Wahai Kekasih Allah

Menyingkap tabir sejarah Membawa diri jauh menjelajah Mengukir kemenangan indah Islam kini telah gah Kerana perjuanganmu Rasulullah Segala liku tabah kau tempuhi Disulami akhlak yang terpuji Walau telah berabad dikau pergi Namun pengorbananmu terus dikenangi Terdetik rasa kesal di hati Wajahmu tak mampu aku tatapi Suaramu tak dapat aku dengari Menyebarkan risalah agama yng suci Walau ditentang,dihina dimaki Engkau terus tabah tempuhi Kerana iman beraja di hati Kerana islam sanggup kau harungi Ya Rasulullah Pinjamkan aku sedikit semangatmu Hadiahkan aku seteguk keimananmu Agar aku mampu Meneruskan perjuanganmu Dengan iman teguh di kalbu Moga dapat kujadi ummatmu Yang memperoleh syafaatmu Di hari yang sentiasa di tunggu Kanku megah ketika itu Kerana diriku adalah umatmu Yang sentiasa aku rindu Kanku cuba amalkan sunnahmu Kanku ingat segala pesanmu Cintamu kepada ummatmu Terlalu berharga bagiku Di penghujung usiamu Terlahir kebimbangan tentang ummatmu

Ya Rasulullah Selawat dan salam aku laungkan Tanda ingatan yang terus berkekalan Dakwah sucimu kan cuba kuteruskan Walau nyawa menjadi taruhan Cintamu aku dambakan Sebagai jambatan cinta tuhan Moga kita akan ditemukan Di hari perhitungan amalan Sebagai ummatmu di akhir zaman Yang berjaya menempuh rintangan Terus berada dalam kebahagiaan jua keredhaan

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful