You are on page 1of 27

TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015

TRANSKRIPSI 1

KARANGAN CEREKA
Setiap orang pernah bermimpi. Ceritakan salah satu mimpi yang tidak akan anda lupa
selama-lamanya.
Beberapa bulan yang lalu, aku telah bermimpi tentang suatu peristiwa yang akhirnya
telah menjadi kenyataan dalam hidupku. Aku tidak mungkin lupa akan mimpi itu
selama-lamanya. Ketika aku tidur nyenyak, tiba-tiba dalam mimpi aku terdengar suatu
suara yang memanggilku. “onn, bangun. Kuih pau yang dimasak oleh ibu kau di dapur
telah masak.”
Pada mulanya aku terkejut apabila mendengar suara itu tetapi selepas itu, aku
tidur kembali. Beberapa minit kemudian suara yang sama terngiang-ngiang kembali ke
cuping telingaku. Kali ini, mataku terbelalak ke arah keluar kelambu. “bermimpikah
aku ini”bisikku dalam hati. Tatkala ini aku dapati hari belum siang lagi. Selain suara
panggilan, gambaran api yang bernyala-nyala di dapur masih jelas dalam ingatanku.
Ketika aku berasakan seakan-akan ada sesuatu kejadian yang aneh sedang berlaku ke
atas diriku. Kalau tidak mengapakah suara panggilan yang sama muncul dalam
mimpiku dua kali berturut-turut.
Aku bergegas bangun dan turun dari katil.Langkahku menuju ke pintu
kamar.Sebaik sahaja aku membuka pintu kamar, mataku bertemu dengan cahaya yang
bersinar-sinar dari belakang rumah.“Eh, betullah ibu sedang memasak kuih pau di
dapur. “Kali ini aku sangkakan ibu yang memanggilku tadi.Perutku mula berasa lapar
lalu aku bergerak laju ke belakang rumah dengan harapan dapat makan sebiji kuih pau
yang masih panas.
“A…a…a…” mataku terbelalak sekali lagi diiringi dengan mulut yang
ternganga.Aku ingin berteriak dengan sekuat-kuatnya tetapi aku tergamam lalu
suaraku tidak kedengaran. Nasib baik aku masih berfikiran waras, cepat-cepat aku
berlari masuk ke dalam bilik air yang terletak di sebuah dapur untuk mengambil
sebaldi demi sebaldi air menyiram kea rah api yang sedang marak. Akhirnya aku
Berjaya memadamkan api yang sudah membakar sebahagian dari dapurku.
1

TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015
Ibu, bapa, dan adik-adikku bangun kemudian.Kami dapati punca bala tadi
adalah disebabkan lampu minyak tanah yang terletak di dalam kotak memelihara anakanak ayam telah terjatuh. Dari situlah apimula merebak. Namun, sehingga kini aku
masih tertanya-tanya, siapakah yang mengejutkan aku daripada mimpi tersebut?

TRANSKRIPSI 2
KARANGAN GAMBARAN
Ketika anda dan rakan-rakan pergi ke tasik untuk memancing, anda terlihat beberapa
lelaki

dalam

keadaan

mencurigakan.Anda

memerhatikannya

sebelum

bertindak.Ceritakan pengalaman yang anda lalui.
Pada petang yang dijanjikan, saya bersama Fadli, Subra dan Steven pergi ke tasik
terbiar untuk memancig. Tasik itu jaraknya hanya lima kilometer dari tempat kediaman
kami. Kami memancing hanya untuk mengisi masa lapang selain dapat menenangkan
fikiran.u
Setelah meletakkan basikal, kami meredah rimbunan paku pakis untuk menuju
ke tasik.Cuaca yang redup bagaikan memberi yang baik tentang tangkapan yang bakal
diperoleh.Tiba-tiba Steven meminta kami senyap.
“Ini macam bekas orang lalu.Mungkin ada pemancing yang lebih awal dating
atau mungkin…”Steven tidak meneruskan kalimat itu.Kami perlu berfikir sendiri
tentang kemungkinan.Kami terus melangkah dalam keadaan berhait-hati.
Kami terdengar orang berbual.Steven meletakkan jari telunjuk di mulut meminta
kami senyap.Kami melangkah lebih berhati-hati. Kini, di depan kami, tiga orang lelaki
sedang membuat sesuatu. Gerak-geri mereka agak mencurigakan.Kami memasang
telinga agar butiran kata-kata mereka mampu didengar.
“Esok kita kutip ikan-ikan yang timbul, kemudian bawa ke pasar.Kerja mudah,
untung banyak.“ Kata-kata itu singgah di gegendang telinga kami. Apakah yang patut
kami lakukan? Membiarkan bermakna ikan akan dituba, bertindak pula belum pasti
menang. Steven berbisik ke telinga kami.Kami mengangguk tanda bersetuju.
2

Abid. ayah mengajak kami meninjau kawasan di sekitar penginapan. Hamperhampir aku terlupa membawa pelampung kalau ibu tidak mengingatkan. dan Dini asyik berbual hingga memeningkan kepala ayah dan ibu. beg pakaian dan segulung tikar telah tersusun kemas. peralatan perenang dan barang cenderamata. Setelah berehat sebentar di bilik. Keluar sahaja daripada kereta.Hembusan angina pantai mendinginkan tubuh kami. 3 . Bekalan makanan. Seronok sungguh mereka bermain. Ibu berpesan agar kami menjaga keselamatan ketika berada di sana. manakala Dini terpikat akan motor beroda tiga. kami pun memancing dengan perasaan tenang. suara ombak menerjah ke gegendang telinga kami. kenderaan kami memasuki pusat peranginan Bayu Beach Resort. Ayah membuat pendaftaran dan menempah chalet. Banyak aktiviti yang kami rancangkan apabila tiba di sana nanti. Aku tersentak apabila ibu mengejutkan aku. aku.Kami kemudiannya tertawa terbahak-bahak. Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena kerana menunggu munculnya hari esok. aku menolong ayah mengangkat barang ke dalam kereta. TRANSKRIPSI 3 KARANGAN CEREKA Anda telah bercuti bersama-sama keluarga di sebuah pusat peranginan. kasut.Kami mengunjungi deretan kedai yang menjual beraneka barangan. Ayah membeli dua helai baju yang bercap tempat peranginan tersebut.Ketiga-tiga lelaki itu terperanjat lalu lari lintang-pukang. Sepanjang perjalanan. Tiba-tiba adik menarik-narik tangan ayah sambil menunjuk kea rah permainan kereta mini.00 pagi. beg. Abid memilih kereta F1. Ada yang menjual pakaian. kami polis!” jerit Steven tiba-tiba. Tepat jam 10.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 “Jangan bergerak. Ayah mengarahkan kami membawa barang-barang ke bilik.Aku sudah tidak sabar-sabar untuk mandi-manda di laut.Setelah pasti mereka tidak dating lagi.Selepas mandi dan solat subuh serta menjamah sedikit sarapan. Rambang mata kami dibuatnya. Adikku. Ceritakan pengalaman anda ketika pergi bercuti itu.Aku turut seronok dengan telatah mereka sambil memastikan keselamatan mereka.

ayah mengajak kami makan di sebuah gerai yang berhampiran.Kelihatan banyak pengunjung yang berehat di bawah pohon bersama-sama keluarga masingmasing.Tidak jauh dari tempat kami bermain. Malam itu aku tidur lena. Setelah solat asar. Sedang seronok mandi-mandi.Kemudian. Banyak pengunjung yang sedang menjamu selera.Seorang pemuda telah melakukan bantuan pernafasan. Aku. kami bersantai di beranda chalet sambil memerhatikan keindahan pantai.Aku meminta ayah memesan ais kacang untuk membasahkan tekak dan menghilangkan dahaga.Tanpa berfikir panjang aku terus berenang ke arah kanak-kanak itu. dan Dini berenanag-renang dengan riang sambil diawasi oleh ayah dan ibu. aku dikejutkan oleh suara orang meminta tolong.Ibu kanakkanak tersebut mengucapkan terima kasih kepada kami berdua. ayah menasihatiku agar berhati-hati sewaktu memberik pertolongan agar tidak ada kejadian lain yang tidak diingini kerana tindakanku yang terus berenang ke arah kanak-kanak itu malang itu.Ayah dan ibu berselera makan nasi dengan ulam-ulaman.Beberapa minit kemudian.Aku paut tangannya lalu membawanya ke tepi pantai. Pengalaman itu tidak akan kulupakan sampai bila-bila. Setelah selesai makan. Adib. Aku dan adik-adik pula memilih ayam goring. kami kembali ke chalet untuk solat zuhur.Cuaca agak panas. Walau bagaimanapun.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Ketika jam menunjukkan pukul 1. ayah memuji keberania aku menyelamatkan kanak-kanak itu daripada lemas.30 petang. kelihatan seorang kanak-kanak terkapai-kapai kelemasan. 4 . Malam itu. ayah membawa kami ke pantai. kanak-kanak itu mulai terbatuk-batuk.

mengemas rumah.Saudari tentu faham sebagai seorang perempuan. saya perlu tinggal di rumah untuk membuat kerja-kerja rutin emak. 96300 Dalat. 50 Lot Anis. No. Sarawak 7 MAC 2014 Menemui sahabatku Connie yang kini berada di Kuala Lumpur semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. saya perlu menyiapkan sarapan pagi. memasak.Doktor mengesyorkan supaya emak berehat secukupnya. Saya menulis warkah ini untuk menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat meraikan hari lahir saudri pada 28 Februari 2014 yang lalu. saya ditemani oleh buku-buku pelajaran setiap hari. Sibu. Ceritanya begini. pada malam sebelum tarikh lahir saudari. Apa khabar saudari sekeluarga di ibu kota? Atas sebab peperiksaan akhir tahun semakin dekat. Tulis sepucuk surat untuk memberikan penjelasan kepada kawan anda. dan membasuh pakaian.Bapa juga perlu berulang-alik melihat emak di hospital dan menjemput adik-adik dari 5 . Bapa saya pula sibuk dengan kerja yang berlambak di pejabatnya. Hajat saya menghadiri majlis hari lahir saudari tidak tercapai kerana aral melintang yang tidak dapat saya elakkan pada masa itu. Kampung Medong.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 TRANSKRIPSI 4 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Anda tidak dapat menghadiri majlis har lahir kawan anda kerana sebab-sebab tertentu. tiba-tiba emak saya jatuh sakit.Oleh itu.

terima kasih. Sazali : Kamu fikir seronok sahaja.Harga sayur-sayuran 6 .TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 sekolah. bagaimana ayah dan ibu hendak menorah dan bagaimana kita hendak ke sekolah? Jika hujan sudah teduh. Sampai setakat ini sahaja tulisan saya kali ini. Oh. Masa itu sekeliling rumah kita bagaikan lautan. Sekian. seronoknya bermandi-manda di halaman rumah! Abang sudah besar. Sazali : Hujan nampaknya tidak tidak teduh lagi. kerana bapa penat bekerja di pejabat. bolehlah adik naik sampan keliling kampung.Anda dan adik anda berasa bosan tinggal di rumah. Sahabatmu. ya! Pada cuti yang akan datang ini saya ingin mengajak saudari bersiar-siar di Gua Mulu! Kalau saudari bersetuju dengan cadangan saya ini. abang bercadang hendak bersihkan belakang rumah. Zarina : Biarlah hujan lama sedikit.Anda telah berbincang dengan adik anda tentang perkara-perkara yang ingin anda dan adik anda lakukan apabila hujan reda. tidak boleh mandi dengan budak-budak. Oh. Apabila hujan sudah reda.“Selamat Hari Lahir” saya ucapkan istimewa buat saudari. sila maklumkan kepada saya seberapa segera yang boleh. Tidak ada aktiviti lain terasa bosan betul. Tuliskan dialog anda dengan adik anda itu. Sya TRANSKRIPSI 5 KARANGAN DIALOG Pada itu hujan. Kalau banjir. saya tetap ada satu hadiah yang istimewa untuk diposkan kepada saudari.Saya tidak sampai hati untuk membiarkan bapa membuat kerja rutin emak. Kepala rasa hendak pecah sebab asyik membaca buku sahaja. Walau bagaimanapun. nanti banjir.

25 Oktober 2008 .TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 sekarang sudah mahal. Kampung Selang.Kebetulan ayah ada simpan benih sawi dan bayam. ikan puyu melompat ke darat. barulah abang membersihkan belakang rumah. Adik pula. 36000 Teluk Intan . Sazali : Abang berjanji. 21. Abang mesti janji. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang keadaan sekolah baru anda . Kalau sekeliling rumah kita dipenuhi bunga. mala mini kita berlauk ikan puyulah nampaknya. Perak Darul Ridzuan. TRANSKRIPSI 6 KARANGAN SURAT TIDAK RASMI Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . elok tanam sendiri. 7 . bolehlah kita masuk pertandingan rumah tercantik. Tentu kita akan menang. pokok bunga belum tanam. Adik pula hendak ajak kakak tanam bunga di halaman rumah. Zarina : Bagus cadangan abang. Selepas ke parit depan. Bulan lepas. jangan jadi Mat Jenin. Zarina : Banyak betul rancangan abang. Sazali : Apalah adik. Rumah orang lain adik tengok banyak pokok bunga. tetapi sudah berangan. bersama kakak menanam pokok-pokok bunga. Apa kata kita ke parit depan sana selepas ini? Kalau ada rezeki. sedangkan rumah kita banyak lalang.

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah . Sekian. dewan dan asrama untuk para pelajar yang tinggal jauh . Sino-Kadazan . Syukur alhamdulilah. Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .Di Sekolah ini terdapat pelajarpelajar dari tingkatan satu hingga ke Tingkatan enam atas . pejabat . Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat . Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru. Blok bangunan sekolah ini meliputi blok pentadbiran . terima kasih . Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada saudara untuk kali ini .TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok.Di sekolah ini . Dusun . Terdapat kolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah . Farid Muhammad Farid Zulkifli 8 . saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak tanggungjawab . Bajau dan banyak lagi . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Kedah dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu.Semoga bertemu kembali dalam warkah yang akan datang. setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini. Saudara. Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Yang ikhlas .

Adiknya berumur sembilan tahun. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. pemurah dan tidak 9 . Haizam seorang anak yatim.Haizam mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Najwa Amira. dia tidak berputus asa. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran yang terkenal di bandar itu. bersenang-senang kemudian’. Dia mencuba pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak Karim. Oleh sebab kerajinannya. Malangnya keuntungan yang diperolehnya tidak setimpal dengan usaha yang telah dilakukannya. dia telah dinaikkan pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut. Berbekalkan sedikit wang simpanan arwah ayahnya. seorang peraih buah di kampungnya. Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya. berenang-renang ke tepian. Ibunya. Kini. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan dengan rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan. Namun.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 TRANSKRIPSI 7 CONTOH KARANGAN PERIBAHASA (TEKNIK CERITA) Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak berhampiran dengan kampungnya. dia mula berniaga secara kecil-kecilan. Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu. Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia begitu gembira bekerja di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang rasa. bersakit-sakit dahulu. sudah hampir lima tahun dia bekerja di restoran itu.

TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 lokek berkongsi ilmu dengannya. Bagi menjamin masa depannya. ( 300 patah perkataan ) TRANSKRIPSI 8 CONTOH KARANGAN PERIBAHASA (TEKNIK HURAIAN) Soalan : Peribahasa ‘Di mana ada kemahuan. di situ ada jalan’ menasihati kita supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan. pada setiap bulan dia akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank. Akhirnya. berenang-renang ke tepian. bersakit-sakit dahulu. bersenang-senang kemudian’. Ungkapan peribahasa ini selalu diucapkan oleh masyarakat Melayu ketika merancang sesuatu usaha. di situ ada jalan’. kini mempunyai kemewahan yang dicapainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa itu. dia telah mengusahakan sebuah gerai makanan menjual lauk-pauk secara kecil-kecilan. gerainya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan. Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki. Oleh sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali. dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 10 . Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan juga Barat daripada chef masakan di situ. Begitulah apa yang berlaku dalam kehidupan Haizam. daripada seorang pemuda yang tiada berharta. Dia juga bercita-cita untuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti. ‘Di mana ada kemahuan. Bak kata pepatah Melayu ’Berakit-rakit ke hulu. dia telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. perniagaannya telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar tersebut. Peribahasa ini bermaksud bahawa kalau seseorang itu mempunyai impian. Dari sebuah gerai yang kecil. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa bekerja di situ.

Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolahanda untuk mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasai masalah itu. Oleh yang demikian. TRANSKRIPSI 9 KARANGAN SURAT RASMI Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar walaupun mempunyai pelbagai pelbagai kemudahan. manakan dapat sagunya’.60. kalau tak mahu seribu dalih’ dan ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung. Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. seseorang itu mestilah berani menempuh sebarang cabaran dan halangan sebelum menikmati sesuatu hasil. Cita-citanya ini akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Seseorang yang memahami maksud peribahasa ini akan segera menyedari kesilapan dirinya dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan dirinya.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Jika diteliti pada maksud peribahasa ini. 11 . Ada kalanya juga peribahasa ini diucapkan sebagai suatu sindiran. Konklusinya. Sindiran ini bertujuan menyedarkan seseorang itu tanpa menyakitkan hatinya. Selain peribahasa ini.Melaka. Taman Segar. jika seseorang yang bercita-cita untuk menjadi doktor tidak akan dapat mencapai cita-citanya jika dia tidak belajar dengan tekun. Tamsilnya. Seseorang itu diberi keyakinan bahawa cita-citanya akan dapat dicapai melalui usaha yang gigih. Hal ini berlaku demikian kerana tanpa usaha ibarat mengharapkan buah yang takkan gugur untuk selamalamanya. ‘Kalau hendak seribu daya. Sehubungan dengan itu. pengertiannya amat mendalam sekali.Jalan 14/1. semua jadi’. terdapat beberapa lagi peribahasa lain yang mempunyai pengertian yang sama juga. No. setiap individu mestilah berusaha untuk memperoleh apa yang mereka hajati. Justeru. 77300 Masjid Tanah. peribahasa ‘Hati hendak. usaha itu adalah penting bagi mencapai cita-cita tersebut persis kata mutiara ‘Usaha itu tangga kejayaan’.

77300 Masjid Tanah. 3. 4. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesin fotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 _________________________________________________________________________ Guru Pusat Sumber. 2. Oleh itu. Buku-buku juga diletak tidak mengikut label pada rak. Bunga-bunga dan lukisan mural alam semula jadi pada dinding di dalam pusat sumber secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan pusat sumber dengan lancar. Sayamencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang mahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH 30 JUN 2008 Tuan. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Belakangan ini saya perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan. 12 .saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber. Cadangan-Cadangan Bagi Mengatasi Kelemahan Pengurusan Di Pusat Sumber Sekolah Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan projek “Taman Dalam Pusat Sumber”. Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir. Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan keceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar.

Anda berbual dengan rakan anda tentang masalah tersebut. Kebetulan rumahnya terletak di hujung kampung dan berjauhan dengan rumah penduduk. ketika kejadian itu berlaku Pak Borhan dan keluarganya tiada di rumah.Tulis perbualan tersebut selengkapnya. Tetapi jika anak bujangnya tidak dibawa sama. Danial. Dalam pertemuan dengannya. Yang ikhlas. Cuma menebas rumput sahaja. Eh. terima kasih. Khabar baik.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 5. Sekian. Pada suatu pagi. Marilah ke sini. DANIAL : Apa khabar Jo? Sibuk Nampak? JOHARI : Oh. Angina sepoi-sepoi bahasa. DANIAL :Saya setuju kata-kata kamu itu. Kesempatan ini digunakan oleh si panjang tangan untuk mencari mangsa. ada kamu dengar tentang kecurian di rumah Pak Borhan malam tadi? JOHARI :Ada juga saya dengar. kes kecurian ini berpunca daripada sikap masyarakat kita bagaikan enau dalam belukar yang 13 . Apa yang saya tahu. Tidaklah sibuk sangat. Jo. kami berbincang tentang masalah kecurian di tempat kami tinggal. DANIAL :Seronok betul duduk di sini. Selain itu.Kita sembang sedikit. saya bertemu Johari di depan rumahnya. Ini bermakna. Ramona (Ramona Aini Binti Rahim) TRANSKRIPSI 10 KARANGAN PERBUALAN/WAWANCARA Masalah kecurian sering berlaku di tempat tinggal anda. pencuri mengambil kesempatan “berkunjung” ke rumah yang tidak berpenghuni. Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat. tentu pencuri tidak berani masuk.Berikut adalah hasil perbualan kami berdua.

Jangan anggap itu “anak engkau”. pencuri menjadi rambang mata. pencuri akan bawa lori. DANIAL :Bagi mengatasi masalah kecurian ini. JOHARI : Senang-senang datanglah lagi! 14 . lama kita bersembang. DANIAL : Saya yakin. untuk sementara waktu. kita tidak perlu bimbang lagi. tetapi penduduk kampung ini juga. Penduduk kampung secara bergilir akan mengawasi kampung ini. Kalau boleh bawa lori. JOHARI :Masyarakat kampung ini lebih mengutamakan barang-barang mewah daripada menyimpan di bank. Barang yang baharu dibeli dipamer di ruang tamu.Keamanan kekal di Kampung Aman. biarlah saya balik dulu. tanya mereka. saya lebih suka simpan di bank sahaja. bertolak ansur. Selain itu. apalagi. dalam tempoh terdekat ini. ke mana hendak pergi dan apakah tujuannya. JOHARI : Bagus betul pandangan kamu.Semangat kejiranan ini bukan sahaja dapat membendung masalah kecurian. tegur mereka. dan mengeratkan perpaduan kaum. bukan anak aku”. sehingga menganggu kamu menebas. sepandai-pandai tupai melompat tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. selepas pukul 12. Dalam pada itu.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 melepaskan batuk masing-masing. Kalau macam itu. Barang yang lama pencuri tidak mahu. penduduk kampung tidak digalakkan keluar rumah untuk memudahkan pemantuan dijalankan. tetapi mampu mewujudkan masalah muhibah.Kalau saya banyak duit. Jika ada orang yang mencurigakan. Mereka tidak kisah terhadap jeritan di rumah jiran ataupun melihat sesuatu yang mencurigakan. Jika semangat kejiranan terus dipupuk. sikap kejiranan perlu diperteguhkan semula. Eh. si panjang tangan akan diberkas. jika menemui anak muda yang berkelakuan agak mencurigakan.00 malam. Selepas ini. Saya yakin pencuri tersebut bukan orang lain. saya setuju jika konsep Rukun Tetangga yang diperkenalkan sejak zaman Tun Abdul Razak dulu dihidupkan lagi di kampung ini. Dengan kerjasama polis dan seluruh penduduk kampung.

Para hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan. mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme danPenyelesaiannya ”. Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah. vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. melepak. apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme? Menurut Kamus Dewan. Sebagai jalan keluar. tandas. Lazimnya.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 TRANSKRIPSI 11 CONTOH KARANGAN SYARAHAN Soalan : Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan Penyelesaiannya”. dan ponteng sekolah. dan hadirin yang saya hormati . paip bomba serta menconteng dinding bangunan. perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah. Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak. Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis. mencuri. 15 . barisan panel hakim yang bijaksana. Para hadirin yang saya muliakan. Tahukah anda. Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon. dan juga perhentian bas. merokok. Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja. lif.

Selamat sejahtera saya ucapkan. Sekian. Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam.Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya. Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Hadirin sekalian. terima kasih. Yang Dikasihi Pengerusi Belia 4B Daerah Jasin. Hadirin yang dihormati. TRANSKRIPSI 12 KARANGAN FORMAT SYARAHAN Anda diminta menyampaikan syarahan kepada para perserta Perkhemahan Rakan Sebaya.Yang Berusaha Pengerusi Projek Perkhemahan Rakan Sebaya. Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen anti vandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah. Bagi mengatasi masalah ini. Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan. kerjasama semua pihak amatlah diperlukan.Pihak penganjur meminta anda menyampaikan syarahan yang bertajuk “Peranan Rakan Sebaya”. Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru.dan peserta sekalian.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat. sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung. Semoga perkara yang telah saya katakan dapat dijadikan pedoman. Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini. Dengan kerjasama semua pihak. 16 . Demikianlah syarahan saya untuk kali ini. Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata.

Rakan sebaya yang baik boleh mendorong kita memilih jalan hidup yang baik.Kita sendiri akan menentukan corak hidup kita.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Saya berasa bertuah dapat menyampaikan syarahan yang bertajuk “Peranan Rakan Sebaya”kepada para peserta yang saya anggap seperti adik saya sendiri.Ini kerana rakan sebaya ialah orang yang dekat dengan kita.kelak sepanjang hayat kita akan menyesali nasib kita.tolong-menolong.Sebenarnya. SHAH ALAM. 9 DISEMBER. Carilah rakan sebaya yang boleh membawa kita ke jalan yang betul.mempunyai kecenderungan yang hamper sama.Timun dan pisau di tangan kita.Jadi berfikirlah sebelum bertindak. Hadirin yang dihormati.Sekali terpilih arah yang salah. Seksyen 32 di sini musnah sama sekali dalam suatu kebakaran kira-kiran jam 2.dan mereka biasanya membentuk sebuah kumpulan yang terdiri antara tiga hingga lima orang. Sekian.15 17 .Sebaliknya.dan berwawasan dalam hidup.dan sedia menyelesaikan masalah secara bersama. terima kasih. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. kita perlu mencari rakan sebaya yang berfikiran positif.Oleh itu. Jika ada di kalangan ahli rakan sebaya yang beperangai negatif. Hadirin yang dimuliakan. Hanya di sini dahulu syarahan saya pada malam ini.rakan sebaya bermaksud rakan yang seusia dengan kita.ahli yang berfikiran positif akan menggalakan ahli kumpulan bersikap berbaik-baik. TRANSKRIPSI 13 CONTOH KARANGAN BERITA Anda telah melihat satu kebakaran.Tuliskan sebuah berita tentang kejadian tersebut.berakhlak tinggi.Orang yang dekat itu selalunya menjadi tempat kita meluahkan perasaan dan menceritakan masalah .mereka akan mempengaruhi seluruh ahli kumpulan.Sederet rumah kedai enam pintu di Bukit Kemuning.

TRANSKRIPSI 14 KARANGAN PERBINCANGAN Walaupun jalan raya yang disediakan oleh kerajaan sangat baik. 18 . “ jelas Robert yang menganggarkan kerugian yang ditanggung melebihi RM10 000.Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada system pendawaian elektrik. semasa kebakaran itu sedang melayan pelangga. Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Seksyen 5 yang tiba 20 minit selepas kebakaran itu bermula dimaklumkan berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah yang berhampiran. Robert Chong. ketika ditemui melahirkan rasa simpati beliau dan berjanji pihaknya akan mengusahakan bantuan untuk mangsa-mangsa yang kini ditempatkan di Dewan MPSA Seksyen 25. 53. Datuk Abu Huzaifah yang bergegas ke tempat kejadian. Menurut Ketua Operasi kejadian tersebut. Punca kebakaran masih disiasat. Tuan punya kedai runcit yang turut musnah dalam kebakaran tersebut. “Tiba-tiba saya melihat api membakar kedai tersebut.Dalam keadaan panik. mengapakah kemalangan ini terus berlaku. Angin bertiup kencang menyebabkan api cepat merebak. Wakil Rakyat Kawasan Bukit Raja. Pada pendapat anda. tiba-tiba dia mendengar jeritan yang kuat dari kedai sebelah lalu keluar untuk melihat. 48 ketika ditemui di tempat kejadian berkata. saya menyelamatkan barang yang perlu sahaja.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 petang. Encik Baharuddin Wahab. Kejadian itu menyebabkan 25 orang kehilangan tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang. pihaknya yakin dapat bertindak lebih pantas jika mendapat panggilan lebih awal. namun begitu kadar kemalangan di jalan raya terus juga meningkat.

keadaan jalan raya yang baik dapat mengurangkan risiko kemalangan.Masalah di rumah atau masalah tempat kerja sering terbawa-bawa ketika memandu.Apalagi jika terperangkap dalam kesesakan.Mereka tidak rasa insaf atau bimbang kerana sikap mementingkan diri sendiri dan menganggapnya bukan masalah mereka. Bagi sesetengah pengguna. Beberapa faktor mungkin menjadi penyebab. perasaan ingin cepat sampai menyebabkan pemandu mudah naik angin.Antaranya ialah sikap pemandu yang tidak berhemat di jalan raya. Memang dari segi teorinya. Berdasarkan hujah-hujah yang diberi. Sebab itulah kita sering menemui kereta rosak atau terbakar di tepi jalan. Sikap tidak mengambil berat dalam penyelenggaraan kenderaan juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan meningkatnya kadar kemalangan jalan raya. Orang ramai tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang menakutkan atau tanggungjawab bersama untuk menanganinya. Berita kemalangan yang dipaparkan melalui media massa sudah menjadi perkara biasa kepada masyarakat.Keadaan ini bukan sahaja menganggu lalu lintas. Sebagai salah seorang daripadanya.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Penaikan taraf jalan-jalan raya utama dan pembinaan lebuh raya demi lebuh raya masih tidak dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. kita perlulah mendidik diri agar berhemat di jalan raya mulai hari ini. penguatkuasaan undang-undang bagi kesalahan lalu lintas dan jalan raya yang ada belum cukup untuk menyedarkan orang ramai tentang tanggungjawab mereka di jalan raya. kecelakaan mudah menimpa. TRANSKRIPSI 15 19 . jelaslah kepada kita bahawa peningkatan kadar kemalangan jalan raya banyak berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri. denda wang tunai tidak mendatangkan masalah sama sekali. Selain itu.Apabila seseorang pemandu hilang pertimbangan. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. malah boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

mereka menganggap siaran televisyen 24 jam boleh melahirkan masyarakat yang leka dan suka berhibur sahaja. Kita juga tidak perlu bimbang dengan bahan rangsangan yang ke udara kerana rancangan itu telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) TRANSKRIPSI 16 20 . Siaran televisyen 24 jam yang dikendalikan oleh beberapa buah stesen televisyen pada awalnya menimbulkan pro dan kontra daripada masyarakat. Namun begitu. mereka perlu berehat degan menonton televisyen. kita juga harus sedar beribu-ribu insan sedang bekerja untuk membangunkan ekonomi negara. Sekiranya siaran televisyen berakhir jam 1. Pada waktu kita dibuai mimpi. Bagi mereka yang tidak bersetuju.Lebihan perbelanjaan ini sepatutnya boleh disalurkan kepada hal-hal yang lebih berfaedah seperti membeli makanan yang berkhasiat ataupun membeli buku yang boleh mencambahkan minda. pelajaran. hasrat ini sukar dicapai. kita akui bahawa siaran 24 jam banyak memberi faedah dalam arus kemajuan yang begitu pesat sekali. para pelajar di pusat pengajian tinggi turut mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.00 pagi. Begitu juga . Bagi mereka yang pro terhadap siaran ini. Setelah penat bekerja ataupun menelaah pelajaran. Siaran televisyen tanpa henti juga boleh menyebabkan penggunaan elektrik meningkat.Bincangkan pernyatan tersebut. ataupun keluarga.Kontroversi ini menunjukkan sikap prihatin masyarakat kita.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 KARANGAN PERBINCANGAN Siaran televisyen 24jam memberi kesan baik dan buruk kepada masyarakat.Maklumat yang berlaku di dalam negara atau luar negara perlu diketahui dengan cepat. mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar ataupun menjadi leka terhadap tanggungjawab kepada pekerjaan.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal seperti ini. Antara usaha yang paling penting ialah menekankan aspek ilmu pengetahuan terutama dalam bidang agama kepada pasangan yang ingin berkahwin. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita.Selain itu. Manakala bagi pasangan yang bukan beragama Islam didedahkan dengan pendidikan etika dan moral agar mereka akan lebih bertanggungjawab. keutuhan rumah tangga dan sebagainya perlu diberi bimbingan oleh unit terbabit. Bagi pasangan yang menghadapi masalah sama ada dari segi kewangan.Kalau ibu bapa sendiri bersikap kejam kepada anak-anak maka sukarlah anak-anak untuk dibentuk. Pemantauan sama ada oleh imam. usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk membanteras permasalahan tersebut.Semua ini membimbangkan banyak pihak terutama. ahli masyarakat 21 . ahli jawatankuasa kampung dan sebangainya perlu dilaksanakan. Keluarga dan Masyrakat menunjukkan kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat pada tahun 2007. Saluran media massa boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat tersebut.Nanti ibu bapa diumpamakan bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kecetekan ilmu menyebabkan ibu bapa mengambil jalan singkat dengan mendera anak-anak.Menurut beliau.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 KARANGAN PERBINCANGAN Kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak oleh ibu bapa semakin membimbangkan banyak pihak. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran secara besar-besaran. Selain itu. Eloklah tindakkan awal diambil agar perkara ini tidak menjadi barah dalam keluarga. pemantauan perlu dilakukan kepada mana-mana institusi keuarga yang goyah. Nyatakan usaha-usaha yang dapat menghalang perkara ini daripada berterusan.Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak. yang lebih membimbangkan 102 kes melibatkan pederaan yang membawa maut. Pegawai-pegawai kaunseling harus diwujudkan berdasarkan satu kampung satu unit kaunseling. Pendedahan seperti ini akan memberi maklumat kepada jiran tetangga.

Oleh itu.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 dan anak-anak sendiri agar segera melaporkan sekiranya terjadi kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. institusi sekolah.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampuai batas agama boleh menjebakkan diri mereka ke kancah maksiat. dan masyarakat perlu prihatin untuk membanteras masalah ini agar kanak-kanak dapat hidup dengan lebih selamat dan sejahtera.Kesannya. Selain itu. TRANSKRIPSI 17 KARANGAN PERBINCANGAN sejak akhir-akhir ini.Ibu bapa. jiran tetangga.Ketidakcukupan wang yang dialami oleh sesebuah keluarga untuk menanggung jumlah anak yang ramai menyebabkan mereka terdorong untuk membuang bayi. 22 . kes pembuangan bayi di Malaysia semakin meningkat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya fenomena tersebut. kesempitan hidup juga merupakan salah satu faktor meningkatkan kes pembuangan bayi. kes pembuangan bayi semakin meningkat di Malaysia. kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak sukar dibanteras sekiranya tidak mendapat kerjasama semua pihak. Fenomena pembuangan bayi berlaku apabila bayi yang masih kecil sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia di tempat-tempat tertentu secara bersendirian. Sejak kebelakangan ini. Pergaulan bebas merupakan faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi. mungkin si gadis hamil anak luar nikah.

gejala pembuangan bayi perlu dibendung secara drastik.Kecetakan ilmu agama merupakan pemangkin kepada kebejatan akhlak para remaja. Sejak kebelakangan ini. ibu bapa mestilah menanam ilmu agama dalam diri anak-anak mereka. dan remaja sendiri perlu berganding bahu mengangani permasalahan ini.Bincangkan faktor-faktor terjadinya perkara tersebut.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 Kurang didikan agama juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi.Justeru itu. kita sering melihat di dada-dada akhbar tentang kegiatan jenayah yang berlaku di negara kita. Keruntuhan institusi keluarga merupakan faktor utama terjadinya kegiatan jenayah.Kepincangan terjadi dalam sesebuah negara apabila ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing.Keluarga merupakan asas yang paling penting dalam sesebuah negara. Kesimpulannya. Sedangkan golongan pelajar sekolah hari ini merupakan pewaris negara pada masa hadapan. TRANSKRIPSI 18 KARANGAN PERBINCANGAN Sejak akhir-akhir ini kegiatan jenayah yang berlaku di negara kita sering melibatkan pelajar sekolah.Anak-anak yang sepatutnya mendapat perhatian dan kasih 23 .Mereka mudah terpedaya untuk melakukan perkara-perkara maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala. Pasangan muda yang belum bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa mula berindak di luar batas kemanusiaan.Pihak kerajaan.Usaha berpanjangan perlu agar gejala ini tidak terus menular. Namun. Di samping itu. apa yang menyedihkan kita ialah kegiatan jenayah yang berlaku melibatkan golongan pelajar sekolah. berkahwin dalam usia yang masih muda juga turut menuntut kepada berlakunya kes pembuangan bayi. ibu bapa.

TRANSKRIPSI 19 24 . anak-anak mula mengambil tindakan sendiri. merompak. Mereka akan mudah terikut-ikut perbuatan rakan dan mudah terpedaya dengan ajakan rakan mereka. Sikap seperti ini akan menjerumuskan diri mereka dengan kegiatan jenayah seperti merogol. Rakan sebaya merupakan teman yang paling rapat dengan remaja selepas ibu bapa mereka. pengaruh media massa juga merupakan faktor berlakunya jenayah dalam kalangan pelajar. pihak berkuasa dan pelajar itu sendiri perlu menggembleng tenaga menangani kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Sikap ini membawa kepada keterlibatan remaja tersebut ke kancah jenayah. semua pihak terutama yang terlibat seperti ibu bapa.Pelajar tidak dapat membezakan perbuatan yang berdosa atau tidak. Kesimpulannya.Kecuaian ibu bapa membekalkan remaja dengan pengetahuan agama turut memungkinkan berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Pelajar yang berada di bangku sekolah pada hari ini merupakan bakal pemimpin masyarakat pada masa hadapan. Sikap pelajar itu sendiri juga menjadi faktor terjadinya jenayah. Pengaruh rakan sebaya turut menjadi faktor terjadinya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja.Natijahya. hasil tontonan atau bacaan.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 saying yang sewajarnya daripada ibu bapa telah terabai. perasaan ingin mencuba sesuatu yang sinonim dengan sikap mereka. Dalam usia yang masih muda. Selain itu. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa digunakan pada jalan yang salah seperti melayari laman web yang tidak sesuai di internet. Kesannya. Di samping itu. dan sebagainya. kurang didikan agama juga merupakan faktor pelajar melibatkan diri dalam kegiatan jenayah. Mereka akan cuba melakukan sesuatu mungkin atas ajakan rakan. mereka akan mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak senonoh seperti yang dipaparkan di internet.

Kementeria Belia dan Sukan juga boleh memainkan peranan dengan menyediakan satu litar khas untuk digunakan oleh para pelumba haram atau amatur.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 KARANGAN PERBINCANGAN Kegiatan lumba haram semakin serius sejak kebelakangan ini. Tindakan tegas pihak berkuasa seperti polis amat perlu untuk menangani masalah ini.Nyatakan langkahlangkah yang boleh dilaksanakan demi mengatasi aktiviti ini. ibu bapa juga perlu bertanggungjawab memastikan gejala sosial tidak berterusan.Majoriti terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat ini terdiri daripada golongan remaja. dan segala bentuk media massa haruslah digunakan untuk menyampaikan mesej yang boleh memberi kesedaran kepada semua ahli masyarakat. kita sering melihat di akhbar-akhbar dan televisyen tentang kegiatan lumba haram yang semakin hangat diperkatakan. Selain itu. Sejak kebelakangan ini.Malah. Kebanyakan yang terlibat menerima akibat yang negatif. Akhbar. Selain itu. kempen-kempen kesedaran boleh dilakukan. Ibu bapa sepatutnya tidak membenarkan 25 . Tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada berlumba di tempattempat awam yang boleh membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Ini bertujuan untuk memastikan jalan raya awam tidak digunakan sebagai medan perlumbaan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. televisyen.Tokoh-tokoh yang terkenal boleh dijemput bagi manarik minat orang ramai untuk menghadiri ceramah-ceramah ini.Rondaan yang kerap mesti dilaksanakan. radio.Anak-anak muda mestilah diberi perhatian yang penuh oleh para ibu bapa agar tidak terjerumus dalam kegiatan ini. iaitu sama ada ditangkap polis atau cedera parah akibat kemalangan. Litar ini mestilah cukup dengan kelengkapan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Pihak polis juga boleh mengadakan sekatan jalan raya untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki digunakan untuk berlumba haram. ada yang menggunakan wanita sebagai pertaruhan. Ceramah-ceramah bergerak wajar dilaksanakan di seluruh negara bagi membuka mata mereka yang terlibat.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah oleh pelajar sekolah yang sama. dan kesibukan ibu bapa mencari nafkah.Pihak berkuasa dan ibu bapa harus mencari kaedah yang berkesan agar kes ini dapat dikurangkan.Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius perkara ini kerana boleh menganggu kelicinan sistem pendidikan. Ibu bapa juga harus mengawal kebebasan anak-anak mereka agar tidak bergaul dengan rakan-rakan yang menyertai aktiviti kurang sihat ini. keluarga yang kesempitan wang. Pada mereka. masalah lumba haram harus dicegah sebelum parah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk diterima menyertai sesebuah kumpulan. Selain institusi kekeluargaan.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 anak-anak mereka menggunakan kenderaan bermotor sekiranya tidak mempunyai lessen yang sah. ibu bapa yang bercerai. Persoalan yang bermain-main di minda adalah apakah punca berlakunya perkara ini dan bagaimanakah cara mengatasinya? Faktor utama yang mengundang gejala ini adalah faktor kekeluargaan. rakan sebaya lebih memahami dan mempunyai cita rasa yang hampir sama dengan mereka. Kesimpulannya. Adalah diharapkan langkah-langkah ini dilaksanakan akan menghindarkan para remaja daripada gejala tidak sihat ini. Di situlah mereka mula kenal gaya hidup yang tidak sihat seterusnya terjerumus ke dalam kancah gengsterisme.Semua ini mengakibatkan anak-anak berasa tidak selesa berada di rumah lalu mencari kebahagiaan di pusat-pusat hiburan yang persekitaran sosialnya boleh merosakkan moral mereka.Bincangkan masalah ini. para pelajar juga menerima pengaruh rakan sebaya.Sebagai contoh. TRANSKRIPSI 20 KARANGAN PERBINCANGAN Unsur-unsur gengsterisme sudah mula menular di sekolah. Keadaan akan menjadi buruk sekiranya kumpulan itu 26 . Ada pihak yang mengaitkan hal ini dengan gejala gengsterime yang bertapak di sekolah-sekolah.

Maka daripada sinilah bermulanya keterlibatan seseorang remaja itu dengan gengsterisme.TRANSKRIPSI TINGKATAN SATU 2015 melakukan kegiatan yang berunsur negatif. Tidak dapat disangkal bahawa pengaruh media massa juga menyemai benihbenih keruntuhan akhlak remaja yang menjadikan gengsterisme sebagai landasan hidup mereka. ****TAMAT**** 27 . majalah. dan komik sering memaparkan cerita-cerita yang ada kaitan dengan gejala gengsterisme demi menarik minat penonton dan pembaca. para remaja ini akan berasa bangga apabila dapat mencontohi watak-watak yang membawakan aksi-aksi yang negatif ini. pelbagai faktor mengundang gejala sosial yang mengancam keharmonian masyarakat kita akhir-akhir ini. setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu memerangi budaya ini supaya remaja tidak terus hanyut dalam cara hidup yang merosakkan akhlak mereka. Akibatnya.Jalan cerita yang digarap berjaya meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton. Kesimpulannya. Saluran media seperti televisyen. filem. Oleh sebab itu.