You are on page 1of 28

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 4 : 2011 ( JULAI ~ OKTOBER

)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Penaung
Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono
Penasihat
Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam
Tuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan
Editor
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Pengarang
Ustaz Mohd Fathur Rahman bin Kasdiran
Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan
Ustaz Nurdin bin Darman
Ustazah Zahidah binti Muhd Zain
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Wartawan & Grafik
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Edaran
Ustaz Mohd Sofyan bin Razali
Jurufoto
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Penerbit
Pusat Islam ,
Universiti Selangor ,
Jalan Timur Tambahan ,
45600 Bestari Jaya ,
Selangor Darul Ehsan .
Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134
Email : pusat_islam@unisel.edu.my
FB
: PUSAT ISLAM UNISEL

Sidang Redaksi Ad-Deen amat
mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /
Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan
Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah
berkaitan dengan urusan keilmuan dan
aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan - bahan tersebut kepada :
Pejabat Editor ,
Pusat Islam Unisel .

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem…
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Telah datang kepada kamu Ramadhan bulan yang membawa barakah.
Allah menyelubungi kamu, lalu Dia menurunkan rahmat serta
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu. Allah SWT memperkenankan
doa dalam bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam
bulan Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu
kepada para Malaikat; oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan
kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang
dijauhkan atau yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya”.
Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan dan pengampunan.
Kehadirannya amat dinantikan bagi setiap umat Islam. Ia adalah penghulu
bagi segala bulan.Dan padanya telah diturunkan Kitab al-Quran sebagai
petunjuk kepada manusia. Di antara sepuluh malam terakhir Ramadan dipilih
satu malam yang lebih baik daripa seribu bulan iaitu „Lailatul Qadar‟. Selain
itu, bulan Ramadan juga dianggap bulan kesabaran di mana bukan sahaja
menahan diri dari makan dan minum malahan mengekang hawa nafsu serta
menahan diri dari melakukan kemaksiatan dan memperelokkan amal dan
ibadah seharian. Seharusnya Ramadan dijadikan madrasah penyucian jiwa,
memandu diri serta melatih dan memantapkan jiwa agar lebih cekal dalam
melakukan amalan yang berterusan pada bulan-bulan seterusnya.
Kita menyingkap kembali peristiwa peperangan badar dan pembukaan
Kota Mekah pada ketika itu berlaku dalam bulan Ramadan. Rasulullah SAW
dan para sahabat membuktikan kecekalan, kesungguhan, keutuhan jati diri
dan sabar dalam menegakkan syiar Islam dan taat melaksanakan perintahNya. Semoga kita dapat mencontohi keperibadian Baginda serta para sahabat
dalam usaha untuk memperbaiki amalan dan „taqarrub‟ (mendekatkan diri)
kepada Allah SWT. Sebagai permulaan, mulakan setiap hari dengan
membaca beberapa ayat al-Quran serta terjemahannya, zikrullah serta
beristighfar sambil melakukan pekerjaan. Dengan keikhlasan dan kesungguhan, mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, hati kita akan menjadi
tenang dan berada dalam petujuk Ilahi. Dan bertitik tolak dari sini juga kita
akan meningkatkan rasa kecintaan kepada-Nya.
Sesungguhnya mereka yang melakukan ibadah puasa dan membaca al
-Quran akan memperolehi syafaat pada hari akhirat kelak. Sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Puasa dan Al-Quran memberi syafa’at kepada para hamba pada hari
kiamat. Puasa berkata : “Wahai Tuhanku, aku telah daripada makan dan
minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at kepadanya.”
“Al-Quran berkata : “ Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafa’at
kepadanya”. Maka diterimalah syafa’at puasa dan al-Quran, lalu para
hamba (yang rajin berpuasa dan membaca al-Quran di dunia) masuk ke
dalam Syurga”. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi al-Dunya, Al-Tabrani dan al
-Hakim daripada Abdullah ibnu Umar).
Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan membaca al-Quran &
zikrullah sebahagian daripada budaya kehidupan. Kerana al-Quran itu suatu
mukzijat dan apabila kita jadikan al-,Quran sebagai santapan rohani, maka
jiwa kita akan ceria, hati tenang dan minda terbuka. Begitu juga akan terbuka
luas pintu kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan serta keredhaan Allah di
dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah… Wassalam.
Pandu Diri, Latih Jiwa… Bentengi Diri, Iman di dada..
Salam Mawaddah…
‫نور عــــــزّ ة بنت محمد يــوسف‬
(azzah_yusof@unisel.edu.my)

ADDEEN BIL.4 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan
BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar Cairo
Dip Pendidikan UKM

Syukur ke hadrat Ilahi
atas kurniaanNya, Ramadhan yang
dinantikan telah tiba, penuh rahmat
dan maghfirah untuk kita semua manfaatkannya selagi mana hayat ini.
Tiada siapa yang tahu mungkin esok
lusa kita kembali ke pangkuan Ilahi,
tidak sempat menemui Ramadhan
akan datang kerana roh yang berada di
dalam jasad ini bukan milik kita.
Justeru itu, mari kita rebut peluang
yang ada ini untuk memperbaiki amalan seharian dan ibadah kita.
Allah mengurniakan
ganjaran yang berlipatganda bagi
umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menjalani puasanya dengan amalan-amalan yang mulia. Sesungguhnya bulan Ramadhan di
d alamn ya tersi mp an b er b agai
hikmah.Jadikanlah Ramadhan kali ini
yang terbaik, di mana kita bertambah
dekat dan mengingati Allah, bukan
bulan ketaatan sementara kepada
perintah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang
beriman ! Diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana ia
diwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu ,supaya kamu
beroleh taqwa”
( surah al-Baqarah : 183)
Objektif atau pun sasaran yang
perlu dicapai oleh Muslim di bulan
Ramadhan ini ada dua keutamaan.
Iaitu taqwa dan keampunan. Objektif
ini jelas disebutkan dalam maksud
ayat
183
dari
surah
al-Baqarah.Perkataan “taqwa” datang
dari perkataan “waqiya” maknanya
memelihara. Iaitu memelihara diri
dari kemurkaan Allah dan hukumanNya. Kerana itu perkataan “taqwa”
digunakan untuk menjelaskan
perbuatan melakukan sesuatu yang
diredhai Allah(halal) dan tidak
melakukan apa yang dibenci-Nya
(haram). Sewajarnya, berpuasa dapat
membantu kita memperolehi „taqwa‟
kerana ia meletakkan kita dalam
suasana ketaatan kepada Allah.

„Umar bin Abdul Aziz RA pula
pernah berkata : “Taqwa bukanlah
dengan berpuasa di siang hari , dan
bukan juga dengan solat pada malam
hari, bukan juga dengan keduaduanya sekali. Tetapi taqwa ialah
meninggalkan apa yang telah
diharamkan Allah dan melakukan apa
yang difardhukan Allah. Setelah ini
dapat dilakukan , Allah SWT akan
memberikan perkara-perkara yang
baik kepada orang itu”.
Ibnu Juzayy dalam kamus
istilahnya berkata dari pengenalan
tafsirnya : “ makna taqwa ialah takut,
berpegang teguh kepada ketaatan
terhadap Allah dan meninggalkan
derhaka terhadap-Nya. Inilah sekalian
kebaikan”.
Untuk memperolehi taqwa dan
supaya tidak dilabelkan sebagai “
Muslim Ramadhan” , kita mesti mempunyai keimanan yang kukuh dan
mantap berasaskan keyakinan,
memahami dengan jelas bahawa Allah
Pencipta alam dan kita sebagai hamba
-Nya menyerahkan diri
sepenuhnya untuk tunduk dan patuh
akan segala suruhan dan meninggalkan larangan, sebagai jalan mencapai
taqwa.
Manakala objektif
„mendapatkan keampunan‟ , ternyata
dari hadith sohih tentang Sayyidatina
Aisyah R.A yang bertanya kepada
Nab i Muhammad SAW yang
bermaksud : “Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat anda seandainya
saya tahu malam jatuhnya Lailatul
Qadar itu, apakah yang harus saya
ucapkan waktu itu?” Maka jawab
Nabi : “Katakanlah : Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun dan suka memaafkan,
maka maafkanlah daku ini”. (Riwayat
Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi).
Apa yang kita lihat pada hari
ini, adalah menjadi kebiasaan bagi
sesetengah umat Islam bilamana
hanya banyak beribadah serta
berbuat amal kebajikan dan berlumbalumba melakukan amalan sunat
tatkala bulan Ramadhan. Ianya hanya
perubahan se me ntara
bagi

kebanyakan dari kita. Sebaik sahaja
Syawal menjelang, semua amalan
baik yang dilakukan bertukar dengan
melakukan perbuatan yang tidak
sepatutnya dalam rutin seharian
seperti masjid lengang jemaah masjid
berkurangan, yang menutup aurat
kembali membuka aurat, tidak menjaga tatasusila.
Inilah yang dikatakan “Muslim
Ramadhan” dan bukan “Muslim
Sejati”. Jelas di sini mereka tidak
memahami dan menghayati
Ramadhan dengan sepenuhnya.
Allah SWT berfirman :

“ Bulan Ramadhan yang
diturunkan al-Quran, sebagai
petunjuk bagi umat manusia,
penjelasan bagi petunjuk dan
penentu(al-Furqan)
( Surah al-Baqarah : ayat 185)
Allah menurunkan al-Quran
pada bulan berkat ini supaya ia
menjadi al-Furqan, pemisah hak dan
batil dalam semua amalan dan tindakan kita sepanjang masa. Al –Quran
merupakan panduan kehidupan, juga
cahaya yang menerangi akal, jiwa dan
hati manusia. Jadikanlah membaca al
-Quran al-Quran sebagai satu budaya,
bukan membaca hanya apabila
disuruh atau sekadar di bulan
Ramadhan. Sesungguhnya Al-Quran
& As-Sunnah itu adalah wasiat
Rasulullah SAW yang harus dipelihara dan diikuti .
Firman Allah yang bermaksud :

Kami jadikan kematian dan
kehidupan untuk menguji
siapakah yang terlebih baik
amalannya. Melalui Al-Quran
manusia mengetahui tujuan dan
matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang
memakmurkan bumi ini”.
(Surah al-Mulk : 2).

ADDEEN BIL.4 - M/S 03

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN
BIN KASDIRAN

Insan
bertaqarrub
dijanjikan
ganjaran,
kedudukan mulia di sisi
Allah SWT. Apakah yang
di maksu dkan
den gan

taqarrub’
dan
b a g a i m a n a
i a
menjanjikan
kemuliaan
di sisi Allah SWT ??
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud :

“ S e s u n g gu h n ya A l l a h
berfirman:Sesiapa yang memusuhi
wali-Ku (orang yang setia
kepada-Ku), maka Aku
mengisytiharkan perang
terhadapnya. Tiada seorang pun
daripada hamba -Ku yang
bertaqarrub (beramal) kepada-Ku
dengan sesuatu lebih Aku cintai
daripada ia menunaikan semua
yang Aku fardukan ke atas
dirinya. Di samping itu, hendaklah
sentiasa bertaqarrub kepada-Ku
dengan nawafil (ibadat sunat)
sehingga aku mencintainya.
Apabila Aku sudah mencintainya,
nescaya jadilah Aku (seolah-olah)
sebagai pendengarannya yang ia
mendengar dengannya; sebagai
penglihatan yang ia melihat
dengannya; sebagai tangannya
yang ia bertindak dengannya dan
sebagai kakinya yang ia berjalan
dengannya. Seandainya i a
memohon (sesuatu) daripada-Ku
pasti akan Aku terima; dan
seandainya (pula) ia memohon
perlindungan daripada-Ku pasti
Aku akan melindunginya.” (Hadis
riwayat al-Bukhari).
„ T a q a rr u b ‟ b e r ma k s u d
mendekatkan diri kepada Allah
dengan sentiasa berbakti dan beramal
salih tanpa rasa malas. Allah amat
menyayangi dan memuliakan orang
sentiasa bertaqarrub kepada-Nya.

Sesungguhnya hadis ini menjelaskan
pentingnya hubungan antara makhluk
(hamba) dengan Khaliqnya (tuan/
pencipta). Sebagai hamba, ia
sepatutnya patuh dan taat kepada
perintah tuannya iaitu Allah. Jika si
hamba itu patut dan taat setia, nescaya
All a h a ka n me n ya ya n gi d an
memuliakannya.
Jelaslah Allah amat mencintai
setiap hamba-Nya yang sentiasa patuh
dan taat kepada segala perintah-Nya
iaitu dengan mengerjakan semua
amalan wajib, malah ditambah pula
dengan bertaqarrub iaitu
memperbanyak amalan dianjurkan
syariat Islam. Orang mukmin sebegini
amat dicintai Allah serta diangkatkan
kedudukan mereka di sisi-Nya
sehingga mereka sentiasa berada di
b awah
naungan
dan
pemeliharaan-Nya.
Perjalanan manusia masih
jauh. Dunia sekadar satu
persinggahan. Bak seorang musafir
yang terpaksa singgah di satu
persinggahan untuk berehat setelah
penat berkelana bagi melepaskan lelah
dan untuk mengumpul kembali
bekalan dan kekuatan semangat dan
fizikal demi meneruskan lagi sakibaki perjalanan yang masih panjang
menuju ke destinasi abadi. Begitulah
jua hakikat kembara seorang hamba di
atas muka bumi ini.Singgah seketika
mengumpulkan bekalan iman dan
taqwa untuk meneruskan perjalanan
menghadap Allah yang Esa.
Sebenarnya
dalam
mendekatkan diri kepada Allah,
seseorang itu hendaklah
melakukannya secara berperingkat. Ia
semestinya dimulai dengan
mengerjakan amalan wajib iaitu fardu
ain mahupun fardu kifayah kemudian
barulah diikuti amalan sunat. Seperti
mana orang yang berhutang, sudah
tentu ia wajib membayar hutangnya
terlebih dulu sebelum ia memberi
derma atau sedekah.

Amalan sunat adalah amalan
sukarela daripada segala macam
ibadat zahir seperti membaca alQuran. Membaca al-Quran ini dikira
setinggi-tinggi darjat taqarrub kepada
Allah yang boleh dilakukan manusia.
Selain itu, Ibadat solat adalah
suatu perintah daripada Tuhan kepada
hamba-Nya. Banyak kelebihan,
k e b e r k a t a n d a n r a h s i a ya n g
terkandung di dalam solat, malah
mengiringi mereka yang
mengerjakannya. Kemuliaan orang
mukmin adalah pada solatnya, dan di
dalam solat terdapat segala ibadat
yang lainnya. ALLAH S.W.T
berfirman dalam Al-Quran tentang
orang-orang yang berbahagia : “Iaitu
orang-orang yang beriman dengan
yang ghaib, mendirikan solat,
menafkahkan sebahagian rezeki yang
KAMI berikan kepada mereka”.
(Surah Al-Baqarah, 2 : 3)
Setiap individu Muslimin dan
Muslimah wajib mengerjakan solat.
Malah, bagi ketua keluarga
seharusnya memerintahkan ahli
keluarganya melakukan solat. Ibu
bapa pula wajib mengajar dan
membimbing anak melakukan ibadat
itu, seawal usia tujuh tahun. Solat
akan menjadikan seseorang sentiasa
mengingati Allah dan menghampirkan
d iri d e n ga n - N ya, se ka li g us
menjadikan kehidupan seseorang itu
sentiasa b erhub ungan d engan
Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah
Allah, tiada Tuhan
melainkan aku, oleh itu,
sembahlah akan daku,
dan dirikanlah solat
untuk mengingati
daku”. (Toha:14)

ADDEEN BIL.4 - M/S 04

Solat adalah tanda kesyukuran
di mana manusia bersyukur atas
segala nikmat dan rahmat tidak
terhingga yang Allah kurniakan
dengan melakukan ibadat kepadaNya. Selain itu Ibadat solat
menghapuskan dosa. Ini kerana
manusia tidak terlepas daripada
melakukan dosa dan solat lima kali
sehari dapat menghapuskan dosa yang
dilakukan. Sebagaimana satu hadis
bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: Solat lima waktu dan
solat Jumaat hingga Jumaat
berikutnya adalah penebus dosa
antara jarak waktu solat-solat itu,
selama dijauhinya dosa-dosa
besar." (Hadis riwayat Muslim)
Solat merupakan ibadat yang
penting, unik dan istimewa kerana ia
satu ibadat yang menghubungkan
antara hamba dan pencipta-Nya iaitu
suatu perhubungan secara langsung.
Dalam kata lain, solat merupakan
talian perhubungan atau komunikasi
antara hamba dengan Allah Swt.
Sesungguhnya, solat adalah suatu
ibadat yang tidak membebankan,
kerana ia mampu dikerjakan oleh
setiap individu. Rasa dibebani atau
tidaknya bergantung kepada iman
seseorang .Seseorang yang kuat
imamnya tidak akan berasa berat
untuk mengerjakan solat tetapi
sekiranya seseorang itu lemah
imamnya, ibadat solat akan berasa
berat baginya.
“ Adakah kualiti solatku tadi lebih
baik dari sebelumnya" Adakah
amalanku cukup sempurna di sisi
tuhan ?? adakah ku sanggup
berkorban demi agama??? Hanya
anda yang tahu jawapannya ....
Firman Allah SWT :

"Katakanlah kepada hamba-Ku
yang beriman, hendaklah mereka
itu mendirika
solat." (Ibrahim:31)
"Sesungguhnya berbahagia/
berjayalah orang-orang beriman.
(Iaitu) mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya." (AlMukminun: 1-2)
Sumber :
1. Al-Quran dan Hadis, 2.Ustaz Johari Yaman :
Bimbingan, penghayatan dan kesempurnaan solat edisi
baru, 3.Utusan Malaysia : Taqarrub kepada Allah
faktor utama kejayaan, 4.Abdul Aziz Ismail : Rahsia
solat lima waktu.

ADDEEN BIL.4 - M/S 05

Oleh : USTAZ ABD RAHMAN
BIN RIDEWAN

Mengimbau kembali laungan
merdeka tanggal 31 Ogos
1957….
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Telah hampir 54 tahun negara
kita Malaysia bebas daripada
penjajahan tanah dan kerajaan.
Tetapi adakah kita
benar – benar merdeka???....
Kemerdekaan sesebuah negara
adalah nikmat dan kurniaan yang

Allah beri dan tidak semua
manusia dapat merasainya. Berapa
ramai umat dan bangsa yang
mendiami dunia ini sejak dahulu
sehingga sekarang tidak
berhenti-henti berjuang hanya
untuk mendapatkan sesuatu
kemerdekaan. Segala-galanya
disekat dan dijajah termasuklah
kehidupan untuk beragama dan
tunduk kepada Allah Ta‟ala dengan penuh ketenangan.
Berjihad dan berkorban jiwa
dan raga bagi mendapatkan
kemerdekaan negara dari belenggu
penjajahan adalah sifat yang mulia
dan
disanjung tinggi. Sebagai
umat Islam yang berhemah tinggi
kita harus menghargai pengorbanan dan jasa pahlawan tanah air
samada yang masih hidup atau
yang telah gugur di medan
perang . Islam itu sendiri membawa mesej kesejahteraan,
kedamaian dan keamanan.
Maksud- maksud ini semuanya
menjurus kepada kemerdekaan.
Dari segi istilah
kemerdekaan bermaksud
kebebasan dan kemampuan
melakukan sesuatu tanpa sekatan
atau halangan atau kongkongan
belenggu oleh sesuatu. Jika
diamati maksud istilah ini, maka
akan wujud percanggahan maksud
dari pandangan Islam.

Seorang penyair Arab yang
bernama Ahmad Syauqi berkata
dalam syairnya : “ Kekal bangsa
kerana mulia akhlaknya,
runtuhnya bangsa kerana runtuh
akhlaknya”
Islam amat menitikberatkan
kebebasan umatnya yang dapat
menyelamatkan diri dari segala
bentuk tekanan, paksaan dan
penjajahan. Iaitu membebaskan
diri dan pemikiran daripada
belenggu jahiliah, kekufuran,
syirik, kemungkaran dan kemaksiatan yang menjurus kepada
keruntuhan akhlak dan kemurkaan
Allah SWT. Kemerdekaan atau
kebebasan juga bermaksud
membebaskan manusia dari
cengkaman kekuasaan yang tidak
benar dan zalim.

Tetapi senario yang kita
berlaku hari ini, kebanyakannya
menganggap istilah „merdeka‟ itu
dianggap sebagai kebebasan dalam
kehidupan,boleh memilih dan
melakukan apa sahaja dan tidak
terkongkong dengan aturan. Oleh
kerana kuatnya keinginan ini,
mereka tidak lagi menghiraukan
hukum agama kerana mereka
menganggap agama sebagai
belenggu semata.Sesungguhnya
perbuatan yang menurut hawa
nafsu dan meninggalkan hukum
agama akan menjerumuskan diri
ke arah kehancuran sebagaimana
yang dijelaskan oleh Allah Ta‟ala
dalam firman -Nya yang
bermaksud :

“ Andaikata kebenaran itu
menurut hawa nafsu manusia ,maka pasti binasalah langit
dan bumi serta semua yang ada
di dalamnya. Sebenarnya Kami
telah mendatangkan kepada
mereka peringatan (untuk)
mereka (Al-Quran) akan tetapi
mereka berpaling dari
peringatan tersebut”.
(Surah Al-Mukminun :71)
Juga firman-Nya :

“Dan janganlah kamu mengikuti
orang yang telah Kami lalaikan
hatinya dari mengingati Kami,
serta menuruti hawa (nafsu)nya,
dan semua urusannya menjadi
rosak/buruk”.
( Surah Al-Kahfi : 28)
Berdasarkan ayat-ayat di
atas, maka kemerdekaan atau
kebebasan yang hakiki tidak
mungkin dicapai dengan meninggalkan hukum agama bahkan
sebal i kn ya i ni mer upa kan
kesempitan hidup dan belenggu
yang sebenarnya. Allah SWT telah
menegaskan bahawa kebahagiaan
dan kebebasan hidup yanh hakiki
hanyalah dapat dirasakan oleh
orang yang memberi komitmen
dengan agama-Nya dan patuh
pada hukum-hukum syariatnya.
Allah SWT berfirman
mafhumnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan
amal soleh, baik lelaki mahupun
perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya
akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik (di dunia),
dan sesungguhnya akan Kami
berikan balasan kepada mereka
(di akhirat) dengan pahala yang
lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan.”
( Surah An-Nahl: 97).

ADDEEN BIL.4 - M/S 05

Para ulama salaf menafsirkan
makna “Kehidupan yang baik (di
dunia)” dalam ayat di atas dengan
“kebahagiaan (hidup)” atau “rezeki
yang halal dan baik dan kebaikankebaikan lainnya yang mencakupi
semua kesenangan hidup yang
h ak i ki . ( Li hat T a f si r I bn u
Katsir, 2/772). Sebagaimana Ta‟ala menjadikan kelapangan
dada dan ketenangan jiwa dalam
menerima syariat Islam merupakan
ciri orang yang mendapat petunjuk
dari-Nya, dan kesempitan serta
terbelenggunya jiwa merupakan
pertanda orang yang tersesat dari
jalan-Nya. Allah Subhanahu wa
Ta‟ala berfirman :
“Barangsiapa yang Allah
menghendaki akan memberikan
kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk
(menerima agama) Islam. Dan
barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, nescaya Allah
menjadikan dadanya sesak lagi
sempit, seolah-olah ia sedang
mendaki ke langit. Begitulah Allah
menimpakan keburukan/seksaan
kepada orang-orang yang tidak
beriman.”
(Surah Al-An’aam: 125).
Oleh yang demikian, melepaskan diri dari aturan-aturan agama
Islam dengan alasan mencari
kebebasan bererti menjerumuskan
diri ke dalam penjara hawa nafsu
dan belenggu syaitan yang akan
mengakibatkan kesengsaraan dan
penderitaan berpanjangan di dunia
dan akhirat.
Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyyah mengungkapkan hal ini
dengan bahasa yang indah dalam
ucapan beliau:“Orang yang dipenjara adalah orang yang terpenjara
(terhalang) hatinya dari Rabb-nya
(Allah) Subhanahu wa Ta‟ala, dan
orang yang tertawan (terbelenggu)
adalah orang yang ditawan oleh
hawa nafsunya.” (Dinukil oleh
imam Ibnul Qayyim dalam kitab
Al-Waabilush shayyib minal
kalimith thayyib, hal. 67).
Justeru itu, hendaklah kita
sentiasa berazam untuk membebaskan diri dari sifat-sifat yang

meruntuhkan kewibawaan manusia
dan menyelamatkan diri dari
terpenjara oleh arahan nafsu dan
hasutan syaitan. Sentiasalah kita
memohon keampunan daripada
Allah Ta‟ala agar mendapat
keredhaan-Nya dan terlepas dari
seksaan api neraka. Inilah erti dan
nilai kemerdekaan yang sebenar
yang diajarkan oleh Islam.
Bagi mengisi kemerdekaan ini
maka kita perlu kembali kepada
Islam yang terbukti hebat dan adil
dalam memuliakan generasi sebelum
kedatangan penjajah. Mengingat
kembali ungkapan Sayyidina Umar
al-Khottob ketika mahu menerima
kunci Baitul Maqdis dari Rom
sebagai lambang kemerdekaan
dengan katanya yang bermaksud : “
Kita merupakan suatu bangsa yang
dimuliakan oleh Allah dengan Islam.
Maka selagi mana kita mencari
kemuliaan selain dari Islam yang
telah memuliakan kita, maka selagi
itulah kita akan dihina oleh Allah”.
Hayatilah erti kemerdekaan
sebagaimana yang pernah diucapkan
oleh panglima Islam Rub‟ie bin
„Umair ketika menjawab pertanyaan
panglima Farsi iaitu Rastam
mengenai tentera Islam mahu
memerdekakan Farsi, di mana
katanya dengan tegas : “ Allah
mengutuskan kami (orang-orang
Islam) untuk memerdekakan sesiapa
yang mahu di kalangan manusia
daripada perhambaan sesama
manusia kepada perhambaan diri
hanya kepada Allah, memerdekakan
manusia daripada sistem ciptaan
manusia yang zalim kepada sistem
Islam yang adil, memerdekakan
manusia daripada pandangan
kehidupan dunia yang sempit
kepada keluasan hidup dunia dan
akhirat”. Lihatlah sekeliling kita,
adakah kita telah merdeka? Jika
ianya benar, marilah kita bergerak
mencapai kemerdekaan yang
hakiki !!! Menjadi hamba Allah
yang sejati…
Rujukan :
~Islam dan Kebebasan, Ustaz Abdullah bin
Taslim al-Buthani
~Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran
& As-Sunnah, Dr. Yusof Qardhawi
http://www.al-azim.com
http:// khutbahku.blogspot.com

PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku Tetap diperjuang
Maruah Agama Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu Adalah
Anak Merdeka……...Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka
Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Merdekalah Jiwa Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa Merdekalah Negara
Merdekalah Kita
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

ADDEEN BIL.4 - M/S 06

Oleh : USTAZ FATHUR RAHMAN
BIN KASDIRAN

NUZUL AL-QURAN
Sesungguhnya Al-Quran adalah wahyu
Ilahi dan Kitab yang terakhir diturunkan
paling unggul dan sempurna jika
dibandingkan dengan Kitab-kitab sebelumnya.
Ia menjadi petunjuk kepada manusia dan
menjadi pemisah antara kebenaran dan
kebatilan serta menyelamatkan manusia dari
kesesatan. Peristiwa “Nuzul Al-Quran berlaku
pada malam 17 Ramadhan tahun ke-41
daripada keputeraan nabi Muhammad SAW.
Perkataan „Nuzul‟ bermaksud turun atau
berpindah dari atas ke bawah. Oleh yang
demikian Nuzul Al-Quran itu menjelaskan
tentang penurunan Al-Quran ke atas Baginda
Rasulullah SAW sebagai petunjuk kepada
umat manusia sejagat.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran
sebagai satu mukjizat yang membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan
kewujudan Allah SWT dengan segala
sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca
Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu
kitab panduan hidup manusia dan rujukan
utama di samping sunnah Rasulullah.
„Al-Quran‟ bererti bacaan atau himpunan.
Di dalamnya terhimpun ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal
tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains,
teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran,
sering dicantumkan dengan rangkai kata
„Al-Quran mukjizat akhir zaman‟ atau
„Al-Quran yang mempunyai mukjizat‟. Malah
inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak
ada satu perkara pun yang dikecualikan atau
tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain
perkataan segalanya terdapat di dalam
Al-Quran. Al-Quran adalah hidayah, rahmat,
syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi
manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu
benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An-Nur
bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan
bererti yang dapat membezakan di antara
yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud
yang memberi peringatan.

Hal ini telah dijelaskan dalam dalil –dalil
daripada al-Quran:
1- Ayat 15-16 surah al-Maidah yang
bermaksud : “Sesungguhnya telah
datang kepada kamu cahaya (Nabi
Muhammad) dari Allah dan kitab yang
menerangkan (al-Quran). Dengan
kitab itulah Allah menunjuki orangorang yang mengikuti keredaan-Nya
ke jalan keselamatan, (dan dengan
kitab itu pula) Allah mengeluarkan
orang-orang itu dari kegelapan
kepada cahaya yang terang benderang
dengan izin-Nya dan menunjuki
mereka ke jalan yang lurus.”
2- Maksud ayat 9 surah al-Hadid menyatakan
bahawa : “Dialah (Allah) yang
menurunkan kepada hamba-Nya
(Muhammad) ayat-ayat yang terang
(al-Quran) supaya Dia mengeluarkan
kamu dari kegelapan kepada cahaya
(Islam).”
Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di
atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar
penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak
lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari
terus berada dalam kegelapan dunia yang
terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju
hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya
Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT
melalui KitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan
memberikan kepada mereka petunjuk
kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam
syurga di akhirat kelak.

ADDEEN BIL.4 - M/S 07

LAILATUL QADAR
Firman Allah
bermaksud :

SWT

yang

“Sesungguhnya Kami
telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada
Malam Lailatul Qadar.
Dan tahukah kamu
apakah Lailatul Qadar
itu? Lailatul Qadar itu
lebih baik daripada seribu
bulan. Pada malam itu
turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril
dengan izin Tuhan mereka
untuk mengatur segala
urusan. Malam itu
(penuh) kesejahteraan
hingga terbit
fajar”
(Surah Al-Qard : 1-5)
Melalui firman Allah
SWT seperti yang dinyatakan di
atas menjelaskan hubungkaitnya penurunan Al-Quran serta
kehebatan Kitab-Nya dan
kemuliaan malam yang disebut
sebagai Lailatul Qadar. Pada
hari tersebut Jibrail telah
datang kepada Rasulullah buat
kali p ertama memb awa
perutusan ‘iqra’ (Surah
Al-„Alaq). Dalam sejarah
kehidupan Nabi SAW ayat
al-Quran yang mula-mula
diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad SAW melalui
perantaraan malaikat Jibrail
ialah lima ayat pertama daripada surah Al-„Alaq yang bermaksudnya: ”Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama
Tuhan mu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku; Bacalah, dan
Tuhan mu Yang Maha
Pemurah, -Yang mengajar
manusia melalui pena dan
tulisan, -Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) .
Penurunan Al-Quran didahului
kalimah „iqra‟ iaitu bacalah… Di
mana membaca itu adalah
kunci kepada penerokaan ilmu.

Lailatul
Qadar
merupakan satu malam di
dalam bulan Ramadhan yang
dianugerahkan kepada umat
Nabi Muhammad SAW iaitu
malam penuh keberkatan
kebiasaannya berlaku pada
malam 10 terakhir Ramadhan.
Barangsiapa yang melaksanakan ibadah dengan penuh
keimanan
di
akhir
10 Ramadhan, dia akan
berpeluang untuk menemui
Lailatul Qadar. Komitmen ke
arah itu hendaklah dimulakan
sejak awal Ramadhan lagi.
Umat Islam digalakkan
melakukan ‘Qiamullail’ dengan
beri‟ktikaf di masjid-masjid
pada malam-malam 10 terakhir
kerana mengikut sunnah Nabi
Muhammad SAW. Kalimah ‘
i’tikaf ‟ bermaksud berhenti
atau duduk di dalam masjid
dalam jangka waktu yang
ditentukan dengan niat untuk
melakukan amal ibadah seperti
solat-solat sunat, zikrullah,
istighfar, tilawah Al-Quran dan
doa.

Ini menjadikan amalan
kita pada malam tersebut
seolah-olah beramal ibadah
selama 1ooo bulan bersamaan
dengan 83 tahun 4 bulan. Pada
malam itu juga para malaikat
rahmat turun beramai-ramai
diketuai oleh Jibrail membawa
segala rahmat dan keberkatan .
Ma la m itu jug a Al lah
mentaqdirkan segala urusan ,
rezeki , ajal dan ketentuan
segala perkara lalu diserahkan
kepada para malaikat.

Para Ulama menyatakan
bahawa malam-malam yang
bermungkinan sebagai malam
al-Qadar adalah malam-malam
ganjil iaitu malam 21, 23, 25,
27 dan 29 bulan Ramadhan.
Masa berlakunya Lailatul
Qadar adalah rahsia Allah SWT
supaya setiap umat menghayati
10 malam yang terakhir
Ramadhan dengan amal ibadat
dan ‘ taqarrub ’ (mendekatkan
diri) kepada Allah.
Penutup
Peristiwa penurunan
Al-Quran mengandungi
hikmah kepada umat manusia.
Al-Quran sebagai pedoman
kehidupan dan tersimpan
pelbagai rahsia ilmu pengetahuan untuk dianalisa, dikaji
dan diselidiki dan seterusnya
memajukan umat Islam serta
membebaskan mereka dari
belenggu kelemahan dan
penghinaan orang kafir. Umat
Islam juga perlu mempertingkatkan amalan dan ibadah
dalam meraih keredhaan-Nya
pada malam al-Qadar yang
penuh keberkatan.
Setiap individu Muslim
sangat dituntut untuk mencari
dan mendapatkan kelebihan
Lailatul Qadar. Ianya menjadi
sunnah nabi Muhammad SAW
dan rebutan salafussoleh untuk
mendekatkan diri kepada
Allah. Semoga Ramadhan kali
ini dapat melatih dan mendidik
sekaligus merubah diri kita
kep ada suk a me mb aca,
mengkaji serta beramal dengan
Al-Quran serta meningkatkan
rasa ketaqwaan dan lebih
mendekati-Nya..
Amin Ya Rabb..
Sumber : 1.Al-Quran, 2.Majalah
Solusi
:
Tafsir
Surah
al-Qadr ,oleh :Ustaz Zahazan , 3.
Ustaz Zain Hashim : Muslim dan AlQuran, 4. http :// halaqah.net :Penurunan Al-Quran

ADDEEN BIL.4 - M/S 08

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN

Duit! Duit!

Kos

kehidupan

semakin

hari

Dalam

Islam,

kita

digalakkan

Di mana kau duit

semakin meningkat. Ada sahaja barangan

berbelanja berasaskan beberapa kaedah

Duit! Duit!

keperluan harganya dinaikkan gara-gara

iaitu barangan yang dibeli adalah barangan

Hutangku membukit

kenaikkan harga petrol. Ada orang berasa

keperluan yang menjadi keutamaan. Kedua,

Zaman ini zaman duit

selesa kalau setiap masa ada RM 50 di

perbelanjaan

Tak ada duit diri tersepit

poketnya, ada yang selesa dengan RM 100

berlebihan-lebihan dengan kata lain tidak

Tapi jangan jadi hamba duit

di poket.Yang nyata , ada ringgit di dalam

boros. Firman Allah SWT dalam Surah

Nanti musnah diri sendiri..............

poket menimbulkan rasa senang, ke mana

Al-Isra‟ ayat 26-27 yang bermaksud:

yang

dilakukan

tidak

pun pergi tidak ada masalah.Pendek kata,
Teringat lagu duit yang pernah
diputarkan di

radio pada zaman 90–an

poket

penuh,

hati

senang,

hidup

“ Dan berikanlah kepada kerabatmu,
dan orang miskin serta orang

tenang !!!!!.

musafir akan haknya masing

yang cukup terkenal dengan penyanyi
ialah

-masing; dan janganlah

apabila tiada duit di poket. Mulalah rasa

engkau membelanjakan

memerlukan duit. “ Mama, RM 50 mana

gelisah,

hartamu dengan boros yang

la cukup nak beli barang. Nak beli nasi

terutamanya bila tiba di hujung bulan. Pada

melampau. Sesungguhnya

ayam pun RM 4 belum lagi campur air

asalnya ada RM 100 alih-alih tinggal RM

orang yang boros itu adalah

RM 2

50 je..Bak kata orang ..bajet sudah lari.

saudara syaitan, sedang

M.Nasir dan Hattan. Duit bukanlah segalagalanya

tetapi

hampir

segala-galanya

....Belum lagi sarapan pagi,

Yang

menjadi

cuak,

pikir

masalah
pasal

hutang

syaitan itu makhluk yang

makanan tengah hari dan malam...tak

“ Tepuk dada jangan tanya selera

cukup tu....!!!!!!! !”

tetapi tanyalah iman. Jangan

sangat kufur kepada
Tuhannya.”

sampai bagaikan tercekik

Duit oh duit !!!!!!!! Itu belum lagi
perayaan....sebelum

tulang menanggung beban

Tidak salah untuk berbelanja untuk

menjelang raya, kaum wanita terutamanya

hutang, ( Mahdzir Md.Isa,

barangan keperluan mahupun membeli-

yang para isteri dan para ibu sudah sibuk

2010, p.71 )”

belah ketika musim jualan murah ataupun

bila

tiba

musim

menyiapkan senarai barang-barang raya.

“ Wang umpama baja; anda perlu

musim perayaan. In kerana, Islam sama

Dua tiga bulan sebelum raya dah mula

mengagihkannya

sekali tidak menghalang pengguna daripada

window

pulangan yang lebih lumayan, (AKPK) ”

shopping.

barang-barang

Panjanglah

yang

senarai

hendak

langsir

pengubahsuaian
suami

dan

berbelanja supaya tidak berlebih-lebihan
atau boros. Sikap penting yang perlu

kepada

„bajet lari‟, perbelanjaan perlu dilihat

diamalkan ketika berbelanja ialah sentiasa

para

kepada keutamaan yang mana keperluan

sederhana, elakkan pembaziran dan tidak

panjang,

sampingan masih boleh ditangguhkan,

membeli sesuatu yang diharamkan.

rumah..Mulalah
mengeluh

menggeleng kepala.......

maka tangguhkan ia sehingga ada wang
lebihan.

Beli

mana

yang

penting

Dulunya menjadi seorang pelajar

dahulu.....Ibarat pepatah Melayu, „ingat

senang untuk meminta duit dari ibu

sebelum kena, jimat sebelum habis‟. Sebaik

ayah.Bila dah berarah ke peringkat alam

-baiknya berhemah dalam perbelanjaan dan

pekerjaan

episod berdikari

jangan terburu nafsu kerana kita tidak tahu

dengan duit sendiri..Duit senang dicari,

apa menanti di hadapan dan keadaan

senang dibelanja tapi susah untuk dijadikan

semakin

simpanan. Itulah realiti yang berlaku bagi

mendesak, tiada wang simpanan untuk

sesiapa yang baru mula berkerja.

digunakan.

bermulalah

berbelanja tetapi mereka diajar tatacara

Justeru, bagi mengelak masalah

sehinggalah

bapa

mendapat

ditukar

daripada hiasan dalaman rumah seperti
sofa,

untuk

sukar

jika

dalam

keadaan

ADDEEN BIL.4 - M/S 09

Bagaimana saya boleh bercermat

atau berjimat?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan
duit yang sedikit dan di bawah adalah
beberapa tips yang dapat membantu anda
berhemat dengan wang ringgit anda:

Kurangkan perbelanjaan

harian anda dan rangka perbelanjaansebelum anda membeli sesuatu, tanya diri
anda:

1.

Adakah

saya

betul-

betul perlukan ini?

2.

Bolehkah

saya

mendapatnya

di

tempat lain pada harga yang lebih

Guna semula atau Kitar
semula – jika boleh, jadikan
sampah anda baja (yang
boleh digunakan untuk
menana m sa yur anda
sendiri!), usahakan kebun
sayur dan tukarkan sampah
anda kepada duit! Perabot
yang lama diubah suai
menjadi baru seperti cat
semula ataupun jadikan meja
besar lama kepada meja
tullis.
Anda
boleh
menggunakan kreativiti
ataupun idea baru untuk kitar
semula barangan.
Jadikan barang bertahan
lebih lama – perbaiki
pakaian, kasut digam semula
dan baiki barang sebelum ia
tidak boleh dibaiki lagi.

murah?

3.

saya

mendapatnya

Prihatin dengan barangan
anda – Bila berbelanja dalam
jumlah yang banyak pastikan
anda

menyusun

barangan

yang baru dibeli dengan rapi.
Ketahui berapa jenis barang
dan berapa bungkus yang ada
supaya tidak tertinggal atau
bercampur dengan barangan
orang lain.
1.

Kurangkan penggunaan kad

kredit

kurangkan

lebihkan

kad

utama

kredit
wang

tunai.Gunakan kad hanya jika

(Dipetik dari sumber Agensi Kaunseling
dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan
Berita Harian)

secara percuma?

Berbelanjalah dengan penuh
hemat dan berjimat.Kita perlu ingat,
setiap perbelanjaan yang dapat dijimatkan
pada hari ini amat penting untuk masa
depan. Jadilah pengguna bijak dan
berhemah dijelaskan dalam firman Allah
yang bermaksud:

Simpan sebelum belanja Setiap kali mendapat gaji
bulanan,

apa

yang

perlu

diutamakan

dulu

ialah

membuat

simpanan

kemudian barulah digunakan
untuk

tujuan

pembayaran

hutang

dan

perbelanjaan.

Cari barang pengganti yang
lebih murah – beli jenama
umum yang perlu mahalm a h a l , me mb e l i - b e l a h
semasa ada jualan murah,
ataupun menyewa lebih baik
daripada membeli !!!!!

Mencuba

Namun, sering kali ramai
golongan

muda

apabila

menerima saja duit gaji, ia
terus

digunakan

membayar

hutang

berbelanja
simpanan

untuk
dan

sehingga

dilupakan

atau

–tidak

sesuatu produk yang lebih

mempunyai lebihan wang.
Kurangkan penggunaan –
tutup semua lampu apabila
tidak digunakan dan gunakan
lampu yang jimat tenaga,
kurangkan penggunaan hawa
dingin, basuh pakaian dengan
muatan penuh dan keringkan
pakaian di luar (daripada
menggunakan
mesin
pengering) dan tutup semua
alatan elektrik apabila tidak
digunakan.

dahulu

salah anda mencuba dahulu

simpanan dilakukan apabila

sebelum berbelanja.

keadaan terpaksa.

Bolehkah

melakukan tawar menawar

mu r a h

h a r ga n ya

dan

bandingkan dengan produk
anda gunakan selama ini.
Bak kata orang “ barang
murah tidak semestinya tidak
berkualiti”.

Tawar

menawar

pilih

kedai atau pasaraya yang
menjual

potongan

harga

murah .Anda juga perlu bijak
memilih

barang

“Dan juga mereka (yang
diredai Allah itu ialah)
y a n g
a p a b i l a
membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas
dan tiada bakhil kedekut;
dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana
antara kedua-dua cara
(bo ros dan b akhi l )
itu.” (Surah alFurqan,ayat
67)
Marilah kita renungkan dan
ingatlah bahawa setiap apa yanng kita
belanjakan, pasti ia adalah untuk
mendapatkan keredhaan Allah............
Sumber :
Mohd Shukri Hanapi (21/1/2011) Islam
utamakan belanja secara berhemah,
bukan ikut nafsu. Berita Harian
Alzahrin Alias ( 12/3/2011) Tip belanja
berhemah, elak jadi hamba duit. Berita
Harian
Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit . Hidup dengan duit yang sedikit.
http://www.akpk.org.my

dan

ADDEEN BIL.4 - M/S 10

Penganjuran Training of Trainer

Program Anda Bijak
Jauhi Zina adalah khusus untuk
untuk

Staf HEP
Kampus Bestari Jaya dan
Shah Alam bagi
menjayakan kempen
amar makruf dan nahi mungkar,
mencegah
lebih baik dari
mengubati.
Program latihan ini telah berlangsung pada
23- 24 Mac 2011(rabu & Khamis) bertempat di Bilik
Syura Pusat Islam,Unisel. Seramai 17 peserta terlibat
dalam latihan tersebut. Puan Yusnani daripada
Raudatus Sakinah Master Training & Consultancy telah
berkongsi tentang visi dan misi kepada para peserta.
Seterusnya Bro. Mohd Syamil Yusuff mengendalikan
bengkel kemahiran penggunaan
dan membina bahan
bermultimedia di dalam persembahan ABJZ;Sony Vegas.
Pada hari kedua latihan para peserta telah didedahkan
bagaimana membina bahan multimedia menggunakan
Powerpoint 2007 dan penggunaannya dalam program ABJZ.
Slot diteruskan dengan pembentangan Modul ABJZ kepada
para peserta. Program latihan ini berakhir jam 7.00
petang.

Pusat Islam Universiti Selangor
dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat
Selangor telah menganjurkan sesi kaunter
bergerak zakat kepada warga Unisel pada
6hb
2011( Jumaat) bersamaan 2
Jamadilakhir 1432H bertempat di hadapan
Masjid Umar Abd. Aziz, Unisel.
Kaunter mula dibuka jam 11.00 pagi
dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Program ini merupakan inisiatif yang
baik, membuka peluang kepada warga
Unisel menjelaskan zakat pendapatan juga
boleh mengajukan apa jua pertanyaan atau
kemusykilan berkaitan zakat.

Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap hari
bermula pada 25hb Mei 2011. Tajuk kuliah yang
disampaikan berkaitan dengan “Bimbingan Al-Quran”
dibawah kelolaan Ustaz Abd. Rahman Bin Ridewan,
manakala “Kekeluargaan Islam( Tn. Hj. Mokhtar Bin Hj.
Ridzwan), topik
“Imam Muda”( Ustaz Mohd Fathur
Rahman B. Kasdiran) dan Ustaz Sofyan Razali bagi bab
“ Fathul Qarib ”. Slaid powerpoint sebagai bahan
bantu penyampaian lebih berkesan.

( Gambar Disebelah )

ADDEEN BIL.4 - M/S 11

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN
Judul Buku : Indahnya Hidup Bersyariat
(Modul Fardhu Diri, Keluarga &
Masyarakat Sepanjang Hayat
Pengarang : Dato’ Ismail Kamus & Mohd
Azrul Azlen Ab. Hamid
Terbitan
: Telaga Biru Sdn. Bhd. (2009)
Alhamdulillah, kali ini kita akan berkongsi maklumat satu lagi judul buku yang saya kira ianya sebagai ensiklopedia asas
bagi setiap individu. Buku ini juga sesuai untuk panduan asas bagi seisi keluarga, merupakan sebuah buku fardhu ain dan fardhu
kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan individu dari peringkat kanak-kanak,alam remaja,dewasa, hidup berkeluarga,
muamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian. Saya sukakan buku ini kerana pendekatan yang digunakan lebih
berkesan dan mudah difahami. Di mana sebahagian teks disampaikan dalam bentuk rajah, carta, peta minda dan jadual. Juga
disertakan gambar-gambar berkaitan teknik tayamum, solat dan solat orang sakit, cara memandikan dan mengkafankan jenazah, cara
pemakaian ihram, gambar susunan imam dan makmum dan pelbagai lagi berkaitan dengan isi kandungan yang dibincangkan.
Manakala persembahan buku menarik dan bewarna-warni.
Buku ini boleh digunakan sebagai modul dalam halaqah keluarga. Isi kandungannya terdiri daripada 7 bab dan 308 halaman
kesemuanya , iaitu : Bab 1 : Syariat Kelahiran, Bab 2 : Pendidikan Awal Kanak-kanak , Bab 3 : Syariat Berkaitan Remaja , Bab 4 :
Fardu Ain Asas , Bab 5 : Munakahat (Hukum Perkahwinan), Bab 6 : Syariat Dalam Bermasyarakat dan Bab 7 : Syariat Sunat
Harian Sepanjang Masa. Setiap bab mengandungi sub topik dan dibahaskan lebih jelas. Selain itu, turut dimuatkan adalah adab
berdoa, amalan membaca al-Quran, istighfar, selawat dan zikir serta himpunan doa dan zikir untuk amalan seharian juga mengubati
penyakit. Keseluruhannya, anda wajar untuk memiliki buku ini. Memang berbaloi, anda beli pasti tidak rugi!!...

COOKIES, CHOC & CRAFT FELT
Pihak kami menerima tempahan coklat, biskut dan kraf felt.

FROZEN FOOD & COOKIES

Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi homemade choc yang diperbuat
daripada dark choc, milk choc dan white choc dengan pelbagai pilihan filling iaitu
oren, nenas, strawberi, bluberi, peanut butter, oreo crumb, karamel, kismis dan
badam. Harga bergantung kepada: 1.Kuantiti tempahan, 2. Packaging/box, 3.
Jenis & size .

Boleh dapatkan juga :
- Biskut batik – RM 30 (ukuran 1 loyang)
Cornflake Coklat Badam - RM27 ( 60 biji)
Biskut Makmor
- RM26 (50 biji)
Biskut Coklat Badam Rangup – RM29 (50 biji)

Tempahan untuk kraf felt juga diterima .Harga produk kraf felt bergantung
kepada harga pasaran. Harga
ditentukan mengikut saiz , bentuk dan
material yang digunakan. Boleh memilih design yang diingini dan kami akan
membuat mengikut permintaan pembeli. Antara hasil produk – produk dari felt :

~Dapatkan pelbagai produk makanan dari kami
iaitu :
1) Pau Goreng Frozen - RM4.00 (8 biji)
2) Karipap Frozen
- RM4.50 (10 biji)
3) Choc Chips Cookies - RM 3 / paket
- RM 26 sebalang
~Juga menerima tempahan makanan (tidak lebih
200 orang) harga boleh dirunding…..
Berminat?! …Segala pertanyaan dan pesanan boleh
hubungi : Hafiza (017-3143228) atau email :
binafsha_27@yahoo.com.my

1. Coin Purse, 2. Pensil case, 3. Signage Room, 4. Brooch, 5. Keychain, 6. Tissue Folder,
7. Pendrive Case, 8. Felt Patch/Felt T-Shirt, 9. HP Case / spectacle case, 11. Purse,
12. Pillow, 13. External hard Disk case dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call / sms
email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com
atau tempahan boleh call / sms di talian :

di talian : 012 – 6343413 atau

012 – 6343413 atau email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com

ADDEEN BIL.4 - M/S 12

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu
menjawab dengan pantas tanpa mengambil masa yang lama..
OK? ……Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya
diri anda..... Anda sudah bersedia? Sila lihat ke bawah…

Baiklah… Cuba jawab soalan bonus:

Soalan Pertama:

Seorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang
berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia
berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai. Akhirnya
dia
berjaya
membeli
berus
gigi
itu.

Anda menyertai satu perlumbaan.. Anda mengejar dan
memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang
ke berapa?

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada
pekedai itu hasratnya....?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah
tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua
sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati, dia hanya buta bukan bisu... Mudah sahaja..

Cuba jangan lihat ke atas semula untuk soalan seterusnya.
Sekarang jawab pula soalan kedua, tetapi jangan mengambil
masa yang terlalu lama seperti soalan pertama, OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di
tempat...? (lihat bawah)
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda
salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh
memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya..

Apa yang Anda Fikirkan..!!?
(Tujuh Keajaiban Dunia)
Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari
"Tujuh Keajaiban Dunia". Di awal pelajaran, mereka diminta
untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan
"Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa
yang tidak tepat dan bersesuaian, sebahagian daripada mereka
memperolehi senarai yang berikut :
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Soalan Ketiga:
Soalan bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil ataupun kalkulator. Cuba lah...
Ambil 1000 dan campur 40 .
Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 ... Campur lagi
1000 Campur lagi 20 ...
Campur lagi 1000 Campur lagi 10 ...
Berapakah jumlah semuanya?
Lihat bawah untuk jawapan…
Adakah
Jawapan

jawapan
sebenar

anda
5000
?
adalah
4100.

Jika anda tidak percaya ,sila gunakan mesin kira-kira..!!
Mungkin anda boleh menjawab soalan yang akhir ini dengan
betul…
Soalan Keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2.
Nena , 3. Nini, 4. Nani . Apakah nama anak gadisnya yang
terakhir?
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan..!!

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang
belum mengumpulkan kertas jawapannya. Jadi, pensyarah
bertanya kepadanya apakah dia mempunyai masalah dalam
menyiapkan senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat
memilih kerana sangat banyak."
Kemudian pensyarah itu berkata, "Baiklah , katakan kepada
kami apa yang kamu telah senaraikan dan mungkin kami
dapat membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir…
"Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,
1) Dapat melihat;
2) Dapat mendengar;
3) Dapat menyentuh;
4) Dapat menyayangi;
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan kata-katanya
lagi…
5) Dapat merasakan sesuatu;
6) Dapat tertawa;
7) Dan Dapat menyintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.
Apa yang anda fikirkan…???!!!
Mungkinkah anda ada senarai pilihan yang lain atau anda
bersetuju dengan senarai jawapan yang dikemukakan oleh
pelajar tersebut??!!...
Anda boleh menghantar maklumbalas atau memberi ulasan
ke email kami di : pusat_islam@unisel.edu.my

ADDEEN BIL.4 - M/S 13

Seorang guru sufi datang kepada
seorang muridnya yang kelihatan murung
sejak akhir-akhir ini.

"Kenapa kamu selalu murung, nak?
Bukankah banyak hal yang indah di dunia
ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " si Guru bertanya.
"Guru..sejak akhir-akhir ini hidup saya
penuh masalah. Terlalu sukar bagi saya
untuk tersenyum. Masalah datang seperti
tidak ada penghujungnya," jawab si
murid.
Si Guru tersenyum mendengar penjelasan
si murid . "Nak, ambil segelas air dan dua
genggam garam. Bawalah ke mari. Biar
saya perbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun bergerak perlahan
tanpa semangat. Dia melaksanakan
permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi
membawa gelas dan garam
sebagaimana yang diminta.

Si murid menangkupkan kedua
tangannya, mengambil air danau dan
membawanya ke mulutnya lalu
meneguknya. Ketika air danau yang
dingin dan segar mengalir di
kerongkongnya, Si Guru bertanya
kepadanya,
"Bagaimana rasanya?"
"Segar, cukup segar sekali," kata si murid
sambil mengelap bibirnya dengan telapak
tangannya.

Tentu saja, danau ini berasal dari
aliran sumber air di atas sana. Dan
airnya mengalir menjadi sungai kecil di
bawah. Dan sudah pasti, air danau ini
juga menghilangkan rasa masin yang
tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kamu
tebarkan tadi?"
"Tidak sama sekali," kata si murid sambil
mengambil air dan meminumnya lagi.

"Cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu," kata Si
Guru. "Setelah itu cuba kamu minum
airnya sedikit."

Si Guru hanya tersenyum
memerhatikannya, membiarkan muridnya
itu meminum air danau sampai puas.

Si murid pun melakukannya. Wajahnya
kini terkejut kerana meminum air yang
masin.

“Nak, kata Sang Guru setelah muridnya
selesai minum.

"Bagaimana rasanya?" tanya Si Guru.
"Masin dan perut saya menjadi mual,"
jawab si murid dengan
wajah yang
masih terkejut.

Si Guru tergelak melihat wajah
muridnya itu, "Sekarang kamu ikut saya."
Si Guru membawa muridnya ke danau
yang berhampiran di tempat mereka.

"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan
ke danau."

Si murid menebarkan segenggam
garam yang tersisa ke danau, tanpa
bicara. Rasa masin di mulutnya masih
belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa
masin dari mulutnya, tapi tidak dilakukannya. Rasanya
tidak sopan meludah
di hadapan mursyid, itu yang
difikirkannya.

"Sekarang, cuba kamu ambil sedikit air
danau itu dan minum airnya" kata Si
Guru sambil mencari batu yang cukup
datar untuk didudukinya, berada di pinggir danau.

"Segala masalah dalam hidup itu
seperti segenggam garam. Tidak
kurang, tidak lebih. Hanya
segenggam garam. Banyaknya
masalah dan penderitaan yang
harus kamu alami sepanjang kehidupanmu itu sudah ditentukan
oleh Allah, sesuai untuk dirimu.
Jumlahnya tetap, tidak berkurang
dan tidak bertambah. Setiap
manusia yang lahir ke dunia ini
pun demikian. Tidak ada satu pun
manusia, walaupun dia seorang
Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada
besarnya
'qalbu'(hati)
yang
menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak
merasa menderita, berhentilah jadi
gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu
menjadi sebesar danau."

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF

PERJUANGAN
KESABARAN…

MENUNTUT

Hidup adalah perjuangan, anda
akan menempuhi berbagai halangan,
rintangan dan ujian, untuk menguji
sejauhmana tahap keimanan diri. Dalam
perjuangan memerlukan kesabaran.
“ Barangsiapa yang diuji lalu bersabar,
diberi lalu bersyukur,dizalimi lalu
memaafkan dan menzalimi lalu
beristighfar,m aka bagi m ereka
keselamatan dan mereka tergolong
dalam orang-orang yang memperolehi
hidayah”.
(HR al-Baihaqi)
Sebagaimana kisah yang telah kita
baca di atas, setiap masalah pasti ada jalan
keluarnya, kesucian hati adalah
penentunya. Islam amat mementingkan
persoalan hati kerana hatilah penentu
buruk baik sesuatu perkara. Kita dapat
memahami bahawa kesabaran, kejayaan
dan kebahagiaan seseorang individu itu
berkait rapat dengan kekuatan jiwa atau
kalbu. Jiwa yang diumpamakan seperti
gelas atau pun seperti danau. Oleh yang
demikian apa ingin disampaikan adalah
berkisar “HATI” dan kesan-kesannya
dalam kehidupan individu…
Sabar itu datangnya dari hati dan
keimanan seseorang yang membuahkan
sifat redha, tenang, teguh dan yakin. Sabar
itu terlalu sukar dan amat berat. Sabar itu
masalah hati, dengan solat kita dapat
memperbaharui hati dan dapat terus
berhubung dengan Allah meningkatkan
kembali kesabaran kita dan meneguhkan
keimanan. Sikap inilah yang akan
melahirkan kekuatan jiwa, tidak kecewa,
sedih, putus asa dan lain-lain. Yakin
dengan takdir Allah juga akan menjadi
sumber kekuatan luarbiasa di mana dia
terus berusaha, menggilap potensi yang
ada dan bekerja keras.
Orang inilah yang memiliki nilai
diri yang amat tinggi. Musibah yang
datang dihadapi dengan tenang kerana
yang terjadi dengan kehendak-Nya jua.
Ti a d a k e r a gu a n k e r a n a t e l a h
berusaha,Allah jua yang menentukan.
Tiada penyesalan tentang masa lalu, dia
meyakini dengan masa kini yang ditempuhi dan berani menghadapi hari esok.
“La haula wala Quwwata illa biLLah”.
Tiada daya upaya dan tiada
kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah. Kekuatan itu dari Allah, dan Dia
yang memberikan kekuatan pada diri kita.

ADDEEN BIL.4 - M/S 14

KEKUATAN HATI (QALBU) …
Sebagaimana pesan Si Guru kepada
muridnya dalam kisah di atas bahawa
sebesar mana pun masalah yang dihadapi
semuanya bergantung pada kekuatan hati.
Jadikan jiwa sebesar danau…

KEKUATAN
HATI,
JIWA
MEMBUAHKAN KESABARAN.
Kekuatan,kebahagian dan kejayaan
manusia bukan diukur melalui fizikal dan
kelengkapan material semata, akan tetapi
ianya terbina daripada gabungan antara
kemampuan fizikal (jasad) dan kemantapan
spiritual (roh). Kesepaduan dan
keseimbangan antara kehebatan jasmani dan
rohani akan meninggikan nilai martabat dan
harga diri seseorang itu. Imam Ghazali di
dalam kitabnya Ihya‟ „Ulumuddin menjelaskan bahawa aspek roh di dalam diri manusia
itu merangkumi istilah al-qalb (kalbu),
al-nafs (jiwa) dan al-`aql (akal fikiran).
Al-Ghazali menggunakan keempatempat istilah iaitu roh, kalbu, jiwa dan akal
bersifat rohaniah yang terdapat di dalam diri
manusia dan merupakan jati diri , intipati
atau hakikat sejati diri manusia. Menurut
al-Ghazali lagi, aspek kerohanian yang
istimewa inilah yang menyebabkan manusia
dilantik seb agai khali fa h untuk
melaksanakan syariat Allah di atas muka
bumi ini.
Unsur rohaniah inilah yang menghidupkan jasad manusia, juga berfungsi
memberikan ciri kehebatan serta keunggulan
manusia. Dalam jasad manusia ada sebentuk
hati yang menentukan peribadi kita. Seperti
mafhum hadis Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu
ada seketul daging, bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya, dan bila
jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota
tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah Qalbu
(hati).”( HR Bukhari Muslim). Qalbu itu
sendiri bermaksud berubah-ubah. Begitulah
sifat qalbu,kadang-kadang rasa benci,putus
asa, dendam. Kadang-kadang rasa
kasih,sabar, pemaaf. Semua yang berlaku
berkaitan dengan iman yang boleh bertambah dan boleh berkurang. Sekiranya hati kita
bersih, maka baik lah perilaku, jika kotor
hati kita maka buruklah perangai kita.
Ada 3 peringkat hati seseorang manusia :
1. Hati paling rendah – yang mempunyai
nafs al-amarah iaitu mempunyai
kecenderungan memuaskan syahwat, mudah
marah, tamak haloba, sombong, bongkak,
suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah
kecewa sehingga menyalahkan Allah kerana
terbeban dengan masalah yang dihadapi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan aku tidak melepaskan hawa
nafsunya, kerana nafsu itu menyuruh
berbuat kejahatan kecuali siapa yang
disayangi Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Surah Yusuf : ayat 53)

2. Nafs al-Lawwamah – iaitu nafsu dari hati
yang menasihati diri akan kefanaan dunia.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Aku
bersumpah dengan hari kiamat dan aku
bersumpah dengan jiwa al-lawwamah iaitu
yang amat menyesali dirinya.” (Surah
al-Qiamah : 1-2). Hati ini jika sentiasa
digilap dengan tasbih, istighfar dan zikrullah
lama-kelamaan akan mencapai tahap “nafs al
-mutmainnah”
3. Nafs al-Mutmainah – iaitu hati yang
tenang damai. Firman Allah dalam surah
al-Fajr : ayat 27-30 mafhumnya : “ Wahai
(nafs) jiwa yang tenang(suci), kembalilah
kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang
redha dan diredhai (Tuhan). Maka
termasuklah kamu dalam golongan hamba
-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam
Syurga.”
Hati yang mempunyai “nafs
al-mutmainnah” sentiasa tenang menghadapi
ujian kerana merindukan kesenangan di
akhirat. Orang yang memiliki hati ini yakin
dengan janji Allah, tenang ketika
menghadapi masalah. Sebagaimana dalam
surah Insyirah ayat 5-6 : “Sesungguhnya di
samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan”.
Di mana setiap kali diuji, mereka
teringat janji-janji Allah berdasarkan hadis
Qudsi (Riwayat Bukhari) yang bermaksud :
“Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku
yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, tidak
pernah dirasakan oleh hati”.

MEMBERSIHKAN HATI…
Kekuatan hati atau jiwa datangnya
dari iman yang teguh. Manakala iman yang
teguh itu datangnya dari hati yang bersih.
Dengan hati yang bersih menjadikan
seseorang itu bersifat redha, tenang, bersyukur dan yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana untuk menyucikan kekotoran dan karat
yang ada dalam hati kita?

Rasulullah SAW mengingatkan kita
dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah
R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya orang mukmin apabila
melakukan suatu dosa terbentuklah bintik
hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosadosanya dan beristighfar, maka bersihlah
daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila
dia terus melakukan dosa, bertambahlah
bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang
disebut Allah di dalam Kitab-Nya:
“ Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya
apa yang mereka usahakan telah menutup
hati mereka”.( Surah al-Mutaffifin :14).
(Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Imam al-Ghazali pernah berkata,
bahawa hati(qalbu) itu ibarat cermin. Ketika
seseorang itu melakukan dosa atau maksiat,
maka ada satu titik menodai hatinya.
Semakin banyak dosa, semakin banyak titik

itumenutupi hatinya. Jika sudah tertutup
dengan banyak bintik hitam, hati yang ibarat
cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin,oleh yang demikian kepekaan
hatinya akan lenyap daripada dirinya. Maka
dia tidak lagi mampu mengenali dosa,
semakin jauh tersesat, berterusan melakukan
dosa-dosa besar dan menjadikan dia jauh
dari rahmat Allah…
Adapun hati itu ada 3 jenis keadaan,
iaitu :
1. Hati yang bersih; akan merasa resah
gelisah dan bersalah bahawa dia sudah
melakukan dosa. Mudah sensitif dengan
gerak geri laku perbuatannya.
2. Hati yang sakit; tidak akan merasa
sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang
dilakukan. Walaupun masih sedar berbuat
salah tetapi menangguhkan taubat dan
istighfar.
3. Hati yang mati; hati yang gelap dan hitam
diselebungi dosa, terus tersesat dengan
melakukan dosa berterusan , halal dan
haram tiada bezanya.
Yang manakah gambaran hati kita yang
sebenarnya???

Rasulullah SAW menganjurkan kita
memperbaharui iman bertujuan untuk
menyucikan hati, mengikat qalbu(hati)
manusia kepada Allah kerana setiap dari kita
sering melakukan kesalahan samada disedari
atau tidak. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : “Perbaharuilah iman kamu,
Baginda ditanya : “Bagaimana kami boleh
memperbaharui iman kami,Beliau
menjawab : “Perbanyaklah mengucapkan
kalimat “Laa Ilaha IllaLLah.” (Riwayat
Ahmad dan Al-Hakim)

Melalui solat, istighfar,doa dan zikrullah,membaca al-Quran, memelihara perintahNya dengan sebaiknya, maka hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan Allah SWT serta mendapat
pertolongan dari-Nya. Ini telah dijelaskan
melalui maksud Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau
kamu membela (agama) Allah nescaya
Allah membela kamu (untuk mencapai
kemenangan) dan meneguhkan tapak
pendirian kamu.” (Surah Muhammad : 7)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan (mengerjakan)
solat.”(Surah al-Baqarah:45)
Semoga kita memperolehi kekuatan
jiwa dengan membersihkan hati dan
menjaganya selalu. Sedetik kita mahu
kembali ke pangkuan Allah, Allah akan
sambut kita dengan kasih sayang-Nya…
Wallahu A‟alam…………………….

ADDEEN BIL.4 - M/S 15

Oleh : http://al-muwahhidun.blogspot.com

K

ami persembahkan nasihat
ini untuk saudara-saudara kami
khususnya para pemuda dan remaja
muslim. Mudah-mudahan nasihat ini
dapat membuka mata hati mereka
sehingga mereka lebih tahu tentang
siapa diri mereka sebenarnya, apa
kewajiban yang harus mereka tunaikan sebagai seorang muslim, agar
mereka merasa bahawa masa muda
ini tidak selayaknya untuk diisi
dengan perkara yang boleh melalaikan mereka dari mengingati Allah
S.W.T sebagai penciptanya, agar
mereka
tidak
terus-menerus
bergelimang ke dalam kehidupan
dunia yang fana dan lupa akan negeri
akhirat yang kekal abadi.
Wahai para pemuda muslim,
tidakkah
kamu
menginginkan
kehidupan yang bahagia selamanya?
Tidakkah kamu menginginkan jannah
(syurga) Allah subhanahu wata‟ala
yang luasnya seluas langit dan bumi?
Ketahuilah,
syurga
Allah
S.W.T itu diperolehi dengan usaha
yang sungguh-sungguh dalam beramal. Syurga itu disediakan untuk
orang-orang yang bertaqwa yang
mereka tahu bahawa hidup di dunia
ini hanyalah sementara, mereka
merasa
bahawa
gemerlapnya
kehidupan dunia ini akan menipu
umat manusia dan menyeret mereka
kepada kehidupan yang sengsara di
negeri akhirat selamanya. Allah
S.W.T berfirman:

‫َو َما ا ْل َحيَا ُة ال ُّد ْنيَا إ ِ اَّل َم َتا ُع‬
ِ ‫ا ْل ُغرُور‬
“Kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah kesenangan yang
menipu.” (Ali „Imran: 185)

ُ ‫َو َما َخ َل ْق‬
‫س إ ِ اَّل‬
َ ‫اْل ْن‬
ِ ْ ‫ت ا ْل ِج ان َو‬
‫لِي َ ْعبُ ُدو ِن‬
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan
manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat:
56)
Beribadah
kepada
S.W.T dengan menjalankan
perintah-Nya dan menjauhi
larangan-Nya. Itulah tugas
yang harus dijalankan oleh
hamba Allah.

Allah
segala
semua
utama
setiap

Dalam beribadah, kita dituntut
untuk ikhlas dalam menjalankannya,
iaitu dengan beribadah semata-mata
hanya mengharapkan redha dan
pahala dari S.W.T. Jangan beribadah
kerana terpaksa, atau kerana pengaruh
terhadap orang-orang di sekitar kita.
Apalagi beribadah dalam rangka agar
dikatakan bahawa kita adalah
orang-orang yang alim, kita adalah
orang-orang soleh atau berbagai
bentuk pujian dan sanjungan yang
lain.
Umurmu Tidak Akan Lama Lagi

Untuk Apa Kita Hidup di Dunia?

Wahai para pemuda, ketahuilah, sungguh Allah subhanahu wata‟ala telah menciptakan kita bukan
tanpa ada tujuan. Bukan pula memberikan kita kesempatan untuk
bersenang-senang sahaja, tetapi untuk
meraih sebuah tujuan mulia. Allah
S.W.T berfirman :

Wahai para pemuda, jangan
sekali-kali terlintas di benakmu:
"beribadah nanti saja kalau sudah tua,
atau selagi masih muda, gunakan untuk foya-foya." Ketahuilah, itu semua
merupakan rayuan syaitan yang mengajak kita untuk menjadi teman
mereka di Neraka.

Ibadah yang Benar Dibangun di
atas Ilmu
Wahai para pemuda, setelah
kamu mengetahui bahawa tugas
utama kamu hidup di dunia ini adalah
untuk beribadah kepada Allah S.W.T
semata, maka sekarang ketahuilah
bahawa Allah S.W.T hanya menerima
amalan ibadah yang dikerjakan dengan benar. Untuk itulah wajib bagi
kamu untuk belajar dan menuntut
ilmu agama, mengenal Allah S.W.T,
mengenal Rasul-Nya shallallahu
„alaihi wasallam, dan mengenal
agama Islam ini, mengenal mana
yang halal dan mana yang haram,
mana yang haq (benar) dan mana
yang batil (salah), serta mana yang
sunnah dan mana yang bid‟ah.
Dengan ilmu agama, kamu
akan terbimbing dalam beribadah
kepada Allah subhanahu wata‟ala,
sehingga ibadah yang kamu lakukan
benar-benar diterima di sisi Allah
subhanahu wata‟ala. Betapa banyak
orang yang beramal kebajikan tetapi
ternyata amalannya tidak diterima di
sisi Allah subhanahu wata‟ala, kerana
amalannya tidak ditegakkan di atas
ilmu agama yang benar.
Ketahuilah, menuntut ilmu
agama merupakan kewajiban bagi
setiap muslim, maka barangsiapa
yang meninggalkannya dia akan
mendapatkan dosa, dan setiap dosa
pasti akan menyebabkan kecelakaan
bagi pelakunya...Wallahu ta‘ala

a’lam bishshowab…..

ADDEEN BIL.4 - M/S 16

Oleh : TUAN HJ.MOKHTAR BIN
HJ. RIDZWAN

Jati diri atau huwiyah iaitu ciri-ciri yang

Nilai Kemanusiaan untuk memberi kesedaran dan kepekaan terhadap maruah, kehormatan dan harga
diri . Manusia adalah khalifah
Allah di muka bumi dan generasi
muda perlu diselamatkan dari gejala dehumanisasi (penghakisan
nilai-nilai kemanusiaan). Gejala
Dehumanisasi adalah hilang rasa
keperihatinan dengan bermacam
gejala yang tidak siha dan perkara
mungkar yang berlaku.

Nilai Akhlak Mulia adalah teras
pembentukan insan kamil dan
ianya menjadi Sunnah Nabi yang
diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak mulia umatnya. Generasi
hari ini seolah-olah telah kehilangan teladan dan idealism iaitu
meneriama kebobrokan dan kebejatan sebagai hal yang normal.

membezakan nya dari yang lain. Dalam
konteks melayu, yang membezakannya
dari lain-lain termasuklah agamanya, bahasanya dan budayanya,akan hilang jati
diri melayu apabila tidak lagi beragama
Islam, tidak lagi berbahasa melayu dan
tidak lagi menghayati nilai-nilai budaya
melayu.

Peranan Nilai dalam
Konteks Jati Diri


Nilai Agama sebagai sumber kekuatan, sumber nilai dan teras jati
diri dalam membentuk “khaira
ummah” ( Umat Terunggul) dan
menjadikan al-Quran & as-Sunnah
sebagai sumber nilai sesuai dengan
implikasi dan tuntutan tauhid.

Nilai Ilmu: Islam menerapkan
nilai ilmu dalam budayanya dan
seterusnya memulakan tradisi
keintelektualannya dalam mengangkat martabat orang-orang
berilmu, beriman dan bertaqwa
kepada Allah.

Nilai Keadilan iaitu dalam erti
ketepatan dan keseimbangan, meletakkan sesuatu pada tempatnya,
memberikan hak kepada yang
berhak adalah nilai teras yang
selari dengan ajaran al-Quran.
Firman Allah dalam surah anNahl ayat 90 bermaksud : “ Sesungguhnya Allah memerintahkan
kamu bersikap adil, ihsan, membiayai kerabat, juga melarang
kejahatan , kemungkaran, dan
kedurhakaan, dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat
mengambil pengajaran”.

Nilai Persaudaraan: Persaudaraan
dalam bahasa arab disebut
“ukhuwwah” semangat kekeluargaan berasaskan kesatuan aqidah
(iman) adalah nikmat yang tidak
ternilai.

Jati diri perlu diperkasakan bagi
melahirkan insan yang Rabbani,
yang kuat aqidahnya, kuat amal
ibadahnya, dengan kualiti
taqwanya, dapat
menghadapi ujian besar dan
cabaran yang mendatang.

ADDEEN BIL.4 - M/S 17

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

Barangsiapa

diberi

petunjuk Allah SWT, maka tidak ada
satu pun kekuatan yang dapat menyesatkannya. Dan Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah SWT, maka tidak ada
kekuatan pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Allah Azza wa Jalla telah
memuliakan kita semua dengan
Al-Qur‟an yang berisi khabar umat-umat
sebelumnya ataupun sesudahnya dan
memberi keputusan di antara mereka. Al
-Qur‟an adalah pemisah antara yang haq
dan yang batil. Tidaklah seorang yang
sombong meninggalkannya kecuali
Allah swt mematahkannya.

Barangsiapa mencari petunjuk
selain Al-Qur‟An, maka Allah swt
menyesatkannya. Al-Qur‟an adalah tali
Allah yang teguh dan zikir yang
bijaksana serta jalan yang lurus. Allah
SWT telah memerintahkan kita untuk
membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir memperingati-Nya. Penjelasan
tentang kelebihan dan keutamaannya
terdapat dalam banyak ayat Al-Qur'an
dan hadith-hadith Rasulullah SAW.
~ Diantaranya firman Allah swt yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Al Quran ini
memberikan petunjuk kepada (jalan)
yang lebih lurus dan memberi khabar
gembira kepada orang-orang mukmin
yang mengerjakan amal soleh bahawa
bagi mereka ada pahala yang
besar.”(Surah Al-Isra’ : 9)
“Dan kami turunkan dari Al Quran
suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan Al Quran itu tidaklah menambah
kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian.” (Surah Al-Israk : 82)

~ Adapun diantara dalil-dalil dari
hadis-hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang
belajar Al-Qur‟an dan
mengajarkannya.”(HR al-Bukhari)
“Orang yang membaca satu huruf dari
Kitabullah maka baginya satu kebaikan
dan setiap kebaikan setara dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan
alif laam miim satu huruf akan tetapi
alif satu huruf, laam satu huruf dan
miim satu huruf.”(Hadis Riwayat
Tirmidzi)

~ Di antara ayat-ayat Al-Quran yang
menyebutkan tentang keutamaan zikir
adalah sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
"Dan Sesungguhnya mengingat Allah
lebih besar pahalanya dari ibadah yang
lain." (Al-Ankabut : 45).
"Oleh kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku ingat (pula) kepadamu."
( A l - B a q a r a h
:
1 5 2 ) .
~ Manakala Hadith - hadith yang
menerangkan kelebihan zikir ini terlalu
banyak di antaranya adalah seperti
berikut:
“Tiadalah duduk sesuatu kaum
(kumpulan) itu di dalam suatu majlis
yang mana ada zikrullah (mengingati
Allah) di dalamnya melainkan (disebut)
akan para Malaikat mengelilingi dan
rahmat meliputi mereka, dan mengingati
mereka termasuk orang (yang dekat)
disisi-Nya”. (HR. Muslim)
“Orang yang mengingati Allah di antara
orang-orang yang lalai adalah seperti
orang yang hidup di antara orangorang yang telah mati”.(HR Ahmad)

“Amalan-amalan baik yang kekal
adalah ucapan, La ilaha illallahu,
Subhhanallahi, Allahu akbar,
al-Hamdulillah, wa la quwwata illa
billahil aliyyil-„azim‟.Lalu beliau
bersabda ,„Seseorang yang
mengucapkan (ucapan di atas),
dosa-dosanya pasti diampuni , meskipun
dosa-dosanya seperti buih di laut”.
Seorang pembaca Al-Quran
sebaik-baiknya dalam keadaan
berwuduk dan hendaklah mengagungkan Allah di dalam hati ketika
membacanya seolah-olah sedang
berbicara dengan Allah SWT serta
memahami apa yang dibaca. Kerana di
dalam al-Quran tersimpan berbagai
rahsia dan keajaiban yang tidak
terhitung. Dan sesungguhnya zikir yang
bermanfaat adalah zikir yang meninggalkan kesan di dalam hati dan berasa
tenang. Perbanyakkanlah bertasbih,
bertahmid,berselawat ke atas nabi dan
beristighfar serta digalakkan membaca
al-Ma‟thurat.
Apa yang terjadi pada umat Islam
hari ini amat mend uk acitakan.
Kebanyakan mereka sibuk mengejar
urusan duniawi sehingga mengabaikan
keperluan ukhrawi. Sewajarnya kita
menyeimbangkan amalan seharian kita
iaitu wasatiah dalam kehidupan
(kehidupan di dunia untuk bekalan ke
akhirat dan sebagai jambatan ke
Syurga).
Khalifah Umar pernah
menyatakan 3 tanggungjawab seorang
bapa terhadap anaknya iaitu:
1)me mberikan nama yang baik
2)mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya
Adakah anda tidak malu tergagap
-gagap untuk membaca Al-Quran di
hadapan bapa mertua kita kelak dan
mungkin saja al-Fatihah pun kita masih
tidak mampu untuk membacanya
dengan lancar…Bagaimana sekiranya
anak-anak anda yang masih kecil yang
belajar mengaji dengan ustaz lebih
l a n c ar se b u ta n d a n b a c aa n n ya
berbanding anda? Mari kita renung kembali…

Apa yang harus anda lakukan???
ADDEEN BIL.4 - M/S 18

KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Di sini ingin dikongsikan
bersama antara keistimewaan al-Quran
supaya kita dapat memperbaiki amalan
dan istiqamah membaca al-Quran dan
memahami isi kandungannya serta
mengamalkannya :

Al-Quran merupakan cahaya
yang menerangi akal, jiwa dan
hati manusia serta panduan
kepada sistem kehidupan
manusia. Ia menjawab persoalan
yang sentiasa terpahat dalam
pemikiran manusia mengenai
dirinya sendiri sejak sekian lama
iaitu dari mana ia datang, apakah
tujuan hidup dan ke mana ia akan
pergi. Kenapa kehidupan ini
adanya hidup dan mati. Al-Quran
menjawab kesemua persoalan
tersebut.

Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada
kamu cahaya daripada Allah dan kitab
yang menerangkan. Dengan kitab itulah
Allah memimpin orang-orang yang
mengikuti keredaan-Nya ke jalan
keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

K e i s t i m e w a a n
al-Quran sebagai kitab yang
l e n g k a p , s e mp u r n a, t id a k
mengandungi sebarang kecacatan
dan adil . Sebagaimana keadilan
Allah kepada hamba-hambanya
tanpa mengira pangkat,
keturunan, warna kulit, lelaki
ataupun wanita.
Al-Quran
menerangkan serta meletakkan
asas-asas umum yang diperlukan
oleh manusia.

Firman Allah, maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepadamu
al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan
sesuatu dan petunjuk serta rahmat
dan khabar gembira bagi orang-orang
yang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl: Ayat 89)

Al-Quran merupakan kitab yang
mudah dan senang diingat.
Firman Allah, maksudnya:
"Dan sesungguhnya Kami
memudahkan al-Quran untuk diingati,
maka adakah orang mahu
mengambil pelajaran."
(Al-Qamar: Ayat 17)

Ramai di kalangan umat Islam
hari ini yang “Buta al-Quran” bukan
sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi
maksud buta al-Quran yang kita alami
kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan
yang berteraskan al -Quran dan
al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan
segala dimensi-dimensi ilmu yang ada
pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak.
Oleh itu, kaum Muslimin perlu
menjadikan al-Quran sebagai sumber
rujukan ilmu pengetahuan yang tepat
tentang pandangannya terhadap insan,
kehidupan dan kewujudan manusia serta
pandangannya yang sesuai dengan
kehidupan sosial manusia dan fitrah
semulajadi manusia yang
diciptakanNya.
Pengabaian perkara ini yang
mengakibatkan gersangnya pemikiran
dan perspektif al-Quran dalam realiti
kehidupan kita. Lalu ramai yang
memilih jalan yang songsang dan
mengamalkan pemikiran barat sebagai
jalan kehidupan yang diyakini mampu
memberi kebahagiaan.

Sebenarnya objektif al-Quran
adalah untuk membentuk manusia. Oleh
yang demikian, tuntutan al-Quran
ialah menyuruh manusia berfikir,
memahami, membuat penelitian serta
mengetahui tujuan dan sebab sesuatu
perkara yang berlaku dan dijadikan.
Firman Allah, maksudnya: "Dan
sesungguhnya kamu mengetahui
kebenaran berita al-Quran setelah
beberapa waktu."
(Sad: Ayat 38)
Melalui pemahaman isi kandungan al-Quran, kita lebih mengenali dan
mendekati Allah, sesama manusia dan
alam. Di mana sepatutnya umat Islam
bukan sahaja membaca semata-mata
t e t a p i
j u g a
h e n d a k lah „tadabbur‟ (memerhati, memikir dan
menghayati) dan melaksanakan perintah
yang terkandung dalam ayat-ayat alQuran dan kemudian baru berpindah ke
ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya
dalam jiwa mereka. Pernah Saidina
Umar bin Abdul Aziz mengulangi
ayat22-24 surah al-Saffat sepanjang
malam sehingga waktu subuh sambil
menangis kerana terkenang
jikalau dia termasuk antara orang yang
dihumban ke dalam api neraka akibat
melakukan kezaliman di atas dunia ini.
Al-Quran diturunkan untuk
diamalkan, bukan diturunkan untuk
menghias dinding-dinding rumah, bukan
diturunkan untuk dibaca kepada
orang-orang mati tetapi diturunkan
untuk menjadi panduan bagi orang yang
hidup. Al-Quran diturunkan untuk
mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada cahaya Ilahi.

Firman Allah, maksudnya:
"Ini adalah sebuah kitab yang
kami turunkan kepadamu penuh
dengan barakah supaya mereka
memerhatikan ayat-ayatnya dan
supaya mendapat pelajaran
orang-orang yang mempunyai
fikiran."
(Sad: Ayat 29)
Bagaimana kita hendak mendapatkan
keberkatan daripada Kitab al-Quran
sekiranya tidak mengamalkan suruhan
dan petunjuk yang terkandung di dalam
al-Quran?

Tepuk dada tanyalah iman…
ADDEEN BIL.4 - M/S 19

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

1. Apabila isteri atau suami
marah-marah :
ْ ‫اَللّ ُهـــ َّم َر َّب ُم َحـ َّم ٍد‬
‫ِب‬
ْ ‫اغـف ِْـرلــــــ ًِْ َوأَ ْذه‬
ًْ ‫َغـــــ ٌْ َظ َقــ ْل ِب‬
ِ ‫ــرن ًِْ ُمضِ ال‬
‫ت ا ْلـفِــــــتــــَ ِن‬
ْ ‫ج‬
ِ َ‫َوأ‬

5. Doa Pengasih (Buat Suami)
‫اَلــلّ ُهــ َّم َحــ ِّب ْب َعـــ ْب َد َك هَــ َذا‬
َ‫لى عِــ َبا ِد َك ا ْلــ ُم ْؤمِــنِــٌْـن‬
َ ِ‫إ‬
Hadis Riwayat Muslim yang
bermaksud : “ Ya Allah,
jadikanlah hamba-Mu ini
menyintai orang yang
beriman dan jadikanlah
orang
yang
beriman
menyintaiku”.

Maksudnya :
Ya A l l a h , T u h a n b a g i N a b i
Muhammad! Ampunkanlah segala
dosaku, hilangkanlah kemarahan
hatiku dan lindungilah aku dari
fitnah yang menyesatkan.
6.
2. Doa anak untuk ibubapanya :
ْ ‫اَللّ ُهــ َّم‬
‫مــ ُه َما‬
ْ ‫َي َو‬
َّ ‫ِـــــوالِــــد‬
َ ‫اغـــف ِْرلــــ ًِْ َول‬
ْ َ‫ارحــ‬
‫ـــــرا‬
‫كـــَـ َما َر َّبــــٌـــــَان‬
ً ٌْ ‫صغِـــــ‬
َ ً‫ِــــــ‬
ْ
Maksudnya :
Ya Allah, ampunilah dosa kedua
ibu bapaku dan rahmatilah mereka
berdua
sebagaimana
mereka
pernah memeliharaku sewaktu aku
masih kecil.
3. Doa dan penawar agar dapat
menjauhi maksiat .
Surah al-Mukmin ayat : 3
yang bermaksud :
“ Ya Allah yang mengampunkan dosa,Yang menerima taubat, Yang berat
azab-Nya, Yang melimpahlimpah kurniaNya; tiada
Tuhan melainkan Dia”.
-

Amalkan doa selepas solat
dan sebelum tidur.

4. Doa dipermudahkan urusan
‫س ْهـــل َ إِالَّ َمــا جـَــ َعــ ْلــ َتـــ ُه‬
َ َ‫اَللّـــ ُهــ َّم ال‬
ً
، ‫ســ ْهــــال‬
َ
ً‫س ْهال‬
ْ ُ ‫ـــجــ َعــل ُ ا ْلــحــ‬
َ َ‫ــزنَ إِذا شِ ْئــت‬
ْ ‫َوأَ ْنتَ َت‬
Hadis Riwayat Ibnu Hibban
No. 2427 yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang
Engkau jadikan mudah dan
perkara yang susah boleh
Engkau jadikan mudah,
apabila Engkau mengkehendaki”.

Tips Penting Bagi
Orang Berpuasa
Perkara-perkara Sunnah Ketika
Berpuasa

Segera berbuka ketika telah
masuk waktunya


Membaca doa berbuka

mendapatkan

Melambatkan makan sahur
(berhenti 10 minit sebelum
masuk waktu subuh)

Surah Ali Imran ayat 38 yang
bermaksud : “ Ya Tuhanku,
anugerahkanlah kepadaku
seorang anak yang baik di
sisiMu,
sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar
doa.

Mandi hadas besar sebelum
terbit fajar


Membanyakkan sedekah

Doa untuk
zuriat

Surah Al-Anbia’ ayat 89 yang
bermaksud : “ Ya Tuhanku!
Janganlah Engkau biarkan
daku seorang diri (tanpa
anak) dan Engkau sebaikbaik yang mewarisi.
7.

Selawat
Syifa
( P e n g u b a t a n /
Kesembuhan Penyakit)

Berbuka dengan mendahulu
kan buah kurma

Membanyakkan amalan
sunnah seperti membaca
al- Quran, berzikir, dan solatsolat sunnah seperti Tarawih
& lain-lain Iktikaf di dalam
masjid

Perkara- perkara yang Makruh
ketika Berpuasa



Berkumur-kumur berlebihan
Mencuba/ merasa makanan
Berbekam, bertanam cacar
atau bersuntik Bersiwak
(menggosok gigi selepas
tergelincir matahari)

Adab - adab Ketika Berpuasa

‫ب‬
ِّ ِ‫س ٌِّـدِنا َ ُم َحـ َّم ٍد ط‬
َ ‫لى‬
َ ‫الّـل ُه َّم صل ِّ َع‬
ْ
ِ
ِ ‫القُـــل ُ ْو‬
‫َان‬
‫د‬
‫بــ‬
‫األ‬
‫ة‬
ٌ
‫ـ‬
‫ـاف‬
‫ع‬
‫و‬
ِ
َ َ َ ‫ب َود ََوائِ َها‬
ِ ْ
ُ
‫ار َوضِ ٌَائِ َها‬
َ ‫َوشِ ــ َفائِـ َها َون ْـو ِر االب‬
ِ ‫ص‬
ِّ‫سلم‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬
َ ‫َو َعلَى آلِ ِه َو‬


Jangan banyak meludah

Maksudnya : “ Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi
perawat segala hatinya
dan ubatnya,yang menjadi
penawar semua badan dan
penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan(mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada
kaum keluarganya dan
para sahabatnya sekalian.”

Menjauhkan diri dari melihat
perkara yang sia-sia.

Elakkan dari mendengar
perkara yang haram

Jangan mengeluarkan
kata-kata yang lagha;
(mencarut, marah-marah,
memaki hamun dan
sebagainya)

Mengawal anggota dari
melakukan perbuatan maksiat

Jangan membuang waktu
dengan berbual kosong

jika berlaku perkara-perkaradi atas,
katakan “ Sesungguhnya saya/

kami berpuasa…”

ADDEEN BIL.4 - M/S 20

“ Cinta adalah tanggungjawab………..Perkahwinan
selalunya dimulakan oleh
cinta tetapi disempurnakan
dengan tanggungjawab.”
Cinta bukan kata-kata. Cinta
adalah tanggungjawab. Bila kita katakan
kepada seseorang, “Aku cinta padamu”,
samalah seperti kita berkata, “Aku ingin
bertanggungjawab ke atasmu”.Sebab itu
jangan percaya kalau ada orang berkata,
“Aku tidak punya apa-apa, aku tidak
punya kerja, aku tidak punya rupa, aku
tidak punya harta untuk mencintaimu.
Yang ada hanya rasa cinta yang mendalam.” Awas! Penuturnya besar kemungkinan seorang pembohong. Jika
benar dia cinta, dia mesti mencari segala
keperluan dan kelengkapan untuk bertanggungjawab ke atas kekasihnya.
Cita-cita cinta yang suci ialah
perkahwinan. Dua kekasih mengharapkan ikatan disahkan oleh agama dan adat
menerusi
perkahwinan.
Maka
berlangsunglah akad nikah, dengan
bersaksikan wali dan para saksi.
Termeterailah perjanjian dan berlakulah
perpindahan tanggungjawab daripada
seorang mertua kepada menantu. Kini
suamilah menjadi pembela, pelindung,
pemimpin yang bertanggungjawab atas
keperluan zahir dan batin isteri yang
baru dinikahinya.
Bayangkan betapa indahnya saat
pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredhaan Allah serta restu
ibu bapa dan masyarakat. Tidak
hairanlah kalau suasana bulan madu
akan lebih panjang malah akan terus
berkekalan sepanjang perkahwinan.
Dalam perlaksanaan rumah tangga Islam
sudah ada tip-tip tertentu yang jika
diamalkan akan mengekalkan lagi
suasana bulan madu itu. Antara tip itu
ialah isteri sentiasa mengekalkan
perasaan malu di hadapan suami, isteri
dan suami sentiasa berhias dan memakai
haruman,pandangan kasih oleh suami,
pandangan cinta oleh isteri,adab serta
seni-seni dalam hubungan intim suami
isteri, dan banyak lagi yang ditulis
dalam kitab-kitab hadis dan tulisan
ulama silam. Dan dalam ruang yang
begitu luas inilah cinta sebagai tindakan
atau perbuatan (Love is a verb) itu benar
-benar menjadi kenyataan.
Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah? Mungkin ramai yang
akan menjawab, “Ya,memang benar.”
Walaupun tidak disuarakan, tapi ramai
yang mengiyakan secara diam-diam.
Jika demikian realitinya, perkahwinan
memang sesuatu yang merugikan.
Untuk apa berkahwin jika ia

akan mengakhiri dunia romantik serba
indah alam percintaan? Cuba kita
renungkan…hakikatnya cinta sebelum
perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan „lesen‟ seperti cinta selepas
perkahwinan. Ruangnya begitu terhad
untuk melahirkan dan membuktikan
kecintaan. Ini kerana Allah melarang
zina malah perbuatan yang boleh
menghampirinya.
Bergaul
bebas,
berkhalwat, memandang dengan nafsu,
bersenda gurau dan sebagainya adalah
dilarang.
Walhal
cinta
sebelum
perkahwinan sangat terdedah kepada
perbuatan menghampiri zina samada
secara lisan atau perbuatan,disengajakan
atau tidak. Ketika itulah cinta mula
dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan
kasih sayang) sudah bertukar menjadi
kehendak biologi (seks) semata-mata.
Masa bercinta mungkin warna
sebenar (true colours) pasangan kita
tidak Nampak ketara. Dia rela mengikut
selera, minat dan jalan hidup kita atau
kita juga rela mengikutnya. Tetapi
setelah berumahtangga, semakin ketara
kelemahan
dan
kekurangannya.
Bagaimana hendak mengekalkan cinta?
Apakah umpama bulan yang dipuja dari
kejauhan tetapi botak dan berlopak di
mata angkasawan?
Kata bijak pandai, sesuatu akan
berakhir mengikut bagaimana ia
bermula.
Mukadimah(permulaan)
banyak menentukan natijah(hasil).Untuk
mengekalkan rasa cinta sampai ke
hujung (hujungnya di syurga), ia mesti
diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan yang dimulakan dengan percintaan,
tetapi disempurnakan dengan tanggungjaiwab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta
yang didasarkan oleh tanggungjawab.
Sebab itu ramai ahli psikologi
mendefinisikan cinta sebagai „rasa ingin
bertanggungjawab kepada seseorang!‟

Jika tidak, itu menunjukkan
cinta kita sudah tersasar. Sekali-sekala
terjadi di dalam rumahtangga iaitu
pertembungan kehendak Allah dengan
kehendak suami atau isteri, yang mana
satu didahulukan? Jika didahulukan
kehendak pasangan, sah itu petanda
cinta telah tersasar. Hakikatnya inilah
yang banyak berlaku dalam alam rumah
tangga kini. Dan inilah punca ramai
pasangan suami dan isteri berpisah
sekalipun di kalangan pasangan yang
saling cinta – mencintai. Berpisah bukan
kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta
mereka telah meminggirkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta
Allah adalah rendah mutunya dan tidak
tahan diuji. Cinta hanya semata-mata
berasaskan fitrah, adalah cinta kelas
bawah. Cinta jenis ini dikurniakan
secara semulajadi (fitrah) oleh Allah
kepada semua manusia, yang Islam dan
bukan Islam, malah binatang pun
mendapatnya. Sebaliknya cinta yang
disandarkan kepada Allah mampu
mengekalkan cinta
malah boleh
menambah
rasa
cinta
walaupun
perubahan fizikal. Justeru tapak cinta itu
di hati bukan di mata.

Tegasnya, cinta yang berdasarkan fitrah semata-mata akan runtuh
dipukul badai alam rumah tangga.
Ketika itu perkahwinan akan menjadi
pusara percintaan. Sebaliknya cinta yang
dibina atas dasar cinta Allah akan
menjadikan perkahwinan sebagai taman
atau kebun percintaan. Mungkin
sekali-sekala bergolak jua tetapi atas
dasar ibadah, tanggungjawab, cinta
dapat dibina semula…rumah tangga
akan dipacu ke arah cinta selamanya, di
syurga!

Janganlah hendaknya cinta
dan rumahtangga dibina hanya
untuk
memenuhi
kehendak
fisiologi dan biologi. Atau mengejar status sosial dan material
semata.
Marilah
muhasabah
apakah cinta kita diasaskan di atas
tapak cinta Allah? Jika sebarang
cinta diasaskan di atas cinta ini,
insyaAllah cinta itu akan kekal.
Bagaimana kita boleh memastikan
cinta itu benar-benar diasaskan
kepada cinta Allah? Cuba nilai,
apakah kita lalai atau taatkan
perintah Allah? Bagaimana dengan
solat?
Bagaimana
dengan
al-Quran? Bagaimana dengan
hak-hak yang
dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai
manusia? Sudahkah kita tunaikan
amanah itu?

ADDEEN BIL.4 - M/S 21

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF

Syukur ke hadrat Ilahi
atas kesempatan bertemu
kembali Ramadhan penuh
barakah.
Ramadhan ialah bulan mulia
penuh keberkatan terhimpun
di
dalamya rahmat Allah, dihapuskan
dosa-dosa hambaNya yang berpuasa
dengan penuh keimanan dan taqwa
semata-mata mencari keredhaanNya . Rasulullah SAW menjelaskan
tentang kemuliaan Ramadhan dengan
sabdanya yang bermaksud : “ Bulan
Ramadhan adalah bulan yang Allah
telah fardukan ke atas kamu berpuasa
padanya, dan aku telah mensunatkan
bagi kamu berdiri dan beribadah
pada malamnya. Sesiapa yang
berpuasa dan mendirikan solat Qiam
disertai keimanan dan kerana
mengharapkan keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya sehingga
dia seperti pada hari dilahirkan oleh
ibunya.” ( Riwayat Ibnu Khuzaimah
daripada Abu Hurairah r.a)
Bulan ramadhan juga adalah
bulan yang cukup istimewa sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh atTabrani yang bermaksud :
“Kemuncak segala bulan ialah bulan
Ramadhan dan kemuncak segala hari
ialah Jumaat.” “Jika hamba-hamba
Allah mengetahui apa yang ada
dalam bulan Ramadhan, sudah tentu
mereka bercita-cita supaya masa
bulan Ramadhan berpanjangan
selama setahun.”
Kedatangan bulan Ramadhan
adalah suatu simbolik dan penuh
keistimewaan kepada umat Islam
serta pada bulan ini juga berlaku
peristiwa penting dalam sejarah
Islam iaitu Pembukaan Kota Makkah
dan Kemenangan umat Islam dalam
peperangan Badar al-Kubra. Mungkin sebahagian daripada kita tidak
mengingati atau pun tidak pernah
mengetahui peristiwa tersebut. Kali
ini kita akan sama-sama menyelusuri
perjalanan peristiwa ini untuk kita
hayati dan ambil iktibar disebaliknya. Mudah-mudahan kita dapat
jalani ibadah Ramadhan dengan
penuh rasa keikhlasan, ketaqwaan
dan kesyukuran. InsyaAllah…

PERISTIWA 1 : PEPERANGAN
BADAR AL-KUBRA
Firman Allah dalam ayat 123 surah
Ali Imran
yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan
Badar sedangkan kamu ketika itu
adalah orang-orang yang lemah.
Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya"
Peristiwa peperangan Badar al
-Kubra yang merupakan tapak
kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku
pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah ,
bersamaan 624M di mana pada tahun
ini juga Allah mewajibkan berpuasa
sebulan Ramadhan. Badar adalah
sebuah tempat perhentian dan
lintasan yang terletak di jalan utama
dari Madinah atau ke Jeddah. Ia juga
terletak di barat daya Madinah,
berjarak 148km dari Madinah. Di
sinilah terjadinya peperangan antara
kaum muslimin dan kaum musyrikin
Mekah.
Peristiwa ini berlaku apabila
Rasulullah s.a.w sendiri yang
mengetuai pasukan tentera Islam
seramai 313 orang telah menuju ke
Badar bertujuan untuk menyekat
qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru
pulang dari Syam menuju ke Mekah.
Jumlah tentera Islam tidak begitu
r a ma i k e r a n a p a d a as a l n ya
merupakan suatu operasi dalam
menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan
akan berlakunya suatu peperangan
terbuka yang besar dan bersejarah.
Oleh itu ramai di kalangan sahabat
tidak menyertai gerakan ini.
Malangnya kemaraan tentera
Islam telah diketahui oleh Abu
Sufian melalui pengintip yang telah
ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk
meminta bantuan daripada Kafir
Quraisy di Mekah. Di samping itu
Abu Sufian telah melalui jalan lain
iaitu melalui pantai sehingga mereka
berjaya menyelamatkan diri daripada
bertembung dengan tentera Islam.

Setelah itu dia menghantar
utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi
menyatakan bahawa mereka telah
selamat dan tidak memerlukan
bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal
dengan sombongnya menyatakan : "
Demi Allah! Kita tidak mahu pulang
sekarang sehingga kita sampai di
Badar. Kita berpesta di sana selama 3
hari, kita sembelih unta. Minum arak
dan menyanyi sehingga seluruh
bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka
kehebatan kita terus menerus dapat
dilihat oleh mereka ".
Kemudian Rasulullah s.a.w
telah mengetahui tentang qafilah Abu
Sufian telah berjaya menyelamatkan
diri di samping bala tentera kafir
Quraisy yang besar iaitu seramai
1300 orang dan lengkap bersenjata
telah tiba di Badar. Oleh itu tentera
Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka
berundur bererti kafir Quraisy akan
mendapat kemenangan moral dari
segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan
mereka bermaharajalela sesuka hati.
Walaupun dengan jumlah
yang sedikit dan kelengkapan yang
tidak mencukupi namun semangat
jihad demi mempertahankan Islam
terus membara dalam diri tentera
Islam. Selepas itu Rasulullah s.a.w
telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh.
Pada malam itu Allah menurunkan
hujan sebagai pertolongan kepada
tentera Islam dan bencana kepada
tentera musuh.
Kemudian tentera Islam telah
membina markaz di sebuah tempat
yang terletaknya mata air paling
dekat dengan musuh di mana di situ
mereka telah membina kolam
disamping menimbus tempat-tempat
air yang lain. Dengan cara ini musuh
akan keputusan bekalan air.

ADDEEN BIL.4 - M/S 22

Kemudian Sa‟ad bin Mu‟adz
telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : " Wahai Rasulullah! Saya
cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselalamtan Rasulullah. Biar kami
bertempur dengan musuh. Jika Allah
mengurniakan kemenangan kepada
kita dan kita dapat mengatasi musuh
maka itulah yang sangat kami
k e h e n d a k i . S e k i r a n ya Al l a h
mengkehendaki berlaku sebaliknya
maka engkau tetap berada dalam
keadaan selamat di tempat itu.
Engkau boleh terus bersama dengan
orang-orang yang masih ada dan
mereka juga kasih kepadamu seperti
kami juga. Jikalau engkau mahu
meneruskan lagi peperangan, mereka
sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu
dengan sama-sama berjihad bersamamu". Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w
di satu tempat yang tinggi yang
membolehkan baginda memerhati ke
arah medan pertempuran. Pada
malam Jumaat 17 Ramadhan itu
tentera Islam diberikan ketenangan
oleh Allah di mana mereka dapat
tidur dengan nyenyak kerana
keesokan harinya mereka akan
bertempur dengan musuh Allah itu.
Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan,
kedua-dua belah pihak bersedia
untuk b erp erangan d i mana
Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun barisan tentera dengan susunan
yang kemas dan rapi. Selepas itu
Rasulullah s.a.w telah mengangkat
tangan memohon pertolongan Allah.
Antara doa baginda ialah yang bermaksud :

" Ya Allah! Wahai Tuhanku,
tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan
kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan
pasukan kecil ini maka Engkau
tidak akan disembah lagi di
bumi selepas ini ".

Pertempuran bermula dengan
Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah
dan Sayyidina Ali mara ke hadapan
untuk menentang tiga pemimpin
Quraisy yang telah mencabar tentera
Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam
telah berjaya membunuh musuh
mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam
menyemarakkan lagi semangat jihad.
Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama
tentera Islam mengambil tindakan
bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan
banyak jiwa. Dalam saat yang
genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain
yang disangkut dibahunya terjatuh di
mana Sayyidina Abu Bakar yang
melihat perkara ini terasa begitu
sedih dan berkata kepada Rasulullah : " Cukuplah wahai nabi Allah! ".
Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat.
Pada peringkat kedua tentera
Islam mula mengambil tindakan
menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada
kalangan malaikat di mana antara
yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan

musuh tanpa dapat dilihat sesiapa
yang memancungnya. Seorang
tentera Islam yang sedang mengejar
musuh tiba-tiba terdengar pukulan
cemeti dari atas dan terdengar suara
pahlawan berkuda.
Seorang sahabat lagi dapat
melihat bagaimana kepala musuh
terp utus seb elu m p ed ang n ya
mengenai batang tengkuk musuh itu.
Iblis yang menyerupai dirinya
sebagai Suraqah bin Malik merasa
gementar apabila melihat penyertaan
malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga
rebah. Apabila ditanya mengapa dia
cuba lari lalu dia menyatakan
bahawa dia nampak apa tidak
mampu dilihat oleh tentera kafir dan
dia begitu takut kepada Allah yang
amat pedih siksaanNya. Kemudian
dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut.
Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh
apabila Mu‟adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak
yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah
betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak
Abu Jahal menetak ke leher pemuda
itu lalu terkena tangannya sehingga
hampir putus dan hanya tergantung
dikulitnya sahaja.
Dia meneruskan serangan
terhad ap Ab u J ahal d engan
mengheret tangannya yang terkulai
di mana ketika terasa sakit lalu dia
memijak tangan itu dengan kakinya
supaya putus. Kemudian Mu‟adz
berjaya menetak Abu Jahal sehingga
hampir maut. Abdullah bin Mas‟ud
yang mencari-cari Abu Jahal telah
menjumpainya lalu terus memancung
lehernya di mana kepalanya telah
dibawa kepada Rasulullah s.a.w.
Baginda menyatakan bahawa inilah
dia Firaun umat ini.Firman Allah
dalam ayat 9 surah al-Anfal yang
b e r m a k s u d
:
" Ingatlah ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu lalu
diperkenankannya bagimu.
Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan
seribu malaikat yang datang
b e r t u ru t - tu r u t
"
ADDEEN BIL.4 - M/S 23

PERISTIWA 2 : PEMBUKAAN
KOTA MAKKAH
PEMBUKAAN kota Makkah antara
peristiwa besar dalam sejarah Islam
yang berlaku pada Ramadan, tahun
ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah
dilihat sebagai kejayaan penting
dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak
kiblat orang Islam, iaitu Kaabah.
Allah SW T b erfir man yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kami
sudah membuka bagi perjuanganmu
(wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.
Kemenangan yang dengan sebabnya
Allah mengampunkan salahmu yang
lalu dan yang terkemudian dan
men ye mp u rn a ka n n i km a t - Nya
kepadamu serta menambahkanmu
hidayah ke jalan lurus (dalam
mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan
dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai
kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya
dan sehebat pertolongan (yang tidak
ada tolok bandingnya).”
(Surah al-Fath, ayat 1-3)
Tanggal 18 Ramadhan tahun
ke-8 Hijrah bersamaan Januari 630
M, Rasulullah bersama 10,000 kaum
Muslimin bertolak dari Madinah
menuju Makkah untuk membebaskan
Makkah. Peristiwa bebasnya kota
Makkah terkenal dengan sebutan
Futuh Makkah. Pembukaan kota
Makkah menandai sebuah era baru di
dalam Islam, setelah sebelumnya
kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh
pasukan Ahzab (sekutu) selama
berminggu-minggu di Madinah.
Latar belakang
Mengikut catatan sejarah, setelah
Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628
M), Islam berkembang dengan
meluas. Peristiwa pembebasan
Makkah berlaku disebabkan oleh
pengkhianatan pihak Quraisy
terhadap perjanjian Hudaibiyah. Hal
ini disebabkan oleh masyarakat
Quraisy yang berasa iri hati.
Peristiwa ini berlaku apabila
Bani Bakr dalam naungan Quraisy
menyerang Bani Khuzaah dalam
naungan Islam pimpinan Rasulullah
SAW. Serangan Bani Bakr dibantu
pihak kafir Quraisy. Tindakan ini
menimbulkan kemarahan orang
Islam kerana dengan pertolongan itu,

pihak Quraisy telah melanggar
p e r j a nj i a n H u d a i b i ya h ya n g
dipersetujui mereka. Serangan itu
juga menyebabkan hampir 20 orang
daripada Bani Khuzaah terbunuh.
Oleh kerana serangan itu
dibantu pihak Quraisy, maka Amru
bin Salim bersama rakannya daripada
Bani Khuzaah bergegas ke Madinah
untuk memberitahu dan meminta
bantuan daripada Rasulullah SAW.
Apabila pihak Quraisy mendapat
tahu Bani Khuza‟ah meminta
pertolongan Rasulullah SAW,
mereka begitu menyesal lalu
menghantar Abu Sufian bin Harb
bertemu Baginda untuk merayu dan
memohon maaf namun, Rasulullah
SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau
pulang dengan perasaan hampa dan
kecewa
ke
Makkah.

Selama 19 hari Rasulullah
berada di Mekah, dalam tempoh
tersebut ramai yang telah memeluk
agama Islam antaranya Hindun binti
Uthbah iaitu isteri Abu Sufyan yang
pernah berbuat keji terhadap jasad
Saidina Hamzah di medan Uhud.
Tanggal 6 Syawal tahun 6 Hijrah ,
Rasulullah meninggalkan Mekah
menuju ke Madinah bersama 12,000
orang.

Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka
Rasulullah SAW menyiapkan
angkatan Muslimin dengan jumlah
mencecah hingga 10,000 orang
berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke
Makkah dapat dijangka oleh pihak
Quraisy. Rasulullah juga telah
mengutus Abbas bin Abdul Mutalib
untuk berunding dengan Abu Sufyan.
Kemudian Abu Sufyan telah
menyeru kaum Quraisy agar tidak
mengganggu pasukan muslim.Untuk
memasuki kota Mekah Rasulullah
memerintahkan tentera Islam supaya
berpecah kepada empat kumpulan
dan memasuki Mekah melalui empat
penjuru. Mereka juga diminta
supaya tidak melakukan kekerasan
atau pembunuhan kecuali apabila
terpaksa.
Namun,
pertempuran
hanya berlaku di selatan Mekah dan
telah mengorbankan dua orang
tentera Islam dan tiga belas orang
masyarakat Quraisy.
Setelah memasuki Mekah,
Rasulullah melakukan tawaf,
me n ci u m Haj ar As wa d d an
memusnahkan berhala yang terdapat
di sekeliling Kaabah. Baginda juga
memasuki Kaabah dan mencuci
dinding Kaabah dengan air zam-zam.
Selain itu, baginda memaafkan dan
membebaskan penduduk Mekah
yang pernah menentang Islam. Dan
dalam peristiwa ini juga Abu Sufyan
telah menyatakan keislamannya di
hadapan Rasulullah SAW.

ADDEEN BIL.4 - M/S 24

KESIMPULANNYA :

Para pembaca yang dirahmati Allah,
berdasarkan peristiwa peperangan
Badar al-Kubra dan pembukaan Kota
Mekah yang telah diketahui,terdapat
beberapa keistimewaan dan iktibar
yang kita boleh teladani iaitu :

Kepentingan strategi dan
tindakan serta mesyuarat yang
dilakukan sebelum melakukan
sesuatu perkara. Semua
dilakukan secara terancang
dan tersusun. Kita seharusnya
me nco nto hi kep i mp inan
Rasulullah SAW yang jauh
b ezan ya
d e nga n
kepimpinan pada hari ini.

Doa memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan
seharian kita. Rasulullah
me nj e la s ka n ke ut a maa n
berdoa iaitu menjadi
pemangkin dan teras sebelum
sesuatu tindakan dibuat
bertujuan mendapatkan
keredhaan Allah SWT Ta‟ala.
Di samping mengamalkan
sifat sabar walau
menghadapi dugaan yang
amat getir.

Kerana keikhlasan dan
ketaq waa n kepadaN ya,
mereka telah membuktikannya dengan kecekalan dan
semangat yang jitu dalam
memerangi musuh Allah serta
menegakkan syiar Islam tanpa
rasa gentar. Dan situasi ini
tidak menghalang umat Islam
daripada terus berpuasa
sebagai pelengkap rukun
Islam. Sama juga keadaannya
kepada kita di mana peperangan yang kita hadapi hari ini
adalah jihad melawan hawa
nafsu dan membebaskan diri
dari dibelenggu oleh anasir
jahat yang melalaikan dan
merosakkan umat Islam . Apa
yang penting adalah kesungguhan dan ketahanan membentengi diri dari tewas
kepada hasutan syaitan.
Justeru jadikan bulan
Ramadhan ini sebagai
permulaan dalam pemurnian
jiwa dan memperbaiki amal
ibadah seterusnya dimantapkan lagi amalan ibadah pada
bulan-bulan selainnya
sehingga menjadi rutin
harian.

Perasaan antara al-Raja’ iaitu
terla l u men g har ap d an
al-Khauf iaitu takut
mestilah sentiasa kita
sematkan dalam hati agar kita
tidak terlalu yakin bahawa
segala amalan kita samada
solat, puasa, sedekah dan
amalan soleh yang lain
memang telah diterima oleh
Allah sehingga kita tidak
berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak
boleh merasa terlalu takut
segala amalan tadi sentiasa
ditolak sehingga timbul
perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus
hanyut dengan maksiat. Kita
mesti berada antara keduanya
iaitu antara takut dan
mengharap agar segala
amalan kita tidak dilakukan
sambil lewa serta ia dilakukan
dengan penuh keyakinan dan
i k h l a s
s a m b i l
mengharap ianya diterima
oleh Allah.
Kerjasama dalam pasukan
atau kumpulan merupakan
faktor kejayaan.Jumlah bilangan yang sedikit bukan
ukuran bagi kekalahan. Saling
melengkapi dan patuh serta
hormat pada pemimpin patut
dicontohi.
Mengadakan rundingan yang
baik dan mengamalkan akhlak
yang terpuji di antara sesama
Muslim dan juga bukan
Muslim. Hal ini menjadi contoh ikutan yang baik, seperti
di dalam peristiwa
pembukaan Kota mekah, ramai orang Quraisy yang memeluk agama Islam. Budaya
saling bermaaf-maafan perlu
kita terapkan dalam diri.

Melakukan sesuatu kerana
niat dan matlamat hanya
kerana Allah semata-mata dan
meninggikan syiar Islam,
bukan untuk meraih nama,
pangkat dan habuan duniawi.

Mengemukakan idea yang
bernas ketika mengadakan
sesuatu perbincangan untuk
mencari jalan penyelesaian
seperti yang dilakukan oleh
Saidina Abu Bakar dan
Saidina Umar bagi
menyelesaikan isu tawanan
perang. Selain itu sanggup
menerima pandangan dari
orang lain walaupun orang
yang memberi pandangan
tidak setaraf dengan kita.
Dalam erti kata lain tidak
memperlekeh dan menolak
bulat-bulat cadangan yang
diberikan.

Banyak lagi iktibar yang kita boleh
pelajari dari peristiwa ini… Semoga
kita dapat mengamalkan dan mencontohi akhlak Rasulullah dan sahabat Baginda yang terpuji..InsyaAllah..
Sumber Rujukan :
http://halaqah.net
http://riadhulwardah.blogspot.com
Berita Harian Online (3/8/2010)
Ramadhan Al-Mubarak Terbitan JAM‟IYAH & PIMPINAN, Shah Alam Selangor
(September 2009).
Atlas Dakwah Nabi Muhammad SAW
susunan oleh Hasan Al-Banna, Syigma
Publishing,Indonesia.( 2010)
www.ibnubarqi.blogspot.com(Penasihat
PMRAM, Saudara Khairul Anuar Ismail)

ADDEEN BIL.4 - M/S 25

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF
Soalan 1 : Bagaimanakah cara wuduk dan bersuci bagi orang sakit?
Jawapan : Wajib ke atas orang yang sakit berwuduk dan bersuci dengan air, iaitu berwuduk kerana hadas kecil dan mandi kerana
hadas besar.

Sekiranya orang yang sakit itu takut penyakitnya akan menjadi semakin teruk apabila terkena air atau pun anggota
wuduknya berbalut kerana luka atau disimen, maka dia hendaklah bertayamum sama ada untuk hadas kecil atau hadas
besar.

Sekiranya dia tidak mampu bertayamum dengan sendiri maka hendaklah meminta bantuan daripada orang lain.
Cara – cara bertayamum dengan menepuk kedua-dua belah tapak tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke
muka. Bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk di atas debu yang baru. Tapak tangan kiri menyapu
tangan kanan,sementara tapak tangan kanan menyapu tangan kiri.

Wajib ke atas orang yang sakit membersihkan badannya daripada najis-najis, memakai pakaian yang bersih dan suci serta
solat di tempat yang suci. Apabila dia tidak mampu, maka hendaklah dia bersolat dalam keadaan itu saja dan solat di atas
alas yang didudukinya.Solatnya sah tanpa harus mengulanginya. Terdapat beberapa dalil al-Quran dan hadis berhubung
masalah ini. Antaranya :

Maksud firman Allah SWT yang bermaksud : Tidak dijadikan hukum-hakam yang menyusahkan kamu semua dalam
mengamalkan agama. (Surah al-Hajj:78)

Firman Allah yang bermaksud : Sebenarnya Allah inginkan kemudahan dalam semua perkara kepada kamu dan sama
sekali tidak ingin menyusahkan kamu.(Surah al-Baqarah :185)

Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Apabila aku perintahkan sesuatu perkara kepada kamu semua, lakukanlah menurut
kemampuan kamu”(HR Bukhari dan Muslim)
Soalan 2 : Apakah hikmat dan kelebihan berwuduk dalam Islam?
Jawapan : Berwuduk mengajar dan mendidik kita supaya beramal dengan kebersihan, wuduk juga dapat menghapuskan
kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh seseorang. Ini jelas seperti pesanan Nabi Muhammad dalam hadis yang bermaksud :
”Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, segala kesalahan akan keluar daripada badannya termasuk dosa dari
bawah kuku-kukunya.”
Soalan 3 : Apakah itu tayamum, konsep dan praktikal penggunaannya bagi orang-orang Islam yang berada di
Malaysia?
Jawapan : Tayamum ialah menyapu debu daripada tanah yang suci ke muka dan dua tangan ke siku dengan syarat-syarat yang
ditetapkan. Ia merupakan ganti bagi wuduk dan mandi hadas apabila seseorang yang hendak mengerjakan solat tidak bertemu air
kerana kemarau atau putus bekalan air atau juga uzur disebabkan sakit tidak boleh terkena air dan boleh menyebab mudarat dan
bahaya pada diri atau pada anggota wuduk. Selagi seseorang itu masih uzur dan tidak boleh menggunakan air ataupun memang
tidak ada air, maka selama itulah dibolehkan bertayamum tanpa wajib diqadakan solat itu.
Soalan 4 : Apakah syarat-syarat tayamum?
Jawapan : Antara syarat-syarat tayamum adalah :
1. Kerana tiada air
2. Kerana tidak boleh menggunakan air kerana mendatangkan mudarat.
3. Perlu berusaha mencari air dahulu.
4. Menggunakan debu tanah yang suci.
5. Kerana keperluan air hanya bagi minuman dirinya dan binatang yang dihormati.
6. Sudah masuk waktu solat.
Soalan 5 : Sekiranya kita bertayamum, adakah tanah itu boleh digunakan semula dan betulkah ia boleh digunakan untuk
sekali waktu sembahyang sahaja?
Jawapan : Tanah tersebut boleh digunakan untuk kali kedua dan seterusnya sekiranya debu-debu yang telah disapu ke anggota
tidak gugur di atas tanah tersebut. Sekali tayamum adalah untuk sekali sembahyang fardu tetapi (sekali tayamum tersebut) boleh
digunakan untuk beberapa solat sunat.
Sumber rujukan :
Soal Jawab Remeh-temeh tentang Taharah(Bersuci),tapi anda malu bertanya...Telaga Biru,Kuala Lumpur.( September 2008)
Dato‟ Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian(Edisi Kemas Kini) Bersama Ishak Din & Abu Hasan Din,PTS Millennia, Selangor.(2009)

ADDEEN BIL.4 - M/S 26