You are on page 1of 44

Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

TOPIK 1
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.
Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek
kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan
kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor
dan Terengganu.
Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam
Ottawa.
Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan
mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ).
Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Pengenalan Prog.RKS
- Meliputi semua kegiatan dan pengalaman2 yg direka utk mempertahankan, menggalakkan & menjaga kesihatan optima
murid
- utk menggalakkan hidup sihat/membina pengetahuan, sikap & kebiasaan mengenai kesihatan

PROGRAM BERSEPADU SEK SIHAT:- mula 1996 + K Kesihatan


Tujuan :
- Menyatupadu & menyelaras semua xtvt berkaitan kesh sek.
Matlamat:
- Meningkatkan pengetahuan ttg amalan kebersihan diri,bersih,ceria,selamat dan sihat.
Matlamat PBSS adalah untuk melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah
merealisasikan wawasan negara
1.1.1 Konsep dan Rasional
a.
Terdapat beberapa aktiviti serta program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu
program bersepadu;
b.
Untuk merealisasikan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta merujuk kepada keperluan sekolah
berlandaskan keperluan semasa;
c.
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab serta komitmen
dalam kalangan warga sekolah;
d.
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta mampu menilai
keberkesanannya; dan
e.
Satu usaha bagi meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara pihak sekolah dan masyarakat
dalam menangani isu kesihatan.

Rasional:
- Mwujudkan 1 prog kesh yg mampu melahirkan rasa t.jwb bersama & komitmen warga sekolah.
- Penyeragaman beberapa program kesh_ satu prog sepadu
- Mwujudkan 1 sys. yg fleksibel, inovatif&kreatif berdasarkan keperluan semasa
- Meningkatkan kefahaman&kerjasama=> sek + masyarakat
Objektif:
a.

Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah;

b.

Memelihara dan menambahbaik persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan ceria;

c.

Mewujudkan fenomena persekitaran sosial sekolah yang menjurus ke arah amalan cara hidup sihat;

d.
Mempertingkatkan ilmu pengetahuan, sikap serta amalan yang berkaitan dengan kesihatan agar setiap warga
sekolah bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat;
e.

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam setiap program kesihatan sekolah;

f.

Menilai taraf kesihatan murid;

g.

Memberi khidmat rawatan dan rujukan;

h.

Menggalakkan peranan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid;

i.

Memberi penjagaan dan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah;

j.

Mengawal dan mencegah kejadian penyakit; dan

k.

Mengenalpasti, merujuk serta membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

1.1.3 Kepentingan Program dari Aspek Individu, Keluarga dan Komuniti


- meliputi hak dalam mendapatkan pendidikan bagi individu itu sendiri
- Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus
- cara menjaga kesihatan diri masing-masing.
- Setiap individu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang kesihatan yang baik untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Dalam kemelut pelbagai kemunculan penyakit berjangkit seperti AIDS

1.2 KOMUNITI PBSS


Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan untuk membentuk minat, sahsiah, kecenderungan serta keinginan dalam
mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan
masyarakat.
1.2.1 Pendidikan Kesihatan Secara Formal
a.
Mempertingkatkan, menambahbaik serta mengemaskinikan kurikulum yang sedia ada dari semasa ke semasa dengan
mengambil kira isu-isu kesihatan terkini.
b.

Memberi pendidikan kesihatan secara formal kepada guru dan murid iaitu:

i.

Guru

Kursus Asas Perguruan di institut perguruan dan institusi pengajian tinggi;


Kursus dalam Perkhidmatan kepada guru-guru terlatih; dan
Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru terlatih yang terpilih.

ii.

Pelajar

Melalui mata pelajaran yang ditentukan di sekolah khususnya;


mata pelajaran Pendidikan Kesihatan;
Latihan amali kesihatan; dan
Projek-projek khas secara individu atau berkumpulan.
c.

Penyeliaan dan pemantauan oleh guru dan pelajar.

1.2.2 Pendidikan Kesihatan Secara Tidak Formal


a.
Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti denggi, kempen makan untuk kesihatan, kempen
menderma darah, kempen aktiviti senaman, kecergasan fizikal dan sebagainya.
b.

Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat.

c.

Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah.

d.

Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam komuniti.

e.

Mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan kesihatan di sekolah-sekolah.

f.
Mengadakan demonstrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan seperti pemakanan sihat, senaman,
kesihatan mulut, penjagaan gigi, pertolongan bantu mula dan seumpamanya.
g.
Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas tempat-tempat seperti bilik darjah, kantin, bangunan akademik dan
lain-lain kawasan-kawasan lain di sekeliling sekolah.
h.

Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh para guru dan pelajar pelajar itu sendiri.

i.

Mengadakan khidmat kaunseling tentang kesihatan.

1.2.3 Amalan Kesihatan


a.

Menubuhkan satu jawatankuasa kesihatan sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah.

b.

Menubuhkan kelab kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.

c.

Mengadakan biro kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.

d.

Mengamalkan cara hidup sihat.

1.2.4 Promosi Kesihatan


a.
Guru-guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti promosi
kesihatan sekolah.
b.
Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui dan mematuhi akta dan peraturan yang
berkaitan dengan kesihatan sekolah.
c.
Memberi sokongan kepada akta-akta yang menyokong kesihatan, contohnya antaranya sekolah sebagai kawasan
larangan akta merokok dan menguatkuasakan larangan memiliki rokok di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
d.
Mencadangkan peraturan di peringkat sekolah jika terdapat perkara yang berpotensi mengganggu kesihatan
pelajar, contohnya tegahan menjual makanan ringan di kantin sekolah.

1.3 PERANAN
- bertujuan menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu
meningkatkan taraf kesihatan di kalangan warga sekolah.
1.3.1 Peringkat Sekolah
Matlamat P K - untuk membentuk sikap positif terhadap kesihatan.
a. Peranan Murid
i.Melibatkan diri secara aktif bagi setiap aktiviti PBSS yang dirancang;
ii.Memberikan komen atau cadangan dalam merancang aktiviti-aktiviti PBSS;
iii.Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan kesihatan supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam
menjaga kesihatan diri sendiri;
iv.Menyampaikan maklumat khususnya kepada ibu bapa dan masyarakat sekeliling tentang aktiviti-aktiviti kesihatan
dalam PBSS yang dijalankan oleh pihak sekolah; dan
v.Menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menyokong kempen-kempen kesihatan seperti Kempen Merokok,
Tak Nak dan Anti Denggi.
b. Peranan Guru
i.Memahami serta menguasai teras-teras utama PBSS.
ii.Menyokong, melaksanakan dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS
peringkat sekolah.
iii.Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat
sekolah.
iv.Menjadi role model atau contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
v.Menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif; dan
vi.Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai matlamat PBSS.
c. Peranan Pengetua/Guru Besar
i.Memberi penerangan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di
sekolah.
ii.Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah yang dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan serta wakil masyarakat setempat; dan
iii.Merancang aktiviti dengan mengambil kira:

oKeperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat.
oPengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan.
oKemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis serta bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
oKesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan
diri.
oMasalah kesihatan setempat yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
oMemastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan.
oMenjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS.

1.3.2 Ibu Bapa dan Masyarakat


a.

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh pihak sekolah.

b.
Bersama-sama memberikan sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga mahupun peralatan serta
kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.
c.

Memberi semangat dan galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS; dan

d.
Menjadi role model atau contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan
seharian.

1.3.3 Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah


a.

Memberikan penerangan dan informasi yang tepat dan lengkap kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS.

b.
Memberikan bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang,
menjalankan serta menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
c.
Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah dalam
menjalankan aktiviti PBSS; dan
d.

Mengendali dan memantau perjalanan program PBSS yang dilaksanakan.

1.3.4 Jabatan Pendidikan Negeri dan Kebangsaan


a.

Memberi penerangan kepada Bahagian atau Daerah mengenai pelaksanaan PBSS.

b.
Memberi bimbingan kepada Bahagian atau Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya
merancang dan menjalankan aktiviti.
c.
Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian/Daerah
menjalankan PBSS; dan
d.

Mengendali dan memantau perjalanan program PBSS yang dilaksanakan.

Objektif:
- Memelihara & meningkatkan persekitaran sekolah yg bersih, ceria,selamat dan sihat.
- Membina satu persekitaran sosial sek yg mgalakkan cara hidupsihat.
- Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah
- Kerjasama komuniti.

Pekeliling Berkaitan:
-Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997
- Panduan Melaksanakan PBSS
- Buku Panduan PROSTAR & Modul LAtihan PROSTAR
- Garis Panduan RMT

3 Kelompok Msyarakat Dlm Kesihatan:


- Individu
- Keluarga
- Komuniti

Kerjasama Antara Agensi dari segi:


i) Pemeliharaan Kesihatan
- kawalan pembiakan vector
- pembuangan sampah & saliran air yg sempurna
- kwsn yg cantik, bersih dan selamat.

ii) Struktur Fizikal


- Lokasi yg sesuai
- Bangunan yg selamat
- Pengudaraan yg sempurna
- Pencahayaan yg cukup
- kemudahan bilik yg mencukupi

6 Teras Utama PBSS( Keluar SEPT 07)


i) Polisi Kesihatan Sekolah
ii) Persekitaran Fizikal Sekolah
iii) Persekitaran Sosial Sekolah
iv) Penglibatan Komuniti
v) Kemahiran Kesihatan Diri
vi) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

FUNGSI SETIAP TERAS:


i) Polisi Kesihatan Sekolah
- Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kpgd warga sekolah & masyarakat luar.
- Merancang & mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan

ii) Persekitaran Fizikal Sekolah


- Mewujudkan persekitaran fizikal yg bersih dan selamat
- Mewujudkan persekitaran yg bebas drp risiko jangkitan pnyakit.
- Memastikan semua kemusahan asas mencukupi & sentiasa dlmkeadaan bersih, ceria, selamat.

Perkara Yg Perlu Diambil kira Bagi Memastikan FIzikal Sekolah Sempurna:


- Persekitaran yg Bersih & selamat(bg galakkan amalan kesihatan,kurangkan risiko jangkitan penyakit dan <kan kej.
kemalangan.
- Kebersihan (Kantin, dapur, dewan makan
- Pengamalan,penyediaan &pengambilan makanan berkhasiat.
- Mjadikan sekolah kawasan larangan merokok
- Sekolah bebas denggi
- Persekitaran sekolah bebas pencemaran

iii) Persekitaran Sosial Sekolah


(Persekitaran yg boleh membentuk sikap&amalan ke arah membina sahsiah &amalan ke arah membina sahsiah yg murni &
dpt mengatasi segala cabaran.
2 Perkara Yg Perlu Disediakan Utk Memastikan Persekitaran Sosial Yg Menarik:
Persekitaran yg kondusif utk perkembangan mental yg sihat
Persekitaran sosial yg sihat utk perkembangan JERIS.

iv) Penglibatan Komuniti


(Kerjasama semua pihak menykong & meningkatkan thp kesihatan warga sekolah)
- Penglibatan aktif dl xtvt kesihatan
- Menyumbangkan tenaga/kepakaran/kewangan
- memberi dorongan&sokongan moral kpd murid
- Menjadi role model kpd amalan cara hidup sihat.

Aktiviti yg Boleh Dijalankan:


PROSTAR
Bebas Denggi di Sekolah
Anti Merokok
kempen Cara Hidup Sihat
Program Kantin Sihat
Sekolah Bersih
Bebas Dadah
Keselamatan

v) Kemahiran Kesihatan Diri


(Usaha membentuk sikap positif ke arah amalan cara hidup sihat)

AKTIVITI DLM KONTEKS FIZIKAL:(Mengajar konsep kepada murid)


a) Kebersihan Diri
b) Kesihatan Pergigian
c) Senaman dan Kecergasan
d) Makan Secara Sihat
e) Anatomi dan Fisiologi
f) Pertolongan Cemas

AKTIVITI DLM KONTEKS MENTAL&SOSIAL


a) Perkembangan Mental Dan Sosial
Guru & Murid perlu didedahkan kpd pengetahuan ttg perkembangan mental & Sosial yg normal
b) Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga
- Murid perlu diberi kemahiran menangani masalah

- Guru hendaklah didedahkan kpd cara kenal pasti mslah kesihatan mental dan sosial di kalangan murid.
- Sekolah perlu sediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

vi) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


(Merangkumi : promosi kesihatan & pemalanan, penjagaan kesihatan, rawatan pergigian)
- Memaklumkan guru&ibubapa mengenai thp kesihatan murid bg membolehkan rawatan lanjut & tindakan susulan.
- membina kefahaman& kesedaran warga sek. Mengenai kepentingan kesihatan & amalan cara hidup sihat.
- Program khas dilaksanakan dgn sempurna(RMT/PSS)
- Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

Aktiviti Perkhidmatan Sekolah:


a) Penilaian Status Kesihatan
b) Rujukan & Tindakan Susulan
c) Khidmat Kaunseling
d) Pemakanan
e) Pergigian
f) Pertolongan Cemas
g) Pendidikan Kesihatan
h) kanak-kanak dgn keperluan Khas.

TOPIK 2: Amalan Kebersihan Sekolah


Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah penting mewujudkan persekitaran yang ceria samping dapat melatih
murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar.
Kesedaran amalan ini dpt berjln dgn lancar dan sempurna.
Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.
2.1 DEFINISI AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
- disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar menjadi amalan
sepanjang hayat.
2.2 OBJEKTIF AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
a.

Memupuk perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian;

b. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta
menghargai kemudahan yang disediakan;
c. Memupuk semangat kepunyaan dan kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
kebersihan sekolah;
d. Melaksanakan akt amalan kebersihan bg m capai kebersihan maksimum;
e. Mewujudkan suasana yang menjadi identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah serta ceria.

2.3 KONSEP AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH


2.4 PIAWAIAN AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
a.

Bersih
i.Tiada contengan;
ii.Tiada goresan;
iii.Tiada sampah;
iv.Tiada sawang;
v.Tidak berhabuk atau berdebu;
vi.Tidak berlumut;
vii.Tidak berbau yang kurang menyenangkan;
viii.Sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan bakteria
ix.Dalam warna asal

b.

Berfungsi
i.Dijaga dan disenggarakan dengan baik
ii.Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.

c.

Selamat
i.Tidak berbahaya
ii.Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak

2.5 CIRI-CIRI KEBERSIHAN


a. Ceria di sini memberi maksud bersih dan cantik dengan dekorasi, susun atur dan suasana persekitaran yang riang,
selesa, suci, murni, menarik dan pelbagai.
b. Indah pula memberikan maksud suasana yang cantik, permai, bagus, elok dan molek. Ia juga menyumbang kepada
keadaan dan perasaan segar, senang, enak dan tenang.
c. Wangi iaitu menerangkan tentang keadaan yang berbau harum serta menyenangkan sama ada berbau asli atau
menggunakan bahan pewangi yang menyegarkan.

2.7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SERTA PERANAN SEKOLAH


langkah-langkah yang perlu diambil ialah:
a.

Menjaga kebersihan kantin, bilik darjah serta bilik guru;

b.

Mencuci tandas sekerap mungkin dan menyelenggarakan scr berjadual;

c.

Memotong rumput secara kerap;

d.

Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang disediakan;

e.

Mmastikn beg sampah sarap dikutip scr berjadual oleh pihak bkenaan;

f.

Mengenalpasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes;

g. Mewujudkan suasana ceria di sekolah dengan menanam pokok bunga untuk mengindahkan dan menghijaukan
persekitaran sekolah;
h. Menggalakkan amalan pembuangan sampah dan penggunaan tandas secara betul dalam kalangan murid-murid,
warga sekolah dan pihak pentadbiran;
i.

Memeriksa kebersihan sekolah dan kawasan sekitarnya (kantin, tandas, bilik darjah, padang);

j. Mengadakan program gotong-royong dan bagi membersihkan persekitaran sekolah berserta aktiviti rondaan kelas
yangbertugas;
k. Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan melalui pengadilan yang dibuat berpandukan Borang
Penilaian Kebersihan;
l. Menceriakan kawasan sekolah dengan aktiviti membina taman-taman, tapak semaian serta menjalankan kerja-kerja
keceriaan;
m. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual bertugas untuk murid-murid, para guru serta
pekerja;
n.

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan

o.

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan iaitu melalui penekanan dalam subjek PJK.

TOPIK 3
Melalui program kesihatan sekolah diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
dan bersahsiah tinggi tetapi dapat melahirkan pelajar yang dapat menjadikan penjagaan aspek kesihatan sebagai sesuatu
yang amat penting dalam kehidupan mereka.
Pelbagai program berorientasikan kesihatan dapat memperkasakan pelajar berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan.
Ia juga mendorong pelajar mengambil langkah sendiri dalam memelihara tahap kesihatan diri sendiri.
Warga sekolah yg sihat diharap mampu menggerakkan negara ke arah pembangunan yang lebih pesat.
PROSTAR dan program pendidikan AIDS membentuk pelajar yang berpengetahuan, bersikap positif serta mengelakkan
amalan yang berisiko mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.
Program Doktor Muda membentuk sekumpulan Doktor Muda selaku Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu pihak
sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit.
Pelaksanaan program melibatkan usaha sama pihak sekolah, ibu bapa, NGO serta pelbagai agensi awam yang berkaitan.

3.1 PROSTAR (PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA)


Matlamat dan Objektif
- membentuk sekumpulan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mampu dan mahir berkongsi maklumat AIDS dengan
rakan sebaya.
Okbjektif khusus program ini ialah:
a. Membentuk golongan remaja yang sedar dan tahu akan ancaman penyakit AIDS dan menyebarkan maklumat AIDS
dengan cukup dan tepat;
b.

Membentuk kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS);

c. Mendedahkan remaja dengan maklumat penyakit-penyakit kelamin (Sifilis, Gonorea, Klamidia) serta perkaitan dengan
jangkitan HIV;
d.

Mendedahkan PRS dengan kemahiran berkomunikasi dan memujuk rakan sebaya;

e.

Membentuk sekumpulan remaja yang berfikiran positif apabila berhadapan dengan isu stigma serta diskriminasi; dan

f.

Mendidik remaja cara membuat pilihan dan keputusan yang terbaik untuk mengelak jangkitan HIV.

3.2 PROGRAM-PROGRAM
a. Pendidikan Pencegahan AIDS
- satu penyakit yang memberi kesan yang merugikan kepada negara sekiranya ia tidak dibendung di peringkat awal.
- gejala jangkitan HIV berkait rapat tingkah laku yang berisiko tinggi iaitu hubungan seksual secara rambang dan bebas
serta berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.
- Golongan remaja sebagai satu kumpulan yang signifikan dalam menyumbang kepada jumlah jangkitan HIV dan penyakit
AIDS di negara kita.
- kesedaran tentang bahaya dan cara pencegahan penyakit AIDS perlu didedahkan kepada para pelajar mulai dari peringkat
sekolah rendah lagi.
- sekolah menengah:
Program Intervensi Pelajar (PTP) menyediakan ruang untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, NGO dan lain-lain agensi untuk menyebarkan mesej berkenaan pencegahan AIDS.

PIP - menyediakan perkhidmatan saringan air kencing bagi pelajar berisiko tinggi untuk mengenalpasti terlibat dengan
masalah penagihan dadah.
Kelab PROSTAR, penyebaran mesej pencegahan AIDS dijalankan oleh ahli kelab secara Personal Selling kepada rakan lain
atau melalui aktiviti pameran serta kuiz pada Hari Kokurikulum.
penyebaran mesej melalui Program Doktor Muda.

b. Projek Anti Denggi


Penyakit AIDS adalah satu penyakit yang memberi kesan yang merugikan.
Peningkatan kes denggi berkaitrapat dengan faktor kepesatan proses urbanisasi, pencemaran dan pembukaan
kawasan baru untuk perindustrian.
-

Sekolah merupakan tempat sesuai untuk mendidik pelajar-pelajar berkaitan pencegahan penyakit denggi.

PK berkaitan anti denggi adalah bernaung di bawah Program Bebas Denggi Di Sekolah (PBDS).

COMBI (Communication for Behavioural Impact ) - satu pendekatan dalam aspek promosi kesihatan yang enggunakan
pelbagai kaedah komunikasi untuk mengubah tingkah laku seseorang.
Pendekatan COMBI Denggi bertujuan mencegah dan mengawal penularan penyakit denggi di sekolah dan masyarakat
setempat.
-

pelajar dan warga sekolah yang lain dilatih untuk menjadi fasilitator program COMBI Denggi

c. Program Rubela
Rubela dikenali juga sebagai German Measles dan merupakan sejenis penyakit berjangkit yang menyerupai campak.
Kesan penyakit rubela tidak begitu membahayakan kecuali kepada wanita yang mengandung. Ia boleh menyebabkan
kecacatan atau kematian kepada bayi dalam kandungan.
Suntikan rubela hanya diberi kepada pelajar perempuan semasa di Tahun Enam. Semenjak Program Imunisasi MMR
(Mump, Measles & Rubella) diperkenalkan oleh KKM, semua bayi perempuan diberi imunisasi rubela. Program rubela di
peringkat sekolah adalah setakat selepas kelompok yang menerima imunisasi MMR memasuki sekolah.

d. Program Doktor Muda


diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Seri Biram pada tahun 1989 dan 1991 di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1
Kelantan, bermula secara aktif pada tahun 2004.
PDM adalah program yang berpusat di sekolah (school-based).
Matlamat PDM - melahirkan pelajar yang mementingkan dan mutamakan kesihatan serta berupaya mjd agen
mpromosikan kesihatan yang baik untuk rakan sebaya, ahli keluarga serta masyarakat. - menggunakan rangka kerja
Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat yang berasaskan kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak
sekolah, ibu bapa dan kesihatan.
PDM disasarkan kepada pelajar sekolah rendah Tahap 2 yang dipilih berdasarkan kriteria seperti minat, prestasi
akademik, bakat kepimpinan, kemas, suka menolong, proaktif, personaiti menarik serta mendapat kebenaran ibu bapa.
Objektif umum PDM ialah untuk memperkasakan murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri serta rakan-rakan mereka

Objektif khusus PDM ialah untuk:


i.Membantu diri sendiri, rakan serta anggota keluarga ke arah amalan hidup sihat;
ii.Menjadi pembimbing dan role model;
iii.Membantu pihak kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti kesihatan di sekolah;
iv.Memperkukuhkan penglibatan guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kesihatan murid;
v.Menggalakkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian kepada kesihatan murid-murid; dan
vi.Meningkatkan usahasama di antara pihak kesihatan dan pihak pelajaran.
3.2.1 Pelaksanaan Program

Aspek Penting Pengurusan dan Pengelolaaan

Program-program kesihatan di bawah PBSS adalah perkongsian bijak di antara Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan - bertanggunggungjawab menguruskan program-program ini.

Negeri - mesyuarat diadakan di antara dua jabatan ini untuk membincangkan keperluan serta langkah
penambahbaikan program di bawah PBSS.

Pegawai bertanggungjawab dalam pelaksanaan diberi latihan yang sewajarnya. Fasilitator di peringkat negeri
bertanggungjawab mengembangkan program tersebut di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Ini bermaknanya, pegawai
akan melatih pegawai lain berdasarkan kepada pendekatan training of trainers.

Guru pembimbing bertanggungjawab mengendalikan aktiviti di peringkat sekolah. Guru pembimbing juga
bertanggungjawab menyediakan semua laporan berkaitan keahlian serta aktiviti yang telah djalankan supaya ia dapat
dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

3.2.2 Aktiviti-aktiviti Dilaksanakan


Aktiviti ini dilakukan scr perkongsian bijak dgn Pejabat Kesihatan, NGO dan lain-lain agensi awam yang berkaitan. Sekolah
menyediakan ruang utk myebarkan mesej kesihatan sms aktiviti Hari Terbuka Sekolah, Minggu Sains dan Matematik, Hari
Ko-kurikulum, Bulan Membaca, Minggu Kecergasan dan lain-lain.

TOPIK 4 KESELAMATAN DIRI


4.1 KONSEP DAN DEFINISI KESELAMATAN DIRI
Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri
dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti
keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau
kesakitan yang berpunca daripada kecederaan.
Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat
kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta
di sekelilingnya.
Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Konsep
keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan kenapa ia berlaku.
Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah
kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut bidang tugas dan persekitaran kerja.
Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia berpunca daripada sikap sambil lewa
atau sikap tidak ambil peduli.
Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah mempastikan keselamatan anda
terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.
4.1.1 Konsep Keselamatan di Tempat-Tempat Tertentu
taman permainan dengan pengawasan ibu bapa.
rumah tanggungjawab terletak pada ketua keluarga dan ahli-ahlinya seperti isteri dan anak-anak.
pejabat tanggungjawab oleh majikan, jawatankuasa keselamatan serta pekerja

4.1.2 Kepentingan Pengawalan Keselamatan


Seseorang kanak-kanak belum dapat berdikari memerlukan sokongan daripada orang lain khasnya ibu bapa, penjaga serta
guru. Kepentingan pengawalan keselamatan dapat menjamin persekitaran yang aman dan selesa dalam sebuah komuniti
dan masyarakat
pengawalan keselamatan berguna dalam memupuk sikap sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran seperti di
jalan raya, sekolah, rumah dan tempat kerja. Kecuaian, sikap tidak peduli serta sikap sambil lewa terhadap peraturan dan
undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan keselamatan merupakan faktor utama yang mengundang malapetaka
dan kemalangan.
pengawalan keselamatan yang dilakukan berdasarkan mekanisme undang-undang dan peraturan menjamin kewujudan
keteraturan sosial (social order) dalam sebuah komuniti, masyarakat dan negara.

4.2 PERALATAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN


Personal (Individu) - panduan pemilihan dan penggunaan topi keledar.
a.
Topi keledar mestilah diluluskan oleh pihak berkuasa khasnya SIRIM. Pengesahan daripada SIRIM bermakna
ketahanan topi keledar tersebut telah memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.
b.
Topi keledar mestilah digunakan dengan betul. Ia mestilah padan dan boleh diikat dengan selesa di bawah dagu
pengguna.
c.

Ia mestilah berwarna terang dengan penggunaan pelekat-pelekat yang memantul cahaya pada waktu malam.

d.
Jenis topi keledar adalah berbeza mengikut tahap umur seseorang khasnya untuk kegunaan orang dewasa dan
kanak-kanak. Pengguna tidak seharusnya menggunakan topi keledar yang hanya menutup sebahagian daripada kepala atau
menggunakan topi keledar mainan bagi kanak-kanak.
e.
Menggunakan topi keledar merupakan suatu amalan keselamatan semasa menunggang motosikal. Ia bukan
hanya digunakan sebagai barang hiasan semata-mata. Sekiranya ia tidak digunakan dengan cara yang betul takut disaman
oleh pihak polis.

Di Rumah - panduan penggunaan peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan semasa di rumah:
a.

Menggunakan sarung tangan dan pemegang khas untuk memegang peralatan panas seperti kuali dan ketuhar.

b.
Menggunakan cermin mata khas (goggles) apabila melakukan kerja-kerja bertukang, mengimpal dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk melindungi mata dari terkena percikan api dan partikel.
c.
Menggunakan jubin yang mempunyai permukaan yang kesat di bilik mandi, balkoni, dapur atau di lain-lain
tempat di dalam dan luar rumah yang terdedah kepada air. Ia bertujuan untuk mengelakkan kita tergelincir dan terjatuh.
d.
Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai ahli yang kurang upaya atau orang tua, keperluan palang besi di
dinding bilik air dan tepi tandas sebagai alat sokongan untuk mereka bergerak adalah disyorkan.
e.
Menutup soket elektrik dengan penutup khas untuk mengelakkan bayi dan kanak-kanak memasukkan objek
seperti besi dan dawai ke dalam lubang soket tersebut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan terkena renjatan elektrik.

Di Tempat Kerja - Tanggungjawab majikan menyediakan persekitaran kerja yang selamat. - peralatan keselamatan diri yang
digunakan di tempat kerja
a.

Topi Keselamatan

Ia digunakan untuk mengurangkan kesan hentakan benda berat dan kecederaan ke atas bahagian kepala seseorang jika
ditimpa benda-benda yang terjatuh.

b.
Kasut Keselamatan (safety boots)Ia dapat menahan hentakan objek berat, kejutan elektrik, haba panas serta
tercucuk oleh benda tajam.
c.

Sarung Tangan Keselamatan

Terdapat beberapa jenis sarung tangan yang perlu digunakan oleh pekerja berdasarkan bidang kerja iaitu sarung tangan
pakai buang, sarung tangan fabrik, sarung tangan kulit, sarung tangan pelapik besi, sarung tangan pelapik aluminium serta
sarung tangan penebat kimia.
d.

Cermin mata Keselamatan (goggles)

Digunakan untuk melindungi mata daripada habuk, asap dan cahaya terang yang boleh menjejaskan penglihatan dan
merosakkan mata.
e.

Palam Telinga (ear plug) dan Peranti Telinga (ear muff)

Digunakan di tempat pembinaan, lapangan terbang, kilang atau tempat-tempat yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan
bising.
Di Sekolah
- penggunaan peralatan perlindungan keselamatan di sekolah ialah:
a.
Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan di makmal ialah sarung tangan, pemegang bahan panas,
pelindung serta ruang khas untuk melakukan uji kaji yang melibatkan bahan kimia bahaya yang menghakis dan meruwap.
b.
Permainan lasak seperti rugbi, hoki, kriket, bola sepak dan sebagainya memerlukan beberapa peralatan
perlindungan keselamatan yang dapat melindungi anggota badan seperti mata, kepala, kemaluan serta dada daripada
terkena hentakan dan juga daripada terkena balingan bola.

Di Tempat Awam

gelagat buruk sebilangan pengguna jalan raya yang tidak mahu menggunakan jejantas pejalan kaki yang disediakan.

Kemudahan awam seperti jejantas pejalan kaki adalah untuk kegunaan dan keselamatan orang ramai. Ia haruslah
digunakan dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Terdapat laluan khas yang diperuntukkan di pusat membeli belah dan lain-lain bangunan awam sebagai laluan untuk
menyelamatkan diri semasa kebakaran seperti pintu, tangga dan tempat berkumpul.
Alat pemadam api merupakan salah satu alat keselamatan yang biasa kita temui di tempat-tempat awam seperti di
pusat membeli belah, dewan orang ramai, stesen bas, lapangan terbang dan sebagainya.

4.3 KESELAMATAN DI RUMAH DAN DI LUAR RUMAH


Jenis-jenis Kemalangan
a.

Terjatuh

Tempat-tempat yang berisiko di dalam rumah yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan akibat terjatuh ialah
seperti di tangga, meja, almari, kerusi, tepi tingkat serta di tepi balkoni.
b.

Keracunan

Seseorang itu boleh menjadi mangsa keracunan sekiranya terminum atau termakan bahan merbahaya secara tidak sengaja
seperti bahan pencuci, ubat-ubatan, racun serangga, racun rumput, jenis-jenis kulat tertentu yang merbahaya dan
sebagainya.
c.

Tercekik

Kemalangan jenis ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk bernafas kerana rongga pernafasan
terhalang oleh bendasing akibat tertelan benda atau bahan seperti manik, guli, duit syiling dan sebagainya.
d.

Lemas (drowning)

Lemas boleh berlaku apabila seseorang itu jatuh ke dalam air seperti di kolam, parit, kolam renang atau longkang. Mangsa
lemas tidak dapat bernafas kerana paru-paru dipenuhi air.
e.

Lemas (suffocation)

Lemas ini berpunca daripada kesukaran bernafas kerana terkurung di tempat atau ruang yang tidak mempunyai
pengudaraan yang mencukupi.
f.

Melecur dan Terbakar

Kemalangan jenis ini berlaku apabila seseorang itu cedera akibat terkena suhu yang panas dan bahan yang menghakis
seperti air panas, besi panas, renjatan elektrik, percikan minyak panas, ubat nyamuk, bahan berasid dan sebagainya.
g.

Gigitan Haiwan

Kecederaan boleh berlaku akibat gigitan haiwan dan serangga seperti lebah, ular dan anjing. Gigitan anjing bukan setakat
boleh mencederakan mangsa malah boleh menyebabkan penyakit rabies atau penyakit anjing gila.

Langkah-langkah Keselamatan
a.

Amalkan sikap 3P (Perhati, Pelajari dan Prihatin)

Sikap ini boleh dipupuk dengan meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan dan mendapatkan sumber-sumber
maklumat daripada internet atau agensi-agensi yang berkaitan.

b.

Pengawasan Orang Dewasa

Pengawasan daripada orang yang lebih dewasa dapat mencegah mereka daripada bermain dengan benda yang merbahaya
ataupun bermain di tempat yang berisiko untuk berlaku kemalangan seperti di jalan raya, kolam dan sungai.
c.

Pendidikan Pencegahan Kemalangan dan Kecederaan di Peringkat Awal

Pupuk amalan pencegahan kemalangan dan kecederaan dari awal lagi iaitu semasa kanak-kanak lagi. Ibu bapa dan guruguru mempunyai peranan yang besar dalam aspek ini.
d.

Simpan di Tempat yang Selamat

Bahan-bahan yang merbahaya seperti racun, ubat-ubatan dan alat tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan
sukar dicapai oleh kanak-kanak.
e.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas (first aid) merupakan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang berada di dalam keadaan
kecemasan. Sebelum mendapat doktor dan jururawat di klinik dan hospital.

Konsep pertolongan cemas berbeza dengan konsep rawatan biasa. Bagi kecederaan ringan, pertolongan cemas
dikendalikan dengan apa sahaja peralatan dan bahan yang ada dan sesuai di tempat kejadian. Apabila berdepan dengan
keadaan kemalangan, seseorang itu mesti tahu bagaimana untuk mengendalikan pertolongan cemas. Peti pertolongan
cemas juga mesti ada di setiap rumah, dan sekurang-kurangnya seorang daripada setiap ahli keluarga mestilah mahir
mengendalikan pertolongan cemas. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran mengendalikan pertolongan cemas amatlah
penting kepada keluarga anda dan orang lain.

Sumber Bantuan Keselamatan


pastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.
tahu di mana dan bagaimana hendak mendapatkan bantuan keselamatan.
Ingatilah nombor agensi yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
tidak membuat panggilan palsu atau membiarkan anak-anak anda berbuat demikian kerana anda boleh didenda atau
dipenjarakan.
sumber-sumber bantuan keselamatan di mana seseorang itu boleh mendapatkan bantuan. Nyatakan lokasi anda, nama
dan masalah yang anda hadapi dengan jelas. Bagi setiap kes kecemasan, anda boleh menghubungi nombor 999 kerana
panggilan anda akan disalurkan ke agensi-agensi yang berkaitan berdasarkan kepada jenis kecemasan, kemalangan atau
masalah yang anda hadapi.
a. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Hubungi pihak polis sekiranya anda berdepan dengan keadaan kecemasan seperti kemalangan di jalan raya atau
berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam keselamatan anda seperti dirompak, diugut dan sebagainya. Jangan
panik dan seboleh-bolehnya kawal perasaan anda. Dapatkan bantuan orang yang terdekat yang boleh anda percayai
seperti kawan atau jiran.
b. Jabatan Pertahanan Awam (JAPAM)
Agensi yang bertanggungjawab dalam membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya dan orang awam
semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.
c. Jabatan Bomba dan Penyelamat
Agensi yang bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal kebakaran serta aktiviti menyelamat dalam bencana alam
dan kemalangan.
d. Unit Kecemasan dan Kemalangan Hospital dan Klinik Kerajaan dan Swasta
Memberi bantuan perubatan dari segi penghantaran pasukan kecemasan ke tempat kejadian (bagi ambulans hospital atau
klinik kerajaan). Mangsa juga boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan Kecemasan yang terdekat sama ada di hospital
kerajaan atau swasta.
e. Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance
Pasukan ini merupakan sebuah pasukan sukarela yang membantu agensi-agensi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian
dan tugas-tugasnya adalah berasaskan kepada prinsip sukarela dan membantu orang lain dalam keadaan kesusahan dan
kecemasan.

TOPIK 5
Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah tetapi
mestilah menjadi ialah satu agenda utama pengurusan sekolah.
Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas sesuatu kemalangan berlaku.
Infrastruktur bilik darjah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar bukan setakat bersih dan
ceria tetapi mestilah selamat.
Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan pihak sekolah. Peralatan yang tidak
diselenggarakan secara berkala dan sempurna boleh mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.
Prosedur keselamatan dalam bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan dan dimaklumkan kepada semua
warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat.

Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan, keselamatan dan keselesaan
(4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Kemalangan dan kecederaan di kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai
dan mengawal risiko.
Konsep SAFE dapat menerangkan berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.

TOPIK 6 Bahan Sokongan Pendidikan Persekitaran di Sekolah


6.1 POLISI
Polisi asas dalam Pendidikan Persekitaran sekolah adalah memastikan:

Persekitaran bersih dan kemudahan asas yang mencukupi.

Sanitasi yang sempurna dan bekalan air bersih yang sempurna.

Kitar semula bahan terpakai.

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dijalankan sejak tahun 1967. Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
telah memperkenalkan konsep Health Promoting School (HPS) berlandaskan kepada Piagam Ottawa. Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 22 September 1997. Strategi dan
aktiviti PBSS telah diolah bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan warga sekolah yang sihat dalam persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah menuju Wawasan 2020.

Komponen-komponen PBSS seperti berikut:

Pendidikan kesihatan dan pemakanan;

Perkhidmatan kesihatan;

Hidup sihat di sekolah;

Kerjasama antara sekolah dan masyarakat.

a.
i.

Sokongan Pihak Kerajaan


Pejabat Kesihatan Daerah

1996, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kesihatan Awam. Kemudian Program
Penggalakan Kesihatan Sekolah telah dilancarkan.
ii.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

mempunyai hubungan secara langsung dengan sekolah terutama dalam penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti
pelan dan susun atur bangunan, pengurusan dan pelupusan sampah. Misalnya dalam pendidikan pencegahan Aedes dan
penyakit Denggi (PPDa), PBT dilibatkan untuk bersama-sama Pejabat Kesihatan dalam program pendidikan mencegah
denggi.
a.

Pihak Bomba

mengendalikan aspek keselamatan bangunan khususnya dalam pelan mencegah kebakaran dan kecemasan. Latihan fire
drill dan pelan kecemasan kebakaran dijalankan di sekolah dengan bantuan dan kepakaran pihak bomba.
b.

Pihak Polis

menjadikan dasar anak angkat sekolah dalam memberi pendidikan dan pencegahan jenayah di sekolah. Selain itu,
Bahagian Narkotik PDRM turut terlibat dalam kempen pendidikan pencegahan dadah untuk memastikan persekitaran
sekolah bersih daripada gejala dadah.
b.

Badan Swasta dan Berkanun

Indah Water Konsortium


bertanggungjawab dalam pengendalian loji septik di sekolah. Selain dari bertanggungjawab dalam penyelenggaraan,
memberi nasihat bagaimana hendak mengekalkan kebersihan persekitaran dan pengurusan air kumbahan secara selamat;
Kawalan keselamatan sekolah dan pelan keluar masuk ke kawasan sekolah diswastakan sepenuhnya.
c.

Sukarelawan

Program Tajaan Agensi Kerajaan


Salah satu badan sukarela yang sering membantu pihak sekolah adalah Kelab PROSTAR (Program Sihat untuk Remaja) dan
Kelab Doktor Muda - menyedarkan pelajar tentang kepentingan amalan hidup sihat dan kebersihan persekitaran sekolah.
Rela
Ikatan Relawan Rakyat membantu pihak sekolah dalam memantau perkembangan aspek keselamatan pelajar dan
persekitaran.
Persatuan Belia
memainkan peranan secara sukarela membantu pihak sekolah dalam memantau dan meningkatkan aspek kebersihan
sekolah.

6.2 KURIKULUM
PK KBSR disusun mengikut tiga tunjang: - pemeliharan kebersihan serta keselamatan persekitaran secara berkesan untuk
meningkatkan taraf kesihatan.
6.2.1 Konsep dan Pengetahuan Asas
a. Konsep - Tahun 4 - keselamatan - memberi tumpuan kepada bagaimana menjaga keselamatan di jalan raya,
keselamatan di air dan keselamatan berkaitan api (punca kebakaran dan cara mencegah). Asas pertolongan cemas untuk
membantu mangsa yang mendapat kecederaan ringan seperti luka kecil, tercalar, lebam serta terseliuh di peringkat
sekolah mula diperkenalkan.
b. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS): Perkhidmatan Pergigian, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Persatuan Bulan
Sabit Merah serta St. John Ambulans juga diperkenalkan pada Tahun 4.
c. Tahun 5, kurikulum keselamatan mendalami aspek keselamatan di rumah, sekolah serta tempat bermain. Langkahlangkah bagi bagaimana mengelakkan kemalangan adalah dengan menitikberatkan petunjuk atau tanda-tanda jalan raya.
Punca kebakaran dan bagaimana langkah pencegahan turut dibincangkan termasuk asas keselamatan di air dengan
penumpuan kepada banjir.
d. Tahun 6, kurikulum mendedahkan para pelajar kepada aspek keracunan makanan akibat makanan tercemar, luput
tarikh serta tin yang kemik. Penyakit berjangkit mula dibincangkan dan tumpuan diberi kepada penyakit bawaan air dan
vektor.

6.2.2 Sumber Kurikulum:


a.

Penglibatan Murid Secara Penghayatan Ilmu. Contoh: murid akan diterangkan bagaimana penyakit Malaria merebak.

b.

Interaksi dengan Guru, Rakan, Masyarakat dan Badan atau Agensi Berkaitan

Pelajar akan diberi peluang untuk mendapatkan ilmu atau pengalaman melalui perbincangan dengan guru berkaitan
prosedur hidup sihat, punca kebakaran melalui lawatan ke balai bomba.
c.

Penyimpanan Rekod Kesihatan dan Kegiatan Murid sebagai Bukti Pembelajaran

d. Menjemput atau melawat agensi-agensi yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta undang-undang untuk
mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung.
Perincian Kurikulum
a.

Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga serta masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan
diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan serta keibubapaan.
b.

Gaya Hidup Sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara
berterusan. Tumpuan diberikan kepada pengetahuan dan kemahiran untuk pencegahan Penyakit Berjangkit (bawaan
vektor, air, makanan dan seksual).
c.

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini merujuk kepada usaha pemeliharaan secara berkesan dan meningkatkan taraf kesihatan. Tumpuan
diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

6.2.3 Kesepaduan Kurikulum dgn Mata Pelajaran Lain


Kurikulum PK bukan hanya mempunyai kesepaduan dengan PJ bahkan saling menguatkan disiplin ilmu seperti berikut:
a.

Kesepaduan dengan Mata Pelajaran SainS

Topik-topik bahaya seperti topik merokok, alkohol serta AIDS dalam pendidikan kesihatan membincangkan secara saintifik
bagaimana punca dan akibat atau kesan dari bahan-bahan tersebut.
b.

Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Moral

Topik rasuah, etika serta keganasan dalam sukan mempunyai kesepaduan yang jelas dengan pendidikan moral. Falsafah
moral secara epistimologi dibincangkan dengan jelas dalam menangani masalah rasuah, etika serta keganasan dalam sukan
itu.
c.

Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Geografi

Mempelajari topik pencemaran alam sekitar, secara mendalam dengan membincangkan punca-punca pencemaran, lokasi,
sifat serta ragam manusia mempunyai persamaan sebagaimana ia dipelajari dalam mata pelajaran geografi.
d.

Kesepaduan dengan Ilmu Konsumer dalam Pendidikan Kesihatan

Topik seperti jenayah juvana, penderaan kanak-kanak dan konsumerisme mendidik pelajar untuk memahami fenomena
masalah-masalah tersebut.
e.

Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Perubatan

Dalam PK, topik pertolongan cemas dan bantu mula dibincangkan dengan jelas dan terperinci. Asas-asas bagi merawat
kecederaan seperti melecur dan patah dibincangkan dengan teliti sebagaimana prosedur-prosedur yang diamalkan oleh
paramedik.

6.3 AKTIVITI
Persekitaran sekolah mestilah menyediakan peluang dan ruang untuk para guru dan murid bagi kehidupan yang lebih sihat
dari aspek jasmani, emosi, rohani serta intelek sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

a. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah bukan sahaja mencukupi tetapi dijaga dan diurus bersama oleh semua
warga sekolah. Ini bagi memastikan keadaan adalah bersih, ceria, selamat serta sihat.
b. Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan selamat melalui aktiviti seperti gotong-royong atau program
seminit sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menyemai erti tanggungjawab dan kesedaran.
c. Memastikan tempat-tempat utama seperti kantin, asrama, perpustakaan serta dapur asrama sentiasa bersih, selamat
dan juga mematuhi peraturan-peraturan kesihatan sebagaimana tercatat dalam garis panduan kantin sekolah dalam
Pekeliling Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama). Ini adalah bagi memastikan pengalaman, penyediaan dan
pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh semua warga selaras dengan dasar pemakanan sihat untuk kesihatan.
d. Memastikan dan mendaulatkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas daripada asap rokok. Papan tanda amaran,
teguran terhadap ibu bapa melalui aktiviti PIBG serta memupuk kesedaran pendidikan yang tinggi perlu dipraktikkan.
e. Menyediakan kemudahan tong sampah untuk kaedah kitar semula di dalam kawasan sekolah. Dengan pengasingan
sampah ini, proses mengitar semula akan lebih mudah jika perlu diperaktikkan dengan betul.

6.3.1 Kajian Kes


a. Membuat lawatan di tapak-tapak pelupusan sampah di tempat anda yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Senaraikan kebaikan dan kelemahan serta nyatakan adakah pusat tersebut mempunyai piawai pelupusan sebagaimana
yang diamalkan.
b. Membuat bancian di daerah anda untuk mengenalpasti bilangan sekolah yang benar-benar mempraktikkan sekolah
bebas daripada asap rokok.
c. Menjalankan kajian di sekolah yang mempunyai perkhidmatan pergigian untuk mendapatkan maklumat peratusan
pelajar yang mendapat kemudahan dan bagaimana pusat tersebut membantu pelajar dalam meningkatkan mutu kesihatan
oral.

6.3.2 Projek dan Poster


a.

Sediakan laluan joging yang menarik di sekeliling persekitaran sekolah anda;

b.

Ceriakan dan tingkatkan tahap kebersihan kantin sekolah;

c.

Cipta tong sampah untuk bahan kitar semula daripada bahan terbuang;

d.

Wujud Lorong Ilmu atau Pondok Kesedaran Kesihatan Persekitaran.


i. Kami Benci Dadah.
ii. Sekolah Ceria Pelajar Berjaya.
iii. Sekolah Bebas Aedes.
iv. Kitar Semula Menyelamatkan Dunia.
v. Kantin Bersih Makanan Selamat.

6.3.3 Aktiviti Online


Di era teknologi masa kini, pembelajaran boleh berlaku tanpa sempadan. Tidak ada lagi istilah bilik darjah atau guru yang
bercakap di depan untuk menjadi ikon pembelajaran. Pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana dengan syarat
mempunyai akses internet dan komputer. Pembelajaran boleh berlaku tanpa had dan sempadan. Ini memerlukan
pendekatan dan istilah baru dalam pembelajaran hari ini. Sebagai aktiviti online, cuba layari untuk mencari berapa banyak

sekolah di negeri anda yang telah menyediakan laman web sendiri. Buat semakan tentang berapa banyak sekolah yang
mempunyai laman web yang mengandungi akses tentang bahan-bahan berkaitan kesihatan.
RUMUSAN
Pendidikan Kesihatan Persekitaran dapat dilaksanakan secara formal dan juga tidak formal. Pendidikan Kesihatan
Persekitaran menjamin wujudnya persekitaran sihat yang membentuk suasana sejahtera bagi warga sekolah.
Pendidikan Kesihatan Persekitaran boleh dijalankan secara perkongsian bijak dengan agensi-agensi lain. Agensi-agensi
luar dapat memberi sokongan dalam bidang masing-masing.
Usaha-usaha perlu untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk memperkemaskan
Pendidikan Persekitaran.
Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai kesepaduan dengan mata pelajaran akademik yang lain.
Warga sekolah khusus para pelajar harus diberi pendedahan dalam pembelajaran berdasarkan pengalaman bersama
agensi-agensi luar.

TOPIK 7 KUALITI AIR


7.1 SUMBER-SUMBER AIR DAN KUALITINYA
- bekalan air di negara kita diperolehi daripada air hujan yang ditakung dalam empangan yang dibina di kawasan tadahan
air. Kawasan tadahan biasanya jauh dari penempatan manusia dan dikelilingi kawasan hutan yang tebal sama ada
berbentuk primer atau sekunder.
- Hutan sangat penting sebagai penampan untuk mengelak air dari bergerak dengan laju ke hilir seterusnya sempat
menyerap ke dalam tanah dan akan berkumpul.
- Air yang dikumpul ini akan melalui proses pembersihan di loji-loji pembersihan air di mana kuman-kuman akan dibunuh
dan air akan ditapis dengan rapi (Amerika Syarikat).
Sumber air semula jadi yang digunakan oleh manusia terdiri daripada:
a.

Air Kerpasan

Kerpasan bermaksud proses pelepasan air dari awan yang menghasilkan air hujan, salji atau hujan batu. Proses kerpasan ini
merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakannya dipulangkan dalam bentuk air
hujan
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi
sebagai hujan kerana saiznya yang kecil, tetapi secara himpunan saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang
dapat dilihat oleh manusia walaupun dari bumi. Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses
kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.
Pembentukan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.
Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa. Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia ini,
walaupun dalam negara yang sama.
b.

Air Permukaan

Kewujudan air di permukaan bumi merupakan satu bahagian dalam kitaran air yang mempunyai signifikasi yang tinggi
kepada semua benda hidup di muka bumi ini. Cth: sungai, kolam, tasik, tasik buatan serta Tanah Lembap. Pengaliran air
keluar dan masuk serta perubahan musim akan menyebabkan kuantiti air dalam sungai dan tasik sentiasa berubah-ubah.
Pengaliran masuk adalah disebabkan oleh kerpasan, air larian permukaan, resapan bawah tanah dan pengaliran daripada
cabang-cabang sungai kecil. Air permukaan ialah nadi penggerak bagi semua benda hidup.
Terdapat hanya 3% air tawar daripada jumlah air di bumi manakala tasik air tawar paya bakau hanya membekal 0.29%
daripada air bumi. 20% daripada jumlah air tawar didapati dalam sebuah tasik iaitu Tasik Baikal di Asia. Selain itu, 20% lagi
tersimpan di dalam Great Lakes (Huron, Michigan, dan Superior) yang terdapat di Amerika Syarikat (Shneider, 2005).

Sungai hanya menyumbang kepada 0.006% daripada jumlah air tawar di bumi ini. Daripada statistik ini, terbukti bahawa
kita sangat kekurangan sumber air untuk keperluan manusia di seluruh dunia.
c.

Air Bumi

Kebanyakan air bawah tanah berpunca daripada kerpasan yang menyerap masuk ke bawah dari permukaan atas bumi.
Permukaan lapisan atas tanah ialah zon tidak tepu, dan kuantiti airnya akan berubah mengikut perubahan masa tetapi
tidak akan menepukan tanah dengan air. Di bawah lapisan ini ialah zon tepu air, iaitu kawasan yang mengandungi liang,
rekahan serta ruang di antara partikel batu yang dipenuhi oleh air.
Kerpasan yang menyerap masuk ke dalam sub-permukaan tanah selalunya boleh didapati dalam dua bentuk berbeza iaitu:
i.

Zon Tidak Tepu

Terdapat air di dalam celah-celah sub-permukaan batu tetapi tanahnya adalah tidak tepu dengan air.
Bahagian atas bagi zon tidak tepu air ialah zon tanah yang mempunyai ruang-ruang yang dibentuk oleh akar pokok
tumbuhan yang membolehkan kerpasan air untuk mengalami proses resapan.
Tumbuh-tumbuhan akan menggunakan kandungan air di zon tanah ini.
ii.

Zon Tepu

Terletak dibahagian bawah bagi zon tidak tepu yang diisi sepenuhnya dengan air di celah-celah ruang di antara batu dan
partikel tanah.
Manusia dapat menggali perigi di kawasan ini untuk mengeluarkan kandungan airnya.
d.
i.

Punca-punca Lain
Mata Air

- terjadi apabila sebuah akuifer telah dipenuhi oleh air sehingga melimpah keluar ke permukaan bumi.
- bolh didapati dalam pelbagai jenis saiz iaitu dari saiz yang kecil (mengalir selepas hujan yang lebat) kepada kolam mata air
yang besar sehingga boleh mengalirkan air sebanyak berjuta-juta liter sehari.

- terbentuk dalam pelbagai batu, tetapi kebanyakannya didapati dalam batu kapur dan dolomit yang akan merekah secara
mudah dan boleh dilarutkan oleh air hujan.
- Mata air panas adalah mata air yang biasa tetapi airnya adalah suam dan di kawasan tertentu adalah panas seperti di La
Hotspring, Besut.
- didapati di kawasan yang telah mengalami aktiviti letupan gunung berapi iaitu air telah dipanaskan apabila bersentuhan
dengan batu-bata panas jauh di bawah permukaan bumi.
ii.

Bongkah Ais atau Iceberg

boleh didapati sama ada di Kutub Utara atau Kutub Selatan. Perubahan cuaca dan peningkatan suhu bumi
menyebabkan suhu bumi meningkat.
-

Kesan ini menyebabkan bongkah ais mencair dan meningkatkan kuantiti air di lautan.

7.2 PENCEMARAN AIR

Punca daripada dua cara terpenting iaitu:


Pencemaran secara kelompok berpunca daripada pusat rawatan air kumbahan najis, industri kimia serta pusat
penternakan haiwan.

tidak terkelompok dikenal pasti daripada aktiviti pertanian dan hakisan tanah. Aktiviti pertanian melibatkan
penggunaan baja dan racun yang akan mencemarkan air.
Masalah utama pencemaran air sebenarnya berpunca dari aktiviti manusia. Dari kawasan penempatan di sepanjang
sungai mereka membuang sampah dan najis dengan sesuka hati. Pusat rawatan kumbahan najis manusia yang diuruskan
oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) telah meningkat kepada 9,060 lokasi pada 2006 berbanding 8,782 lokasi
pada tahun 2005. Selangor merupakan negeri yang mempunyai pusat rawatan kumbahan terbanyak (2,530 : 28.3%), Perak
(1,343 : 14.8%), Johor (1,010 : 11.1%) dan Negeri Sembilan (928 : 10.2%).2006, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan 18,956 kejadian pencemaran air disebabkan oleh pencemaran secara kelompok seperti:
a.

Pusat rawatan kumbahan najis (9,060: 47.79% melibatkan 601 rumah pam air);

b.

Perkilangan dan industri (8,543 : 45.07%);

c.

Pusat ternakan haiwan (869 : 4.58%);

d.

Industri agro-base (484: 4.58%).

7.2.1 Punca Pencemaran Air


- sumber air sungai untuk minuman dan pada masa yang sama sebagai tempat pembuangan kotoran dan najis.
- Aktiviti manusia selalunya meningkatkan pencemaran punca air bersih.
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Program Pemantauan Kualiti Air Sungai di Malaysia (1978) bertujuan
untuk meningkatkan tahap kualiti air sungai, mengesan perubahan dan mengenal pasti punca pencemaran.
- Data-data kualiti air tersebut digunakan untuk menentukan status kualiti air, sama ada bersih, sederhana tercemar atau
tercemar dan untuk mengkelaskan sungai di dalam Kelas I, II, III, IV atau Kelas V berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) dan
Piawaian Sementara Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia (INWQS) setiap tahun.

Indeks Kualiti Air (IKA) dikira berdasarkan enam parameter utama:


i. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
ii. Keperluan Oksigen Kimia (COD)
iii. Ammoniakal Nitrogen (NH3N)
iv. pH
v. Oksigen Terlarut (DO)
vi. Pepejal Terampai (SS)
parameter lain juga dianalisa seperti logam berat dan bakteria mengikut keperluan sesuatu tempat atau stesen. JAS juga
telah menubuhkan 15 buah stesen pemantauan kualiti air sungai secara automatik untuk mengesan perubahan secara
terus menerus kepada kualiti air sungai di Sg. Perai (Seberang Perai Pulau Pinang), dan sebagainya.
Punca pencemaran air juga boleh kita huraikan secara berikut:
i. Aktiviti Manusia
Manusia yang rakus dan tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banyak punca air bersih mula tercemar.
- Penerokaan manusia telah menyebabkan banyak hutan ditebang dan menyebabkan air hujan yang turun bergerak
dengan laju dan membawa kotoran dan lumpur ke dalam sungai. Lumpur ini menyebabkan kualiti air menurun kerana
mengandungi kelodak yang tebal.

- Penempatan manusia juga melibatkan aktiviti pembuangan sampah dan kelemahan pengurusan sisa kumbahan. Sampah
yang dibuang merata-rata akhirnya akan sampai kepada punca air dan berlakulah pencemaran.
- Sistem kumbahan yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan bukan sahaja sungai tercemar dengan bakteria tetapi
turut mencemari punca air dalam tanah.
- Pelepasan sisa toksik ke dalam sungai hasil daripada perkilangan dan pertanian menyebabkan bukan sahaja punca air
tercemar tetapi turut menjejaskan sumber makanan yang tinggal dalam air seperti ikan dan kerang.
- Aktiviti pertanian yang berskala besar biasanya menggunakan baja kimia dan racun makhluk perosak yang boleh
memasuki sistem aliran sungai selepas hujan. Sisa toksik yang mengandungi kadmium, plumbum serta raksa adalah bahan
pencemar yang dapat mengancam nyawa manusia dan organisma lain.

ii. Proses-proses Semulajadi


- Air juga boleh tercemar melalui proses semulajadi seperti banjir yang menenggelamkan semua tandas, tangki najis,
tempat pelupusan sampah dan kilang.
- Musim kemarau yang melampau juga mengganggu kandungan kimia air. Sumber air yang ditakung akan kehilangan
volume melalui penyejatan menyebabkan kandungan garam dan galian akan meningkat osmolaritinya.
- Letupan gunung berapi dan bencana alam yang lain juga boleh menyebabkan berlaku pencemaran punca air secara
semula jadi. Larva dari gunung berapi yang bercampur dengan sulfur menyebabkan kandungan dan punca air terjejas
dengan teruk.
iii. Pengolahan Air Kawasan Luar Bandar
Kerajaan membina loji air di kawasan tinggi untuk meningkatkan graviti. Air dari kawasan tadahan ataupun sungai akan
dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke paip utama. Penekanan akan diberikan kepada kawasan terpencil seperti
perkampungan Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, ladang kecil serta sekolah luar bandar

Pembangunan air tanah, penuaian air hujan serta sistem bekalan air berasaskan graviti juga dilaksanakan di kawasan luar
bandar. Program carigali dan pembangunan air tanah juga akan dijalankan untuk membekalkan air ke kawasan lain yang
kekurangan bekalan air dan untuk tujuan pengairan.
Pendekatan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) akan diperkenalkan untuk mencapai pembangunan sumber air
yang mampan. Kajian Kebangsaan Mengenai Pelaksanaan Secara Berkesan Pengurusan Sumber Air Bersepadu di Malaysia
yang dimulakan pada tahun 2005 dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10. Kajian tersebut akan merangka
pelan tindakan dan program untuk meningkatkan kesedaran terhadap IWRM serta mencapai pengurusan sumber air
negara yang cekap dan mampan.
iv. Kaedah Pembuangan Sampah
Sampah adalah sisa daripada aktiviti kehidupan manusia yang semakin meningkat pengeluarannya setiap hari. Purata 0.5kg
sampah dihasilkan oleh setiap rakyat Malaysia tidak termasuk sisa kumbahan pada setiap hari.
Proses pengurusan sampah sangat mahal walaupun dikelaskan sebagai sisa kehidupan. Skop pengurusannya meliputi tiga
kategori perkhidmatan iaitu kutipan, pengangkutan dan pelupusan. Kos operasinya adalah mahal, terutama jika pelupusan
menggunakan kaedah rawatan termal seperti loji insinerator atau menggunakan kaedah rawatan bioteknologi seperti
tapak pelupusan sanitari.
Penglestarian sampah sepatutnya bermula dengan pengasingan bahan yang perlu dilupus dan yang boleh dikitar semula.
Bahan yang boleh dikitar semula memberi impak yang besar terhadap ekonomi di mana bahan yang dipungut mempunyai
nilai komersial. Bahan seperti kertas dan botol adalah bahan yang dapat dikitar semula dengan kos yang sangat rendah.
Sampah juga terdiri daripada sisa pejal seperti logam tertentu. Oleh itu, sampah jenis ini atau lebih dikenali sisa pepejal
dari segi teknikal, dapat dikelaskan sebagai sumber. Dengan itu potensi sumber dalam sampah boleh dinilai dan digunakan
bergantung kepada ciri dan jumlah kandungannya.
Kecuaian pengurusan pengangkutan juga menyebabkan banyak rungutan daripada masyarakat. Lori yang mengangkut
sampah mengabaikan tahap kebersihan menyebabkan titisan leachate (air resapan sampah) dari lori sampah yang
memualkan, tertumpah di sepanjang jalan yang dilalui.

Penubuhan syarikat konsesi pengurusan dan pelupusan sisa pepejal Southern Waste Management dan Alam Flora
merupakan langkah kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan pembuangan dan pengurusan sampah termasuk
pembuangan sisa kimia berjadual dan sisa pejal. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah tribunal bagi
mendengar pelbagai kes rayuan yang dikemukakan berhubung dengan masalah alam sekitar.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sampah di negara kita, pengurusan harus diselesaikan menerusi
pendekatan institusi dan perundangan seperti yang sedang dilaksanakan di negara-negara maju.
Dari segi kaedah pelupusan, agak mustahil kebanyakan PBT dapat menyediakan kaedah pengurusan sampah secara lestari
dan mesra alam kerana keterbatasan kepakaran, kos dan tarif.
Kita juga mengharapkan pembangunan dan kajian dalam pelupusan sampah moden diutamakan untuk kita mendapat
kaedah dan tatacara baru yang lebih berkesan. Dengan penglibatan golongan profesional pelbagai disiplin bagi memandu
perkembangan dan kemajuan bidang pengurusan sisa pepejal akan mendekatkan kita dengan matlamat pengurusan secara
lestari.
Ia juga perlu membabitkan seluruh pihak, khususnya orang ramai supaya lebih lestari dari segi penghasilan, pengasingan,
penggunaan semula dan pembuangan sampah. Hanya dengan wujudnya sinergi dan kerjasama semua pihak, maka
pengurusan sampah di Malaysia boleh ditingkatkan, sekaligus menjadikan sampah sebagai sumber, bukan sekadar sisa
kehidupan yang berpotensi mencemarkan sumber air, tanah dan udara.

7.3 KUALITI AIR DAN KAITANNYA DENGAN KESIHATAN


Air minuman memerlukan kualiti yang lebih tinggi kerana air merupakan sebahagian daripada faktor kesihatan manusia.
Kualiti air boleh dilihat dalam bentuk berikut:
a. Kualiti Kimia
Disebabkan sifat air yang merupakan bahan pelarut, air boleh membawa sifat kimia yang pelbagai dan beragam. Menurut
Tebbutt (1983), air mempunyai sifat-sifat kimia yang penting seperti berikut:
i.

pH

Potensi ion H+ yang akan menentukan sifat kimia air sama ada asid atau alkali.
Secara mudahnya air (H2O) boleh dipisahkan kepada ion-ion seperti berikut:
Skala untuk mengukur pH bagi air adalah antara 0 hingga 14 dan air yang sesuai diminum seharusnya neutral pada pH 7.
ii. Potensi Pengoksidan dan Penurunan
Dalam proses pengoksidaan, nisbah antara bahan yang terlarut dalam air bagi membentuk pengoksidaan dan penurunan
akan berubah-ubah. Proses pengoksidaan melibatkan pemindahan elektron manakala proses penurunan melibatkan
proses penambahan elektron. Tidak bersesuaian dengan sifat air yang dapat melarutkan sebahagian besar bahan kimia
sama ada bahan pengoksidaan atau bahan penurunan.
iii. Kealkalian
Air mengalami sifat kealkalian disebabkan oleh terlarutnya bahan seperti HCO3, CO3 atau OH Kealkalian air biasanya
dipengaruhi oleh tindak balas dari tanah yang mengandungi batu kapur di mana air diperolehi:

CaCO3 + H2O + CO2 Ca (HCO3)2


iv. Keasidan
Keasidan air secara semula jadi biasanya dipengaruhi oleh sifat dan sistem CO2 dan HCO3 yang bertindak sebagai
penimbal. Kedua-dua bahan tersebut boleh menghasilkan H2CO3 yang selalunya terhasil bila CO2 yang tebal di udara
terlarut dalam air hujan yang menghasilkan hujan asid.
v. Kekerasan Air
Kekerasan air boleh dibahagi kepada dua iaitu kekerasan karbonat dan kekerasan bukan karbonat. Kekerasan air juga
dikenali sebagai liat disebabkan kehadiran ion Ca2+ dan Mg2+ dan sesetengahnya kerana kehadiran Fe2+. Logam ini
selalunya dikaitkan dengan SO4, Cl dan NO3. Sifat air ini biasanya rentan dengan sabun di mana sabun gagal berbuih dan
air tidak dapat dilembutkan.
vi. Oksigen Larut (DO)
Air yang tercemar biasanya mengandungi banyak kandungan bahan organik. Kandungan organik ini boleh diukur dengan
faktor keperluan oksigen untuk penstabilannya. Ada beberapa parameter DO yang digunakan iaitu:
BOD Keperluan oksigen oleh mikroorganisma yang menguraikan bahan organik di dalam air.
COD Ia adalah keperluan oksigen oleh bahan endap cemar kimia.
PV terdiri daripada nilai permangganat iaitu hasil tindak balas kimia dengan menggunakan K2Cr2O7.
vii. Klorid
Klorid banyak membawa masalah kepada kualiti rasa pada air dan sering terlepas dalam sistem pembersihan air kerana
sifatnya yang mudah larut dalam air, mempunyai keistimewaan membunuh kuman serta tidak berbahaya kepada manusia.
Walau bagaimanapun, kajian mutakhir menunjukkan kandungan klorin yang tinggi boleh menjejaskan tahap kesihatan bayi
dalam kandungan (Hwang, 2008).

b. Kualiti Biologi
- bermaksud kandungan air bersih seharusnya bebas daripada faktor biologi seperti cacing, amoeba, plasmodium,
parmesium, bakteria, kulat serta virus yang boleh berada dalam air. Faktor pencemaran biologi air biasanya berlaku apabila
air dicemari oleh najis haiwan atau manusia. Umumnya, air yang dipengaruhi faktor biologi berpunca dari pelbagai sumber
sePerti air perigi, sungai, tasik, air yang bertakung, air kumbahan serta air saliran.
Air bertindak sebagai satu perantara atau pembawa bagi transmisi mikro-organisma penyebab penyakit. Penambahan
bahan organik ke dalam air boleh merendahkan kualiti biologi air. Bahan organik akan menyebakan keaktifan mikrob.
Gejala pencemaran organik seperti haiwan mati dan berbau busuk misalnya, adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti
mikrob. Di dalam kawalan mutu air, bakteria bukan patogen iaitu bakteria yang ada kaitan dengan najis digunakan untuk
menilai kehadiran pencemaran najis di dalam air dan secara tidak langsung menunjukkan kehadiran mikroorganisma
patogen.
RUMUSAN
Air merupakan keperluan utama manusia dan perlu dikekalkan tahap kebersihannya.
Air terdiri daripada pelbagai jenis seperti air kerpasan, air permukaan dan air bumi.
Pencemaran air berlaku kerana aktiviti manusia yang gagal mengurus sisa dan sumber yang menyebabkan air tercemar.
Kaedah pembuangan sampah perlu dilestarikan agar kita tidak akan ditimpa musibah akibat sistem pelupusan yang tidak
berkesan.
Air yang bersih menjamin kesihatan.

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN


8.1 PUNCA DAN JENIS PENCEMARAN
- global warming atau pemanasan global, iaitu satu fenomena di mana suhu dunia naik akibat kemerosotan lapisan ozon.
Lapisan ozon amat penting dalam melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu matahari.
Akibat peningkatan suhu bumi, salji dan glasier di kutub utara dan selatan semakin cair dan diramalkan akan menyebabkan
kenaikan paras air laut. Kesan: tempat atau negara yang berada di bawah paras laut dinaiki air.
8.1.1 Pencemaran Udara atau Atmosfera
- berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
- Punca: kilang-kilang di kawasan perindustrian, kenderaan bermotor, kapal terbang, pembakaran terbuka, kebakaran
hutan dan sebagainya.
- punca pencemaran udara oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa pencemaran udara menjejaskan aspek kesihatan manusia baik secara langsung
dan tidak langsung: masalah jangkitan saluran pernafasan, paru-paru, kanser dan sebagainya. Fenomena hujan asid juga
merupakan kesan secara tidak langsung akibat pencemaran udara kepada tumbuh-tumbuhan.
Bahan cemar yang dikeluarkan boleh dikategorikan kepada dua sumber
Sumber primer adalah berpunca daripada proses seperti debu daripada letusan gunung berapi, gas karbon monoksida
daripada kenderaan bermotor atau gas sulfur dioksida yang dilepaskan dari kilang.

Sumber sekunder berlaku apabila bahan cemar yang dikeluarkan oleh kilang itu bukan sahaja mencemari udara secara
fizikal malah bertindak balas dengan udara. Contoh, berlakunya kabus fotokimia (photochemical fog) di peringkat lapisan
ozon.
Fenomena hujan asid di mana bahan cemar bertindak balas dengan udara yang menyebabkan kandungan air hujan yang
jatuh ke bumi mempunyai paras keasidan tinggi menjejaskan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan akuatik.

8.1.2 Pencemaran Air


Pencemaran air melibatkan sumber air seperti tasik, sungai, laut serta air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar
yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan tanah dan
sebagainya.
Air dikatakan tercemar apabila dicemari oleh bahan cemar antropogenik dan tidak dapat menampung atau menjadi
sumber untuk kegunaan manusia seperti untuk air minuman atau sebagai tempat untuk hidupan biotik seperti ikan,
kerang, batu karang dan hidupan lain.
Faktor-faktor semula jadi : letusan gunung berapi, pertumbuhan alga serta gempa bumi juga boleh mengubah kualiti air.
Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan pencemaran air ialah:
a.

Patogen

Pencemaran yang berpunca daripada bahan cemar seperti patogen yang terdiri daripada mikroorganisma yang
merbahayakan kesihatan manusia. Ahli sains menggunakan kadar kehadiran mikroorganisma patogen dalam air untuk
menentukan sama ada air itu selamat untuk kegunaan manusia atau tidak. Indikator kehadiran patogen yang digunakan

ialah dengan mengukur kehadiran sejenis bacteria merbahaya iaitu Coliform, Salmonella, cacing parasit (helminth),
Cryptosporium Parvum.
Sumber air kumbahan ialah dari kawasan perumahan dari rumah, pejabat dan kedai disalurkan terus ke laut, ladang
penternakan yang tidak mengamalkan aspek sistem sisa kumbahan yang sistematik juga boleh menyumbangkan kepada
masalah pencemaran air ini.
b. Bahan Cemar Kimia
Bahan cemar organik terdiri daripada bahan-bahan buangan seperti detergen, bahan kimia untuk memproses makanan,
racun makhluk perosak dan rumpai, bahan petroleum dan hidrokarbon, kayu dan hasil pembalakan dan sebagainya.
Bahan bukan organik terdiri daripada logam berat yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor dan dibawa oleh air larian
permukaan semasa hujan, mendapan atau lumpur akibat daripada pembinaan, pembalakan serta baja yang mengandungi
bahan nutrien seperti nitrat dan fosfat yang digunakan di kawasan perladangan.
c. Pencemaran Termal
Perbezaan dan perubahan suhu air buangan menjejaskan kehidupan akuatik seperti ikan, kerang, plankton, batu karang
dan sebagainya.
Contoh: air yang disalurkan atau dibuang ke dalam sungai atau tasik setelah digunakan untuk menyejukkan kilang atau loji
janakuasa.

8.1.3 Pencemaran Tanah


Bahan cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah. Antara bahan cemar
ialah hidrokarbon, bahan solven, racun makhluk perosak, bahan radioaktif serta logam berat. Kesan pencemaran tanah
mempunyai kaitan dengan kesihatan manusia dan organisma lain seperti tumbuhan dan binatang di mana ia berlaku
apabila bahan cemar tersebut memasuki sistem rantaian makanan. Tanah yang tercemar tidak sesuai untuk tanaman
bahan makanan. Bahan merbahaya memasuki rantai makanan manusia apabila tumbuhan yang mengandungi bahan cemar
merbahaya dimakan oleh binatang ternakan seperti lembu. Manusia pula bergantung kepada lembu sebagai bekalan
daging dan susu.

Contoh kejadian letupan loji nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 yang telah mencemari banyak kawasan penternakan di
negara-negara sekitar Eropah dan Kesatuan Soviet dengan bahan radioaktif. Debu-debu radioaktif yang dibawa angin ini
telah mencemarkan padang ragut penternakan lembu dan kambing biri-biri.
8.2 KAWALAN PENCEMARAN
Kelangsungan hidup manusia dan lain-lain organisma hidup tertakluk kepada kesesuaian persekitaran mereka. Jika alam
sekitar musnah, maka musnahlah kehidupan.
8.2.1 Perundangan dan Penguatkuasaan
Aspek perundangan dan penguatkuasaan mengawal persekitaran di Malaysia - semua aktiviti persekitaran adalah
termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act, 1974) Pindaan tahun 1985 dan tahun 1996 (Azizi
Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk menjaga
alam sekitar.
Intipati akta ialah untuk memastikan setiap aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan sama ada dalam aspek
perindustrian, pertanian, perumahan, perbandaran, penerokaan kawasan baru dan sebagainya tidak memusnahkan alam
sekitar. Peruntukan akta yang memperuntukkan perlunya penilaian impak alam sekitar atau Environmental Impact
Assessment (EIA) yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pembangunan dilakukan.
Aspek kawalan alam sekitar ialah:
a.

Akta Tanah Kekal 1960

Agensi pelaksana ialah Jabatan Tanah dan Galian. Tujuan akta ini ialah untuk mengekalkan landskap dan perlindungan
tanah daripada hakisan dan pembukaan jalan.

b.

Akta Perancangan Bandar 1976

Agensi pelaksana ialah Jabatan Perancangan Bandar. Tujuannya ialah untuk mengawal dan merancang serta mengatur
pembangunan dan penggunaan tanah serta kediaman dalam kawasan.
c.

Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993)

Agensi pelaksana ialah Jabatan Perhutanan. Tujuannya ialah menghalang penebangan, penghapusan serta pembakaran
pokok-pokok di kawasan rizab hutan.
d.

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Agensi pelaksana ialah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Tujuannya ialah untuk memastikan kegiatan industri di
bawah bidang kuasanya tidak membuang bahan cemar secara sewenang-wenangnya sehingga boleh menjejaskan kualiti
air, tanah serta udara.

8.2.2 Penempatan Perusahaan


- bergantung kepada sektor industri untuk menjana ekonomi mereka. Sebagai contoh, negara Jepun merupakan salah
sebuah negara maju atau negara industri utama di dunia yang tidak memiliki bahan mentah seperti minyak, arang batu dan
sebagainya. Tetapi pembangunan industri di negara Jepun ialah aspek tanggungjawabnya dalam mengutamakan alam
sekitar dalam proses pembangunannya.
Di Malaysia, bidang perindustrian khasnya industri elektronik dan pembuatan merupakan salah satu penyumbang utama
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan kawasan
baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang terdapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974.
Maknanya EIA harus dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dimulakan. Jika kesan pembangunan
memudaratkan alam sekitar, maka ia sepatutnya dipertimbangkan dengan teliti untuk diubahsuai atau dibatalkan (Jabatan
Alam Sekitar) - memastikan kualiti air, udara serta tanah sentiasa terjaga tanpa dicemari oleh bahan buangan industri.
Penentuan zon kawasan industri di sesebuah tempat merupakan salah satu panduan dan peraturan yang secara langsung
menyokong Akta Kualiti Persekitaran 1974. Ini memastikan pembinaan sesebuah kawasan industri seperti tapak dan lokasi
kilang-kilang tidak dibina secara sewenang-wenangnya.
Penggunaan tanah di Malaysia dizonkan iaitu untuk rizab hutan, perhutanan, perumahan, perladangan, industri berat serta
industri sederhana dan sebagainya. Pertukaran kegunaan tanah untuk tujuan lain hendaklah berdasarkan peraturan yang
diperuntukkan oleh jabatan tanah sesebuah negeri. Pembukaan kawasan untuk perumahan, pejabat serta sekolah tidak
seharusnya terlalu dekat dengan kilang atau kawasan industri.
Tujuannya: mengelakkan pendedahan penduduk kepada pencemaran bunyi, udara, bau dan sebagainya.
8.2.3 Kemudahan untuk Sanitasi Persekitaran
Sanitasi persekitaran penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada
air kumbahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya. Di kawasan bandar, bahan buangan
seperti najis manusia merupakan salah satu bahan yang menyumbang kepada air kumbahan. Air kumbahan boleh
menyebabkan penyakit berjangkit seperti Kolera, Tifoid serta Hepatitis A. Sanitasi persekitaran yang baik dan sempurna
juga melibatkan penyediaan bekalan air yang bersih dan sistem pembuangan sampah yang sempurna.
Sanitasi melibatkan aspek rawatan dari segi sistem pembentungan sama ada ia dirawat dengan sempurna sebelum air yang
telah dirawat dilepaskan ke sungai atau laut.
Sanitasi yang sempurna juga melibatkan bidang penternakan seperti ladang-ladang ternakan lembu dan khinzir. Amalan
penternakan yang baik adalah mengamalkan sistem sanitasi yang sempurna iaitu bahan buangan khasnya najis dirawat
dengan sempurna terlebih dahulu sebelum ia selamat dilepaskan ke sungai.

8.3 USAHA PENCEGAHAN DALAM PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN


Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Contoh wabak yang telah berlaku dalam tahun 1990-an hingga kini ialah
wabak Severe Acute Respiratory Syndrome(SARS), selesema burung, penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta

influenza A H1N1. Wabak ini secara epidemiologikalnya didorong oleh mobiliti penduduk sesebuah negara yang boleh
bergerak dengan cepat di dalam negara dan antara negara, lantaran kemudahan pengangkutan udara.
Semenjak revolusi perindustrian di Eropah beberapa abad yang lalu, masyarakat manusia bukan setakat memperolehi
keuntungan dari segi meningkatnya produktiviti lantaran kecanggihan teknologi malah turut menerima tempias buruknya
iaitu pencemaran dan masalah kesihatan.
Promosi Kesihatan
Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau masyarakat awam berkaitan maklumat
kesihatan, tetapi ia lebih kepada menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar dan mengambil tindakan yang
perlu untuk mencegah sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
Promosi kesihatan persekitaran ialah berkaitan dengan amalan menjaga diri dan keluarga daripada penyakit-penyakit
berjangkit seperti denggi, kolera, keracunan makanan dan sebagainya. Misalnya, penyakit denggi disebabkan oleh nyamuk
Aedes yang membiak dalam air jernih. Langkah pencegahan - mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
Aedes supaya jentik-jentik tidak dapat hidup.
Matlamat promosi kesihatan sebagai satu cara hidup dan bukannya semata-mata kesedaran sahaja tetapi tidak disokong
dengan tindakan dan amalan.
Matlamat akhir promosi kesihatan dalam konteks penjagaan kesihatan persekitaran terletak di bahu setiap individu
bertanggungjawab dan boleh bertindak untuk menjaga alam sekitar.
Diagnosis Awal dan Rawatan Awal
Diagnosis awal yang biasa dilakukan dalam kes-kes penyakit bawaan vector: Denggi dan Malaria ialah diagnosis makmal.
Darah pesakit diambil dan diperiksa untuk mengesan penyakit dan jenis-jenis parasit serta pengawasan kualiti dengan
menggunakan kaedah-kaedah makmal tertentu. Diagnosis awal boleh berpeluang kepada pihak kesihatan untuk
melakukan penyiasatan kes, susulan kes, kajian dan pemantauan persekitaran yang menjadi faktor kejadian penyakit
seperti Denggi, Malaria, HFMD, Influenza A H1N1.

Siasatan dilakukan untuk menentukan sejarah pesakit dan mengenal pasti punca seseorang itu boleh mendapat penyakit.
Contact tracing - mengenal pasti orang yang ada kaitan dengan pesakit untuk kenal pasti sama ada mereka dijangkiti atau
menjangkiti pesakit.
Menghadkan Kecacatan dan Pemulihan
Rehabilitasi / pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk
mengurangkan ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu. Individu yang mendapat
serangan strok sekiranya sembuh berkemungkinan lumpuh sebelah badan atau kaki dan tangan tidak dapat berfungsi
dengan sempurna. Matlamat rehabilitasi atau pemulihan ialah mengurangkan kesan ketidakupayaan ini kepada pesakit.

RUMUSAN

Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia malah kepada organisma lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan.

Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau
habuk dilepaskan ke udara.

Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik, sungai, laut dan air bawah tanah yang dicemari oleh
bahan cemar yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan
tanah dan sebagainya.

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas
permukaan atau ke dalam tanah. Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semulajadi struktur tanah.

Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah termaktub di dalam Akta Kualiti
Persekitaran (Environment Quality Act, 1974), pindaan tahun 1985 dan 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong
oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk mempelihara dan menjaga alam sekitar.


Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan kawasan baru untuk industri tertakluk kepada
panduan yang tedapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan rangka kerja berkaitan dengan undangundang dan peraturan alam sekitar di Malaysia

Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang
berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa kepada makna bahawa langkah-langkah
pencegahan hendaklah diambil berat terlebih dahulu dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang
berkaitan dengan aspek persekitaran.

Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai atau masyarakat awam berkaitan
maklumat kesihatan. Malah, ia lebih kepada menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar serta mengambil
tindakan yang perlu untuk melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.

Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian sesuatu penyakit. Dengan membuat
pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik boleh mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang
boleh diberikan kepada pesakit.

Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga
untuk mengurangkan ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.

TOPIK 9 PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN


9.1 JANGKITAN MIKROBIOLOGI
Empat jenis mikrobiologi akan dibincangkan di bahagian ini iaitu bakteria, virus, kulat serta protozoa.
Bakteria
Bakteria adalah bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 m. Bakteria boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sebagai
oganisma seni, bakteria boleh hidup dan membiak di mana sahaja seperti di tanah, air, debu serta habuk; tetapi dengan
syarat tempat tersebut menyediakan sumber makanan dan tempat untuk ia membiak dan tumbesaran.
Penyakit berjangkit: Tibi, Kolera, Tifoid; Bakteria baik dalam tanah menggunakan nitrogen yang terdapat di udara untuk
tumbesarannya; dimana apabila bakteria tersebut mati, bahan organik akan dikeluarkan ke dalam tanah dan menjadikan
tanah lebih subur untuk menampung tumbuhan dan hidupan lain.
Bakteria boleh dikategorikan aspek iaitu bentuk atau morfologi, keperluan kepada makanan serta perbezaan struktur. Dari
segi bentuk atau morfologi, bakteria dibahagikan kepada:
a. Cocci Berbentuk bulat dan berupa dalam rantaian (stretococci), clumps atau berkelompok (staphylococci) atau
berpasangan (diplococci).
b.

Bacilli atau berbentuk batang (rod-shaped).

c.

Spiral atau berbentuk lingkaran.

Untuk tumbesaran / hidup, bakteria memerlukan makanan, air serta asid amino. Dari udara pula, bakteria memerlukan
karbon dioksida untuk hidup.
Spesies bakteria yang menyebabkan penyakit atau kemudaratan kepada manusia dinamakan sebagai patogen. Contoh
bakteria yang menyebabkan keracunan makanan: Salmonella sp., Clostridium Perfringens, Clostridium Botulinum,

Staphylococcus Aureus . Spesies-spesis ini boleh mendatangkan kemudaratan apabila ia mencemari makanan yang diambil
oleh manusia. Patogen seperti Clostridium botulinum juga mengeluarkan toksin beracun. Toksin ini dapat melemahkan dan
merosakkan sistem saraf seseorang.
Bakteria mempunyai sejenis mekanisme pertahanan untuk hidup dan membiak sekiranya bekalan makanan dan nutrien di
persekitarannya menjadi semakin kurang. Ini dilakukan dengan membentuk lapisan pelindung di sekelilingnya (spora).
Perlindungan ini membolehkan bakteria terus hidup dalam keadaan yang tidak aktif. Jika keadaan persekitaran sesuai
dengan keperluannya, spora akan bertukar kepada bentuk bakteria biasa yang kemudiannya bercambah dengan cepat
(Noryati Ismail, 2000).

Virus
Virus adalah lebih kecil berbanding dengan bakteria dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
Virus adalah mikrob yang hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir seperti dalam badan
manusia atau haiwan. Virus mengandungi teras iaitu Asid Nuklei (DNA atau RNA) dan dikelilingi oleh lapisan protein
(Capsid). Ia melindungi Asid Nuklei dan merangsang pelekatan virus kepada sel hos atau perumah.
Virus adalah sejenis parasit iaitu ia tidak dapat membiak di luar sel hidup dan tidak dapat hidup lama di luar sel hidup. Virus
menggunakan kaedah dengan masuk dan melekat kepada sel hos, ia menyuntik Asid Nukleiknya ke dalam DNA hos
tersebut. Seterusnya, virus tersebut mengambil alih sel protein hos dan mula membuat partikel untuk pengeluaran virus
yang baru.
Virus terdapat di mana-mana, ada yang merbahaya dan tidak merbahaya. Sebahagian merbahaya boleh menyebabkan
pelbagai jenis penyakit seperti Influenza, cacar, HIV dan sebagainya.
Virus menyerang atau memusnahkan sel-sel hos dengan tiga cara iaitu:
a. Cytopathic Effect (CPE) Berlaku apabila sesuatu virus menjangkiti hos/perumah dan seterusnya membunuh selnya.
Contoh: adenovirus.
b. Latency peringkat di mana sesuatu virus berada pada peringkat pendam (Dormant) dan berpotensi untuk
memusnahkan sel hos. Contoh: Virus Varicella-Zoster yang menyebabkan penyakit kayap.
c.

Transformation Satu kaedah di mana virus boleh mengubah sel hos / perumah kepada bentuk Malignan (kanser).

Cth: jangkitan virus Hepatitis B menyebabkan seseorang mendapat penyakit kanser hati (Liver Carcinoma).

Kulat / Fungi
Kulat adalah mikroorganisma bersel Eukaryotic. Kulat lebih kompleks daripada bakteria dan ia mengandungi nukleus yang
mengandungi kromosom di dalam selaput membran.
a.

Yis Sel berbentuk bulat membiak secara berpasangan. Contoh: Cryptococcus neoformans.

b. Fungi seperti yis ia membiak dengan cara berpasangan dan sebahagian lagi membentuk filamen. Contoh: Candida
Albicans.
c.

Filamentous Fungi Tumbuh sebagai filamen, contohnya kulat yang menyebabkan jangkitan kurap.

d. Dimorhic Fungi Dua bentuk: yis di badan tetapi membentuk Mycelia di persekitaran atau di dalam kultur.
Contoh:Blastomyces dan Histoplasma.

Penyakit berkaitan kulat atau Mycose terbahagi kepada:


i. Penyakit yang menjangkiti kulit seperti penyakit kurap.
ii. Penyakit yang menjangkiti keseluruhan sistem badan, cth penyakit Histoplamosis. Contoh, jangkitan sekunder yang
berlaku dalam kalangan pesakit AIDS dan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Protozoa
-

merupakan mikroorganisma yang mempunyai Sel Eukaryotic.

sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz (5 hingga 50 m).

lebih besar daripada bakteria.

mempunyai nukleus yang dikelilingi oleh lapisan membran yang terdapat dalam Cytoplasm. Cytoplasm terbahagi
kepada Endoplasm yang berkaitan dengan pemakanan dan Ectoplasm.
Spesies protozoa yang menyebabkan penyakit kepada manusia ialah Plasmodium (Penyakit Malaria), Entamoeba
(Penyakit Amoebic Dysentery) dan Cryptosporidia (penyakit cirit-birit).

9.2 RANTAI JANGKITAN


Jangkitan bermaksud penaklukan badan oleh mikroorganisma yang merbahaya (patogen): bakteria, kulat, protozoa dan
virus. Setiap organisma hidup mempunyai mekanisme pertahanan untuk mengelak atau menentang ancaman daripada
organisma lain demi untuk kelangsungan hidup.
9.2.1 Mekanisme Pertahanan
Mekanisme Pertahanan Luaran
a.

Kulit

Kulit berperanan sebagai pertahanan yang menghalang atau mencegah organisma luar memasuki tisu atau organ dalam
badan, membunuh sebahagian spesies mikroorganisma apabila ia tersentuh dengan permukaan kulit.

Contoh: permukaan kulit mempunyai keupayaan untuk mencegah kemasukan bacteria salmonella ke dalam badan
sekiranya ia tersentuh dengan kulit.

b.

Membran Mukus

Ia bertindak sebagai lapisan penghalang yang mencegah organisma daripada memasuki tisu di dalam badan, membunuh
mikroorganisma yang tersentuh dengan permukaan Membran.
Contoh, air mata, mukus hidung serta air liur mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai lisozim yang mampu
membunuh mikroorganisma yang dibawa oleh udara sekiranya tersentuh dengan permukaan hidung dan mata.
Mekanisme Pertahanan Dalaman
Terdapat beberapa cara mekanisme pertahanan dalaman berfungsi melindungi badan iaitu:
a.

Phagocytosis

Istilah ini merujuk kepada sel-sel tertentu dalam badan bertindak yang memakan mikroorganisma asing yang berjaya
memasuki badan seseorang. Sel tersebut mengeluarkan enzim untuk membunuh dan menghadam mikroorganisma asing
tersebut.
b.

Bacteriolysis

Pertahanan jenis ini melemahkan dinding luar mikroorganisma asing. Apabila lapisan dinding tersebut berada dalam
keadaan lemah dan rapuh, ia memudahkan air masuk ke dalamnya sehinggalah mikroorganisma itu berada pada peringkat
dipenuhi air dan seterusnya pecah.
Kenalpasti Lingkungan Jangkitan
Apabila Patogen telah memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti.
Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidapi satu penyakit
berjangkit. Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of
infection).
Enam elemen tersebut adalah:
a.

Agen Penyebab

Ia terdiri daripada mikroorganisma yang merbahaya, juga dikenali sebagai patogen. Patogen boleh wujud dalam bentuk
virus, bakteria, Protozoa atau kulat tertentu yang merbahayakan kesihatan manusia.
b.

Reservoir

Tempat di mana Patogen boleh hidup, tumbesaran dan membiak. Antara tempat atau sumber ini ialah manusia, serangga,
makanan, air, objek serta peralatan.
c.

Portal of Exit

Elemen ini merujuk kepada cara sesuatu Patogen itu keluar dari sumber atau perumahnya. Antara cara-caranya ialah
melalui bendalir dalam badan manusia seperti darah, semen (air mani), air kencing, najis, mukus serta sebagainya.
d.

Cara Transmisi

Elemen ini menerangkan bagaimana Patogen yang keluar dari perumah mencari peluang untuk memasuki atau menjangkiti
perumah yang lain. Terdapat lima cara utama patogen boleh memasuki perumah iaitu melalui:

i.

Sentuhan

Sentuhan secara langsung melibatkan antara manusia dengan manusia. Patogen boleh berjangkit melalui sentuhan dengan
berjabat tangan, hubungan seksual atau seseorang pesakit mendapat jangkitan daripada tangan pegawai perubatan yang
telah tercemar dengan Patogen.
Sentuhan secara tidak langsung melibatkan sentuhan dengan objek yang dikongsi bersama orang lain seperti barang
permainan bagi kanak-kanak, tombol pintu, suis elektrik dan sebagainya.
ii.

Air-borne atau melalui udara

Cara ini melibatkan patogen masuk ke dalam badan seseorang apabila udara yang tercemar dengan patogen itu masuk ke
dalam saluran pernafasan apabila seseorang itu bernafas. Cara ini terbahagi kepada dua:
Secara titisan (Droplets) berlaku apabila patogen itu berpindah kepada orang lain melalui pemindahan titisan air liur
semasa bercium (deep kissing), bersin, bercakap serta batuk
Titisan Nuklei (Droplet Nuclei), Patogen berada dalam titisan yang paling seni dan mudah disebarkan oleh udara. Cara ini
memudahkan ia masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan.
iii.

Common vehicle atau bahan awam

Pemindahan patogen melalui cara ini berlaku apabila bahan-bahan menjadi pembawa kepada patogen tersebut. Misalnya
bahan makanan, air, bekalan serta produk darah tercemar atau peralatan perubatan yang tercemar dengan patogen.
iv.

Vektor

Patogen dipindahkan atau dibawa oleh haiwan (tikus, anjing) atau serangga (lalat, kutu, nyamuk, lipas).

v.

Blood-borne atau melalui darah

PEmindahan Patogen melalui pemindahan atau sentuhan darah yang tercemar dengan Patogen seperti dalam jangkitan
HIV dan Hepatitis B.
e.
-

Portal of Entry
melibatkan cara-cara Patogen memasuki badan hos atau perumah.

Contoh: melalui luka di kulit, membran mukus di mata, saluran pernafasan, alat kelamin, hidung dan mulut, saluran
penghadaman dan sebagainya.
f.

Susceptible Host

Elemen ini merujuk kpd kerentanan / kesesuaian seseorang yg berkaitan dgn faktor umur, genetik, status pemakanan,
kebersihan diri, tahap stres, tahap imuniti badan serta keseluruhan tahap kesihatan seseorang.
Contoh: seseorang yang sihat mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat jangkitan Patogen berbanding dengan
seseorang yang sedang menjalani rawatan Kemoterapi bagi merawat penyakit kanser.

Agen Pengawal
Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh
musuh.
Contoh: kes seorang kanak-kanak yang mendapat penyakit Batuk Kokol, tidak akan diserang penyakit ini lagi kerana sistem
pertahanan badannya telah menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan antibodi.
Antibodi adalah protein khas yang terdapat di dalam darah (Immunoglobulin) (singkatan Ig). Antibodi bertindak menentang
organisma seperti Patogen yang menyebabkan penyakit atau toksin yang dihasilkan oleh organisma. Antibodi melekat pada
organisma lalu membunuhnya. Ia juga boleh melekat pada toksin dan menghentikan tindakan bahaya toksin itu. Antibodi
ini disebut antitoksin.

9.3 MENCEGAH DAN MENGAWAL JANGKITAN


Cara mencegah dan mengawal jangkitan penyakit seperti :
9.3.1 Teknik Aseptik (Aseptic Technique)
Kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelakkan
dan mencegah pencemaran oleh patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.
Keadaan bebas patogen disebut sebagai Asepsis. Keadaan Asepsis menjamin seseorang pesakit yang dibedah agar tidak
mendapat jangkitan Patogen semasa melakukan pembedahan tersebut.
Contoh: mencuci tangan dengan sempurna, mengamalkan kebersihan diri yang maksimum, menggunakan sarung tangan
pakai buang, mencuci peralatan perubatan serta membersihkan tempat seperti wad, dewan bedah, bilik rawatan dan
sebagainya.
9.3.2 Musnahkan Rangkaian Jangkitan
Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan atau memusnahkan rangkaian
jangkitan sesuatu penyakit.
Tahap Virulence ialah ukuran berkaitan keupayaan dan kekuatan sesuatu Patogen menyebabkan sesuatu penyakit. Ia
bergantung kepada struktur dan keupayaan sesuatu patogen untuk mengeluarkan toksin atau membunuh sel hos.

Tahap invasiveness pula bermakna kemampuan sesuatu patogen membiak dalam perumah. Penaklukan atau kolonialisasi
adalah satu tahap kritikal dalam sesuatu rangkaian jangkitan di mana patogen sudah mula membiak dan boleh menjangkiti
orang lain.
Langkah kawalan aseptik untuk memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan di hospital berdasarkan kepada
elemen rangkaian jangkitan:
a.

Sumber Patogen (Reservoir)

Melakukan pemeriksaan tahap kesihatan seseorang personel kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada penyakit
berjangkit.
Contoh: menggunakan sarung tangan pakai buang, penutup hidung (mask), mencuci tangan dengan sempurna, membuang
bahan buangan klinikal secara sempurna di wad/bilik rawatan mengikut kategori dan sebagainya.
Tujuan: untuk mengelakkan seseorang personel perubatan itu menjadi sumber yang menjangkitkan patogen kepada
dirinya, pesakit.
b.

Portal of Exit

Amalan dan prosedur yang dapat mencegah jangkitan Patogen:


Mencuci tangan dengan betul dan sempurna (amalan tujuh langkah cuci tangan).
Balutan atau dressing pada luka hendaklah dibuat secara bersih.
Segala bendalir dan bahan buangan daripada pesakit hendaklah dikendalikan dengan sempurna supaya ia tidak
mencemarkan peralatan atau Patogen dalam bahan tersebut dan tidak menjangkiti personel kesihatan atau pesakit lain.
c.

Cara Transmisi

Kaedah untuk mencegah dan memutuskan rangkaian jangkitan patogen:

Mengamalkan langkah-langkah yang termaktub dalam standard precautions. Antaranya ialah personel perubatan
hendaklah mengamalkan amalan mencuci tangan dengan betul dan sempurna dan pengendalian bahan buangan klinikal
yang selamat.

Pesakit yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi untuk menjangkiti orang lain hendaklah diasingkan di wad
pengasingan.

Kaedah nyahkuman (sterilisation) peralatan-peralatan dan bekalan perubatan juga merupakan salah satu langkah
untuk mengelakkan pesakit lain mendapat jangkitan.

9.3.3 Piawai Pengawasan


Perkara Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan:
a.

Polisi dan Peraturan

Setiap kemudahan kesihatan atau klinikal mesti mempunyai satu garis panduan yang jelas berkaitan dengan objektif
polisi serta kaedah untuk melaksanakannya atau untuk mencapainya.

Polisi dan peraturan ini mestilah dimaklumkan dan difahami oleh setiap personel di sesebuah hospital tersebut.

Polisi dan peraturan berkaitan amalan standard precaution hendaklah dipamerkan di tempat-tempat strategik di
hospital.

Dari aspek jangkitan kesihatan awam, peraturan kuarantin digunapakai untuk mengawal penularan penyakit.

Contoh: dalam kawalan jangkitan Influenza A H1N1 dan Selesema Burung, pesakit serta mereka yang rapat dengan pesakit
dikuarantin.
b.

Kumpulan atau Jawatankuasa Pelaksana Kawalan Jangkitan

Kumpulan yang merangka, membuat, melaksana, mengawasi serta menilai keberkesanan sesuatu polisi atau peraturan
yang dibuat.
c.

Pendidikan dan Latihan

Aspek latihan dan pendidikan yang berterusan kepada personel perlu dijalankan secara berterusan seperti amalan
standard precautions, prosedur aseptik, cuci tangan dan sebagainya. Aspek khidmat sokongan seperti bahagian
penyediaan dan penyajian makanan, pencucian, pasukan kecemasan, pemandu ambulans, penyediaan peralatan serta
bahan buangan.
d.

Kemudahan dan Kelengkapan

Contoh: penyediaan kemudahan wad pengasingan bagi kes pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD), Influenza A H1N1 dan lain-lain penyakit berjangkit yang mempunyai risiko tahap
jangkitan yang tinggi.
e.

Persekitaran yang Bersih

Adalah amat penting mengekalkan tahap kebersihan persekitaran yang tinggi di dalam dan di luar hospital. Sebagai contoh,
wad pengasingan, dewan bedah, bilik mayat, dewan bedah post mortem, wad rawatan rapi dan sebagainya. Sanitasi yang
sempurna dalam aspek persekitaran yang bersih di sesebuah hospital melibatkan sistem pembuangan dan pelupusan
sampah dan bahan buangan klinikal yang baik, pencucian wad secara berkala mengikut teknik aseptik yang telah
ditetapkan dan sebagainya.
RUMUSAN
Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 m. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar
tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir dalam
badan manusia atau haiwan.
Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi. Kulat adalah mikroorganisma sel Eukaryotic.
Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan
bersaiz di antara 5 hingga 50 m.

Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran dan dalaman.
Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection).
Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu
jangkitan.
Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya
Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit berjangkit.
Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi
oleh musuh.
Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang
bertujuan mengelak dan mencegah pencemaran oleh Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.
Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan dan memusnahkan rangkaian
jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung
kepada tahap ganas (virulence) dan tahap menakluki (invasiveness) sesuatu Patogen itu.
Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara
seperti polisi dan peraturan, kumpulan atau jawatankuasa pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan,
kemudahan dan kelengkapan serta persekitaran yang bersih.

TOPIK 10 ISU-ISU PERSEKITARAN


10.1 KEBISINGAN
Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental juga.
Kebisingan diukur dengan desibel (dB). Tahap kebisingan yang dibenarkan adalah di bawah 3dB. Seseorang yang terdedah
kepada punca-punca kebisingan mempunyai risiko untuk mengalami masalah dan komplikasi kesihatan.
10.1.1 Punca Kebisingan
a. Punca Secara Semulajadi
Contoh bunyi bising yang berpunca secara semula jadi ialah letupan gunung berapi serta guruh.
b. Punca Secara Buatan Manusia
i. Bunyi kuat yang dihasilkan oleh mesin dan jentera yang digunakan di kilang;
ii. Bunyi dari tapak-tapak pembinaan seperti pembinaan bangunan yang melibatkan mesin pengerudi dan menanam
cerucuk;
iii. Bunyi oleh kenderaan bermotor di jalan raya; dan
iv. Bunyi oleh kapal terbang di lapangan terbang.
10.1.2 Pencemaran Bunyi
Bunyi bising berlaku apabila gelombang bunyi bergerak melalui pelbagai tahap tekanan di dalam udara. Pertukaran
tekanan secara berulang-ulang dikenali sebagai frekuensi bunyi. Unit untuk mengukur frekuensi dikenali sebagai Hertz (Hz).
Hertz bersamaan dengan pusingan per saat (Azizi Ahmad, 2007). Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan
hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai
suatu bentuk kebisingan.

Kesan Bunyi Bising kepada Manusia


Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (Auditory Effect) dan kesan di luar
telinga (Non-Auditory Effect).
Kesan kepada Telinga (Auditory Effect)
a.

Kesan yang berlaku secara serta-merta

Kesan ini berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada bunyi yang mempunyai ukuran melebihi 120dB. Contoh:
pendedahan letupan bom dan petir. Ia boleh menyebabkan seseorang itu hilang pendengaran secara kekal kerana
gegendang telinganya rosak atau pecah.
b.

Kesan Kronik

Berlaku akibat pendedahan seseorang secara berpanjangan kepada bunyi yang kuat. Ia boleh menyebabkan seseorang
mendapat kerosakan pendengaran yang teruk. Ini berlaku apabila frekuensi yang tinggi menyebabkan kerosakan organ
dalaman telinga iaitu koklea.
c.

Temporary Threshold Shift (TTS)

Berlaku akibat pendedahan kepada bunyi bising secara sementara. Misalnya seorang pekerja di kilang papan yang
terdedah kepada bunyi alat pemotong atau gergaji kayu setiap hari (lebih kurang 8 jam) selama 6 hari bekerja dalam
seminggu. Beliau mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pendengaran secara sementara seperti kurang
mendengar perbualan dengan rakan secara jelas. Kesan ini lebih parah sekiranya beliau tidak menggunakan alat

perlindungan peribadi seperti alat penutup telinga. Akibatnya, beliau berisiko tinggi untuk mendapat kerosakan
pendengaran secara kekal (permanent threshold shift).
d.

Permanent Threshold Shift (PTS)

Kerosakan kekal pada telinga berlaku apabila organ-organ dalam telinga seperti koklea, gegendang telinga serta Saluran
Eustachia mengalami kerosakan akibat jangkitan penyakit atau kecederaan akibat kemalangan. Penyelam seperti pekerja
pelantar minyak dan pencari mutiara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan pendengaran secara kekal
kerana mereka terdedah kepada bahaya persekitaran kerja iaitu kerap berada pada tekanan tinggi di bawah air.
Kesan di Luar Telinga (Non-auditory effect)
a.

Fisiologi

Bunyi yang kuat daripada pencemaran bunyi menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan. Keadaan tertekan
ini meningkatkan risiko seseorang kepada peningkatan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
b.

Psikomatik

Bunyi yang kuat menyebabkan seseorang mengadu mengalami sakit kepala, pening serta loya.
c.

Psikologi

Kesan bunyi yang kuat kepada seseorang melibatkan gangguan percakapan. Seseorang itu berasa tidak selesa dan rimas.
Simptom seperti ini bersifat psikologikal.
Kesan pencemaran bunyi boleh dicegah dengan beberapa cara (Azizi Ahmad, 2007):
i. Menukar atau menggantikan reka bentuk mesin dan peralatan;
ii. Menebat dan menyelenggara mesin;
iii. Mengawal dan memperbaiki kawasan kerja;
iv. Merancang masa kerja dengan meminimumkan tempoh pendedahan;
v. Menggunakan peralatan perlindungan pendengaran.
10.2 KESIHATAN PERSEKITARAN
- melibatkan saling kaitan antara manusia dan tempat tinggal, tempat kerja serta elemen-elemen semula jadi seperti lainlain organisma hidup, fauna, flora, tanah, sungai, lautan, bukit-bukau serta cuaca.
- keinginan manusia untuk menerokai dan mengawal alam ini, kita juga tertakluk kepada hukum alam.
- Manusia bersaing dengan organisma lain untuk hidup. Bayangkan sekecil-kecil bakteria dan virus tertentu boleh
membunuh manusia.

10.2.1 Unit Kawalan Mutu Makanan


Peranan: dalam merancang, melaksana, memantau serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek
keselamatan, kualiti dan kebersihan makanan.
Tujuan: melindungi orang ramai daripada kemudaratan yang berpunca daripada kesan buruk pengambilan makanan
kepada kesihatan akibat daripada pembuatan, pengilangan, penjualan, penyimpanan, penyediaan serta penyajian
makanan yang tidak menepati spesifikasi kualiti iaitu selamat, bersih serta berzat.
Peranan ialah memastikan segala aspek penguatkuasaan yang berkaitan dengan akta dan peraturan makanan sentiasa
diikuti. Ini dilakukan dengan mengambil contoh atau sampel makanan di premis yang menjual makanan seperti kedai,
gerai, pasar raya dan restoran. Langkah ini bukan setakat dilakukan semasa berlakunya kejadian keracunan makanan tetapi
bertujuan sebagai langkah pencegahan untuk memastikan tiada barang makanan yang merbahayakan kesihatan manusia
dijual di pasaran. Di samping itu, ia juga memantau dan mengawasi bahan-bahan makanan tempatan yang dieksport dan
diimport supaya menepati spesifikasi yang telah ditetapkan serta selamat digunakan oleh pengguna.

10.2.2 Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar


Matlamat: untuk mewujudkan suatu persekitaran sihat dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan
fizikal serta mental penghuni-penghuninya. Ini dilakukan dengan mengenal pasti, menaksir dan memperbaiki keadaan
persekitaran menerusi perlindungan kesihatan, promosi kesihatan serta pencegahan terhadap penyakit-penyakit
persekitaran.
URKAS bertanggungjawab dalam memantau penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan sanitasi
persekitaran seperti bekalan air minuman, pembuangan sampah dan tandas. Menjalankan penyeliaan dan penyiasatan
berkaitan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan alam sekitar seperti masalah pencemaran air, tanah dan
sebagainya.
10.2.3 Unit Kesihatan Am
Sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan am yang menyokong lain-lain unit di sesebuah
organisasi seperti pejabat kesihatan. Bidang tugas UKA ialah menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan
yang dilakukan oleh unit-unit yang berkaitan di sesebuah pejabat kesihatan (dengan syarat pejabat kesihatan tersebut
tiada unit promosi kesihatan).
Contoh: aktiviti kempen kesihatan berkenaan kepentingan kebersihan alam sekitar dijalankankepada pelbagai segmen
dalam masyarakat seperti masyarakat awam, pelajar sekolah, pekerja sektor awam, badan bukan kerajaan dan sebagainya.
10.3 RISIKO BAHAN TOKSID TERHADAP MANUSIA
Definisi toksik dimaksudkan sebagai bahan dan sediaan yang jika disedut atau dihadam atau menebusi kulit boleh
mengakibatkan risiko kesihatan yang serius atau kematian. Jika ia termakan, memasuk saluran pernafasan serta tersentuh
dengan kulit manusia.
Toksik adalah sebarang bahan buangan yang berupa cecair, pepejal atau gas yang boleh mendatangkan kesan buruk
kepada kesihatan manusia, binatang serta alam sekitar secara amnya. Tahap toksik sesuatu bahan ditentukan dengan ujian
makmal yang dikenali sebagai Toxicity Characteristic Leaching Procedure (TCLP).
Bahan toksik mengandungi bahan Karsinogen. Bahan ini meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit
kanser. Bahan toksik dikeluarkan oleh aktiviti industri seperti pembuangan bahan radioaktif oleh loji nuklear, sampah sarap
dari kawasan kediaman, logam berat dari kilang industri serta sisa racun rumpai atau makhluk perosak dari aktiviti
pertanian.
Simptom-Simptom Jangkitan
Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap bahan
tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu:
a.

Pendedahan yang Teruk (Acute Exposure

Pendedahan yang teruk melibatkan seseorang yang terdedah kepada ancaman toksik boleh mengalami cedera teruk atau
menemui ajal dalam jangkamasa yang singkat.
b.

Pendedahan yang Kronik (Chronic Exposure)

Pendedahan yang kronik melibatkan seseorang itu terdedah kepada ancaman bahan toksik dalam jangkamasa yang lama
secara berterusan. Kesannya juga boleh mengancam nyawa dan kesihatan seseorang.
Kesan: keracunan makanan. Kesan ini boleh dikenali sebagai pendedahan yang teruk kerana kesannya berlaku dalam
jangkamasa yang singkat. Keadaan ini dapat dilihat dalam kes seorang pesakit yang termakan makanan yang dicemari oleh
Racun Arsenik yang terdapat dalam racun makhluk perosak seperti di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. Simptomsimptom awal ialah pesakit mengadu sakit perut, muntah-muntah serta cirit-birit. Kehilangan air yang banyak daripada
pesakit boleh menyebabkan dia menjadi lemah dan tidak bermaya.
Penyakit-Penyakit Berkaitan Toksid
a.

Kanser

Bahan toksik yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen.

Bahan Karsinogen: apa-apa bahan pepejal atau bahan Radionuklei atau Radioaktif yang boleh merencatkan atau
menggangu tumbesaran sel sihat di dalam badan manusia. Gangguan ini menyebabkan sel-sel tumbuh tanpa kawalan.
Bahan Karsinogen: asbestos dan asap rokok. Pendedahan kepada punca-punca bahan toksik meningkatkan peluang
seseorang itu mendapat penyakit kanser.
b.

Jangkitan Saluran Pernafasan

Debu dan habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paruparu.
Cth: pekerja yang bekerja di kilang yang mengeluarkan debu dan habuk seperti kuari, mereka terdedah kepada ancaman
debu dan habuk. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan alat
perlindungan diri mereka boleh terdedah dengan ancaman jangka panjang risiko tersebut. Bendasing yang terkumpul ini
boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan salah satu simptomnya ialah pneumonia.
Cara-Cara Mengawal
Mana-mana negara yang bergantung kepada pendapatan dari bidang perindustrian tidak dapat lari dari soal dan isu bahan
toksik. Kawalan terhadap bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika dilihat dari segi
keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap
bahan atau sisa toksik dari industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak. Oleh itu, adalah
amatlah penting agar pengurusan sempurna bahan toksik dijalankan dari segi:
a. Rawat
Sebilangan bahan toksik boleh dirawat untuk mengurangkan kesan buruknya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Sebahagian bahan toksik yang telah dirawat boleh dikitar semula sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan manusia dan alam sekitar.
b. Penyimpanan
Penyimpanan di tempat yang sempurna menjamin ia tidak mengakibatkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
c. Pengangkutan
Pengangkutan bahan toksik seharusnya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang baik.

d. Pelupusan
Tempat dan kaedah pelupusan yang sempurna hendaklah mematuhi akta dan undang-undang alam sekitar yang sedia ada.
Langkah ini dapat menjamin agar bahan toksik tidak mendatangkan kesan buruk secara jangka panjang kepada manusia
dan alam sekitar.
Rawatan dan Bantuan
Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah mendapatkan rawatan dengan segera. Tetapi
sebelum sesuatu rawatan diberikan kepada seseorang pesakit, pemeriksaan atau diagnosa penyakit hendaklah dilakukan
oleh doktor perubatan yang bertauliah. Sesetengah penyakit yang berkaitan dengan ancaman dan pendedahan kepada
bahan toksik menunjukkan tanda dan simptom yang cepat tetapi terdapat juga yang tidak menunjukkan sebarang tanda.
Oleh itu, amatlah penting membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital oleh personel perubatan yang terlatih
dan bertauliah sahaja.
Namun begitu, pencegahan lebih baik dari rawatan. Langkah-langkah pencegahan amatlah penting bagi mengelakkan
penyakit atau masalah kesihatan yang berpunca daripada kesan bahan toksik. Langkah-langkah ini termasuklah
mengendalikan bahan-bahan toksik dengan teliti.

Rumusan

Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental.
Kebisingan diukur dengan Desibel (dB).
Terdapat beberapa punca bunyi bising. Antaranya ialah punca secara semula jadi dan buatan manusia.
Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja
atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan
sebagai pencemaran bunyi.
Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (auditory effect) dan kesan di luar
telinga (non-auditory effect).
Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) berperanan dalam merancang, melaksana, memantau serta menilai program dan
aktiviti yang berkaitan dengan aspek keselamatan, kualiti serta kebersihan makanan.
Matlamat utama Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran sihat
dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental penghuni-penghuninya.
Unit Kesihatan Am (UKA) adalah sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan am yang
menyokong unit-unit lain di dalam sesebuah organisasi pejabat kesihatan.
Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap bahan
tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu pendedahan yang teruk (acute exposure) dan pendedahan yang kronik
(chronic exposure).
Antara bahan toksid yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen. Debu dan
habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
Kawalan terhadap bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika dilihat dari segi
keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap
bahan atau sisa toksik dari industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.
Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah perlu mendapatkan rawatan dengan segera.