You are on page 1of 17

KOD KURSUS: (KMP6103)

Mathematics For Gifted Children


TUGASAN: INDIVIDU
KERTAS CADANGAN
ISU PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
NO

NAMA

NO. MATRIK

1.

KHAIRIL IZANI BIN ALIAS

M20131001078

NAMA PENSYARAH:

Prof Madya Mohd Uzi bin Dollah

1.0

Pengenalan

Prodigies adalah istilah kepada anak muda yang memiliki keajaiban dalam
perkembangan pemikiran atau di Malaysia dikenali sebagai pelajar Pintar Cerdas. di
Malaysia juga mempunyai beberapa individu yang digelar sebagai pelajar pintar dan
mendapat liputan di dada-dada akhbar. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan
golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga
memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng &
Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif.
Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

Namun begitu jumlah mereka tidak ramai dan boleh dikatakan bagi pandangan saya
sebagai kes terpencil. Antara individu yang menempa nama dan menjadi perhatian rakyat
Malaysia antaranya ialah seperti Adi Putra Abdul Ghani, Mohd Shukri Hadafi, Chiang Ti
Ming, Sufiah Yusof dan Ainan Celeste Cawley. Di bawah adalah serba sedikit maklumat
latar belakang mengenai mereka yang pintar cerdas.

Adi Putra Abdul Ghani


Beliau mula dikesan kepintaran oleh ibu bapanya pada umur 4 tahun apabila beliau
mampu menyelesaikan soalan matematik abangnya yang berumur 10 tahun. Beliau mampu
menguasai 8 bahasa yang berbeza dan telah menerbitkan buku formula matematik. Oleh
disebabkan oleh keistemewaan yang ada beliau akhirnya berhenti sekolah disebabkan
bosang dengan sistem pendidikan sekolah dan mengambil keputusan untuk belajar di
rumah. Keistemewaan beliau menyebabkan beliau ditawarkan untuk memberi ceramah di
beberapa buat universiti dan dibayar dengan harga yang lumayan.

Mohd Shukri Hadafi

Dalam 1976 Beliau telah mengemparkan negara pada suatu ketika dahulu apabila
mampu membaca surat khabar pada umur 3 tahun. Beliau menjadi anak angkat kepada
Professor Ungku Aziz. Namun disebabkan oleh sistem pendidikan yang tidak sesuai kepada
beliau yang dianugerahkan pintar cerdas, beliau telah hilang minat untuk belajar dan
akhirnya berkesudah menjadi penjual roti canai.

Chiang Ti Ming

Beliau adalah anak kelahiran seremban dimana menjadi pelajar termuda berjaya
masuk ke California Institute of Technology. Dia telah di terima untuk meneruskan pengajian
di tahun kedua bagi pengajian Ijazah Fizik pada umur 13 tahun. Beliau melanjutkan
pelajarannya ke peringkat ijazah doktor falsafah dalam bidang "Teori String Super" di
Cornell University, sebuah institusi Ivy League. Chiang Ti Ming telah bekerjasama dengan
ahli fizik teori Amerika Brian Greene dan profesor fizik Jacques Distler. Pada tahun 2002
ketika berusia 26 tahun, akhbar tempatan melaporkan bahawa dia telah dimasukkan ke
hospital kerana kemurungan dan withdrawal symptoms. Pada 6 Januari 2007 beliau
meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Sufiah Yusof

Sufiah Yusof yang mendapat tawaran ke St Hilda College, Oxford untuk pengajian
matematik pada usia 13. Namun pada usia 17 tahun beliau melarikan diri daripada
pengajian. Adakah beliau telah hilang minat belajar?. Akhirnya beliau telah terjebak dalam
gejala sosial yang mengemparkan masyarakat Malaysia terutama umat islam di negara ini

kerana terlibat dengan pelacuran. Namun kini beliau telah kembali kepangkal jalan dan
banyak melakukan kerja-kerja amal.

Ainan Celeste Cawley

Genius Kimia. Ainan Cawley Kuala Lumpur, Malaysia, kini berusia 13 tahun, Beliau
berusia enam tahun ketika memberikan ceramah mengenai Sains asid dan alkaloid di
sebuah sekolah Singapura. Beliau berumur tujuh tahun apabila dia lulus peperiksaan tahap
Kimia O, ujian bermakna untuk remaja berumur 16 dan ke atas. Pada tahun berikutnya
beliau mendaftar di Politeknik Singapura, menjadi pelajar termuda di dunia yang pernah
mengambil modul pengajian tinggi ketiga tahun. Apakah rahsia kejayaan beliau? Bapanya
berkata dia tidak pernah mengajar anaknya itu berulang-ulang atau latih tubi. Persoalan di
sini ialah, mengapakah Ainan Celeste Cawley meneruskan pengajiannya di Singapura?.
Adakah sistem pendidikan singapura terhadap murid pintar cerdas ini lebih mampu
mencungkil bakat dan memberi peluang yang luas terbuka kepada pelajar pintar cerdas ini
meneroka kelebihan yang ada pada pelajar pintar cerdas? Persoalan di minda saya tertanya
adakah murid pintar cerdas telah dikecewakan dan bosan dengan sistem sekolah sebelum
mereka dikenalpasti sebagai pintar cerdas? Adakah sistem sekolah kita tidak mengajar
murid bagaimana menangani atau belajar berhadapan atau belajar berurusan dengan
kekecewaan? Adakah murid pintar ini dilabelkan dan diasingkan? Bukankah sepatutnya
sistem pendidikan membantu murid pintar cerdas untuk mencabar keupayaan fikiran murid,
membangunkan dan membentuk kekuatan dan menangani dan memperbaiki kelemahan
yang ada?

Menurut (Gloria Joy Victor, 2009) dalam sebuah artikal Individu genius sangat sukar
untuk didisiplinkan apabila mereka mencapai remaja, mempunyai fikiran mereka sendiri,
keras kepala, degil, sengaja dan mereka fikir mereka lebih bijak daripada ibu bapa.
Walaupun genius akhirnya mengalami tekanan mental, yang memberontak gadis genius
Malaysia berakhir menjadi pelacur.

Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang
yang

pintar

cerdas.

Banyak

faktor

yang

perlu

berperanan

sebagai

pemangkin

mempengaruhi secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi seorang pntar
cerdas menurut Gagne (1998), Piirto ( 1999 ) dalam Jenry Bin Saiparudin (2003), antara
faktor tersebut adalah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu terbabit, seperti emosi
yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu, terdapat faktor persekitaran yang
turut sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di sekolah dan di
rumah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah
seseorang yang berbakat atau cemerlang dalam bidang tertentu.

Memang benar golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi
ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak
membandingakan diri dengan orang lain. Golongan ini mendukung sistem nilai yang
tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain dari
segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya mereka seolah-olah
membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka
membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan
kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam
mempengaruhi tingkah laku mereka.

2.0

Faktor yang menyebabkan pencapaian rendah

Banyak Faktor yang menyebabkan pencapaian rendah. Menurut Joefel S. Suan


(2014), pertama faktor guru, teknik dan strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah,
kemahiran komunikasi, dan personaliti. Kedua adalah faktor pelajar termasuk kebiasaan
belajar, pengurusan masa, dan sikap dan minat terhadap sesuatu matapelajaran. Ketiga
adalah faktor alam sekitar seperti nilai-nilai ibu bapa sikap, tetapan kelas, dan rakan sebaya.
Kesemua faktor ini menyumbang kepada jatuh bangun sistem pendidikan di negara kita.
Faktor guru merupakan faktor yang paling memberi kesan kepada pembelajaran murid.
Bukti-bukti terkumpul juga menyenaraikan kesan yang sederhana kesan faktor-faktor risiko
yang lain seperti tahap pendidikan ibu bapa dari pencapaian, jantina pelajar, latar belakang
sosio-budaya dan sosio-ekonomi (Darling-Hammond, 2000; Pianta, Belsky, Bendergrift,
Houts, & Morrison, 2008 ; Rowe, 2003) seperti yang dipetik oleh (Gua & Brown, 2010).

Isu Peranan Persekitaran dalam Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran adalah aktiviti kognitif yang kompleks yang berlaku di sekolah
dan di luar sekolah. Kemampuan pelajar untuk terlibat dengan intelektual bervariasi lebih
masa pada beberapa rangsangan lain. Hal ini dapat menjadi motivasi dan sokongan
daripada rakan atau pengaruh rakan sebaya dalam semangat daya saing. Ada yang boleh
menjadi nilai-nilai ibu bapa dan sikap dan pengaruh akademik mereka atau persekitaran
sekolah dan pengaturan kelas melalui alat bantu visual. Satu proses yang kompleks dan
perubahan boleh memberi kesan kepada pelajar dalam proses pembelajaran.

Di negara maju seperti Amerika, Murid yang dikesan pintar Cerdas akan di
masukkan ke kelas berasingan pada hari tertentu. Di mana mereka ini diberikan pengayaan.
Mereka digalakkan untuk berfikir secara kritikal dan logik dan didedahkan dengan topik
6

matematik tambahan yang lebih arasnya daripada murid biasa yang sebaya. Ibu bapa
mereka juga memberi galakan kepada anak-anaknya untuk melakukan apa-apa minat yang
ditunjukkan oleh anak mereka. Aktiviti ini menyebabkan pelajar pintar menunjukkan minat
untuk belajar di sekolah. Pelajar pintar cerdas dapat melangkah tahap di sekolah tinggi dan
dapat memecut dengan lebih laju berbanding rakan sebaya. Sistem ini memberi kelebihan
kepada pelajar pintar untuk menamatkan pengajian dan meneruskan pengajian ke tahap
yang lebih tinggi lagi dengan lebih cepat.

Di Malaysia mengikut pandangan saya yang terbatas, guru mengajar murid tidak
mengikut kemampuan yang sebenar. Guru sukar mencungkil bakat murid disebabkan oleh
pelbagai faktor. Banyak alasan yang diberikan seperti yang paling disebut-sebut ialah
bebanan tugas guru yang bertambah menyebabkan kurangnya penumpuan guru di dalam
bilik darjah. Sistem pendidikan sekolah kita juga kurang menumpukan kepada murid-murid
pintar cerdas. Seingat saya sepanjang kursus perguruan, saya tidak pernah diperkenalkan
dengan pedagogi yang melibatkan kanak-kanak pintar. Saya mencadangkan agar kurikulum
bari memasukkan asas pedagogi untuk kanak-kank pintar cerdas di dalam kursus
perguruan.

Untuk memberi tumpuan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk belajar
dan untuk menekankan usaha itu adalah kunci kepada pembelajaran, maka guru memberi
mereka tanggungjawab ke atas pencapaian mereka. Pembelajaran bukan memberitahu
murid yang mereka bijak tetapi mengajar mereka untuk menghadapi cabaran untuk
menguasai perkara-perkara yang baru. Satu amalan yang bercanggah di kalangan guru
adalah pada memuji para pelajar dalam kecerdasan mereka. Marlowe (2006) menekankan
bahawa memuji pelajar dalam kecerdasan mereka boleh membuat mereka kurang
berprestasi. Amalan ini akan membawa kepada berpegang pada persepsi dan kepercayaan
yang mereka tidak dapat mengawal dan menghubungkan mereka kepada idea bahawa

kegagalan dan halangan yang menandakan kelemahan dan ketidakcekapan bukannya


mengakui usaha itu adalah kunci kepada kejayaan seseorang.

Pengurusan bilik darjah adalah salah satu bidang yang paling penting oleh seorang
guru. Kesannya keatas pencapaian yang sangat tinggi (Sontrock, 2009). Ini bermakna
pelajar tidak boleh belajar di persekitaran yang tidak diuruskan dengan baik oleh guru.
Rekabentuk ruang yang kondusif untuk suasana pembelajaran, pelaksanaannya harus
dijalankan dengan sepatutnya, dan mewujudkan tahap yang tinggi hubungan guru dan
pelajar. Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan kepada persekitaran bilik darjah
yang lemah dan menjadikan pelajar yang kurang berprestasi.

Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar.
Kanak-kanak pintar cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar
secara yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat,
latih tubi, jenis tugasan atau soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan
akademik pelajar pintar cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain
sedangkan dirinya boleh mengeluarkan idea yang lebih baik. Walaupun pelajar pintar cerdas
menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah
dari segi pemahaman. Dari segi pemahamanlah, yang membezakan pelajar pintar cerdas
dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa yang
menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman.
Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka
tidak suka. Pembelajaran ini tidak seharusnya

dihadkan kepada kandungan atau mata

pelajaran, tetapi perlu juga menitik berat kepada pembangunan proses kemahiran berfikir.

3.0

Cadangan Penambahbaikan Program Pemecutan

Program pemecutan merujuk kepada pengubahsuaian yang dilakukan terhadap


tempoh masa pembelajaran untuk memenuhi keupayaan kognitif seseorang. Program ini
membolehkan kanak-kanak PCB mencapai potensi mereka tanpa dibatasi kadar kelajuan
pembelajaran yang ditentukan oleh pelajar biasa (Fox,1979: Davis & Rim,1989;
Rogers,2003; Van Tassel-Baska,1992,2004). Seseorang yang mempunyai kemampuan
kognitif yang tinggi tidak sentiasa, pada setiap ketika boleh dianggap pintar cerdas.
Seseorang it dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan
kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik
(Gagne,1995; Piirto,1999). Lantaran itu, individu terbabit tidak akan mempamerkan sifat
pintar cerdasnya sekiranya persekitarannya tidak menyokong penggunaan kemampuan
semulajadi yang ada pada dirinya. Sokongan yang dimaksudkan boleh diberi menerusi
pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pengayaan, pemecutan dan pemampatan
kurikulum.

Secara holistik, kestabilan personaliti, emosi, kognitif dan tingkah laku pelajar pintar
cerdas adalah penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program pendidikan. Pelajar
ini perlu dibimbing dalam segala aspek agar sikap dan tingkah laku negatif cenderung
menimbulkan masalah di sekolah. Mereka akan mudah merasa bosan, malas, tidak
memberi kerjasama, sukar untuk fokus dan menunjuk-nunjuk kebolehan. Justeru, satu
program atau kurikulum khas perlu diadakan khas untuk pelajar-pelajar pintar cerdas ini.
Malaysia juga telah menjadikan negara luar sebagai model dalam program pemecutan di
dalam kurikulum pendidikan negara. Namun begitu terdapat pelbagai kelemahan yang
disebabkan oleh perlaksanaan di peringkat sekolah dan kelemahan perancangan di
peringkat kementerian menyebabkan beberapa usaha program pemecutan di negara kita

berakhir denganb kegagalan. Ini telah disokong dengan beberapa kajian yang telah
dijalankan di malaysia.

Program Pemecutan Di Malaysia

Pembangunan pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberi


perhatian. Antara program-program pemecutan yang sedia ada di Amerika Syarikat,
program melangkau kelas grade skipping pernah dilaksanakan di Malaysia. Pada tahun
1962, program melangkau yang pertama iaitu kelas ekspres telah dijalankan di sekolahsekolah biasa. Permulaan program ini menandakan usaha awal para pendidik untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas dalam bidang akademik.

1) Kelas express

Menurut Mohd Hussain Ibrahim(1995), pelajar dalam kelas ekspres dapat menamatkan
pendidikan sekolah rendah mereka dalam masa 5 tahun, berbanding dengan tempoh biasa,
6 tahun. Tiada kurikulum khas dibina. Kemasukan ke kelas ekspres adalah berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun dalam beberapa mata pelajaran tertentu. Ia juga mirip
kepada Program Teleskop yang mana empoh pengajian dapat dipercepatkan sebanyak 1
ata lebih tahun (Rogers & Span, 1993). Menurut Chiam (1994), program melangkau kelas ini
hanya dipraktikkan di sekolah rendah kerana pelaksanaannya di tahap menengah dikhuatiri
akan membebankan pelajar kerana sukatan pelajarannya adalah lebih luas dan sukar.
Program ini tidak kekal lama dan telah diberhentikan pada tahun 1970-an.

10

2) Penilaian Tahap Satu (PTS)


Selepas program kelas ekspres menemui jalan buntu, pendidikan pintar cerdas di
Malaysia menerima nafas baru pada tahun 1996 apabila PTS diperkenalkan. Penilaian ini
merupakan satu proses saringan untuk memilih murid Tahun 3 yang pintar cerdas untuk
melangkau kelas ke Tahun 5. Berdasarkan keputusan PTS pada tahun 1996, seramai 0.8%
daripada 407,150 orang murid Tahun 3 telah dibenarkan melangkau Tahun 4 dan terus ke
Tahun 5 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Namun pada tahun 2001, selepas PTS
diimplimentasikan selama 5 tahun, ia telah ditamatkan. Hal ini kerana lebih daripada 50%
kanak-kanak yang melangkau kelas telah mencapai keputusan yang lebih buruk dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding rakan sebaya lain yang tidak melangkau
kelas.

Ringkasnya, program pemecutan yang pernah dilaksanakan dalam sistem


pendidikan kebangsaan di Malaysia, baik kelas ekspres mahupun PTS tidak membuahkan
hasil yang memuaskan, malahan kedua-dua program ini gagal diteruskan. Walau
bagaimanapun, kajian literatur menunjukkan bahawa program pemecutan di sekolah swasta
Cina, yang mula serentak dengan perlaksanaan kelas ekspres kerajaan (1960-1970) telah
berkembang dengan baik malahan ia telah bertahan sehingga ke hari ini.

Kebaikan Program Pemecutan (Kajian Kes Di Sekolah Swasta Cina)

Secara umumnya, kesan dan manfaat program pemecutan ini adalah berbeza dan
bergantung pada keupayaan individu murid PCB itu sendiri. Pada dasarnya, pemecutan
banyak menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid PCB yang menjalaninya
secara betul dan terancang. Menurut kajian Melissa(2008), berikut adalah kelebihan dan
kebaikan program pemecutan yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut.

11

1) Menjimatkan masa

Dengan adanya program pemecutan, pelajar PCB dapat menamatkan pengajian sekolah
rendah dan menengah lebih awal daripada rakan sebaya yang tidak mengikuti program
pemecutan. Contohnya, pelajar PCB di sekolah swasta Cina dapat menamatkan pengajian
sekolah rendah dan menengah dalam masa 8 tahun sahaja berbanding dengan pelajar di
sekolah kebangsaan yang mengambil masa 11 tahun.

2) Mudah dilaksanakan

Program pemecutan jenis kelas ekspres mudah dilaksanakan kerana ia tidak melibatkan
sebarang program khas. Malahan pedagogi dan kurikulum sekolah juga tidak berubah.
Perbezaannya terletak kepada kelajuan proses pengajaran dan pembelajaran.

3) Menjimatkan kos

Menurut pengkaji, program pemecutan yang dilaksanakan di sekolah tersebut dapat


menjimatkan kos pengajian termasuklah kos buku, pakaian sekolah, yuran pengajian, yuran
tuisyen dan sebagainya.

4) Tidak ada sukatan pelajaran yang ditinggalkan

Program pemecutan yang dilaksanakan di sekolah swasta Cina tidak meninggalkan sukatan
pelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PTS yang meninggalkan sukatan pelajaran
Tahun 4. Kelas-kelas tambahan akan diadakan pada cuti sekolah dan hujung minggu untuk
membantu pelajar menguasai sukatan pelajaran.

12

5) Fleksibel

Pihak sekolah memberi fokus untuk membantu pelajar mencapai potensi dari segi
akademik. Justeru, sesi kaunseling untuk pelajar dan ibu bapa diadakan untuk menerangkan
cara pelaksanaan program pemecutan supaya tidak timbul tekanan dan persaingan di kelas
ekspres.

Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and talented) memerlukan program
yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan
kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan menyediakan Sekolah Seni bagi
mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian.

4.0

Program PERMATA pintar

Projek PERMATA pintar Negara yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan


Malaysia menggunakan dana yang diberikan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana
Menteri. Program ini adalah satu program yang komprehensif ditujukan khusus untuuk
pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia bagi membantu perkembangan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial mereka. Justeru, Program PERMATA pintar Negara mengadunkan
beberapa program termasuk pencarian bakat, Perkhemahan Cuti Sekolah, sekolah
PERMATA pintar dan program ASASI pintar agar wujud kesinambungan antara programprogram tersebut bagi menampung keperluan pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas
yang unik. Matlamat dan strategi program ini untuk melahirkan lebih ramai pelajar pintar di
negara ini. Selain itu, program ini juga dapat mendidik dan melahirkan pelajar pintar
sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian yang lebih efektif.

13

Ujian saringan PERMATA pintar UKM1 mula dijalankan bermula pada tahun 2010
berbentuk ujian secara talian merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar menyertai
program seperti perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar (usia 9-15 tahun), program
Permata Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun),
Akademi Permata Pintar untuk pelajar tingkatan 3 yang akan memasuki tingkatan 4
Akademi pada tahun 2011. Jika selama ini banyak pelajar pintar tidak diendahkan, kini
mereka boleh dilahirkan melalui sistem yang sistematik melalui pengajaran dan
pembelajaran serta ujian yang lebih berkesan. Program ini masih lagi dalam proses
pengenalan dan dengan adanya program sebegini diharap akan dapat mewujudkan kembali
program pemecutan di Malaysia (Rosadah, 2009).

5.0

Isu Halangan Murid Pintar Cerdas di Malaysia

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan merupakan penghalang utama


kepada usaha pemupukan kreativiti kanak-kanak pintar cerdas dalam bilik darjah. Mereka
kebiasaannya akan diberi latihan latih tubi yang berulang-ulang sehingga mereka ini merasa
cepat bosan dan jemu. Gardner (1991) menyatakan bahawa tempoh umur antara dua
hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Jika tempoh
ini kanak-kanak pintar mengalami halangan dan boleh menyebabkan motivasi diri mereka
rendah ini menyebabkan potensi dalam diri mereka tidak dapat dikembangkan dengan
sepatutnya. Kesan ini menyebabkan Pintar cerdas yang dimiliki mereka akan dimatikan

Proses pengajaran dan pembelajaran yang sehala dan dikawal oleh guru ini
menjadikan para pelajar pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan oleh guru. Kaedah
ini adalah amat tidak sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas yang sifatnya aktif dan
mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. Sternberg & Lubart (1995) pula berpendapat

14

bahawa persekolahan juga menghalang kreativiti dengan menanamkan ke dalam diri para
pelajar sifat toleransi yang rendah terhadap kegagalan. Kajian oleh Westby & Dawson
(1995) menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti individu kreatif termasuklah berazam, bebas,
suka mengambil risiko, impulsif dan individualistik tidak digemari oleh para guru. Hal ini
banyak berlaku di kalangan guru-guru yang kurang memahami kehendak atau keperluan
kanak-kanak pintar cerdas. Mereka juga kurang jelas terhadap ciri-ciri kanak-kanak pintar
cerdas. Oleh yang demikian mereka ini sering dianggap oleh guru sebagai murid yang
bermasalah. Mereka akan dilabelkan sebagai nakal kuat memberontak, suka bising di dalam
kelas, mahukan perhatian lebih daripada guru dan sebagainya.

Pengajaran guru kebanyakkan mendesak pelajar melakukan perkara right way.


Mereka tidak diberikan kebebasan untuk berfikir, meneroka dan berimiginasi. Mungkin bagi
sesetengah guru mereka merasakan proses ini memakan masa. Mereka merasakan masa
yang diambil boleh menyebabkan guru sukar menghabiskan silibus. Guru di Malasysia
kebanyakkan bagi pendapat saya lebih memfokuskan kepada murid yang lemah sahaja
kerana bilangan mereka melebihi bilangan kanak-kanak pintar cerdas. Oleh di sebabkan itu
fokus terhadap kanak-kanak pintar cerdas diabaikan. Pengajaran guru lebih menekankan
realistik dan berhenti berimaginasi. Ada juga guru membandingkan dengan pelajar lain dan
proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas tidak menggalakkan sifat ingin
tahu murid.

Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya dihadkan kepada


kandungan atau mata pelajaran, tetapi perlu juga menitik beratkan kepada pembangunan
proses kemahiran berfikir. Mereka perlu digalakkan untuk menyelesaikan masalah mereka
sendiri dan membuat keputusan sendiri. Tentu sekali bimbingan ibu bapa atau guru-guru
adalah amat penting agar mereka tidak mengalami miskonsepsi. Guru membantu kanak15

kanak pintar cerdas untuk mengembangkan kebolehan kreatif mereka apabila kita bertindak
balas secara membina rasa ingin tahu yang luar biasa mereka, ketika kita menggalakkan
eksperimen mereka dan berbagai kegiatan kesenian, dan yang penting, apabila kita
mengajar mereka bahawa kemunduran adalah sebahagian daripada proses kreatif.

6.0

Kesimpulan

Kurikulum untuk pelajar pintar adalah berbeza daripada pelajar biasa. Walaupun
terdapat persamaan dari beberapa segi terutamanya rangka kurikulum tetapi penekanan
terhadap kandungan kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran mengandungi
perbezaan yang ketara. Program pemecutan ialah pelajar pintar cerdas dikehendaki
menghabiskan pembelajaran dalam tempoh yang lebih pendek. Program-program
pendidikan pintar cerdas dan institusi penyelidikan pelajar pintar cerdas ditubuhkan di
sekolah biasa mahupun di peringkat universiti. Walau bagaimanapun Falsafah Pendidikan
Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan
langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan
keperluan setiap individu pelajar.

Semua manusia menghadapi masalah, perbezaannya hanyalah individu pintar


cerdas menghadapi masalah yang berbeza. Masalah-masalah ini perlu difahami oleh
pendidik untuk memastikan kesejahteraan pelajar pintar cerdas mereka. Ia juga adalah
untuk mengelakkan halangan yang akan terjadi terhadap kanak-kanak pintar cerdas ini.
Kesimpulannya ialah mereka kurang menghadapi masalah yang dihadapi oleh orang lain
seperti dalam akademik, penyelesaian masalah dan lain-lain tetapi mereka menghadapi
masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang lain.

16

Rujukan

http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/kurikulum-sesuai-untuk-murid-pintar.html
http://terusanilmu.blogspot.com/2013/12/kajian-kes-kanak-kanak-pintar-cerdas_10.html
http://haryantigifted.blogspot.com/2011/04/penulisan-kurikulum-bersesuaian-bagi.html

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009).Permatapintar
negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.
Renzulli, J. S. (1977). The enrichment triad model: A guide for developing defensible
programs for the gifted and talented. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 September 2012
Mohd Zuri Ghani, Program Pemecutan Dalam Pendidikan Pintar Cerdas dan Berbakat

17