PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Insurans adalah berasaskan 3 prinsip iaitu:

Kepentingan Boleh Insurans Penuh Percaya Mutlak Indemniti Prinsip Kepentingan Boleh Insurans

– –

Maksud: Seseorang mesti memiliki harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan ataupun mesti mempunyai kepentingan ekonomi atas harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan. Dia mesti mengalami kerugian apabila harta atau nyawa itu musnah dan bukan orang lain. Dia tidak boleh menginsuranskan harta benda atau nyawa orang lain kerana dia tidak akan mengalami kerugian ekonomi jika sesuatu risiko berlaku ke atas harta benda atau nyawa orang lain. Prinsip ini adalah untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada harta benda orang lain.

Penuh Percaya Mutlak

Maksud: Insured mesti memberikan maklumat-maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan tanpa menyembunyikan sebarang maklumat yang penting apabila mengisi Borang Cadangan. Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak, polisi insurans akan menjadi tidak sah dan dapat dibatalkan. Pampasan juga tidak akan dibayar dan premium dikembalikan kepada insured. Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan.

Indemniti

Melibatkan semua kontrak insurans kecuali insurans hayat dan insurans kemalangan. Insured yang mengalami kerugian akan dibayar ganti rugi mengikut nilai kerugian yang sebenar atau lindungan dan tidak lebih, setakat cukup bagi menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak akan memberi keuntungan kepadanya. Bayaran ganti rugi adalah untuk memulihkan insured kepada kedudukan asal seperti sebelum berlakunya kerugian itu, tetapi tidak akan memulihkannya kepada kedudukan yang lebih baik. Prinsip ini melibatkan 3 prinsip tambahan; ➢ Subrogasi ➢ Sumbangan ➢ Doktrin sebab hampiran Subrogasi

Maksud: Apabila insurer selesai membayar ganti rugi kepada insured, insurer telah mengambil alih tempat insured serta semua hak bagi menuntut kerugian daripada pihak ketiga. Contoh; ➢ Van David musnah dalam satu kemalangan. Insurer membayar David ganti rugi sebanyak RM 12,000. Besi buruk van itu kemudian dijual dengan harga RM800. David tidak dapat lagi menuntut jumlah itu kerana van itu telah menjadi hak milik insurer berkenaan yang telah membayar RM12,000 kepada David. Sumbangan

Maksud: Jika sesuatu risiko yang sama telah diinsuranskan secara berganda dengan beberapa insurer yang berasingan, setiap insurer akan berkongsi sama banyak ganti rugi atau pampasan untuk dibayar kepada insured apabila berlakunya risiko itu. Contoh; ➢ Joe menginsuranskan kedainya sebanyak RM120,000 setiap satu dengan 4 insurer. Bangunan itu hangus sama sekali dalam satu kebakaran. Oleh sebab polisi-polisi insurans ini secara berganda, tiap-tiap insurer itu akan menyumbangkan RM30,000 (¼ × RM120,000) sebagai ganti rugi, bukan RM480,000.

Doktrin Sebab Hampiran

Maksud: Insured hanya akan dibayar pampasan atau ganti rugi sekiranya kerugian yang dialami adalah diakibatkan secara langsung oleh risiko yang telah diinsuranskan. Contoh; ➢ Encik Chok menginsuranskan stoknya daripada kebakaran. Apabila stoknya musnah akibat oleh kebakaran (risiko yang diinsuranskan), dia akan dibayar pampasan. Tetapi jika polisi itu mengecualikan kemusnahan stok yang disebabkan oleh air semasa memadam api, pampasan tidak akan dibayar apabila stok itu dimusnahkan oleh air kerana itu bukanlah risiko yang telah diinsuranskan. Ganti rugi boleh dibayar dalam bentuk; ➢ Wang tunai • Cara yang paling mudah dan sesuai untuk menyelesaikan tuntutan. ➢ Ganti barang • Menggantikan barang-barang yang diinsuranskan dengan yang baru. ➢ Baik pulih • Kerosakan dibaikpulih, khususnya untuk kereta motor. Insurer menyelesaikan bayaran membaikpulih secara terus denganb bengkel berkenaan. ➢ Bina semula • Bangunan yang musnah dibina semula oleh insurer.

Prinsip Takaful

Merupakan insurans yang diuruskan secara Islam. Operasi Takaful berlandaskan 3 prinsip utama; ➢ Saling bertanggungjawab ➢ Saling bekerjasama ➢ Saling lindung-melindungi Beroperasi berpandukan Mudharabah: Suatu kontrak perkongsian antara peserta dan pengusaha. Peserta Takaful menyumbangkan modal dalam bentuk premium untuk dilaburkan oleh pengusaha, iaitu Syarikat Takaful. Keuntungan yang diperoleh hasil pelaburan itu akan dibahagikan antara kedua-dua pihak pada suatu nisbah yang dipersetujui lebih awal. Mudharabah dapat elakkan tiga unsur yang diharamkan oleh agama Islam iaitu;
➢ Gharar: ketidakpastian ➢ Riba: faedah ➢ Maisir: unsur perjudian

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL

INSURANS KONVENSIONAL

1. Berasaskan hukum syarak, iaitu 1. Berdasarkan 3 prinsip insurans prinsip Mudharabah iaitu; kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, dan indemniti. 2. Tidak mempunyai unsur gharar dan biasanya syarikat Takaful akan menyatakan dengan jelas cara premium dikumpulkan serta dilaburkan. Pembahagian keuntungan antara peserta dengan syarikat adalah mengikut nisbah yang telah dipersetujui. 3. Unsur riba tidak wujud sebab Takaful tidak menerima atau membayar bunga. Apabila Takaful matang, peserta akan dibayar bahagian simpananya yang ditambah dengan keuntungan daripada pelaburan. 2. Mempunyai unsur gharar atau ketiadaan penjelasan tentang cara premium dilaburkan dan sumber ganti rugi tidak dinyatakan. Wang premium dilaburkan dalam projekprojek yang bercanggah dengan hukum Islam. 3. Mempunyai unsur riba sebab menerima bunga atas pinjaman yang diberi kepada insured. Pampasan dan jumlah yang diinsuranskan yang dibayar balik mengandungi unsur bunga.

4. Tidak mempunyai unsur maisir (perjudian) kerana wang premium dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu; akaun peserta untuk pelaburan dan akaun khas peserta untuk pembayaran faedah takaful kepada peserta yang ditimpa kecelakaan. Peserta akan dibayar mengikut jumlah simpanan yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun itu dan bukan mengikut jumlah yang diinsuranskan.

4. Insurans kapitalis terutamanya insurans hayar mempunyai unsur maisir kerana insured akan dibayar pampasan yang besar dengan sumbangan premium yang sedikit.

PENGENALAN NOTA RINGKAS

INSURANS AM

INSURANS INSURANS INSURANS INSURANS

KEMALANGAN KEBAKARAN MARIN/PENERBANGAN LAIN

JENIS INSURANS
INSURANS HAYAT INSURANS ENDOWMEN INSURANS HAYAT SEMENTARA

INSURANS HAYAT

JENIS-JENIS INSURANS
1. Jenis-jenis insurans boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu:

Insurans Am Insurans Hayat

NOTA INSURANS AM

INSURANS KEMALANGAN

INSURANS : MOTOR KEMALANGAN PERIBADI LIABILITI MAJIKAN LIABILITI AM

INSURANS KEBAKARAN

INSURANS AM
INSURANS MARIN/PENERBANGAN INSURANS MARIN INSURANS PENERBANGAN

INSURANS: KECURIAN JAMINAN SETIA KESIHATAN PENDIDIKAN GADAIAN INSURANS LAIN

INSURANS AM

A)

INSURANS KEMALANGAN ➢ Melindungi insured terhadap kecederaan & kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja.
➢ Jika insured tercedera dalam kemalangan,wang pampasan akan diberi kepadanya

manakala jika ia meninggal dunia, wang pampasan akan dibayar kepada warisnya. ➢ Premium Insurans kemalangan ditentukan berdasarkan: Umur. Jenis pekerjaan Nilai Insurans.

➢ Jumlah ganti rugi dibayar bergantung kepada: Nilai Insurans Paras Kecederaan

➢ Terdapat beberapa jenis insurans kemalangan seperti: INSURANS MOTOR

➢ Memberi perlindungan terhadap pelbagai risiko kepada pemilik kenderaan bermotor seperti kecederaan, kematian, kecurian, kebakaran & kerosakan. ➢ Terdapat 2 jenis insurans motor: INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA ➢ Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga apabila berlaku kecederaan, kematian & kerosakan harta benda pihak ketiga.
➢ Ia wajib diambil oleh semua pemilik kenderaan bermotor.

INSURANS MOTOR KOMPREHENSIF

➢ Memberi perlindungan yang lengkap kepada insured & pihak ketiga. Premiumnya lebih tinggi. ➢ Perlindungan ini termasuk kematian & kecederaan serta kerosakan harta benda pihak ketiga & insured. ➢ Polisi ini tertakluk kepada fasal lebihan (excess clause). ➢ Mengikut excess clause, sesuatu tuntutan yang kurang dari satu amaun tertentu mesti ditanggung sendiri oleh insured.

se menyatakan RM500, ini bererti tuntutan sehingga RM500 mesti dibayar oleh insured. Jika kerosakan ini bernilai

INSURANS KEMALANGAN PERIBADI ➢ Insured diberi perlindungan terhadap kecederaan & kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja. CONTOH : Kemalangan dalam perjalanan Permainan

➢ Premium insurans yang dikenakan bergantung kepada jenis pekerjaan insured. ➢ Jumlah pampasan yang dibayar bergantung kepada nilai insurans.

INSURANS LIABILITI MAJIKAN

➢ Memberi perlindungan kepada pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja.

➢ Pihak majikan di Malaysia dikehendaki menginsuranskan pekerjaya

terhadap kemalangan dengan cara menyumbangkan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). ➢ Terdapat 2 jenis skim insurans pekerja PERKESO, iaitu: SKIM PENCEN LIAT ➢ Memberi perlindungan kepada pekerja terhadap risiko kehilangan keupayaan untuk bekerja yang berlaku di tempat kerja atau bukan di tempat kerja. b) SKIM BENCANA PEKERJAAN

➢ Memberi perlindungan terhadap kecederaan, penyakit atau kecacatan anggota akibat kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja.

INSURANS LIABILITI AM ➢ Diambil oleh pemilik perniagaan seperti pemilik pasar raya dan gedung aneka jabatan. ➢ Memberi perlindungan kepada pemilik perniagaan terhadap tuntutan ganti rugi oleh orang awam yang mungkin tercedera atau mengalami kerosakan harta benda akibat kecuaian pemilik perniagaan.

➢ Jenis insurans liabiliti am lain ialah : INSURANS LIABILITI PRODUK

➢ Melindungi pengeluar terhadap tuntutan pengguna yang cedera atau sakit akibat penggunaan produknya. INSURANS LIABILITI PROFESIONAL

➢ Melindungi golongan professional, contohnya, doktor akibat kecuaian dalam pelaksanaan tugasnya.

A)

INSURANS KEBAKARAN ➢ Memberi perlindungan terhadap kerugian akibat kebakaran. ➢ Melindungi harta benda seperti bangunan, rumah kediaman, stok barangan, alat kelengkapan dan sebagainya.

➢ Tidak member perlindungan terhadap kerugian kebakaran yang diakibatkan oleh peperangan, pemberontakan dan bencana alam seperti letupan gunung berapi.
➢ Kadar premium insurans kebakaran ditentukan oleh faktor-faktor berikut:

BAHAN BANGUNAN Bangunan yang dibuat dengan simen dikenakan kadar premium yang lebih rendah berbanding bangunan yang dibuat

AHAYA DARI KAWASAN SEKELILING ngunan yang terletak berhampiran dengan kawasan merbahaya seperti stesen minyak dikenakan premium yang lebih tin

RKHIDMATAN BOMBA ngunan yang terletak berhampiran dengan balai bomba ataupun pili bomba (hydrant) dikenakan premium yang lebih rend

G YANG DISIMPAN gunan itu digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mudah terbakar seperti minyak & gas, premium yang dikenakan ad

NGKAH-LANGKAH KESELAMATAN gunan yang dilengkapi dengan alat pencegah api seperti penyembur & loceng isyarat dikenakan premium yang lebih ren

A)

TEMPOH MASA PERLINDUNGAN INSURANS MARIN/PENERBANGAN Lebih panjang tempoh perlindungan, kadar premium adalah lebih rendah. i) INSURANS MARIN ➢ Memberi perlindungan kepada kapal dan muatannya termasuk anak kapal, penumpang & kargo terhadap pelbagai risiko semasa di laut.

Antara risiko yang dilindungi adalah:

Kehilangan & kerosakan kapal termasuk jenteranya. Kehilangan, kerosakan & kecurian kargo Tuntutan oleh pihak tertentu seperti kecederaan anak kapal, penumpang, kemusnahan hidupan laut, & pencemaran ak

i)

INSURANS PENERBANGAN ➢ ➢ Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan. Antara risiko yang dilindungi adalah: Kerosakan & kemusnahan kapal terbang. Kematian, kecederaan & kerosakan harta benda. Kematian, kecederaan, & kerosakan harta benda penumpang, anak kapal & pihak ketig Kerosakan kargo atau barang yang diangkut.

A)

INSURANS LAIN

INSURANS KECURIAN

➢ Melindungi pemegang polisi terhadap kerugian yang disebabkan kecurian, rompakan, & pecah rumah di rumah kediaman atau premis perniagaan.

INSURANS JAMINAN SETIA

➢ Memberi perlindungan kepada majikan atau perniagaan terhadap kerugian akibat pecah amanah atau ketidakjujuran pekerja.
➢ Insurans ini diambil oleh bank, institusi kewangan, & perniagaan yang

mengamanahnya kewangan kepada pekerjanya.

INSURANS KESIHATAN
➢ Memberi perlindungan kepada insured terhadap kos atau perbelanjaan perubatan

yang dihadapi akibat sesuatu penyakit atau kecederaan.

INSURANS PENDIDIKAN
➢ Merupakan sejenis insurans endowment. Insurer perlu membayar jumlah diinsuranskan bersama-sama faedah & bonus terkumpul pada tarikh matang untuk membiayai pendidikan tinggi.

Insurans ini adalah sejenis tabungan perlindungan. Jika berlaku kematian kepada ibu bapa, premium tidak perlu dibayar tetapi anak masih akan mendapat faedah pendidikan.

INSURANS GADAIAN
➢ Merupakan sejenis insurans hayat sementara.

Insured yang mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah boleh mengambil insurans ini. Jika insured meninggal dunia sebelum tamat tempoh pembayaran balik hutang pinjaman, insurer akan menjelaskan baki bagi pihak insured.

Ia juga melindungi rumah insured daripada dirampas oleh pihak bank.

NOTA INSURANS HAYAT

INSURANS HAYAT

INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

INSURANS ENDOWMEN

INSURANS HAYAT SEMENTARA

INSURANS HAYAT
➢ Membayar ganti rugi atas kerugian yang diakibatkan oleh kematian, kecacatan, dan hilang upaya.
➢ Ia terkecuali daripada prinsip ganti rugi kerana nyawa seseorang itu tidak dapat diukur

dengan wang ringgit & tidak boleh diganti dengan wang pampasan. ➢ Terdapat tiga jenis insurans hayat iaitu : INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP INSURANS ENDOWMEN INSURANS HAYAT SEMENTARA

INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

Insured yang membeli polisi ini perlu membayar premium sepanjang tempoh hayatnya. Insured boleh juga memilih untuk membayar premium untuk suatu jangka masa tertentu seperti 10, 15 atau 20 tahun. Selepas itu, ia tidak perlu membayar premium sehingga akhir hayatnya. Ini dikenali sebagai insurans hayat bayaran terhad.

Jumlah yang diinsuranskan beserta dengan bonus akan dibayar kepada waris insured apabila insured meninggal dunia. Pembayaran juga akan dibuat oleh insurer, jika insured hilang upaya kekal.

INSURANS ENDOWMEN

➢ Memberikan perlindungan kepada insured untuk suatu tempoh tertentu, misalnya 10, 15, atau 20 tahun. Insured perlu membayar premium untuk tempoh berkenaan.
➢ Apabila tiba tarikh matang polisi, insured akan dibayar balik jumlah yang

diinsuranskan bersama-sama dengan bonusnya.
➢ Sekiranya insured mati sebelum tarikh matang polisi, pampasan akan dibayar

kepada waris yang dicalonkan ataupun waris yang terdekat. ➢ Insurans pelan pendidikan merupakan insurans endowmen yang mendapat perhatian pada masa kini. Pelan ini membolehkan ibu bapa menabung untuk pendidikan tinggi anak mereka di samping member perlindungan.

INSURANS HAYAT SEMENTARA

Memberi perlindungan kepada insured untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja, misalnya 10,15 ataupun 20 tahun. Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampas an akan dibayar pada waris terdekat. Jika insured masih hidup dalam tempoh berkenaan, dia tidak akan mendapat apaapa perlindungan. Kadar premium bagi polisi ini adalah yang paling rendah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR PREMIUM INSURANS HAYAT

UMUR
Jika umur insured semakin meningkat, kadar premium yang dikenakan lebih tinggi.

JANTINA
Wanita dikenakan kadar premium yang lebih rendah daripada lelaki

at dalam jenis pekarjaan yang mempunyai risiko kemalangan atau kerosakan kesihatan yang tinggi akan dikenakan prem

AN

n bergantung kepada kesihatan pemohon. Pemohon yang kurang sihat akan diberikan premium tambahan berbanding den

TEMPOH & LIPUTAN LINDUNGAN
Lebih lama tempoh serta liputan lindungan lebih tinggi premiumnya.

JENIS INSURANS
TAKAFULPremium yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut jenis polisi. Insurans yang diuruskan secara Islam dikenali sebagai takaful. Takaful mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk jamin-menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1985 bagi menjalankan takaful di Malaysia mengikut Akta Takaful 1984.

PRINSIP TAKAFUL Takaful juga berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan idemniti. Walau bagaimanapun, perlaksanaannya berlandaskan hukum syarak. Berdasarkan hukum ini, takaful tidak membenarkan unsur seperti gharar, maisir dan riba.  Gharar (ketidakpastian) Gharar ialah unsur yang tidak member kepastian atau penjelasan yang tepat mengenai perjanjian dan perjalanan syarikat. Syarikat takaful perlu menjelaskan bagaimanawang sumbangan dikendalikan serta perlaburan yang dibuat. Begitu juga segala keterangan mengenai pembayaran ganti rugi perlu diterangkan dalam perjanjian.  Maisir (perjudian) Unsur perjudian dielakkan oleh syarikat takaful keranan perjudian bertentangan dengan hukum syariah.  Riba (faedah) Unsur pembayaran riba atau faedah tidah diamalkan oleh syarikat takaful. Syarikat takaful tidak membayar faedah kepada peserta dan tidak mengenakan faedah atas perkhidmatan yang diberikan.

Operasi takaful berlandaskan konsep Mudharabah yang merupakan prinsip utama dalam takaful. Ia adalah akad perjanjian antara syarikat takaful yang bertindak sebagai Mudharib atau pengusaha dengan peserta yang bertindak sebagai pemodal. Pemodal akan memberikan sumbangan manakala pengusaha akan melaburkan sumbangan tersebut untuk menciptakan keuntungan. Keuntungan daripada pelaburan tersebut akan dibahagikan antara syarikat takaful dan peserta mengikut nisbah yang dipersetujui. Perkara yang dijelaskan dalam prinsip Mudharabah ialah:  Pembahagian keuntungan di atara syarikat takaful dengan peserta.  Cara syarikat takaful menggunakan wang sumbangan pesertanya.  Hak serta syarat yang diberikan kepada peserta.

 Manfaat yang diperoleh peserta daripada pelan takaful. Tabarruk bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan reda yang dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling membantu. Melalui tabarruk risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta dan bukannya syarikat. Dengan adanya perjanjian Mudharabah dan tabarruk segala unsur gharar, riba dan maisir dihapuskan. Perjanjian ini menyatakan dengan jelas tentang cara sumbangan wang takaful dikumpulkan, cara wang itu dilaburkan, cara ganti rugi diberikan dan cara pembahagian untung rugi. Semua penerimaan dan pembayaran berdasarkan konsep perkongsian untung rugi.

PRODUK TAKAFUL Syarikat takaful menyediakan dua jenis produk takaful iaitu: i. Takaful Keluarga ii. Takaful Am Takaful Keluarga Takaful keluarga melindungi para peserta dengan menyediakan sejumlah wang kepada warisnya apabila dia meninggal dunia atau menyediakan simpanan wang bagi peserta sekiranya dia bersara atau hilang upaya bekerja. Mengikut skim takaful ini, peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Sumbangan yang dikumpulkan daripada para peserta dimasukkan ke dalam dua akaun, iaitu Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta. Wang sumbangan dalam Akaun Peserta adalah untuk pelaburan dan simpanan di mana keuntungan daripada pelaburan dibahagikan di antara syarikat dengan peserta mengikut nisbah yang dipersetujui. Wang sumbangan dalam Akaun Khas Peserta adalah untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta yang ditimpa kemalangan. Bayaran ganti rugi atau pampasan untuk pelan takaful keluarga bukan berdasarkan jumlah yang dinsuranskan tetapi bergantung pada jumlah yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun tersebut. Ini bermakna peserta tidak akan dibayar ganti rugi

atau pampasan yang besar jumlahnya atas sumbangan yang sedikit. Cara ini menghapuskan unsur maisir dalam takaful. Syarikat takaful menyediakan skim takaful keluarga bagi membolehkan peserta mendapat perlindungan berasaskan tujuan berikut:  Peserta menabung secara berterusan.  Melaburkan kumpulan wang tersebut untuk mendapatkan keuntungan.  Menyediakan perlindungan kepada peserta yang ditimpa malapetaka.  Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung kepada peserta yang tidak ditimpa kemalangan. Takaful keluarga terdiri daripada dua jenis iaitu pelan individu dan pelan kelompok. Pelan individu mempunyai 14 komponen antaranya Pelan Takaful Keluarga, Takaful Siswa, Takaful Rawat, Takaful Dana Pekerja, Takaful Gadai Janji, Takaful Skim Anuiti KWSP dan Takaful Sihat. Pelan Kelompok pula mengandungi 3 komponen iaitu Pelan Takaful Keluarga Kelompok, Pelan Takaful Kesihatan dan Pelan Takaful Keluarga Kelompok (kredit).

Takaful Am Melalui perlindungan takaful am, peserta membayar sumbangan bergantung kepada skim takaful yang disertainya. Tempoh matang perlindungan takaful am ialah setahun. Untuk memperbaharui skim takaful tersebut, peserta boleh berbuat demikian setiap tahun selagi peserta mempunyai kepentingan terhadap harta benda tersebut. Takaful am disertai oleh individu, syarikat, pertubuhan atau perbadanan. Takaful ini memberikan perlindungan kepada peserta untuk menghadapi risiko ke atas harta benda atau aset seperti Skim Takaful Kebakaran yang memberikan perlindungan terhadap kebakaran, Skim Takaful Kenderaan yang memberi perlindungan kepada kenderaan terhadap kerosakan dan kemalangan serta Skim Takaful Liabiliti Majikan yang melindungi pihak majikan terhadap tuntutan pekerja. Skim Takaful Liabiliti Am pula melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang awam.

PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL Persamaan insurans konvensional dan takaful
 Terdapat persamaan antara insurans konvensional dan takaful dari segi tujuannya. Kedua-

duanya menyediakan perkhidmatan yang memberi bantuan apabila insured (peserta) menghadapi kesusahan akibat berlakunya risiko. Insurans konvensional dan takaful juga mempunyai objektif yang sama iaitu membantu golongan tidak bernasib baik melalui pemindahan risiko dan amalan bantu-membantu menggunakan prinsip asas iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti. Perbezaan antara insurans konvensional dengan takaful  Prinsip insurans
• •

Insurans konvensional berdasarkan tiga prinsip utama iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti. Takaful berdasarkan prinsip Mudharabah serta tiga prinsip utama dalam insurans konvensional yang diubahsuai mengikut hukum syarak.

 Unsur Gharar (ketidakpastian)

Insurans konvensional mempunyai unsur gharar atau ketidakpastian dalam perjanjian dan operasi syarikat. Insurer konvensional hanya menjelaskan cara premium dikumpulkan tetapi tidak menjelaskan cara premium dilaburkan. Insurer konvensional juga tidak menjelaskan bagaimana ganti rugi yang dijanjikan kepada insured diperoleh. Oleh itu, unsur ketidakpastian dan keraguan boleh timbul di kalangan umat Islam.

Takaful pula tidak mengandungi unsur gharar kerana menjelaskan cara sumbangan dikumpulkan dan dilaburkan. Semua pelaburannya halal di sisi Islam. Keuntungan dibahagikan antara peserta dan syarikat takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

 Unsur maisir (perjudian)

Insurans konvensional mempunyai unsur maisir kerana peserta akan dibayar ganti rugi atau pampasan yang besar dengan sumbangan premium yang sedikit. Unsur maisir juga akan wujud apabila terdapat pelaburan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Takaful pula, unsur maisir dihapuskan kerana wang premium yang dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu Akaun Peserta dan akaun Khas Peserta. Peserta akan dibayar ganti rugi dan pampasan mengikut jumlah yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun tersebut. Oleh itu, unsur spekulasi atau perjudian tidak wujud.

 Unsur riba (faedah)

Insurans konvensional, unsur riba wujud kerana menerima dan memberi faedah hasil daripada pinjaman yang diberi. Ganti rugi atau pampasan yang dibayar balik kepada insured mengandungi unsur riba. Pelaburan juga dibuat dalam bon atau debenture yang membayar faedah.

Takaful pula peserta akan menerima bayaran berdasarkan jumlah sumbangan yang terkumpul dalam akaun pesertanya dan ditambah dengan keuntungan pelaburan. Di samping itu pelaburan tidak dibuat di mana-mana instrumen pelaburan yang membayar faedah. Oleh itu, unsur riba tidak wujud.

BELIAN POLISI DAN TUNTUTAN GANTIRUGI Terdapat tatacara yang perlu dituruti apabila membeli polisi insurans serta membuat tuntutan ganti rugi. Prosedur membeli polisi insurans Pertanyaan

1. Seseorang yang ingin megambil insurans hendaklah menghubungi insurer ataupun ejenya untuk mendapatkan maklumat. a) Risiko yang hendak diinsurankan b) Syarat-syarat perlindungan yang ditawarkan c) Jumlah premium yang perlu dibayar Mengisi boring cadangan(Proposal Form)

1. Dia mestilah mengisi boring cadangan yang boleh didapati secara percuma dari syarikat insurans. 1. Semasa mengisi boring dia mestilah mematuhi prinsip penuh percaya mutlak,iaitu dia mestilah member segala maklumat yang benar berkaitan dengan risiko yang hendak diinsurankan. Sebarang maklumat yang palsu boleh menghilangkan hak tuntutannya pada masa akan dating. 2. Borang itu kemudian dikembalikan kepada syarikat insurans untuk dipertimbangkan. Pengeluaran nota lindung
1. Jika syarikat insurans bersetuju menerima risiko yang dikemukakan,maka ia akan

mengeluarkan nota lindung yang akan memberikan perlindungan serta-merta kepada orang itu. 2. Nota lindung merupakan dokumen sementara sahaja. Pengeluaran polisi
1. Insurer kemudian akan mengeluarkan polisi rasmi kepada insured dan dengan itu,nota

lindung akan dibatalkan. 2. Polisi sebenarnya adalah kontrak yang dibuat antara insurer dengan insured untuk menjelaskan perkara-perkara berikut: a) Syarat-syarat perlindungan yang ditawarkan oleh insurer terhadap risiko itu. b) Hak-hak gantirugi yang boleh dituntut oleh insurer. c) Nilai polisi dan premium yang mesti dibayar.

Bayaran premium 1. Insured mestilah menjelaskan premium pada tiap-tiap tempoh masa yang ditetapkan. 2. Kegagalan untuk membayar premium akan menamatkan polisi. Prosedur membuat tuntutan gantirugi Memberitahu insurer dan polis dengan serta merta

Apabila berlaku risiko yang diinsurankan,insured hendaklah memberitahu insurer serta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Mengisi borang tuntutan

Insured juga dikehendaki mengisi boring tuntutan dengan butir-butir lengkap tentang jumlah kerugian dialami dan bagaimana ia berlaku.

Penyiasatan – Insurer akan menjalankan penyiasatan untuk memastikan : • Jumlah itu adalah benar • Tiada syarat terkandung di dalam polisi itu dilanggar • Tiada pengkhianatan berlaku yang menyebabkan kerugian tersebut.

Pembayaran pampasan

Setelah insurer berpuas hati bahawa tuntutan itu adalah sah,maka gantirugi akan dibayar kepada insurer. Gantirugi yang dibayar tertakluk kepada prinsip idemniti dan lain-lain syarat yang terkandung di dalam polisi insurans.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful