Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah telah menyampaikan ucaptama di majlis 'Dailog Kongres Kepentingan Bangsa' peringkat

Wilayah Persekutuan anjuran Sekreteriat Kongres Kepentingan Bangsa dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat 22 September, 2006.

Berikut ialah teks penuh ucaputama Tengku Razaleigh Hamzah di kongres itu.

Saya terlebih dahulu ingin mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari yang datang dari jauh dan dekat ke Kongres kita hari ini. Sokongan dan galakkan saudara-saudari akan terus memberi semangat dan dorongan kepada setiap usaha untuk menambahkan kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa depan umat Melayu tercinta. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan kongres yang sebegini besar maknanya kepada perjuangan bangsa kita. Kepada Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan yang menjadi tuan rumah kepada kongres ini., saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan syabas. Saya percaya golongan seperti saudara-saudari adalah orang yang paling banyak merasakan pahit dan getirnya perjalanan orang Melayu yang ingin bertapak dalam bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa mengharungkehidupan di kota yang penuh dengan cabaran. Sejarah Kuala Lumpur ini sendiri adalah sebahagian daripada rentetan sejarah penjajahan yang telah mengekalkan kuasanya berabad-abad melalui dasar pecah dan perintahnya. Melalui dasar itu, penjajah telah meminggirkan masyarakat di kawasan luar bandar untuk terus hidup kais pagi makan pagi sebagai petani dan nelayan. Manakala kaum pendatang berada di kawasan bandar yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan. Perniagaan dan lain-lain aktiviti yang boleh menghasilkan kekayaan dijauhkan daripada orang Melayu. Kalau pun ada orang Melayu yang dilihat sebagai golongan berada, hanyalah dikalangan pemilik tanah dan penjawat jawatan

awam yang tidak sebegitu besar jumlahnya. Di zaman penjajah, masyarakat Melayu hanya berfungsi sebagai pengeluar makanan untuk menampung keperluan bukan Melayu di luar bandar. Ketika itu,golongan penjaja dilihat hanyalah sekadar perantara yang membawa hasil ke bandar-bandar dan menjualnya di pasar-pasar ataupun di kaki lima. Modal yang kecil dan peluang terbatas, meletakkan mereka dilapisan terbawah dalam komuniti perniagaan negara kita. Peristiwa 13 Mei 1969, menjadi titik kepada banyak perubahan yang berlaku selepas itu. Orang Melayu digalakkan berhijrah ke bandar bagi mengimbangi bilangan penduduk kota. Modal asing ditarik bagi membangunkan sektor perindustrian kita. Dari kehidupan sebagai petani dan nelayan di desa, orang Melayu diajak datang ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Kestabilan politik, dasar kita yang tidak menyebelahi negara-negara komunis di zaman perang dingin, dan kadar upah pekerja kita yang murah, menjadikan Malaysia syurga pelabur asing dalam industri yang berintensifkan buruh. Ketika itulah kita melihat masyarakat penjaja Melayu berkembang pesat. Bukan lagi sebagai pembekal barangan keperluan untuk orang bukan Melayu di bandarbandar, tetapi untuk memenuhi keperluan orang Melayu sendiri yang sedang membanjiri kota. Ramai membuka warung makanan, berniaga di pasar malam dan tani, ataupun menjaja dari rumah ke rumah menjual pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan. Perkembangan ekonomi ketika itu juga melahirkan wajah baru bandar-bandar kita. Rumah-rumah kilat dibina dipinggir-pinggir bandar. Perkampungan setinggan mewarnai wajah Kuala Lumpur dengan pemandangan hodoh. Kemiskinan bandar membawa pelbagai masalah dan penyakit baru masyarakat. Semuanya dikaitkan dengan orang Melayu. Hasrat pengstrukturan kembali masyarakat bagi melihat keseimbangan dalam kependudukan di bandar hanya pada angkanya tetapi tidak pada kualitinya. Ertinya, walaupun ramai Melayu

sudah dibandarkan, namun kedudukan mereka tidak banyak bezanya dengan kampung. Masa telah banyak mengubah keadaan ini. Kini,perkampungan-perkampungan setinggan tadi lenyap satu persatu. Terima kasih kepada pelbagai program perumahan kerajaan yang membersihkan bandar kita daripada pemandangan ini. Keadaan kelihatasn bertambah baik dari dulu. Kawasan perumahan kos murah yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan sekurang-kurangnya memberi wajah yang lebih menarik. Namun oleh kerana perancangan tidak dibaut untuk memenuhi keperluan masa panjang, kita melihat bentuk baru kesesakan di kawasan-kawasan ini semakin menjejaskan kualiti hidup mereka. Inilah yang terpaksa dialami oleh kebanyakan orang Melayu yang dahulunya penghuni kawasan-kawasan setinggan. Perkembangan ekonomi yang pesat, turut menarik pendatang asing ke negara kita. Perkampungan setinggan tumbuh kembali dalam bentuk baru. Ia dipenuhi oleh kumpulan yang datang tanpa kawalan dan membawa masalah baru kepada masyarakat setempat. Mereka menjadi pesaing kepada penjaja dan peniaga kecil kita yang baru belajar berniaga.Penjaja dan peniaga Melayu semakin hilang penguasaannya di warung-warung di Chow Kit, Kampung Bharu, Ampang, Kampung Pandan dan yang bersekitaran dengannya. Ini tidak bermakna penjaja Melayu yang meninggalkan kawasan ini sudah diangkat martabatnya berniaga di Plaza Sungai Wang, Mega Mall ataupun Suria KLCC. Tempat yang berprestij seperti itu tetap dikuasai oleh peniaga bukan Melayu tanpa memperlihatkan tanda-tanda usaha mengatasi masalah ketidakseimbangan akan berlaku. Dulu, UDA, MARA dan Pernas ditubuhkan untuk mengatasi masalah seperti ini dan merangka program bagi memenuhi hasrat sebenar dasar membandarkan orang Melayu tadi. Membandarkan orang Melayu bukan untuk meletakkan mereka dipinggiran dan hidup sebagai buruh murah.

Membandarkan orang Melayu bukan sekadar untuk melihat orang Melayu terus menjaja di pasar malam dan di kaki lima. Membandarkan orang Melayu ialah untuk melihat orang Melayu sebagai bangsa yang mampu bersaing dengan sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Sepatutnya perlambangan ini dizahirkan melalui lebih banyak pencakar langit baru, bangunan atau ruang niaga baru ditempat berprestij adalah milik Melayu. Sekiranya ia tidak berlaku, maka hasrat membandarkan orang Melayu menjadi kosong dan tidak bermakna. Dulu, itulah misi UDA. Ia tidak berkesampaian kerana program

menswastakannya gagal. Saya menaruh harapan, UDA yang diberi nafas baru kini akan memberi harapan baru, agar misi asal kita dahulu akhirnya tercapai jua. Sekiranya kita tidak berjaya, kita akan terus menyanyikan lagu lama. Kemiskinan Melayu di Pulau Pinang sudah lama dinyanyikan dan kini dinyanyikan lagi. Kalau pun baru, mungkin penyanyinya sahaja yang baru. Senikatanya tidak berubah. Bahkan iramanya pun sama seperrti dahulu. Masalah di sana sudah sekian lama berlarutan. Mudah kita menyalahkan pucuk pimpinan kerajaan negeri itu kerana ia bukan Melayu. Namun kalau diperiksa di dalam komposisi kerajaan negeri itu sendiri, suara Melayu tidak kurang bilangannya. Kenapa suara ini tidak cukup lantang, atau kita semua sudah ketandusan idea dalam menghadapi kemelut kemunduran orang Melayu yang tidak dapat diselesaikan? Walaupun begitu, kita patut bersyukur sekurang-kurangnhya hari ini, isu ini tidak lenyap begitu sahaja. Masih ada segelintir yang ingin meneruskan agenda Melayu di Pulau Pinang. Namun agenda Melayu bukan sekadar agenda di Pulau Pinang sahaja, ia adalah masalah nasional yang menuntut penyelesaian menyeluruh. Isu Kampung Bharu ditengah-tengah Ibu Kota terus ditunggu-tunggu

penyelesaiannya. Melayu di sana terus dilihat seperti malukut ditepi gantang. Pandangan daif di sana terus menyakitkan mata memandang. Dalam masa yang sama, sedikit demi sedikit tanah rezab Melayu di bandar dibatalkan statusnya

tanpa sebarang gentian. Sekali pun Perlembagaan Negara menuntut mereka yang berkuasa berbuat demikian, namun tuntutan ini semakin tidak dihiraukan. Semuanya atas nama pembangunan. Dulu, Perlembagaan Negara dilihat sebagai dokumen mulia yang mesti dipatuhi. Ia dokumen kontrak sosial yang menjadi benteng terakhir kepada perjuangan orang Melayu. Kini ramai yang melihatnya sebagai bebanan yang menyusahkan. Sebab itulah walaupun perlembagaan kita menjelaskan setiap anak Melayu dan Bumiputera yang ingin belajar setinggi-tingginya berhak mendapat biasiswa, kita sendiri menganggap ini adalah tuntutan yang menyusahkan dan tidak munasabah. Sedangkan ini hak kita yang tak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa. Tidak dinafikan kerajaan pusat terpaksa mengeluarkan belanja berbilion ringgit setahun untuk menampung kos pendidikan. Kos ini semakin hari semakin tinggi kerana kita terpaksa membina lebih banyak sekolah, kolej dan universiti. Ibu bapa atau pelajar itu sendiri diminta untuk berkongsi kos dengan turut menyumbang melalui yuran yang dikenakan. Kata mereka, zaman segalagalanya percuma sudah lama berlalu. Lagi pula barang percuma mungkin tidak dinilai oleh mereka yang mendapatkannya. Fikiran begini sudah tentu bercanggah dengan semangat perlembagaan yang meletakan pendidikan sebagai asas terpenting kepada kemajuan orang Melayu. Semangat perlembagaan ialah untuk mempastikan tidak seorang pun anak Melayu ketinggalan dalam pelajaran. Perlembagaan kita tidak membenarkan ada seorang pun anak Melayu cicir keranan kekurangan wang. Ertinya antara asas terpenting idealogi negara ialah pemerintah wajib memberi pendidikan terbaik kepada orang Melayu kerana pendidikanlahkunci kepada masa depan orang Melayu. Kita sendiri pernah berusaha untuk membantu melaksanakan usaha ini dengan merancang permohonan penubuhan kita untuk Tabung Pendidikan Melayu sebagaimana dari BAFIA yang bagi diputuskan dalam Kongres Pendidikan Melayu Pertama dulu. Malangnya mendapatkan pengecualian

membolehkan kita mengumpul dan menyimpan simpanan ibu bapa untuk pendidikan ditolak oleh Bank Negara. Bagi kita, memberi biasiswa dan lain-lain kemudahan terbaik untuk pendidikan orang Melayu, sepatutnya dilihat sama pentingnya dengan membina masjid, surau dan menganjurkanpelbagai kegiatan keagamaan. Asasnya bukan soal untung rugi, tetapi ini adalah hak yang tidak ada kompromi dalam perlaksanaannya. Isu wang sepatutnya tidak dilihat sebagai bebanan. Ia lebih kepada pengurusan dan cara kita memilih keutamaan. Sebuah kerajaan negeri akan bersungut untuk memberi biasiswa kepada anak negerinya kerana kerajaan negeri tidak ada wang. Banyak negeri hidup atas belanjawan kurang dari RM1 bilion setahun. Sudah tentunya ianya terlalu kecil berbanding dengan kos membina sistem penyuraian lalulintas di Kuala Lumpur yang menelan belanja berbilion ringgit bagi beberapa kilometer jalan yang dibina. Kos ini akan terus meningkat kerana kawasan lembah Kelang akan terus sesak keran kita terus membawa segala-galanya kesini. Kita hanya cuba menyuraikan masalah yang kita sendiri buat dan kita semakin terjerut dengan masalah ini. Sebab itulah program membandarkan orang Melayu secara mengajak mereka beramai-ramai datang ke Kuala Lumpur harus dikaji semula. Sebaliknya, semangat yang pernah diusahakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk membandarkan kawasan luar bandar harus diberi pertimbangan baru dan pendekatan baru dalam perlaksanaannya. . Dulu, usaha ini dibuat dengan memberi tanah kepada orang Melayu melalui rancangan Felda. Bandar-bandar baru dibina dikawasan berhampiran dengan harapan ia mejadi kawasan pertumbuhan baru yang berasaskan wajah-wajah melayu. Usaha ini kemudiannya terbantut kerana pemimpin kerajaan selepas itu, menganggap sektor pertanian adalah sektor yang meredup dan tidak ada masa depannya. Keghairahan kita hanyalah kepada industri-industri berat. Ketika itu ramai yang berpandangan mengeluarkan kereta dan memiliki kilang besi waja adalah lebih berprestij dari mengeluarkan produk getah dan kelapa sawit.

Saya percaya hari ini ramai yang lebih yakin getah dan kelapa sawitlah yang menyelamatkan ekonomi negara. Bahkah disaat kenaikan harga minyak sekarang, beratus ribu keluarga melayu yang berada di sektor getah dan kelapa sawit bergembira. Mereka berada diatas roda kehidupan kerana harga komoditi ini terus meningkat. Perhintungan masa lampau mungkin untuk memenuhi desakan semasa ketika negara bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan ketidakseimbangan kaum. Kita mengasak orang kita ke bandar bagi memenuhi tuntutan mewujudkan keseimbangan penduduk di bandar dan kita menganggap di bandarlah punca rezeki terbesar. Kita mengaggap pernigaan yang menjadi asas kekayaan hanyalah kedai dan bangunan yang menjadi lambing perbandaran. Hinggakan kita lupa, banyak negara di dunia menjadi amat maju dan makmur tanpa bandar-bandar besar. Holland, Switzerland dan New Zealand adalah contoh negara kecil yang tidak ada bandar sehebat Kuala Lumpur tetapi rakyatnya menikmati taraf hidup tertinggi di dunia. Kekuatan negara ini, ialah kepada hasil pertanian yang digerakkan oleh banyak syarikat gergasi dunia yang berpusat di negara-negara itu. Sesetengah negara ini tidak ada pun tanah yang luas seperti negeri-negeri di Malaysia. Namun mereka menggunakan setiap inci tanah mereka untuk pertanian. Bahkan negara-negara besar Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis, walaupun mereka adalah negara perindustrian, mereka sentiasa menganggap pertanian adalah sektor strategik yang mesti dimartabatkan dan diberi kekuatan. Wang banyak dilaburkan untuk memberi subsidi dan pelbagai kemudahan pertanian. Bagi mereka ia sama seperti perbelanjaan untuk pertahanan yang tidak mengharapkan pulangan jangka pendek. Kesannya mereka melahirkan ramai petani yang kaya raya, dan mereka mejadikan makanan sebagai senjata dalam percaturan politik dunia.

Kita sedar, peruntukan yang agak besar turut diberikan kepada sektor pertanian dan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia ke 9. Ia harus dipuji. Namun ia tidak akan kemana kalau kita masih melihat pertanian hanya dari sudut membasmi kemiskinan, iaitu menaikan sedikit punca pendapatan dikalangan mereka yang miskin di desa-desa. Lebih-lebih lagi kalau perlaksanaan program pertanian masih dilihat terpaksa melalui pelbagai proses birokrasi antara kerajaan pusat dan negeri yang merimaskan. Pendekatan begini tidak akan melahirkan syarikat-syarikat baru pengeluar hasil pertanian terutama makanan yang boleh disenaraikan di bursa saham, atau mejadi syarikat multinasional. Ia tidak menarik golongan profesional kita untuk menceburi sektor ini, kerana ia tidak mampu menjadi penjana kekayaan sebagaimana yang diimpikan oleh generasi baru. Tiada siapa yang berminat menjadi usahawan tani, kerana ia tidak

mencerminkan kehidupan bergaya. Apapun perancangan kita, mesti dikaitkan dengan pembentukan citarasa masyarakat yang ingin kita corakkan. Kalau ianya wujud di ibukota, maka berpusu-pusulah orang ke ibukota, kalau kita boleh membawanya ke pecan-pekan yang lebih kecil maka orang perlu datang kesini. Ramai yang mengharapkan pendekatan baru yang lebih redikal. Pemusatan kuasa dalam pembangunan pertanian di tangan kerajaan pusat harus diagihkan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Ini disebabkan kuasa terhadap tanah terletak di tangan kerajaan negeri. Mereka harus diperkasakan untuk merancang pembangunan pertanian sendiri. Peruntukan harus diturunkan kepada kerajaan negeri bagi memajukan produk masing-masing. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan infrastruktur pertanian, seperti sistem perairan, mendalamkan muara-muara sungai dan lain-lain infrastruktur bagi kaum nelayan kita. Kita mahu kerajaan negeri menaja syarikat dari kalangan anak-anak negerinya dalam menerajui industri petanian ini. Bahkan, diperingkat yang lebih kecil tetapi penting, kita patut memperbaiki sistem kupon bagi para petani kita, supaya purata penanaman padi boleh mendapat

pendapatan melebihi satu ribu ringgit sebulan dan boleh hidup lebih selesa di kampong daripada bersesak di bandar mencari pekerjaan. Kita mesti menjadikan pekerjaan disektor pertanian, samada diperingkat pengeluaran atau pasaran sebagai sektor yang menarik dan dibanggakan oleh graduan kita. Kita mahu melihat setiap jabatan pertanian diperkasakan dengan kelengkapan dan jentera pertanian moden yang mencukupi bagi menampung setiap keperluan dalam membangunkan sektor ini. Melalui pendekatan radikal ini sahajalah kita boleh mengawal pertumbuhan kependudukan bandar yang semakin tidak terkawal. Tanpa berbuat demikian, bandar-bandar kita bukan sahaja bertambah sesak, tetapi akhirnya kita akan mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi mengatasi masalah kesesakan ini juga. Akhirnya daripada usaha mengatasi kesesakan itu, yang untungnya hanyalah segelintir kontraktor. Projek-projek besar yang diputuskan secara kilat bagi mengatasi masalah kilat, termasuk banjir kilat sudah tentu akan dikilatkan oleh segelintir kontraktor. Mungkin kontraktor utama itu terdiri dari bumiputra, tetapi yang mendapat kerjakerja dibawahnya terdiri daripada kalangan kontraktor bukan melayu yang lebih berdaya saing di bandar-bandar tadi. Bahkan banyak projek kilat seperti ini menimbulkan pelbagai persoalan yang menyentuh integriti pelaksana dan kerajaan, kosnya tinggi dan sering dikaitkan dengan orang tertentu yang rapat dengan orang tertentu. Sekiranya pembangunan infrastruktur ini menjana pertumbuhan ekonomi, kita melihat pertumbuhan di Puchong atau Cheras, dalam masa setahun, jauh melebihi pertumbuhan bagi sebuah negeri seperti Kelantan, Kedah atau Perlis dalam masa 10 tahun. Sebab itulah saya berpandangan, cadangan memperkasakan kerajaan negeri tadi bukanlah pandangan yang keterlaluan. Kerajaan negeri yang menjangkakan anak-anak negerinya akan kembali ke negeri kerana peluang pekerjaan bertambah baik akan terus melaburkan wang yang banyak untuk pendidikan

anak negerinya sendiri. Ini termasuk memenuhi tuntutan perlembagaan tadi dengan mempastikan setiap anak melayu dari negerinya mendapat biasiswa untuk pelajaran. Bahkan adalah tanggungjawab kerajaan negeri juga untuk melihat

perkembangan pelajaran di negeri masing-masing menjadi yang terbaik dan membawa pulang profesional yang dilahirkannya pulang ke negeri masingmasing sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negeri mereka pula. Ini termasuk mereka yang mendapat kelulusan agama di Timur Tengah yang perlu diberi latihan kemahiran untuk berkhidmat didalam sistem negeri masing-masing. Saya melihat negeri Terengganu telah menunjukkan contoh yang baik. Mereka membuktikan negeri yang dulunya miskin dan bersifat desa akhirnya melahirkan keputusan peperiksaan terbaik setiap tahun dan melahirkan ramai pelajar melayu terbaik tanpa perlu berhijrah ke bandar ataupun ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Walaupun pelajaran bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi melalui peruntukan yang lebih besar mereka boleh melakukan sesuatu yang mengkagumkan. Ini juga bermakna sekiranya peruntukan besar diberikan kepada setiap negeri, tidak mustahil kecermelangan akan turut dilahirkan disemua negeri-negeri kita khususnya untuk anak-anak melayu. Bahkan sekiranya kuasa dan peruntukan yang lebih besar diberikan kepada negeri-negeri dalam memajukan industri pertanian mereka, saya percaya ia akan lebih berjaya daripada apa yang cuba diusahakan oleh kerajaan pusat. Di negeri-negerilah tanah dan lain-lain sumber yang berkaitan dengan pertanian dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau kita mempunyai kesungguhan politik, kita akan mengubah trend pembangunan negara. Pertumbuhan rancak di pusat-pusat bandar yang sedia sesak boleh diperlahankan. Sumber yang ada diagihkan pula ke negeri-negeri, terutamanya yang selama ini ketinggalan. Saya percaya, dengan adanya sistem lebuhraya dan perhubungan yang moden dan efisien, orang tak perlu berlumba datang ke kota-kota lagi mencari kehidupan yang baik.

Kita difahamkan terdapat lebih 50,000 graduan menganggur. Majoriti mereka Melayu. Angka ini mungkin terus bertambah sekiranya pelabur lari untuk mencari peluang yang lebih besar di negeri China, India ataupun negara-negara maju lain yang lebih berdaya saing. Ertinya kata-kata pendidikan kunci kepada masa depan, tidak semestinya benar kerana mereka yang sudah terdidik pun ternyata tidak mempunyai masa depan. Kita ada oelbagai skim vokasional. Bukan sahaja untuk melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi melatih kembali graduan kita dengan ilmu-ilmu kemahiran. Sekalipun begitu, angka pengangguran masih bertambah. Kebayakkan mereka Melayu. Semuanya ini akan menjadi igauan buruk bagi setiap ibubapa yang menyekolah dan menghantar anak-anak mereka ke pelbagai institusi pengajian di negara ini. Anak sudah lulus tetapi kelulusan tak menjanjikan pekerjaan. Memanjangkan tempuh belajar dan menambahkan pelbagai jenis kursus untuk anak-anak kita dilihat hanyalah sekadar untuk melengahkan waktu mereka ketika negara tidak mampu menyediakan pekerjaan untuk semua. Banyak kursus-kursus kemahiran lebih berorientasikan untuk anak-anak ini mencari pekerjaan di bandar-bandar besar. Ia tidak menjuruskan kepada industri pertanian yang sepatutnya selari dengan hasrat memajukan masyarakat desa kita. Saya percaya semua ini dapat disesuaikan kembali sekiranya kita menukar cara berfikir kita kearah manakah kemajuan negara hendak diutamakan dan untuk siapakah kemajuan ini hendak diberikan. Kita turut mendengar semakin ramai penagih dadah di negara kita. Anggaran jumlah kesemuanya mencecah angka juta. Pembangunan projek pusat-pusat serenti paling pesat dalam masa lima tahun terakhir ini. 90 peratus terdiri dari lelaki. Hampir semuanya Melayu. Ertinya kita berhadapan dengan isu pertahanan dan keselamatan sosial yang amat kritikal. Pelbagai program pembangunan belia yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan namun ia masih tidak menyekat pertumbuhan gejala ini dikalangan orang Melayu. Banyak peruntukan untuk bersukan dicurahkan oleh pelbagai agensi kerajaan, namun dibidang ini pun kita masih corot dibelakang. Saya percaya,

kehidupan kita yang tidak menentu ini akhirnya terpaksa bersandarkan kepada kaum keluarga kita. Iaitu di kampong halaman kita. Hanya di kampung sahaja institusi keluarga dan kejiranan masih kukuh. Itulah asas dan sandaran terakhir orang Melayu. Oleh itu, menguatkan institusi desa pasti akan menguatkan orang Melayu, kerana disitulah tempat terakhir orang Melayu berlindung. Saya percaya, tidak ada jalan singkat untuk mengangkat martabat Melayu. Banyak yang diusahakan tetapi adakalanya kita juga yang mempersiakan peluang yang diberi. Isu menjual baja subsidi, pukat dan enjin nelayan dari bantuan kerajaan, menjual kontrak, meng-alibabakan lesen adalah isu Melayu yang tidak boleh dipandang remeh. Manusia masih disenaraikan dikalangan negara yang tinggi amalan rasuahnya. Sekiranya amalan ini tidak dikikiskan dikalangan orang Melayu, yang menghancurkan orang Melayu ialah orang Melayu itu sendiri. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kepimpinan kita. Bukan sahaja kepimpinan politik, tetapi juga kepimpinan pelbagai kumpulan lain, termasuk persatuan-persatuan nelayan, peneroka, Kampung. Banyak kelemahan kita, masih berpunca kepada sikap dan budaya sambil lewa kita terhadap peluang yang ada dan terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada kita sekiranya kita tidak mengubah sikap dan budaya ini apapun peluang dan tanggungjawab yang diberi, ia akan menjadi sia-sia, seperti mencurah air ke laut. Saya percaya dalam usaha kita membina kekuatan ini kita perlu banyak bermuhasabah dan saling mengingati satu sama lain. Mudah untuk kita menyalahkan seseorang, tetapi lebih sukar untuk kita melaksanakannya sendiri. Semakin kurangnya kumpulan-kumpulan cendiakawan atau penggerak masyarakat Melayu yang berkesan dalam mencanangkan perjuangan Melayu dalam semua bidang meresahkan kita. Apakah segala-galanya sudah baik dan kita menyerahkan segala-galanya kepada pihak yang berkuasa? Atau kita sudah menyerah kalah apabila memperjuangkan masalah Melayu. Atau apakah ada dewan perniagaan dan diperingkat Jawatankuasa Kemajuan

dasar pemerintahan kita yang tidak gemar mendengar suara-suara lain yang mungkin berbeza dengannya? Kelesuan cendiakawan dan golongan kelas menengah sesuatu bangsa adalah petanda kelemahan bangsa itu. Kita tidak mahu ia berlaku kepada orang Melayu. Dulu kita ghairah bercakap tentang pencapaian 30 peratus penglibatan Melayu dalam semua bidang. Kini, sasaran ini gagal, tetapi tidak ada sasaran baru hendak dituju. Bahkan tak banyak lagi suara yang bercakap mengenai apa-apa sasaran. Benar, jumlah anak-anak Melayu dalam bidang profesional dan usahawan sudah meningkat, tetapi hakikatnya kita semakin jauh kebelakang. Bangsa semakin jauh kedepan dan jumlahnya boleh menelan kita pada bila-bila masa. Sekiranya landasan sosial, ekonomi dan politik kita berada pada asas yang rapuh, kita boleh dimusnahkan pada bila-bila masa. Kita mahu sasaran baru ditentukan. Berapa ramaikah dokor dan jurutera Melayu dilahirkan dalam masa lima tahun akan datang. Atau apakah mustahil untuk melahirkan 5,000 genius Melayu dalam masa 15 tahun akan datang? Saya yakin kongres ini bukan sahaja akan memperkukuhkan kesetiakawanan kita, tetapi juga akan membuktikan suara Melayu masih kuat, lantang dan bertenaga. Kita mesti meneruskan kelantangan kita dalam semua bidang. Kita harus menjadikannya sebagai suatu pergerakan rakyat yang merangkumi semua isu, termasuk budaya, bahasa dan agama kita. Kita tidak akan menyerah kalah bukan sahaja dalam usaha kita menuntuk pelbagai hak yang sepatutnya milik kita, tetapi juga untuk mengubah cara berfikir dan bertindak kita. Mari kita teruskan perjuangan ini sehingga kita menjadi umat dan bangsa yang benar-benar bermartabat, disegani oleh kawan dan lawan. Semuga Allah memberkati kita dan menyatukan hati-hati kita sebagai umat yang bertakwa dan diredhainya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful