You are on page 1of 29

PANDUAN ISI KANDUNGAN FILEM

Bil.

Perkara

Muka Surat

1.

Bahagian I - Pengenalan

2.

Bahagian II - Penjelasan Istilah


1. Filem
2. Filem Iklan
3. Filem Treler
4. Bahan Publisiti Filem

3.

Bahagian III - Panduan Isi Kandungan Filem


2.1 Keselamatan dan Ketenteraman awam
2.2 Keagamaan
2.3 Sosiobudaya
2.4 Ketertiban dan Ketatasusilaan

2-3
3-8
9 - 12
13 - 14

Bahagian IV Filem Iklan/Treler dan Bahan Publisiti


Filem
1.2 Filem Iklan
1.3 Penempatan Barangan Dalam Filem Iklan
1.4 Filem Iklan Yang Tidak Dibenarkan
1.5 Filem Treler
1.6 Bahan Publisiti Filem

15 - 16
17
17-18
18
18

5.

Bahagian V - Perkataan Dan Frasa Yang Dilarang

19 - 21

6.

Bahagian VI - Filem Yang Tidak Diluluskan Untuk


Tayangan

22

7.

Bahagian VII - Proses Mendapatkan Kelulusan


Filem Untuk Tayangan

4.

8.

i - ii
1

1. Mengemukakan filem untuk penapisan


2. Keputusan Lembaga
3. Rayuan

23
23
23

Bahagian VIII - Penutup

24

BAHAGIAN I
PENGENALAN
1.

Garis Panduan Isi Kandungan Filem ini bertujuan membantu dan


memudahkan para

karyawan filem dan penyiaran memahami

dasar Kerajaan tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan


pembikinan

filem

dan

menjadi

satu

penanda

aras

untuk

menghasilkan filem yang sesuai untuk tontonan masyarakat.


Walau bagaimanapun syarat-syarat dan peraturan-peraturan ini
hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan tidak
menyekat kreativiti dan perlulah dibaca dalam konteks jalan cerita
yang hendak disampaikan.

2.

Garis Panduan ini memberi fokus kepada empat aspek penting


yang harus diteliti dan diambil kira di dalam pembikinan filem iaitu,
ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan
ketatasusilaan. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian serius dan
tidak dieksploitasi untuk agenda sempit dan tersendiri yang akan
membawa akibat yang tidak diingini kepada masyarakat dan
negara.

3.

Garis

Panduan

Isi

Kandungan

Filem

ini

juga

bertujuan

menggalakkan pembinaan jatidiri bangsa di mana nilai-nilai murni


dan amalan-amalan baik masyarakat dapat dipaparkan melalui
filem. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang terkandung
dalam buku ini adalah amat penting memandangkan pengaruh

dan impak filem begitu besar ke atas pemikiran dan perlakuan


masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan remaja.
4.

Garis panduan ini hendaklah digunapakai seiring dengan Akta


Penapisan Filem 2002 (Akta 620), serta lain-lain undang-undang,
peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa
pada masa ini.

BAHAGIAN II
PENJELASAN ISTILAH
1.

FILEM
1.1

Mengikut Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) filem


ditafsirkan sebagai keseluruhan atau apa-apa bahagian:
(i)

sesuatu filem sinematografi; dan

(ii)

sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat,


cakera keras dan rekod lain;
yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar
tampak, yang merupakan suatu rekod yang dapat
digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan
urutan itu sebagai suatu gambar bergerak, sama ada
atau tidak diiringi dengan bunyi.

2.

FILEM IKLAN
2.1

3.

FILEM TRELER
3.1

4.

Filem iklan bermaksud sebuah filem komersial yang


mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan dan
juga sebarang bentuk pengumuman.

Filem treler bermaksud apa-apa bahan atau sedutan filem


yang mempromosikan sesebuah filem secara visual atau
grafik sama ada diiringi dengan bunyi atau pun tidak.

BAHAN PUBLISITI FILEM


4.1

Bahan publisiti filem termasuklah keseluruhan atau apa-apa


bahagian sesuatu gambar, fotograf, poster, rajah, surat
sebaran, slaid, iklan surat khabar dan apa-apa bentuk iklan
lain yang asal atau pendua yang dicetak atau dirakamkan
pada apa-apa bahan dan yang dimaksudkan untuk
mempromosikan sesebuah filem.

BAHAGIAN III

PANDUAN ISI KANDUNGAN FILEM


1.

Adalah menjadi hasrat dan aspirasi kerajaan dan negara untuk


menjaga hubungan harmonis antara kaum dan mengekang
perkembangan perkara-perkara negatif daripada menular dalam
masyarakat. Filem membawa pengaruh dan kesan kepada
masyarakat dan negara. Mesej yang tersurat dan tersirat
disampaikan dengan cara kreatif, dapat menghibur dan mendidik
masyarakat, di samping menjamin kejayaan matlamat di atas.

2.

Secara amnya, isi kandungan filem berkisar kepada empat aspek


utama seperti berikut :
2.1

Keselamatan dan Ketenteraman awam


2.1.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan
atau dialog yang menyentuh keselamatan dan
ketenteraman awam adalah dibenarkan. Walau
bagaimanapun perkara-perkara di bawah ini perlu
diberi perhatian dan diteliti secara mendalam, supaya
tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di
kalangan masyarakat. Di antaranya ialah:
(i)

Perkara-perkara yang bertentangan


prinsip-prinsip Rukun Negara;

(ii)

keganasan
undang;

(iii)

merosakkan kepentingan Kerajaan di dalam dan


luar Negara;

(iv)

memburuk-burukkan sesuatu Kerajaan berdaulat


yang memerintah atau mempersenda dan
mengaibkan sesebuah negara asing;

(v)

menyindir dan mempersendakan pemimpin atau


Kerajaan yang memerintah sehingga dapat

dan

anarki

mengatasi

dengan

undang-

merangsang ketegangan sosial dalam negara;


dan
(vi)

2.2

membuat fitnah, menghasut atau mengadu


domba yang boleh menimbulkan keraguan dan
keresahan di kalangan rakyat dan akhirnya
menggugat
keselamatan
dan
ketahanan
nasional.

Keagamaan
2.2.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan
atau dialog yang menyentuh hal-hal agama adalah
dibenarkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara di
bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti secara
mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan
keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah:
(i)

pengajaran
anti-Tuhan,
anti-agama,
kepercayaan fanatik, mengkritik atau mencela
mana-mana agama.

(ii)

sikap tidak hormat terhadap agama dan adeganadegan dalam filem berkenaan mengandungi
unsur-unsur kontroversi.

(iii)

mesej dan tafsiran yang mengelirukan tentang


jihad
dan
menyamaertikannya
dengan
keganasan.

(iv)

bagi filem yang menyentuh agama Islam,


perkara-perkara di bawah ini perlu diberi
perhatian dan diteliti secara mendalam, supaya
tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di
kalangan masyarakat:
(a)

mempersoal,
mempersenda
memperkecilkan kesucian Islam;

dan

(b)

bercanggah dengan akidah, hukum dan


ajaran Islam;

(c)

bercanggah dengan pegangan mazhabmazhab yang muktabar;

(d)

bertentangan dengan pendapat jumhur


ulama;

(e)

unsur khurafat;

(f)

menimbulkan keraguan dan kegelisahan


awam;

(g)

menyalahi fakta-fakta sejarah, umpamanya


Sirah Rasul;

(h)

penulisan ayat-ayat Al Quran dalam bentuk


tulisan selain daripada Bahasa Arab;

(i)

mempersoalkan
kewibawaan
sumbersumber hukum ulama yang telah diterima
umum iaitu Al Quran, Hadis, Ijmak dan
Qias;

(j)

mempertikaikan fatwa
yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi
Hal Ehwal Agama Islam, dan Fatwa Negeri;

(k)

unsur-unsur
mempersendakan
kewibawaan
pandangan
mana-mana
Mazhab yang empat iaitu Syafie, Hanafi,
Maliki dan Hambali serta pegangan akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(l)

merendah-rendah dan mempersendakan


kewibawaan serta maruah ulama Muttabar
khususnya para Mufti;

(m)

menggunakan isu-isu Islam bagi tujuan


memecah belahkan umat Islam di negara
ini;

(n)

hujah
atau
kenyataan
berupa
pengisytiharan keluar dari agama Islam;

(o)

orang Islam memegang peranan sebagai


sami, padri, biarawati dan lain-lain serta
melakukan ibadat di kuil, gereja dan
sebagainya;

(p)

orang Islam meminum minuman keras,


berjudi, melakukan maksiat, kecuali
bertujuan
mengisahkan
penghijrahan
daripada kejahatan kepada kebaikan;

(q)

filem tidak wajar menggambarkan secara


grafik perlakuan membunuh diri.

(r)

filem yang mengandungi adegan dan


dialog yang berunsur syirik dan
menyentuh akidah hendaklah diteliti secara
mendalam supaya
tidak menimbulkan
kontroversi dan keraguan di kalangan
masyarakat.
Paparannya
dibenarkan
sekiranya mempunyai tujuan
untuk
memperbetulkan akidah dan mengelakkan
terjerumus kepada syirik.
Diantaranya
ialah:
i.

guru atau murid satu-satu ajaran atau


amalan
atau
tarikat
membuat
pengakuan menerima wahyu;

ii.

guru
membuat
pengakuan
memegang kunci pintu syurga;

iii.

mengamal zikir dengan suara yang


kuat, berzikir dalam kelambu, tempat
gelap yang melibatkan pergaulan
bebas lelaki dan wanita;

iv.

mengaku gurunya sebagai bertaraf


Nabi atau Malaikat;

v.

mempercayai penjelmaan semula roh


orang yang telah mati ke dalam jasad
orang yang masih hidup;

vi.

memberitahu orang lain bahawa dia


seorang wali;

vii.

mempercayai zikir seorang guru


boleh menghindarkan hari kiamat;

viii.

gurunya boleh memberi syufaat di


akhirat;

ix.

pengikut tarikat yang dianjur oleh


sesuatu golongan
dijamin masuk
syurga;

x.

mempercayai guru boleh menebus


dosa dengan wang;

xi.

mempercayai bahawa semua agama


adalah sama;

xii.

mempercayai
bahawa
ada
Nabi
lain
selepas Nabi
Muhammad s.a.w.;

xiii.

mempercayai istighashah (seruan


terhadap orang mati) boleh memberi
pertolongan dan berkat kepada
mereka;

xiv.

memohon pertolongan guru atau


orang lain atau benda-benda tertentu
seperti batu, cincin dan sebagainya
sebagai wasilah untuk sampai
kepada Tuhan;

xv.

menyampai atau mengajar sesuatu


ilmu secara rahsia;

xvi.

mendakwa bahawa sesuatu ilmu


yang diajar tidak boleh dipelajari oleh
orang lain;

xvii. bersumpah bahawa sesuatu ajaran


itu tidak akan diberitahu kepada
orang lain;
xviii. menggambarkan wajah guru semasa
beramal ibadat;
xix.

penyerahan rohani atau jasmani pada


guru, sama ada melalui cara nikah
batin atau zahir;

xx.

mengakui dirinya atau


sebagai Nabi atau Rasul;

gurunya

xxi.

mengakui dirinya atau


sebagai Imam Mahadi;

gurunya

xxii. mengakui dirinya atau pengikutnya


sahaja yang layak memperolehi
maunah iaitu pertolongan langsung
dari Allah sedangkan orang lain tidak
sama
sekali
layak
untuk
menerimanya;
xxiii. mengaku Allah menjelma di dalam
dirinya;
xxiv. mendakwa atau mengaku dirinya
sebagai wakil Nabi yang boleh
memberi syufaat kepada muridnya;
xxv. mempercayai wahyu masih lagi turun
selepas wafatnya Nabi Muhammad
s.a.w;
xxvi. mendakwa ajaran atau tarikatnya
yang diamal sekarang adalah diambil
terus dari Rasulullah s.a.w secara
sedar;
xxvii. mempercayai bahawa orang-orang
tertentu tidak mati dan akan lahir
semula menjadi manusia istimewa

seperti
Imam
sebagainya;

Mahadi

dan

xxviii. mengaku
dan
mempercayai
seseorang itu boleh berhubung
dengan Allah melalui Nur Muhammad
yang berada di dalam dirinya dan
dengan demikian mendakwa pasti
masuk syurga;
xxix. mempercayai dan mengaku adanya
kemasukan roh orang yang telah mati
ke dalam diri seseorang lain
sebagaimana diamalkan di dalam
amalan menurun oleh bomoh atau
pun tukang sihir;
xxx. disyaratkan
minum
air
yang
disediakan oleh guru sebagai salah
satu upacara bagi menyertai sesuatu
ajaran;

xxxi. memansuhkan syariat-syariat Islam


seperti sembahyang, puasa, haji dan
membuat syariat baru;
xxxii. meninggalkan sembahyang Jumaat
kerana mengamalkan suluk;
xxxiii. mendakwa bahawa ibadat haji tidak
semestinya ditunaikan di Mekah
tetapi boleh ditunaikan di tempattempat yang lain;
xxxiv. menyalahgunakan
ayat-ayat
AlQuran bagi tujuan menarik perhatian
orang ramai;
xxxv. mempercayai
bahawa
bacaanbacaan seseorang guru ke atas satusatu benda seperti batu, gunung,

bukit, kayu boleh memberi kesan baik


atau buruk kepada mereka;

xxxvi. mengkafirkan orang Islam


dengan sewenang-wenangnya.

lain

2.3

Sosiobudaya
2.3.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan
atau dialog yang menyentuh hal-hal sosiobudaya
adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun perkaraperkara di bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti
secara mendalam, supaya tidak menimbulkan
kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Di
antaranya ialah:
(i)

memaparkan
kandungan
negatif
yang
mempersendakan,
merendah-rendah
dan
mempertikaikan adat istiadat Negara dan
kedaulatan Raja-raja Melayu, Yang Dipertua
Negeri-negeri dan isu-isu kenegaraan;

(ii)

yang tidak sejajar dengan prinsip-prinsip


Rukunegara dan dasar-dasar semasa Kerajaan;

(iii)

cara hidup liar, tidak berpedoman dan


bertentangan dengan budaya yang boleh
merosakkan nilai-nilai murni masyarakat.

(iv)

filem yang memaparkan jarak dekat adegan cara


pengambilan dadah.

(v)

dalam filem bercorak muzikal, artis berpakaian


jelik dan tidak senonoh atau yang mendedahkan
aurat secara keterlaluan.

(vi)

memaparkan bahan-bahan kesenian seperti seni


tari, teater, muzik dan seni tampak yang
dianggap kurang sopan dan bertentangan
dengan nilai kesenian masyarakat Malaysia;

(vii) filem khayalan yang mengandungi unsur seks


dan keganasan yang keterlaluan.
(viii) filem bertema
hantu yang
terlampau
menyeramkan,
yang melakukan keganasan
terhadap manusia dan alam.

(ix)

pemujaan kuasa hantu sebagai melebihi kuasa


Tuhan.

(x)

memperlekeh dan mempersenda gaya hidup


orang kurang upaya, atau golongan kurang
bernasib baik atau golongan terpinggir;

(xi)

dialog, adegan atau babak perbuatan keji,


tingkah laku biadab, perbuatan tercela dan
perlakuan kurang sopan digambarkan sebagai
satu amalan biasa atau bahan ketawa;

(xii) bahasa kesat, lucah, bahasa bercampur aduk


(rojak), ungkapan bernada kebencian atau ejaan
yang tidak sempurna seperti bahasa SMS;
(xiii) ejekan atau momokan yang boleh menimbulkan
kekeliruan terhadap adat resam dan adat istiadat
di Malaysia;
(xiv) boleh mempengaruhi simpati penonton ke arah
melakukan perbuatan yang tidak bermoral,
songsang dan jahat;
(xv) filem yang jalan ceritanya bertujuan merendahrendahkan martabat wanita atau merelakan
penderaan kanak-kanak atau sesama manusia;
(xvi) adegan-adegan yang memaparkan penyeksaan
dan penganiayaan terhadap haiwan.
(xvii) adegan penindasan sesuatu kaum ke atas
sesuatu kaum yang lain;
(xviii) dialog atau perbuatan menghasut yang boleh
menjejaskan ketenteraman awam;
(xix) mengagung-agungkan sesuatu kaum atau suku
bangsa sehingga menyinggung perasaan kaum
yang lain.

(xx) semua perlakuan, gerak geri dan perkataan yang


merangsang seks atau menjurus kepada
hubungan seks.
(xxi) adegan seks di antara lelaki dengan wanita.
(xxii) adegan hubungan seks sejenis dan seks luar
tabii.
(xxiii) wanita berpakaian mandi atau bikini yang terlalu
kecil, ketat dan lebih banyak menunjukkan
bahagian susuk tubuh badan.
(xxiv) wanita memakai baju jarang atau nipis tanpa coli
dan jelas terbayang bentuk payu dara.
(xxv) lelaki atau wanita yang berbogel;
(xxvi) memfokuskan haiwan mengawan;
(xxvii) lelaki yang memakai kancut atau cawat yang
menyerlah/menonjolkan bonjolan kemaluannya;
(xxviii) mengandungi aksi meraba-raba tubuh badan
secara mengghairahkan;
(xxix) semua adegan bercium mulut secara berahi;
(xxx) ciuman sama ada oleh lelaki atau wanita pada
bahagian- bahagian anggota atau tubuh yang
boleh merangsang seks, misalnya leher tengkuk,
dada, telinga dan lain lain,umpamanya yang
dalam adegan tarian/nyanyian;
(xxxi) semua adegan berpeluk-pelukan diantara lelaki
dan wanita secara mengghairahkan;
(xxxii) semua isyarat lucah sama ada dengan jari,
tangan, lain-lain bahagian tubuh badan atau
dengan menggunakan alat;
(xxxiii) suara erotik;

(xxxiv)adegan yang memaparkan dari jarak dekat watak


membuang air kecil dan besar;
(xxxv) perlakuan sumbang mahram;
(xxxvi) memaparkan adegan perlakuan seks secara
berkelompok;
(xxxvii) lukisan, gambar, poster, patung dan lain-lain
yang memaparkan adegan perlakuan seks;
(xxxviii) filem yang memaparkan jarak dekat adegan
lelaki Islam memakai anting-anting dan badan
bertatu;
(xxxix) filem yang memaparkan adegan kanak-kanak
merokok atau minum minuman keras;
(xl)

kelakuan biadab/kurang ajar atau yang


melampau terhadap ibu/bapa, orang tua, wanita
dan kanak-kanak;

(xli)

adegan nyanyian dan tarian yang memaparkan


masjid
sebagai
latar
belakang,
kecuali
persembahan lagu berunsur agama.

2.3.2 Filem digalakkan supaya mengandungi isi kandungan


yang
mencerminkan
budaya
dan
kesenian
kebangsaan.
2.3.3 Filem tempatan yang berasaskan cerita-cerita
dongeng, mitos, penglipur lara dan cerita-cerita rakyat
Melayu purba adalah dibenarkan selagi ia tidak
bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

2.4

Ketertiban Dan Ketatasusilaan


2.4.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau
dialog
yang
menyentuh
hal-hal
ketertiban
dan
ketatasusilaan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun
perkara-perkara di bawah perlu diberi perhatian dan diteliti
secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi
dan keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah:
(i)

modus operandi kejahatan secara terperinci dan


mudah menimbulkan rangsangan untuk menirunya;

(ii)

dorongan kepada penonton untuk bersimpati terhadap


pelaku kejahatan dan perbuatan jahat itu sendiri;

(iii) kemenangan
kebenaran;

kejahatan

ke

atas

keadilan

dan

(iv) menimbulkan sentimen kesukuan agama, etnik dan


kelas masyarakat;
(v)

cara-cara terperinci menyedia dan menggunakan


bahan-bahan letupan atau senjata merbahaya;

(vi) cara-cara atau perancangan terperinci merompak dan


mencuri;
(vii) gambaran dan fahaman bahawa perbuatan jenayah
mendatangkan keuntungan atau berfaedah;
(viii) pihak berkuasa undang undang bersekongkol dengan
penjenayah atau tidak mengambil tindakan terhadap
mereka;
(ix) perlakuan yang menyebabkan kecederaan fizikal,
kematian atau gangguan mental yang keterlaluan ke
atas individu atau kumpulan individu serta
pemusnahan harta benda;
(x)

penggunaan senjata pemusnah secara kejam dan


mengerikan;

(xi) adegan manusia ditembak, diletup, ditikam, ditetak,


dipukul, ditendang, ditumbuk dan dihempas bertubitubi dari jarak dekat;
(xii) adegan penyiksaan manusia atau haiwan.
2.4.2 Filem
yang
mengandungi
adegan-adegan
seni
mempertahankan diri dan peperangan bersejarah adalah
dibenarkan asalkan tidak memaparkan adegan kengerian
dan kekejaman yang keterlaluan.
2.4.3 Filem yang padat dengan hasil teknologi computer
generated images dan kesan khas serta kesan bunyi adalah
dibenarkan asalkan tidak keterlaluan.
2.4.4 Filem yang mempromosikan nilai-nilai murni sejagat adalah
digalakkan. Contoh nilai-nilai murni adalah seperti berikut:
(i)

Kepercayaan Kepada Tuhan

(ii)

Hormat menghormati

(iii)

Kasih Sayang

(iv)

Baik Hati

(v)

Berdikari

(vi)

Hemah Tinggi

(vii) Keadilan
(viii) Kebebasan
(ix)

Keberanian

(x)

Kebersihan Fizikal dan Mental

(xi)

Kejujuran

(xii) Kerajinan
(xiii) Kerjasama
(xiv) Kesederhanaan
(xv) Kesyukuran
(xvi) Rasional

(xvii) Semangat Bermasyarakat


(xviii) Bersemangat Kewarganegaraan

BAHAGIAN IV

FILEM IKLAN / TRELER DAN BAHAN PUBLISITI FILEM


1.

Tujuan utama bahagian ini ialah untuk menggariskan tahap


piawaian dan amalan baik dalam pembikinan filem iklan, filem
treler dan bahan-bahan publisiti filem.
1.2

Filem Iklan:
1.2.1 mestilah sah di sisi undang-undang, sopan, jujur dan
benar.
1.2.2 mestilah disediakan dengan penuh tanggungjawab
terhadap pengguna dan masyarakat.
1.2.3 hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang
menyinggung masyarakat, terutama yang berkaitan
dengan kaum, agama, jantina, kecenderungan seksual
dan juga kecacatan fizikal dan mental.
1.2.4 mestilah tidak mengandungi kenyataan, mahupun
paparan audio atau visual yang bertentangan dengan
kesopanan umum.
1.2.5 tidak seharusnya mengelirukan dengan sesuatu yang
tidak tepat, kabur, ditokok tambah, ditinggalkan
sesuatu atau sebaliknya.
1.2.6 mestilah tidak menunjukkan atau menggalakkan
amalan yang tidak selamat, terutamanya yang
melibatkan kanak-kanak dan remaja.
1.2.7 mestilah
tidak
mengandungi
apa-apa
yang
menghalalkan atau menggalakkan keganasan atau
kelakuan yang anti sosial.
1.2.8 mestilah tidak menunjukkan wanita sebagai objek seks
atau digambarkan sebagai pemuas nafsu lelaki
semata-mata.

1.2.9 penggunaan kanak-kanak adalah tidak digalakkan


melainkan bagi produk yang diiklankan itu relevan
kepada
mereka
atau
iklan yang
bertujuan
mempromosikan keselamatan untuk kanak-kanak.
1.2.10 iklan yang ditujukan kepada kanak-kanak dan remaja
mestilah tidak mengandungi bahan sama ada ilustrasi
atau sebagainya, yang boleh mengakibatkan
kecederaan kepada mereka secara fizikal, mental atau
moral dan mengeksploitasi sikap mudah percaya
mereka, kekurangan pengalaman atau sifat semula
jadi kesetiaan mereka.
1.2.11 dalam sebarang keadaan di mana kanak-kanak
digambarkan, pertimbangan teliti haruslah diberikan
kepada keselamatan mereka.
1.2.12 iklan ubat, rawatan perubatan, kemudahan perubatan,
kepakaran dan perkhidmatan berkaitan hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga
Pengiklanan Perubatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia di bawah Medicines (Advertisment and Sales)
Act 1956 (Rev. 1983) dan Advertisment Board
Regulations, 1976.
1.2.13 iklan berkaitan racun serangga hendaklah terlebih
dahulu mendapat kelulusan Lembaga Pengiklanan
Pemusnah Serangga, Kementerian Pertanian Malaysia
di bawah Peraturan-peraturan Racun Makhluk Perosak
1996.
1.2.14 iklan makanan dan minuman mestilah mematuhi
ketetapan di dalam Akta Makanan 1983 dan
Peraturan-peraturan Makanan 1985.
1.2.15 iklan produk perlindungan kesihatan, tuala wanita dan
inkontinens untuk dewasa mestilah tidak melanggar
adab atau kesopanan.

1.3

Penempatan Barangan Dalam Filem Iklan


1.3.1 Penempatan barangan yang relevan dalam konteks
sesuatu keadaan adalah dibenarkan kecuali barangan
atau perkhidmatan yang secara khususnya dilarang.

1.4

Filem Iklan Yang Tidak Dibenarkan:


1.4.1 Produk dan perkhidmatan yang dikaitkan
perkara-perkara berikut:

dengan

(i)

minuman keras dan alkohol;

(ii)

rokok, tembakau dan pelengkapnya;

(iii)

sebarang barangan bagi tujuan menipu atau


mengelirukan yang ditegah dibawah Akta
Perkhidmatan Pos, 1991 (Akta 465);

(iv)

ilmu ghaib dan penilikan;

(v)

agensi
perkahwinan
persahabatan;

(vi)

agensi pekerjaan tanpa lesen;

dan

kelab-kelab

(vii) sebarang bentuk perjudian termasuk petunjukpetunjuk pertaruhan dan perjudian;


(viii) pakaian yang dicetak dengan perkataan atau
lambang mengandungi mesej yang bertentangan
dengan agama, undang-undang atau yang tidak
sopan;
(ix)

adegan-adegan yang bercorak sosial atau tidak


sopan termasuk cumbuan antara lelaki dan
perempuan atau sesama kaum sejenis;

(x)

adegan-adegan yang menunjukkan seks;

(xi)

pornografi;

(xii) khinzir, produk-produk


daging khinzir;

dan

terbitan-terbitan

(xiii) pertaruhan dan perjudian;


(xiv) bunga api (kecuali iklan yang menggunakan
adegan-adegan bunga api yang mempromosikan
produk dan perkhidmatan yang lain);
(xv) sebarang bentuk spekulasi kewangan bertujuan
mempromosi atau menarik minat dalam stok dan
syer [kecuali iklan tawaran awam permulaan
(IPO)];
(xvi) kenyataan tentang kematian, kenyataan upacara
pengkebumian dan simbol pengkebumian;
(xvii) disko dan pusat karaoke;
(xviii) produk-produk melangsingkan badan sama ada
dimakan mahupun disapukan.
1.5 Filem Treler
1.5.1 sedutan adegan filem asal
mempromosikan filem berkenaan.

yang

bertujuan

1.5.2 keputusan ke atas sesebuah treler tidak semestinya


sama dengan keputusan ke atas filem induk.
1.6

Bahan Publisiti Filem


1.6.1 bahan publisiti filem hendaklah mematuhi peraturan
yang disyaratkan untuk filem.

BAHAGIAN V
PERKATAAN DAN FRASA YANG DILARANG
1.

Filem yang mengandungi dialog atau frasa yang lucah atau


menjurus kepada kelucahan dan bahasa kasar dalam apa jua
bahasa adalah dilarang. Namun begitu, penggunaannya harus
diteliti kesesuaiannya dalam konteks filem tersebut.

2.

Di antara perkataan dan frasa yang dilarang, mengikut bahasa,


adalah seperti mana disenaraikan di bawah:
BAHASA MELAYU
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Puki Mak
Anak Haram
Haram Jadah
Butuh
Anak Sundal
Celaka
Mampus
Perempuan Jalang
Betina Jalang
Kepala Bapak
Kafir.

BAHASA INGGERIS
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Fuck
Fucker
Fucking
Mother Fucker
Cunt
Arsehole
Bloody Arse
Hand Job
Blow Job
Whore
Son of a Bitch
Bastard

13.

Jerk-off.

BAHASA TAMIL DAN HINDI


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

Mayiru / Mayir
Oru Appanukku Piranthirunthal
Puddunggu
Thevadia
Theri Ma Ki
Theri Bahen Ki
Kuthe Ki Aulad
Chutiya
Rendi
Haram Zada / Haram Zade
Harami Ki Aulaad
Harami ka bacha
Kanjar/kanjari
Delah
Kuti
Luchi
Lucha
Kotawali
Bhenchot

BAHASA CINA

1.

TIU
(FUCK)

2.

TIU NIA MA
(FUCK YOUR MOTHER)

3.

TING NI KO FAI
(FUCK YOU)

4.

POK / KOK / TOK YEH


(FUCK)

5.

NI MA TE PA TZE (MAND)
(KEMALUAN MAK ENGKAU)

6.

CHAU (MAND)
(FUCK)

7.

CHAU NI LIANG (MAND)


(FUCK YOUR MOTHER)

8.

KAN (HOKK)
(FUCK)

9.

KAN NI NYA (HOKK)


(FUCK YOUR MOTHER)

10.

KAN NI LAU MU (HOKK)


(FUCK YOUR MOTHER)

11.

PU BOR (TEOCHEW)
(FUCK YOUR MOTHER)

12.

PU NYA BOR (TEOCHEW)


(FUCK YOUR MOTHER)

13.

HAM KAH CHAN


(SEMUA AHLI KELUARGA MATI TANPA KETURUNAN)

14.

HAMKAH LNG
(SEMUA AHLI KELUARGA MATI TANPA KETURUNAN)

BAHAGIAN VI

1.

FILEM YANG TIDAK DILULUSKAN UNTUK TAYANGAN


1.1

Filem yang mengandungi tema, jalan cerita atau plot yang


bertentangan dengan sosiobudaya, nilai-nilai murni, hasutan,
anti-agama, penghinaan terhadap kepercayaan atau adat
resam kaum atau kumpulan tertentu, unsur-unsur yang
bertentangan dengan dasar Kerajaan; unsur-unsur
keganasan dan kekejaman secara keterlaluan, tidak akan
diluluskan untuk tayangan.

BAHAGIAN VII

PROSES MENDAPATKAN KELULUSAN FILEM UNTUK


TAYANGAN

1.

Mengemukakan filem untuk penapisan


Pemunya

sesebuah filem hendaklah

mengemukakannya

kepada Lembaga Penapis Filem untuk penapisan dan


mendapatkan kelulusan sebelum filem

itu

diedar

atau

ditayangkan kepada umum.

2.

Keputusan Lembaga
Lembaga akan memberikan keputusan terhadap sesebuah
filem yang dikemukakan kepadanya.

3.

Rayuan
Sekiranya pemunya tidak berpuas hati dengan keputusan
Lembaga, mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa
Rayuan Filem.

BAHAGIAN VIII

PENUTUP

1.

Adalah menjadi harapan, isi kandungan Buku Garis Panduan ini


dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam industri
perfileman dan penyiaran, untuk menghasilkan filem yang sesuai
bagi tontonan masyarakat.

2.

Sayugia diingat filem boleh memainkan peranan penting dalam


pembangunan negara di mana keselamatan negara, keadilan
sosial, perpaduan kaum dan perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara bersesuaian dengan keperibadian bangsa dan nilainilai murni sejagat.

3.

Pihak Kementerian sentiasa bersedia menerima segala


maklumbalas daripada mana-mana pihak demi kebaikan bersama.
Bersama-sama juga kita dapat menjana industri perfileman yang
rancak dan berpandangan kehadapan di dalam sebuah negara
yang aman, adil dan berdaulat.