Professional Documents
Culture Documents
KEBARANGKALIAN
OBJEKTIF :
Selepas mempelajari unit ini, diharap pelajar dapat
1. memberikan contoh ujikaji, ruang sampel, peristiwa dan titik sampel.
2. mentakrifkan semula konsep persilangan, saling eksklusif, kesatuan dan
pelengkap bagi beberapa peristiwa.
3. memahami konsep prinsip asas membilang, pilihatur, gabungan dan peristiwa
tak bersandar.
4. mengira kebarangkalian bagi sesuatu peristiwa.
3.0
PENGENALAN
Kebiasaannya pelajar merasa takut bila perkataan kebarangkalian disebut.
Sebenarnya kebarangkalian adalah unit ukuran seperti ukuran-ukuran yang lain;
umpamanya untuk mengukur hitung panjang tinggi pelajar UPM, kita akan
gunakan ukuran min, serakan cerapan daripada minnya kita akan gunakan varians
dan begitu jugalah dengan ukuran kebarangkalian.
Pada dasarnya kebarangkalian ialah satu ukuran kuantitatif kemungkinan
berlakunya sesuatu peristiwa. Kebarangkalian yang biasa digunakan setiap hari
adalah suatu ukuran kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang nilainya
semata-mata bergantung kepada darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu
peristiwa itu akan berlaku.
Contoh 3.1
Seseorang menyatakan kemungkinan hujan pada hari tersebut adalah 80%.
Seorang yang lain menyatakan kemungkinan Pasukan Bolasepak Johor akan
menang adalah 30%. Keputusan ini bergantung kepada darjah kepercayaan
seseorang terhadap sesuatu peristiwa tersebut.
Perlu diingatkan di sini bahawa kebarangkalian yang akan dipelajari dalam bab
ini, nilainya ditentukan oleh ujikaji rawak. Sebelum takrif formal kebarangkalian
diberi beberapa takrif penting perlu dibincangkan terlebih dahulu.
TAKRIF-TAKRIF PENTING BAGI RUANG SAMPEL DAN PERISTIWA
Takrif 3.1
Ujikaji ialah sebarang proses yang menghasilkan cerapan-cerapan. (Hasil
ujikaji dipanggil kesudahan).
Contoh 3.2
Melemparkan sekeping syilling, hasil yang didapati sama ada bunga atau
kepala.
30
Contoh 3.3
Melemparkan sebiji dadu sekali, hasil yang didapati adalah nombor yang timbul
di atas permukaan dadu.
Contoh 3.4
Mengeluarkan 2 biji guli daripada sebuah kotak yang mengandungi 2 guli biru
dan 3 guli merah, hasil yang didapati ialah sama ada mendapat guli berwarna biru
atau merah.
Contoh 3.5
50 keping cakera komputer dipilih secara rawak daripada 1000 keping cakera,
hasilnya ialah bilangan cacatan yang dicerap.
Contoh 3.6
Merekodkan banyaknya petrol yang digunakan oleh pelanggan pada hujung
minggu.
Contoh 3.7
Daripada lot mentol lampu, 50 dipilih secara rawak dan catatkan hayatnya.
Takrif 3.2
Ruang sampel ditanda dengan S ialah set yang mengandungi semua
kesudahan/hasil/keputusan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji.
Contoh 3.8
Rujuk kepada Contoh 3.2, S = {H, T}
Contoh 3.9
Rujuk kepada Contoh 3.3, S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}
Contoh 3.10
Rujuk kepada Contoh 3.4, S = {BB, MM, BM, MB}
Contoh 3.11
Rujuk kepada Contoh 3.5, S = {0, 1, 2, }
Contoh 3.12
Rujuk kepada Contoh 3.6, S = {Semua ukuran petrol yang diambil} misalnya
dalam liter.}
= {20, 15, 12, 30, 31, 24, }
Takrif 3.3
Set nul atau ruang kosong ialah set yang tidak mengandungi sebarang unsur,
ditanda dengan .
Takrif 3.4
Peristiwa ditanda dengan sebarang abjad ialah subset S ataupun
sehimpunan kesudahan bagi suatu ujikaji. Perlu ditegaskan di sini bahawa
subset adalah peristiwa. Dengan itu, subset termasuk dan S.
Contoh 3.13
Rujuk Contoh 3.9, A = {peristiwa nombor genap yang timbul}, maka unsur-unsur
dalam A = {2, 4, 6}.
Takrif 3.5
Titik sampel ialah titik-titik yang mewakili satu kesudahan ujikaji.
Contoh 3.14, Rujuk contoh 3.9, setiap satu titik yang ada di ruang sampel adalah
titik sampel.
31
Ruang Sampel
Titik Sampel
Takrif 3.6
Peristiwa ringkas ialah subset ruang sampel yang terdiri daripada satu titik
sampel sahaja.
Takrif 3.7
Peristiwa majmuk ialah subset ruang sampel yang terdiri daripada lebih
daripada satu titik sampel atau peristiwa yang dapat dinyatakan sebagai
kesatuan peristiwa-peristiwa ringkas.
Contoh 3.15
Satu ujikaji telah dijalankan dengan mengeluarkan sebiji bola daripada satu kotak
yang mengandungi 3 biji bola bertanda 1, 2, 3. Senaraikan Ruang Sampel, subset,
peristiwa ringkas dan peristiwa majmuk.
Penyelesaian
S = {1, 2, 3}
Subset yang boleh dibentuk adalah ; , {1}, {2}, {3}, {1, 2}, {1, 3}, {2, 3}, S.
Peristiwa ringkas ialah, {1}, {2}, {3}
Peristiwa majmuk ialah, {1, 2}, {1, 3}, {2, 3}, S.
Contoh 3.16
A = {4, 2, 1, 3}
A B = {2, 4}
B = {2, 4, 6, 8}
32
Takrif 3.9
2 peristiwa A dan B adalah saling eksklusif jika A B = (tidak terkandung
unsur-unsur yang sama diperistiwa A dan B) ataupun A dan B tidak boleh
berlaku serentak.
B
Takrif 3.10
Kesatuan 2 peristiwa A dan B ditanda dengan A B ialah peristiwa yang
mengandungi semua unsur yang dipunyai oleh samada A atau B atau keduaduanya.
A
Contoh 3.17
A = {4, 2, 1, 3}
B = {2, 4, 6, 8}
A B = {1, 2, 3, 4, 6, 8}
Takrif 3.11
Pelengkap bagi satu peristiwa terhadap S ialah set bagi semua unsur S yang
bukan dalam A, ditandakan dengan A atau A
S
A
A
Contoh 3.18
Ujikajinya ialah melempar sebiji dadu sekali
Jika A dan B diberi oleh;
B = {2, 4, 6}, A = {1, 3, 5}, selesaikan masalah i) iv)
Penyelesaian
S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}
i)
A B = = { }, A dan B saling eksklusif
ii)
A B = {1, 2, 3, 4, 5, 6} = S
iii) A= B
iv) B = A
33
3.2
TEKNIK MEMBILANG
Masalah penting dalam pengiraan kebarangkalian ialah memastikan bilangan titik
dalam ruang sampel S dan juga bilangan titik dalam suatu peristiwa. Untuk
menangani masalah ini diperlukan prinsip asas membilang sebagai panduan bagi
membilang titik-titik sampel.
Teorem 3.1
Jika satu ujikaji/operasi boleh menghasilkan satu daripada m
kesudahan/cara dan operasi yang lain selepasnya pula boleh menghasilkan
satu daripada n kesudahan/cara, maka bilangan kesudahan/hasil yang
mungkin berlaku akibat daripada operasi pertama yang diikuti pula oleh
operasi kedua ialah m x n.
Contoh 3.19
Sekiranya sebiji dadu digolekkan 2 kali, golekan yang pertama menghasilkan 6
kesudahan dan golekan yang kedua menghasilkan 6 kesudahan maka, bilangan
kesudahan yang mungkin ialah = 6 x 6 = 36 titik sampel.
Teorem 3.2 Lanjutan Prinsip Asas Membilang
Jika satu operasi boleh menghasilkan satu daripada n1 kesudahan dan
operasi yang lain selepasnya pula boleh menghasilkan satu daripada n2
kesudahan dan operasi yang lain selepasnya pula boleh menghasilkan satu
daripada n3 kesudahan, dan seterusnya operasi yang lain selepasnya pula
boleh menghasilkan satu daripada nk kesudahan, maka bilangan kesudahan
yang mungkin akibat daripada operasi pertama yang diikuti pula oleh
operasi kedua dan seterusnya ialah n1 x n2 x n3 x nk.
Contoh 3.20
Melemparkan sekeping syilling 3 kali maka bilangan hasil yang ada ialah
sebanyak 2 x 2 x 2 = 8.
Contoh 3.21
Dalam satu perhimpunan agung, 9 orang AJK (Ahli Jawatankuasa) telah dipilih
dan diserahkan kepada ahli-ahli untuk menentukan presiden, setiausaha dan
bendahari di antara mereka. Berapa carakah penentuan ini boleh dibuat supaya
seseorang itu tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan.
Penyelesaian:
9 x 8 x 7 = 5084 cara.
Takrif 3.12
Satu pilihatur ialah satu susunan semua objek atau sebahagian daripada
satu set objek.
34
Teorem 3.3
Bilangan pilihatur n objek yang berlainan ialah n! = n x (n 1) . x 1
Contoh 3.22
Pertimbangkan tiga objek yang berlainan, iaitu ABC
Bilangan pilihatur kesemua huruf A, B, C ialah 3! = 3 x 2 x 1 = 6.
Susunannya = {ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA}.
Teorem 3.4
Bilangan pilihatur bagi n objek yang berlainan diambil r pada setiap kali
ambil, dengan mementingkan giliran atau tertibnya dipanggil pilihaturan
ditanda dengan
Pr
n!
n r ! .
Contoh 3.23
Berapakah susunan huruf-huruf yang boleh dibentuk jika 2 huruf dipilih daripada
perkataan CAT
Penyelesaian
3
P2
3! 3 2 1
6
1!
1
Susunannya adalah CA AC AT TA CT TC
Perhatian,
Perlu ditegaskan di sini bahawa mementingkan tertib bermakna mana-mana
susunan katakan dengan 2 objek, apabila di tukarkan kedudukan memberi
tertib atau susunan yang berlainan.
Contoh 3.24
Berapa carakah boleh dipilih 2 orang AJK daripada 4 orang AJK untuk menjadi
presiden dan setiausaha?
Penyelesaian
P =
4 2
4!
12
2!
Susunannya ialah
AB, AC, AD, BC, BD, BA, CA, DA, CB, DB.
Dalam kebanyakan masalah, kita berminat kepada bilangan cara memilih objek
tanpa memperdulikan tertibnya. Pemilihan begini dipanggil gabungan.
Teorem 3. 5
Bilangan gabungan n objek yang diambil r pada setiap kali ambil tanpa
mementingkan susunan/tertibnya dipanggil gabungan, ditanda dengan
n
n
n!
C r atau
.
r
r
!
n
r !
35
Contoh 3.25
Sebuah syarikat memerlukan 3 orang pekerja baru. Berapa cara pengurus syarikat
boleh memilih jika terdapat 10 orang yang layak bagi Jawatan tersebut.
Penyelesaian
10
C3
10!
120 cara
3!7!
P() = 0
36
Contoh 3.27
Katakan kita perlu memilih 3 orang daripada 10 pelajar untuk merebut 3 hadiah
pelajar terbaik. Anggapkan setiap pelajar daripada 10 orang mempunyai peluang
yang sama untuk mendapat hadiah. Jika terdapat 6 pelajar lelaki dan 4 pelajar
perempuan, apakah kebarangkalian memilih 2 pelajar lelaki dan 1 pelajar
perempuan.
Penyelesaian:
Bilangan titik sampel dalam S 10 C 3
Peristiwa A = {bilangan 2 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan apabila 3 pelajar
dipilih secara rawak}.
Bilangan titik sampel dalam A = (6C2)(4C1) =
Maka P(A) =
6 C 2 4 C1
10
6!
4!
x
4!2!
1!3!
C3
60
0 .5
120
P A
i 1
Contoh 3.28
Sepasang dadu digolekkan.
Golekan
pertama
1
2
3
4
5
6
1
(1, 1)
(2, 1)
(3, 1)
(4, 1)
(5, 1)
(6, 1)
2
(1, 2)
(2, 2)
(3, 2)
(4, 2)
(5, 2)
(6, 2)
Golekan Kedua
3
4
(1, 3) (1, 4)
(2, 3) (2, 4)
(3, 3) (3, 4)
(4, 3) (4, 4)
(5, 3) (5, 4)
(6, 3) (6, 4)
5
(1, 5)
(2, 5)
(3, 5)
(4, 5)
(5, 5)
(6, 5)
6
(1, 6)
(2, 6)
(3, 6)
(4, 6)
(5, 6)
(6, 6)
A:
B:
C:
D:
Contoh 3.29
Apabila sebiji dadu digolekkan dan takrifkan Ai : peristiwa no. i timbul.
i = 1, 2, 3, .. 6
maka A1 , A2 ,. ,A6 adalah peristiwa yang saling eksklusif. P(Ai) = 1/6.
P(A1 atau A2 atau A3) timbul ialah P(A1 A2 A3) =
P( A )
i 1
P(A B)
dan sebaliknya.
P(B)
Contoh 3.30
38
Andaikan ruang sampel S adalah terdiri daripada 100 orang tua yang ada di rumah
orang-orang tua di mana 60 orang dan 40 orang masing-masing
berlatarbelakangkan merokok dan tidak merokok. Daripada suatu pemeriksaan,
didapati 20 orang daripada mereka berpenyakit jantung. 15 orang dikesan
berpenyakit jantung dan mempunyai latar belakang menghisap rokok. Jika
seorang daripada mereka dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian yang ia
berpenyakit jantung setelah diketahui ianya menghisap rokok.
Penyelesaian:
Tumpukan perhatian kepada peristiwa yang menarik minat kita.
Katakan A adalah peristiwa diserang penyakit jantung
Katakan B adalah peristiwa menghisap rokok
Peristiwa-peristiwa ini boleh ditunjukkan seperti berikut :
B
B'
A
15
5
20
A'
45
35
80
60
40
100
P(A B)
P(B)
15 / 100
=
= .25
60 / 100
P(A/B)
Teorem 3.6
Jika dalam satu ujikaji, peristiwa-peristiwa A dan B kedua-duanya boleh
berlaku maka P(A B) = P(A).P(B/A)
Teorem 3.7
Jika di dalam suatu ujikaji, peristiwa A1, A2, A3 dan seterusnya boleh
berlaku maka P(A1 A2 A3 .) = P(A1)P(A2/A1).P(A3/A1 A2) .
Contoh 3.31
Sebuah kotak mengandungi 20 fius yang 5 daripadanya rosak. 2 fius dipilih
secara rawak dan dipindahkan dari kotak itu berturut-turut tanpa menggantikan
yang pertama. Cuba kirakan kebarangkalian bahawa kedua-dua fius yang dipilih
rosak.
Penyelesaian:
Andaikan A = peristiwa fius pertama rosak.
Andaikan B = peristiwa fius kedua rosak.
Maka, peristiwa kedua-dua fius rosak ialah P(A B)
P(A) = 5/20 =
Selepas fius rosak pertama diambil, peristiwa mengambil fius kedua juga rosak
ialah P(B/A) dan P(B/A) = 4/19.
Oleh itu P(A B) = P(A) P(B/A)
1/19
39
= (1/4) (4/19) =
Peristiwa tak bersandar
Kita telah lihat Contoh pada 3.30 bahawa apabila pengetahuan mengenai
peristiwa B telah berlaku, memberi
maklumat tambahan mengenai
kebarangkalian berlakunya peristiwa A. Walaubagimana pun akan wujud keadaan
di mana dengan mengetahui B telah berlaku tidak memberi sebarang maklumat
tambahan pada berlakunya kebarangkalian A. Iaitu P(A/B) = P(A). Dalam
keadaan yang seperti ini, adalah manasabah untuk menyatakan bahawa peristiwa
A dan B dikatakan sebagai tak bersandaran atau merdeka.
Takrif 3.15
A dan B adalah peristiwa yang merdeka jika berlakunya peristiwa A tidak
mempengaruhi pada berlakunya B dan sebaliknya. Dua peristiwa A dan B
tidak bersandar jika salah satu daripada pernyataan di bawah adalah betul.
i)
P(A B) = P(A) P(B) atau
ii)
P(B/A) = P(A) atau
iii) P(B/A) = P(B)
Contoh 3.32
Sepasang dadu digolekkan 2 kali dan andaikan
Ai = peristiwa mendapat jumlah 7 pada golekan i , i = 1,2
Bi = peristiwa mendapat jumlah 11 pada golekan i, i = 1, 2.
Adakah peristiwa A1 dan B1 saling eksklusif?
Adakah peristiwa A1, A2, B1, B2 saling tak bersandaran?
Penyelesaian
A1 = {peristiwa mendapat jumlah 7 pada golekan 1}
A2 = {peristiwa mendapat jumlah 7 pada golekan 2}
B1 = {peristiwa mendapat jumlah 11 pada golekan 1}
B2 = {peristiwa mendapat jumlah 11 pada golekan 2}
A1 dan B1 adalah saling eksklusif kerana dua peristiwa ini tidak boleh berlaku
serentak. Apabila jumlah 7 sudah didapati, tidak mungkin jumlah 11 boleh
berlaku pada lambungan yang sama.
Oleh kerana setiap lambungan, sepasang dadu tidak saling mempengaruhi di
antara satu sama lain, secara intuisi, pertistiwa A1 dan A2 adalah merdeka dan B1,
B2 merdeka.
Contoh 3.33
Sebuah syarikat mempunyai 100 orang jurutaip yang terdiri daripada 60
perempuan dan 40 lelaki. Daripada 100 orang jurutaip ini, didapati 16 orang
jurutaip lelaki dan 24 jurutaip perempuan yang masih bujang. Jika seorang
jurutaip dipilih secara rawak,
40
i)
ii)
Penyelesaian
Peristiwa yang menarik minat kita ialah
A : jurutaip lelaki terpilih bujang
B : jurutaip lelaki
P(A) = 40/100 = 0.4
P(A/B) = P(AB)/P(B) = (16/100)/(40/100) = 0.4
Daripada keputusan di dapati maklumat tambahan bahawa jurutaip yang terpilih
adalah lelaki tidak mengubah kebarangkalian yang ianya masih bujang, iaitu
P(A) = (A/B). Dengan itu kita boleh katakan bahawa kedua-dua peristiwa itu iaitu
masih bujang dan lelaki dalam kumpulan ini adalah tak bersandaran.
Teorem 3.8 :Teorem Bayes
Jika B1, B2, ,Bk, Bn adalah peristiwa yang saling eksklusif bagi ruang
n
sampel S dengan
P( B ) 1,
i 1
P B i A
i 1
P B k P(A/B k )
P B i P A/Bi
i 1
B2
B3
Ruang sampel S
Bn
41
Contoh 3.34
3 orang kerani diberi tugas untuk memproses borang yang masuk ke pejabat.
Kerani 1 memproses 40% borang, kerani 2 memproses 35% borang dan kerani 3
memproses 25% borang. Didapati kesilapan dalam kadar 0.04 jika diproses oleh
kerani 1, 0.06 jika diproses oleh kerani 2 dan 0.03 jika diproses oleh kerani 3.
Jika satu borang yang telah diproses dipilih secara rawak dan didapati
mengandungi kesilapan, apakah kebarangkalian yang borang itu diproses oleh
kerani 1, 2, 3?
Penyelesaian
B : {peristiwa 3 orang memproses borang}
B1 : {kerani 1 memproses borang}
B2 : {kerani 2 memproses borang}
B3 : {kerani 3 memproses borang}
P(B1) = 0.4, P(B2) = .35, P(B3) = .25
A : {peristiwa membuat kesilapan}
P(A/B1) = 0.04, P(A/B2) = 0.03, P(A/B3) = 0.03
n
P(A) =
P A/B
i 1
i)
ii)
iii)
0.36
P(A)
.0445
P A B 2 P B 2 (0.03)(0.35)
P B 2 /A
0.47
P(A)
.0445
P A B 3 P B 3 (0.03)(0.25)
P B 3 /A
0.17
P(A)
.0445
Contoh 3.35
Satu projek membina sebuah ampangan akan dilaksanakan bergantung kepada
kejayaan Syarikat Sabrina mendapatkan pinjaman dari sebuah bank tertentu.
Kebarangkalian Syarikat Sabrina mendapat pinjaman tersebut ialah 0.6. Sekiranya
pinjaman diluluskan, Syarikat sabrina akan melaksanakan projek tersebut dengan
kebarangkalian 0.95, tetapi sekiranya pinjaman tidak diperolehi, Syarikat Sabrina
akan melaksanakan projek itu dengan kebarangkalian 0.4. Cari kebarangkalian
bahawa pinjaman tidak diluluskan walaupun telah diketahui projek itu akan
dilaksanakan.
Penyelesaian.
Peristiwa yang menarik minat kita ialah peristiwa melaksanakan projek dan
peristiwa mendapat pinjaman atau tidak.
A : peristiwa melaksanakan projek
B1 : peristiwa mendapat pinjaman
B2 : peristiwa tidak mendapat pinjaman
Daripada maklumat yang didapati, peristiwa A dan B berkait.
42
P(A/B2) = 0.4
P(B2) = 0.4
Maka
P(B2/A) =
(0.4) (0.4)
(0.4) (0.4)+(0.6) (0.95)
= 0.219
Jika S = {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9}
A = {0, 2, 4, 6, 8}
B = {1, 3, 5, 7, 9}
C = {2, 3, 4, 5}
D = {1, 6, 7}
i)
Cari pasangan-pasangan peristiwa yang saling eksklusif
ii)
Cari P(A C) , P(A C) , P{(C D) B}
(2/10, 7/10, 5/10)
2.
Sepasang dadu, satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hijau dilontar.
a)
Senaraikan unsur-unsur bagi ruang sampel S.
b)
Senaraikan unsur-unsur bagi A di mana A adalah peristiwa jumlah adalah
lebih besar dari 5.
c)
Senaraikan unsur-unsur bagi C di mana C adalah peristiwa nombor 2
muncul di dadu berwarna hijau.
3.
4. Jika A dan B peristiwa saling eksklusif, P(A) = 0.4 dan P(B) = 0.5, cari
i)
P(AB)
ii)
P( A )
(0.6)
iii)
P(AB)
(0.9)
(0.5)
5. Diketahui bahawa A dan B adalah dua peristiwa mungkin di mana P(A) = 0.4 dan
P(B) = 0.5
i)
Kirakan P(A B) sekiranya A dan B adalah peristiwa saling eksklusif.
(0.9)
ii)
Kirakan P(A B) sekiranya A dan B peristiwa merdeka.
(0.7)
43
6.
i)
7. Satu jawatankuasa 3 orang akan dipilih dari 8 orang yang terdiri dari 5 orang
lelaki dan 3 orang perempuan. Kirakan bilangan jawatankuasa yang mungkin
dibentuk.
i)
Apabila tiada sekatan dikenakan kepada cara pemilihan AJK itu.
(56)
ii)
Apabila ditentukan AJK itu mesti terdiri daripada seorang perempuan dan
2 orang lelaki.
(30)
iii)
Apabila tujuan pemilihan 3 orang AJK itu ialah untuk jawatan Presiden,
Naib Presiden dan Bendahari.
(336)
8.
Samad perlu memilih 3 helai kemeja T dari beg pakaiannya yang mengandungi
kemeja T berwarna putih dan 3 helai berwarna merah. Apakah kebarangkalian
yang terpilih?
i)
Semuanya putih?
(24/210)
ii)
Semuanya merah?
(6/210)
iii)
2 putih dan 1 merah?
(108/210)
9. 5 peserta lelaki dan 4 peserta wanita telah berjaya ke pertandingan suku akhir
peraduan memasak. (Setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk dipilih).
Berapa carakah penganjur boleh memilih?
i)
3 orang peserta sebagai pemenang
(84)
ii)
3 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta wanita untuk memenangi hadiah
pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori iaitu kategori lelaki
dan kategori wanita.
(40)
10.
Sekeping syiling dilemparkan 3 kali. Apakah kebarangkalian mendapat sekurangkurangnya 2 kepala setelah diketahui balingan pertama adalah kepala.
(3/4)
11. 15 penuntut telah ditemuduga untuk mengetahui tentang kegiatan mereka pada
sebelah petang. 6 penuntut mengatakan bermain tenis, 10 bermain badminton dan
3 penuntut tidak bermain sebarang jenis permainan. Jika seorang penuntut dipilih
secara rawak, cari kebarngkalian bahawa penuntut tersebut bermain tenis dan
badminton.
(4/15)
12.
Kebarangkalian seorang pelajar lulus MAT adalah 2/3 dan lulus Fizik 4/9. Jika
kebarangkalian untuk lulus sekurang-kurangnya satu kursus ialah 4/5, cari
kebarangkalian pelajar itu akan lulus kedua-dua kursus tersebut.
(14/45)
44
13.
14. Terdapat 100 pelajar di dalam sebuah kelas di mana 51 daripadanya pelajar
perempuan dan 40 orang daripada 100 pelajar tersebut adalah cacat. Diketahui
bahawa 10 orang pelajar yang cacat itu adalah pelajar perempuan. Jika seorang
pelajar dipilih secara rawak.
i)
Cari kebarangkalian yang pelajar itu cacat diketahui yang ianya
perempuan.
(10/51)
ii)
Cari kebarangkalian bahawa pelajar itu perempuan dan cacat.
(10/100)
iii)
Cari kebarangkalian bahawa pelajar itu tidak cacat diketahui yang ia
perempuan
(41/51)
iv)
Cari kebarangkalian pelajar itu cacat dengan syarat bahawa ia bukan
perempuan.
(30/49)
v)
Cari kebarangkalian pelajar itu tidak cacat atau pelajar itu lelaki. (90/100)
vi)
Adakah pelajar yang cacat itu bergantung kepada pelajar perempuan. (Ya)
15. Bagi sebuah keluarga yang mempunyai tiga orang anak, apakah peluang untuk
mendapatkan
a)
Sekurang-kurangnya seorang anak perempuan
(7/8)
b)
Sekurang-kurangnya sepasang anak perempuan
(4/8)
c)
Sekurang-kurangnya dua anak perempuan, diberi bahawa anak sulongnya
adalah perempuan.
(3/4)
16. Sebuah kotak mengandungi 120 helai baju kanak-kanak iaitu 40 helai bersaiz L, 20
bersaiz M dan 60 bersaiz S. Dua helai baju diambil dari kotak tersebut (tanpa
gantian). Apakah kebarangkalian kedua-dua helai baju yang didapati mempunyai
saiz yang sama?
(137/357)
17.
Katakan seorang pelajar baru universiti mesti mengambil satu kursus sains, satu
kursus pengajian kemasyarakatan dan satu kursus matematik. Jika dia boleh pilih
satu daripada tiga kursus sains, satu daripada empat kursus pengajian
kemasyarakatan dan satu daripada dua kursus matematik, berapa banyak carakah
dia boleh menyusun program pengajiannya?
(24)
18.
19.
Seorang pemain bola keranjang dapat menyumbat gol 50% daripada lontarannya.
Apakah kebarangkalian terdapat tepat tiga sumbatan daripada empat lontaran
berikutnya?
(4/16)
45
20.
Kebarangkalian seorang suami menonton suatu siri televisyen ialah 0.4 dan
kebarangkalian seorang isteri menonton siri tersebut ialah 0.5. Kebarangkalian si
suami menonton siri tersebut, diberikan si isteri jua menonton ialah 0.7, cari
i)
Kebarangkalian sepasang suami isteri menonton siri tersebut.
(0.35)
ii)
Kebarangkalian isteri menonton siri tersebut dengan syarat suami juga
menonton siri tersebut.
(0.875)
21.
Dari sebuah kotak yang mengandungi lima bola hitam dan tiga bola hijau, tiga
bola dikeluarkan dengan pengembalian.
i)
Apakah kebarangkalian ketiga-tiga bola mempunyai warna serupa?(19/64)
ii)
Apakah kebarngkalian kedua-dua jenis warna didapati?
(45/64)
22.
23.
Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan penyakit kanser. Di dalam sebuah
hospital didapati bahawa 97% daripada pesakit-pesakit kanser dan 5% daripada
pesakit-pesakit tidak berkanser telah menunjukkan kesan yang positif terhadap
ujian tersebut. Jika 2% daripada pesakit-pesakit di hospital mengidap penyalit
kanser, apakah kebarngkalian bahawa seorang pesakit yang dipilih secara rawak
berpenyakit kanser diketahui bahawa ianya menunjukkan kesan yang positif
terhadap ujian tersebut.
24.
25.
Satu nombor dua digit telah dibentuk dengan memilih 2 digit secara rwak
daripada digit-digit 1, 3, 5, 7, 9.
i)
Cari kebarangkalian bahawa jumlah digit daripada nombor yang terbentuk
apabila dibahagi dengan 5 memberi hasilbahagi bersamaan 2, jika manamana nombor tidak boleh mempunyai digit yang sama.
(4/20)
ii)
Cari kebarangkalian bahawa jumlah digit daripada nombor yang terbentuk
apabila dibahagi dengan 5 memberi hasil bahagi bersamaan 2, jika manamana nombor boleh mempunyai digit yang sama.
(5/25)
26.
Jika kebarangkalian Ah Chong akan membeli kereta Honda Accord ialah 0.7 dan
kebarangkalian Bakar akan membeli kereta Honda Accord ialah 0.6
i)
Apakah kebarangkalian kedua-duanya akan membeli kereta Honda
Accord.
(0.42)
ii)
Apakah kebarangkalian bahawa Ah Chong atau Bakar tidak akan membeli
kereta Honda Accord.
(0.12)
46
27.
Sebuah hospital ada dua buah ambulan yang digunakan secara bebas.
Kebarangkalian bahawa terdapat sebuah ambulan tertentu apabila diperlukan
ialah 0.8.
i)
Apakah kebarangkalian bahawa terdapat sebuah ambulan apabila
diperlukan.
(0.96)
ii)
Apakah kebarangkalian bahawa tidak terdapat sebuahpun ambulan apabila
diperlukan.
(0.04)
28.
47