 dan ini menjadikan sektor perikanan bertambah maju.
Kini, industri akuakultur menyumbang kepada kira-kira 13.2% daripada jumlah
ikan yang dihasilkan. Jika lebih banyak pengusaha yang menceburi dalam sektor
ini, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi peneraju utama pengeluaran ikan
dalam industri akuakultur di Asia Pasifik,(Subasinghe, 2007; Alongi et al., 2003).

Pengeluaran ikan optimum adalah bergantung kepada parameter yang


ditetapkan dalam pelaksanaan perntenakan ikan termasuklah penyediaan dan
penyelenggaraan kolam ikan dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan kolam yang
berjaya memerlukan penelitian dalam setiap parameter yang dietentukan. Biasanya,
setiap parameter yang ditetapkan dalam pelaksanaan ternakan ikan ia bergantung
kepada ikan. Contohnya, saiz makanan ikan bergantung kepada saiz dan jenis ikan
tersebut. Dengan itu, penyediaan yang rapi sebelum memulakan penternakan ikan
dalam menentukan setiap parameter yang terlibat dalam mengurus ternakan ikan, ia
membantu penternak- penternak untuk menjangakan pulangan atau hasil yang
diperolehi dalam menjalankan penternakan ikan ini. Ini telah mendorong dalam

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Pelbagai cara, sumber dan pilihan yang diambil oleh penternak-penternak yang
ingin memulakan penternakan ikan ini. Antaranya ialah penternak-penternak
berpengalaman, kajian-kajian dan buku-buku ilmiah dimana setiap info dan
maklumat didapati melalui membaca buku-buku ilmiah, mengkaji dan membuat
pemerhatian ternakan-ternakan yang telah dibuat. Melalui itu, bakal penternak akan
memperolehi parameter yang ingin digunakan mengikut hasil yang ingin dimiliki
melalui anggaran untuk tempoh yang tertentu. Hasil keseluruhan tuaian ikan yang
diperolehi bergantung sepenuhnya kepada parameter ternakan ikan yang ditetapkan
dan penyelenggaraan yang dibuat. Jadi, ia amat penting kepada penternakpenternak yang ingin membuat penyediaan untuk ternakan ikan ini.

2.2

Penternakan akuakultur

Akuakultur telah diamalkan di kebanyakan Negara Asia sejak berabad-abad lagi. Ia


ditakrifkan sebagai penternakan ikan dalam persekitaran akuatik. Akuakultur juga
dikenali sebagai aquafarming iaitu penternakan organisma akuatik seperti ikan,
belut, udang, rumpai laut yang melibatkan air tawar dan air masin. Akuakultur juga
merangkumi semua aktiviti pengeluaran, pemprosen dan juga pemasaran produk
akuatik. Kawasan untuk tapak kolam ternakan ikan adalah amat penting dalam
penternakan ikan dimana pemilihan yang teliti amat diperlukan untuk penyediaan

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan perangkaan tentang cara-cara untuk melaksanakan projek ini.
Projek ini mengandungi dua elemen proses iaitu pengiraan untuk parameter kolam
dan air serta pengiraan untuk pertumbuhan penuh ikan. Dalam pertumbuhan penuh
ikan pula terdapat empat elemen iaitu pertumbuhan ikan, data makanan, oksigen
dan nitrogen ammonia. Semua proses ini akan memcapai objektif untuk projek ini.
Carta aliran digunakan sebagai metodolgi untuk menerangkan semua aliran proses
yang terlibat dalam membina paparan antaramuka perisian ini. Setiap proses akan
diterangkan melalui sub topik.

3.1

Pelaksanaan projek

Carta aliran pelaksanaan projek dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan
projek dan pembinaan perisian. Rajah 3.1 dan rajah 3.2 menunjukkan cara-cara atau
langkah-langkah kerja yang akan dilakukan dan sasaran pencapaian untuk setiap
carta aliran sepanjang projek ini.

You might also like