You are on page 1of 8

Sahabat yang dirahmati Allah,

Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang
bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal
soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru
dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan
melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam AlQuran :

Maksudnya: Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah AlMujaadalah ayat 11)
Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai
ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana
boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.
Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang
sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke
sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa,
menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling
tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.
Firman Allah s.w.t. maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik.( Surah al-Nahl ayat 125)
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Muallim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut
menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak
didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan
dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik, memelihara,
mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika
tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan
duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,


Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:
1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan
manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan
siksaanNya.
2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang
menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana
yang digambarkan oleh Al-Quran:

Maksudnya: Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta
cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu,
sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya. (Surah Luqman : Ayat 17)
Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

Maksudnya: Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan
tanggungjawabnya. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah
menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah perlulah menanamkan asas aqidah Islam dan
keimanan kepada Allah s.w.t. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan
takut kepada azab Allah s.w.t jika melakukan maksiat dan kemungkaran.
Semua guru-guru samaada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini
dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan
nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa syaksiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan
para pelajarnya.
Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka
kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang
bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.
Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah ibu bapa juga perlulah mengambil
tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan
pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ko korikulum
yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart

solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah ,kuliah agama dan group usrah di waktuwaktu cuti atau hujung minggu.
Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama
Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para
pelajar.
PIBG sekolah juga boleh mengembeling tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yg
bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta
memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar maruf dan nahi munkar.
Sahabat yang dikasihi,
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita
mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi
Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para sahabat r.a dan para solehin, hukum-hukum agama dan
termasuk juga pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.
Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:
1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi
wasallam:

Maksudnya: Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun
dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka
tempat tidur .( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

Maksudnya: Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan
mereka .
2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah taala:

Maksudnya: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang
terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik)
hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan
Senang). (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)
Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan
masyarakat yang beriman, berilmu , bertaqwa dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada
pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan
murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.
Guru membawa misi penyempurnaan akhlak, sebagaimana misi diutusnya Rasulullah Muhammad
s.a.w . Nabi sendiri dengan tegas pernah bersabda: "Innama buitstu liutammima makaarima al-akhlaq,
artinya sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."
Lantaran itu, tidak salah jika ahli tafsir mengatakan bahwa posisi guru setingkat di bawah Nabi,
sebagaimana yang ia pahami dalam sabda Nabi s.a.w., : "Al-Ulama'u waratsatu al-Anbiya', (Ulama
[menurutnya termasuk guru] adalah pewaris para Nabi).
Sahabat,
Guru yang menyampaikan ilmunya adalah berupa ilmu yan bermanfaat, jika ilmu tersebut di amalkan
berterusan hingga ke hari kiamat maka walaupun ia telah kembali ke alam barzakh maka pahalanya
akan berterusan diperolehi.
Perhatikanlah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia,
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan
do'a anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)
Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan
walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini.

Tugas guru adalah suatu tanggungjawab mulia. 16 Mei merupakan tarikh sinonim denganSambutan Hari
Guru yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf khidmat dan jasa bakti para pendidik dari dahulu
sehingga kini yang merupakan tulang belakang dan penggerak modal insan dalam pembinaan sesebuah
negara sejahtera.
Perayaan hari guru sewajarnya disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang
pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru. Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik
sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi
melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan
melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan insan lain.
.
.

Tanggungjawab Mulia
Islam amat menitik beratkan pencarian ilmu. Justeru itu, kedudukan seorang guru amat tinggi di sisi Islam.
Firman Allah di dalam Al-Quran :

Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)
.

Rasulullah juga memperakui bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang menuntut ilmu terlebih
dahulu dengan tujuan kemudiannya untuk menjadi guru. Sabda Rasulullah :
(

- ( 5027

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis Riwayat
Bukhari 5027)
.
Di dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

.
( 3685
Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di
dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada
manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)
.
.

Penyampai Ilmu
Mari kita imbas kembali sirah Rasulullah menerima wahyu daripada Allah yang
disampaikan oleh Malaikat Jibril. Jibril a.s adalah guru kepada Rasulullah . Dalam sebuah hadis ada
diceritakan sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda.
Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua.
Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu adalah Jibril.
Rasulullah telah menunjukan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan
tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril a.s.
Rasulullah adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut,
tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini.
Rasulullah menyampaikan amanah Allah dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar

dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah tetap tidak berganjak atas usaha
untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah .
Hikmah Allah menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing
ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia
yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia.
Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu,
penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang
mencabar.
.
.

4 Martabat Guru
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Muallim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut
menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik
mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
.

Guru Mesti ada sikap mengajar (muallim) dan


mendidik (murabbi).

Satu contoh yang cukup baik telah Rasulullah tunjukkan berkenaan dengan seorang Arab
Badawi yang kencing di dalam masjid. Ramai dari para sahabat baginda naik marah pada ketika itu. Tapi
Rasulullah dengan tenangnya membiarkan Arab Badawi itu kencing sampai selesai.
.

Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut tiga hikmah Rasulullah telah
tunjukkan pada kejadian itu:-

1. Rasulullah membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis kerana kalau ditegur arab badawi itu,
tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya akan terkena diseluruh masjid itu. Jadi
baginda biarkan dia kencing setempat dan najis itu tidak kena pada seluruh masjid.
2. Kalau ditegur akan menyebabkan arab badawi itu terkejut dan akan terhenti dari terus kencing, Jadi akan
menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.
3. Rasulullah mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh air kencing (najis) itu
tadi.

Jadi di sini jelas sikap Rasulullah antaranya :1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan ketika itu.

2. Rasulullah mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh didalam apa-apa tindakan.
3. Kemudian Rasulullah mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu.
.
.

Apabila Matinya Anak Adam


Satu lagi tentang hadis Rasulullah untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.
Maksud hadis :
Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :1. Sedekah jariah.
2. Ilmu yang manfaat.

3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.


.
Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.
1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan
sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya.
2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus
menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.
3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.
Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal
dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka.
.
.

Tugas Mendidik Jangan Dipersia


Tugas mengajar dan mendidik berkait rapat dengan peranan dan tanggungjawab terhadap pendidikan
anak-anak dan para remaja yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah. Di bahu
gurulah terpikul beban bagi menghindari anak muda daripada terjebak kepada penyakit sosial yang melanda
remaja Islam hari ini.
Sabda Rasulullah :


Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya.(Hadis
Riwayat Al-Bukhari)
.
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil
berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi, sejarah para
Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.
.
Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:
1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah :


Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah
mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur. (Hadis
Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:


Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka.
2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.
Firman Allah :

Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang
terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah taala dan
(balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(di dalam masa sedih dan senang). (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)
.
.

Penutup
Hari ini, bersyukurlah kerana Allah telah mengangkat martabat seorang guru yang benar-benar
ikhlas menyampai ilmu Allah dan penyambung tugas para nabi.

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan ikhlas dan seamanah mungkin sesuai
dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana tanggungjawab tersebut sekadar
untuk mendapatkan gaji semata-mata. Al-Mawardi di dalam Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99)
menyebut:

Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan


Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan
memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian
(daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.
.
Didiklah diri sebelum mendidik orang lain kearah ketaqwaan kepada Allah . Peganglah prinsip
boleh ditarbiah dan mampu mentarbiah orang lain. Berusahalah menjayakan matlamat pendidikan untuk
melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang
kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Para pendidik perlu bersatu membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni,
bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.
Seterusnya martabatkanlah profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar maruf dan nahi
munkar.
.
Akhir kata; Jadilah seorang guru yang dengan hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu,
nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru Selamat Hari Guru!

You might also like