You are on page 1of 18

Nur Azura Bt Roslan (A141320)

Nur Amirah Bt Tarmidzi (A141737)


Nurul Syuhada Bt Ahmad (A141779)
Nursyuhada Bt Borhanodin (A141226)
Siti Norhamisah Bt Md Desa (A141703)

Hikayat Amir Hamzah menceritakan peristiwa yang


berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga
kedatangan Islam.
Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang
pejuang Islam bernama Amir Hamzah.
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah
hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa
pertahanan Melaka dari serangan Portugis.
Hikayat ini dikatakan telah dibacakan bagi menaikan
semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas
menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi.
Hikayat ini banyak dipengaruhi karya-karya Parsi.

Hikayat Amir Hamzah ialah salinan daripada bahasa


Parsi (Qissai Emir Hamzah) dan penulisnya tidak
diketahui namanya.
Ia seperti sebuah manuskrip yang tebal mengandungi
90 bab.
Manuskrip ini ditulis pada abad ke 15 dengan tulisan
tangan istana raja Melaka yang mengambil masa 15
tahun.
Manuskrip ini banyak diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa (Arab, Melayu, Jawa, Bali, Aceh,
Turki, Hindi).

Watak utama dalam cerita ini ialah Amir Hamzah.


Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah
Saidina Hamzah.
Panglima perang Rasulullah s.a.w, pembawa panji
tentera Islam.
Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu putera kepada Abdul Mutalib.
Pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud
menentang tentera Quraisy.
Disebabkan itu, riwayat Amir Hamzah sentiasa
dikenang oleh umat Islam akan tetapi terdapat tokok
tambah di di dalam hikayatnya oleh pengarang.

Mitos
Kerajaan Melaka menjadikan cerita Hikayat Amir hamzah
sebagai penyuntik semangat dalam menyerang Portugis.
Contoh:

Lagenda

Semangat Kepahlawanan yang ditonjolkan oleh Amir


Hamzah itu sendiri.
Dibuktikan melalui:

Menteri Buzurjumhur menyampaikan tawaran Amir


Hamzah kepada Kisra lalu baginda bertitah, Keduadua pahlawan ini kesayangan beta, tetapi Amir
Hamzah lebeh lagi beta sayang. Beta berhajat kapada
kedua2 mereka.
(Hikayat Amir Hamzah: 40)

Sejarah

Sejarah pada zaman nabi


Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam
yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan perang terutama sekali dalam peperangan
Badar amatlah besar ertinya disisi sejarah
perkembangan agama Islam.
Saidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orangorang kafir Makkah yang banyak bilangannya di kaki
bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itulah
riwayat Amir Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat
Islam.

Nilai-nilai Islam
Setiap kejahatan pasti ada balasannya.
Amir Hamzah terlupa mengucapkan lafaz insyaAllah
menyebabkan pemergiannya ke Bukit Qaf yang
sepatutnya mengambil masa 18 hari menjadi 18 tahun
lamanya.
Model Kepahlawanan Islam
Banyak sikap-sikap yang telah ditonjolkan didalam
hikayat Amir Hamzah ini yang mampu memberi impak
yang tinggi dalam penyuntikan semangat peperangan
dalam Islam.

Gagah perkasa dalam medan perang


Watak protagonis (Amir Hamzah) menjadi pembela kepada
bangsa Arab yang tertindas dan berjuang mendaulatkan agama
Islam.
Kegagahan Amir Hamzah digambarkan sejak kecil lagi.

Pada suatu hari Amir Hamzah dan Umar keluar jauh kadaratan padang pasir. Sakonyong2 mereka berjumpa dengan saekor singa. Singa itu mengangakan mulut hingga ka-lihatan
taring-nya, menghempas2kan ekor-nya, mengaum seperti bunyi
halilintar................... Demi berdekatan sahaja, Amir Hamzah
mengachukan pedang-nya dan dengan sekali panchong
mencheraikan badan dengan kepada singa itu dan mati tergolek
di-padang pasir itu.
(Hikayat Amir Hamzah: 7-8)

Berjuang menegakkan kebenaran


Sebagai seorang pahlawan Islam, Amir Hamzah
digambarkan sebagai penegak agama Islam.
Untuk menggambarkan matlamat perjuangannya, Nabi
Khidir pernah berkata kepadanya:

Kamulah yang akan membatalkan semua ugama yang


salah, kan mengembangkan keperchayaan kapada Allah dan
akan memancharkan chahaya-nya d-angkasa seluroh negeri
dan kerajaan dalam dunia ini.
(Hikayat Amir Hamzah: 9)

Menegakkan keadilan di kalangan


manusia
Amir Hamzah bertindak menghapuskan penganiayaan
yang dilakukan oleh Asfiran yang merampas harta benda
suku Ajam.
Misalnya dalam petikan:

Sa-telah mendengar perkataan mereka, Amir Hamzah


berkata kepada mereka, Berjalan-lah kamu di-hadapan dan
tunjokkan kepada-ku orang yang telah menganiaya kamu
itu, supaya aku kembalikan harta benda-mu dan harta
mereka yang ada bersama2 dengan harta benda-mu itu.
(Hikayat Amir Hamzah: 17)

Berpegang pada janji


Seorang wira yang sentiasa mematuhi janji walaupun
terpaksa mengorbankan kepentingannya.
Misalnya pelbagai syarat telah dibuat oleh menteri
Bakhtik yang jahat terhadap Amir Hamzah, malah boleh
mengancam keselamatan dirinya:

Melihat keadaan yang demikian, Amir Hamzah berkata,


Beta telah berjanji dengan mereka dan beta mesti
menepati-nya, sa-kali pun dengan sebab itu beta menegok
minuman maut.
(Hikayat Amir Hamzah: 67)

Pemaaf
Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sendiri
yang
mengampunkan
musuh2
yang
menentangnya.
Amir Hamzah juga mengamalkan sifat tersebut. Misalnya
mengampunkan Raja Numan yang pernah murtad
dengan agama Islam :

Se-telah Amir Hamzah mendengar perkataan itu, beliau pun


bangun berdiri atas singgahsana seraya berkata, Beta telah
memaafkan kamu hai Raja Numan, sekarang bersemanyamlah se-mula di-atas takhta kerajaan-mu! Jangan-lah kamu
beritahu perkara ini kepada Raja Ajam(Kisra Farsi) atau
kamu taat kepada-nya
(Hikayat Amir Hamzah: 25)

Pengembang Agama Islam


Digambarkan wataknya sebagai pengembang agama Nabi
Allah Ibrahim.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. Dilahirkan, Amir
Hamzah tampil menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.
dan memain peranan menyebarkan agama Islam:

Dengan perasaan yang pelek Amir Hamzah berkata, Kita


berlindong dengan Allah daripada keengkaran dan
kekufuran manusia. Dari itu kita mesti menghanchorkan
shorga dan neraka-nya, membunoh dan mengeluarkan
kaum-nya yang bodoh2 itu daripada kegelapan kekufuran
kepada cahaya keimanan.
(Hikayat Amir Hamzah: 279)

Dalam Teks Hikayat Amir Hamzah ini banyak


perkataan yang digunakan menerima beberapa
fonem Arab.
Contohnya:
Perkataan syukur : ()
khalak : ( )
InsyaAllah : ( )

Morfem terikat pula ialah morfem yang hanya akan


wujud bersama morfem lain iaitu memerlukan kata dasar
untuk berfungsi.
Contoh:
Imbuhan ber... (Berangkat, Berkhalwat)
Imbuhan mem...kan (Membicarakan)
Imbuhan di...i (Dinamai)

Frasa dan ayat yang digunakan menunjukkan


adanya pengaruh Arab.
Contohnya:

Adapun kepada suatu zaman kemudian


daripada kami ini, ada seorang Amir Hamzah
namanya anak Abdul Mutalib; ialah sampai ke
tempat ini. Kuda yang bernama Janggi Ishak itu,
ialah yang akan mengambilnya, dan segala harta
yang ada di dalam perbendaharaan ini ialah
yang empunya diaselain daripada Amir
Hamzah, seorang pun tiada boleh.
(Hikayat Amir Hamzah: 49)

HikayatAmir Hamzah ini bukanlah hikayat yang tulen


dan benar dalam setiap inci ceritanya.
Kemungkinan besar, hikayat Amir Hamzah mengalami
perubahan dari segi tokok tambah cerita oleh penulispenulis skrip.
Hikayat Amir Hamzah kaya dengan pelbagai informasi
terutama mengenai identiti sejarah dan bangsa pada masa
itu.
Pelbagai bentuk pemikiran, adat istiadat, kepercayaan,
keadaan sosial, keperibadian individu dan berkisar
kepahlawanan Islam telah ditonjolkan dalam hikayat ini.
Tidak mustahil, hikayat ini begitu popular di alam
Melayu dan digemari oleh lapisan masyarakat.

You might also like