You are on page 1of 24

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 2 : 2010/2011 ( NOV-FEB

)

Haji , Qurban

Hijrah

Dilema

Koreksi Diri

m.s 4

m.s 7

m.s 9

m.s 21

“ Membangun Modal Insan Secara Holistik “

Penaung
Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono
Penasihat
Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam
Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan
Editor
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Pengarang
Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran
Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan
Ustazah Zahidah binti Mohd Zain
Encik Nurdin bin Darman
Wartawan & Grafik
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Edaran
Ustaz Mohd Sofyan bin Razali
Jurufoto
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Penerbit
Pusat Islam ,
Universiti Industri Selangor ,
Jalan Timur Tambahan ,
45600 Batang Berjuntai ,
Selangor Darul Ehsan .
Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134
Email :

Sidang Redaksi Ad-Deen amat
mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /
Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan
Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah
berkaitan dengan urusan keilmuan dan
aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan - bahan tersebut kepada :
Pejabat Editor ,
Pusat Islam Unisel .

Tanggungjawab, Erti Pengorbanan &
Sebuah Penghijrahan!
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
budiman.. Semoga pembaca sekalian beroleh kesihatan yang baik
dan tenang selalu, InsyaAllah…
Bertemu kita sekali lagi pada keluaran ini, iaitu edisi
November 2010 sehingga Februari 2011. Kini, tiba pula giliran
saya untuk memberikan muqaddimah secara ringkas tentang
edisi kedua. Kali ini risalah Ad-Deen memaparkan isu berkaitan beberapa sejarah besar dalam kalender hijriah iaitu ibadah
Haji dan Qurban. Seterusnya memfokuskan konsep
penghijrahan sempena bulan Muharram yang akan tiba.
Ibadah Haji merupakan satu kewajipan bagi umat
Islam yang berkemampuan untuk menunaikannya. Hukumnya adalah wajib disegerakan . Hal ini berdasarkan riwayat
dari Ibnu Abbas bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W
bersabda :

“Cepat-cepatlah kalian menunaikan haji-yakni haji
wajib kerana sesungguhnya kamu tidak tahu apa
yang akan terjadi padanya.” (Hadis riwayat Imam
Ahmad bin Hanbal)
Ibadah Haji adalah satu perjalanan yang mendekatkan
kita kepada Allah,perjalanan mencari keredhaan dan
pengampunanNya serta melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang hamba kepada al-Khaliq. Justeru itu niat
yang murni perlu disematkan sejak awal lagi serta membuat
persiapan ketika muda dan sihat. Mudah-mudahan Allah
permudahkan laluan yang betul untuk kita sampai ke
Makkah. Dan dalam bulan Zulhijjah juga disunatkan untuk
melakukan ibadah Qurban. Ianya membawa kita mengimbas
kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kasih sayang
Nabi Ismail yang berpaksikan ketaqwaan dan ketaatan
kepada Allah S.W.T. .Apakah kita telah memahami konsep di
sebalik pengorbanan itu? Sesungguhnya ganjaran Allah tidak
ternilai bagi hambaNya yang beriman dan sabar.
Seiring dengan perubahan zaman, mujahadah diri
melawan hawa nafsu dalam memburu keampunan dan
keredhaanNya
merupakan
satu
penghijrahan
dan
pengorbanan yang amat berat ujiannya. Semoga terus
istiqamah dalam penghijrahan diri ke arah kebaikan dan
meninggalkan yang batil dan berdoalah agar kita sentiasa
berada dalam petunjukNya serta dipandu ke jalan yang
diredhaiNya, InsyaAllah…Aminn Ya Rabb..
Salam Mawaddah…

Noor Azzah Mohd Yusof – Editor
azzah_yusof@unisel.edu.my
ADDEEN BIL.2 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan
BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo
Dip Pendidikan UKM

Segala puji bagi Allah,
selawat

dan

sebaik-baik

salam

kepada

ciptaan

Allah,

ummat Islam menuju kebangkitan dari

taat dan ibadah kepada Allah SWT,

kejatuhan yang ummat sedang menderita

bersegera kembali kepada Allah dan

ketika ini, kerana dengan titik pusat dan

menghiasi diri dengan akhlak dan perilaku

prinsip-prinsip itulah dahulunya mampu

Nabi SAW, serta menjadikannya sebagai

pemimpin dan teladan seluruh

membina dan membimbing generasi awal

lampu yang menerangi dan menyinari

ummat manusia, Nabi Muhammad

daripada para sabahat sehingga mampu

jalan hidup kita semua, sebagaimana kita

meletakkan di atasnya dasar-dasar negara

perlu

melakukan

Islam

pengorbanan

dan

SAW dan keluarganya serta para
sahabatnya

semuanya

setelah

itu.

pertama,

memberikan

impak

pembangunan
Kita sedang berada di musim haji,

dan

mereka
besar

peradaban

telah

banyak

menghijrahkan

diri

kepada

daripada pelbagai perbuatan dosa dan

Islam

maksiat, dari ketidakadilan, kezaliman dan

berabad-abad lamanya.

kehinaan diri.

mengingatkan kita kepada peristiwa besar
Sekiranya

ingin

Di kesempatan kita menghayati

Nabi Ibrahim AS. Tidak berapa lama lagi

melakukan kebangkitan sebenarnya untuk

peristiwa Qurban, Pusat Islam UNISEL

kita akan memperingati pula perjalanan

ummat ini dan mengembalikan kemuliaan

mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH

hijrah Nabi SAW yang penuh berkat, dan

serta posisinya sebagai pemimpin di

S.W.T dan mengucapkan kepada semua

saat

bawah

kalangan ummat seluruhnya, maka kita

pimpinan

naungannya yang setiap tahun kita selalu

pelu mengambil banyak pengajaran dari

mesyuarat

ingati;

peristiwa korban dan perjalanan hijrah dan

menetapkan bahawa semua pelajar muslim

pengorbanan dan hijrah merupakan satu

berbagai

berpakaian sopan dan menutup aurat ,

inspirasi yang tiada hujungnya, bekal yang

langkah-langkahnya,

tidak akan pernah berhenti memberi

sungguh-sungguh

pengajaran dan ibrah yang selalu kita cari

prinsip-prinsip ini baik untuk diri sendiri

dan perlukan, apalagi pada saat ini kita

mahupun realiti kehidupan kita.

sejarah hidup dan pengorbanan keluarga

ini
hal

sedang
ini

berada

di

menegaskan

bahawa

kita

prinsip

dan

berusaha
untuk

dengan

mempelajari

UNISEL

eksekutif

berada

di

melalui

UNISEL

kampus

telah

UNISEL

berkuatkuasa pada semester 2 2010/2011
ini.
Semoga keikhlasan menguatkuasakan etika pakaian menutup aurat ini

sedang hidup dalam realiti yang penuh
Sekiranya

dengan nista, terutama sekali kerana
kelemahan dan kemunduran.

semasa

tertinggi

kita

ingin

mengembalikan

kemuliaan

kewibawaan

serta

dipatuhi dengan baik dan tidak

akan wujud prasangka negatif

kepada

kejayaannya

mana-mana pihak . Sesungguhnya akan

kita

seperti yang telah diraih pada masa

lahir nanti generasi pelajar-pelajar kita

hijrah

sebelumnya maka sudah semestinya kita

khususnya pelajar muslim menjadi insan

merupakan titik tolak dan perubahan besar

perlu

yang

kepada pembentukan negara Islam dan

panji-panji yang telah diterapkan oleh nabi

kebangkitannya. Oleh sebab itu, dalam

Muhammad

pada kita mengingatinya, kita juga perlu

mengambil

mengambil prinsip-prinsip utama dan titik

memperingati peristiwa korban dan pada

pusat yang sangat penting sebagaimana

tahun baru hijriyyah yang akan datang ini

yang telah diajarkan oleh al-Mustafa SAW

dengan lebih banyak bekerja keras dan

dan dijadikan panduan bagi kehidupan

bersungguh-sungguh serta berjuang untuk

kita semua. Pengorbanan dan hijrah juga

membela Islam di semua peringkat dan

dapat dijadikan titik tolak terbesar bagi

tingkatannya., meningkatkan amal baik,

Sebagaimana
maklumi,

pengorbanan

yang
dan

Islam

dan

akan

melengkapkan

diri

dengan

SAW

dan

kesempatan

sempena

“Rabbani

Melahirkan

Masyarakat Madani”
Penghijrahan Menuju Kepada - NYA…...
“ Sesungguhnya ALLAH S.W.T amat
mengasihi hamba-hamba-NYA yang ikhlas
mendaulatkan syariah NYA ”
Amin Ya Rabbal Alamin…..

ADDEEN BIL.2 - M/S 03

Oleh : Ust. Abdul Rahman Bin Ridewan

Bulan Zulhijjah merupakan
bulan di mana terkandung dua
peristiwa penting iaitu
disyariatkan kepada umat Islam
untuk menunaikan ibadah Haji
dan ibadah Qurban bagi yang
berkemampuan. Ibadah haji
adalah merupakan lambang dan
penyatuan jiwa dan semangat
serta kesatuan akidah dan tujuan
hidup kaum muslimin.
Haji adalah merupakan salah
satu dari hukum Islam yang lima yang
wajib ditunaikan oleh setiap Muslim,
lelaki dan perempuan apabila cukup
syarat-syaratnya. Menurut jumhur
ulama', fardhu Haji mula diwajibkan
pada tahun ke enam Hijrah kerana
pada tahun itulah turunnya wahyu
Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah
ibadat haji dan umrah kerana
Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)
Dari segi sejarah, ibadah Haji
ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
sebagai membaharui dan
menyambung ajaran Nabi Allah
Ibrahim A.S. Ibadat Haji mula
diwajibkan ke atas umat Islam pada
tahun ke-6 Hijrah, berdasarkan
turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang
bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan
manusia mengerjakan ibadat haji
dengan mengunjungi Baitullah iaitu
sesiapa yang mampu dan berkuasa
sampai kepada-Nya dan sesiapa
yang kufur dan ingkar kewajipan
haji itu, maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya dan tidak berhajatkan
sesuatu pun daripada sekelian
makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah
S.A.W. bersama-sama lebih kurang
1500 orang telah berangkat ke
Makkah untuk menunaikan fardhu
haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh
kaum Quraisy sehinggalah
mewujudkan satu perjanjian yang
dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan
bagi perkembangan Islam di mana
pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7
Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang
umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah
barulah ibadat Haji dapat dikerjakan
d i ma n a R a s u l u l l a h S . A. W .
mengarahkan Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat
Islam mengerjakan haji.
RASULLULLAH
MENUNAIKAN HAJI

S.A.W

Nabi kita Muhammad S.A.W
telah menunaikan fardhu haji sekali
sahaja semasa hayatnya. Haji itu
dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul
B al a g h / H ij j a t u l I sl am a t a u
Hijjatuttamam Wal Kamal kerana
selepas haji itu tidak berapa lama
kemudian baginda pun wafat.
Baginda telah berangkat ke Madinatul
Munawwarah pada hari Sabtu, 25
Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama
isteri dan sahabat-sahabatnya seramai
lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram,
memakai ihram dan berniat ihram di
Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan
nama Bir Ali, 10 km daripada
Madinah dan baginda sampai di
Makkah pada 04 Zulhijjah setelah
mengambil masa 9 hari dalam
perjalanan. Baginda berangkat ke
Mina pada 08 Zulhijjah dan
bermalam di situ.

Kemudian ke Arafah untuk
berwukuf pada 09 Zulhijjah yang
jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah
S.A.W telah menyempurnakan semua
rukun dan wajib haji hingga 13
Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah,
Rasulullah S.A.W telah berangkat
meninggalkan Makkah
Al-Mukarramah menuju balik ke
Madinah Al-Munawwarah.
Daripada sejarah dan peristiwa
ringkas itu cubalah kita teliti betapa
Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan
Baginda bersama sahabat-sahabat
ya n g b erj ala n d ari M ad ina h
Al-Munawwarah ke Makkah
Al-Mukarramah selama 9 hari
berbanding dengan kita pada hari ini
kita hanya menaiki kapal terbang.
Haji merupakan perlakuan
ibadah umat Islam sebagai tanda
kesyukuran dan keimanan kepada
Allah SWT bukan yang bersifat
kebendaaan atau keduniaan, ianya
perjalanan untuk menyatakan tauhid
dengan slogan dan laungan kalimah
suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha
Besar, berulang-ulang kali dengan
keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan
yang jelas dan tegas. Pengisytiharan
tauhid yang jelas dan laungan yang
tegas dan ucapan yang sama ,ianya
dilakukan serentak menyebut nama
Allah,
"Labayk Allah Humma Labbyk,
Labbaykka La Syarikalak
Labbayk, Innal Hamda Wa
al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La
Syarikalak",
(yang
bermaksud):"Aku sambut
panggilanMu, Ya Allah. Aku
sambut perintahMu. Aku sambut
panggilanMu. Sesungguhnya
segala puji, nikmat dan seluruh
kekuasaan adalah milikMu
sendiri. Tiada sekutu bagiMu."

ADDEEN BIL.2 - M/S 04

Lafaz ini dilaungkan adalah
simbolik menentang syirik, kezaliman
dan kesesatan yang dilakukan oleh
manusia yang tidak mentauhidkan
Allah sekaligus meningkatkan
keyakinan kepada Allah Yang Maha
Esa. Ianya juga merupakan
perjuangan dan pengorbanan dalam
menempuhi kesulitan demi kesulitan,
kekurangan demi kekurangan ketika
menunaikan ibadah Haji. Semua yang
berlaku ini mendekatkan diri kita
kepada Allah seterusnya memantapkan jiwa manusia untuk mewujudkan
kesatuan tujuan hidup, yaitu berbakti
kepada Yang Maha Esa dan berjuang
untuk mencapai keredhaanNya.
Ibadah Haji memerlukan tahap
fizikal dan spiritual yang tinggi, dari
pemakaian ihram yang putih
membawa pengertian suci. Orang
yang telah melaksanakan haji harus
memiliki kebersihan hati. Sesungguhnya hati yang mati dan gelap
berasal dari hati yang dikendalikan
oleh hawa nafsu.
Orang yang berpakaian ihram
sama seperti orang yang
dikafankan.J elas menun jukkan
kepada kita, manusia harus bersedia
setiap saat menyongsong kematian
ini. Maka Allah telah berfirman
sebaik-baiknya bekalan adalah
TAQWA. Dan setiap gerakan dalam
menunaikan Haji seperti Tawaf, sa,i
dan melontar
jamrah terkandung
rahmat, keinsafan dan kita seharusnya
terus berusaha bergerak dan bertindak
memperbaiki diri kita dan seterusnya
kepada masyarakat.

Pertama pada zaman Nabi
Adam As.
Qurban dilaksanakan oleh
putera-puteranya iaitu bernama Qabil
dan Habil. Kekayaan yang dimiliki
oleh Qabil mewakili kelompok
petani, sedang Habil mewakili
kelompok penternak. Saat itu sudah
mula perintah, siapa yang memiliki
harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.
Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil
mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk kurban, untuk siapa
semua itu diqurbankan, padahal
waktu itu manusia belum banyak.
Diterangkan dalam sejarah, harta
yang diqurbankan itu disimpan di
suatu tempat iaitu di Padang Arafah.

Qurban si Habil di terima Allah SWT kerana dia mengeluarkan
sebahagian hartanya yang bagus dan
dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas.
Sementara si Qabil mengeluarkan
sebahagian harta yang tidak elok dan
terpaksa. Oleh kerana qurban tidak
diterima Allah, akhirnya si Qabil
menaruh dendam kepada si Habil.

Baik b uah -b uahan yan g
diqurbankan si Qabil maupun haiwan
ternak yang diqurbankan si Habil,
dari kedua orang tersebut mempunyai
sifat berbeza. Si Habil mengeluarkan
haiwan diqurbankan dengan tulus
ikhlas. Dipilih haiwan yang gemuk
dan sihat, dan dia taat terhadap petunjuk ayahnya Nabi Adam.Berbeza dengan si Qabil, Dia memilih buahbuahan yang tidak elok.

Kedua, pada zaman
Nabi Ibrahim As.

Manakala ibadah Qurban
pula bermaksud menyembelih haiwan
yang tertentu jenisnya daripada
ternakan yang dikategorikan sebagai
al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk
kerbau), biri-biri dan kambing pada
Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10
Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik
(11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana
bertaqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah.

Mari kita imbas kembali
sejarah qurban itu di mana ianya
ada tiga peristiwa iaitu : zaman
Nabi Adam (AS) zaman Nabi
Ibrahim (AS) dan pada zaman
Nabi Muhammad SAW.

"Ceritakan kepada mereka kisah
kedua putra Adam (Habil dan Qabil)
menurut yang sebenarnya, ketika
keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil)
dan tidak diterima dari yang lain
(Qabil), Ia berkata : "Aku pasti
membunuhmu!" Berkata Habil "
Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang
yang bertakwa".

Dikisahkan dalam Al-Qur'an
surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang
menceritakan mengenai qurban dan
pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim
berusia 100 tahun beliau belum juga
dikurniakan putera oleh Allah dan
beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku,
anugerahkanlah kepadaku seorang
anak yang soleh" (Q.S : 37:100)

Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis
adalah qurban yang dikeluarkan oleh
si Habil sementara buah-buahan yang
dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak
berkurang. Hal ini dijelaskan oleh
Allah dalam Al-Qur‟an surat AlMaidah ayat 27 :

Kemudian dari isterinya yang
kedua iaitu Siti Hajar lahirlah seorang
putera, ia lahir di tengah-tengah
padang pasir yang kemudian dikenali
dengan Mekkah. Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar
meninggalkan isterinya Siti Hajar
dengan seorang puteranya dan diperintahkan menemui isterinya yang
pertamanya iaitu Siti Sarah yang
berada di Yerussalem kota tempat
Masjidil Aqsa. Beliau meninggalkan
beberapa potong roti dan air untuk
Siti Hajar dan Ismail.
ADDEEN BIL.2 - M/S 05

P ad a wa k t u Si ti Haj ar
kehabisan makanan dan air, ia melihat
disebelah timur ada air yang ternyata
adalah fatamorgana yaitu di Bukit
Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan
Siti Hajar naik Kebukit Marwah serta
kembali ke Sofa sampai berulang
tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ai kembali ke Bukit
Marwah yang terakhir. Dia merasa
bimbang terhadap anaknya kemungkinan Ismail kehausan, kemudian dilihat
kaki Ismail bergerak-gerak di atas
tanah dan tiba-tiba keluar air dari
dalam tanah. Siti Hajar berlari ke
bawah sambil berteriak kegirangan :"zami-zami?" tempat itulah yang
menjadi telaga Zam-zam. Di situlah
Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang
pasir yang kering kontang yang
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan
ditempat itulah Allah SWT. menetapkan ianya sebagai tempat ibadah haji.
Allah SWT, berfirman dalam
surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah
kepada manusia untuk mengerjakan
H a ji, ne sca ya a k a n d a ta ng
kepadamu dengan berjalan kaki, dan
menaiki unta kurus yang datang
dari segenap penjuru yang jauh".

Kemudian di Yerusalem ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan
seorang putera yang diberi nama
Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan
lagi oleh Allah untuk kembali ke
Mekkah untuk melihat isteri dan
anaknya yang pertama iaitu Nabi
Ismail, yang rupanya sudah mulai
besar. Dalam suatu riwayat kira-kira
berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan
sampai besar itu Nabi Ismail menjadi
kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi
ujian kepadanya, sebagaimana firman
Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 :
"Maka tatkala sampai (pada usia
sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai
anakku aku melihat dalam mimpi
bahawa aku menyembelihmu. Maka
fikirkanlah apa pendapatmu " Ia
menjawab: "hai ayahku lakukanlah
apa yang diperintahkan kepadamu,
Insyaallah kamu akan mendapatiku
termasuk orang-orang yang sabar".

Dalam mimpinya ia mendapat
perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail dan
sampai di Mina beliau menginap,
beliau mimpi yang sama. Demikian
juga ketika di Arafah malamnya di
Mina, masih bermimpi yang sama
juga. Betapa ujian Berat kepada Nabi
Ibrahim as. Supaya menyembelih
putra kesayangannya. Itulah yang
dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat
ayat 102.
Setelah terjadi dialog dengan
p uter an ya. Ib rahi m mengaj ak
puteranya Nabi Ismail, kira-kira
antara ratusan meter dari tempat
tinggalnya (Mina), baru lebih kurang
70-80 meter berjalan, syaitan
menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya
Hajar! Apakah benar suamimu yang
membawa parang akan menyembelih
a na k mu I s ma i l ya n g se d a n g
membesar itu?". Akhirnya Siti Hajar,
sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim,
ya Ibrahim mahu dibawa kemanakah
anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap
melaksanakan perintah Allah SWT,
ditempat itulah dimana pada tanggal
10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji
disuruh melontar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal
tersebut mengandung arti bahwa kita
melontar syaitan atau
sifat-sifat
syaitan yang ada di dalam diri kita.
Akhirnya tibalah mereka di Jabal Q
urban kira-kira 200 meter dari
tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail, sebagaimana di firmankan
oleh Allah didalam surat
ASH-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala
keduanya telah berserah diri dan
Ibrahim membaringkan anaknya
atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya
demikianlah Kami memberi balasan
kepada orang yang berbuat baik".
Sesungguhnya ini benar-benar suatu
ujian yang nyata. Dan Kami tebus
anak itu dengan
seekor
sembelihan yang besar ".

Dan yang ketiga, dalam Zaman
Nabi Muhammad SAW.
Masalah qurban diceritakan
kembali iaitu di dalam surat
Al-Kautsar ayat 1-3 : "Sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadanya
nikm a t ya ng b a nyak , Ma ka
dirikanlah solat karana Tuhanmu,
dan berqurbanlah. Sesungguhnya
orang-orang yang membenci kamu
dialah yang terputus".

- Qurban disyariatkan
sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah
sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah
korban sebagai bersyukur".
- Allah S.W.T.juga telah
berfirman dalam Surah Al-Haj ayat
37 :
Maksudnya: "Daging dan darah
binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah, tetapi yan sampai
kepadaNya ialah amal yang
ikhlas berdasarkan taqwa dari
kamu".
- Ibadah Qurban juga
diperintahkan sepertimana sabda
Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud :
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah
sunat ke atas kamu".
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Ibadah Qurban dapat
mendekatkan diri kepada Allah
SWT..Ianya lambang ketaatan dan
ketaqwaan, serta penyerahan jiwa.
Juga merupakan penyucian dari
dosa tatkala kita benar-benar ikhlas
melakukannya. Iaitu sebagai
kifarah bagi pelakunya, sama ada
disebabkan kesilapan-kesilapan
yang telah dilakukan ataupun
dengan sebab kecuaiannya dalam
menunaikan kewajipan.
Seterusnya,qurban
juga
bersifat persaudaraan kerana
mengeratkan hubungan sesama
manusia dan mengorbankan
sebahagian harta untuk dikongsikan
bersama fakir miskin.

ADDEEN BIL.2 - M/S 06

Oleh : Ust. Fathur Rahman Bin Kasdiran

Kehadiran Bulan Muharam
sebagai Tahun Baru Hijrah bagi
seluruh Umat Islam diseluruh
Dunia. Bulan Muharam dianggap
bulan mulia dan terpuji. Rasulullah
S.A.W sendiri menyebut Bulan
Muharam sebagai Bulan Allah.
Dengan perpindahan Tahun baru Hijrah dari
tahun 1431 ke Tahun 1432H bermakna umur kita
telah meningkat dan jangka hayat kita makin
berkurangan. Apa yang diharapkan dalam
memasuki Tahun Baru Hijrah ini kita akan menjadi
lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Inilah
langkah orang bijaksana yang menjadikan masa
lampaunya sebagai iktibar untuk pedoman masa
akan datang.
Firman Allah dalam Surah al-Faatir ayat 37
yang bermaksud,
Bukankah Kami telah
melanjutkan umur kamu dan memberi masa yang
cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh
sesiapa yang suka berfikir dan beringat. Dan
kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang
memberi peringatan/amaran

Pada Tahun Baru Hijrah ini kita perlu
bermuhasabah diri, iaitu menilai diri sendiri,
membuat sesuatu tindakan yang lebih baik bagi
menghadapi masa hadapan.
Tujuan utama
muhasabah ialah bagi mengetahui kekuatan,
ancaman, peluang dan yang lebih pentinga ialah
mengenalpasti kelemahan yang wujud, dan pada
masa yang sama mengambil tindakan untuk
memperbaikinya.
Dalam maksud yang lebih luas kita diajak
menoleh ke belakang untuk melihat adakah setiap
perkara yang dilakukan telah mengikut panduan
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Muhasabah mengajak kita menggunakan
masa dan peluang serta ruang yang ada bagi
menilai kembali peranan, tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. Apakah kita telah
menjadi pembela Islam atau turut sama menghina
dan mencela seperti orang kafrir mencelanya?
Apakah kita juga turut sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang nyata bercanggah dengan kehendak syariat Islam? Apakah kita
juga turut sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang nyata bercanggah dengan kehendak syariat, walaupun dalama masa yang sama
kita juga melaksanakan aktiviti yang memang selaras dengan tuntutan syariat Islam.

ADDEEN BIL.2 - M/S 07

Kebejatan
moral
dan
merundumnya akhlak remaja kita
tidak perlu diperkatakan lagi. Suatu
reliti yang
harus kita terima.
Kefasadan berlaku bukan setakat
memalukan, tetapi lebih buruk dari
itu. Jika perkara ini berterusan,
sudah tentu Umat Islam hilang daya
tahan, daya saing, daya juang serta
terpinggir dan merempat di negara
sendiri.
Sesungguhnya tugas umat
Islam kini amat besar dan
mencabar. Kita perlu menyediakan
setu generasi yang kuat, bagi
mewarisi tugas menyampaikan
wahyu Ilahi. Kita tidak seharusnya
meninggalkan generasi umat yang
akan datang dalam keadaan yang
serba lemah dan tidak mampu
menghadapi cabaran. Tidakkah kita
merasa
bersalah
kerana
membiarkan
mereka
sebagai
zurriyatan Dhu”afak (Anak-anak
yang dah‟if /lemah) mengharungi
masa
depan
tanpa
bekalan
kekuatan ?.
Di sinilah muhasabah menjadi penting dan amat bermakna
untuk dilakukan oleh semua. Masih
belum terlambat bagi umat Islam
hari ini untuk melupakan segala
perbedaan pendapat,
bangasa,
warna kulit, perbezaan fahaman
politik dan sebagainya.
Sesungguhnya Umat Islam hari ini
tidak mempunyai pilihan selain
daripada bersatu tenaga, bersatu
fikrah dan tujuan, bersatu perasaan
dan harapan, keyakinan dan
wawasan
untuk
sama-sama
memacu generasi masa kini bagi
persediaan kecemerlangan Negara
masa hadapan. Marilah kita
jadikan hari ini lebih baik daripada
semalam, agar kita tergolong dari
kalangan
orang-orang
yang
Berjaya di dunia dan di akhirat.

PERISTIWA SEMASA
HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat
beberapa peristiwa penting yang
boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di
antara ialah seperti berikut :
- Rasulullah S.A.W minum susu
di atas unta supaya dilihat oleh
orang ramai bahawa hari itu
tiada puasa atau tidak sunat
berpuasa pada hari wukuf.
- Seorang Sahabat jatuh dari
binatang tunganggannya lalu
mati, Rasulullah S.A.W.
menyuruh supaya mayat itu
dikafankan dengan 2 kain ihram
dan tidak membenarkan
kepalanya ditutup atau
diwangikan jasad dan kafannya.
Sabda Baginda pada ketika itu
bahawa " Sahabat itu akan
dibangkitkan pada hari kiamat
di dalam keadaan berihram dan
bertalbiah".
- Rasulullah S.A.W. menjawab
soalan seorang ahli Najdi yang
bertanyakan " Apakah itu
Haji ?". Sabdanya yang
bermaksud " Haji itu berhenti di
Arafah". Siapa tiba di Arafah
sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
maka ia telah melaksanakan
haji.
- Turunnya ayat suci
Al-Quranul Karim surah
Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah
sempurnakan bagi kamu agama
kamu dan aku telah cukupkan
nikmatku ke atas kamu dan aku
telah redha Islam itu menjadi
agama untuk kami"

Aminn.

ADDEEN BIL.2 - M/S 08

Oleh : Zahidah Bte Muhd Zain

Kalau dahulu…………
Seorang anak gadis yang berusia
20 tahun dianggap anak dara tua
jika
belum berkahwin, tetapi
sekarang ini tidak lagi kerana pada
usia itu masih ramai yang sedang
berada di IPT. Semua ibubapa apabila
umur
anak
perempuannya
meningkat 25 tahun dan belum
mempunyai teman lelaki mulalah
rasa gelisah takut-takut anaknya tak
dipinang…….

Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki yang
soleh dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Adakah
kualiti atau kuantiti yang menjadi penentunya? Itulah
hakikatnya apabila bercerita tentang isu lambat jodoh
apatah lagi ada yang sering mengaitkan mereka dengan
istilah andartu,anak dara tua, andalusia dan anak dara
tidak laku.
Saya teringat akan artikel (Free As A Bird? Well
-being and Family life Attitudes of Single Young
Adults) yang di baca baru-baru ini menyebut bahawa
ada 4 jenis golongan membujang. Shoctak (1987) telah
mengkategorikan golongan membujang kepada 4 jenis
iaitu : Ambivalent , wishful, resolved dan regreteful.
Secara ringkasnya Golongan Ambivalent
merujuk kepada pilihan individu itu sendiri untuk
hidup membujang dan menganggap status belum
kahwin ini adalah sementara. Mereka tidak mencari
pasangan untuk tujuan berkahwin namun mereka
bersikap terbuka terhadap cadangan berkahwin.
Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan lelaki
dan perempuan awal dewasa yang secara aktifnya
terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan
kehidupan masing-masing.
ADDEEN BIL.2 - M/S 09

Golongan kedua adalah kategori Wishful yang
merupakan individu yang secara terpaksa hidup
membujang dan menganggap pembujangan adalah
sementara. Mereka secara aktif mencari pasangan
untuk berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang
tergolong dalam bujang jenis ini sedar bahawa mereka
ingin berkahwin seperti pasangan lain.Dalam kes
golongan ini berlaku kerana belum ditemui jodoh yang
sesuai.

Bagi golongan yang ketiga Resolved merujuk
kepada golongan individu yang menganggap diri
mereka bujang untuk selamanya. Terdapat peratusan
yang sangat kecil yang memilih untuk menjadi bujang
jenis ini. Mereka lazimnya merupakan para rahib, pendeta atau sami. Dari sudut Islam, tidak ada istilah tidak
boleh kahwin malah mereka digalakan berkahwin.
Golongan yang terakhir Regreteful merupakan
golongan individu yang ingin berkahwin tetapi
menganggap bahawa takdir telah menentukan mereka
kekal membujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan
mereka terdiri daripada wanita yang berpendidikan
tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan mempunyai gaji yang besar.
Tidak dinafikan bahawa kahwin awal digalakan
bahkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. : “Nikah adalah
sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku
hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.” (riwayat
Abu Ya‟la dari Ibnu Abbas r.a.)
Islam adalah agama yang menganjurkan
perkahwinan, malah tiada agama yang tidak
menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan
adalah satu-satunya yang menghalalkan perhubungan
untuk membina
keluarga dan menambahkan
umat manusia. Namun begitu soal jodoh lambat atau
kahwin awal itu semua takdir tuhan.
Sebenarnya, tidak ada gadis yang sanggup digelar andartu di sebabkan lambat mendapat jodoh. Ada
saja suara sumbang yang mengata dan memburukkan
golongan ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak
elok keluar dari mulut orang seterusnya masyarakat
setempat dan jiran mula memandang serong akan
mereka.

Istilah perigi mencari timba kadang-kadang
membuatkan ramai wanita takut kerana perkara itu
agak memalukan.Menurut Ust Zaharuddin Abd
Rahman tidak salah bagi wanita untuk menjadi perigi
mencari timba apabila wanita berkenan kepada lelaki
yang baik. Seperti mana tindakan khadijah yang
menggunakan orang tengah dan juga seorang wanita
lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya
kepada Baginda SAW.
Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan,
apabila pihak wanita yang memulakan langkah pertama
untuk merisik, masyarakat kita lazimnya akan
memandang serong dan menyebarkan tanggapan yang
kurang baik. Malah seakan-akan menjadi satu
kemestian bahawa hanya pihak lelaki sahaja yang
berhak untuk merisik dan meminang.
Sebagai wanita kita memang mempunyai hak
untuk memilih. Perkahwinan adalah satu ikatan yang
suci dan kita mahu perkahwinan tersebut menjadi
perkahwinan kita yang pertama dan terakhir.Walau
bagaimanapun, janganlah memilih pada perkaraperkara yang tidak sepatutnya. Seperti yang dianjurkan
Islam, pilihlah yang beragama kerana jika dipilih itu
yang cantik, kecantikan boleh hilang. Begitu juga jika
yang dipilih itu ialah kekayaan dan keturunan. Jadi,
kalau anjuran agama ini dipatuhi, insyaAllah akan
bahagia.
Selain itu kita sebagai wanita kalau dapat berkahwin dengan jodoh yang baik kahwinlah walaupun
jodoh lambat. Janganlah tuntutan agama ini ditangguhtangguh demi untuk mendapatkan keseronokan hidup
membujang yang tidak akan ada penghujungnya.
Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan
sopan agar jodoh itu dipertemukan mahupun
sentiasalah berdoa supaya mendapat jodoh.

“ Ya Tuhanku janganlah Engkau
membiarkan aku hidup seorang diri, dan
Engkaulah
Waris
Yang
Paling
Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89).

Ingatlah kita wahai wanita sebaik-baik jalan
untuk mendapatkan keredhaanNya ialah sentiasa
berusaha mengingati Tuhan yang Maha Esa, berusaha
mencari jodoh,berdoa meminta pertolongan dan
redha akan musibah yang mendatang...
ADDEEN BIL.2 - M/S 10

Oleh : Pusat Islam

PROGRAM SEHARI BERSAMA TABUNG HAJI
5 Ogos 2010 ( Khamis) – Pusat Islam telah menganjurkan
“Program Sehari Bersama Tabung Haji” bertempat di Ruang
legar, Bangunan Canselori bermula jam 9.00 pagi sehingga
4.00 petang. Bilangan penyertaan agak menggalakkan, di
mana para pelajar dan staf yang mendaftar untuk membuka
akaun Tabung Haji seramai 105 orang.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Islam dan
seterusnya taklimat Tabung Haji disampaikan oleh Pengurus
cawangan Tanjung Karang iaitu Tuan Hj. Syukur Bin sudin.
Beliau merupakan seorang yang peramah dan tidak segan
untuk berkongsi pengalaman bekerja di Tabung Haji. Beliau
juga mengulas lebih lanjut tentang sejarah penubuhan
Tabung Haji, prosedur membuka akaun dan latihan kerjaya di
Tabung Haji. Selain itu ,Pihak kami juga menjemput wakil
agensi Travel Al-Kawsar iaitu Ustaz Yusaini bin Abdullah
bersama stafnya untuk memberi penerangan tentang
pakej-pakej haji dan umrah yang ditawarkan. Penganjuran
program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
mengenai perkhidmatan Tabung Haji serta memberi tip-tip
berkaitan menabung dan persediaan sebelum menunaikan
Haji. Kaunter pendaftaran akaun telah dibuka sepanjang
hari,juga disediakan pendaftaran potongan gaji bagi staf
untuk simpanan Tabung Haji.

PROGRAM IHYAK RAMADHAN ( 10 OGOS – 9 SEPTEMBER 2010)

Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Pusat Islam menganjurkan “Program Ihyak Ramadhan 1431H” di mana terdapat banyak pengisian program dijalankan sepanjang tempoh itu.
Antaranya adalah Solat Sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran,Tazkirah Ramadhan selepas solat
zohor,Seminar Tahsin Al-Quran, Iftar Jamaie (Berbuka puasa beramai-ramai),Majlis Khatam
Al-Quran, Iktikaf dan Qiamullail serta Tabung Ihyak Ramadhan. Sambutan program ihyak
Ramadhan pada tahun ini meriah seperti biasa. Bagi pelajar inilah peluang mereka untuk
berbuka puasa di masjid kerana sepanjang bulan Ramadhan, pihak Masjid telah menyediakan juadah iftar untuk bilangan 250 orang . Bagi Seminar Tahsin Al-Quran, Pusat Islam
menjemput para penceramah dari Institut Darul Quran , JAKIM membahaskan tentang
tajwid dan bacaan yang betul.
Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Ianya telah
dihadiri oleh para pelajar,staf UNISEL dan orang awam. Seterusnya, acara kemuncak program Ihyak Ramadhan adalah pada 26 ogos 2010 di mana 3 program digabungkan iaitu
Khatam Al-Quran selepas Asar, diikuti Iftar Jamaie beramai-ramai,Solat Maghrib berjemaah.
Sambutan Majlis Khatam al-Quran pada kali ini meriah dengan adanya penyertaan pelajar
dari Residen Komuniti Siswa seramai 115 orang. Ini adalah hasil kerjasama Pusat
Islam
dan Jawatankuasa Fello Residen Komuniti Siswa. Selepas maghrib, diadakan majlis penyampaian sumbangan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Rosti bin Saruwono kepada anakanak yatim Kg. Bestari Jaya.
Program ini juga dihadiri oleh Top management Unisel seperti Prof. Madya Zainal
Abidin Bin Kidam, Prof. Ir. Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah Binti Hassan. Kemudian para jemaah menunaikan solat Isyak bersama dan yang paling istimewa ialah solat
Tarawih diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor iaitu Yang Berbahagia Ustaz
Haji Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Mukriq. Tamat Solat Terawih beliau menyampaikan
ceramah sempena Nuzul Al-Quran. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

ADDEEN BIL.2 - M/S 11

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Hadis di atas merujuk kepada keperibadian dan
akhlak seorang manusia, iaitu setiap anggota dan
perbuatan mempunyai nilai dari sudut agama. Nilai
tersebut adalah dengan tujuan kebaikan dan dianggap
sadaqah. Sadaqah bukan sahaja dinilai melalui harta
benda akan tetapi melalui anggota dan perbuatan. Ianya
akan mendapat ganjaran atau pahala dari Allah.
Rasulullah menyatakan bagi mereka yang tidak mampu
bersedekah dengan harta,mereka juga boleh bersedekah
dengan mengerjakan amalan kebaikan sebagaimana
yang dianjurkan, sesuai dengan hadis Muslim dari
riwayat Jabir :

‫كــم يعرًف صذقت‬
“ Tiap-tiap kebajikan adalah sadaqah.”

، ‫عٍ أبِ ىـرّرة رضِ هللا عنو قال‬
‫ كم‬: ‫قال رسٌل هللا صهَ هللا عهْو ًسهّى‬
‫ساليَ يٍ انناس عـهْو صذقت كم ٌّو تطهع‬
ٍْ‫فْو انشًس تعذل بٍْ اثنٍْ صذقت ًتع‬
‫انرجم فِ دابتو فـتحًهـو عـهْيا أً ترفع نـو‬
‫عـهْيا يتاعو صذقت ًانكـهًت انطْبت صذقت‬
‫ًبكم خطٌة تًشـْيا إنَ انصالة صذقت‬
‫ رًاه‬. ‫ًتًْط األرٍ عٍ انطرّـق صـذقت‬
. ‫انبخارُ ًيسهى‬
Dari Abu Hurairah RadiyaLLahu „Anh
katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallahu „Alaihi Wasallam : Tiap-tiap anggota
daripada manusia sadaqah atasnya pada
tiap-tiap hari yang terbit padanya
matahari. Engkau berlaku adil antara dua
orang yang berbalah, adalah menjadi sadaqah dan engkau menolong seorang lelaki
yang mengangkat baginya barangbarangnya ke atas adalah menjadi sadaqah.
Dan pada tiap-tiap langkah yang engkau
membuang bahaya dari jalan juga menjadi
sadaqah.

Setiap anggota dan
perbuatan
yang dilakukan untuk
kebaikan
juga adalah sebagai tanda
syukur kepada
Allah SWT.

Sebagaimana yang dikata oleh ulama‟ salaf :

ِ‫انشــكر تــرك انـًعاص‬
“ Syukur itu meninggalkan segala maksiat.”

Syukur dari pengertian Islam
bermaksud menggunakan anggota
dan nikmat ke arah kebaikan iaitu
taat pada perintah Allah dan
menjauhi maksiat dengan
mencegah anggota lahir dan
batin dari melakukannya.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
ADDEEN BIL.2 - M/S 12

Sedekah terbahagi kepada 2 perkara iaitu ;
1.

Sedekah yang dilakukan kerana diri sendiri.

Iaitu faedah yang diperolehi adalah untuk
orang yang melakukannya seperti bertasbih, tahlil,
tahmid, takbir, istighfar, membaca al-Quran dan
berjalan untuk datang ke masjid.
Pada hadis Ibnu ‘Umar, Rasulullah bersabda :

‫ ًال إنـو إال‬، ‫ ًانحـًذهلل‬، ‫” يٍ قال سبحــاٌ هللا‬
،‫ ًهللا أكـبر‬، ‫هللا‬
“‫كـتب نو بكـم حــرف عشــر حســناث‬

Barangsiapa berkata :

“Subhanallah” dan “Alhamdulillah”
dan “La ilaha illallah” dan “Allahu
Akbar” dituliskan kepadanya bagi tiap
-tiap huruf itu sebanyak sepuluh
kebaikan”
Dan pada hadis yang lain bermaksud :
“ bahawa sejak pagi-pagi lagi
tiap-tiap
anggota salah seorang kamu jadi sadaqah.
Maka tiap-tiap tasbih sadaqah,tiap-tiap
tahmid sadaqah, tiap-tiap tahlil
sadaqah,tiap-tiap takbir sadaqah, suruhan
kebaikan sadaqah, mencegah kejahatan
sadaqah. Dan memadai dari yang demikian
itu oleh dua rakaat solat dhuha yang
didirikan.

2.

Sedekah yang dilakukan untuk orang lain.

Iaitu manfaat diperolehi oleh orang lain akan
tetapi ganjaran bagi orang yang melakukan.
Sadaqah seperti ini adalah dengan cara membuat
kebaikan atau ihsan kepada orang lain. Menyeru
kepada mentaati Allah dan menjauhi laranganNya
serta maksiat adalah salah satu bentuk sadaqah
untuk orang lain. Ia dikira lebih afdhal berbanding
sadaqah dengan harta benda. Segala bentuk
kebaikan yang dilakukan oleh orang Islam untuk
kebaikan orang lain adalah menjadi sadaqah bagi
dirinya walaupun manfaatnya untuk orang lain.
Antaranya mengajarkan ilmu yang berguna,
menghilangkan bahaya di jalan sama ada
duri,kayu, kaca atau pun najis untuk laluan orang
lain, menolong orang lain dengan apa saja yang
membawa kepada keringanan dari kesusahannya,
memberi teguran dan nasihat, manis muka dan
senyum kepada rakan apabila bertemu, memberi
salam dan menjawabnya, berdoa dan memohon
keampunan umat Islam. Begitu juga dengan
menanam pokok kemudian dimakan manusia atau
binatang dan kebaikan seseorang melanjutkan
tempoh pembayaran hutang seseorang kerana
kesusahan yang dialami merupakan sadaqah bagi
diri orang lain dan manfaat diperolehi bersama di
samping dapat mengeratkan persaudaraan sesama
insan.
Rujukan : Hadis 40 (terjemahan dan syarahan) –
Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar,2001.

Hadis di atas menerangkan bagi setiap orang
yang berzikir akan memperolehi ganjaran yang
banyak. Begitu juga seorang yang menggunakan
segala anggota untuk kebaikan dan segala yang
diharuskan merupakan amal sadaqah untuk
dirinya sendiri. Sesunguhnya ia merupakan suatu
kelebihan dan kurnian yang besar dari Allah SWT
untuk hambaNya.

ADDEEN BIL.2 - M/S 13

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan

Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah mengasihi akan
hambanya jika ia melakukan sesuatu
pekerjaan ,dilakukan dengan tekun.”
(Riwayat Baihaqi dari Aishah R.A)

Dari perspektif Islam, kerja adalah satu kegiatan
yang dituntut kepada umat Islam melakukannya,
hukumnya adalah wajib dengan syarat sesuatu
pekerjaan itu diharuskan oleh syarak dan dikategorikan
sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Seseorang yang mengamalkan nilai-nilai Islam
dalam etika kerja dapat membentuk keperibadian dan
kepimpinan yang cemerlang serta mewujudkan satu
budaya kerja yang berkualiti, membentuk organisasi
yang utuh dan berjaya .Secara tidak langsung akan
memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi untuk
t e r u s b er b a kt i b u ka n s e ka d a r me n c a r i
kemewahan,pangkat atau sebagainya tetapi mencari
keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Pekerjaan merupakan satu kemuliaan , amanah,
tanggungjawab, bahkan ibadah dan jihad serta
penerapan nilai-nilai murni ke arah mencapai
“kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”.
Islam menekankan konsep keikhlasan dalam
pekerjaan serta melakukannya dengan penuh
tanggungjawab,tekun dan cekap. Seterusnya pekerjaan
yang dilakukan tidak menghalang seseorang itu
menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu Melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang berlaku begitu, maka Mereka adalah
orang-orang yang rugi.”
(Surah al-Munafiqun : Ayat 9)

Firman Allah yang bermaksud :


Barangsiapa
yang
berbuat
kebajikan,lelaki mahupun wanita dalam keadaan
beriman, Nescaya akan kami berikan kepadanya
kehidupannya yang baik, dan kepada mereka
Akan kami berikan ganjaran pahala yang lebih
baik dari apa yang mereka perbuat”.
( Surah an-Nahl : 96-97)

“ PRASANGKA PENGHALANG KEJAYAAN ”
ADDEEN BIL.2 - M/S 14

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof
Hari Maal Hijrah atau Awal
Muharram ini adalah suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana
berlaku peristiwa penting dalam sejarah
Islam iaitu kisah penghijrahan
Rasulullah S.A.W.
RASULULLAH (SAW) berusia
40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)
melawat baginda ketika baginda sedang
berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda
diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul
untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli
keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya
berdakwah secara terbuka, baginda segera
akur.
Bagi mengelakkan ancaman dan
seksaan kaum Quraish, Rasulullah SAW
mengarahkan pengikutnya supaya keluar
dari Makkah secara senyap-senyap ke
Madinah (ketika itu dikenali sebagai
Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga
yang kafir dan harta benda. Dan penghijrahan mereka disambut dengan mesra
oleh penduduk Madinah. Satu hari pada
tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun
selepas berdakwah di Makkah,
Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun
Makkah merancang membunuh baginda
untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah
daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as)
menemui baginda untuk memberitahunya
Allah SWT mengarahkan baginda supaya
meninggalkan Madinah pada waktu
malam. Berikutan itu, baginda menemui
sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra)
dan memintanya supaya menemani
baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu
rancangan baginda kepada Ali bin Abi
Talib (ra). Baginda memberitahunya:
"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah." Ali
(ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun
menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish
mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka
nampak seseorang sedang tidur di atas
katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu
yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan
diri dan mereka pasti dapat membunuh
baginda. Apabila fajar menjelang, mereka
terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila

Rasulullah (SAW) keluar dari
rumah itu. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada
malam itu juga. Tiada siapa mengetahui
arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu
tempat persembunyian mereka kecuali
Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji
mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr
bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung
Thur. Selama tiga hari mereka berada
dalam gua itu. Apabila kaum Quraish
menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin
Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di
dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh
benang sarang labah-labah dan sepasang
burung merpati. Allah SWT membantu
dua insan ini, melindungi mereka daripada
bahaya. Kumpulan Quraish kemudian
meninggalkan gua itu dan bersetuju
untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh
sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan
menaiki unta dibawa oleh orang gaji
mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga
mereka
menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk
ke
Madinah
bagi
mengelakkan kumpulan pemburu Quraish.
Mereka meredah gunung, bukit dan gurun
di bawah perit matahari tetapi mereka
tidak pernah berputus asa. Mereka
meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish
di Makkah semakin marah dengan
kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka
menawarkan hadih kepada sesiapa yang
dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi
semuanya gagal.
Penduduk Madinah yang baru
memeluk Islam gembira dapat bertemu
Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum
tibanya Rasulullah di Madinah, Islam
semakin kukuh di tempat baru itu,
sesuatu yang tidak berlaku ketika berada
di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M,
Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,
sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal,
hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat
yang pertama di Kampung Bani Amar.
Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu,
Rasulullah (SAW) mula membina sebuah
negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya
menegakkan yang hak dan mengikut
segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan
Rasulullah (SAW) dari Makkah ke
Madinah adalah satu catatan penting
sehingga umat Islam menjadikan tahun
peristiwa bersejarah ini sebagai tahun
permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM
MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab
menetapkan adalah hari pertama bagi setiap
tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari
'Asyura' antaranya :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari
perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi
Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit
kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan
paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan
yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

ADDEEN BIL.2 - M/S 15

Kamu
hafal
nama-nama bulan yang
wujud dalam 1 tahun?
Sudah pasti jawabnya
ya...betul?
Buktikan?
Ok..sudah pastinya lancar lidah
anda menyebut satu-persatu bermula dari
bulan
Januari
sehinggalah
Disember. Ini tidak bermaksud riak ya ,
apa lah nak dibanggakan sangat jika
sekadar tahu menyebut bulan-bulan yang
wujud dalam setahun).. Wah, hebat!
Tahniah...tahniah kepada anda semua dan
untuk aku juga...Boleh dikatakan seiring
dan selancar adik-adik atau anak-anak kita
menyebutnya. Bukankah begitu?
Ok, kita cuba try test lagi...
Sebutkan satu persatu bulan-bulan dalam
I
s
l
a
m
?
Pun lancar juga? Wah.. ini sudah dikira
h e b a t . . . t a h n i a h !
Aku sendiri pula,kadang-kadang kalau ada
orang tanya, "Hari ini berapa haribulan ya
kalau ikut calendar Islam?" "Err.."
Mulalah aku tergagap-gagap nak
menjawabnya.. Apakan tidaknya, setiap
hari aku melihat Kalendar Gregorian yang
merupakan takwim yang paling banyak
digunakan di hampir seluruh dunia. Ia
merupakan Kalendar Julian yang telah
diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan
oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli,
Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII
pada 24 Februari 1582.
Uish..baru aku sedar, rupanya
selama ini aku menuruti sahaja, adik-adik
aku, kawan-kawan aku, cikgucikgi aku...semuanya memang pakai
Kalendar Gregorian ni dalam segala
hal..susah tu kalau aku nak ajak mereka
semua tukar dan guna Kalendar Islam.
Agak hebat juga penangan kafir laknatullah meresapi jiwa dan seluruh kehidupan
kita dalam mencapai segala agenda
mereka...Astaghfirullah.. Aku tak boleh
nak salahkan orang-orang yang guna
Kalendar Gregorian ni..sebab..erm..secara
tak langsung aku sendiri pun guna juga..
Aku rasa..macam nilah..aku
cadangkan kepada semua yang baca
artikel aku ni (dan jangan lupa ingatkan
orang-orang sekeliling kamu juga) dan
juga
aku
sendiri..Apa
kata
kita try praktikkan kalendar Islam dalam
kehidupan seharian kita? Bukankah cara
itu lebih berkat? Dalam masa yang sama,
memang aku tak nafikan..memang susah
kita nak hidup dalam realiti dunia
s e k a r a n g
n i
t a n p a
Kalendar Gregorian tu..jadi, nak tak
nak..terpaksa jugalah tengok, walau

sebelah mata..Eh..jangan lupa..aku tak
paksa..aku cuma mengajak kamu dan
mengingatkan diri aku sendiri..Terpulang
kepada kamu, sama ada mahu ataupun
tidak.
Cubalah fikir dalam-dalam,
bersusah payah Khalifah Ar-Rasyidin kita
yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab
r.a menggantikan tahun rujukan kalendar
yang berbagai-bagai yang digunakan oleh
bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa
lain pada zaman itu, dengan Kalendar
Islam yang masih wujud sehingga hari ini.

kalendar-kalendar Persia dan Romawi,
didapati bahawa kalendar ini ternyata
lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah
Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.
Maka, setakat ini...aku rasa lebih
jelas tentang permulaan kalendar Islam.
Mungkin ada lebih banyak maklumat dan
sejarah yang patut aku tahu dan perlu aku
kaji supaya aku tahu bagaimana untuk
menghayati keindahan Islam dan
melaksanakan dengan sempurna segala
ajaran agama suci ini.

Alangkah sedihnya beliau jika
mendapati bahawa hari ini Kalendar Islam
yang digantikannya itu sekadar tertera
pada kalendar sahaja (Itupun dicetak di
sudut bawah dengan font yang sangat kecil
dan setengah kalendar tiada langsung). Ia
tidak dipraktikkan malah kita hanya
mengingati tarikh-tarikh tertentu sahaja.
Contohnya? Rasanya semua tahu..Yang
aku tahu (mungkin kamu semua pun tahu)
ialah 1 Syawal (Hari Raya Puasa), 10
Zulhijjah (Hari Raya Haji), 1 Muharram
(Maal Hijrah) , 12 Rabiul Awal
(Maulidurrasul), 17 Ramadhan (Nuzul
Quran) dan mungkin ada lagi.

Jadi, sempena Tahun Hijrah atau
awal Muharram yang bakal tiba be
berapa hari lagi (kala u ikut
Kalendar Gregorian tarikhnya ialah 31
Januari 2006) dapat kita hayati sepenuh
hati. Lakukan perubahan ke arah yang
lebih baik terhadap diri sendiri, keluarga
dan masyarakat.. Tapi perlu diingat, ianya
perlu bermula dari diri kita terlebih
dahulu. Selepas itu barulah kita boleh
mengubah orang di sekeliling kita.
Lakukanlah dan cubalah walau sedikit.
Tetapi jangan memaksa diri untuk
melakukan perubahan. Biarlah ia datang
dari niat yang suci dan dari hati yang
ikhlas.

Kalau kamu semua nak tahu, ( Ini
berdasarkan pembacaan dan rujukan aku)
sebelum ini, di kalangan bangsa Arab
sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar
yang digunakan seperti Kalendar Tahun
Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi
dan kalendar-kalendar lain yang berasal
dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka disebabkan kepelbagaian
kalendar itu, Saidina Umar telah memilih
tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa
paling agung dalam sejarah Rasullullah
s.a.w untuk dijadikan asas permulaan
tahun pertama bagi kiraan Kalendar /
Takwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa
hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke
Madinah. "Kenapa Saidina Umar memilih
peristiwa ini?" Jika kamu mahu tahu..
jawapannya ialah kerana dengan hijrah
inilah permulaan pertolongan Allah
kepada RasulNya dan agama Islam
ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab
lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta
mendapat berbagai-bagai kejayaan besar
dan bertambah kuat hasil dari pilihan
Umar itu. Aku rasa tepat dan bijak pilihan
Saidina Umar itu dan ia juga menyedarkan
aku betapa besar ertinya peristiwa Hijrah
ini kepada seluruh umat Muhammad
S.A.W.

Lastly..kamu nak tahu 'hijrah' apa
yang aku nak buat kali ini? Sedikit saja,
tidak banyak..sebabnya aku rasa ini sahaja
yang termampu aku lakukan. Aku takut
nak janji banyak-banyak, sebab aku takut
nanti, aku akan khianati diri sendiri jika
tidak melaksanakannya dan aku takut
nanti aku terlupa (sebab manusia memang
sifatnya pelupa)-jadi aku bimbang jika aku
terlupa nak melaksanakan apa yang aku
janji ini hari ini. Jadi..mulai hari ini, apa
yang aku nak buat ialah aku nak
cuba alert dengan tarikh-tarikh mengikut
kalendar Islam (aku sedar selama ini aku
hanya guna dan praktikkan kalendar Gregorian ciptaan kafir itu sahaja
semata-mata)-alangkah sedihnya. Kamu
pula bagaimana? Mungkin ada 'hijrah'
yang jauh lebih baik dari aku. Tahniahlah
jika begitu..teruskan.
Akhir sekali dari aku...Selamat
Menyambut Tahun Baru Hijrah. Moga
hidup kita lebih dirahmati dan diberkatiNya sepanjang masa.. InsyaAllah. Semoga
berjaya dengan 'hijrah' yang bakal kamu
lakukan.. :)

posted by

nukilanhati.blogspot.com @ 8:42 PM

Di antara kejayaan besar Islam
waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat
ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa
dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kal endar ter sebut dengan

ADDEEN BIL.2 - M/S 16

Informasi
Pihak kami menawarkan ruangan iklan dengan
bayaran yang berpatutan kepada sesiapa yang
berminat untuk memepromosikan barangan,produk
dan perkhidmatan. Harga iklan adalah seperti
berikut :
satu muka surat penuh - RM 50
setengah muka surat
- RM 30
suku muka surat
- RM 20

Pusat Islam

Kursus Pra Perkahwinan akan
diadakan pada bulan Januari
2011.Pendaftaran adala digalakkan. Bagi
yang berminat sila hubungi pihak kami.

Pusat Islam mengalukan – alukan
sumbangan waqaf buku dan kelengkapan
u n t u k mi n i p e r p u s t a k a a n . U n t u k
makluman,mini perpustakaan sedang
dalam proses penambahbaikan dan penyusunan semula.

Program Ibadah Qurban & Aqiqah
akan diadakan pada 19hb November 2010
(hari Jumaat) bertempat di Masjid
UNISEL. Satu bahagian hanya RM360.
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut
serta dalam bahagian, sila hubungi kami
dengan segera.

Berminat?? Sila hubungi :Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Pusat Islam ,Universiti Industri
Selangor ,
Jalan Timur Tambahan ,
45600 Batang Berjuntai ,
Selangor Darul Ehsan .

Iklan Terkini
Dapatkan
produk-produk
kesihatan,minuman
dan penjagaan diri yang
berkualiti
dari
Zhulian.
Pilihan terbaik, utamakan
kesihatan...

Bantal Panas Kesihatan Terkini..
Hanya RM35 sahaja..Bantal tahan lama dan
disertakan suis kawalan untuk menyelaraskan
kepanasan cecair di dalamnya bagi mengelakkan
suhu yang berlebihan. Bahan fabric dari bahan
anti-kuman,tidak berbau dan diisi dengan cecair
berubat. Boleh digunakan untuk mengurangkan
sakit di leher, kepala,bahu ,perut , sakit sendi,
tergeliat, sakit belakang dan lain-lain lagi.
Segala keterangan lanjut/berminat, sila hubungi :

Kami menerima tempahan MUFFIN
untuk majlis perkahwinan, sambutan
hari raya, kenduri, cenderahati dan
sebagainya…
Jika berminat untuk membuat tempahan
sila email zahidahmdz@gmail.com atau
tinggalkan pesanan/sms di talian
012-9105464 untuk respon lebih cepat..
Tempahan muffin coklat dari 100 ke
atas, hendaklah membuat tempahan
lebih awal…
Senarai Harga Mengikut Tempahan
1. Muffin Coklat
25 biji = RM 6
30 biji = RM 7
50 biji = RM 11
60 biji = RM 12

Matahati enterprise - 0126343413
atau email ke :
nazmy_uk78@yahoo.com

ADDEEN BIL.2 - M/S 17

s
1

7

t

e

k

a

i

l

a

n

3

4

2

5

g

12
16
15

17

18
20

19

A

21

22

23

24

25

26
27
30

31

a

MELINTANG

11

14

t

PEMBAYANG KATA
9

13

a

6

8

10

k

28

29

32

33
35

Syarat dan peraturan:

Peraduan adalah terbuka kepada pembaca Risalah
Ad-Deen yang terdiri daripada pelajar UNISEL sahaja.

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 28 Januari 2011.

Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut adalah ditolak.

Penyertaan mestilah menggunakan borang asal dan
pastikan diisi dengan lengkap.

Pemenang adalah dikira apabila menjawab semua petak
dengan betul. Sekiranya tiada pemenang, jawapan yang
hampir akan diterima sebagai pemenang.

Keputusan adalah muktamad, cabutan akan dibuat
sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang.

7. Singapura
8. Kependekan golongan istimewa
9. Kecerdasan otak
11. Kacang
12. Gelaran al-Farisi
13. Banjir
15. Perjanjian
18. Ringgit
19. Ukuran
20. Kadar
21. Taman haiwan
24. Menggantikan ibadah fardhu
yang tertinggal.
25. Benteng pertahanan
27. Kaedah
30. Mas kahwin
33. Penjodoh bilangan

KE BAWAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
10.
14.
16.
17.
22.
23.
26.
28.
29.
31.

Introspeksi
Pendapat
Huruf Jawi
Tiang Agama
Ganti nama diri pertama
Dalil dari Al-Quran dan Hadis
Rukhsah solat
Hak Penjagaan Anak
Fahaman
Faedah
Pelekat
Berbuka Puasa
Kecewa
Tidak kekal
Bang
Wujud

BORANG PERADUAN TEKASILANGKATA SIRI (01)
Nama
: _______________________________________________________________________
No.Pelajar : ________________________________ Umur : ____________________________
Fakulti
: _______________________________________________________________________
No. Tel
: ________________________________ E-mel : ______________________________
Risalah Ad-Deen/Pusat Islam

ADDEEN BIL.2 - M/S 18

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

Pengalaman Guru yang
sangat berkesan. Ianya boleh
menjadi satu memori yang
indah atau memori hitam
yang menyakitkan. Apa yang
sedang kita alami sekarang,
sebentar lagi akan menjadi
pengalaman. Setiap hari kita
menimba pengalaman
baru,meneroka alam
kehidupan yang penuh
dengan ujian,rintangan dan
pengajaran. Tiada yang
terkecuali.
Pengalaman sahaja tidak
cukup untuk menjadikan kita lebih
baik sekiranya kita tidak mengambil
pengajaran dari apa yang berlaku.
Malahan pengalaman juga akan
membawa kita ke dalam kehidupan
yang penuh kerisauan, ketakutan,
kebimbangan dan kekeliruan. Kita
menjadi buntu dan takut melangkah
ke hadapan kerana pengalaman
silam cukup memedihkan. Apabila
kita mengalami hal sedemikian dan
tidak kuat untuk keluar dari pola
pemikiran tersebut, sedarilah
sesungguhnya kita sedang
dibelenggu pengalaman!
Sedar atau tidak, pengalaman
memberikan kesan yang besar dalam
kehidupan kita. Impak daripada
pengalaman bergantung kepada
respons atau tindak balas kita
terhadap pengalaman tersebut.
Sepedih mana pun pengalaman pasti
bermakna bagi mereka yang
mengambil pengajaran daripadanya.
Sebaliknya, semanis mana pun
pengalaman tidak akan ada harganya
bagi orang yang tidak pernah mahu
berubah menjadi lebih baik.
Contohnya, kegagalan dalam
hidup boleh jadi membuatkan
seseorang semakin gigih untuk
mengecap kejayaan,mungkin juga
ada yang semakin takut menghadapi
ujian disebabkan kegagalan yang
pernah dilalui.

Situasinya sama, akan
tetapi kesannya berbeza.
Itulah risiko yang harus kita
hadapi. Jangan sampai pengalaman itu membuatkan
kita terperosok dalam hidup
yang penuh penyesalan
tiada kesudahan akhirnya.
Silakan! Silakan jika kita
ingin menyalahkan persekitaran,
situasi dan fenomena. Punca utama
ialah diri sendiri sebelum persekitaran. Cuba kita renungkan, berapa
banyak pengalaman yang telah
melonjakkan kita lebih baik? Dan
berapa banyak pula pengalaman
yang menolak kita ke belakang
untuk sentiasa pasif dalam
kehidupan? Fikirkan! Jangan
biarkan belenggu itu menguasai
kita!
Bagaimana caranya agar kita
boleh belajar daripada setiap
pengalaman yang kita lalui dan
menjadikan sebagai peransang
kepada kehidupan yang lebih baik?

Jadilah orang yang positif!
Mengapa perlu masa silam menjadi
dinding untuk kita terus maju ke
hadapan? Adakah kita terlalu lemah
sehingga hidup kita terkongkong
dalam pengalaman yang meletakkan
kita pada tahap pemikiran “statik”
dan “tidak produktif”? Apakah
segala yang Allah uji kepada kita
bertujuan untuk menolak kita ke
belakang dan menghalang kita untuk
terus melaksanakan perintahnya
dengan penuh bersemangat dan
bertenaga? Jangan kita selalu
menyalahkan takdir sedangkan
permasalahan sebenar adalah dalam
diri kita!
Islam tidak pernah mengajar
umatnya menjadi lemah dan takut
serta sering mencari alasan. Akan
tetapi Islam menyuruh kita
menerobos ke dalam hati dan diri
sendiri dan menjadi lebih baik.
-Olahan dan edit oleh : Nazmy
(sumber dari- iluvIslam.com)

ADDEEN BIL.2 - M/S 19

Oleh : Cik Noor Azzah Bte Mohd Yusof

pengampunan Allah biar sebesar
mana dosa kita. Jangan biarkan
taubat itu tersisih di pinggiran hati
lantas hilang sebelum sempat ia
memasuki hati.

Ketika….
kita sedang membaca tulisan
ini,apakah dosa terakhir yang
kita lakukan sebelum ini? Dalam
masa sesaat, seminit, sejam,
sehari, seminggu, sebulan dan
seterusnya sebelum ini, apakah
kita telah melaluinya tanpa
sebarang dosa pun yang terpalit
di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti
t e l a h me l a k u k a n d o sa ,d ar ip ad a
sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besar
dosa. Sebaik –baik manusia adalah
apabila melakukan dosa, mereka
bertaubat. Adakah kita termasuk dalam
golongan ini? Seberat mana maksiat
yang kita lakukan,kita pasti
membencinya dan tatkala kembali
merenung dan bermuhasabah sendirian.
Pasti kita akan merasa menyesal teramat
sangat atas apa yang telah kita lakukan.
Itulah fitrah yang Allah ciptakan
dalam diri kita.Bukannya kita tidak
merasa menyesal, tetapi kita selalu
menolak rasa penyesalan dan masih
memenangkan kemaksiatan.Kita ingin
bertaubat dengan sebenar-benarnya,
namun perasaan ingin bertaubat itu
tersisih di pinggiran hati. Walaupun
begitu, Allah memahami kita lebih

daripada kita memahami diri
sendiri.Allah itu terlalu besar
pengampunannya buat
hamba-hamba-Nya. Namun kita
selalu bongkak dan merasa bahawa
dosa kita itu lebih besar daripada
rahmat Allah dan tidak mungkin
terampun.
Sombong! Itulah manusia yang
tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu
kita berputus asa daripada menagih
keampunan dan Rahmat Allah kerana
dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan
oleh syaitan, dikuasai oleh ego. Kita
mengeluh sendirian “ah, aku terlalu
berdosa, tak mungkin aku dapat kembali
ke jalan yang lurus”,seolah-olah kita itu
lemah dan patut dikasihani, namun
sebenarnya kita itu sombong dan angkuh
terhadap Allah! Sedarkah kita?
Itu satu sudut pandangan bagi
mereka yang berdosa, semoga kita

tidak terjerumus ke dalam tipu daya
syaitan yang menghalang kita
daripada mengharapkan

Namun, dalam satu sudut yang
lain, kita tidak harus leka dan
berangan-angan akan Rahmat Allah
lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita
memujuk hati dengan mengatakan
“Allah itu kan Maha Pengampun,jadi
tak ada masalah berbuat dosa berkalikali”. Anggapan yang sebegini akan
menjerumuskan kita lebih jauh dalam
kemaksiatan sehingga semakin sukar
untuk kita kembali.
Maka, jangan tunggu dosa itu
bermukim dan semakin menggelapkan
hati. Tatkala kita terdetik untuk
bertaubat,teruskanlah taubat itu dan
jangan tangguhkan atau
lengah-lengahkannya. Setiap kali kita
tergelincir, bertaubatlah.

Jangan biarkan taubat itu
tersisih di pinggiran
hati,masukkanlah ia ke
dalam hati dan laluilah
jalan yang diredhai-Nya.
Fikirkanlah! Seandainya
nyawa kita terpisah dari
jasad sebelum kita sempat
Sudah pasti Allah mendengar
rayuan dan menerima taubat setiap
hamba-Nya yang ikhlas dan lahir hati
dan menyedari keagungan-Nya.
Rebutlah peluang selagi masih
ada hayat. Mudah-mudahan Allah tidak
menyisihkan kita di hari perhitungan di
pinggiran bahkan di jurang api neraka.
Na‟udzubillah! Marilah kita lakukan
penghijrahan, muhasabah diri dan
memohon maghfirah dan keredhaanNya.
-Olahan dan edit oleh : Nazmy (sumberiluv.Islam.com)

ADDEEN BIL.2 - M/S 20

Oleh : Cik Norr Azzah Bte Mohd Yusof

pada akhir perjalanan, ia kembali
sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor. Dan kembali
dia minta maaf pada si tukang air
atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada
tempayan itu, “Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di
sepanjang jalan di sisimu tetapi
tidak ada bunga di sepanjang jalan
di sisi tempayan yang utuh? Itu
kerana aku selalu menyedari
cacatmu dan aku memanfaatkannya.
Aku telah menanam benih-benih
bunga di sepanjang jalan di sisimu.
Dan setiap hari jika kita berjalan
pulang dari mata air, kamu mengairi
benih-benih itu. Selama dua tahun
ini aku telah dapat memetik bungabunga indah itu untuk menghias
meja majikan kita. Tanpa kamu
sebagaimana kamu ada, majikan
kita tak akan dapat menghias
rumahnya seindah sekarang”.
Pernahkah anda membaca cerita ini :
Seorang tukang air memiliki
dua tempayan besar, masing-masing
bergantung pada kedua hujung
suatu
pikulan,
yang
dibawa
menyilang pada bahunya. Satu
daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu lagi tidak.
Jika tempayan yang utuh itu selalu
dapat membawa air penuh setelah
perjalanan panjang dari mata air ke
rumah
majikannya,
tempayan
retak itu hanya dapat membawa air
setengah penuh.
Selama dua tahun hal itu
terjadi setiap hari. Si tukang air
hanya dapat membawa satu
setengah tempayan air ke rumah
majikannya. Tentu saja si tempayan
yang utuh berasa bangga akan
prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.
Namun, si tempayan retak yang
malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia
hanya dapat memberi setengah dari
bahagian yang seharusnya.

Setelah dua tahun tertekan
oleh kegagalan pahit ini, tempayan
retak itu berkata pada si tukang air,
“Saya sungguh malu pada diri saya
sendiri, dan saya ingin mohon maaf
kepadamu”. “Kenapa kamu berasa
malu?” tanya si tukang air. “Saya
hanya mampu selama dua tahun ini
membawa setengah bahagian air
dari yang sepatutnya saya bawa
kerana adanya retakan pada sisi
saya yang membuatkan air yang
saya bawa bocor sepanjang jalan
menuju ke rumah majikan kita.
Kerana cacatku itu, saya telah
membuatmu rugi,” kata tempayan
itu.
Si tukang air berasa kasihan
pada si tempayan retak, dan dalam
belas kasihannya ia berkata, “Jika
kita kembali ke rumah majikan esok,
aku ingin kamu memperhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang sisi
jalan”. Benar, ketika mereka naik ke
bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa
ada
bunga-bunga
indah
di
sepanjang sisi jalan, dan itu
membuatnya sedikit terhibur. Namun

(Dipetik daripada Mingguan Malaysia
“Kesihatan”, 1 Julai 2007, m/s 9)

Hikmah Kehidupan dan Hala
Tuju
Setiap sesuatu yang Allah
jadikan di alam ini ada tujuannya
tersendiri..Di samping memberi
manfaat kepada manusia, ia juga
merupakan tamsilan yang paling
hampir dalam kehidupan kita..Hanya
yang betul-betul menghayati dan
bijak mentafsir akan memperolehi
sesuatu yang cukup bermakna.
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan
kita,susah
mahupun
senang,bahagia ataupun pun sengsara,semua itu bersebab dan tidak sia
-sia. Ada kebaikan dan ganjaran
yang dijanjikan oleh Allah bagi
mereka yang sabar dan beriman
kepadaNya.
Maksud firman Allah SWT dalam al
-Quran :
“ Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi , dan apa yang
ada antara keduanya tanpa
hikmah”
( Surah Shaad : 27)
ADDEEN BIL.2 - M/S 21

Kisah yang kita baca ini
adalah sebahagian daripada maksud
sebenar sebuah kehidupan manusia.
Allah menjadikan manusia dengan
sebaik-baik kejadian iaitu dengan
nikmat akal agar mereka boleh pelajari di sebalik kisah dan kejadian
yang berlaku dalam kehidupan.
Begitu juga dapat pengajaran
dari al- Quran dan Hadis. Setiap
manusia adalah sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan
bumi selaras dengan hukum-hukum
yang telah ditetapkan oleh Islam.
Manusia dijadikan saling memerlukan dan saling melengkapi iaitu
masing-masing mempunyai kekuatan atau kelebihan dan mereka juga
mempunyai kekurangan.
Begitu juga seperti kisah Si
Tukang Air yang mempunyai tempayan yang utuh dan retak. Kita andaikan Tempayan Retak adalah kelemahan diri ,manakala Tempayan
Utuh sebagai kekuatan dan kelebihan diri. Walaupun Si Tukang Air
tahu tentang Tempayan Retak,dia
tidak pernah berputus asa. Sebaliknya dia tetap menggunakan Tempayan Retak tetapi pada masa yang
sama dapat memberi pelbagai manfaat dan menggembirakan orang
lain.
Apa yang dapat kita dapat pelajari bagaimana untuk mengatasi
kelemahan diri..Ancaman yang sebenar adalah datang dari diri sendiri.
Ini adalah kerana tanpa Iman dan
Ehsan diri mudah dikuasai oleh
nafsu. Sekiranya kita dapat melawan
nafsu, maka tenang dan tenteram lah
jiwa kita. Ujian atau ancaman datang
dengan pelbagai rupa. Apa yang
penting adalah kesediaan diri dalam
menerima apa jua yang berlaku
dalam
kehidupan.
Jika
kita
bersedia ,segalanya berjalan dengan
baik. Jika salah membuat keputusan ,maka kita akan tersasar.
Sebagaimana firman Allah SWT
yang bermaksud :

“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu
mereka,pasti
binasalah
langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya.

Sebenarnya Kami telah
mendatangkan
kepada
mereka
kebanggaan(alQuran)mereka
,
tetapi
mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (Surah alMukminun : 71)
Kita dapat mengenali diri seandainya kita mengenali al-Khaliq
(Maha Pencipta). Dan kita akan
mensyukuri nikmat yang ada dan
lebih dekat dengan Allah. Ibadah
yang kita lakukan adalah sebagai
tanda syukur kepada-Nya.
Walaubagaimana pun kita
seringkali alpa dan leka. Apa yang
kita perolehi masih lagi tidak mencukupi. Ini disebabkan kita sentiasa
tewas dengan hasutan nafsu sehingga mempersiakan peluang dan
amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya setiap
amanah yang diberikan ada keberkatan di sebaliknya.
Di sebalik kisah Si Tukang Air
tersirat konsep SABAR yang perlu
kita teladani.

pada maksiat, sabar dalam musibah
dan sabar dalam nikmat, semua itu
menjadi sumber untuk melimpahkan
pelbagai kebaikan yang lain. Sebab
kedua, untuk sabar dan menghasilkan kebaikan seperti khasiat
matahari, diri kita terbakar panas.
Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa, di sebalik sesuatu
dugaan dan ujian yang kita lalui
sebenarnya mematangkan diri kita.
Ujian tersebut adalah latihan dan
pengalaman yang menjadikan kita
seorang yang hebat. Belajar bertolak
ansur dengan keadaan akhirnya
menjadi seorang yang lebih cekal,
tabah, tenang dan berjaya.

Setiap manusia adalah
sebagai khalifah untuk
mentadbir dan
memakmurkan bumi
selaras dengan hukumhukum yang telah
ditetapkan oleh Islam

Maksud firman Allah SWT :
“Dan Allah menyintai
orang-orang yang sabar”(Surah Ali
Imran : 146)
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar
(Surah al-Baqarah : 153)
Di dalam sepotong hadith
yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu „alayhi wa sallam
pernah bersabda:
‫ًانصبر ضْاء‬
“Dan sabar itu sinar seperti mentari”
Menurut Ustaz Hasrizal
Abd. Jamil, Ulama telah merumuskan sabar itu diibaratkan seperti
matahari kerana dua perkara.
Pertamanya, matahari itu
sumber kehidupan. Sama seperti sabar yang menjadi sumber kepada
kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar
dalam taat, sabar menahan diri dari-

Keteguhan jati diri dalam menempuhi dunia yang realitinya penuh
rintangan dengan
perpandukan al-Quran dan Hadis akan
menjadikan seseorang itu lebih sabar dan bersyukur . Apa yang berlaku dalam realiti kehidupan, kita
tidak akan sentiasa memperolehi apa
yang kita inginkan.
Oleh sebab itu, kita perlu belajar untuk
menerima apa
yang kita perolehi dan bagaimana
cara kita menangani keadaan atau
sesuatu perkara itu bergantung
kepada sejauh mana persediaan,
kebijaksanaan dan perspektif kita
tentang kehidupan.. Marilah kita
sama-sama menerapkan nilai-nilai
Islam ,berfikiran positif, menerobos
dalam hati dan koreksi diri serta
membina jati diri. Sesungguhnya
tiada kemanisan tanpa kepahitan,
dugaan dan ujian adalah asam garam
warna-warni kehidupan.
ADDEEN BIL.2 - M/S 22

1.

Apakah perbezaan antara sedekah dengan hadiah?

Jawapan : Sedekah dalam bahasa kita adalah derma. Ia adalah ibadah yang dituntut oleh Islam
secara sukarela ke atas penganutnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang kaya sebagai tanda kesyukuran pada nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Sedekah ialah pengorbanan ataupun pemberian yang dilakukan oleh seorang Muslim
kepada seorang yang lain dengan tujuan kerana Allah di samping menolong dan membantu orang
yang susah dan yang memerlukan pertolongan. Manakala hadiah adalah pemberian dilakukan
oleh seseorang kepada orang lain dengan tujuan memberi penghormatan. Bagaimana pun keduadua amalan itu digalakkan oleh agama Islam. Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam hadisnya yang bermaksud :
“ Bertukarlah hadiah antara kamu, pasti timbul kasih syang dan bermaaf-maafanlah,
pasti terhapus dengki di kalangan kamu”.

2. Apabila ibubapa meninggal dunia, bolehkah kita bersedekah untuknya?
Jawapan : Memang boleh..Mudah-mudahan sampai pahala kepada mereka. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
“ Ibnu Abbas melaporkan, seorang lelaki bertanya, “Wahai utusan Allah,
ibu saya sudah meninggal duni,adakah beliau mendapat mafaat sekiranya
saya bersedekah atas nama beliau? Nabi Muhammad menjawab : Ya, boleh.
Kemudian lelaki itu berkata „saya ada sebuah kebun.
Dengan bersaksikanmu, saya sedekahkan kebun itu‟.

3. Apakah harta yang paling baik dijadikan sedekah?
Jawapan : harta benda yang sebaik-baiknya disedekahkan
atau didermakan menurut al-Quran adalah harta yang
disayanginya.
Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 177 :
“ dan dermakanlah harta yang disayangi kepada
kaum keluarga”.
Dalam surah Ali Imran, ayat 92, Allah berpesan :
“ Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehingga
kamu mendermakan sebahagian daripada Apa
yang kamu sayangi”.

EDISI KEMAS KINI –DATO‟ DR. HARON DIN
MENJAWAB PERSOALAN FIKRAH HARIAN,
BERSAMA ISHAK DIN & ABU HASSAN
DIN,TERBITAN PTS MILLENNIA SDN.BHD.(2009).

ADDEEN BIL.2 - M/S 23