You are on page 1of 2

Afghan Brothers Usrah Ali Group Discussion

Ahli : Hj. Zaim, Hj. Wan Haris, Hj. Issyam, saudara Wafi, Anuar, Hafiz
dan Sofian.

Cabaran: hiburan - syaitan – cinta dunia – diri sendiri.

Sebahagian tips-tips/guideline meningkatkan amal.

* Haruslah yakin dan beriman kepada Allah s.w.t – Sentiasa yakin bahawa rezeki,
kesihatan,
Kehidupan dan kematian semuanya ditentukan oleh Allah s.w.t dan yakin bahawa
adanya syurga, neraka, titian sirat, alam barzakh. Penting untuk memantapkan
aqidah/iman, agar amal itu mudah dibawa. Tanpa aqidah, iman, tanpa keyakinan
dosa dan pahala, syurga dan neraka, hari kita dihisab, hari kita meninggalkan
harta dan keluarga dan membawa amal ke kubur, tanpa takut dan harap pada Allah,
ibadat akan terasa berat. ( Al-Anfal 8 : ayat 2)

* Cara hidup – Sebaik2 nya adalah menerapkan atau mengamalkan sunnah / cara
hidup Nabi Muhammad s.a.w dengan mengamalkan doa2 harian (doa sebelum/selepas
tido, makan, wuduk, solat tengah malam, zikir, membaca quran dsbgnya). Hidup
secara bersederhana (wasathiah).

* Solat – Cuba perbaiki solat dari hari ke hari hingga mencapai solat yang
kushuk, perbanyakan solat sunat, solat diawal waktu dan solat berjemaah. (Al-
Ankabut 29 : ayat 45)

* Ilmu – Perlulah belajar/berguru dengan alim ulama/guru agama untuk


mempelajari lebih banyak ilmu. Mengamalkan dan menyampaikan ilmu yang
dipelajari kepada orang lain. Hadiri kelas2 agama. Jangan merasakan ilmu yang
sudah ada itu cukup.

* Perbuatan – Haruslah istiqamah dalam sesuatu ibadah dan amalan.


Merancang/niat untuk melakukan sesuatu amal yang mudah dahulu dan kemudian
meningkatkan amal yang lain. Harus sentiasa berusaha dan tidak berputus asa
untuk meningkatkan/memperbaiki amal. Dahulukan kualiti dan istiqamah, barulah
kuantiti. (Al-Mulk : Ayat 2). Jangan terlalu ghairah sehinggakan tiada satu pun
yang tercapai.

* Ikhlas - Membuat sesuatu amalan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah


s.w.t bukan untuk mendapat ganjaran duniawi tetapi untuk mendapat ganjaran
syurga Allah s.w.t. Berusaha sehingga mencapai tahap Cintakan Allah s.w.t. (Ali
Imran 3 : Ayat 145). Pastikan niat kita betul agar amal kita diterima Allah dan
tidak sia-sia.

* Persekitaran – Rakan-rakan memainkan peranan yang penting, maka Islam


menggalakan kita bergaul dengan rakan2 yang sentiasa ingin melakukan kebaikan.
Kita juga harus saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya dengan
cara ini kita dapat memperingati diri kita sendiri dan dapat meningkatkan amal.

* Gadget – Zaman serba moden ini banyak gadget2 yang dapat membantu seperti I-
Pod dimana kita boleh membaca quran dimana sahaja. Kalendar atau diari Islam
juga dapat membantu dimana dalam diari tersebut boleh memperingatkan kita
terhadap hikmah2 berpuasa dibulan Ramadhan, Zulhijjah, Muaharam contohnya.

* Spesifikasi manusia – Kenderaan ringan yang membawa muatan berat akan rosak
kerana spesifikasinya adalah membawa muatan ringan. Spesifikasi manusia adalah
untuk mengabdikan diri pada Allah (Surah Al-dzariyat : Ayat 56). Manusia bukan
dicipta untuk mengabdikan diri pada dunia dan hawa nafsu, itu di luar
spesifikasi, membawa kepada pelbagai masalah. Pada permulaannya ibadat mungkin
terasa berat kerana ia sesuatu yang asing. Manusia lumrahnya akan mencari
kebiasaannya.

You might also like