BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN, TEORI, DAN PERBINCANGAN

2.1

KAJIAN KEPUSTAKAAN Terdapat banyak kajian dan bukti yang mengaitkan kerajinan dan kejayaan dalam kalangan

pelajar dan guru serta pihak sekolah. Nilai kerajinan yang diiringi dengan usaha dan tawakal akan menghasilkan kejayaan yang mutlak. Kejayaan yang dikecapi juga akan lebih bernilai dan berbaloi. Bagi pelajar-pelajar yang rajin dan tekun mereka akan dapat mencapai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Jika sebaliknya, mereka akan gagal mencapai kejayaan. Kajian juga mendapati kemerosotan pelajar Melayu dalam peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan oleh sikap kurang ketekunan dan kerajinan dalam pelajaran berbanding dengan pelajarpelajar Cina. Menurut Mahadzir dalam Zatina Mohd Said (2003), kemerosotan pelajar-pelajar Melayu bukan kerana kekurangan apa-apa tetapi kerana mereka kurang ketekunan dan kerajinan. Sikap kurang ketekunan dan kerajinan tersebut menunjukkan bahawa sikap pelajar-pelajar Melayu sendiri menjadikan mereka jauh ketinggalan dan kerugian. Mereka perlu diterapkan dengan nilai kerajinan dan ketekunan untuk belajar dengan gigih bagi menjadikan mereka seorang yang berjaya. Berdasarkan dapatan daripada kajian pemerhatian Program Motivasi Keibubapaan oleh Kamarudzaman bin Abdul Rahim (1998), kebanyakan ibu bapa bersetuju bahawa ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kerajinan dalam bekerja. Ibu bapa juga perlu menunjukkan ketekunan serta kesabaran dalam menghadapi kerenah belajar anak-anak

yang pelbagai pada masa ini bagi membolehkan anak-anak rajin belajar. Di samping itu, mereka perlu memberi sokongan moral dan material untuk meningkatkan dorongan dan motivasi kepada anak-anak. Faktor kejayaan pelajar perempuan dalam peperiksaan juga berkait dengan nilai kerajinan. Berdasarkan keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2006 mendapati lapan orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang adalah pelajar perempuan dan dua lagi adalah pelajar lelaki. Dalam pada itu, tidak lupa juga dengan kejayaan Nur Amalina Che Bakri yang mendapat keputusan 17A1 dalam SPM 2004. Keputusan cemerlang yang dicapai Nur Amalina sekali gus menjadi penanda aras kepada pelajar SPM yang lain dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM. Kini, sekali lagi sejarah dicatat dengan pencapaian seorang pelajar perempuan Melisa Sia Yin Ying mencapai keputusan cemerlang 17A1, walaupun menyamai keputusan Nur Amalina tetapi mencatat sejarah baru dalam dunia pendidikan kerana Melisa baru berusia 15 tahun. Paparan kejayaan tersebut sebenarnya bukan mengaitkan jantina dengan kecemerlangan tetapi resipi yang perlu menjadi prinsip dan praktik bagi semua pelajar untuk mencapai kejayaan. Kecemerlangan itu adalah hak semua individu dan tidak pernah dipengaruhi oleh kaum atau jantina. Kecemerlangan itu boleh dicapai sesiapa saja, baik lelaki dan wanita asalkan ada usaha untuk mencapai kejayaan itu. Mengikut Jayme Gate dalam Rusinah Siron (2007), wanita memiliki banyak keperibadian diri yang mendorong kepada kejayaan. Salah satu elemen yang boleh mendorong kepada kejayaan itu ialah kerajinan. Menurut Rusinah Siron (2007), wanita memang rajin dalam aspek yang berkaitan dengan diri dan kehidupannya. Wanita rajin melakukan aktiviti berkaitan hal wanita seperti memasak, mengemas, mencuba resipi baru dan membaca majalah dan sebagainya untuk menimba pengetahuan. Sifat rajin terserlah pada pelajar wanita yang memang suka membaca, mengulang kaji, membuat latihan dan menguruskan hal berkaitan pembelajarannya. Pelajar perempuan rajin datang ke kelas dan sukar ponteng kelas kecuali ada alasan munasabah. Menurut Rusinah Siron (2007) lagi, pelajar perempuan juga aktif dan rajin dalam aspek komuniti dan kemasyarakatan.

Menurutnya sikap suka berpersatuan dan menceburkan diri dalam ko-kurikulum menjadikan mereka lebih tabah dan cekal dalam menangani tekanan pelajaran dan peperiksaan. Pelajar yang cemerlang juga mempunyai kumpulan belajar terdiri daripada mereka yang rajin, berwawasan, positif dan tidak memandang negatif terhadap kehidupan. Selain sifat kerajinan yang ditunjukkan oleh pelajar, guru-guru juga perlu menunjukkan sifat kerajinan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kerajinan dan pengorbanan yang dilakukan oleh guru dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Berdasarkan ucapan yang telah disampaikan oleh pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor bersempena sambutan Hari Guru, beliau menegaskan bahawa pendidik yang berkualiti harus sentiasa ingin belajar untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekiranya guru terus belajar dengan sistematis, pengajaran akan menjadi suatu pengalaman yang sungguh menyenangkan dan menyeronokkan. Sikap ingin terus belajar ini akan menjadi teladan kepada pelajar-pelajar, terutamanya melalui kerajinan dan amalan membaca yang ditunjukkan oleh guru-guru mereka. Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kamal Ariffin (2006), telah menggariskan profil guru cemerlang dengan jelas. Antaranya ialah guru cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru cemerlang juga berusaha membentuk akhlak yang mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta ko-kurikulum para muridnya secara berterusan. Antara akhlak mulia tersebut ialah rajin, sanggup berkorban masa, tenaga dan pemikiran, prihatin, bertanggungjawab dan lain-lain. Akhlak cemerlang yang ditunjukkan oleh guru tersebut dapat membentuk perlakuan pelajar yang cemerlang dari semua segi termasuk sahsiah dan pendidikan. Kerajinan dan pengorbanan ikhlas yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dari dahulu hingga sekarang dibalas dengan kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajarnya. Pernyataan ini dibuktikan oleh salah seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Alam Shah iaitu Cikgu Nik Norie Sri Idayu (Majalah Wanita, Oktober 2009). Cikgu Nik Norie Sri Idayu adalah guru mata pelajaran Bahasa

Inggeris, Sains dan Teknologi di samping menjadi jurulatih hoki untuk pasukan sekolahnya. Walaupun Cikgu Idayu tidak pernah mempunyai pengalaman berkaitan sukan berkenaan, namun Cikgu Idayu menerima tanggungjawab yang diamanahkan dengan rela hati. Sungguhpun diselubungi perasaan bimbang, Cikgu Idayu menerima arahan tersebut sebagai cabaran dalam kerjayanya. Cikgu Idayu mula mencari maklumat berkaitan sukan berkenaan melalui orang perseorangan, jurulatih lain, buku, surat khabar, internet dan sumber-sumber lain. Usaha murni yang dilakukan oleh Cikgu Idayu dihadiahkan dengan kejayaan oleh pelajarnya apabila menjadi pasukan termuda layak bertanding dalam liga hoki Malaysia pada tahun 2008. Kejayaan ini menunjukkan bahawa sikap yang ditunjukkan oleh guru terbabit membawa kecemerlangan kepada pelajar dan mengharumkan nama sekolah. Usaha yang dilakukan oleh guru itu jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara faktor kerajinan guru dan pelajar dalam mencapai kejayaan.

2.2

TEORI

Rujukan Kamal Ariiffin. (2006). Mengekalkan Ciri Kemerlangan Diri Untuk Meningkatkan Kualiti Pendidikan Demi Menjan Modal Insan Unggul. Diakses pada 07 Disember 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/22248275/Ciri-Kecemerlangan-Diri-Sebagai-Guru Rusinah Siron. (2007). 11 Resipi Kecemerlangan Pelajar Perempuan. Di akses pada 02 Disember 2009 daripada http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Rencana/20070314224639/Article/ Zaitina Mohd Said. (2003). Penentu Pencapaian Matematik Pelajar-pelajar Melayu di Sekolah Menengah Negeri Perlis : Sikap, Penglibatan Ibu Bapa dan Faktor Guru. Diakses pada 02 Disember, 2009 daripada http://eprints.uum.edu.my/1358/1/ZATINA_BT._MOHD._SAID.pdf

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful