You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya akan


membincangkan tentang hobi yang berfaedah.
Hobi ialah kegemaran yang kita lakukan pada waktu lapang.Kita harus
memilih hobi yang berfaedah yang mendatangkan kebaikan kepada kita.
Antara hobi yang berfaedah ialah membaca buku. Dengan membaca
buku, kita dapat memperkaya perbendaharaan kata. Kita juga dapat
menambah pengetahuan. Membaca buku cerita pula dapat memberi kita
hiburan dan keseronokan.
Memancing ikan juga hobi yang berfaedah. Kita dapat memupuk
kesabaran dalam diri kita melalui aktiviti memancing kerana kita perlu
menunggu agak lama sebelum pancing kita mengena. Memancing juga
memberi kita peluang untuk menenangkan fikiran.
Selain itu, hobi menonton televisyen juga banyak mendatangkan
faedah. Di samping dapat memberi kita hiburan, rancangan-rancangan
yang ditayangkan di televisyen juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kita. Sebagai contoh, rancangan dokumentari di
televisyen seperti Majalah 3 dan National Geography banyak memberi
kita informasi yang berguna. Apabila kita menonton rancangan berita
seperti Buletin Utama atau Berita Awani, kita akan mengetahui tentang
isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia.
Maka, jelaslah bahawa dengan mempunyai hobi yang tertentu dapat
membantu kita dalam menambahkan ilmu pengetahuan, memberi kita
hiburan, menenangkan fikiran dan pelbagai faedah lain Oleh itu, setiap
orang harus mengamalkan hobi. Dengan adanya hobi, kita dapat
menghabiskan masa lapang kita secara berfaedah.
Sekian, terima kasih.

You might also like