You are on page 1of 9

KLAC-berasal daripada perkataan genggam atau pegangan kuat dan definasi kamus

mekanikal ia menerangkan bahagian klac sebagai satu bahagian yang bekerja untuk
mengerjakan bahagian kerja atau tidak bekerja pada bila-bila masa sahaja.
Klac adalah satu mekanisma yang direka pada kenderaan untuk menyambung dan
memutuskan penghantaran kuasa dari satu bahagian kebahagian yang lain.

Fungsi klac bantuan udara:


a) menyambung dan memutuskan aliran kuasa dari enjin bagi menggerakkan
sesebuah kenderaan.
b) membenarkan penukaran gear semasa kenderaan sedang bergerak.
c) memberhentikan kenderaan tanpa meletakkan gear pada kedudukan neutral.

Penerangan
1. binaan klac terdiri daripada tiga komponen iaitu roda tenaga enjin, cakera geseran dan
tekanan plat. Roda tenaga dan plat bergerak sekali. Ianya melekat dan berputar bersamasama aci engkol enjin.

2. plat tekanan dengan satu atau lebih spring disambungkan kepada roda tenaga dan
berpusing bersamanya.
3. aci masukkan kotak gear mempunyai titik pusat yang sama dengan aci engkol. Pada
bahagian hujung aci masukkan yang lebih kecil mengemudi pilot bearing pada bahagian
hujung aci engkol. Bearing pada bhg hadapan kotak gear menyokong aci keluaran klac.
Kerja yang dilakukan oleh klac:
1. apabila pedal klac ditekan ke bawah, plat tekanan akan bergerak ke cakera geseran. Pedal
klac ditekan, daya spring mengapit cakera geseran diantara plat tenaga dan roda tenaga
kemudian cakera geseran dan aci masukkan berputar bersama roda tenaga.
2. plat tekanan bergerak daripada cakera geseran ini menyebabkan ruang udara diantara plat
tekanan dan cakera geseran terbuka. Selain itu juga diantara cakera geseran dan roda tenaga
terdapat ruang udara yang sama, ruang udara ini direka supaya kuasa tidak terbebas.

Sifat yang perlu ada pada klac:


a) dapat mengambil daya kilas dengan licin dan beransur-ansur.
b) mempunyai keupayaan untuk menyerap daya kilas yang tidak lancar yang mana
boleh menyebabkan bunyi bising didalam sistem penghantaran, menyebabkan
ketegasan dan kehausan yang berlebihan.
Jenis klac:
a) klac spring tekanan.
b) klac spring gegendang.
c) klac bantuan udara.
d) klac bantuan hidraulik.
e) sistem klac elektronik.
KLAC BANTUAN UDARA
- klac yang menggunakan daya kilas tinggi bagi diameter yang besar kerana gegendang
untuk cengkaman. Jarang digunakan kerana kos pemasangan dan penyelenggaraan yang
sukar dan tinggi.
- banyak digunakan pada kenderaan berat spt mesin jentolak, bajak, kapal korek, dll.

Kendalian klac bantuan udara:

Apabila pedal ditekan:


- tindakan piston didalam master silinder akan memaksa tekanan hidraulik dihantar ke klac
servo dan seterusnya memutuskan litar penghantaran.
- liang udara pada control valve dalam klac servo akan terbuka dan udara akan
dimampatkan dari tangki memasuki klac servo bagi membantu tekanan hidraulik.
Apabila pedal dilepaskan:
- tekanan hidraulik akan berkurangan apabila pedal dilepaskan. Litar penghantaran akan
bersambung. Dalam masa yang sama liang pada control valve di klac servo akan
tertutup.dengan ini, litar tekanan udara akan terputus.

Kepentingan penggunaan kaedah tekanan udara dalam mengendalikan klac pada


kenderaan berat
- kepentingan penggunaan tekanan udara dalam sistem klac ialah menyambungkan dan
memutuskan aliran kuasa dari enjin bagi menggerakkan sesebuah kenderaan.
- membenarkan penukaran gear semasa kenderaan sedang bergerak.
- memberhentikan kenderaan tanpa meletakkan gear dalam kedudukan neutral.
-dapat mengambil daya kilas dengan licin dan beransur-ansur, dan mempunyai keupayaan
untuk menyerap daya kilas yang tidak lancar.

Komponen dalam sistem klac bantuan udara


Takungan minyak klac- berfungsi untuk membekalkan dan menyimpan minyak kepada
sistem.
Tangki udara- berfungsi untuk membekalkan udara bertekanan kepada sistem semasa ianya
berfungsi.
Master Cylinder- menghantar minyak hidraulik yang bertekanan kepada klac servo
apabila pedal klac ditekan.
Clutch Servo- terdiri daripada silinder udara pemampat, reaction plunger dan control
valve.

Clutch Housing- terdiri daripada pressure plate dan diaphragm spring yang diikat pada
flywheel serta mengikut putaran enjin. Apabila pedal cekam ditekan, diaphragm ditarik
kebelakang oleh release bearing. Oleh itu pressure plate akan terpisah dari flywheel.

Kerosakkan yang berlaku pada sistem klac bantuan udara


1. piston terlekat pada klac servo dan silinder induk.
2. o-ring akan rosak sekiranya air memasuki bahagian dalam servo.
3. saluran kabel yang bocor akan menyebabkan klac akan sukar untuk ditekan.
4. servo yang bocor adalah disebabkan udara didalam tangki mengandungi air.
5. oil seal akan rosak kerana terdapat air didalam tangki udara.

Beberapa kerosakkan berlaku pada klac


klac bising semasa terputus:
- alas pandu didalam roda tenaga haus atau tidak cukup pelinciran.
- alas pelepas melekat dan haus.

Klac bising semasa tersambung:


- spring piring klac lemah.
- hub piring klac longgar pada aci klac.
Klac grab atau chapter:
- plat tekanan roda tenaga atau spring tekanan retak.
- permukaan roda tenaga, piring klac atau plat tekanan berminyak.
- alas piring klac telah menjadi keras dan bergris.
- tupang enjin telah longgar.
Klac terbabas:
- permukaan piring klac berminyak.
- piring klac haus.
- spring tekanan lemah.
- gelugur aci klac telah haus.
- klac tidak dilaras dengan betul.

Langkah-langkah menguji dan penyelenggaraan komponen-komponen klac bantuan


udara
Pemampat udara:

a) pastikan minyak pelincir, udara mampat dan air dari penyejuk tidak bocor dari pemampat.
b) jika pemampat lambat untuk menghasilkan tekanan yang optima, tanggalkan kepala
silinder dan plat injap. Kemudian periksa lubang silinder dan pepasangan injap dan
keluarkan karbon yang berlebihan.
Reservoir (Takungan):
a) penuhkan tangki dengan udara kemudian matikan enjin.
b) dalam keadaan enjin mati dan injap kawalan tidak digunakan, kebocoran maksima ialah
138KN/m atau 1.4bar dalam masa 20minit.
c) jika kebocoran melebihi had yang ditetapkan, periksa drain cocks, foot valve, hand
valve relay dan keseluruhan paip dan penyambungnya.