You are on page 1of 3

Kajian Lepas

BAB 1
Buku yang menjadi panduan bagi kajian lepas ini ialah The Orang Asli And The Contest For
Resources: Indigenous Politics, Development and Identity In Penisular Malaysia oleh Colin
Niholas, 2000. Menurut kajian yang telah dilakukan beliau setiap suku kaum masyarakat Orang
Asli mempunyai bahasa atau dialek yang berbeza. Kaum Negrito dan Senoi cacara amnya
menggunakan bahasa Austto-Asia manakalan kaum Melayu-Proto menggunakan bahasa MelayuPolinesia.
Kajian lepas mengenai Kaum Negrito. Menurut Nichloas, 2000 kaum Negrito atau
dikenali juga sebagai Semang dikalangan ahli antropologi meliputi kira-kira dari 3% peratus
populasi keseluruhan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan kaum Negrito
merupakan kaum terkecil dan tertua dalam masyarakat Orang Asli. Kaum Negrito mempunyai 6
suku kaum iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Batek. Kaum ini dikatakan
mempunyai perkaitan dengan orang Hoabinhians yang telah menetap di sini kira-kira 800-1000
tahun sebelum Masihi.
Kajian Lepas mengenai kaum Melayu-Proto. Kaum Melayu-Proto merupakan kaum
kedua terbesar dalam masyarakat Orang Asli. Kaum in berasal dari kumpulan nelayan yang
berasal dari Borneo dan Kepulauan Indonesia serta dikatakan telah berhijrah kesemenanjung
Malaysia kira-kira 2000-3000 tahun dahulu. Enam suku kaum Melayu-Proto seperti Temuan,
Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Setelar. Munurut beliau lagi ramai kaum
Melayu-Proto yang terlibat dengan keusahawanan dan pekerjaan dalam bidang profesional.
Kajian ini dapat dibuktikan dimana terdapat golongan professional dalam suku kaum Temuan
sebagai contoh pegawai juru X-ray. Menurut Nicholas kaum Melayu-Proto merupakan kumpulan
terakhir tiba disemenanjung Malaysia yang berasal dari Borneo dan kepulauan Indonesia atau
nusantara. Oleh itu, kaum ini lebih tertumpu dibahagian selatan dan tengah Semenanjung
Malaysia. Petempatan kaum ini lebih teratur serta mirip kepada petempatan melayu disebabkan
kedudukan petempatan mereka yang berhampiran dengan petempatan Melayu.
Menurut Nicholas lagi Kaum Senoi merupakan kaum yang terbesar iaitu kira-kira 54%
daripada jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asli Malaysia. mereka telah berhijrah ke

Semenanjung Malaysia sekitar tahun 2000 sebelu m masihi. Kaum Senoi berasal dari keturunan
orang Mongoloid iaitu keturunan campuran Hoabinhians dan Neolithic Cultivators dan
bertutur dalam bahasa Austro-Asiatic. Masyrakat kaum Senoi terbahagi kepada enam suku
kaum iaitu Semai, Temiar, Mahmeri, Jah hut, Chewong dan Semoq Beri.
Buku kedua yang digunakan untuk kajian lepas ini ialah Orang Asli: The Aboroginal
Tribes of Penisular Malaysia oleh Carey dan Iskandar pada tahun 1976. Menurut Carey, kaum
Negrito mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbadan rendah dengan purata ketinggian 1.5 meter
atau kurang daripada 1.5 meter. Kulit mereka yang gelap iaitu gelap tembaga hingga hitam
hingga menyebabkan kaum Negrito turut dikenali sebagai little Negroes. Selain itu, ciri-ciri
fizikal yang lain adalah rambutnya yang kerinting ketara, berhidung besar, mata bulat dan
mempunyai pipi yang kempis. Bagi menyara hidup mereka pula, kaum Negrito akan berburu dan
mengumpul makanan dari hasil hutan, ini merupakan kegiatan ekonomi secara sara diri.
Bagi kaum Melayu-Proto pula Carey mengatakan mereka mempunyai ciri-ciri fizikal
yang menyerupai kaum melayu dan mempunyai rambut lurus serta perawakan Polynesian. Dari
segi aspek sosio-ekonomi, kaum Melayu-Proto merupakan masyarakat Orang Asli yang paling
tersusun dan maju. Mereka menjalankan kegiatan pertanian tetap dan menjadi nelayan.
Bagi kaum Senoi pula Carey mendapati kaum ini mempunyai mempunyai ciri-ciri fizikal
yang lebih tinggi. Selain itu, kulit Kaum Senoi lebih cerah dan memiliki rambut yang beralun.
Mereka juga berpegang kepada kepercayaan animisme dan mempunyai kepercayaan sendiri
seperti kewujudan kuasa ghaib seperti kuasa Nyenang (tuhan) dan Nyanik (hantu dan
syaitan). Kaum Senoi boleh ditemui di pinggiran dan pedalaman negeri-negeri seperti negeri
Perak, Kelantan dan Pahang. Sistem sosial kaumSenoi hampir sama dengan kaum Negrito kerana
kaum ini juga hidup secara berkumpulan. Kebanyakan petempatan kaum Senoi terletak
berhampiran petempatan Melayu and pinggiran hutan. Setiap petempatan kaum Senoi diketuai
oleh seorang Tok Penghulu atau Tok Batin. Sistem kekeluargaan dalam suku kaum Senoi adalah
amat akrab. Kaum ini juga mengamalkan sistem extended family iaitu menggabungkan beberapa
generasi dalam sesebuah keluarga.
Buku yang ketiga ialah Orang Asli Perak: Perayaan Jis Pai Dan Adat Perkahwinan oleh
Suki Mee tahun 2009. Dalam kajian beliau ada mengatakan tentang bagaimana keadaan

petempatan Orang Asli. Bagi struktur fizikal perumahan tradisional kaum Negrito kebiasaanya
dibina menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah diperolehi di hutan seperti buluh,
kayu, daun-daun dan rotan. Lantai rumah kaum Negrito diperbuat daripada kayu atau buluh yang
disusun di atas tanah.
Rumah tradisional kaum Senoi juga menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buluh,
nipah atau daun bertam, kayu and rotan. Rekabentuk rumahnya pula mempunyai ruang untuk
dapur, tempat tidur dan ruang berehat.
Rumah tradisional kaum Melayu-Proto menggunakan bahan-bahan yang lebih tahan lama
atau separa kekal seperti papan, nipah, zink dan kayu. Rekabentuk rumahnya mempunyai ruangruang khusus seperti dapur, ruang tamu, ruang tidur dan ruang verandah. Namun begitu, terdapat
juga masyarakat kaum Temuan yang mempunyai rekabentuk rumah tradisional mirip kaum
Semai.

You might also like