You are on page 1of 24

Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 5 : 2011 ( NOVEMBER 2011 ~ FEBRUARI 2012

)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Penaung
Prof. Dr. Hj. Anuar bin Ahmad
Penasihat
Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Bin Kidam
Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani
Editor
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Pengarang
Ustaz Abdul Rahman bin Ridewan
Ustaz Nurdin bin Darman
Ustazah Zahidah binti Muhd Zain
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Ustaz Ahmad Tarmizi bin Zakaria
Wartawan & Grafik
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Edaran
Ustaz Mohd Sofyan bin Razali
Jurufoto
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Penerbit
Pusat Islam ,
Universiti Selangor ,
Jalan Timur Tambahan ,
45600 Bestari Jaya ,
Selangor Darul Ehsan .
Tel
Email
FB
Blog

: 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134
: pusat_islam@unisel.edu.my
: PUSAT ISLAM UNISEL
: unisel-pusatislam.blogspot.com

Sidang Redaksi Ad-Deen amat
mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /
Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan
Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah
berkaitan dengan urusan keilmuan dan
aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan - bahan tersebut kepada :
Pejabat Editor ,
Pusat Islam Unisel .

Pembaca yang dirahmati Allah,
Awal Muharram merupakan pembukaan dan permulaan tahun baru
hijriah. Ini bermakna kali ini kita meraikan tahun hijrah 1433H. Setiap tahun
kita menyambutnya dengan mengadakan berbagai majlis,program yang
berkaitan supaya dapat dijadikan iktibar atau pengajaran dalam menempuh
kehidupan melalui penghayatan di sebalik peristiwa penghijrahan Rasulullah
SAW dan para sahabat. Hari ini ramai di antara kita yang sibuk dengan
urusan duniawi sehinggakan terleka dan terlupa seketika apa yang telah kita
lakukan dan sudahkah kita menunaikan hak kepadaNya… Justeru itu
ketibaan tahun 1433H membuka tirai dan lembaran baru episod kehidupan,
seharusnya ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini hendaklah
dimanfaatkan sebaiknya…kerana apa yang kita kecapi hari ini tidak akan
berterusan keadaannya, tidak kekal selamanya bahkan ianya hanyalah
pinjaman sementara cuma. Ianya akan berubah mengikut ketentuanNya dan
apa yang berlaku luar dari jangkauan manusia. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Hurairah R.A yang
menekankan gesaan ke arah melakukan amalan baik, iaitu yang bermaksud :
“ Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan (yang baik)
sebelum datangnya tujuh macam perkara .Apakah engkau sekalian
menantikan (enggan melakukan dulu) melainkan setelah tibanya
kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan
kecurangan (ingkar), atau tibanya kesakitan yang membinasakan, atau
tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan tidak keruan lagi, atau
tibanya kematian yang mempercepatkan lenyap segala hal, atau tibanya
Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggutunggu , atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar
bencananya serta lebih pahit penanggungannya.”
(Imam al-Nawawi,Riyadus Salihin Jld.1, bab fi al-mubadarah ila
al-khairat…hadith no.93)
Nabi Muhammad SAW menasihati umatnya agar bersegera
melakukan kebaikan sebelum datangnya tujuh perkara yang boleh
menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan kebaikan atau boleh menutup
peluang untuk melakukannya. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha
untuk melakukan kebaikan dan kemaslahatan : 1) ketika dalam kesenangan
dan kemakmuran, 2) sebelum kemewahan hidup menjadikan manusia lupa
kepada Allah SWT, 3) sebelum penyakit menyerang dan tahap kesihatan
merosot , 4) sebelum usia tua dan uzur fizikal mental, 5) sebelum ajal
menjemput tanpa sebarang peringatan dan amaran awal, 6) sebelum
kedatangan Dajjal yang menyesatkan manusia dan 7) sebelum tibanya hari
qiamat yang mebinasakan keseluruhannya…
Lembaran baru terbentang luas untuk kita semua, ayuh kita
muhasabah kembali perjalanan kehidupan ini, termasuklahlah rutin seharian,
dari segi pekerjaan, amal ibadah kita. Marilah kita menyusun semula langkah
menuju jalan yang satu demi mencapai keredhaanNya. Semoga Allah
membantu kita melaksanakan amalan dengan baik dan sempurna serta
melakukan perubahan dan penghijrahan ke arah kebaikan tanpa menangguhnangguhkannya. Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan yang nyata
dari setiap apa yang berlaku, akan tetapi manusia seringkali lalai, ingkar
tidak mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada mereka yang
terdahulu. Beruntunglah bagi mereka yang menunaikan tanggungjawab dan
berpesan dengan kebaikan serta beramal soleh..Wallahua’alam …
Salam Mawaddah ,

ّ
‫عــــــزة بنت محمد يــوسف‬
‫نور‬
(azzah_yusof@unisel.edu.my)

ADDEEN BIL.5 - M/S 02

Oleh : Tuan Haji Saedal Atas Bin Abd. Ghani

ADDEEN BIL.5 - M/S 03

Oleh : USTAZ ABD.RAHMAN BIN
RIDEWAN

Adapun kehidupan di dunia ini
tidak terlepas dari dua perkara iaitu
dosa dan pahala. Sifirnya mudah,
buat baik ganjarannya pahala dan
Syurga,manakala buat jahat atau
maksiat balasannya dosa dan Neraka.

“(Dengan
sebab
keingkaran
mereka), Allah mematerikan atas
hati mereka serta pendengaran
mereka, dan pada penglihatan
mereka ada penutupnya; dan bagi
mereka pula disediakan azab seksa
yang amat besar.” (Al-Baqarah:7)

Sifat taqwa itu ialah mentaati
perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya jelas dinyatakan
dalam Kitabullah. Pada hari ini,
banyak berlakunya perkara maksiat
dan kemungkaran. Ini kerana pada
akhir zaman , ramai di kalangan umat
Islam sendiri yang menjauhkan diri
daripada petunjuk Islam yang dibawa
oleh Rasulullah SAW.

Justeru itu marilah kita
menyelamatkan diri selagi peluang
hidup masih ada. Binalah kesedaran
dan
keinsafan,
memperbaiki
hubungan dengan Allah SWT dengan
mendirikan solat serta memperbaiki
seluruh
aspek
kehidupan
kita
mengikut syariat Allah SWT. Oleh
yang demikian, kita akan terselamat
daripada bencana yang diturunkan
oleh Allah.

Perkara-perkara kemungkaran
yang berlaku adalah membuka jalan
bagi Allah SWT menurunkan azab
dunia kepada manusia berbentuk bala
bencana sebelum azab seksa sebenar
di neraka. Bala bencana itu akan
berlaku sekiranya tidak ada orang
Islam yang menyeru ke arah kebaikan
dan mencegah kemungkaran.
Kita melihat amalan meninggalkan solat dalam masyarakat hari ini
sudah menjadi perkara biasa. Tabiat
meninggalkan solat semakin menular
dan berleluasa dalam keluarga dan
masyarakat. Mereka leka dengan
pelbagai urusan hidupnya. Firman
Allah SWT mengingatkan, yang
bermaksud : “ Kemudian mereka
digantikan
oleh
keturunanketurunan yang mencuaikan solat
serta menurut hawa nafsu (dengan
melakukan maksiat); maka mereka
akan menghadapi azab (dalam
neraka). Kecuali orang yang
bertaubat dan beriman serta
beramal soleh, maka mereka itu
akan masuk Syurga, dan mereka
pula tidak dikurangkan pahala
sedikit pun.”
(Surah Maryam : 59-60).
Apabila solat diambil ringan,
maka manusia akan mengikut hawa
nafsu. Seterusnya tersesat daripada
hidayah Allah. FirmanNya lagi :

Sesungguhnya perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Allah SWT
dan ia merupakan satu bentuk kezaliman yang membawa kemudaratan diri
dan masyarakat. Mudarat adalah
sesuatu yang boleh mendatangkan
bahaya kepada keperluan asas
manusia seperti agama , diri,
keturunan, akal dan harta. Bukan
sahaja mudarat di dunia bahkan di
akhirat. Maksiat itu terbahagi kepada
dua iaitu maksiat lahiriah seperti
merompak, membunuh,berzina dan
sebagainya. Manakala maksiat batin
itu seperti hasad, tamak, takbur dan
sifat-sifat mazmumah yang lain.
Perbuatan
maksiat
akan
menyebabkan si pelaku mendapat
dosa. Manakala impak dosa amat
besar iaitu boleh merosakkan hati,
sekaligus membinasakan peribadi
seorang Muslim. Dan dosa yang
dilakukan
boleh
menyebabkan
berkurangnya fungsi dan kekuatan
akal. Usah
meremehkan
dosa
sekalipun kecil kerana dosa umpama
debu yang berterbangan menjadi
gunung ,keras dan membatu. Setiap
dosa yang dilakukan sama ada sedar
atau tidak hendaklah diiringi dengan
taubat nasuha sebelum hati menjadi
keras dan sukar dilentur.

sesuatu yang meresahkan hatimu. Ini
bermaksud bahawa pelaku maksiat
akan sentiasa resah dibayangi rasa
bersalah terhadap Allah dan juga
kepada dirinya sendiri. Manusia
dijadikan dengan fitrah semulajadi
yang suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Oleh yang demikian,
apabila mereka melakukan kejahatan,
mereka sebenarnya melawan fitrah
dirinya dan tidak akan tenang
sehinggalah mereka benar-benar
bertaubat.
Menurut para ulama, selain
hilang keberkatan rezeki, sukar untuk
beribadah, terhijab daripada ilmu
bermanfaat, hilang rasa malu, sentiasa
diburu oleh rasa waswas, gelisah dan
cemas, orang yang melakukan
maksiat juga akan terjejas kesihatan
tubuh badannya. Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam
kekayaan, sempit dalam kelapangan
dan sunyi walaupun dikelilingi orang
yang mengaguminya. Apabila hati
tidak tenang, degupan jantung dan
tekanan darah menjadi tidak menentu.
Oleh yang demikian maksiat
akan memberi kesan kepada tubuh
badan manusia secara langsung.
Semuanya
akan
menyebabkan
pengaliran darah dan sistem penghadaman terjejas. Dan seterusnya
menyebabkan penyerapan vitamin dan
pengeluaran
antibodi
menurun.
Akibatnya,
sistem
saraf
tidak
berfungsi dengan betul dan seluruh
organ tubuh akan sakit.

Ketika
seorang
sahabat
bertanya kepada Rasulullah SAW,
“apakah itu dosa?” Rasulullah SAW
telah menjawab bahawa dosa itu
ADDEEN BIL.5 - M/S 04

Dunia ini tempat dan persiapan.
Allah telah berjanji untuk mengampuni
dosa-dosa mereka yang bertaubat secara
ikhlas atas kesalahan mereka dan memperbaikinya. “ Dan (juga) orang-orang yang
apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat
akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain
daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu,
sedang mereka mengetahui” (Surah
Ali-Imran : 135)
Menurut Hamka, taubat adalah
membersihkan hati, Salah satu cara membersihkan jiwa dari dosa adalah dengan
taubat.Prof Madya Dr Musa Fathullah
Harun telah menulis berkaitan ‘taubat dan
pengertiannya’. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Nisa’ ayat 17-18, yang bermaksud :“Sesungguhnya penerimaan
taubat di sisi Allah hanyalah bagi orangorang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian
mereka segera bertaubat, maka (dengan
adanya dua sebab itu) mereka diterima
Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan tidak ada gunanya taubat itu
kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah
seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat
sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah
terlambat), dan (demikian juga halnya)
orang-orang yang mati sedang mereka
tetap kafir. Orang-orang yang demikian,
kami telah sediakan bagi mereka azab
seksa yang pedih”.
Para mufassirin berkata : Setiap
orang yang menderhaka kepada Allah
dinamakan jahil, dan perbuatannya itu
dinamakan kejahilan. Ini kerana, sekiranya
orang yang menderhaka itu menggunakan
ilmunya tentang ganjaran dan hukuman
yang akan dihadapi, tentunya ia tidak akan
berani melakukan dosa dan maksiat.
Oleh kerana ia tidak menggunakan
ilmunya tersebut, maka ia menjadi seperti
orang tidak berilmu. Atas pertimbangan
inilah maka orang yang menderhaka
kepada Tuhannya dinamakan jahil, sama
ada maksiat yang dilakukannya itu
diketahui sebagai maksiat atau pun tidak
diketahuinya.Ini adalah kerana, ia mungkin mengetahui bahawa perbuatan yang
dilakukannya itu adalah maksiat, tetapi
dari sudut lain, ia dikatakan jahil kerana
tidak mengetahui kadar seksaan atau kadar
kesakitan yang akan dideritainya di masa
akan datang.
Mengenai firmanNya SWT yang
bermaksud:
“Kemudian mereka
bertaubat dalam masa dekat”, mereka
bersepakat bahawa yang dimaksudkan
ialah sebelum hadirnya kematian, atau
sebelum melihat kematian. Dengan
kata-kata lain pintu taubat terbuka bagi
manusia selama rohnya masih berada
dalam jasadnya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad
daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat
hamba selama ia belum ghargharah
(sakrat menjelang maut)”.

Kedua: Niat atau azam untuk meninggalkannya atau untuk tidak mengulangi
kembali kepadanya pada masa akan
datang.

Allah SWT menamakan masa
tersebut sebagai “ masa yang dekat” ,
kerana: Pertama: Kematian itu pasti
datang, dan semua yang datang adalah
dekat. Kedua: Untuk mengingatkan
bahawa masa umur manusia, meskipun
panjang, adalah pendek, yakni dekat.
Ketiga: Manusia setiap waktu, mempunyai perasaan kemungkinan didatangi maut,
dan setiap yang demikian keadaannya
disifati dengan dekat.

Keempat: Penyesalannya itu disebabkan
perasaan malu atau takut kepada Allah
SWT, bukan kerana yang lain.

Imam Fakhr al-Razi berpendapat
bahawa yang dimaksud dengan
perkataan, “dalam masa dekat” ialah
bahawa ia memulai taubat itu pada masa
yang tidak jauh daripada masa melakukan
maksiat agar ia tidak termasuk ke dalam
golongan orang yang berketetapan hati
untuk terus dalam maksiat.
Imam Ghazali berkata bahawa
firman
Allah
SWT
yang
bermaksud :“Kemudian bertaubat
dalam masa yang dekat”,
iaitu maknanya dekat dari masa kesalahan
atau perbuatan dosa, iaitu dengan
menyesali ke atasnya dan menghapus
kesannya dengan perbuatan yang baik
yang mengiringinya sebelum bertompoknya kotoran di atas hati, yang
menjadikannya susah dihilangkan.Kerana
itulah
Rasulullah
SAW
bersabda: “Ikutilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapusnya”.
Dan Luqman al-Hakim juga berkata
kepada anaknya:“Wahai anakku,
janganlah engkau mentakhirkan
(melewatkan) taubat. Sesungguhnya
mati itu datang dengan tiba-tiba
(mengejut)”.
Barang siapa yang tidak segera
bertaubat dengan menunda-nunda, maka
ia berada di antara dua bahaya besar:
Pertama : Hatinya akan tertimbus oleh
kegelapan daripada perbuatan perbuatan maksiat yang dilakukan,
sehingga menjadi kotoran dan tabiat
yang tidak dapat dihapuskan.
Kedua: Ia mungkin akan disegerakan
oleh penyakit atau kematian, sehingga
tidak mempunyai kesempatan untuk
bertindak menghilangkan kotoran dan
tabiat hasil perbuatan maksiat.
Taubat bermaksud kembali kepada
kebaikan daripada keburukan samada
melakukan dosa kecil atau dosa besar
dengan memenuhi syarat – syarat
berikut :
Pertama: Meninggalkan maksiat atau
dosa dengan segera.

Ketiga: Menyesali dalam hati ke atas
perbuatannya pada masa lampau.

Kelima: Mengembalikan setiap yang
diambilnya secara zalim atau meminta
kemaafan daripada orang yang dizalimi
atau disakitinya.
Setiap orang melakukan kesalahan, apa yang penting ialah memohon
keampunan daripada Allah dengan ikhlas
dan berazam untuk tidak mengulanginya
lagi. Allah pasti akan memberi petunjuk
ke jalan yang lurus kepada mereka yang
benar-benar mahu kembali kepadaNya.
Seseorang itu hendaklah bersungguhsungguh memelihara diri daripada dosa
iaitu dengan memelihara seluruh anggota
daripada melakukan perkara-perkara yang
ditegah oleh agama. Firman Allah SWT
yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah
amat menyukai orang yang sering
bertaubat dan orang yang membersihkan
diri” (Surah al-Baqarah :122)
Oleh itu Allah memberi
keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya yang bertaubat. Bagi mereka yang
ingin bertaubat ,terdapat beberapa tip yang
boleh membantu. Antaranya : ikhlas dan
menyerah diri sepenuhnya kepada Allah,
mujahadah (bersungguh -sungguh)
melawan nafsu secara berterusan, banyak
mengingati mati dan alam akhirat, mengisi
masa dengan melakukan perkara yang
bermanfaat, menjauhi perkara-perkara
yang menjadi punca ke arah maksiat,
menundukkan pandangan dari melihat
perkara-perkara maksiat, bergaul dengan
orang atau kawan yang baik serta
menghadiri majlis-majlis ilmu , banyak
berzikir dan berdoa memohon kepada
Allah supaya sentiasa di dalam rahmat dan
petunjukNya juga diampunkan dosa-dosa
yang lalu.

Fahami dan hayatilah
firman Allah
yang bermaksud :
“ Wahai orang yang beriman,
masuklah ke dalam Islam secara
menyeluruh dan janganlah kamu
mengikut langkah-langkah
syaitan, sesungguhnya mereka
itu musuh kamu yang nyata.”
(Al-Baqarah : 208)

ADDEEN BIL.5 - M/S 05

Oleh : USTAZ SAEDAL ATAS BIN
ABD. GHANI

Rasulullah

SAW bersabda yang

bermaksud :

“ Di dalam tubuh manusia
wujud segumpal darah, jika
elok
gumpalan darah
itu maka eloklah seluruh
tubuh.
Jika
rosak
gumpalan darah itu maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah
bahawa segumpal darah itu ialah hati.”
Pembentukan
peribadi
yang mulia dan unggul bermula
dari pembinaan hati. Amalan
yang soleh itu merupakan buah
iman. As-Syahid Sayyid Qutb
menjelaskan
bahawa
iman
merupakan dasar hidup yang
amat
penting
untuk
membuahkan hasil yang baik dan
bernilai dalam seluruh cabang
kehidupan. Hati tanpa iman
adalah
hati
yang
mati.
Mana-mana amalan yang tidak
lahir daripada keimanan, maka
ianya tidak bernilai di sisi Allah
SWT.
Islam
merupakan
satu
sistem kehidupan yang syumul,
seimbang duniawi dan ukhrawi.
Al-Quran & As-Sunnah adalah
sumber utama mendalami Islam .
Kejahilan tentang Islam menjadikan kehidupan yang tidak
bahagia, kebejatan akhlak bila
mana peraturan yang paling
sempurna ditetapkan oleh syarak
tidak
dapat
dihayati
dan
dilaksanakan. Firman Allah SWT
yang bermaksud : “ Sesiapa

yang mencari selain daripada
Islam sebagai deen (cara
hidup), maka sama sekali tidak diterima
daripadanya dan dia di akhirat
kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi” (Surah ali
Imran: 85)

Allah menggesa kita untuk
mencontohi kehidupan Rasulul-

lah SAW dan telah menjelaskan
di
dalam
al-Quran
:

“ Sesungguhnya untuk kamu
itu Rasulullah sebagai qudwah
hasanah (contoh ikutan yang
terbaik) bagi mereka yang
inginkan pertemuan dengan
Allah dan hari kiamat, dan dia
banyak
menyebut
nama
Allah” (Surah Al-Ahzab : 21)

Rasulullah SAW adalah
utusan Allah, keperibadiannya
mulia
dan
terpuji.
Cara
kehidupan Rasulullah SAW yang
dikatakan sunnah itu merupakan
terjemahan
daripada
wahyu
Allah SWT. Ini jelas daripada
firman
Allah
SWT
yang
bermaksud
:
“Ucapan

(Rasulullah) tidaklah lain,
melainkan wahyu yang diwa-

diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

Individu muslim merupakan satu susunan binaan yang
penting dalam pembinaan sebuah
masyarakat. Untuk mendapat
binaan
yang
kukuh,
iaitu
masyarakat yang mantap dan
cemerlang jati dirinya, seharusnya
mengikut garis panduan dan
tuntutan yang dianjurkan oleh
Islam dalam seluruh aspek
kehidupannya.
Apabila
baik
peribadi setiap individu itu maka
baiklah sesebuah keluarga itu dan
apabila baik sesebuah keluarga
itu maka baiklah pula masyarakat
dan ummah keseluruhannya.
Pembentukan
peribadi
mulia ini jelas dilihat melalui
Al-Quran yang menggariskan
beberapa faktor penting dalam
pembentukan peribadi Muslim
seperti yang terangkum dalam
surah Al-Asr. Ia merupakan syarat
utama bagi menyelamatkan diri
dari kerugian dan kecelakaan di
dunia dan akhirat. Firman Allah
Taala :

)2(‫)إن اإلنسان لفي خسر‬1(‫والعصر‬
‫إال الذين آمنوا وعملوا الصالحات‬

)3(‫وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر‬
Faktor Pertama : Iman ) ‫( منوا‬
hyukan

kepadanya.” (Surah
An-Najm : 4)
Setiap
perlakuan,
perbuatan, tutur kata dan diam
Rasulullah
SAW
hakikatnya
merupakan
wahyu.
Baginda
adalah utusan Allah untuk
membawa
ajaran
kepada
manusia di bumi dan menunjukkan bagaimana menjadi seorang
manusia yang taat kepada Allah
secara sempurna. Jelas di sini
akan kepentingan nilai akhlak
dalam Islam sebagaimana sabda
baginda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: “Sesungguhnya aku

yang merupakan asas pembinaan
utama dalam kehidupan manusia.
Iaitu keimanan mentauhidkan
Allah SWT.
Kecelaruan hidup manusia
hari ini berpunca daripada kegagalan manusia memahami hakikat mengapa mereka dihidupkan
dan kurang memahami bagaimana
mengurus
kehidupan
mereka dengan sempurna. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Tidakku jadikan jin dan

manusia melainkan untuk
beribadah kepadaku”.(Surah
Az-Zariat :56)
ADDEEN BIL.5 - M/S 06

FirmanNya lagi yang bermaksud:

" Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan manusia itu sebagai
k hal i f ah di m uk a bum i
ini.” (Surah Ali Imran : 30)
Tujuan manusia dijadikan
oleh Allah adalah untuk
“beribadah” kepada Nya. Allah
menyebut, bahawa Dia menjadikan
manusia sebagai “Khalifah” di muka
bumi ini. Ibadah dalam konteks
yang luas bukan sekadar kita
melaksanakan solat semata-mata,
malahan ibadah merangkumi segala
aspek perlakuan kita yang sematamata dilakukan demi mencari
keredhaan Allah. Apabila kita
memahami hakikat ini, insyaAllah
setiap Muslim itu boleh menyusun
kehidupan mereka dengan lebih
baik dan sempurna.

Faktor Kedua : Syarat yang
keduanya ialah beramal soleh
( ‫)عملوا الصالحات‬. Ia merupakan buah
kepada keimanan itu sendiri. Iaitu
dengan melakukan perkara-perkara
makruf dan meninggalkan
kejahatan. Islam menyarankan kita
beramal dengan kebaikan (‫)الصالحات‬
ada setiap apa yang terkandung di
dalam al-Quran. Beramal dengan
kebaikan itu kunci ketaqwaan
kepada Allah SWT dan perasaan
khauf (takut) kepadaNya serta melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Faktor Ketiga : Berpesan-pesan

pada kebenaran (‫)وتواصوا بالحق‬
,Kalimah berpesan-pesan itu
)‫(التواصي‬menunjukkan perkara yang
dibuat di antara dua belah pihak
iaitu setiap individu itu mestilah
berpesan-pesan atau mengajak
orang lain ke arah kebenaran dan
kebaikan dan ia menerima segala
pesanan itu. Ini menunjukkan
sesungguhnya Al -Quran tidak
menggambarkan keadaan mukmin
itu melainkan dengan bermasyarakat yang saling memberi dan
menerima. Seharusnya kita menyeru
masyarakat apa yang diketahui
daripada kebenaran dan petunjuk
sekiranya kita tidak mahu
dikatogarikan sebagai merekamereka yang menyembunyikan apa
yang diturunkan oleh Allah Taala
yang terdiri dari petunjuk dan
keterangan- keterangan sebagaimana firman Allah dalam surah A-li
Imran yang bermaksud :

“ Dan (ingatlah) ketika Allah
mengambil perjanjian setia dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu
menerangkan isi Kitab itu
kepada umat manusia, dan jangan
sekali-kali
kamu
menyembunyikannya".(Surah Ali
Imran : 187)

Tidak sempurna seseorang
muslim itu hanya sekadar baik
peribadinya sahaja, sempurna
keimanannya, betul ibadahnya
tetapi ia meletakkan kebenaran itu
di tempat yang agak bawah,
membiarkan kebatilan berleluasa,
kebenaran terpinggir, kemungkaran
terserlah sedangkan ia duduk diam
tidak cuba untuk bergerak, tidak
cuba untuk bersuara, tidak cuba
u n t u k b e r j i h a d . I n ga t l a h !
sesungguhnya muslim itu semestinya
hidup sebagai ‘tentera kebenaran’,
beriman dengannya, menyukainya,
menolongnya dan mengajak ke
arahnya. Ia merupakan asas ‘amal
makruf dan nahi mungkar’.

Faktor Keempat : Berpesan-pesan

kepada kesabaran (‫( وتواصوا بالصبر‬
iaitu kesinambungan dari syarat
yang ketiga. Setelah kita membawa
risalah kebenaran semestinyalah kita
akan menghadapi segala ujian dan
cabaran, ini memerlukan kepada
kesabaran yang sebenar-benarnya.
Berkata Lukman Al Hakim kepada
anaknya :
‫يا بني أقم الصالة وأمر بالنعروف وانه عن المنكر‬
‫واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم األمور‬
Maksudnya : “Wahai anakku,
dirikanlah sembahyang, serulah
kepada kebaikan dan bersabarlah
atas segala bala bencana yang
menimpamu”. Allah Ta’ala
menggesa hambanya agar sentiasa
bersabar serta menguatkan
kesabaran di dalam melakukan amal
kebajikan, juga di ketika berjihad.Firman Allah SWT yang
bermaksud : “Wahai orang-orang

yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkaraperkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan
perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerahdaerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai

kemenangan)”.(Surah Ali-Imran :
200)

Menurut Ustaz Abdullah
Naseh ‘Ulwan, (‫‘ )الصبر‬As-Sabr’
adalah kekuatan jiwa dan rohani
yang menjadi benteng kepada
individu itu dan membolehkannya
menangkis, sebab-musabab yang
membawa kepada lemah dan
lumpuhnya keazaman, kelemahan
diri, serta menyerah kalah. Jesteru
itu, kita harus tabah, kukuh dan
utuh serta meneguhkan pendirian
dalam berhadapan dengan fitnah,
godaan, mehnah dan tribulasi.
Ibnu Abbas menjelaskan :
Sebahagian daripada hakikat Iman
itu adalah sabar. Sabar adalah suatu
kemestian dan ia merupakan
sebahagian daripada Iman,
manakala sebahagian yang lain
adalah syukur. Sesiapa yang
terdedah kepada tribulasi atau
mendapat kesenangan, berada
dalam kemiskinan atau kekayaan,
maka perkara utama yang perlu
mereka lakukan ialah bersabar dan
redha, seterusnya ia hendaklah
bersyukur. Hanya orang mukmin
yang sebenar sahaja yang memiliki
sifat-sifat ini. Segala urusan mereka
adalah baik. Orang-orang yang
sabar mendapat ganjaran yang tidak
terhitung banyaknya dari Allah
Taala manakala orang yang
bersyukur bertambah kurniaan
dariNya.
Bukanlah peribadi mulia itu
hanya sekadar menyendiri
beribadah, mencari kebahagian
akhirat semata dan meninggalkan
kehidupan dunia, tetapi mereka
yang beramal untuk dua kehidupan
dan mengumpulkan dua kebaikan
iaitu kebaikan dunia dan akhirat.
‫سنَةً َوقِنَا‬
َ ‫سنَةً َوفِي ْاْل ِخ َر ِة َح‬
َ ‫َربَّنَا آتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ
‫اب النَّا ِر‬
‫ذ‬
‫ع‬
َ
َ
Maksudnya :"Wahai Tuhan kami,

berilah kami kebaikan di dunia
ADDEEN BIL.5 - M/S 07

Oleh : USTAZ AHMAD TARMIZI BIN
ZAKARIA

KEHIDUPAN di zaman muda atau
remaja adalah waktu yang sangat berharga
bagi seseorang manusia. Saat yang boleh
dikatakan sebagai tempoh peralihan
daripada zaman kanak-kanak ke alam
dewasa ini pastinya meninggalkan pelbagai
kenangan pahit dan manis bagi sesiapa yang
melaluinya.
Walaupun jangkamasanya begitu singkat, namun
apa yang dilalui atau dialami oleh seseorang pada tempoh
itu mampu memberi kesan sepanjang hayat sama ada
secara emosi mahu pun fizikal. Justeru itulah, mereka
yang berada dalam kelompok ini perlu berhati-hati agar
segala tindakan dan perlakuan
tidak melampaui batas-batas
agama yang boleh mengundang
penyesalan selama-lamanya.
Ibarat kata pepatah, ‘sesal
dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna’.
Tidak dinafikan,
perasaan ingin tahu atau ingin
merasai sesuatu seringkali
membuat kita lupa akan
implikasi yang bakal menimpa.
Ini termasuklah perasaan ingin
berpasangan atau dengan kata
lain ingin memiliki ‘girlfriend’ atau ‘boyfriend’. Budaya
berpasangan antara lelaki dan perempuan ini telah menjadi
sesuatu yang lumrah bagi golongan muda termasuklah
para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah ada
yang menganggapnya satu ‘kemestian’ walaupun fokus
utama yang sepatutnya diberi perhatian pada waktu ini
adalah menuntut ilmu serta menunaikan harapan
menggunung para ibu bapa masing-masing.
Dalam Islam, hubungan antara lelaki dan
perempuan hanya dihalalkan melalui pernikahan yang sah.
Ini dijelaskan menerusi Hadis Nabi SAW yang bermaksud :

"Wahai Pemuda, barangsiapa di antara kamu
yang sudah mampu untuk berkahwin, maka
kahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan
pandanganmu dan memelihara kehormatanmu.
Barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, maka
berpuasalah, kerana puasa itu akan menurunkan
keinginan syahwat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Satu perkara yang dibimbangi lantaran hubungan
atau percintaan yang tidak dibatasi agama ini adalah
perkara-perkara yang boleh menjurus kepada maksiat atau
lebih berat lagi boleh terjerumus ke kancah perzinaan.
Namun berapa ramaikah daripada golongan tersebut yang
menyedari hakikat ini?
Bagi umat Islam terutamanya, amat sensitif dan
merasa jijik jika ditanya sanggupkah menyentuh atau
memegang anjing dan babi. Sudah pasti dari mimik muka
yang ditunjukkan jelas amat jijik dengan binatang yang
diharamkan oleh Islam untuk memakannya itu. Tapi
sedarkah kita, menyentuh haiwan tersebut tidaklah sampai
mendatangkan dosa sehingga kita terpaksa bertaubat.
Paling tidak pun, kita hanya disuruh cuci atau samak
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam hukum
Fiqh.
Justeru, bagaimana pula
sikap kita jika diajukan
persoalan bolehkah memegang
atau menyentuh perempuan
atau lelaki yang bukan
mahram? Bukankah kita tahu
perbuatan tersebut adalah suatu
dosa dan haram dilakukan?
Dorongan nafsu yang
membuak-buak sering menutup
rasa malu yang seharusnya ada
pada setiap manusia. Di sinilah peranan syaitan yang
berterusan menggoda dan menghasut manusia untuk
melayani runtunan nafsu yang tiada sempadan. Bermula
dengan berpegangan tangan, kemudian diikuti dengan
aktiviti ‘ringan-ringan’ dan akhirnya membawa kepada
perbuatan zina yang amat dilarang keras oleh agama.
Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Pertubuhan
Aqsa Syarif Malaysia yang juga seorang pensyarah di
Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu ceramahnya
di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam
mengingatkan, tidak semua pasangan yang bercinta atau
dalam istilah yang lebih popular ‘cinta pandang pertama’
akan berakhir dengan perkahwinan. Realiti menunjukkan,
hanya sedikit yang mungkin akan sampai ke peringkat itu.
Sebahagian besarnya akan membina kehidupan dengan
‘cinta pandang kedua’ atau ‘ketiga’ dalam hidupnya. Ini
mungkin disebabkan oleh tidak serasi atau tidak sesuai
atau mungkin juga terpaksa mengikut pilihan keluarga.
Inilah yang dikatakan jodoh yang hanya Tuhan lebih
mengetahuinya.

ADDEEN BIL.5 - M/S 08

Cuba bayangkan jika seorang
gadis berada pada situasi ini.
Setelah bagai nak rak bercinta,
berdampingan bebas dengan
‘boyfriend’ ke sana sini, tiba-tiba
ditakdirkan berkahwin dengan lelaki
lain. Dan bakal suami itu pula
adalah lelaki soleh yang berharap
menjadi lelaki pertama yang akan
memiliki dan menyentuh perempuan
yang akan dikahwininya itu. Begitu
juga sebaliknya jika si lelaki yang
pernah menjad i ‘bo yfriend’
perempuan itu juga ditakdirkan
mengahwini seorang perempuan
yang baik dan solehah. Tidakkah
kedua-dua situasi ini dianggap
sebagai pengkhianatan kepada bakal
suami dan isteri solehah terbabit?
Ini kerana, mereka memiliki
seseorang yang ‘pernah dimiliki’
secara tidak sah oleh orang lain.
Amat malang lagi jika orang yang
dimiliki itu pernah juga disentuh
dan dibelai secara tidak halal..!!
Menyentuh hal ini, Dr.
Hafidzi mengumpamakan keadaan
ini seperti seseorang yang ingin
memiliki kereta baru tetapi hakikatnya dia memiliki ‘kereta terpakai’
atau ‘second hand’. Tentulah
berbeza kereta baru dan kereta
terpakai dari segi kualiti, aksesorinya malah prestasi pemanduan
yang akan dirasai. Dan sudah tentulah sebagai manusia sudah pasti kita
tidak mahu disamakan dengan
sebuah kereta. Tetapi itulah hakikat
yang perlu kita terima andainya
maruah diri yang menjadi lambang
kemuliaan manusia tidak dijaga
tetapi menjadi bahan jajaan dan
tatapan sesiapa sahaja.

pil khayal, clubbing, melayari web
lucah dan lain-lain.
Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang buruk (yang
membawa kerosakan)”
Ayat tersebut menjelaskan
bahawa zina adalah perbuatan yang
sangat keji kerana ia membawa
kepada jalan kebinasaan,
kehancuran dan kehinaan di dunia
dan azab di akhirat. Ini juga
ditegaskan oleh Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud :

“Wahai golongan Muhajirin!
Ada lima perkara buruk yang aku
pohon agar tidak menimpa
kalian. Antaranya adalah; tidak
merebak perzinaan dalam
sesebuah bangsa sehingga
mereka melakukan dengan
sewenang-wenangnya
melainkan akan tersebar di
kalangan mereka pelbagai
penyakit yang belum pernah
menimpa umat Islam sebelum
mereka.”
Justeru, elakkanlah segala
unsur hiburan yang merosakkan dan
pergaulan bebas yang
boleh membuka kepada perlakuan
zina.

Adalah sesuatu yang
menyedihkan jika mendengar dan
membaca di akhbar-akbar akan
perilaku manusia yang memperlihatkan perbuatan yang lebih rendah
daripada haiwan seperti dalam
isu-isu hamil luar nikah seterusnya
membawa kepada kes pembuangan
bayi yang berpunca daripada
pergaulan bebas
dan
maksiat. Firman Allah SWT dalam
Surah An-Nur, ayat 2 yang
bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan
lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang
daripada kedua-duanya seratus
kali sebatan, dan janganlah
kamu dipengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap
kedua-duany dalam menjalankan
hukuman Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan Hari
Akhi rat, sert a hendaklah
disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan itu oleh sekumpulan
daripada orang yang beriman”.
Marilah kita sama-sama
berusaha meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah Allah
dengan penuh kesabaran dan
menjauhi segala laranganNya.
Mudah-mudahan dengan
bersabar, berusaha keras dan
bertakwa kepada Allah kita akan
mendapat balasan baik di dunia dan
di akhirat kelak.

Berkaitan itu, penulis pernah
menjalankan soal-selidik ke atas
kira-kira 318 orang mahasiswa yang
majoritinya penuntut semester
pertama sewaktu mengendalikan
program ‘Anda Bijak Jauhi Zina
(ABJZ)’. Hasilnya, seramai 33
orang atau 10% daripada jumlah
tersebut mengaku pernah melakukan
zina. Fakta ini sungguh menyedihkan kerana sebahagian besarnya adalah beragama Islam. Ini
belum dikira jumlah mereka yang
pernah atau sedang terlibat dengan
aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang
lain seperti minum arak, mengambil
ADDEEN BIL.5 - M/S 09

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN

Ayah...
ayah
ceritalah
tentang perihal muslimah sejati!
Ina nak jadi Muslimah sejati. Si
ayah pun menjawab “wahai
anakku, seorang muslimah sejati
bukan dilihat dari kecantikan dan
keayuan wajah semata-mata tetapi
dilihat pada kecantikan dan
ketulusan
hatinya
yang
tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
Wanita adalah yang paling
mudah memasuki syurga tetapi
wanita jugalah yang paling ramai
menjadi penghuni neraka. Sabda
nabi yang mafhumnya, “Wanita
yang solat 5 waktu, berpuasa di
bulan Ramadhan dan mentaati
suaminya, maka masuklah dia ke
Syurga melalui mana-mana pintu
yang disukainya”.

memuliakan wanita di sisi agama
sebagaimana kita melihat pada
sejarah tamadun Islam.

manusia yang pertama
beriman kepada Allah
swt selepas Rasulullah
saw
ialah
wanita Khadijah r.anha-.

Yusuf Al-Qardawi menekan
bahawa Islam menghormati wanita,
mengiktiraf
keinsanan
serta
keupayaan untuk memikul tuntutan
agama,
tanggungjawab,
kesaksamaan hukuman dan peluang
memasuki Syurga.
Itulah
antara
gambaran
kedudukan dan ketinggian martabat
wanita
dalam
Islam.Malah
kehebatan dan mulianya wanita di
sisi Islam turut dicatat sebagai
salah satu nama surah dalam AlQuran iaitu surah Al-Nisa’ yang
membicarakan
secara
khusus
mengenai wanita.
Sesungguhnya Allah swt
tidak menjadikan nabi di kalangan
wanita.
Tetapi
Allah
swt

“Syurga di bawah telapak
kaki ibu.”

Apakah wanita tidak berasa
mulia dengan hadis ini?
Mengapa Rasulullah s.a.w
memilih perkataan ‘di bawah
telapak kaki’ dan bukan ‘di
dalam tangan’ atau ‘di sisi
seorang ibu’? Sudah tentu ini
sangat menggambarkan
mulianya seorang wanita di
dalam Islam. Seorang yang
faham tentu akan memandang
mulia, menghormati, membela
serta berlumba-lumba untuk
berkhidmat dan menghambakan
diri kepada ibunya (dengan
syarat segala yang dibuat itu
tidak melanggar syariat).
Tidakkah beruntung menjadi
seorang ibu di dalam Islam? Dia
t i dak ak an t erbi a r dan
dipinggirkan, malah akan
sentiasa dibela, dihormati dan
dimuliakan oleh anak-anaknya.
2.

4.

“Bergaullah kamu dengan
isteri-isteri kamu dengan cara
yang sopan. Kemudian apabila
kamu tidak menyukai mereka,
(maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal
Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak.”

5.

“Janganlah seorang
mukmin lelaki membenci
kepada seorang (isterinya)
yang mukminah, kerana
walaupun
ada
satu
perangainya yang lelaki itu
tidak suka, tetapi (tentu) ada
lain perangainya yang
disukai.” (Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim).

Manusia pertama yang
syahid kerana agama
Allah
juga
adalah
wanita Sumayyah
r.anha-.

Selain itu, di dalam hadis
Rasulullah s.a.w, banyak yang
menunjukkan betapa wanita itu
dimuliakan di dalam Islam.
Antaranya, yang bermaksud:
1.

Dalam pepatah Melayu
sering terungkap “ tangan yang
menghayun
buaian
mampu
menggoncangkan
dunia”.Itulah
sebabnya Rasullulah s.a.w apabila
ditanya oleh sahabat mengenai
siapa yang mesti diutamakan,
Baginda bersabda “ Ibu mu....”
sebanyak tiga kali kemudian baru
disebutkan “ ayah mu”.

3.
“Tidak akan memuliakan
perempuan-perempuan
melainkan orang yang mulia, dan
tidak menghina akan perempuan
-perempuan melainkan orang
yang hina.” (Hadis riwayat Ibnu
´Asakir)

“Orang yang paling baik di
antara kamu itu ialah yang
paling baik kepada isi
rumahnya, dan aku ini orang
yang paling baik dari antara
kamu kepada isi rumahku.”

Mengimbas kembali sejarah
kejadian manusia, Adam sebagai
manusia
pertama
di
dunia
didampingkan dengan Hawa. Zuriat
berkembang. Lelaki dan wanita
punya hak dan tanggungjawab yang
ditetapkan Allah menurut fitrah
kejadian mereka.
Sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad SAW iaitu zaman Jahiliyyah, wanita hanya menjadi alat
memuaskan nafsu. Kaum lelaki
boleh berkahwin seramai mungkin
malahan hak dan tanggungjawab
diabaikan.
Kelahiran bayi perempuan
pula dianggap pembawa bencana
dan amat memalukan bagi keluarga
sehingga
mereka
sanggup
menanam bayi perempuan hiduphidup.

ADDEEN BIL.5 - M/S 10

Kemudian Allah mengutuskan
Nabi Muhammad SAW. Berlakulah perubahan dalam struktur
masyarakat Arab terutamanya dari
aspek sosial berkaitan lelaki dan
wanita, rumahtangga dan kekeluargaan.
Nabi
Muhammad
berusaha untuk menyelamatkan
kehidupan wanita dan seterusnya
mengajar kaum lelaki untuk
menghormati dan menghargai
anak-anak perempuan, isteri dan
juga ibu mereka.
Islam, melalui al-Quran
telah menjelaskan bahawa hakhak wanita sama seimbang dengan
hak-hak lelaki. Malah, Allah s.w.t
tidak memandang tinggi manamana gender kecuali orang yang
bertaqwa.
“ Maka Tuhan mereka
m e m p e r k e n a n k a n
permohonannya (dengan
berfirman): Sesungguhnya Aku
tidak mensia-siakan amal orangorang yang beramal di antara
k am u , b a i k l e l a k i a t a u
perempuan (kerana) sebahagian
kamu adalah keturunan
sebahagian yang lain. Maka
orang-orang yang berhijrah,
yang diusir dari kampung
halamannya, yang disakiti pada
jalan-Ku, yang berpegang dan
yang dibunuh, pastilah akan
Kuhapuskan kesalahankesalahan mereka dan pastilah
Aku masukkan mereka ke dalam
syurga yang mengalir sungaisungai di bawahnya sebagai
pahala di sisi Allah. Dan Allah
pada sisi-Nya pahala yang baik.”
(Ali
Imran:
195)
Wanita adalah satu ciptaan
Allah yang cukup unik, cukup
istimewa... wahai wanita sedarlah
bahawa sebenarnya tiada manusia
yang buruk, lantaran setiap
daripada kita ini dicipta oleh
Tuhan
yang
Maha
Bijaksana.
Masakan ciptaan
Tuhan itu tidak cantik, malah
dalam Islam kecantikan bukan
terletak pada wajah atau keturunan
tetapi apa yang ada di dalam hati.

Baik sang hati baiklah
seluruh badan, jahat sang hati
jahatlah seluruh badan. Agama
menilai kecantikan itu iman yang
teguh, kukuh dan padu.
Seorang wanita akan
menjadi mulia dan terhormat
dengan perhiasan Islam yang
mewarnai kehidupannya. Dia akan
menjadi seorang anak yang
solehah lagi taat kepada ibubapa
serta menjaga maruah diri dan
keluarga. Isteri yang taat kepada
suami dan hamba yang bertaqwa
kepadanya. Oleh yang demikian,
j adilah kit a wanita yang
menggunakan akal fikiran sebagai
pembantu setia dalam merungkai
apa jua masalah yang
membelenggu diri, bukannya
dengan emosi yang tidak terkawal.
Buangkan pakaian mazmumah,
pakai dan hiasilah dengan pakaian
mahmudah, lengkapkan peribadi
dengan nilai-nilai murni, hiasi diri
dengan ketaqwaan dan ketaatan
kepada Yang Esa.
Jadilah kita wanita permata
dunia, wanita pencorak
bangsa! Akhir kata, marilah kita
renungkan kata-kata dari Ustaz
Zaharuddin Abd Rahman sebagai
peringatan : “ wanita mempunyai
peranan yang maha penting
dalam kehidupan manusiawi.
Sebagai ibu, isteri dan rakan
seperjuangan kaum lelaki
dalam menegakkan perintah
dan larangan di atas muka
bumi. Rosaknya kaum wanita
membawa seribu satu macam
bencana buat dunia.Rosaknya
wanita pasti akan meruntuh
institusi keluarga dan membawa
kehancuran sebuah negara.
Wanita boleh menjadi punca
dan sumber iman bagi kaum
lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan”.
Sumber :
Ust Zaharuddin Abd Rahman, 2009, Buku
Untukmu wanita.
Noorzihan Mohamad Yin, 2007, Mengiktiraf wanita sebagai agen pembangunan.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Umni Mukminah , Minda: Islam memperjelaskan hak, martabat wanita.
Zalila Isa, Terima Kasih Islam, Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN

Alhamdullilah kali
ini
kita
akan
berkongsi
satu
lagi buku yang
cukup istimewa
buat
bakal
pengantin,
pengantin
baru
mahupun suami
isteri.
Secara
fitrah,
manusia
menyukai perkahwinan. Baik mereka yang
belum berkahwin mahupun yang sudah
berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan
yang memisahkan dunia bujang dan dunia
berkahwin. Bagi mereka yang bakal
memasuki gerbang perkahwinan, persiapan
dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik
peristiwa bersejarah yang lebih bermakna.
Justeru itu, buku ini sesuai untuk
para remaja yang bakal mendirikan
rumahtangga, yang sudah berkahwin
ataupun mereka yang ingin mendalami
ilmu pengetahuan mengenai hidup
berkeluarga khususnya suami isteri. Buku
ini mengupas permasalahan,hukum dan
syariat dalam perkahwinan bermula
daripada peminangan, walimah, nikah,
perhubungan suami isteri, adab-adab,
tanggungjawab dalam rumahtangga dan
terhadap zuriat.
Buku ini juga membincangkan satu
b ab khus us B i mb in g an Kurs us
Perkahwinan dilengkapi soal jawab agama
di mana ia amat sesuai untuk remajaremaj a ya ng b akal mend irika n
rumahtangga. Selain itu, keistimewaan
buku ini bukan sahaja menjadi panduan
lengkap membina rumahku syurgaku
bahkan ia boleh dijadikan sebagai hadiah
kepada pasangan mahupun kepada sahabat
handai.
Antara bab yang dibincangkan di
dalam buku ini termasuklah: adab isteri
cemerlang, adab suami cemerlang, hukum
dan syariat perkahwinan, adab berjimak,
kehamilan dan adat menyambut kelahiran
zuriat serta amalan-amalan seisi
keluarga.Secara keseluruhannya buku ini
cukup istimewa dan lengkap dengan
maklumat dan ilmu pengetahuan lebihlebih lagi buat bakal pengantin
baru....memang berbaloi utuk dibaca dan
dibeli...
ADDEEN BIL.5 - M/S 11

PROGRAM BIRO MUSLIMAT
MASJID UNISEL
Biro Muslimat Masjid UNISEL di
bawah kelolaan Puan Hajah Fauziah
Abd. Rahman dengan kerjasama Pusat
Islam UNISEL telah merancang dan
berjaya mengadakan beberapa aktiviti
untuk warga Muslimah UNISEL. Majlis
Khatam Al-Quran Muslimah telah berlangsung
pada
19
Ogos
2011
bersamaan 19 Ramadhan 1432H yang lalu
bertempat di Dewan Senat, UNISEL.
Aktiviti lain yang telah dijalankan
adalah Kelas Iqra’ pada setiap hari
Isnin dan Rabu setiap minggu sebagai
pengukuhan
dan
memperbaiki
bacaan
al-Quran. Ianya berlangsung selama 8
minggu yang bermula pada 6hb Julai
2011 sehingga 24 Ogos 2011.
Kelas seterusnya adalah Kelas
Bimbingan Al-Quran yang bermula pada
7 September 2011. Kedua-dua kelas ini
diadakan di Bilik Syura, Pusat Islam
di bawah bimbingan Ustaz Abd. Rahman
Bin Ridewan . Selain dari itu Majlis
Bacaan Yaasin juga diadakan bermula
pada 24 Jun 2011. Ianya diadakan
secara bergilir melibatkan semua staf
setiap unit, jabatan dan fakulti
UNISEL
.
Aktiviti
terkini
yang
dijalankan adalah Kelas Bahasa Arab
Asas pada setiap hari Selasa dan
Khamis yang dikendalikan oleh Cik
Noor Azzah Mohd Yusof.

Oleh : WARTAWAN PUSAT
ISLAM

IHYAK RAMADHAN
1432H /2011M
Pelbagai program telah
disusun
sempena
Ihyak
Ramadhan 1432H/2011. Seperti
kebiasaannya,
setiap
hari
disediakan
iftar
(berbuka
puasa) di Masjid UNISEL untuk
staf
dan
pelajar.
Juadah
berbuka puasa yang disediakan
adalah
hasil
kutipan
sumbangan
dari
orang
perseorangan
atau
secara
berkumpulan
khusus
untuk
Ihyak
Ramadhan.
Solat
Terawih berjemaaah dilaksanakan
pada
setiap
malam.
Manakala Kuliah Ramadhan pula
diadakan pada waktu siang
selepas Solat Zuhur.
Pada 19
Ogos 2011,
Majlis Iftar Jamaie bersama
pihak
pengurusan
bermula
selepas Solat Asar. Majlis
ini
turut
dihadiri
oleh
Pegawai
dari
Bank
Islam
Malaysia
Berhad
selaku
penyumbang untuk asnaf zakat.
Majlis
berakhir
jam
9.30
malam.

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H
Seramai 200 orang peserta di kalangan staf dan pelajar
UNISEL, staf Jana Niaga dan penduduk Kg. Bestari Jaya turut
serta dalam gotong-royong sempena ibadah Qurban 1432H. Program
ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini bermula pada
8hb
November
2011
(Selasa)
di
sebelah
petangnya,
gotong- royong diadakan di mana seekor lembu sumbangan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) diqurban dan seterusnya proses
melapah dan memotong daging sebagai persediaan masakan untuk
jamuan pada keesokan harinya. Hari kemuncak adalah 9hb
November 2011 (Rabu), sebanyak 4 ekor lembu peserta qurban dan
seekor kambing disembelih untuk agihan qurban.

ADDEEN BIL.5 - M/S 12

Majlis Perpisahan
Pengarah Pusat Islam
Pada 29 September 2011
(Khamis) telah
berlangsung
satu
majlis
perpisahan
Pengarah Pusat Islam iaitu
Tuan Hj. Mokhtar Bin
Hj.
R i d z w a n
y a n g
menamatkan kontrak perkhidmatan setelah 7 tahun
bertugas di Pusat Islam Universiti Selangor sejak
tahun 2005 - 2011.
Penamatan perkhidmatan beliau adalah untuk
memberi peluang kepada pengganti beliau meneruskan
perjuangan memantapkan lagi Pusat Islam dan menjadi
pemangkin pembentukan modal insan. Pemangku Presiden
UNISEL, Y.Bhg Prof. Hj. Anuar B. Hj.Ahmad
dan
Timbalan Naib Canselor HEP , YBhg. Prof.Madya Zainal
Abidin Bin Kidam dijemput memberikan kata-kata aluan
dimajlis bermakna tersebut. Turut diraikan di majlis
tersebut adalah mantan staf Pusat Islam yang
terdahulu di atas khidmat bakti sepanjang mereka
bertugas di Pusat Islam.

ADDEEN BIL.5 - M/S 13

Episod Siapakah yang Pekak
Seorang pensyarah yang
hampir bersara amat risau dengan
isterinya yang semakin lama
semakin hilang
pendengaran.
Pada suatu hari dipanggil isterinya
lalu berkata :

Suami

: “ Awak ni semakin tua semakin pekak.
Cuba awak ke dapur dan menjawab
bila saya memanggil awak.”

Isterinya yang akur dengan perintah suami lalu
bersegera ke dapur . Suaminya pun memanggil
beberapa kali. Oleh kerana tiada sahutan dari
isterinya, si suami lantas ke dapur dan berkata
dengan nada marah.
Suami

: “ Betul tak saya cakap. Saya panggil
tapi awak langsung tidakmenyahut.”

Isteri

: “ Tapi tiga kali abang panggil, tiga kali
saya jawab.”

MORAL : Sesekali cerminlah diri sendiri
terlebih dahulu. Jangan hanya pandai
menyalahkan atau melihat kelemahan orang
lain sahaja.

Episod Si Jahil
Seorang pemuda yang baru memperolehi lesen memandu telah
memulakan perjalanan yang pertama dalam hidupnya dengan
memandu sendiri keretanya. Apabila pemuda ini hampir
sampai ke Endau tiba-tiba seorang polis trafik telah menahannya.
Polis Trafik

:“Encik memandu terlalu perlahan dan
menyebabkan kenderaan-kenderaan lain di
belakang encik Bergerak perlahan.”

Pemuda

: “Tapi sign board tadi menunjukkan angka 10
jadi saya bawalah kereta ini dengan kelajuan
10 km/j.”

Polis Trafik

: “Oh…Sign board tu sebenarnya menunjukkan
untuk ke Endau cuma tinggal 10km sahaja.”

Pemuda

: “Ooo…begitu, jadi masa saya lalu kat sign
board yang angka 300 tu maknanya jarak
untuk ke Endau 300km la ye….
bukan 300 km/j.”

Polis Trafik

: “Betul tu encik…sila bagi IC dan lesen
memandu…”

Episod Gelagat Biri-biri
Seorang guru bertanya soalan matematik kepada
muridnya.
Guru : “ Kalau awak ada enam ekor biri-biri, tibatiba seekor melompat lalu terus terjatuh ke dalam
gaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal?”
Murid

: “Kosong.”

Guru : “Mungkin awak tak berapa faham . Kita
cuba sekali lagi (sambil menggunakan jari untuk
meghitung). Kalau awak ada enam ekor biri-biri,
tiba-tiba seekor melompat pagar dan terus terjatuh
dalam gaung. Berapa ekor biri-biri yang tinggal?”
Murid

: “Tiada yang tinggal.”

Guru : “ Awak ni memang tak tahu matematik.
Tinggal lima ekor biri-biri lah!”
Murid
: “ Tapi saya rasa cikgu tak tahu pasal
biri-biri. Kalau seekor biri-biri melompat, yang lain
semuanya ikut melompat!”
Iktibar : “Herd instinct” adalah satu ungkapan
yang lahir dari sifat biri-biri yang suka mengikut-ikut. Ia merujuk kepada sifat negative seseorang yang sentiasa mengikut perkembangan
tanpa usul periksa – dan akhirnya terbabas.

Iktibar : Peluang yang diperolehi ketika dalam tempoh
pembelajaran dan pengajian perlu dimanfaatkan dengan
baik bagi menyuburkan ilmu pengetahuan seberapa yang
boleh. Jika tidak, kita akan berhadapan dengan pelbagai
masalah selepas tamat pengajian lantaran tidak memahami
perkara-perkara utama tertentu.
ADDEEN BIL.5 - M/S 14

MENYEMAI BENIH
KEKUATAN…

MEMACU KEBERANIAN
2) Kenapakah kita didatangkan?
“Tidak Kami
ciptakan jin dan
manusia
itu
melainkan
untuk
beribadah (kepada Kami).”
(Surah Az-Zariyat : 56)

Manusia dilahirkan dengan
fitrah semulajadi, diciptakan dengan
sifat-sifat yang tersendiri. Kita
sebenarnya adalah makhluk yang
istimewa. Tanda istimewanya kita
apabila Nabi Adam a.s itu diciptakan,
Allah memerintahkan para malaikat
dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s
sebagai tanda hormat. Firman Allah
SWT bermaksud : “ Dan ingatlah
ketika Kami berkata kepada para
malaikat, sujudlah kamu kepada
Adam, mereka semua bersujud
kecuali
iblis
yang
membantah” (Surah Taha :116) . Justeru
kedatangan kita ke dunia ini adalah
kedatangan
yang
mulia.
Dan
kehidupan ini satu anugerah buat kita.
“Sesungguhnya
Kami
ciptakan
manusia itu dengan sebaik-baik
penciptaan.” (Surah At-Tin :4).
Bagaimanakah kita
dapat
memahami erti kehidupan dan
merasakan anugerah dari Allah?
Jawapannya ada APABILA KITA
MENGENALI DIRI iaitu berdasarkan 3 persoalan penting yang berikut :
1) Dari manakah kita datang?
“ Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu daripada saripati
yang beasal dari tanah. Kemudian
Kami menjadikannya daripada nutfah
(air mani) yang tersimpan di dalam
tempat
yang
kukuh
(rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan
sesuatu yang melekat, lalu sesuatu
yang melekat itu Kami jadikannya
segumpal daging, dan daripada
segumpal daging itu Kami jadikan
tulang-belulang, lalu tulang –
belulang itu Kami bungkuskan
dengan daging, kemudian Kami
menjadikannya
makhluk
yang
(berbentuk) lain. Maha Suci Allah
yang
merupakan
sebaik-baik
pencipta.”
(Surah Al-Mukminun :12-14)

“Dan ada antara mereka yang
berdoa, “Ya Tuhan kami, berikanlah
kami kebaikan di dunia dan akhirat,
dan lindungilah kami dari azab
neraka.
Mereka
itulah
yang
memperoleh bahagian daripada apa
yang mereka kerjakan, dan Allah itu
maha cepat perhitungan-Nya.”
(Al-Baqarah : 201-202)
3) Ke manakah kita akan pergi?
“Sesungguhnya Allah itu amat
mencintai mereka yang sering
bertaubat,
dan
mereka
yang
membersihkan diri.”
(Surah Al-Baqarah : 222)
“Sesungguhnya kami menghidupkan
dan mematikan, dan hanya kepada
Kamilah
tempat
kembali.”
(Surah Qaf : 43)
Manusia
yang
unggul
peribadinya adalah mereka yang
memenuhi ciri-ciri individu Islam
yang sebenar menurut kehendak
al-Quran dan as-Sunnah dalam
seluruh aspek kehidupan. Untuk
menjadi manusia yang unggul perlu
membina kekekuatan diri. Kekuatan
diri bukan dilihat dari sudut fizikal
semata bahkan ia melibatkan dalaman diri (jiwa manusia) yang berkait
rapat dengan hati dan iman seseorang
individu.
Mengenal
al-Khaliq
(Pencipta) kepada manusia adalah
kunci kepada kekuatan diri. Kerana
kekuatan mutlak itu datangnya dari
Allah SWT.

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF

Biji benih pertama berkata, "Aku
mahu bercambah dan tumbuh
membesar! Aku mahu akarku
tertanam sedalam-dalamnya di dalam
tanah sehingga melepasi kerak bumi.
Aku mahu kuntuman bungaku mekar
sehingga dapat kurasai kehangatan
cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku".
Biji benih kedua pula berkata,"Tidak!
Aku takut. Jika aku tumbuh
membesar, aku tak tahu apa yang
akarku akan tempuhi di dalam
kegelapan tanah. Jika bungaku mekar
berkembang, para siput akan
menggigit aku! Anak-anak kecil akan
memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...!
Aku tidak sanggup. Lebih baik aku
menunggu waktu dan masa yang
lebih selamat".
Maka, biji benih kedua itupun
menunggu waktu yang selamat untuk
bercambah. Tiba-tiba kedengaran
bunyi kokokan ayam dari jauh.
Semakin lama semakin dekat bunyi
tersebut. Ternyata ayam tersebut
sedang mencari makan. Sambil
mengais-ngais tanah, ternampaklah
ayam tersebut akan biji benih kedua
tersebut lalu dimakannya.”

Dialah yang memberi petunjuk
kepada manusia untuk memperolehi
kekuatan. Kekuatan ini memberanikan diri untuk menghadapi cabaran,
menjadi Muslim dan Muslimah yang
kuat jiwanya. Adapun cabaran, ujian
dan masalah itu adalah petunjuk,
teguran dan didikan dari Allah SWT
kepada manusia.
Sedikit kisah untuk paparan
bersama :
“ Dua biji benih pokok bunga
Keembung telah disemai sebelah
menyebelah di sebuah taman bunga
yang subur tanahnya.

ADDEEN BIL.5 - M/S 15

Sewajarnya kita perlu berani
menghadapi cabaran. Sesuatu yang
besar bermula dari impian yang besar.
Sesuatu yang remeh bermula dari
pemikiran yang lemah. Justeru kita
perlu berfikiran besar dan positif untuk
melangkah maju. Pemikiran yang kecil
dan negatif akan mematikan cita-cita
sepertimana yang berlaku pada biji
benih yang kedua. Hakikatnya, cabaran
yang datang itu adalah peluang
mendapat didikan dan proses pembelajaran kehidupan, yang datangnya dari
Allah SWT untuk membangunkan diri.
Lalu sebagai manusia janganlah
memandang rendah terhadap keupayaan
diri.
Apa jua yang kita hadapi
sebenarnya mematangkan cara kita
berfikir dan bertindak di masa akan
datang. Penulis dan motivator yang
terkenal Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Solusi
2010, Isu No.25) menyatakan bahawa
masalah ialah anak tangga
kehidupan. Manusia berkembang
dan
berkemajuan
dengan
melangkah anak tangga masalah
demi masalah dalam hidupnya. Ini
adalah ‘syllbuss’ pelajaran yang
tidak boleh mengelakkan diri. Kita
akan menghadapi ‘syllbuss’ yang
sama melalui peristiwa, manusia
dan situasi yang berlainan.

Adakalanya Allah memberi teguran dan
petunjuk kepada kita seorang,dari itu
kita menyahut seruanNYA dan menjana
kekuatan secara individu. Bukan di atas
dorongan orang lain.
Kesedaran ini yang merubah diri
sendiri. Seterusnya, Allah datangkan
petunjuk
melalui
keluarga
dan
orang-orang yang terdekat dengan kita
supaya kita perlu menjadi lebih kuat.
Petunjuk Allah juga diberikan melalui
keadaan sekeliling kita, dunia , harta
benda dan lain-lain. Kita seharusnya
sedar akan petunjuk yang Allah berikan
dan seterusnya membina kekuatan dan
menjadi perisai diri. Apabila kita
merasa takut kepada Allah dan
kemurkaan-Nya, ini bermakna hati
kita masih hidup. Hati umpama
bejana iman kepada Allah SWT.
Rosaknya hati maka punahlah
keimanan yang menjadi tunjang
kekuatan manusia.

Tanpa petunjuk-Nya manusia
akan merasa kosong, menjadi songsang,
tidak mempunyai hala tuju, dan menuju
kehancuran.

Usah rasa tidak selesa dengan
cabaran kerana cabaran sentiasa
memberikan kekuatan. Hanya orang
yang lemah yang menganggap cabaran
itu melemahkan. Selain peluang, ia
adalah satu pengalaman yang tidak
ternilai harganya, tidak terjual di manamana melainkan hanya ada pada orang
yang mengalaminya sendiri.
Semakin kesusahan itu datang
mengetuk, semakin ia membentuk jati diri.
Sekiranya segala usaha
telah
dilakukan
untuk
menyelesaikan masalah yang
timbul masih menemui jalan
buntu, maka kembalilah kepada
niat asal kita. Sekiranya niat asal
kita
kerana yang satu hanya
Allah semata, maka apa yang
berlaku adalah kehendak Allah,
hati dan perasaan kita lebih
tenang lantaran sandarannya
hanya kepada Allah Yang Maha
Mengetahui dan Berkuasa. Apa
jua yang berlaku semua di dalam
pengawasan Allah walaupun
ianya luar daripada kawalan
manusia.

Justeru itu, jangan takut
menzahirkan cara hidup Islam
yang bagaikan bunga mekar di
taman. Jangan takut menempuhi
liku kehidupan dengan menambah
iman di dalam hati yang bagaikan
tumbuhnya
akar
di
dalam
tanah...sekiranya perasaan takut itu
telah menguasai, maka diri akan
hancur ditelan zaman. Dunia ini
bagi manusia hanya igauan
sementara
dan
sekadar
persinggahan.
Sekiranya kita terjatuh,
carilah kekuatan melaluiNya.. Allah
amat
mengenal manusia. Apabila
berlaku masalah dan cabaran, atau
dugaan serta ujian, manusia akan
menjadi lemah. Tetapi adakah manusia
mengenali
Allah !!??... Manusia
itu fitrahnya memerlukan pegangan iaitu
akidah yang mantap membentuk
keyakinan
dalam
meneruskan
kehidupan. Sesungguhnya hanya pada
ALLH SWT tempat pergantungan
kita . “Dan Allah di atas segala
sesuatu.” (Surah Ali Imran : 165).

Maka untuk menjadi orang yang
kuat dalam mendepani cabaran-cabaran
hidup, cabaran itu perlu ditempuh
apabila terpaksa ditempuh,biarpun amat
menyakitkan dan memeritkan kerana
pengakhirannya adalah kekuatan. Sebagaimana kata-kata Luqman al-Hakim :
“ Janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah
engkau
langsung
memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu
barang, kerana manis itu belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum
tentu
menimbulkan
kesengsaraan.”

Sesungguhnya petunjuk yang
terakhir adalah MAUT dan alam
selepasnya. Akan tetapi ketika itu kita
sudah hilang kekuatan dan tidak mampu
berbuat apa pun kerana sudah terlambat.
Marilah kita memperkasa diri melalui
kekuatan jiwa iaitu memiliki keimanan
yang utuh, melaksanakan amal ibadah
menghiasi diri dengan akhlak mulia.
Manusia sememangnya hanya
menginginkan kesenangan. Setiap yang
payah tidak mahu dilakukan. Sehinggakan ramainya manusia mencari kesenangan melalui jalan yang tidak sepatutnya.
Tabiat kemahuan yang inginkan
kesenangan sepanjang masa telah
menimbulkan sikap takut cabaran atau
lemah
menghadapi
cabaran.

Alangkah baik sekiranya
dapat melihat dengan matahati
kita apa yang tersembunyi di
sebalik yang berlaku. Hidup ini perlu
dilihat dari perspektif yang berbezabeza. Seringkali manusia selalu
menyalahkan Allah kerana tidak kasih
lantaran pelbagai ujian yang diberi.
Akan tetapi kita sebenarnya yang gagal
melihat dan menilai kebaikan yang
terselindung . Andai kepayahan ,
kesusahan itu dilihat sebagai
kemudahan, kesenangan yang
tersembunyi di mana-mana, hati kita
akan lebih bersangka baik.
Mengenali Ilahi… Mengenali Diri
dengan matahati… memerhati… memahami… menghayati… mengingati… Insya-Allah dirahmati…
ADDEEN BIL.5 - M/S 16

Oleh :Mujahid Unisel (mujahidjr91@yahoo.com)

“Ya Bunayya, Irkab Ma’ana.”
Bermaksud: “Wahai anakku, naiklah bersama kami.”
Itulah
bicara
Nuh
kepada
anaknya. Surah Hud ayat 42 mencatatkan kisah ini. Saat banjir kilat
lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya
terkapai-kapai ditenggelami air,
sedang Nabi Nuh dan mereka
yang beriman dengannya sudah
selamat di atas bahtera.
“(Mereka semua naik) dan bahtera
itupun bergerak laju membawa
mereka dalam ombak yang seperti
gunung-ganang, dan (sebelum itu)
Nabi Nuh memanggil anaknya,
yang sedang berada di tempat
yang terpisah daripadanya: Wahai
anakku, naiklah bersama-sama
kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang
kafir.” (Surah Hud : ayat 42)
Tetapi Sang Anak yang kufur
kepada Allah, menolak pelawaan
ayahandanya. Bahkan dalam
keadaan terkapai-kapai itu masih
bongkak lantas:“
Anaknya menjawab: Aku akan
pergi berlindung ke sebuah
gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan
oleh air.” (Surah Hud : ayat 43)
Nabi Nuh sayu berkata:
“Hari ini tidak ada sesuatu pun
yang akan dapat melindungi dari
azab Allah, kecuali orang yang
dikasihani olehNya. Dan dengan
serta-merta ombak itu pun
memisahkan antara keduanya,
lalu menjadilah ia (anak yang
derhaka itu) dari orang-orang
yang
ditenggelamkan
oleh
taufan.” (Surah Hud : ayat 43)
*
*
*
“Irkab
Ma’ana !!” (naiklah
bersama-sama kami).
Apakah
yang
dimaksudkan
dengan suruhan tersebut?

Jawapannya adalah untuk :
“Menjadi Hamba Ilahi Sejati.”
Itulah bahtera keimanan dan
ketaqwaan yang menghasilkan
kekuatan, yang akan membantu
kita melayari kehidupan ini dengan kesejahteraan dan keamanan.
PEGANGLAH KUNCI BAHTERA
Semestinya, kita perlukan kunci
untuk membuka pintu bahtera ini.
Kuncinya adalah dengan beriman
kepada Allah SWT dan RasulNya.
Kita naik saksi bahawa Allah Rabbul ‘Alamin (Pentadbir) seluruh
alam semesta dan kehidupan kita,
dan kita juga naik saksi dengan
keyakinan tiada goyahnya bahawa Muhammad itu Rasulullah
Habibullah. Dengan kunci inilah
kita membuka bahtera kekuatan,
menaikinya, dan melayari kehidupan ini dengannya.
DI DALAM BAHTERA INI
Di dalam bahtera ini ada ketenangan, ada kebahagiaan, ada kelapangan. Semuanya bergabung
menjadi satu makna yang mampu
kita ungkap di dalam satu perkataan – Kekuatan.
Saat badai menerjah, bahtera
keimanan dan ketaqwaan inilah
menjaga kita dan meyakinkan
bahawa segala-galanya akan selamat, dan apa yang berlaku
kepada kita adalah yang baik-baik
sahaja. Walaupun pada awalnya
kelihatan seperti sebaliknya.
“…Dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),
Allah jualah Yang mengetahui
(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah AlBaqarah: ayat 216)
Saat kelemahan menyelimuti diri,
keresahan mengikat hati, bahtera
keimanan dan ketaqwaan memberikan hati kita motivasi, lantas
menjadikan kita kondusif menjalani kehidupan.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),
dan janganlah kamu berdukacita
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah
orang-orang
yang
tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang
-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman.” (Surah Ali-Imraan : ayat
139)
Saat kita ketakutan dan merasa
ingin berputus asa, bahtera ini
memberikan semangat, menghilangkan segala keraguan lantas
membuatkan kita berdiri tanpa
gentar.
“Kalau kamu tidak menolongnya
(Nabi Muhammad) maka sesungguhnya
Allah
telahpun
menolongnya, iaitu ketika kaum
kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua
(sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia
berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.
Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi
Muhammad) dan menguatkannya
dengan
bantuan
tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir
terkebawah (kalah dengan sehinahinanya), dan Kalimah Allah
(Islam) ialah yang tertinggi
(selama-lamanya), kerana Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah: ayat 40)
Di dalam bahtera ini ada kekuatan, untuk kita melayari kehidupan dengan penuh tabah dan
gagah. Tiada musuh mampu
menggentarkan kita. Tiada badai
mampu menenggelamkan kita,
tiada taufan yang mampu
merobohkan kita.
Kita selamat di dalam bahtera ini,
dengan keselamatan yang nyata.
ADDEEN BIL.5 - M/S 17

BAHTERA INI TIDAK STATIK

PENUTUP

Bahtera ini bergerak, seiring
perjalanan kehidupan kita. Sebab itu kita
tidak sekadar memegang kunci bahtera
dan melaung-laung bahawa kita adalah
ahlinya. Tidak dan tidak. Bahkan, kita
lah pengemudinya bahtera ini.

Sungguh kisah Nuh dan anaknya
memberikan kesan. Huluran tangan
telah diberikan Namun keangkuhan si
anak
telah
membinasakan
diri,
membuatkan diri terkorban. Bukankah
perintah Allah itu jelas. Di saat banjir
melanda, Allah memerintahkan agar
yang beriman kepadaNya menaiki
bahtera. Jika tidak, akan binasa ditelan
banjir.

Sebagai
pengemudi
kita
memanggil lebih ramai orang lagi untuk
menaiki bahtera kekuatan ini.Tidak
sekadar mengaku sebagai ahli bahtera,
kita juga menunjukkan sahsiah ahli
bahtera ini. Lantas akhlak kita diarah
untuk dijaga. Lantas tutur kata kita turut
digesa periksa.
Ahli bahtera bukan pengotor. Sedangkan
dia adalah seorang yang pembersih.
Ahli
bahtera
bukan
pembazir.
Sedangkan dia adalah seorang yang
berjimat cermat dan hanya membelanjakan pada sesuatu yang perlu.
Ahli bahtera bukan yang berakhlak
buruk. Sedangkan dia adalah yang
mempunyai peribadi yang bersih.
Ahli bahtera bukan pembohong.
Sedangkan dia adalah seorang yang
jujur.
Ahli bahtera bukan malas. Sedangkan
dia adalah seorang yang rajin.
Sahsiah
diiringi
fikrah.
Bukan
semata-mata fikrah yang dicanangkan.
Tetapi
sahsiah
islamiah
yang
dipraktiskan di dalam kehidupan yang
sebenar, itu adalah apa yang benar-benar
membuatkan ahli bahtera ini kuat dan
terselamat.
MENUJU
SELAMAT

DESTINASI

YANG

Ya. Bahtera ini akan membawa kita ke
satu destinasi pelabuhan (perhentian)
yang aman sejahtera berkekalan. Iaitu
membawa kita ke Syurga Allah SWT.
Kekuatan dari bahtera ketaqwaan dan
keimanan ini meresapi ke dalam ruh
kita , membuatkan kita terus tabah menjalani kehidupan dan pancarobanya,
pahit getir kesukaran yang dilalui,
hingga akhirnya kita merasai kemanisan
iman yang memandu kita ke SyurgaNya.
Berjayalah bagi orang yang beriman dan
sabar…
Adakah kita bersama-sama mereka yang
menaiki
bahtera
ini
ataupun
sebaliknya…Mari
kita
renungkan
sejenak…

Apakah
pengajaran
peristiwa tersebut?

disebalik

Allah menghendaki kita taat dan
patuh kepadaNya. Menjadikan seluruh
kehidupan ini sebagai ibadah dengan
menjauhi laranganNya dan melaksanakan perintahNya. Tetapi apa yang telah
kita lakukan? Adakah kita menyahut
seruanNya? Atau kita berkata kepada
Allah sebagaimana si anak berkata
kepada Nuh:
“Aku ingin berenang ke gunung yang
tinggi. Di sana aku akan selamat.”
Gunung manakah yang lebih
tinggi daripada Allah SWT? Di ceruk
dunia manakah yang mampu menyelamatkan kita daripada Allah SWT?
Tidakkah kita memerhatikan?
Sesungguhnya, bahtera kekuatan
– keimanan dan ketaqwaan berada jelas
di hadapan kita. Sudahkah anda bersedia
untuk
menjadi
salah
seorang
penumpangnya? Apakah anda bergerak
ke arahnya? Atau membiarkan bahtera
itu berlayar begitu sahaja?
Wahai sahabatku yang disayangi!!..
ayuh kita menaiki bahtera ini agar dapat
terus berlayar dalam meraih redha dan
cintaNYA…
Wassalam…...

Bahtera
Kehidupan
Bila manusia tak mampu
menjual dirinya maka
pasti sulit akhirnya,
duhai manusia betapa
kerdilnya dirimu di hadapan
Allah Yang Mulia.
Luka di hati tak dapat
diubati oleh ubat dunia,
luka dunia sebaliknya dapat
disembuhkan oleh
Dia Yang Maha Bijaksana,
Apakah musuh yang
nyata bagi manusia?
di kala sekarat manusia
hanya lupa pada dirinya.
Siapa yang dapat menolong
lupa pada diri manusia?
tak ada satu pun bila bukan
Allah Azza wa Jalla.
Bahtera bukan satu-satunya
yang dapat memuat manusia,
sekali berlabuh pasti hanya
lekas berada di ujung dunia.
Akankah bahtera kehidupan
manusia mengantarkan
ke hadirat Tuhannya?
hanya Dia yang menentukan
nasib umat manusia.
Duhai anak Adam yang
penuh durhaka,
sudahkah dirimu berubah
laksana bahtera yang
berlabuh di dermaga?
Sulit bagimu jika tak ada
kata tulus dalam
terjaga hatinya,
sipunya keburukan hanya
dapat tertawa akan dua dusta,
bohong dan tawarnya
yang hampa.
Bila sudah begitu adanya
akan lari ke mana?
abu sulit kembali jadi
kayu yang sama bentuknya.
Segera bergegas adalah
jawabnya,
Bila akan menuju
Allah Azza wa Jalla.
ADDEEN BIL.5 - M/S 18

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

PENDAHULUAN

1. Terburu-buru dan berputus asa.

Doa bermaksud memohon atau
meminta. Ia merupakan senjata yang
kuat yang digunakan oleh seorang
Muslim dalam mencari kebaikan dan
menolak kemudaratan. Ianya juga
umpama ubat yang mujarab bagi
melawan, meringankan atau menghilangkan penyakit.

Nabi SAW bersabda : “ Doa salah
seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan sahaja
seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia
mengatakan : Aku telah berdoa, tetapi
doaku belum diperkenankan.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud : “ Barangsiapa di
antara kalian, telah dibukakan pintu
doa, pasti dibukakan pula baginya
pintu rahmat. Sesungguhnya doa itu
bermanfaat terhadap apa yang
terjadi atau pun yang belum terjadi,
maka hendaklah kalian berdoa.”
DOA TANDA KETAATAN
Dalam
apa
jua
keadaan
sekalipun, kita digalakkan berdoa
kepada Allah SWT. Berdoa merupakan
bukti ketaatan, kepatuhan, tawakkal
setelah berusaha, serta merendah diri
kepada Allah SWT. Apa jua yang kita
lakukan adalah di atas keizinanNya jua.
Adapun kekuatan dan keupayaan
manusia adalah terbatas. Allah Yang
Khaliq (pencipta) manusia dan maha
berkuasa. Oleh yang demikian kita
mohonlah pertolongan dari Allah SWT
serta menyerahkan urusan hanya
pada-Nya.
Mereka yang tidak berdoa adalah
termasuk di dalam golongan orangorang yang sombong kepada Allah
SWT. Sebagaimana firman Allah dalam
surah Al-Ghafir, ayat 60 yang
bermaksud : “ Dan Tuhanmu

berfirman : “ berdoalah kepadaKu,
akan ku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembahku (berdoa kepadaku) akan masuk neraka jahannam dalam
keadaan hina dina.”
Ada ketika manusia sering
berputus asa apabila doanya tidak
dimakbulkan. Perlu diingat, ada
beberapa faktor yang boleh menjejaskan
atau menghalang doa dikabulkan Allah,
iaitu :

2.Menggunakan rezeki
sumber yang haram

daripada

Begitu juga dengan persoalan bilakah
doa kita akan dimakbulkan? Sesungguhnya ia adalah hak Allah SWT kerana
Dia Maha Mengetahui masa yang paling
sesuai dan baik untuk diberikan kepada
kita. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id
al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi
SAW : “Tidak ada seorang Muslim
yang membaca doa di mana tiada pada
doanya itu hal yang menimbulkan dosa
dan memutuskan silaturahim, melainkan
Allah pasti akan memberikan kepada
orang itu dengan doanya salah satu dari
tiga macam. Adakalanya Allah segera
memperkenankan doanya. Adakalanya
doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai
simpanan pahala di akhirat. Dan adakalanya Allah memalingkan dan
menghindarkan sebarang kejahatan
(bala dan bencana) daripada orang itu
sesuai dengan doanya.” Berkata sahabat : “Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!” Nabi SAW bersabda : “ Allah akan memperbanyakkan
pemberian-Nya.” (Hadis Riwayat Imam
Ahmad dan al-Hakim)
Oleh yang demikian, tiada
ruginya kita berdoa, melainkan kita
semakin hampir kepada Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT merindui
ratapan dan rayuan hamba-Nya yang
berdoa, mengharap rahmat-Nya dan
mencintai-Nya.
HIKMAH DOA
Allah
melewatkan
waktu
terjawabnya doa itu kerana kebaikan dan
mempercepatkannya akan membawa
kemudaratan.
Rasulullah
SAW
bersabda : “Seorang hamba itu akan
sentiasa dalam kebaikan selagimana dia
tidak tergesa-gesa (untuk memohon
supaya cepatnya doa terkabul); dia
berkata : Sesungguhnya aku telah

berdoa
tetapi
belum
dimakbulkan’.” (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu
Ya’la
dan
al-Thabarani;
sahih
li ghairih). Mungkin juga doa masih
belum terkabul disebabkan dosa atau
kekurangan dalam adab berdoa yang
kita tidak sedari. Mungkin juga
disebabkan syubhah (keraguan) dalam
benda yang kita makan atau sebab-sebab
lain.
Adapun antara adab-adab berdoa seperti
berikut ;
1. Membuka doa dengan hamdalah
dan pujian bagi Allah SWT dan
selawat ke atas Nabi SAW.
2. Mengakui dosa sebagai tanda patuh
dan mengabdikan diri kepada Allah
SWT.
3. Berdoa dengan niat yang tulus dan
yakin akan dikabulkan serta berharap.
4. Berwudhuk, menghadap kiblat dan
mengangkat tangan ketika berdoa.
5. Merendahkan diri, khusyuk serta
suara berbisik dan lembut dalam doa.
6. Memilih waktu- waktu yang
mustajab dalam berdoa seperti selepas
solat, antara azan & iqamat, sepertiga
malam terakhir, hari jumaat, hari
arafah, saat hujan turun dan ketika
sujud.
7. Tidak mendoakan keburukan untuk
diri, keluarga dan harta.
8. Tidak bersajak dalam doa.
Kita digalakkan berdoa ketika
sujud kerana ketika itu kita paling
hampir kepada Allah SWT. Sabda
Rasulullah SAW : “Suasana yang paling
hampir antara seorang hamba dengan
Tuhannya adalah di kala ia bersujud
kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
Disebalik doa itu tersingkap
makna hubungan dan rahsia antara
seseorang hamba itu dengan Allah.
Teruslah memohon dan berharap kepada
Allah kerana Dia tidak pernah
menyalahi janjiNya. Semua yang terjadi,
Allah jua yang berhak memilihnya.
ADDEEN BIL.5 - M/S 19

Kita perlu sentiasa
memeriksa niat agar kita
tidak terlepas pandang
kotoran yang melekat
padanya.
Mungkin
sekarang tidak, tetapi
lam a-kelam aan kita
mungkin boleh menjadi
orang yang sombong atau
berasa berilmu hingga
melihat orang lain seperti
tidak berada di tahap
kita.
Niat memainkan peranan
penting dalam sesuatu perlakuan.
Tanpa niat , perlakuan tidak akan
timbul. Biar apa pun perlakuan
kita ,sedar atau tidak ia dimulakan
dengan niat. Cuma kita tidak sedar
akan keberadaannya. Mungkin bagi
kita, niat adalah satu ucapan.
Mungkin ada juga yang menyatakan
niat adalah lintasan hati atau boleh
jadi apa yang dirasa di dalam hati.
Biar apa pun keadaan dan
caranya, ia tetap niat. Begitu juga
niat yang baik, tetapi seringkali
memakan diri. Saya pernah ditanya
tentang hal ini, “Mengapa kadangkala niat yang baik ,akhirnya
membawa keegoan yang tinggi
dalam diri seseorang?” Mungkin
selama ini kita terlepas pandang kaitan niat dengan nafsu dalam
melaksanakan tindakan. Sebagai
contoh, kita berniat baik untuk
mengajarkan sesuatu perkara yang
baik kepada seseorang. Tetapi kita
mungkin alpa dalam menilai nafsu
yang ada dalam niat baik kita.
Kita mungkin terlalu bercita
-cita tinggi dalam menjadikan seseorang itu baik hinggakan perlakuan
kita dipenuhi ego.

Kita menasihati orang untuk
berbuat baik dengan harapan mereka
akan berubah ke arah lebih baik. Kita
memberi
nasihat
bersungguhsungguh supaya perubahan berlaku.
Namun, jika orang yang dinasihati
tidak mendengar, kita menjadi emosi.
Maka di situlah letaknya ego. Kita
lupa bahawa kita perlu melakukan
apa sahaja untuk membawa transformasi yang baik. Akan tetapi harus
diingat bahawa keputusan atau hasil
itu tetap hak milik mutlak Allah
SWT.
Saya
pernah
ditanya,
“Mengapa orang bukan Islam
bersetuju dengan Islam, tetapi tidak
mahu masuk Islam?” Inilah titik ego
halus yang sudah terlepas pandang.
Kita menasihati orang kerana
kemahuan kita, bukan kerana kasih
sayang. Kasih sayang sentiasa akan
timbul dari jiwa yang tenang yang
sentiasa mengingati Allah dengan
jiwanya. Satu kisah yang kita dengar
pernah dihuraikan oleh al-Ghazali
mungkin dapat memberi gambaran
tentang niat yang dilihat baik, tetapi
sebenarnya membawa kemusnahan
diri.
Pada zaman Bani Israel ada
seorang ahli ibadah yang begitu
tekun
beribadah
hinggakan
sebahagian kehidupan hanya untuk
berbakti kepada Allah SWT. Sebagai
abid,
dia
begitu
menjaga
hubungannya dengan Allah SWT dan
sesama insan. Pada suatu hari, dia
mendapat
tahu
masyarakat
kampungnya menyembah sepohon
pokok yang dianggap keramat.
Mengetahui hal itu, emosinya menjadi marah. Lalu dia berniat untuk
menebang
pokok
tersebut.
Diambilnya kapak, lantas keluar
untuk menghapuskan kekufuran.
Niatnya yang begitu baik dan murni
menimbulkan keresahan pada Iblis.
Di pertengahan jalan, dia
bertemu iblis yang menjelma
menjadi seorang lelaki tua. Iblis
bertanya, ke mana dia hendak pergi
dengan membawa kapak. Ahli
ibadah menjawab dengan penuh
emosi. “Aku mahu ke sana untuk
menebang pokok yang disembah
masyarakat setempat. Aku akan
tebang pokok itu!” Iblis cuba
memasang strategi agar ahli ibadah
itu membatalkan niatnya. Iblis pun
berkata “Mengapa bersusah-payah

mahu menebang pokok itu hingga
kamu sanggup meninggalkan ibadah
kamu kepada Allah SWT?” Tanpa
menghiraukan kata-kata iblis, ahli
ibadah meneruskan perjalanannya.
Dia nekad mahu menebang pokok
yang menyesatkan manusia. Dek
kerana kedegilannya, berlakulah
perkelahian antara dia dengan iblis.
Namun kerana tekad yang begitu
kuat, iblis dapat dikalahkan dengan
mudah.

Alah Dengan Tawaran Iblis
Setelah kalah, iblis mula
menggunakan pendekatan diplomasi
yang diharapnya dapat membuatkan
ahli ibadah membatalkan niatnya.
Katanya “ Allah SWT tidak mewajibkan kamu menebang pokok itu,
tidak pula mewajibkan kamu
mencegah masyarakat menyembah
pokok tersebut. Ini adalah kewajipan
serta tugas para Nabi dan Rasul, sedangkan kamu bukan dari golongan
tersebut.”
Biar apa pun kata iblis, ahli
ibadah tersebut tetap juga dengan
pendiriannya. Ini membuatkan iblis
berasa sangat marah. Lalu dia menggunakan kekerasan untuk memastikan kegagalan misi ahli ibadah tersebut. Namun iblis tetap gagal. Melihatkan kekerasan hati ahli ibadah
yang benar-benar nekad, iblis mula
membuat tawaran. Iblis menawar
ahli ibadah satu keberhasilan atau
keuntungan yang berterusan kerana
dia seorang yang miskin dan tidak
berharta. Iblis memujuknya supaya
menerima tawaran tersebut.

ADDEEN BIL.5 - M/S 20

“Iblis berkata “Aku akan
memberi kamu dua dinar setiap hari.
Dengan itu kamu boleh menggunakan satu dinar bagi keperluan nafkah
dan satu dinar lagi untuk bersedekah
kepada fakir miskin. Wang itu akan
aku letakkan di bawah bantal kamu
setiap pagi.” Tanpa disedari ahli
ibadah itu, pujuk rayu iblis telah
menyusup masuk ke dalam benak
mindanya.
Abid
mula
membayangkan wang yang bakal
diperolehi
dan
mengenangkan
dirinya dapat beribadat lebih tekun
tanpa memikirkan wang. Maka dia
dia membuat keputusan untuk tidak
meneruskan niatnya. Dia kembali ke
rumah untuk beribadah seperti biasa.
Seperti yang dijanjikan
iblis, terdapat dua dinar di bawah
bantalnya pagi hari pertama dan
kedua. Ahli ibadah cukup berlapang
dada kerana wang yang diperolehnya
begitu mudah dan dia merasakan dia
akan dapat melakukan ibadah dengan
lebih tekun. Namun, hal itu tiadak
berlaku pada hari ketiga. Dia mula
rasa kecewa kerana dipermainkan.
Dia
berasa
dimungkiri
lalu
mengambil kapak dan keluar untuk
menebang pokok tersebut. Dia pergi
dalam keadaan begitu marah. Dalam
perjalanan ke pokok tersebut, dia
bertemu
kembali
iblis
yang
menyerupai lelaki yang menahannya
beberapa hari lepas.
Ahli ibadah memarahi iblis.
Mereka bertengkar hebat sehingga
berlaku
pertempuran
fizikal.
Anehnya, kali ini ahli ibadah dapat
dikalahkan dengan begitu mudah.
Melihat ahli ibadah sudah dapat
ditewaskan dengan mudah, iblis
memberi amaran agar dia tidak
meneruskan niat untuk menebang
pokok berkenaan. Seandainya dia
berdegil, iblis tidak teragak-agak
untuk menghapuskannya. Mereka
kemudian berbalah hingga terfikir
oleh ahli ibadah tersebut untuk
bertanyakan sesuatu yang bermain di
fikirannya. “Mengapa kamu amat
mudah mengalahkan aku sedangkan
dalam dua pergaduhan sebelum ini
kamu dapat mengalahkan aku dengan
mudah?”
“Apa yang kamu hairankan?
Bukankah pergaduhan pertama dan
kedua kerana niat kamu ingin
menebang pokok supaya dapat
menghindarkan masyarakat dari sesat
dan
engkau
begitu
ikhlas
melakukannya.

Namun kali ini, kamu kalah
kerana niat kamu bukan lagi kerana
Allah SWT, tetapi demi memenuhi
tuntutan
nafsu.
Kamu
ingin
menebang pokok itu kerana marah
apabila aku tidak memberi wang
yang aku janjikan. Kamu aku
kalahkan kerana niat kamu,” kata
iblis.

Renung Kembali Niat Diri
Cerita ini
menjelaskan
betapa halusnya permainan yang ada
dalam episod niat itu sendiri. Kita
kelihatan
mahu
mengubah
masyarakat agar kembali kepada
kehidupan
asas
iaitu
yakin
sepenuhnya kepada Allah SWT.
Namun pada masa yang sama kita
tidak perasan bahawa niat kita
dikotori nafsu duniawi yang halus,
tetapi cukup merosakkan. Kita
mungkin
melakukannya
kerana
bercita-cita tinggi untuk menjadi
orang yang dihormati atau kita
melakukannya
supaya
kita
mempunyai gelaran tertentu. Hal itu
tiada siapa yang mengetahui dan
tiada siapa yang berhak menghakimi
melainkan kita dan Allah SWT.
Saya menulisnya supaya
kita sama-sama merenung kembali
niat kita yang kelihatan baik, tetapi
memakan diri sendiri kerana
permainan nafsu yang dipacu
syaitan. Kita perlu melakukan atas
niat yang murni kerana Allah SWT.
Kita perlu sentiasa memeriksa niat
agar kita tidak terlepas pandang
kotoran yang melekat padanya.
Mungkin sekarang tidak,
tetapi lama-kelamaan kita mungkin
boleh menjadi orang yang yang
sombong atau berasa berilmu hingga
melihat orang lain seperti tidak
berada di tahap kita. Ini adalah
strategi halus. Apa yang perlu kita
lakukan adalah kembali kepada Allah
SWT secara total dan kasih sayangNya akan menyelamatkan kita dari
permainan yang cukup halus ini.
Tulisan oleh :

TUAN HJ. SAEDAL ATAS BIN ABD GHANI
PENGARAH PUSAT ISLAM
NO.TELEFON: 03-3280 5035
EMAIL: saag62@yahoo.com

USTAZ ABD RAHMAN BIN RIDEWAN
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM / IMAM 2
NO.TELEFON: 03-3280 5059
EMAIL: arah5885@yahoo.com.my

EN. NURDIN BIN DARMAN
PENOLONG PENDAFTAR
NO.TELEFON: 03-3280 5140
EMAIL: nurdin@unisel.edu.my,
udeen02@yahoo.com

CIK ZAHIDAH BINTI MOHD ZAIN
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
NO.TELEFON: 03-3280 5132
EMAIL: zahidahmdz@gmail.com,
zahidahmd2@unisel.edu.my

CIK NOOR AZZAH BINTI YUSOF
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
NO.TELEFON: 03-3280 5132
EMAIL: azzah_yusof@unisel.edu.my,
nazmy_uk78@yahoo.com

EN. MOHD AZLIZAD BIN SULAIMAN
PEMBANTU TADBIR AGAMA
NO.TELEFON: 03-3280 5134
EMAIL:ijad2708@yahoo.com

Dr. Azhar Hj.Sarip, ILUVISLAM,Jun
2010.
USTAZ MOHD SOFYAN BIN RAZALI
PEMBANTU TADBIR / BILAL
NO.TELEFON: 03-3280 5059
EMAIL: ibnuansar@yahoo.com

ADDEEN BIL.5 - M/S 21

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF
PENDAHULUAN
Manusia adalah hamba Allah
yang dijadikan untuk mengabdikan
diri dan patuh kepada penciptaNya
dengan melaksanakan suruhanNya
dan meninggalkan laranganNya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud : “ Tidak ada seorang pun
di langit dan di bumi kecuali akan
datang kepada Tuhan yang bersifat
ar-Rahman sebagai seorang hamba”.
(Surah Maryam : ayat 93)
METODOLOGI AL-FALAH

bahagia dunia dan Akhirat kearah
melahirkan keluarga yang Cemerlang
iaitu beriman dan bertaqwa kepada
Allah.
3. MASYARAKAT – untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai Roh
Islam dan semangat perjuangan yang
tinggi dalam menaikkan martabat
bangsa ke arah kemajuan yang sebenar.
Al-Falah menjadi benteng masalah
sosial.
4. NEGARA – untuk melahirkan
sebuah negara yang berjaya dari semua
aspek kehidupan samada ekonomi,
sosial dan pentadbiran.

2. Orang-orang yang tidak mahu
bercakap sesuatu perkara yang tidak
berfaedah.
3. Orang-orang yang mengeluarkan
zakat hartanya.
4. Orang-orang yang memelihara
kehormatannya (tidak berzina).
5. Orang-orang yang memelihara
amanah dan mengembalikan kepada
yang hak.
6. Orang-orang yang menepati janji.
7. Orang-orang yang tetap memelihara
solat iaitu menunaikan solat tepat pada
waktunya.
PENUTUP

Ia selaras dengan pandangan
al-Quran bahawa kehidupan manusia di
dunia ialah satu ujian dari allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah
al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud : “
Alif, Laam, Miim . Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata :
“kami beriman”, sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan
Demi sesungguhnya ! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka ,maka (dengan ujian
yang demikian), Allah mengetahui
orang-orang yang sebenar-benarnya
beriman, dan mengetahui tentang
orang-orang yang berdusta (dengan
jelas dan nyata).

HIERARKI HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALLAH SWT DALAM
KONTEKS
KEIMANAN
MENCAPAI AL-FALAH

AL-FALAH DALAM KEHIDUPAN
INSAN

Allah SWT telah berfirman
dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11
iaitu menerangkan ciri-ciri orang mukmin yang mendapat kemenangan
(al-Falah). Mereka adalah orang-orang
yang berhak mendapat ganjaran Syurga
Firdaus serta kekal di dalamnya, iaitu :

Iaitu merangkumi aspek :
1. DIRI – sebagai khalifah di bumi
Allah yang mempunyai tanggungjawab
menyeru umat Islam ke arah kebaikan.
Nabi Muhammad SAW adalah sebaikbaik ikutan.
2. KELUARGA - untuk melahirkan
institusi Kekeluargaan yang Berjaya,

Kemajuan dan pembangunan
yang dibentuk oleh Islam selaras dengan
syarat- syarat untuk mencapai al-Falah
iaitu : Kesepaduan & Kesatuan
Rohani. Keutamaan nilai-nilai rohani
dan akhlak dalam mencorak dan
menentukan aspek kebendaan perlu
dititikberatkan . Allah SWT telah
memberi peringatan tentang kebinasaan
yang akan berlaku disebabkan perbuatan
-perbuatan manusia itu sendiri
sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud : “telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia;
(terjadinya yang demikian) kerana
Allah ingin mereka merasakan
sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka
lakukan, supaya mereka kembali (insaf
dan bertaubat).”
(Surah Ar-Rum : ayat 41)

1. Orang-orang yang khusyuk di dalam
solatnya. Khusuk ialah tenang hatinya
dalam solat dan takut kepada Allah
SWT serta memahami apa lafaz yang
dibaca dalam solat.
ADDEEN BIL.5 - M/S 22

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF
1. Kebiasaan solat
berjemaah, selepas
imam membaca
al-Fatihah maka
makmum akan ucapkan
“Ameen”. Apa makna
“Ameen” itu?

2. Apa yang patut
kita buat jika
terlupa rakaat masa
solat. Berhenti dan
solat semula ke?

3. Ketika imam
sedang sujud atau
tasyahud, apa yang
perlu dibuat oleh
makmum yang baru?

JAWAPAN :
1.
“Ameen” bermaksud kabulkanlah. Ia disebut selepas membaca Fatihah. Ini kerana di akhir surah Fatihah
ada doa agar ditunjukkanlah kita ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah jalan bagi orang yang telah mendapat
nikmat dan keredhaan Allah dan bukannya jalan orang yang dimurkai Nya dan orang yang sesat. Besar sungguh
pengertian doa dalam Fatihah. Oleh kerana itulah disebut “Ameen”. Bahkan lafaz “Ameen” diulang-ulang dalam
setiap doa. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Apabila imam berkata “Ameen” maka samasamalah mengaminkan bersamanya. Sesungguhnya sesiapa yang berbetulan “Ameen”nya dengan “Ameen”
para malaikat, maka diampunkan dosanya yang telah lepas.” (Riwayat Tirmizi)
2.
Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah yakin. Contohnya sekiranya terlupa
bilangan rakaat samada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan
bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat. Maksud sabda
Nabi Muhammad SAW : “ Apabila seseorang kamu syak dalam solatnya lalu dia tidak tahu berapa rakaatkah
yang telah dia solat sama ada tiga rakaat atau empat rakaat, maka buanglah syak dan binalah atas apa
yang dia yakini. Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum salam.” (Riwayat Muslim)
Jadi tidak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilangan
rakaat yang banyak. Kalau diambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak
sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih, itu tidak
mengapa.
3.
Tidak dinafikan ada orang yang menunggu hingga imam berdiri semula barulah dia takbir ihram.
Macamana kalau imam tidak akan bangun untuk rakaat yang seterusnya. Sebaiknya ialah terus mengikuti apa
yang dibuat oleh imam selepas makmum habis bertakbir ihram. Jika imam sedang sujud, maka teruslah sujud.
Jika imam sedang tasyahud, maka teruslah tasyahud. Jika imam sedang duduk di antara dua sujud, maka ikutlah
perbuatan imam. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW :

‫صلُّ ْوا َومـَـا فـَـاتَـ ُك ْم فَأَتِ ُّم ْوا‬
َ َ‫فـَ َم ـ ــا أ َْد َرْك ــتُ ْم ف‬

Terjemahannya : “…Apa yang kamu dapat maka solatlah. Apa yang kamu tertinggal maka
sempurnakanlah.”
ADDEEN BIL.5 - M/S 23