You are on page 1of 1

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan terutamanya bagi kanak-kanak.

Kanakkanak merupakan individu yang menggunakan warna untuk pengecaman objek. Kedua-dua
pernyataan telah disetujui oleh Faraha Latifah Binti Mohd, 2006 dalam kajiannya. Selain itu,
pemilihan warna amat penting di mana warna yang digunakan boleh mempengaruhi minda
dan pemahaman murid. Aplikasi warna dalam kajian turut memberi kesan kepada
peningkatan murid dalam kemahiran jawi. Hasil kajian Md.Hidayat Bin Othman (2009)
membuktikan bahawa penggunaan warna dan simbol dalam kemahiran menyambung huruf
jawi amat berkesan disamping memupuk rasa minat murid terhadap pelajaran jawi. Perkara
ini juga telah disokong oleh Hanim Irsyada Binti Che Ibrahim & Adnan Bin Abdullah (2013).
Dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. Warna yang
cerah dan terang menimbulkan perasaan riang dan gembira (Mohd Johari, 2006). Hasil
penulisan reflektif peserta kajian menunjukkan bahawa mereka mengakui berasa seronok dan
gembira kerana mampu membaca Al-Quran dengan sendiri tanpa ada melakukan kesilapan
sebutan (Siti Hajar Binti Ahmad Sabari, 2009).

Faraha Latifah Binti Mohd. 2006.Kajian Warna : Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh
Kanak-kanak. University Malaysia Sarawak.
Hanim Irsyada Binti Che Ibrahim & Adnan Bin Abdullah. 2013. Penggunaan Warna Dalam
Mashaf Bagi Mengatasi Masalah Makhraj Huruf Hasqadha Dalam Bacaan surah Al-Fatihah
Murid Tahun 3 Syafie. IPG Kampus Dato Razali Ismail
MD.Hidayat bin Othman. 2009. Penggunaan Warna Dan Simbol (W&S) Dalam Kemahiran
Menyambung Huruf Jawi Bagi Tahun 3. IPG KBL.
Siti Hajar Binti Ahmad Sabari. 2009. Penggunaan Warna Pada Huruf-huruf Mad Asli Dalam
Pengajaran Surah Al-Bayyinah. IPG Kampus Batu Lintang.
Mohd Johari Ab. Hamid. (2006). Asas Seni Visual. Selangor: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

You might also like