Senandung Seorang Hamba

Langkah kakiku masih di sini kerana nikmat kehidupan kurniaan Ilahi sungguh aku hargai segala kurniaan Mu ini Namun seringkali aku lupa diri lantaran keseronokan mengejar cinta duniawi walau cukup kusedari ianya fatamorgana yang mengabui mataku ini ajakan nafsu seolah melambai aku mndekati godaan syaitan membisikkan keindahan hidup ini Ah.... mampukah diriku menjauhinya tanpa petunjuk dariMu Yang Esa dapatkah aku mengatasinya tanpa hidayahMu Pencipta Semesta Oh Tuhan kekalkanlah diriku dalam cahaya iman teguhkanlah diriku dalam panduan al-Quran bantulah daku dalam menjadikanRasul sebagai ikutan kerana apa yang kuharapkan hanyalah kebahagiaan dan ketenangan melayari hidup dengan panduanMu Tuhan onak ranjau berduri bagaikan merentangi perjalanan andai tiada sebuah ketabahan andai terlucut mahkota keimanan pastinya diri dirundung seribu kekesalan kerana tidak dapat menatapMu Tuhan di hari kebangkitan yang penuh kenikmatan bagi mereka yang berjaya melawan godaan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful