INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU GURU SEBAGAI SATU PROFESION

NAMA PELAJAR

: : : :

MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN AHMAD SHAHIR NIZAM BIN ADANG KHALID BIN SHAFIE 880101-29-5337 870317-03-5551 880423-11-5343 860819-02-5637 2006082310034 2006082310033 2006082310023 2006082310027 PPISMP PENDIDIKAN JASMANI 1 TERAS PENGANTAR PENDIDIKAN TN.HJ.ABDULLAH BIN MOHAMAD 4 OKTOBER 2007

NO KAD PENGENALAN : : : : NO ANGKA GILIRAN : : : : :

KUMPULAN / UNIT

NAMA MATA PELAJARAN: NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : :

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA AHLI KUMPULAN HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN KONSEP PROFESION KONSEP PROFESION PERGURUAN & KEGURUAN GURU DAN IKTISAS KEGURUAN KOD ETIKA PERGURUAN TATASUSILA PEGURUAN MALAYSIA TOKOH GURU

3 4 5 7 10 15 23 25 34

2

BIODATA AHLI KUMPULAN

MOHD HAZIM BIN ABD. KADIR 1243 Lorong Murni, Kg. Seberang Limbungan, 22200 Kampong Raja, Terengganu

MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN W2/383 A, Jalan Hospital, 17000 Pasir Mas, Kelantan

AHMAD SHAHIR NIZAM BIN ADANG 332-P, Jalan Kayu Tinggi, Kg. Tok Jamal, Wakaf Mempelam, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

KHALID BIN SHAFIE F 1016 B, Kampung Titik Pondok, 08400 Merbok, Kedah

3

HALAMAN PENGAKUAN “Kami akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan Nama Tandatangan Nama Tandatangan Nama Tandatangan Nama

: : : : : : : :

…………………………………. Mohd Hazim Bin Abd.Kadir …………………………………. Mohd Faidhy Bin Zulkarnain …………………………………. Ahmad Shahir Nizam Bin Adang …………………………………. Khalid Bin Shafie

Tarikh

:

4 OKTOBER 2007

4

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan kerja khusus Teras Pengantar Pendidikan dengan jayanya. Kami juga telah dapat menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Kami berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah kami, Tn.Hj.Abdullah Mohamad untuk menyiapkan kerja khusus ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kami kepada pensyarah yang banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kepada rakan-rakan yang sering membantu kami juga diucapkan terima kasih kepada mereka. Walaupun pelbagai rintangan serta dugaan dalam mencari maklumat mengenai tajuk yang kami bincangkan ini tetapi dapat kami atasinya iaitu dengan bantuan rakan-rakan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kami di atas bantuan dan komitmen yang diberikan oleh para pekerja di perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu kerana banyak membantu kami mencari maklumat serta buku yang berkaitan dengan tajuk yang kami bincangkan. Kerjasama dan kesungguhan serta komitmen yang jitu antara ahli kumpulan yang banyak bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja khusus ini adalah amat dititikberatkan sama sekali dan kami bersyukur kerana ianya membuahkan hasil yang amat berguna kepada kita semua. Sampai di sini sajalah yang dapat kami coretkan sebagai renungan dan sebagai pedoman serta penghargaan terhadap ilmu bahasa yang begitu luas ini. Sekian, terima kasih..... WASSALAM......

5

GURU

KONSEP PROFESION

KEPENTINGA N KOD ETIKA

KONSEP PROFESION KEGURUAN

TATASUSILA KEGURUAN

GURU & IKTISAS PERGURUAN

PIAGAM PELANGGAN

KOD ETIKA KEGURUAN

CIRI-CIRI & KUALITI GURU PROFESIONA L

ETIKA KEPIMPINAN

TOKOH GURU

6

7

KONSEP PROFESION Menurut Lieberman, seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat, sesuatu pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai satu profesion haruslah mengandungi ciri-ciri berikut :Merupakan perkhidmatan yang mempunyai matlamat yang jelas

untuk masyarakat dan negara. Pekerja memberi perkhidmatan dengan menggunakan banyak

keupayaan dan kebolehan intelek. Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam

sesuatu bidang kemahiran ikhtisas. Pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa

autonomi semasa menjalankan tugasnya. Semasa memberi perkhidmatan, pekerja ini mementingkan mutu serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak

perkhidmatan

mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa

menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. Mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi itu.

8

Bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang

dibuat olehnya. Parkay (1990): Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan membuat keputusan sendiri. INTAN (1995): Profesionalisme dilihat mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. Abdul Halim (1996): Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat.

Berdasarkan ciri-ciri profesion di atas, konsep profesion itu boleh didefinisikan sebagai sesuatu pekerjaaan khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Secara ringkasnya, profesion adalah pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu.

CIRI-CIRI PROFESION (UMUM) • Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. • Matlamat yang jelas • Mengutamakan mutu perkhidmatan.

9

• Perkhidmatan yang unik dan penting. • Autonomi dalam menjalankan tugas. • Kod Etika. • Ahli pertubuhan.

10

KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN KEGURUAN

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Malahan profesion perguruan merupakan profesion yang paling utama di dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat. Menurut Kamus Dewan (1970), di bawah konteks pendidikan, guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam adalah seperti berikut :  lain.  Pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat 11 Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang

belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

GURU SEBAGAI PROFESIONAL DAN BUKAN PROFESIONAL Konsep profesional ialah orang pekerja yang bergiat dalam bidang profesion. Ini bermakna guru sebagai sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

CIRI-CIRI PEKERJAAN PROFESIONAL

1. Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.  Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan

pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Menggunakan keupayaan intelek.

12

Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya.

Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.  Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar

dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.  Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus Seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham

dilakukan dengan betul.  sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.  tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.  Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin,

cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

13

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.  Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi

menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja.  organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi.  Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.  Setiap profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan

dengan profesion yang lain. Namun mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.  Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang rajin dan Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang

cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab.  mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusankeputusan yang telah dibuat.

14

Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang

dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

15

GURU DAN IKHTISAS KEGURUAN Guru Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

16

Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

17

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global.

Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa

18

berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah. Kawalan sosial di sekolah. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut garis panduan sekolah. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid. Pengelolaan gerakerja kokurikulum. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang pengajian pengkhususan.

Ikhtisas Keguruan Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Mengajar ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan menilai murid-muridnya. Di samping itu, dia mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar itu. Namun begitu, status keikhtisas keguruan kian dipersoalkan. Ini kerana golongan guru meliputi berbagai-bagai latar belakang dalam kelayakan akademik dan latihan. Ini menyebabkan mereka dibahagikan dalam kategori perkhidmatan yang berbeza-beza.

Umpamanya, ada guru yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma pendidikan dari universiti dan ada pula yang mempunyai kelulusan SPM atau

19

STPM dengan Sijil atau Diploma Perguruan. Tiap-tiap kategori ini menerima latihan yang berbeza-beza. Yang tidak terlatih langsung biasanya berkhidmat di institut pendidikan swasta atau sebagai guru sambilan. Sebaliknya dalam bidang ikhtisas yang lain, latihan adalah serupa dan tempoh masa latihan juga sama. Mereka memerlukan daya kemahiran dan usaha intelek yang spesifik. Contohnya, doktor, peguam, akauntan dan jurutera menerima latihan yang khusus dalam bidang masing-masing. Perbezaan latar belakang dan kelayakan akademik guru ini menyebabkan mereka dikelaskan dalam berbagai-bagai kategori perkhidmatan. Tambahan pula, ada yang menggunakan bahasa pengantar (Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) yang berlainan dalam pengajaran. Kedua-dua faktor ini menyebabkan berbagai-bagai kesatuan, persatuan dan organisasi guru ditubuhkan untuk menjaga nasib perjuangan guru masing-masing, atau dengan objektif-objektif tertentu seperti menjaga kepentingan guru-guru yang menjadi anggota pertubuhan itu. Tiada sebuah organisasi yang boleh mewakili semua golongan guru dalam bidang ikhtisas keguruan.

Setakat ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK) merupakan sebuah kesatuan yang paling besar dengan lebih 105 ribu orang ahlinya yang sedang berkhidmat dalam bidang perguruan. Semua pertubuhan guru ini masing-masing berjuang untuk mendapatkan syarat atau faedah perkhidmatan yang lebih lumayan untuk ahli-ahlinya. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan nasib ahlinya dari perlantikan dan tindakan disiplin. Tidak seperti bidang ikhtisas yang lain, misalnya kesatuan doktor, peguam dan jurutera yang mempunyai kesatuan masing-masing untuk menjaga kepentingan bidang ikhtisas mereka. Kesatuan-kesatuan profesional mempunyai kuasa untuk memecat ahlinya daripada perkhidmatan yang berkenaan jika seseorang ahli melanggar etika ikhtisas (profesion) atau peraturan kesatuan mereka.

20

Dalam bidang ikhtisas yang lain, tiap-tiap golongan profesional mesti menjadi ahli kesatuannya sebelum dibenarkan mempraktiskan kemahirannya. Oleh itu setiap orang ahli baru mesti mendaftar dengan kesatuan itu sebelum mula memberi perkhidmatannya. Misalnya, di Malaysia, seorang peguam mesti menjadi ahli majlis Peguam, dan doktor mesti menjadi ahli Persatuan Perubatan Malaysia sebelum mereka diberi permit atau lessen oleh kerajaan untuk menjalankan profesionnya. Dalam bidang perguruan, tiada badan yang sedemikian ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

Kebebasan guru, baik di sekolah atau di luar sekolah dibatasi oleh sukatan pelajaran dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Berbanding dengan ahli ikhtisas yang lain, mereka mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas mereka, asalkan pengetahuan dan kemahiran mereka tidak disalahgunakan atau tugasnya tidak melanggar peraturan profesion itu.

Jika kita tinjau huraian di atas dengan teliti, kita boleh merumuskan bahawa keguruan memang mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion seperti : i. ii. iii. iv. v. Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan Negara. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

21

Bagaimanapun, keguruan juga mengandungi ciri-ciri lain yang tidak dianggap sebagai satu profesion. Di antaranya ialah : 1. Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. 2. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. 3. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. 4. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod atika yang ditentukan oleh kesatuannya. 5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang menentang keguruan sebagai satu profesion, maka keguruan setakat ini masih belum boleh dianggap sebagai satu profesion dengan erti kata sepenuhnya, sebagaimana yang telah dinikmati oleh doktor, peguam dan akauntan. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dan kesatuan-kesatuan guru sedang berusaha mengambil langkah untuk mengurniakan keguruan sebagai suatu profesion dalam erti kata sebenar.

22

23

KOD ETIKA KEGURUAN

Etika ialah sesuatu dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang 24

buruk, serta yang betul dan ynag salah, dengan tujuan memberi garis penduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula mengamalkan etika ini untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Profesion keguruan pula, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai kod etikanya sendiri. Tiap-tipa orang guru dikehendaki mematuhi kod etika ini demi menjaga status, akhlak, dan maruah dalam profesionnya. Di Malaysia, “ Tatasusila Profesion Keguruan ” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan berikut, merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

25

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYISA : IKRAR

26

“ Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara”.

Melalui memahami terkumpul

pendidikan, zaman

masyarakat mereka, berzaman,

dapat membantu dan menyediakan

anak

mudanya telah untuk

kebudayaan sejak

memperolehi

pengetahuan

yang

mereka

menghadapai cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggi.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

27

i. ii.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

iii. iv.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

v. vi.

Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

i. ii. iii.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 28

iv.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

v. vi.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

i.

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

ii.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

iii.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

iv. v. vi.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

29

4. TANGGUNGJAWAB PROFESION

TERHADAP

RAKAN

SEJAWAT

DAN

KEGURUAN

i.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii. iii.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

iv. v. vi.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

ETIKA KEPIMPINAN Tanggungjawab

30

 menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.  sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri.  sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.  membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya. Sikap

sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab. mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara. mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.

 

Perawakan dan Peribadi

mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik. sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran. sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat.

 

PIAGAM PELANGGAN

31

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

32

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. 17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. 22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

KEPENTINGAN KOD ETIKA

33

i.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

ii.

Kod

Etika

Perguruan

menyatakan

dengan

jelas

tentang

tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. iii. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. iv. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. v. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. vi. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

34

LATAR BELAKANG

35

TOKOH GURU

HJ. ABDULLAH BIN MOHAMAD
KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN, INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU, KELANTAN.

Hj. Abdullah Bin Mohamad dilahirkan pada tahun 1952. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 4 adik beradik. Beliau menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1981. Hasil perkongsian hidup bersama isterinya, beliau dianugerahkan 5 orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan empat orang lelaki.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 36

Darjah 1

:

Memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Kuala Krai, Kelantan.

Darjah 2

:

Berpindah ke sekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan.

Darjah 3 - 6 :

Berpindah ke sekolah Sekolah Kebangsaan Jerantut, Pahang.

Tingkatan 1–5 : Menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut, Pahang. Tingkatan 6 : Menyambung pelajarannya ke peringkat pra universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Talib, Pahang. Tahun 1973 – 1977 : Menyambung pelajarannya ke peringkat Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengkhususan Ijazah Am Geografi & Sejarah) Kepujian Pengkhususan Sosiologi.

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN

37

1977 – 1981 :

Memulakan tugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin, Bukit Besar, Pulai, Johor.

1982 – 1985 :

Maktab Perguruan Rejang, Sarawak
(menjadi jurulatih pasukan bola jaring)

1985 – 1993 :

Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan
(menjadi pengurus pasukan hoki)

1993 – 1996 :

Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu
(menjadi ketua jabatan ilmu pendidikan)

1996 – Sekarang

:

Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan
(menjadi ketua jabatan ilmu pendidikan)

PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH GURU 38

1.

Pandangan tokoh terhadap ciri-ciri yang perlu ada pada

seorang guru yang professional. Pada pendapat Hj.Abdullah Mohamad, ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru professional ialah suka pada kerja. Ini bermakna untuk menjadi seorang guru yang professional seseorang itu perlulah cintakan kerjayanya. Cinta akan kerjaya ini amat penting kerana seseorang itu akan menjalankan tugas dengan hati yang ikhlas dan ini juga akan memberi kesan yang baik kepada pelanggannya terutama kerjaya pendidikan ini. Selain itu juga, ciri lain yang perlu ada pada seorang guru professional ialah berfikiran jauh. Seseorang guru yang mempunyai pemikiran yang jauh adalah seorang guru yang amat berkualiti kerana dirinya akan sentiasa melihat ke hadapan dan akan merancang segala masa depannya untuk generasi akan datang.

2. -

Pandangan tokoh terhadap Profesion Keguruan. Beliau menyatakan bahawa profesion keguruan adalah profesion yang paling mulia. Guru merupakan pembentuk kepada manusia. Guru menerapkan ilmu, nilai-nilai murni, dan sebagainya kepada manusia. Penerapan ini sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman kerana masyarakat telah mempunyai pelbagai ilmu dan boleh berfikiran secara rasional.

3. Perbezaan guru masa kini dan guru masa dulu bagi tokoh.

39

-

Beliau menyifatkan guru masa kini dan guru masa dulu adalah sama sahaja. Tugas guru sememangnya mendidik manusia agar menjadi insan. Cuma yang berbeza adalah cara pengajaran kerana mengalami kemajuan yang berterusan, namun tujuan utama guru masa kini dan dulu adalah tetap sama.

4. Nasihat tokoh kepada bakal-bakal guru. Jika seseorang itu telah memilih kerjaya sebagai guru, maka seseorang itu mesti sanggup berkorban dari aspek tenaga, masa dan mungkin juga wang ringgit. Seseorang itu perlu mendapatkan atau merebut peluang-peluang yang ada di samping menjaga atitud seorang guru serta memelihara etika keguruan.

REFLEKSI
40

Melalui kerja khusus ini, kami telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman kami dalam subjek Teras Pengantar Pendidikan ini. Kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak masalah. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu. Selain itu , kami juga mencari info tentang Teras Pengantar Pendidikan melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak faham akan cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan kami. Syukurlah kami mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu kami dalam proses menyudahkan kerja khusus ini. Kami juga berasa untung kerana pensyarah kami sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan tugasan ini. Ramai pelajar keliru dan tidak faham akan tajuk ini. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada pensyarah, kami semua dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Sedikit masalah lain telah menghantui kami semasa menyiapkan kerja khusus ini. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami tetapi membuatkan kami semakin bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk melakukan tugasan ini. Selain daripada masalah ini, saya berasa lega kerana tidak menghadapi masalah–masalah lain yang lebih berat lagi. Kami berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus yang mencabar ini dengan sempurna. Kami berharap akan mendapat tugasan

41

seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu kami untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek Teras Pengantar Pendidikan. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , saya dan rakan-rakan yang lain kami akan sedaya upaya mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu hari nanti. Insyaallah.

42