Cadangan bagaimana saya boleh menguruskan emosi yang mencabar sekiranya berada dalam situasi tersebut.

Marah Contoh dialog “Eh Pompuan! Kau jangan nak sibuk-sibuk dengan hal aku eh. Aku nak sembahyang ke tak nak tu aku punya pasal!” Kamal menghentak pintu lalu keluar dari rumah itu. Dialog ini diucapkan oleh Kamal yang memarahi Ita kerana Ita menegurnya tidak menunaikan solat Jumaat. Sekiranya saya berada dalam situasi seperti Ita yang teruk dikritik dan dimarahi oleh kedua-dua ibu bapanya, saya akan memperbanyakkan bersabar dan menerima segala pendapat dan pendangan orang mereka. Walaupun berasa marah terhadap tindakan mereka,pada masa yang sama saya akan cuba menjelaskan kepada mereka apakah rasionalnya tindakan saya dan segala kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan. Bersabar adalah pilihan yang terbaik. Saya juga akan cuba berlembut, memujuk mereka menerima apa yang ada dengan hati yang terbuka dan anggaplah segala-galanya ujian dari Allah yang maha Esa. Di samping itu saya juga akan cuba meyakinkan mereka apa yang dilakukan saya adalah yang terbaik.

Kecewa

Contoh petikan Ita kecewa. Sungguh kecewa kerana gagal membentuk suaminya yang tidak pernah kenal erti ibadah. Pergelokan hidup Kamal dilumuri dengan dosa. Tapi apakan daya Ita. Sebagai isteri dia harus mematuhi perintah suaminya dan sentiasa berada di sisinya.

Petikan ini memperlihatkan emosi yang kecewa pada watak Ita iaitu isteri kepada Kamal dan ibu kepada Zizi, terjelas pada dirinya perasaan yang amat kecewa terhadap sikap suaminya yang panas baran dan sering kemabukan serta lupa apda tanggungjawabnya kepada Allah dan keluarganya. Sekiranya saya berada di dalam situasi tersebut saya akan menggunakan kaedah pengurusan kendiri kebolehsuaian iaitu keupayaan menangani perubahan dengan fleksibel. Di samping bersabar dengan sikap suami tersebut, pada masa yang sama saya akan cuba menasihat dan memberi teguran dengan cara yang baik bagi mengelakkan tercetusnya konflik pergaduhan. Selain itu kaedah optimism juga boleh diaplikasikan yang bermaksud tekal dalam usaha mencapai objektif mengatasi halangan. Contohnya, ketekalan dan kesanggupan ita yang masih setia bersama suaminya yang bermasalah dan tetap tidak pernah putus asa dalam merubah dan menasihatkan suaminya. Langkah ini merupakn cara yang terbaik kerana sekiranya kita tidak bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu kita tidak akan berjaya.

Sedih

Contoh petikan “Ita, Kamal terlalu mencintai Ita. Kamal tak sanggup berpisah dengan Ita. Kamal janji Kamal akan membahagiakan hidup Ita. Kita kahwin eh Ita?” “Bu, Bu,” Zizi, anak Ita mengejutnya dari lamunan. “Ibu kenapa nangis?” Petikan ini diambil semasa ibunya berasa sedih serta mengenangkan saat-saat ibunya sedang bercinta dengan Kamal.

Dalam petikan cerpen Doa Seorang Anak jelas kelihatan Ita dan Zizi sangat sedih dengan nasib yang melanda ke atas mereka. Pada pandangan saya, kita perlu bersabar dan memperbanyakkan doa kepada Allah supaya mudahmudahan Allah akan membantu kita. Kita juga hendaklah redha dan jangan menyalahkan takdir atas apa yang terjadi atas nasib diri kita. Memperbanyakkan doa dan zikir serta membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi muslim supaya hati kita sentiasa tenang dan bersabar terhadap segala dugaanNya. Luahkan segala kesedihan kita dalam doa dan memohon kepada petunjuk dan pertolongan dari Allah yang maha Esa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful