You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR MELINTANG

JALAN DATUK KUMBAR


06500 LANGGAR
ALOR STAR,KEDAH
TEL: 04-7413134

30 Januari 2013 / 18 Rabiulawwal 1434H


Ustaz Suparman Ponimin
Guru Agama
Sek. Men. Agama Islah,
06700 Pendang, Kedah.
Melalui dan salinan:
Pengetua,
Sek. Men. Agama Islah,
06700 Pendang, Kedah.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH MAJLIS MAULIDUR RASUL .
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk:

02. Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK.Alor
Melintang akan mengadakan ceramah Maulidur Rasul untuk para pelajar dan semua kakitangan SK.Alor
Melintang.
03. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin menjemput tuan sebagai penceramah. Butir-butir program adalah
seperti berikut:
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 31 Januari 2013 / 19 Rabiulawwal 1434H


: Khamis
: 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
: Dewan terbuka kafeteria SK.Alor Melintang.

04. Diharap pihak tuan dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar dan warga sekolah.
Mudah-mudahan kita semua akan dirahmati Allah dengan berlangsungnya program ini. Sokongan dan
kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan dan kami hargai. Dan diatas kerjasama dari pihak tuan kami
ucapkan dengan jutaan terima kasih.
Sekian. Terima Kasih.
MEMANTAP UKHUWWAH MEMPERKASA UMMAH"

Yang menjalankan tugas,

(TARMIZI BIN ISMAIL)


Setiausaha
Majlis Dakwah Islam Sekolah (MAKDIS)
SK.Alor Melintang

Sk - Fail Sekolah
- Fail Panitia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TENTATIF PROGRAM
10.50 pagi

: Para pelajar dan kakitangan sekolah mengambil tempat

10.55 pagi

: Ketibaan penceramah jemputan

11.00 pagi

: Bacaan doa dan nasyid Al-Asmaul Husna

11.10 pagi

: Ceramah israk dan mikraj berserta dengan persembahan Qasidah

12.30 tgh

: Majlis bersurai.

You might also like