You are on page 1of 15

Selamat mentelaah! Ani Munirah Mohamad 31 Ogos 2014 | Jitra.PRAKATA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rakan-rakan penyelidik yang dihormati sekalian. saya ucapkan terima kasih kerana sudi mendapatkan nota minda siri 2 yang bertajuk: 5 Langkah analisa data kualitatif.atlastimalaysia.fb.com/atlastimalaysia © Ani Munirah Mohamad . Kedah www. Pertama sekali. Siri nota-nota minda ini ditaja khas oleh Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS).com www. Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk anda.

dengan mempraktik mana-mana tip yang sesuai. Sungguhpun nasihat dan tips yang diberikan telah banyak membantu saya dalam kajian saya sendiri. saya berharap anda akan membaca nota minda ini dengan berlapang dada. Oleh itu. saya tidak boleh menjamin ia akan membantu anda dengan sempurna.com.NOTIS PENTING! Nota minda yang dikongsikan di sini telah disediakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. © Ani Munirah Mohamad . anda boleh hubungi saya secara terus di e-mel: animunirah@gmail. Sebarang persoalan dan komen. dan membuang mana-mana tip yang tidak sesuai.

dan akhir sekali.ANALISA DATA KUALITATIF SECARA UMUM • Secara umum. pembacaan data untuk membiasakan diri anda dengannya. © Ani Munirah Mohamad . • Nota minda ini menjelaskan kepada anda kelima-lima langkah tersebut. pengekodan data. pembersihan data sebelum dianalisis. penyediaan data untuk analisis. iaitu. kajian semula senarai kod untuk tujuan laporan dapatan. terdapat 5 langkah untuk analisa data berbentuk kualitatif.

© Ani Munirah Mohamad .LANGKAH 1: SEDIAKAN DATA UNTUK ANALISA • Dalam langkah pertama. • Data yang telah dikumpul hendaklah disimpan dengan sempurna dan sentiasa disediakan salinan untuk backup. sudah tentu terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan untuk proses analisa data anda.

sekiranya anda menganalisa teks atau deskripsi berbentuk tekstual adalah lebih mudah berbanding menganalisa audio atau video. dsb. • Rujuk semula nota lapangan yang anda telah hasilkan ketika membuat lawatan lapangan. mimik muka responden. kumpulan-kumpulan berikut boleh dihasilkan: • Audio temu bual • Gambar kawasan lapangan • Video berkaitan © Ani Munirah Mohamad . Ini adalah kerana. anda bolehlah hasilkan kategori atau kumpulan data mengikut jenis pengumpulan data. seperti menggunakan kamera filem. Ini adalah penting untuk proses triangulasi kemudian. negatif filem tersebut hendaklah disimpan dengan baik. apa yang anda perhatikan. Sebagai contoh. Sebagai contoh. dan gambar fizikal boleh di-scan untuk simpanan • Sediakan transkripsi untuk rakaman audio dan video. sebagai contoh hendaklah dibuat salinan ke dalam laptop dan juga external disk: • Rakaman audio menggunakan perakam audio • Rakaman video menggunakan videocam • Gambar menggunakan kamera digital • Untuk data bergambar berbentuk fizikal.• Contoh penyimpanan data. • Pada masa yang sama. situasi atau keadaan sekeliling. nota ringkas apa yang dinyatakan oleh responden.

LANGKAH 2: BACA DATA DAN BIASAKAN • Langkah berikutnya ialah untuk membaca data anda dan membiasakan diri dengannya. dan anda cuba kaitkan dengan rangka kajian anda. © Ani Munirah Mohamad . • Langkah ini adalah penting supaya anda boleh mengingat kembali apa yang disampaikan di dalam data anda.

anda telah menemu bual 3 daripada 10 orang responden. • Di peringkat ini.• Pertama sekali. kerana anda boleh hasilkan rangka terma dan konstruk yang baru di peringkat ini. • Sebagai contoh. © Ani Munirah Mohamad . anda boleh hasilkan rangka terma berdasarkan rangka kajian tersebut. anda boleh mula merangka terma dan konstruk untuk data anda. serta cuba memahami kandungan data. • Ketika melakukan langkah ini. • Namun sekiranya anda belum mempunyai rangka kajian di peringkat ini (sebagai contoh. • Tujuan pembacaan data di peringkat ini adalah untuk membiasakan diri anda sendiri dengan data. anda boleh cuba kaitkan persamaan atau perbezaan antara satu poin yang disebut oleh seorang respondent dengan seorang responden yang lain juga. Anda tidak perlu menunggu kesemua 10 transkripsi siap baru anda nak mulakan proses pembacaan. anda perlu membaca data berulang kali sejak dari mula anda mengumpul data tersebut. anda telah siapkan transkripsi untuk 3 rakaman temu bual itu tadi. maka anda boleh terus membaca transkripsi tersebut bagi tujuan langkah ini. sekiranya anda sedia mempunyai rangka untuk kajian anda. kajian berbentuk “grounded theory”) maka ia juga tidak mempunyai masalah. Sebagai contoh.

LANGKAH 3: BERSIHKAN DATA SEBELUM ANALISA © Ani Munirah Mohamad .

dan memerlukan penambahbaikan © Ani Munirah Mohamad . saya mengatakan kerajaan itu sendiri lemah. anda bolehlah mengeluarkan elemen tak berkaitan daripada data sebentar tadi. anda perlu memnetulkan ejaan yang salah di dalam data anda. Sebagai contoh: responden menjawab panggilan di telefon bimbit. saya tidak bersuara tapi menggunakan bahasa badan • Saya tidak mengatakan POLISI kerajaan lemah • Ertinya. • Pertama sekali. atau kerana staf responden masuk ke bilik untuk menghantar minuman. saya mengatakan polisi kerajaan kurang kuat.• Langkah berikutnya ialah untuk membersihkan data bagi tujuan analisa kualitatif. bukan polisi saja • Saya tidak mengatakan polisi KERAJAAN lemah • Ertinya. temu bual terhenti kerana azan berkumandang. • Sekiranya perlu. saya mengatakan polisi pihak pembangkang lemah • Saya tidak mengatakan polisi kerajaan LEMAH • Ertinya. Ini sudah tentu langkah yang amat baik untuk menyemak semula data anda dan memastikan ejaan adalah betul. sebagai contoh: • SAYA tidak mengatakan polisi kerajaan lemah • Ertinya. bukan saya yang mengatakan polisi kerajaan lemah • Saya TIDAK MENGATAKAN polisi kerajaan lemah • Ertinya. • Betulkan tatabahasa atau intonasi yang salah yang terdapat di dalam data anda.

LANGKAH 4: KODKAN DATA • Setelah langkah-langkah awal telah dilakukan. maka anda boleh mula membuat pengekodan ke atas data anda. © Ani Munirah Mohamad . • Pengekodan atau “coding” atau “tagging” bermaksud memilih poin-poin penting di dalam data dan memberikan label tertentu kepadanya berdasarkan konsep-konsep daripada rangka kajian anda.

pengekodan anda dipanggil “deduktif”. • Selain itu. dan pendekatan induktif berfungsi untuk membantu melengkapkan kerangka konsepsual anda. anda perlu fahami data secara keseluruhan mengikut konteks kajian anda. • Anda juga boleh lakukan pengekodan secara “induktif”. Ia juga mungkin dibuat sekiranya anda mempunyai kerangka yang tidak lengkap. iaitu bila mana anda tidak mempunyai kerangka konsepsual dari awal analisa. • Anda boleh mulakan pengekodan secara deduktif mengikut kerangka konsepsual yang anda telah tentukan di langkah sebelum ini. Anda harus elak mempunyai persepsi awal terhadap sesuai perkara sambil menolak point yang dikemukakan oleh responden. • Sekiranya ada point-point yang bercanggah dengan pendapat atau pendirian anda. berserta pointpoint yang disampaikan oleh responden.• Anda perlu fokus kepada kata-kata responden. Berpandukan kerangka konsepsual tersebut. © Ani Munirah Mohamad . anda perlu ambil perhatian perkara tersebut dan semak semula dengan sumber rujukan yang lain untuk membuat analisa kritikal terhadap kenyataan responden itu tadi. Anda tidak boleh membuat kesimpulan terhadap mana-mana satu point yang disebut oleh respondent tanpa melihat konteks kenyataan beliau.

© Ani Munirah Mohamad . untuk memahami perkaitan antara satu kod dengan kod yang lain. dan antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain.LANGKAH 5: KAJI SEMULA SENARAI KOD • Langkah yang terakhir dalam proses analisa data kualitatif adalah untuk mengkaji semula senarai kod anda.

• Akhir sekali. dan antara satu kenyataan berbanding kenyataan yang lain. • Gabungkan kod sekiranya ada persamaan. persamaan atau perbezaan sesuatu kod berbanding kod yang lain. © Ani Munirah Mohamad . sebagai contoh 100 atau lebih. anda mempunyai 15 atau 20 tema yang besar. • Anda boleh fokus kepada perkaitan. sebagai contoh: • “Peraturan bertulis” • “Peraturan adat” • “Peraturan tidak bertulis” semuanya patutu digabungkan di bawah kod “Peraturan” • Ceraikan kod sekiranya ada perbezaan atau mempunyai terlalu banyak kenyataan responden. Ini akan memberikan gambaran kepada anda mengenai perkara yang dianggap penting oleh peserta kajian. anda akan hasilkan konstruk @ tema @ kategori yang lebih besar. Anda perlu kecilkan lagi skop setiap satu kod tersebut. Proses ini dipanggil “reducing codes into themes”. ada berapa banyak kenyataan responden untuk setiap satu kod. Setelah proses ini. Asalnya. bilangan kod anda mungkin adalah 100.• Lihat pola (pattern) kod yang dihasilkan. Apakah faktor yang mungkin mendorong perbualan yang panjang mengenai sesuatu perkara berbanding perkara lain. kerana mereka berhujah panjang mengenainya.

DrOT © Ani Munirah Mohamad . mengekod data dan menyemak semula senarai kod.PENUTUP • Di dalam nota minda ini.com/lratlas.com/lratlas.ti • http://postgraduateworkshop. • Ada sebarang persoalan atau komen? • E-mel saya di: animunirah@gmail.com/atlas.ti. membaca data. • 5 langkah tersebut ialah: menyediakan data. anda telah didedahkan dengan 5 langkah umum bagaimana menganalisa data kualitatif.facebook.ti anjuran Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS) • http://postgraduateworkshop.com/groups/atlastiresearchers/ • Kursus-kursus ATLAS.ti • http://postgraduateworkshop.com/atlas.com • Jom join kumpulan tertutup di FB • https://www. membersihkan data.timalaysia • http://postgraduateworkshop.