You are on page 1of 7

negeri-negeri Melayu telah wujud sejak kurun ke-14.

Negeri-negeri Melayu terbentuk dan


berkembang secara berasingan dan tidak mempunyai sempadan yang jelas. negeri-negeri Melayu
terbahagi kepada tiga bahagian berasaskan kewujudannya iaitu Negeri-negeri Melayu Awal seperti
Melaka dan Johor, Negeri-negeri Melayu Tua iaitu Kedah , Pahang dan Perak dan Negeri-negeri
Melayu Baru iaitu Negeri Sembilan, Terengganu , Kelantan , Selangor dan Perlis. Kemudian,
kehadiran orang Eropah dalam tahun 1600 hingga 1900 telah memperlihatkan campur tangan
british ke atas negeri-negeri melayu. Campur tangan British secara langsung dalam hal ehwal
Negeri-negeri Melayu bermula dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang telah menyebabkan
Negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan British serta Perjanjian Pangkor 1874 yang telah
mengukuhkan lagi pentadbiran British di Tanah Melayu. Campur tangan inggeris di negeri-negeri
Melayu dan Singapura terbahagi kepada tiga bentuk penguasaan dan pentadbiran. Bentuk pertama
ialah Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang yang ditadbir
bersama sejak 1826. Sehingga 1850an Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di uruskan oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris bagi pihak kerajaan Britain. Bentuk kedua ialah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri-negeri ini menjadi kawasan lindungan Inggeris hasil perjanjian diantara Inggeris dengan
pemerintah negeri-negeri tersebut pada tahun-tahun 1870an dan 1880an. Sejak 1895 negeri-negeri
ini ditadbir bersama secara sistem persekutuan. Bentuk ketiga ialah Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu yang terdiri daripada negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu. Negeri-negeri
ini menerima lindungan Inggeris secara berasingan. Johor menerima Penasihat Inggeris lewat
sedikit berbanding negeri Kedah, Perlis, dan Kelantan. Sepanjang kewujudan negeri-negeri ini,
pelbagai perkembangan dari aspek politik, ekonomi, dan sosial yang dapat dilihat dari tahun 16001900.
Pentadbiran British ke atas Negeri-negeri Selat bermula pada tahun 1867 yang terdiri
daripada Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pembentukan Negeri-negeri Selat dipermudahkan
oleh Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada peringkat awal, Negeri-negeri Selat berada di bawah
pentadbiran Kerajaan India dari tahun 1832 hingga 1867. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi pada
tahun 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan
British di London kerana kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri serta
ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh. Pada tahun 1867, pentadbiran
Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri
Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota. Pemindahan telah memperlihatkan sistem

pentadbiran yang lebih kemas bagi Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang
Gabenor dan Gabenor pertama yang mentadbir Negeri-negeri Selat ialah Sir Harry Ord. Gabenor di
bantu oleh Setiausaha Tanah Jajahan dan dua orang pembantu iaitu leftenan. Setiausaha biasanya
pegawai yang menjadi Residen Kaunselor Singapura dan juga merupakan Ketua Perkhidmatan
Awam Negeri- negeri Selat. leftenan lain ialah Residen kaunselor Melaka dan Residen Kaunselor
Pulau Pinang. Sebagai pentadbiran yang bersifat bertanggung-jawab maka Gabenor dibantu oleh
tiga majlis iaitu majlis kerja kerajaan, majlis perundangan dan majlis keadilan serta para pegawai
tadbir yang dikenali sebagai Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat.
Seterusnya, selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, ianya
menandakan bermulanya campur tangan British di Negeri-negeri Melayu secara rasmi. Dengan itu,
british telah memperkenalkan pentadbiran baru di negeri-negeri melayu iaitu sistem residen. Dari
segi teori, Residen hanya berperanan sebagai seorang penasihat sultan sesebuah negeri dan
Nasihat Residen jika hendak dilaksanakan adalah melalui kuasa Sultan dan para pembesarnya.
Walau bagaimanapun, dari segi praktisnya had kuasa Residen sebagai Penasihat kepada kerajaan
negeri Melayu menurut Frank Swettenham, adalah satu bohongan. Wujudnya ketetapan di dalam
Persetiaan Pangkor yang menyebut, "nasihat Residen mestilah diikuti dalam semua hal kecuali
perkara-perkara yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu" menunjukkan bahawa
taraf Residen lebih daripada seorang penasihat. Beliau menjadi seorang yang berkuasa penuh di
dalam pentadbiran negeri dan berkuasa dalam memutuskan sesuatu dasar manakala sultan hanya
berkuasa dalam menandatangani dokumen-dokumen bagi pelaksanaan sesuatu dasar. pengenalan
sistem Residen telah membawa kepada pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri yang berfungsi
membincangkan perkara-perkara penting dan bertindak sebagai penasihat dalam membuat
undang-undang dan juga bertindak sebagai Mahkamah Rayuan, di samping mentadbir kerajaan
negeri juga mengurus cukai dan perlantikan pembesas-pembesar tempatan. MMN yang dibentuk
oleh British dianggotai oleh sultan, Residen British, dua belas orang pembesar negeri dan seorang
wakil masyarakat cina. Walaubagaimanapun, keterlibatan sultan dalam mmn hanya sebagai
lambing dan symbol kedaulatan. British telah memperkenalkan sistem residen ini di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
salah satu contoh negeri melayu yang menerima sistem Residen ialah di Pahang. Residen
British yang pertama ialah John P. Rodger pada tahun 1888 semasa pemerintahan sultan ahmad.
Namun, Sistem Residen hanya dilaksanakan secara rasmi di Pahang pada bulan Julai 1889. Pahang

merupakan negeri terakhir yang menerima residen British. Rodger tidak di senangi oleh sultan
Ahmad kerana tindakan terburu-burunya dalam memperkenalkan `tamadun' Barat dan
menyingkiran sistem-sistem tradional Pahang. Corak pentadbiran Pahang telah diatur semula dan
salah satu pembaharuan British adalah dengan mewujudkan Daerah-daerah baru. pentadbiran
daerah-daerah itu diberikan kepada pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik oleh Rodger. Hugh
Clifford iaitu penguasa di Hulu Pahang telah dilantik menjadi pemangku Residen. Namun semasa
beliau memegang jawatan sebagai pemangku Residen telah berlaku penentangan daripada para
pembesar yang marah kerana negeri mereka telah dirampas dan juga hak megutip cukai. Antara
pembesar yang menentang British di Pahang ialah Orang Kaya Datuk Bahaman yang marah kerana
pihak British memerintahkan beliau menghentikan kutipan cukai di kawasan beliau iaitu Semantan.
Bagi beliau kuasa asing tidak mempunyai hak untuk melarang beliau daripada mengutip cukai
melainkan arahan tersebut adalah daripada sultan. Apabila Residen menggunakan kekuatan polis
bagi memaksa para pembesar patuh kepada pentadbirannya, maka tercetuslah Pemberontakan
Pahang pada tahun 1891. Pemberontakan ini tamat pada tahun 1895 tetapi memberi kesan buruk
kepada kewangan negeri Pahang.
Setelah negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang menerima residen ke dalam
pentadbiran mereka, pihak British mendapati keempat-empat buah negeri ini telah terpisah jauh
dalam hal-hal yang penting. Maka, Sir Cecil Clementi Smith iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat pada
tahun 1893 telah mencadangkan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan diluluskan
oleh Setiausaha Negara. Berikutan itu, kerajaan British telah mengarahkan Sir Frank Swettenham,
untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan dan beliau telah berjaya memperolehi
persetujuan daripada semua Sultan pada tahun 1895. Pada 1 Julai 1896, Sir Frank Swettenham
telah dilantik sebagai seorang Residen Jeneral pertama. Bersamaan dengan tarikh tersebut, satu
perjanjian telah ditandatangani di antara raja-raja Melayu dengan pihak British iaitu Perjanjian
Persekutuan 1896 yang menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu diketuai oleh Residen Jeneral yang mempunyai bidang kuasa yang
luas tetapi perlu bertindak menerusi residen-residen di keempat-empat buah negeri tersebut.
Kuasa pentadbiran dibahagikan kepada pusat dan negeri. Penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu bertujuan mewujudkan sistem pentadbiran seragam, mengawal kuasa residen dan
meneruskan dasar Pejabat Tanah Jajahan. Kuasa Pentadbiran dibahagikan antara pusat dan negeri
serta pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.

Dengan tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British terpaksa mencari jalan untuk
menjamin supaya hubungan diantara sultan dengan pentadbiran tidak terputus. Maka dicadangkan
agar diadakan pertemuan diantara semua Sultan negeri-negeri melayu dengan semua residen dari
masa ke semasa. Pertemuan ini dikenali sebagai majlis mesyuarat raja-raja melayu atau durbar.
Durbar dijadikan satu acara rasmi tahunan dan dihadiri oleh semua sultan di NNMB, ahli2 Majlis
Mesyuarat Negeri, para pembesar dan pegawai British dengan dipengerusi oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Keanggotaan dalam durbar hanya 13 hingga 15 orang sahaja dan banyak perkara-pekara penting
yang telah dibangkitkan oleh raja-raja melayu dalam Durbar. kebiasaanya raja-raja melayu
mengambil peluang untuk meminta supaya pihak British memberi layanan yang lebih baik kepada
orang melayu. Pihak British memberi perhatian tentang perkara-perkara yang diketengahkan oleh
raja-raja melayu tersebut. Walaubagaimanapun, majlis ini hanya berfungsi sebagai mencadangkan
sahaja dan british yang akan membuat keputusan dalam mengeluarkan sebarang dasar. Durbar
diadakan dalam bahasa melayu dan pertama kali dilaksanakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar,
perak.
Sepanjang pentadbiran residen di nnmb, berlaku perubahan dan perkembangan drastik
dari aspek politik, ekonomi, dan sosial di negeri-negeri tersebut. Pertama, kita lihat dari aspek
politik iaitu penerimaan residen sebagai penasihat di nnmb sehingga berlakunya pemberontakan.
Terdapat pelbagai pembaharuan yang dijalankan residen tanpa mengambil kira pandangan dan
perasaan penduduk tempatan khususnya para pembesar dan Sultan. Misalnya di perak, j.w.w birch
mahu melakukan perubahan secara drastik bagi kepentingan British tetapi tindakannya tidak
disenangi sultan dan para pembesar. Tambahan pula, birch tidak tahu berbahasa melayu dan
sikapnya memandang rendah orang melayu. Disebabkan tindakan melulu birch, berlaku
pertelingkahan dan permusuhan diantara beliau dan Sultan Abdullah serta para pengikut baginda
sehingga membawa kepada pembunuhan birch di Pasir Salak oleh pengikut Sultan Abdullah yang
diketuai oleh Datuk Maharajalela dan orang-orangnya seperti Datuk Sagor dan Pak Endut.
Seterusnya, pembentukan pentadbiran yang lebih teratur dan cekap. British telah mewujudkan
pelbagai jawatan2 baru dan terdapat juga Jabatan2 lain yang ditambah untuk memenuhi pelbagai
keperluan. Sebagai contoh, british telah mewujudkan Jabatan Kerja Raya di setiap negeri. selain itu,
Penubuhan perkhidmatan Awam yang seragam dan sebuah pasukan Polis bg NNMB turut
ditubuhkan. Penubuhan pasukan polis dapat dilihat di negeri Selangor apabila tengku kudin iaitu
menantu kepada sultan abd samad menubuhkan pasukan polis di Klang dengan bantuan Residen

Perubahan dan Perkembangn nnm dari Aspek seterusnya ialah ekonomi. perkembangan
ekonomi yang seimbang di nnmb dapat dilakukan dengan cepat. Hal ini kerana, Pembinaan jalan
raya dan kereta api telah dibina dan diperluaskan agar dapat menghubungkan Bandar-bandar yang
mempunyai kepentingan ekonomi. Misalnya, di perak, Perkhidmatan kereta api mula di bina untuk
membawa barang-barang berat seperti bijih timah di kawasan Larut yang terkenal dengan
penghasilan bijih timah. Perkembangan seterusnya ialah Kegiatan perlombongan biji timah dan
pertanian ladang getah semakin meningkat d keempat2 negeri tersebut. Tanah Melayu telah
menjadi pengeluar terbesar biji timah dan getah pada awal abad ke-20. Buktinya, setelah
kedatangan British, perlombongan bijih timah di Pahang menjadi semakin pesat kerana pembukaan
banyak kawasan lombong. Kawasan lombong bijih timah yang paling maju adalah di Sungai
Lembing. Kawasan ini diterokai oleh pihak British pada bulan Februari 1888 sebaik sahaja Sultan
Ahmad Muadzam Shah I yang mengamalkan dasar pintu terbuka bersetuju untuk menubuhkan
Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Sungai Lembing merupakan bandar pertama di
tanah melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih british iaitu Pahang
Corporation Limited(PCL) dalam bulan April 1887. Selain itu, british juga telah menggalakkan
Negeri2 kaya seperti Perak dan Selangor membantu negeri2 yang miskin terutamanya Pahang
kerana negeri tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk dan salah satu sebab kemasukan
negeri Pahang ke dalam nnmb adalh bagi menyelasaikan masalah kewangan di pahang.
Perubahan dan Perkembangan nnm dari Aspek terakhir pula ialah sosial. Pihak british telah
Mengalakkan kemasukan ramai orang cina dan petempatan mereka tertumpu di bandar2 besar
sekitar kawasan perlombongan seperti ipoh dan kuala lumpur. Salah satu contoh negeri yang
menunjukkan Pertambahan migran cina di kawasan Bandar ialah di perak. Pada awal 1860-an,
dianggarkan bilangan orang Cina di Kelian Pauh berjumlah lebih kurang 400 orang dan di Kelian
Baru pula adalah seramai 2200 orang. Seterusnya, Perkembangan social yang dapat dilihat ialah
pertambahan jumlah hospital dan klinik bagi penduduk di kawasan Bandar dan luar bandar. Hal ini
menyebabkan bilangan penduduk di NNMB semakin bertambah. Buktinya, di Pahang,
perkhidmatan kesihatan telah disediakan pada 1889. Hospital kerajaan telah dibina di Pekan dan
Penjum manakala hospital swasta pula dibina di Kuantan, Bentong dan Sungai Dua. Dengan
peningkatan bilangan penduduk, maka pengeluaran sesuatu hasil juga bertambah. Hal ini
menyebabkan Hasil pendapatan juga semakin meningkat. Selain itu, pihak british turut membina
sekolah-sekolah yang menekankan aspek asas seperti membaca, menulis dan mengira. Misalnya, di
selangor, pendidikan awalnya adalah tidak formal dan dibahagikan kepada dua bentuk iaitu belajar
membaca Al-Quran dan pembelajaran yang berbentuk fizikal seperti bersawah dan bertani. Namun,

setelah kedatangan residen pada 1875, sekolah melayu telah ditubuhkan buat pertama kalinya di
klang.
Campur tangan british di negeri-negeri melayu yanng terakhir pula ialah dengan
tertubuhnya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kedah, Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Johor. Selepas termeterainya Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909, Siam
telah menyerahkan haknya di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis ke bawah penguasaan
Inggeris dan seorang penasihat British akan ditempatkan di setiap negeri. Menerusi perjanjian ini
juga, kerajaan Johor akhirnya bersetuju untuk menerima seorang penasihat British pada tahun
1914. Kuasa memerintah di setiap negeri terletak di bawah tanggungjawab sultan masing-masing
tetapi pemerintahan negeri dijalankan oleh seorang pegawai Melayu yang digelar Menteri Besar.
Kaedah pemerintahan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah berbeza dengan
pemerintahan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Menteri Besar dikehendaki menerima
nasihat pegawai penasihat British dalam segala hal ehwal pemerintahan kecuali berkenaan dengan
adat resam Melayu dan agama Islam. Walaupun istilah yang digunakan berbeza namun Peranan
yang dimainkan penasihat british adalah serupa dengan peranan residen di nnmb. Persamaan
antara Negeri-negeri Bersekutu dengan Negeri-negeri Tidak Bersekutu yang lain ialah penasihat
british juga diketuai oleh Residen Jeneral dan Kuala Lumpur merupakan ibu negeri dan pusat
pentadbiran kerajaan.
Salah satu contoh bagi nnmtb dalam menerima penasihat british ialah johor. Negeri Johor
merupakan negeri yang paling lama dapat mengekalkan kemerdekaan dan menghalang kekuasaan
British. Secara rasmi Johor merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima perlindungan British
sepenuhnya, tetapi secara tidak rasmi Johor sebenarnya telah lama berada di bawah pengaruh
British berbanding negeri-negeri Melayu yang lain. british menghadapi kesukaran dan dilema sama
ada perlu atau tidak mencampuri urusan pentadbiran johor. Hal ini kerana, johor lebih tegas dalam
menghadapi pengaruh inggeris. Tambahan pula, sultan yang mentadbir ketika itu adalah sultan
yang berwibawa iaitu sultan abu bakar yang mendapat pendidikan inggeris dan mempunyai
hubungan erat dengan pegawai british. Sehinggakan, setelah negeri johor menerima kemasukan
penasihat british pada 1914, pihak inggeris tetap gagal menguasai sepenuhnya pentadbiran johor
kerana sultan dan para pembesarnya berjaya mengekalkan kedaulatan johor.
Penubuhan nnmtb telah memberi kesan dari setiap aspek. kesan yang pertama adalah dari
aspek politik. Perubahan paling besar ialah kedudukan raja-raja melayu semakin lemah dan mereka

hanya dijadikan sebagai simbol kedaulatan negara. Buktinya, . pembesar juga kehilangan kuasa dan
terdapat pembesar yang dilucutkan jawatan. Misalnya, . perubahan yang berlaku seterusnya adalah
wujudnya sistem persekutuan atau federalisme yang digunapakai sehingga ke hari ini. Kesan
seterusnya adalah dari aspek ekonomi iaitu segala ekonomi di negeri-negeri melayu dimonopoli
oleh british. Ekonomi yang dimonopoli british hanyalah ekonomi yang dominan dan bersifat
komersial seperti bijih timah. Buktinya, Kesan terakhir ialah dari aspek sosial iaitu berlakunya
pertambahan bilangan penduduk disebabkan kemasukan golongan imigran yang datang untuk
bekerja di sektor tertentu. Buktinya, . selain itu, sistem perhubungn di nnmtb juga dibina dengan
membina jalan raya dan jalan kereta api yang menghubungkan jalan yang mempunyai kepentingan
british. Misalnya, .
Kesimpulannya, Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu dibahagikan kepada Negerinegeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sistem
residen yang dilaksanakan di negeri-negeri melayu memudahkan British mentadbir di Tanah
Melayu. banyak pembaharuan serta perubahan berlaku sepanjang pentadbiran british sama ada
positif atau negatif. Pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan telah membangkitkan
kemarahan masyarakat Melayu terutamanya para pemerintah Melayu. Hal ini telah membawa
kepada gerakan penentangan oleh Negeri-negeri Melayu terhadap dasar yang dilaksanakan British.
Namun, gerakan penentangan ini tidak dapat bertahan lama dan berjaya dipatahkan oleh pihak
British. pada tahun 1939, Negeri-negeri Selat telah dibubarkan dan Singapura mula dianggap
terasing dari Negeri-negeri Melayu. Kemudian, kedatangan Jepun untuk menguasai Tanah Melayu
telah menjadikan negeri-negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang berada di bawah
pemerintahan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. Sementara itu, pihak Inggeris pula telah mula
menyediakan rancangan untuk menyusun semula dan memulihkan kedudukan Tanah Melayu
dalam masa selepas perang. Rancangan tersebut ialah dengan menubuhkan sebuah Malayan Union
yang akan menyatukan kesemua Negeri-negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang di
bawah satu unit pentadbiran. Walaubagaimanapun, cadangan ini ditentang penduduk Melayu
terutamanya dari kalangan pemimpin dan akhirnya Kerajaan British terpaksa menarik balik
cadangan tersebut dan menggantikannya dengan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu,
Persekutuan Tanah Melayu yang telah dicadangkan oleh Datuk Onn telah ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Februari 1948.

You might also like