You are on page 1of 1

‫سكوله كبغسأن فكن تليفوق‬

Kepada,

Guru Besar,
SK Pekan Telipok
Tuaran, Sabah. 29 DISEMBER 2009

Puan,

TIDAK DAPAT HADIR KE MESYUARAT AWAL TAHUN SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Adalah dimaklumkan bahawa saya yang bernama Mohd Shukri Bin Md Salleh
(850125-02-5879) merupakan salah seorang kakitangan pendidik (Guru Pelatih j-QAF
2009) di sekolah Puan akan hadir ke sekolah pada 05.01.2010.

03. Oleh itu, saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir lebih awal ke sekolah. Hal
ini kerana tiket-tiket penerbangan telah habis dijual kecuali pada tarikh itu sahaja yang
masih ada.

04. Saya amat berharap pihak Puan dapat memberi pertimbangan sewajarnya di atas
ketidakhadiran saya pada tarikh yang sepatutnya. Segala kerjasama dan jasa baik pihak
Puan saya ucapkan jutaan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………….......................................
( MOHD SHUKRI BIN MD SALLEH )
Guru j-QAF,
SK Pekan Telipok, Tuaran
Sabah.

You might also like