You are on page 1of 36

Of

Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1935:


Kesan 'Globalisasi Ekonomi' Kepada 'Ekonomi Lokal'
Di Pulau Jawa, 1900-1940
Oleh:
Dr. Nazarudin Zainun
Bahagian Sejarah
Pusat Pengajian Dmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Pendahuluan
Krisis besar dunia dalam bidang ekonomi yang bermuIa dalam taboo 1929 telah
membawa pengaruh buruk: kepada negara-negara yang menghasilkan bahan mentah berasaskan

pertanian untuk pasarari antarabangsa. I Harga komoditi seperti beras, jagung dan ubi-ubian
merosot dengan mendadak bersama harga komoditi eksport seperti guIa, getah, kopi, teb, kina
dan kopra. Semasa krisis ini penggunaan mata wang bagi menggantikan sistem barter telahpun
bermuIa secara meluas.

Namun akibat krisis ini, pengedaran mata wang dalam pasaran

berkurangan. Hal ini berkait dengan kemerosotan harga dan hasil-hasil pertanian tertentu,
sewa tanah dan upah buruh serta kemerosotan keupayaan membayar ansuran pinjaman bank.
Pulau Jawa terdiri dati tiga wilayah iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. 2
Polau Jawa merupakan pusat pentadbiran kolonial Belanda yang terletak di Batavia. Pulau ini
menampung sebanyak dua per tiga dati jumlah seluruh penduduk Indonesia yang ketika itu
beIjumlah 60.7 juta sedangkan keluasannya hanya merangkumi satu per empat belas seluruh
wilayah Indonesia. 3 PuIau Jawa merupakan kawasan pertanian dan perladangan yang

Makalah yang dibentangkan dalam Simposium Kebudayaan Indonesia -Malaysia (SKIM IX) di
Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia, 10-12 Mel 2005.

Perengan ini diolah dari Egbert de Vries, (Tetj.), Pertanian dan Kemiskinan eli Jawa (Jakarta: Yayasan
Obor Indonesia dan Gramedia, 1985), blm. 85; G. Gonggrijp, Schets Ener Economische Geschiedenis
van Indonesie (Haarlem: De Etven F. Bohn N.V., 1957). hIm. 172-99.
Pembahagian ini berdasarkan pembahagian wilayah pentadbiran oleh Belanda pada 1920. Semasa
keme!esetan ekonomi dunia 1929 pembahagian ini masih berkuatkuasa. Keterangan lanjut lihat peta
dalam Widjojo Nitisastro, Population Trends in Indonesia, (Ithaca and London: Cornell University Press,
1970), hIm. 66,239-41.

Semua angka dan statistik kependudukan ini diambil dari D.H Burger, Soci%gish-Economische
Geschiedenis van Indonesia: Indonesia in de 20e eeuw, dee! n (Leiden: KITLV, 1975), blm. 8-9.

Terdapat banyak sebab mengapa malapetaka kemelesetan ekonomi dunia teIjadi ketika
itu. Satu faktor pencetus telah dikenal pasti iaitu spekulasi saham di pusat-pusat kewangan
antarabangsa terutamanya di Wall Street, New York dan bursa saham di London. Akibat
kegiatan spekulasi ini menyebabkan bursa saham New York merudum pada 24 Oktober 1929
dan seterusnya mempengaruhi pasaran saham di seluruh dunia.

Tarikh inilah yang

memisahkan antara puncak ekonomi dunia dengan zaman kemelesetan.


Kejatuhan harga saham sekali gus mempengaruhi harga komoditi eksport dari Hindia
Belanda secara langsung dan menyebabkan harga komoditi eksportnya seperti gula, getah, teh,
kopi, tembakau, kopra dan koko tumt merudum di pasaran antarabangsa.
Keadaan kehidupan petani disulitkan lagi dengan tindakan para pelabur asing yang
telah sekian lama menanam modal di Hindia Belanda untuk menarik keluar modal mereka.
Kejatuhan perdagangan dunia dan tindakan para pelabur ini, menambahkan lagi kesengsaraan
ekonomi penduduk luar bandar yang telahpun teIjejas teruk, terutama mereka yang
berhubungan langsung dengan pasaran dunia. 8
Sebaliknya jika dilihat kepada kegiatan ekonomi domestik semasa krisis, termasuk
Pulau Jawa yang sangat bergantung kepada eksport, didapati pertumbuhan ekonomi domestik
agak perlahan tetapi tidak mengalami keruntuhan seperti ekonomi eksport.

Dasar Globalisasi Ekonomi Hindia Belanda


Sejak 1900 telah berlaku perubahan pada seluruh sistem ekonomi di Hindia Belanda
yang bermula dati keperluan kepada bahan mentah untuk industri di negara-negara Eropah.
Berikutnya Pulau Jawa telah dibuka untuk pertanian secara besar-besaran dengan kemasukan

7
8

G. Gonggrijp, Schets Ener Economische Geschiedenis van Indonesie, hlm. 172.


Ian Brown, "Rural Distress in Southeast Asia During the World Depression of the Early 1930s: A
Preliminary reexamination", hlm. 995; lihat juga D.J.M. Tate, The Making of Modem South-East Asia:
The Western Impact: Economic and Social Change, vol. 2, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1979), hIm. 104.; dan W.J. O'Malley, "The Bengkalis Hunger Riots of 1935" dalam Between People and
Statistics: Essays on Modern Indonesian History, Presented to P. Creutzberg (The Hague: Martinus
Nijhoff, 1979), hIm. 235.

besar-besaran modal asing ke Hindia Belanda terutamanya selepas 1900 dan Perang Dunia
Pertama. 9 Melalui proses globalisasi ekonomi ini para pelabur bukan sahaja dari Belanda,
tetapi juga dari Amerika Syarikat, Jepun, ltali, Jenna~ Perancis dan Belgium. lO Mereka
membuka ladang seperti tebu, getah, kopi, teh, tembakau dan koko. Dengan ini ekonomi lokal
Hindia Belanda merupakan sebahagian daripada ekonomi global ketika itu. Sebarang
perubahari dalam pasaran ekonomi global jelas mempengaruhi ekonomi lokal di Hindia
Belanda.

Seiring dengan kemajuan ini kemudahan asas juga mula berkembang seperti

pembinaan jalan raya dan jalan kereta api sementara sistem pengairan diperkenal dan
diperluaskan. Para pemilik ladang dan tuan tanah mula mendapat keuntungan. Begitu juga
dengan kerajaan kolonial Belanda dan masyarakat yang dikatakan mula mengecapi perubahan
dalam gaya hidup akibat dasar globalisasi ekonomi Belanda ini.

Ketika menjelang

kemelesetan ekonomi dunia, ekonomi Hindia Belanda telah berada di puncak dan telah pun
berkembang selama tiga dekad. 11

Keadaan Ekonomi Sebelum Kemelesetan


Sejurus sebelum kemelesetan ekonomi berlaku, yakni sekitar 1927/28, penduduk di
Pulau Jawa menikmati tarafhidup yang baik dan terns meningkat. 12 Ekonomi lokal Jawa nyata
memperlihat kecenderongan untuk terus berkembang dengan meningkatnya kemakmuran yang
dinikmati penduduk pribumi. Ketika itu sistem ekonomi koloniaI, yang merupakan pemangkin
kepada keadaan ekonomi yang lebih baik menjadikan ekonomi Hindia Belanda semakin stabil
dan berkembang sehingga kelihatannya tidak mungkin dapat dimusnahkan. 13

10

11
12

13

J. S. Fumivall, Netherlatuls India: A Study ofPlural EcOlWmy., hIm. 309-319 dan 323-331.
W.J. O'Malley, "Indonesia in the Gn~at Depression: A Study of East Sumatra and Jogjakarta in the
1930's", hIm. 23.
W. J. O'Malley, "Indonesia in the Great Depression", hIm. 21.
Lihat W.J. O'Malley, "Indonesia in the Great Depression: A Study of Sumatra and Jogjakarta in the
1930's" (disertasi Ph.D., University Cornell, 1977), hIm. 20-45; lihat juga G. Gonggrijp, Schets Ener
Economische Geschiedenis van Indonesie (Haarlem: De Erven F. Bohn N.V., 1957), hIm. 159.
Lihat D.H. Burger, Sociologische-Economische Geschiedenis van Indonesia: Indonesia in de 20e Eeuw,
deelII(Amsterdam: KITLV, 1975), hIm. 89-90.

Keadaan ekonomi yang lebih baik ini dibuktikan dengan meningkatnya imbangan
perdagangan Hindia Belanda. Contohnya dari taboo 1900-1905 nilai eksport beIjumlah f275.2
juta dengan lebihan eksport 28.5% berbanding import, 1906-1910 berjumlah f413.8 juta dan
lebihan 37.6%, taboo 1911-1915, f643.3 juta (lebihan 35.2%), 1916-1920, fl,338.8 juta
(lebihan 48.8%), 1921.1925, f 1,417 juta, (lebihan 42.4%) dan 1926.1930, fl,500.5 juta
(lebihan 33.8%). Dari angka-angka ini jelas menoojukkan peningkatan pendapatan Hindia
Belanda dari perdagangan hasil perladangan di pasaran global. Keadaan ini telah berubah
dalam masa lima tahoo berikutnya, apabila ekonominya merudum akibat kemelesetan ekonomi
dunia. Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar rakyat pribumi mengalami penderitaan
ekonomi dan pada masa ini juga ekonomi lokal di Jawa mula memasuki keadaan yang agak
statik ootukjangka yang panjang dan hanya berakhir sekitar 1960-an. 14
Sektor perladangan yang wujud sejak 1830 memasuki fasa pertumbuhan yang pesat
selepas 1884 dan mencapai poocaknya sekitar 1920-an. 15 Dalarn tahoo-taboo 1920-an ini
sebahagian besar dari rakyat di Pulau Jawa sarna ada secara langsoog atau pun sebaliknya
didapati bergantung kepada sektor perladangan. 16 Mereka yang terlibat secara langsoog ialah
mereka yang mengusahakan ladang seperti pengusaha, tuan tanah, petani dan buruh tani. Bagi
yang mendapat manfaat atau pengaruh secara tidak langsung pula termasuk para peniaga,
pemborong, pekerja perkhidmatan pengangkutan dan industri pembuatan yang mempunyai

14

1~

16

Keadaan ekonomi Indonesia yang statik dibincang oleh Howard Dick, "East Java in a Regional
Perspective" dalam Howard Dick, James J. Fox, dan Jamie Mackie, (peny.), Balance Development: East
Java in the New Order (Singapore: Oxford Univ. Press, 1993), hIm. 1-22. Liliat juga Howard Dick,
"Representations of Development in 19th and 20th Century Indonesia: A Transport History Perspective"
Bulletin ofIndonesian Economic Studies, vol. 36, no. 1, Apri12000, hIm. 185-207.
Perkembangan sektor perladangan dan sawah di PuIau Jawa adalah sangat pesat. Kawasan tanaman
komersil diPulau Jawa, pada 1880 seluas 2,120.9 ribu hektar, 1890 (2,382.8 ribu hektar), 1900 (2,724.7
ribu hektar), 1910 (3,356 ribu hektar), 1920 (6,442.2 ribu hektar) dan 1930 (7,205.1 ribu hektar).
Keluasan sawah padi yang ditanam di Pulau Jawa: 1880 seluas 1,654.9 ribu hektar, 1890 (1,882.5 ribu
hektar), 1900 (1,995.7 ribu hektar), 1910 (2,119.7 ribu hektar), 1920 (3,042.7 ribu hektar) dan 1930
(3,200.5 ribu hektar). Lebih lanjut lihat P. Boomgaard dan J.L. van Zanden, (peny.), Changing Economy
in Indonesia, vol. la, Food Crops and Arable Lands, Java, 1815-1942 (Amsterdam: Royal Tropical
Institute, 1990),jadual3, 3A, 4 dan 4A
Data lihat Departement van Economische Zaken, Volkstelling 1930, Deel8, (Batavia: Landsdrukkerij,
1934), vol. 8,jadual19.