You are on page 1of 21

Apakah kekuatan dan kelemahan PTPTN

dalam pembiayaan Pendidikan Tinggi Negara.


PENSYARAH:
DR MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR
DISEDIAKAN OLEH:
HARIDASS A/L KANTASWAMY (P66331)
SUNDRANAIGI A/ P SUPPIAH PILLAY (P66526)
MOHD RIDWAN BIN OMAR (P76355)
MUAZ ABDUL GHAFFAR (P76175)

Pinjaman pendidikan telah menjadi pilihan utama bagi membantu pelajar


meneruskan pengajian mereka. Malahan pinjaman merupakan satu bentuk
bantuan kewangan yang paling popular di kebanyakan negara di dunia.
Keperluan terhadap pinjaman timbul apabila permintaan bagi
mendapatkan pendidikan tinggi meningkat sejak tiga dekad dahulu (West,
1994)
Pada tahun 1986, bank dunia dalam kertas polisi mereka mengenai
pembiayaan pendidikan di negara membangun bersetuju agar pinjaman
pendidikan dijadikan sebagai pilihan, kerana ia dapat menambahkan
sumber kewangan dan memperbaiki keadilan dalam pembiayaan
pendidikan (Shahril, 2007; World Bank, 1986).
Di negara ini, pinjaman diberikan kepada pelajar yang mendapat tempat di
institusi pengajian tinggi tetapi tidak menerima apa-apa bantuan biasiswa
ataupun dermasiswa tanpa mengira latar belakang keluarga dan akademik
(Shahril, 2007).

Pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi diuruskan oleh


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 (Akta 556) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1997 dan mula
beroperasi pada 1 November 1997 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2007).
Tujuan utama PTPTN:
untuk menyediakan sumber pembiayaan pendidikan kepada pelajar
warganegara Malaysia di IPT dan juga menguruskan Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) (Kementerian Pengajian Tinggi, 2007)
Membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang kos pengajian di
IPT.
Bagi pelajar IPTS, program pengajian yang diikuti perlu diluluskan oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
DANA PENDIDIKAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA
memberi peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan
pelajaran.

Bagi merealisasikan 5 teras Misi Nasional Negara memerlukan modal


insan yang berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai ciri-ciri peribadi
unggul dan mesti mempunyai minda kelas pertama.

Kementerian Pendidikan Tinggi yang berperanan memacu dan menerajui


pengajian tinggi negara menggarabkan segala hasrat Misi Nasional dalam
dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkau 2020
bertujuan mentransformasikan pengajian tinggi negara ke arah menempa
ketamadunan baru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sistem pengajian tinggi negara direvolusikan dengan Pelan Strategik


Pengajian Tinggi Negara yang digubal dengan pendekatan mesra
pelanggan mempunyai 7 teras utama :

Keberkesanan:
- murid dapat meneruskan pengajian kerana
masalah kewangan dapat dikurangkan
- beban mahasiswa dapat diturunkan
sebelum dan semasa mengikuti pengajian
di institusi pengajian tinggi. (wang
pendahuluan pembiayaan)
- Ng (2013), manfaat j/pendek dan kurang
berproduktif.

KEBERKKESANAN PENDEKATAN POLITEKNIK PORT DICKSON DALAM MELUASKAN


AKSES DAN PENINGKATAN EKUITI PELAJAR SELARAS TERAS PERTAMA PELAN
STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA - HJ.WAN MOHD HUJJATULLAH BIN WAN

GHAZALI (2009)

Analisa SWOT Keberkesanan Penyediaan Dana, PTPTN

STRENGTH (KEKUATAN)
Menarik lebih ramai pelajar.
Mampu beli keperluan belajar.
Pelajar boleh belajar tanpa gangguan masalah
kewangan.

CHALLENGES ( CABARAN)
Guna pembiayaan untuk bantu keluarga

WEAKNESS (KELEMAHAN)
Tidak tahu mengurus wang pembiayaan.
Beli motosikal, handphone dan pakaian
berjenama yang mahal.

OPPORTUNITY(PELUANG)
Melahirkan pelajar- pelajar yang
berkemahiran mengikut minat .
Dapat menghasilkan temuan baru

Kecekapan merancang perbelanjaan pelajar


- perbelanjaan persendirian (Normala et. al,
2003)
- kampus cawangan UiTM, bahagian
pengajian kini dan program pengajian

1. Meluaskan Akses dan Peningkatan Ekuiti


2. Menambahbaik Sistem Pengajaran dan Pembelajaran
3. Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi
4. Memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi
5. Mempergiatkan Pengantarabangsaan

6. Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat


7. Mengukuh Sistem penyampaian KPT

Kerajaan dalam merealisasikan teras pertama ini telah


menubuhkan dana modal insan pengajian tinggi.
Dana ini adalah untuk membiayai peningkatan akses pelajar ke
Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Antara dana yang disediakan ialah Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pinjaman
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Pelajar-pelajar yang berpeluang belajar di IPT akan menerima
pembiayaan dari PTPTN dan KPT dalam bentuk pinjaman
atau biasiswa.

Dana Endowmen Bantuan Pelajar Miskin


1Malaysia (BPM1M)
- menyediakan biasiswa tambahan kpd
pelajar miskin.
SSPN-i : dapat menyimpan wang untuk masa
depan anak.
Pengecualian pembayaran balik dapat
meningkatkan bilangan pelajar cemerlang.
(kelas pertama).

Di Amerika Syarikat, 2/3 daripada mereka yang tamat pengajian di


Institusi-intitusi pendidikan dilaporkan menanggung pinjaman pendidikan
(White paper, 2006).
Di kanada- dari 1992- 1993 kira- kira 220 000 orang pelajar iaitu 1/3
daripada pelajar IPT adalah peminjam Pendidikan ( West 1993).
Britain- Students Loans Company Limited (SLC) peningkatan 54000
orang

Kadar faedah yang rendah (1%)


Pembiayaan yuran pengajian (30%) dan kos
sara hidup (70%)
Pengecualian pinjaman (cemerlang)
Bantuan pelajar miskin 1Malaysia (BPM1M)
Pengecualian cukai pendapatan
Elakkan keciciran pelajar- pelajar yang tidak
berkemampuan.

1)
2)

3)

Tempoh bayaran balik pinjaman. IPTA 10-15 tahun, IPTS 15-20 tahun.
Pembayaran balik perlu dibuat selepas 6 bulan tamat pengajian. Jumlah
yang perlu dibayar campur dengan kos pentadbiran.
Menjadi beban kepada pelajar apabila tidak bekerja dalam 6 bulan tersebut
atau pun gaji yang kurang.
Ujrah- bukannya ditukar kepada ujrah secara automatik tetapi perlu
dimohon secara online . tidak ditawarkan secara automatik kepada semua
yang berkelayakan.kelemahan ujrah:
Potongan dalam slip gaji kepada yang ada majikan.
Pengisian banyak borang( 21 m/s- 2 set, dokumen- dokumen sokongan
yang disahkan)
Tempoh bayaran balik 10 tahun- tempoh yang agak rendah dan ansuran
bulanan yang agak tinggi.

Kekurangan Dana Pembiayaan Pendidikan


Peningkatan Permintaan Terhadap
Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Perubahan Teknologi (ICT)
Keadaan Ekonomi Semasa
Persepsi Masyarakat
Dasar Kerajaan
Tadbir Urus Yang Terbaik
(Pelan Strategik PTPTN, 2011-2015)

pengurangan pembiayaan baharu PTPTN


Kos pentadbiran 1% - 3%
Caj insuran kepada peminjam PTPTN
Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak menerima cadangan peminjam
PTPTN untuk menghapuskan kos pentadbiran
PTPTN yang telah dikemukakan untuk Bajet
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat
(CCRIS).
Masalah mendapat balik bayaran pinjaman
(Morshidi,2006)

Apabila kitaran kewangan tidak berlaku


kerajaan terpaksa menyuntik peruntukan
baru setiap tahun untuk PTPTN.

Meja Bulat PTPTN


kaji selidik dalam kalangan peminjam PTPTN
Income Contigent loan system sistem
pembayaran balik berasaskan pendapatan:1. Pembayaran balik lebih fleksibel
2. Tempoh bayaran balik yang agak panjang
( West, 1994)- mengurangkan masalah
pengutipan balik.

Kajian oleh Chan Lee Yee dan Norehan Abdullah, 2007


PRODUKTIVITI BAGI SISTEM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA,Kajian Malaysia, Jld.

XXV,No. 2, Disember 2007

untuk mengenalpasti hubungan signifikan di antara kos pembiayaan PTPTN yang


ditanggung oleh kerajaan pusat dengan jumlah penganggur siswazah bagi tempoh
masa sembilan tahun, iaitu merangkumi tahun 1997 hingga 2005.
didapati wujud hubungan signifikan di antara kos pembiayaan PTPTN dengan
jumlah penganggur siswazah.

Hubungan signifikan, di antara kedua-dua pemboleh ubah ini bermakna


apabila kerajaan meluluskan semakin banyak kos pinjaman PTPTN, maka
bilangan penganggur siswazah akan bertambah. Ini juga dapat membuktikan
sistem pengajian tinggi Malaysia adalah tidak cekap.
Semakin banyak pelajar memasuki universiti maka semakin banyak pinjaman
PTPTN diberikan. Sistem pengajian tinggi yang cekap seharusnya mewujudnya
hubungan songsang di antara kos pendidikan tinggi dengan jumlah penganggur
siswazah. Jumlah penganggur siswazah harus berkurangan apabila perbelanjaan
pendidikan tinggi ditambah.

Kos pengurusan pendidikan tinggi dijangkakan akan terus bertambah


dengan bertambahnya IPTA dan dasar pembesaran IPTA, iaitu setiap IPTA
menjelang tahun 2005 akan mempunyai enrolmen minimum seramai
20,000 orang pelajar (Shahril, 2007).
Peningkatan enrolmen bukan sahaja akan meningkat pertambahan
peruntukan kewangan tetapi juga menimbulkan masalah untuk
menguruskan IPTA dengan berkesan.
Oleh sebab itu, pembiayaan pendidikan juga akan menjadi lebih sukar
bilamana lebih banyak peruntukan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman
perlu ditawarkan kepada pelajar dalam memastikan setiap rakyat berhak
mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada bahu kerajaan semata-mata.


Semua pihak termasuklah badan berkanun, agensi swasta, keluarga dan
masyarakat juga berperanan dalam membantu pelajar-pelajar meneruskan
pelajaran di peringkat tinggi, selain menjadikan mereka insan yang
berkemahiran dan berkemampuan dengan pemikiran minda kelas pertama.

Institusi pengajian tinggi juga digalakkan untuk mempergiatkan lagi


aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan khidmat runding
dengan pihak industri dan swasta bagi menjana pendapatan yang boleh
dijadikan sebagai modal operasi institusi masing-masing.

You might also like