You are on page 1of 8

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

Pengenalan
Tamadun Islam ialah perkembangan ke arah yang lebih baik darisegi fizikal dan spiritual
yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis(al Sunnah) yang ditegakkan oleh
orang-orang Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu
tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan
Islam. Mereka turut menyumbang dalam menterjemah buku-buku dari tamaduntamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab serta sumbangan lain yang tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.
Syariat Islam telah menggariskan lima prinsip utama, dikenali sebagai Maqasid AlSyariah yang mesti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan
Tamadun. Lima prinsip Tamadun Islam tersebut ialah:

Memelihara agama

Memelihara jiwa

Memelihara akal

Memelihara keturunan

Memelihara Harta

MEMELIHARA AGAMA
Tamaddun Islam tercipta daripad ajaran Islam. Islam mengikhtiraf manusia
sebagai khalifah di dunia ini.Manusia dipilih berbanding dengan makhluk lain kerana
kesempurna akalnya dengan memberi kebebasan untuk memilih mana satu yang benar
dan mana satu yang salah.
Prinsip ini amat sesuai diamalkan kerana amat sesuai diamalkan untuk
membentuk suasana selesa bagi memupuk keharmonian kehidupan beragama dalam
sebuah masyarakat majmuk.
Agama meletakkan penganutnya pada posisi yang mulia, yang tinggi,yang
berperadapan agung, sekali gus Islam merupakan nikmat yang paling besar buat
mereka.Pegangan agama menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorang.
Untuk memelihara kesucian Islam, penganutnya tidak dibenarkan keluar
daripada Islam.Mereka yang telah terpesong hendaklah ber taubat.

Contoh

Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa, Maha Mencipta dan Maha
Berkuasa.

Melaksanakan tanggungjawab beragama .

Mengamalkan amal maaruf nahi mungkar.

Memelihara Syiar Islam.

Menghormati penganut agama lain iaitu hak mereka mengamalkan ajaran


agama mereka.

Firman Allah:
Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percaya kepada Taghut dan ia pula beriman
kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh dan tidak
akan putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi mengetahui.
Al-Baqarah: 256

MEMELIHARA JIWA
Jiwa dan nyawa adalah kurniaan Allah yang tidak boleh diganti dan dicipta.
Nyawa adalah pinjaman Allah kepada manusia. Islam mewajibkan umatnya menjaga
keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan
nyawa.
Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk cirri-ciri kelembutan, mudah
bersahabat,empati dan bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan
perbalahan serta peperangan.
Keamanan dan keharmonian menjamin nyawa terpelihara. Di samping itu,
membunuh seseorang tanpa sebab adalah berdosa besar dan akan ditimpa azab yang
berat di akhirat nanti.
Allah sebagai Pencipta iaitu Khaliq sangat mengerti betapa pentingnya jiwa
ini,dan agar ia terpelihara,maka Allah menurunkan aturan yang sangat sesuai iaitu yang
dinamakan syariah.

Contoh :

Kita perlu menjaga keselamatan diri, kesihatan,pemakanan dan berubat


sekiranya diserang penyakit.

Kita dilarang merosakkan diri,membunuh diri atau membunuh orang lain.

Jangan melakukan perkara-perkara yang membahayakan diri seperti


memandu secara berbahaya atau berlumba haram.

Firman Allah:

Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat jahat di bumi,maka
seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya.
Al-Maaidah: 3
MEMELIHARA AKAL
Akal mempunyai fungsi yang tinggi dalam kehidupan manusia. Namun begitu
akal yang waras sahaja akan menentukan kesejahteraan dan keharmonian hidup.
Ia juga yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
Islam juga mengajar umatnya memilih makanan yang baik untuk kesihatan tubuh
badan dan akal fikiran. Makanan mestilah daripada unsur yang baik lagi halal untuk
membentuk darah daging dan minda yang sempurna. Makanan yang haram akan
mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.
Umat Islam juga diajar tentang adab melakukan pekerjaan serta melarang
daripada berbuat sesuatu yang merosakkan diri. Akal perlu dipelihara dengan baik
kerana ia adalah lambang keperibadian manusia berbanding makhluk lain.
Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin untuk
membentuk pemikiran yang sempurna.

Contoh:
Suruhan Islam membaca bahan yang baik-baik untuk perkembaangan minda.
Larangan membaca bahan yang merosakkan akidah dan akhlak atau menonton
bahan yang boleh menjejaskan minda.
Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang merosakkan akal seperti
merokok, minum arak dan menyalahgunakan dadah.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak,dan judi,dan
pemjaan berhala,dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah

semuanya kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu Berjaya.
Surah Al-Maidah :5
MEMELIHARA KETURUNAN
Keturunan amat penting untuk menentukan kedudukannya di sisi Allah dan
manusia. Islam telah mengiktiraf perkahwinan demi memelihara maruah dan keturunan
zuriat yang bakal dilahirkan. Poligami juga dibenarkan untuk tujuan yang sama.
Islam melarang zina untuk mengelakkan golongan yang tidak menentu nasab
nya dan menghindari daripada penyakit yang berjangkit berkaitan dengan hubungan
kelamin secara rambang.
Nafsu syahwat diberikan kepada manusia adlah untuk mengekalkan
kesinambungan generasi manusia di samping menyempurnakan sifat-sifat
kemanusiaan.
Agama Islam amat menjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf manusia
tidak jatuh ke taraf haiwan.

Contoh:
Islam mensyariatkan perkahwinan dan meletakkan undang-undang yang terperinci.
Larangan kepada perbuatan zina, berkhalwat, seks bebas dan luar tabii.
Menjaga pergaulan, menutup aurat,menjaga nama baik dan berkahwin.

Sabda Nabi Muhamad saw:


Sesungguhnya nyawa,harta dan kehormatan kamu adalah suci..

HR: Bukhari

MEMELIHARA HARTA
Islam amat menitikberatkan hak-hak individu termasuklah dalam hal pemilikan
harta.
Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha
mendapat,mengumpul dan menggunakan harta benda secara bebas mengikut
kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama serta
kewajipan mengeluarkan zakat.
Harta adalah amanah dan pinjaman. Ianya bukanlah milik yang mutlak. Harta
yang diperoleh dengan usaha sendiri secara halal berhak dipelihara dan dijaga dengan
baik.
Tiada sesiapapun berhak mengambil harta orang lain tanpa izin tuannya.

Contoh:
Islam menyuruh umatnya mencari rezeki yang halal dan digunakan untuk
kebaikan.

Islam melarang umatnya mengambil hak orang lain seperti


mencuri,merompak,menyamun,pecah amanah dan rasuah.

Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai Allah. Malah ia juga ajakan
syaitan bagi memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.

Firman Allah:
Allah telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya kamu boleh belayar padanya
dengan kapal-kapal dengan izinnya dan supaya kamu mencari daripadanya dan
kekayaannya dan supaya kamu berterima kasih dan Dia memudahkan bagi kamu apaapa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya.

Surah Al Jaathiyah:12-13
Refleksi individu

Pada 11 Ogos 2011 saya menerima tugasan melalui portal PPG. Saya amati
tugasan tersebut yang menghendaki dibuat secara kumpulan bertiga. Ini memudahkan
saya kerana saya telah mempunyai kumpulan bertiga semasa menyelesaikan Kerja
Kursus Bahasa Melayu dan Matematik.
Kami membahagikan kerja kepada tiga bahagian. Saya ditugaskan
menyelesaikan kerja 3.1. Saya melayari internet untuk mencari bahan rujukan.Selain
itu,saya juga mencari bahan daripada buku rujukan. Saya amat bersyukur kerana bahan
tersebut mudah diperolehi.
Pada interaksi 20 Ogos 2011, kami diberitahu agar menghantar tugasan Kerja
Kursus pada 9 September 2011. Ini memberi sedikit masalah kepada kami kerana masa
yang diperuntukkan terganggu dengan perayaan Aidil Fitri. Namun begitu kami tetap
berusaha untuk menyelesaikan tugasan tersebut dalam masa yang diberi.
Setelah menyelesaikan tugasan saya, kami berjumpa pada 6 September 2011
untuk menyempurnakan tugasan. Pada masa itu kami memperbaiki serba sedikit
tugasan tersebut.
Syukur ke hadrat Allah kerana memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan
menyiapkan tugasan tersebut. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama
rakan-rakan.

NOOR AISAH BINTI ADAM 690116-01-5054

PPG Ambilan Jun 2011 BM 2


IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.