©

PERATURAN AKADEMIK
PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia 81300 UTM Skudai Johor Darul Ta’zim. No. Telefon : 07-5212000 No. Faks : 07-5205275/07-5218158 E-mail : sp-space@utm.my Web : www.spaceutm.edu.my

KURSUS DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

Edisi Pertama 1995 Edisi Kedua 1997 Edisi Ketiga 2000 Cetakan Kedua, 2003 Cetakan Kedua, 2005 Edisi Keempat 2006

Diterbitkan

oleh

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga bentuk pun dan dengan apa cara juga sama ada elektronik, fotostat, rakaman, visual atau cara lain, mana-mana bahagian artikel/ilustrasi/isi kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN Muka Surat Kandungan .................................................................... Senarai Jadual .............................................................. Senarai Lampiran ......................................................... Penghargaan ................................................................. BAHAGIAN I Takrif ................................................................................ 1-3 (i - iv) (iii) (iv) (v)

Kandungan

Muka Surat

BAHAGIAN VII Penilaian (i) Kehadiran ........................................................ 12 - 13 (ii) Skim Penilaian ............................................... 13 (iii) Peperiksaan Akhir Semester ........................ 13 (iv) Peperiksaan Khas ......................................... 14 (v) Pengumuman Keputusan Gred Mata Pelajaran ............................................... 15 (vi) Rayuan Keputusan Gred Mata Pelajaran .... 15 BAHAGIAN VIII Kedudukan Akademik (i) Kedudukan Akademik .................................... 15 - 16 (ii) Membaiki Pencapaian Akademik ................. 16 (iii) Pengumuman Kedudukan Akademik Pelajar .............................................................. 16 BAHAGIAN IX Senarai Kepujian Dekan

BAHAGIAN II Tahun Akademik BAHAGIAN III Pendaftaran Kursus BAHAGIAN IV Pendaftaran Mata Pelajaran BAHAGIAN V Skim Kredit (i) Kredit Mata Pelajaran .......................................... 7 (ii) Nilai Kredit ............................................................. 7-8 (iii) Beban Kredit untuk Setiap Semester Lazim ...... 8 (iv) Pengecualian Kredit ............................................ 9 (v) Perpindahan Kredit ............................................ 9 (vi) Kredit Mata Pelajaran Gagal ............................... 10 (vii) Kredit Lulus Kursus dan Tempoh Pengajian ....... 10 - 11 BAHAGIAN VI Sistem Gred ................................................................... 11 - 12 ....................................... 5-7 ...................................................... 5 ............................................................ 4

........................................

17

BAHAGIAN X Penganugerahan Diploma dan Ijazah (i) Syarat Penganugerahan ............................... 17 - 18 (ii) Permohonan Penganugerahan ................... 18 (iii) Kelas Diploma dan Ijazah ............................. 18 - 19 BAHAGIAN XI Penangguhan Pengajian ....................................... BAHAGIAN XII Pertukaran Kursus Pengajian Daftar Semula (i) Pertukaran Kursus Pengajian Pelajar Separuh Masa ................................................ BAHAGIAN XIII Pertukaran Status Pengajian Pelajar Universiti i) Pertukaran Status Pengajian Sepenuh Masa dan Program UTM Yang Lain ke Program Separuh Masa ..................................................

19

20

20

i

ii

Kandungan

Muka Surat

SENARAI LAMPIRAN

BAHAGIAN XIV Penyelewengan Akademik (i) Penyelewengan Akademik .................................. 21 (ii) Peruntukan Am ...................................................... 21 - 22

Bil. 1.

Lampiran Lampiran I

Tajuk Peraturan Pendaftaran Kursus

Muka Surat ............ 23 - 25

2.

Lampiran II

Peraturan Pengecualian dan Perpindahan Kredit ...............................

26 - 28

SENARAI JADUAL

3. Tajuk Tahun Akademik Muka Surat .............................. 4 4.

Lampiran III

Bil. 1.

Jadual Jadual I

Peraturan Tindakan Ke Atas Pelajar Yang Menghadiri Kuliah Kurang Daripada 70% .......................................

29

Lampiran IV

Peraturan Peperiksaan Akhir

................

30 - 39

2.

Jadual II

Nilai Kredit

........................................

8 5. Lampiran V Peraturan Rayuan Keputusan Gred Kursus ...................................................... 40 - 41

3.

Jadual III

Jam Belajar Pelajar

........................

8 6. Lampiran VI Peraturan Permohonan Penganugerahan Diploma/Ijazah ......... 42 - 43

4.

Jadual IV

Tempoh Maksimum

........................

10 7. 11 15 8. Lampiran VII

5.

Jadual V

Hubungan Antara Markah, Gred dan Mata Nilai .................................. Kedudukan Akademik .....................

Garis Panduan Semester Pendek

........ 44 - 45

6. 7.

Jadual VI Jadual VII

Lampiran VIII Peraturan dan Garis Panduan Program Minor .........................................................

46 - 48

Kelas Penganugerahan Diploma dan Ijazah .......................................... 18 - 19

iii

iv

Penghargaan
Sistem Semester mula dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia pada sesi pengajian 1982/83. Sepanjang pelaksanaannya berbagai pihak telah memberikan pandangan, cadangan dan maklumbalas dari semasa ke semasa untuk memperbaiki lagi Sistem Akademik tersebut. Universiti Teknologi Malaysia merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan Buku Peraturan Akademik ini.

v

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERATURAN AKADEMIK Program Pengajian Separuh Masa ( Kursus Diploma dan Sarjana Muda ) BAHAGIAN I >> TAKRIF T “Pelajar Kanan” bermaksud mereka yang telah melalui dan lulus sekurang-kurangnya satu semester pengajian di Universiti ini. “Kemasukan Terus” bermaksud pelajar yang diterima masuk terus ke semester yang bersesuaian berdasarkan kepada kelayakan terdahulu yang diiktiraf dan seterusnya diluluskan pengecualian kredit oleh Universiti. “Mata Pelajaran” bermaksud komponen kurikulum kursus yang mempunyai kod tersendiri. “Peperiksaan” ialah sebarang bentuk penilaian yang dibuat ke atas pelajar untuk mengukur pencapaian akademik pelajar. “Kredit Dapat” bermaksud jumlah kredit yang diperoleh bagi mata pelajaran yang lulus. “Kredit Lulus Kursus” bermaksud jumlah kredit lulus untuk sesuatu kursus yang ditetapkan oleh Senat. “Kredit Kira” bermaksud kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK. “Kredit Pindah” bermaksud perpindahan kredit yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran tertentu yang diambil di IPT lain dalam tempoh pengajiannya. “Kredit Kecuali” bermaksud pengecualian kredit yang diberikan kepada calon pelajar semasa proses permohonan masuk Universiti berdasarkan kepada kelayakan terdahulu yang diiktiraf oleh Universiti. “PNG” bermaksud purata mata nilai gred yang diperolehi bagi sesuatu semester. “PNGK” bermaksud purata mata nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti. “Penganugerahan” bermaksud pengesahan Senat ke atas pelajar yang layak menerima ijazah atau diploma. “Terputus Pengajian” bermaksud pelajar kanan yang diluluskan penangguhan pengajian atau digantung pengajian oleh Universiti. “Diberhentikan” bermaksud pelajar yang tidak mencapai tahap lulus dalam pengajian; atau pelajar yang telah menggunakan sepenuhnya tempoh maksimum pengajian; atau pelajar yang dipecat dari Universiti di bawah Kaedah Tatatertib Pelajar atau di bawah Kaedah Pendaftaran Kursus dan Pendaftaran Mata Pelajaran. “Berhenti” bermaksud pelajar yang telah diluluskan oleh Universiti untuk menarik diri daripada pengajiannya. “Pra-Syarat” bermaksud mata pelajaran yang perlu diselesaikan sebelum mengambil kursus berikutnya. “Fakulti Pelajar” bermaksud fakulti yang menawarkan kursus pengajian yang diikuti pelajar. “Kredit Lulus Program Minor” jumlah kredit lulus untuk sesuatu program minor yang ditetapkan oleh Senat. “Program Minor” bermaksud program akademik pilihan yang membenarkan pelajar mengambil beberapa mata pelajaran di luar kurikulum kursus sarjana muda yang diikuti bagi tujuan pengembangan kepakaran.

AKRIF 1. TAKRIF
Dalam Peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain “Universiti” bermaksud Universiti Teknologi Malaysia. “Senat” bermaksud Senat Universiti Teknologi Malaysia. “Fakulti” bermaksud mana-mana fakulti, sekolah, pusat akademik dan institut di Universiti yang mempunyai pelajar. “SPACE” (School of Professional & Continuing Education) bermaksud Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan. “Dekan” bermaksud ketua Fakulti atau ketua bahagian tertentu yang dilantik oleh Naib Canselor. “Jawatankuasa Akademik Fakulti” bermaksud jawatankuasa yang ditubuhkan fakulti yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal akademik. “Jawatankuasa Peperiksaan” bermaksud jawatankuasa yang ditubuhkan oleh fakulti bagi semua urusan berkaitan dengan peperiksaan. “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik Universiti dengan bilangan kredit mata pelajaran yang didaftar oleh pelajar bagi satu semester tidak kurang daripada Kredit Minimum yang ditetapkan, kecuali bagi pelajar yang Kedudukan Bersyarat (KS) atau/dan pelajar yang berada dalam dua semester terakhir pengajian. “Pengajian Separuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik Universiti dengan bilangan kredit mata pelajaran yang didaftar pelajar bagi satu semester tidak melebihi SEPULUH (10) kredit. “Pengajian Jarak Jauh” bermaksud bentuk pengajian akademik Universiti yang berdasarkan pemisahan fizikal antara staf akademik dengan pelajar sama ada keseluruhan atau sebahagian pengajian. “IPT” bermaksud institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf Universiti. “Kursus” bermaksud kursus pengajian yang diluluskan Universiti sebagai program akademik untuk tujuan penganugerahan diploma atau ijazah. “Pelajar” bermaksud mereka yang telah menyempurnakan pendaftaran kursus dan mengikuti Program Pengajian Universiti.

1

2

“Latihan Praktik” bermaksud latihan profesional yang merupakan mata pelajaran dari komponen kurikulum yang dijalankan diluar bilik kuliah yang bertaraf hadir wajib dikenali sebagai latihan industri. ATAU bermaksud latihan profesional yang merupakan mata pelajaran dari komponen kurikulum yang dijalankan di luar bilik kuliah yang diberi gred dan mata nilai juga dikenali sebagai praktikum atau latihan mengajar. "Pembelajaran Kendiri" bermaksud pembelajaran yang dilakukan pelajar dengan bantuan modul kendiri yang lengkap untuk mata pelajaran berstatus UM atau alasanalasan lain yang diterima Universiti.

BAHAGIAN II >> TAHUN AKADEMIK 1. (1) Tahun Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu perkuliahan. Di samping dua semester lazim di atas, Universiti juga mempunyai Semester Pendek yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik. Perlaksanaan Semester Pendek adalah seperti di Lampiran VII. Semester ini tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus. Tahun akademik adalah seperti di Jadual I di bawah: Jadual I : Tahun Akademik*
Minggu Suaikenal 1 minggu

(2)

(3)

(Dalam Tempoh Cuti Akhir Tahun Akademik) SEMESTER I Perkuliahan Cuti Pertengahan Semester Perkuliahan Minggu Ulangkaji Peperiksaan Akhir Semester Jumlah Cuti Akhir Semester SEMESTER II Perkuliahan Cuti Pertengahan Semester Perkuliahan Minggu Ulangkaji Peperiksaan Akhir Semester Jumlah Cuti Akhir Tahun Akademik 7 mingg 1 minggu 7 minggu 1 minggu 3 minggu 19 minggu 10 minggu ATAU Cuti Akhir Semester SEMESTER PENDEK Perkuliahan & Peperiksaan 8 minggu Cuti Akhir Semester JUMLAH 52 minggu JUMLAH 1 minggu 52 minggu 1 minggu u 7 minggu 1 minggu 7 minggu 1 minggu 3 minggu 19 minggu 4 minggu

* Tertakluk kepada pindaan

3

4

BAHAGIAN III
>> PENDAFTARAN KURSUS (5)

lewat. Tarikh akhir pendaftaran lewat ialah pada hari Ahad minggu keempat semester. Pembetulan Pendaftaran Mata Pelajaran. (i) Pelajar bertanggungjawab membetulkan sebarang kesilapan yang terdapat dalam rekod pendaftaran mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang permohonan pembetulan lewat dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang diterima Universiti akan dikenakan bayaran pembetulan lewat.

NDAFTARAN KURSUS
1. (1) Semua calon pelajar dimestikan membuat pendaftaran kursus yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti. Calon pelajar yang tidak mematuhi Perkara 1.(1) Bahagian III di atas tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti, dengan sendirinya tawaran kursus kepadanya terbatal. Pendaftaran kursus bagi pelajar kanan dibuat secara automatik oleh pentadbiran Universiti berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semester sebelumnya. Pelajar yang gagal mematuhi Perkara 1(3) Bahagian III boleh memohon meneruskan pengajian tertakluk kepada syarat tempoh 'maksimum' pengajian serta syarat lain yang berkaitan dan pelajar dikenakan bayaran pendaftaran yang tertunggak. Pelajar kanan yang diluluskan mengikuti Program Minor dimestikan membuat pendaftaran program tersebut di Fakulti pelajar pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti. Peraturan dan Kaedah Pelaksanaan Program Minor adalah seperti di Lampiran VIII. (iii)

(2)

(ii)

(3)

(6)

Pendaftaran Kursus Hadir Sahaja (HS). (i) Pelajar dengan kebenaran atau atas arahan fakulti boleh mendaftar tidak lebih daripada DUA (2) mata pelajaran dalam sesuatu semester dengan status Hadir Sahaja (HS). Kredit mata pelajaran yang didaftarkan dengan status Hadir Sahaja (HS) tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Pelajar yang mendaftar mata pelajaran Hadir Sahaja (HS) hendaklah hadir dalam semua masa pertemuan yang ditetapkan dan mengikuti segala bentuk penilaian kerja kursus. Pendaftaran mata pelajaran (HS) akan direkodkan dalam keputusan peperiksaan dan transkrip pelajar dengan syarat Perkara (6)(ii) Bahagian IV di atas serta syarat kehadiran kuliah dalam Perkara 1.(1) Bahagian VII dipenuhi.

(4)

(ii)

(5)

BAHAGIAN IV
>> PENDAFTARAN MATA PELAJARANENDAFTARAN MATA PELARAN 1. (1) Semua pelajar diwajibkan mendaftar setiap mata pelajaran yang diambil pada setiap semester. Pendaftaran mata pelajaran mesti dibuat sebelum tamat tempoh pendaftaran wajib. Tempoh pendaftaran wajib ialah EMPAT BELAS (14)hari sebelum semester bermula. Semua pelajar mesti mendaftar kursus dengan kod yang betul. Pelajar hanya boleh mendaftar mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan dengan kebenaran fakulti. Pelajar yang lewat mendaftar mata pelajaran tanpa alasan yang boleh diterima Universiti akan dikenakan bayaran pendaftaran (ii) (7)

Tarik Diri Mata Pelajaran (TD) (i) Pelajar dengan pengetahuan pensyarah dan persetujuan Fakulti boleh memohon untuk menarik diri daripada mengikuti manamana mata pelajaran yang telah didaftarkan pada sesuatu semester tidak lewat daripada hari Ahad minggu ke SEMBILAN (9) semester berkenaan. Taraf Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran mata pelajaran dan transkrip dan pelajar hanya dikenakan 50% yuran pengajian mata pelajaran. Taraf Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran kursus dan transkrip dan pelajar hanya dikenakan 50% yuran kursus.

(2)

(3)

(4)

(ii)

5

6

(iii)

Tarik Diri selepas tempoh dibenarkan pengurangan yuran pengajian mata pelajaran.

tanpa Jadual II : Nilai Kredit

(8)

Pendaftaran Mata Pelajaran Minor (i) Pelajar dengan kebenaran Ketua Jabatan (Program Luar) dan fakulti yang menawarkan program minor boleh mendaftar manamana mata pelajaran yang telah ditetap dan ditawarkan untuk program minor. Pelajar dikehendaki mendaftar setiap mata pelajaran minor yang diambil pada sesuatu semester mengikut peraturan, prosedur dan tempoh yang ditetapkan oleh Fakulti yang terlibat.

Bentuk Pertemuan Kuliah Amali/Studio/Projek Kerja Lapangan

Jumlah Jam Pertemuan Satu Semester 14 28 hingga 42

Nilai Kredit 1 1

(ii)

Jadual III: Jam Belajar Pelajar (iii) Gred mata pelajaran minor akan dikira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Mata pelajaran minor tidak boleh didaftarkan sebagai status Hadir Sahaja (HS).

(iv)

Nilai Kredit 1

Jam Belajar Pelajar Satu Semester Diploma 35 Integrasi/Ijazah 40

(9)

Peraturan dan Kaedah Pendaftaran Mata Pelajaran adalah seperti di Lampiran I.

BAHAGIAN V
>> SKIM KREDIT 1. KREDIT MATA PELAJARAN

(2)

Kredit Latihan Praktik (i) Kecuali bagi kes-kes tertentu, Latihan Praktik diberi status Hadir Wajib (HW). Nilai SATU (1) kredit bagi Latihan Praktik adalah setara dengan sekurang-kurangnya DUA (2) minggu latihan.

(ii) (1) Setiap mata pelajaran mempunyai nilai kredit tertentu bagi menggambarkan tahap kepentingan dan bentuk mata pelajaran tersebut. 3. 2. NILAI KREDIT (1) Kecuali dalam kes-kes tertentu, nilai kredit bagi mata pelajaran adalah seperti dalam Jadual II: (2)

BEBAN KREDIT UNTUK SETIAP SEMESTER LAZIM (1) Semua pelajar separuh masa mestilah mendaftar tidak lebih daripada Kredit Maksimum, iaitu DUA BELAS (12) kredit, termasuk mata pelajaran Hadir Sahaja (HS) dan Hadir Wajib (HW) dalam sesuatu semester lazim. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada SEPULUH (10) kredit perlu mendapat kebenaran Dekan Fakulti.

7

8

4.

PENGECUALIAN KREDIT (1) Pelajar diberi pengecualian kredit dengan syarat: (i) calon pelajar memiliki sijil atau diploma atau ijazah yang diiktiraf setaraf oleh Universiti; atau calon pelajar mempunyai pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan mata pelajaran peringkat sijil atau diploma atau ijazah sarjana muda Universiti.

6.

KREDIT MATA PELAJARAN GAGAL (1) Pelajar yang gagal dalam sesuatu mata pelajaran wajib, hendaklah mengambil semula (tebus) dengan cara mengulangi mata pelajaran tersebut sehingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNGK, Kredit Kira dan mata nilai terakhir mata pelajaran yang diulang akan diambilkira sementara Kredit Kira serta mata nilai yang asal dimansuhkan. Mata pelajaran pilihan yang gagal tidak semestinya diulangi tetapi kredit dan mata nilai mata pelajaran pilihan yang gagal akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Tertakluk kepada Perkara 1.(3) Bahagian X, mata pelajaran minor yang gagal tidak semestinya diulangi tetapi kredit dan mata nilai mata pelajaran minor yang gagal akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

(ii)

(2)

(2)

Permohonan pengecualian kredit hendaklah dibuat kepada fakulti pelajar dan urusan permohonan hendaklah diselesaikan dalam tempoh dua semester pertama pengajian. Pelajar dengan kebenaran fakulti boleh mengambil mata pelajaran yang telah diberikan pengecualian dan grednya akan digunakan dalam pengiraan PNG dan PNGK. Nilai kredit bagi mata pelajaran yang telah diberi pengecualian akan dibatalkan. Pengecualian Kredit tidak diberikan untuk sebarang program minor.

(3)

(3)

7.

KREDIT LULUS KURSUS DAN TEMPOH PENGAJIAN (1) Pelajar mesti lulus dalam semua mata pelajaran yang disyaratkan dalam kurikulum untuk sesuatu kursus pengajiannya. Kredit Lulus Kursus untuk sesuatu kursus ditetapkan oleh fakulti pelajar dengan kelulusan Senat. Jumlah Kredit Lulus Kursus dalam Perkara 7.(2) Bahagian V tidak mengambil kira kredit bagi mata pelajaran minor. Tempoh pengajian untuk sesuatu kursus ditetapkan oleh Fakulti dengan kelulusan Senat. Rujuk Jadual IV. Jadual IV : Tempoh Maksimum

(4) (5)

(2) Peraturan dan Kaedah Pengecualian Kredit adalah seperti di Lampiran II. (3) 5. PERPINDAHAN KREDIT (1) Pelajar boleh memohon Perpindahan Kredit sesuatu mata pelajaran dengan syarat: (i) (ii) mata pelajaran tersebut diambil di UTM atau IPT lain yang dibenarkan dalam tempoh pengajiannya di Universiti; dan permohonan dibuat dalam semester semasa pelajar memperoleh kredit dari IPT tersebut

(4)

Program Akademik
(2) Peraturan dan Kaedah Perpindahan Kredit adalah seperti di Lampiran II.

Tempoh Maksimum (Semester) 20 24 32

Diploma Sarjana Muda (kecuali Senibina) Sarjana Muda Senibina

9

10

(5)

Kredit Lulus dan Tempoh Pengajian Program Minor: (i) Pelajar mesti lulus dalam semua mata pelajaran yang disyaratkan untuk sesuatu program minor. Tiada penambahan tempoh maksimum pengajian bagi pelajar yang mendaftar program minor.

(2)

Gred lulus untuk sesuatu mata pelajaran adalah tertakluk kepada keperluan fakulti dengan kelulusan Senat. Secara umumnya Gred D adalah gred minimum yang dikira lulus. Selain daripada gred lazim seperti dalam Jadual V, gred berikut juga digunakan : TS (Tidak Selesai) Gred yang diberi kepada pelajar yang tidak dapat mengambil peperiksaan akhir atau tidak dapat menyiapkan kerja kursus sesuatu mata pelajaran kerana disahkan sakit atau alasan lain yang diterima oleh Universiti. Gred yang diberi bagi mata pelajaran yang didaftarkan dengan taraf Hadir Sahaja tertakluk kepada Perkara 1(Bahagian VII). Gred lulus yang diberi bagi mata pelajaran yang didaftarkan dengan taraf Hadir Wajib(HW). Gred gagal yang diberi bagi mata pelajaran yang didaftarkan dengan taraf Hadir Wajib (HW).

(ii)

(3)

BAHAGIAN VI >> SISTEM GRED SISTEM GRED 1. SISTEM GRED (1) Prestasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran digambarkan oleh gred yang diperoleh. Hubungan antara markah, gred dan mata nilai adalah seperti dalam Jadual V: Jadual V: Hubungan Antara Markah, Gred dan Mata Nilai HS (Hadir Sahaja) -

HL (Hadir Lulus)

-

Markah 85-100 80-84 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 00-39

Gred A AB+ B BC+ C CD+ D E

Mata Nilai 4.0 3.7 3.3 3.0 2.7 2.3 2.0 1.7 1.3 1.0 0.0
(2) >> PENILAIAN PENILAIAN 1. KEHADIRAN (1) HG (Hadir Gagal) -

BAHAGIAN VII

Pelajar mesti hadir tidak kurang daripada 70% masa pertemuan SATU (1) semester yang ditentukan bagi sesuatu mata pelajaran termasuk mata pelajaran Hadir Wajib (HW) dan mata pelajaran Hadir Sahaja (HS) (Rujuk Lampiran III) kecuali "pembelajaran kendiri". Pelajar yang tidak memenuhi perkara 1.(1) Bahagian VII tidak dibenarkan menghadiri kuliah dan menduduki sebarang bentuk penilaian selanjutnya. Markah SIFAR ( 0 ) akan diberikan bagi

11

12

mata pelajaran yang berkenaan atau Hadir Gagal (HG) bagi mata pelajaran berstatus Hadir Wajib (HW) tanpa pengurangan yuran pengajian. (3) Gred HS tidak akan dicatatkan dalam transkrip bagi mata pelajaran yang didaftarkan dengan taraf Hadir Sahaja sekiranya pelajar tidak memenuhi perkara 1.(1) Bahagian VII . Peraturan tindakan ke atas pelajar yang menghadiri kuliah kurang daripada 70% adalah seperti di Lampiran III.

4.

PEPERIKSAAN KHAS (1) Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kes berikut: (i) Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan, ATAU (ii) Sebab-sebab lain yang boleh diterima oleh Universiti. ATAU

(4)

2.

SKIM PENILAIAN (1) Penilaian terhadap setiap mata pelajaran dibuat secara berterusan berdasarkan kerja kursus, peperiksaan akhir dan bentuk lain yang dibuat dalam sesuatu semester pengajian menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan Senat. Penilaian bagi latihan praktik adalah menurut kaedah yang ditetapkan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan Senat. (2) (3) Bagi mata pelajaran yang dinilai berdasarkan kerja kursus bersama peperiksaan akhir semester, wajaran kerja kursus hendaklah tidak kurang daripada 50% markah keseluruhan, manakala wajaran peperiksaan akhir hendaklah dinilai tidak lebih daripada 50% kecuali dengan kebenaran Senat. Penilaian bagi mata pelajaran yang berdasarkan kepada 100% kerja kursus dan penilaian dengan menggunakan wajaran peperiksaan akhir yang kurang daripada 50% boleh dilaksanakan tertakluk kepada kebenaran Jawatankuasa Akademik Fakulti. (3)

(iii)

(2)

Tertakluk kepada Perkara 4.(3) Bahagian VII pelajar semester akhir yang lulus dengan taraf Kedudukan Baik (KB), tetapi gagal dalam SATU (1) mata pelajaran yang diambil dalam manamana DUA (2) semester terakhir pengajian, kecuali semester di mana pelajar menjalani Latihan Praktik/Industri.

Markah Peperiksaan Khas diguna untuk menentukan keputusan mata pelajaran yang diambil seperti berikut: (i) Markah Peperiksaan Khas di bawah Perkara 4.(1)(i) dan Perkara 4.(1)(ii) Bahagian VII di atas akan menggantikan markah peperiksaan akhir, manakala markah kerja kursus adalah kekal. Markah Peperiksaan Khas pada Perkara 4. 1(iii) Bahagian VII akan menentukan keputusan mata pelajaran berkenaan sama ada Lulus atau Gagal dan tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

(4)

(ii)

Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes seperti berikut: (i) Mata pelajaran yang tidak ada peperiksaan akhir semester. Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab yang boleh diterima oleh Universiti atau pelajar yang dilarang menduduki peperiksaan akhir.

3.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (1) Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dijalankan dalam tempoh dan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Senat seperti di Lampiran IV.

(ii)

(4)

Bagi Perkara 4.(1)(iii) Bahagian VII, keputusan Peperiksaan Khas yang diambil dan lulus akan direkodkan dalam transkrip sebagai lulus.

13

14

5.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN GRED MATA PELAJARAN (1) Universiti akan mempamerkan gred bagi setiap mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar dikehendaki menyemak gred mata pelajaran yang diperolehi. Jika terdapat sebarang kesilapan pelajar dikehendaki memaklumkan kepada fakulti dalam tempoh DUA (2) minggu selepas tamat minggu peperiksaan akhir.

(3)

Pelajar yang tidak memenuhi syarat kredit lulus kursus dalam tempoh maksimum akan mendapat salah satu keputusan berikut : (i) (ii) Kedudukan Baik Tamat Tempoh [KB(TT)] ; atau Kedudukan Tidak Memuaskan Tamat Tempoh [TM(TT)]

(2)

2.

MEMBAIKI PENCAPAIAN AKADEMIK (1) Pelajar diberi peluang dengan kebenaran fakulti membaiki gred mata pelajaran di sepanjang tempoh pengajian dengan syarat berikut: (i) (ii) Mendapat kelulusan Fakulti. Membaiki gred untuk mata pelajaran yang mendapat gred Catau ke bawah. Membaiki gred untuk mana-mana mata pelajaran hanya dibenarkan sekali sahaja. Gred yang terbaik di antara gred asal dan gred terkini akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Permohonan memperbaiki gred hendaklah disertakan dengan bayaran pendaftaran memperbaiki gred yang ditetapkan oleh Senat adalah seperti di Lampiran I.

6.

RAYUAN KEPUTUSAN GRED MATA PELAJARAN (1) Pelajar boleh membuat rayuan keputusan gred bagi mana-mana mata pelajaran kepada fakulti dalam tempoh tidak lewat daripada DUA (2) minggu selepas tamat minggu peperiksaan akhir mengikut peraturan dan kaedah seperti di Lampiran V.

BAHAGIAN VIII >> KEDUDUKAN AKADEMIKMIK 1. KEDUDUKAN AKADEMIK (1) Pencapaian pelajar dinilai dengan menggunakan DUA (2) ukuran iaitu PNG dan PNGK seperti berikut:PNG = Jumlah Mata Nilai Sesuatu Semester Jumlah Kredit Kira Sesuatu Semester dan Jumlah Mata Nilai Semua Semester Jumlah Kredit Kira Semua Semester (2)

(iii)

(iv)

(v)

Pelajar yang telah digraduatkan tidak dibenarkan membaiki gred mata pelajaran. Pelajar yang telah Tamat Kursus (KBTK) dibenarkan membaiki gred dalam tempoh LIMA (5) tahun mengikut syarat dan kaedah yang ditetapkan oleh universiti.

PNGK =

(3)

(2)

Taraf kedudukan akademik pelajar ditentukan pada setiap akhir semester yang digunakan berdasarkan PNGK seperti dalam Jadual IV. Jadual VI: Kedudukan Akademik
Taraf Kedudukan Kedudukan Baik (KB) Kedudukan Tidak Memuaskan (TM) PNGK PNGK > 2.00 PNGK < 2.00

3.

PENGUMUMAN KEDUDUKAN AKADEMIK PELAJAR (1) Kedudukan Akademik Pelajar akan diumumkan kepada pelajar mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Universiti.

15

16

BAHAGIAN IX >> SENARAI KEPUJIAN DEKAN 2. 1. (1) Pelajar yang mendapat PNG bersamaan 3.50 dan ke atas akan dianugerahkan Sijil Kepujian Dekan dengan syarat mendaftar sekurangkurangnya LAPAN (8) kredit tidak termasuk mata pelajaran berstatus Hadir Sahaja (HS) dan Hadir Wajib (HW) pada semester berkenaan. Kepujian Dekan akan dicatatkan dalam transkrip pelajar. BAHAGIAN X >> PENGANUGERAHAN DIPLOMA DAN IJAZAH 1. SYARAT PENGANUGERAHAN (1) Perakuan penganugerahan dibuat di setiap semester lazim. Walau bagaimanapun, atas sebab- sebab tertentu, Senat boleh membenarkan penganugerahan dilakukan dalam semester pendek. Pelajar hanya layak dianugerahkan diploma atau ijazah setelah syaratsyarat berikut di penuhi : (i) (ii) Mendapat Kedudukan Baik(KB). (6) Lulus dalam semua mata pelajaran yang ditetapkan. (3)

(b)

Memohon penganugerahan minor dan mendapat perakuan fakulti yang menawarkan.

PERMOHONAN PENGANUGERAHAN (1) Pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan perlu mengemukakan permohonan bagi sesuatu semester dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan lewat akan dikenakan denda. Pelajar yang memenuhi syarat penganugerahan tetapi tidak memohon dalam tempoh yang ditetapkan akan diberi status Kedudukan Baik (Tamat Kursus) atau ringkasnya KBTK. Pelajar boleh membuat permohonan penganugerahan pada semester-semester berikutnya. Pelajar yang telah diberi status KBTK tetapi tidak memohon penganugerahan sehingga LIMA(5) tahun selepas tamat kursus, tidak akan dianugerahkan dengan sebarang ijazah/diploma kecuali dengan kelulusan Senat Universiti. Pelajar yang tidak memenuhi syarat penganugerahan tetapi mengemukakan permohonan akan dikenakan denda. Pelajar yang telah memenuhi syarat lulus bagi program minor perlu mengemukakan permohonan semasa membuat permohonan penganugerahan. Peraturan dan kaedah permohonan penganugerahan diploma/ijazah adalah seperti di Lampiran VI.

(2)

(2)

(4)

(2)

(5)

(iii) Memohon penganugerahan dan telah mendapat perakuan fakulti. (iv) (3) Syarat-syarat lain yang ditetapkan.

3.

KELAS DIPLOMA DAN IJAZAH (1) Kelas Diploma dan Ijazah dianugerahkan berdasarkan kepada pencapaian PNGK terakhir seperti di Jadual VII :

Syarat lulus Program Minor :

(i)

Pelajar hanya layak dicatatkan memperolehi minor dalam sesuatu program dalam transkrip pelajar setelah: (a) Lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan untuk program minor yang didaftarkan.

17

18

Jadual VII : Kelas Penganugerahan Diploma dan Ijazah
Kursus Kursus Diploma Ijazah Sarjana Muda Diploma Kelas Pertama Kepujian Kelas Pertama Diploma Kelas Kedua Kepujian Kelas Kedua (Tinggi) Kursus Ijazah Sarj ana Kepujian Kelas Kedua (Rendah) Muda Kepujian Kelas Pertama Kepujian Kelas Kedua (Tinggi) Kepujian Kelas Kedua (Rendah) Kepujian Kelas Ketiga 3.00 2.30 2.00 2.00 3.00 Kedudukan PNGK PNGK > 3.70 3.50

BAHAGIAN XII >> PERTUKARAN KURSUS PENGAJIAN 1. PERTUKARAN KURSUS PENGAJIAN PELAJAR SEPARUH MASA (1) Pertukaran kursus tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, Universiti boleh mempertimbangkan untuk pelajar memohon pertukaran kursus pengajian di dalam fakulti atau antara fakulti dengat syarat: (i) Pertukaran dibuat selepas mengikuti sekurangkurangnya SATU (1) semester pengajian di Universiti.

< PNGK < 3.70 3.50

Kedudukan PNGK 2.30 < PNGK < 3.00 PNGK > 3.70

< PNGK < 3.70 < PNGK < 3.00 < PNGK < 2.30

(ii) Permohonan pertukaran dibuat tidak lewat daripada DUA (2) minggu selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. (iii) Bagi pertukaran program dalam ijazah/diploma yang hampir sama, rekod akademik asal pelajar digunapakai dan pengajian pelajar dikira berterusan. Bagi pertukaran kursus dalam ijazah/diploma yang berbeza atau daripada ijazah kepada diploma, rekod akademik asal pelajar ditutup dan disimpan, rekod baru diwujudkan tertakluk kepada Perkara 4 Bahagian V.

BAHAGIAN XI >> PENANGGUHAN PENGAJIAN 1. (1) Pelajar yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan boleh memohon kepada Dekan SPACE untuk menangguhkan pengajian.Semester yang diluluskan penangguhannya ini tidak diambilkira dalam bilangan semester yang telah digunakan dalam tempoh pengajian. Selain sebab-sebab yang dinyatakan dalam Perkara 1.(1) Bahagian XI , permohonan menangguhkan pengajian boleh juga dipertimbangkan. Bagaimanapun, semester yang ditangguhkan ini akan diambilkira dalam pengiraan tempoh pengajian. Walau bagaimanapun dengan perakuan Dekan SPACE dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), semester yang ditangguhkan ini boleh tidak diambilkira. Permohonan menangguh pengajian hendaklah dibuat kepada Dekan SPACE EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan.Setiap permohonan hanya untuk maksimum DUA (2) semester sahaja dan tertakluk kepada Bahagian III dan Bahagian IV. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh pihak Universiti kerana Tindakan Tatatertib, tempoh penangguhan tersebut akan diambilkira sebagai semester yang telah digunakan.

(iv)

(2)

BAHAGIAN XIII >> PERTUKARAN STATUS PENGAJIAN PELAJAR UNIVERSITI 1. PERTUKARAN STATUS PENGAJIAN SEPENUH MASA DAN PROGRAM UTM YANG LAIN KE PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA (1) Pertukaran status pengajian tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, Universiti boleh mempertimbangkan pertukaran status tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti. Pertukaran daripada program pengajian sepenuh masa dan program UTM yang lain ke program pengajian separuh masa hanya boleh dilakukan bagi pelajar yang tidak terputus pengajian dengan mengambilkira kredit dapat, kredit kira, perpindahan kredit dan PNGK asal. Pertukaran status pengajian hanya dibenarkan sekali sahaja.

(3)

(4)

(2)

19

20

BAHAGIAN XIV >> PENYELEWENGAN AKADEMIK 1. PENYELEWENGAN AKADEMIK (1) Pelajar yang melakukan salah laku atau penyelewengan akademik boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971, Kaedahkaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib PelajarPelajar), 1999. Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan akademik seperti berikut :-

(3)

Sekiranya berlaku sebarang pencanggahan dengan peraturan lain yang dikeluarkan oleh SPACE, peraturan yang terkandung dalam buku akademik ini digunapakai. Maklumat ini adalah tepat pada masa Buku Peraturan Akademik ini diterbitkan.

(4)

Disahkan oleh Senat Universiti Teknologi Malaysia Pada 5 Julai 2006

(2)

DATUK PROF. IR. DR. MOHD. ZULKIFLI BIN

(i) Ciplakan/plagiat iaitu mengutip frasa, idea atau maklumat tanpa kebenaran penulis asal. (ii) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada hubungan dengan sesuatu mata pelajaran sebelum atau semasa peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dijalankan. (iii) Mengambil, mengubah, menyembunyi, merosak atau memusnahkan sebarang harta yang ada kaitan dengan persediaan atau penyempurnaan tugas penyelidikan atau peperiksaan. (iv) Sebarang bentuk penipuan akademik selain daripada yang dinyatakan di atas. 2. PERUNTUKAN AM (1) Sebarang kaedah perlaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah manamana peruntukan Peraturan Akademik ini. Semua kaedah pelaksanaan yang dibuat mestilah dipatuhi. Walau bagaimanapun, Senat berhak untuk mengubahnya dari semasa ke semasa apabila keadaan memerlukannya. Lampiran dan Jadual yang terkandung dalam Peraturan Akademik ini adalah menjadi sebahagian pelaksanaan peraturan sedia ada.

TAN SRI MOHD. GHAZALI Pengerusi Senat Universiti Teknologi Malaysia

(2)

21

22iii

LAMPIRAN I PERATURAN PENDAFTARAN MATA PELAJARAN 1. Semua pelajar diwajibkan mendaftar setiap mata pelajaran yang diambil pada sesuatu semester. Pelajar yang belum mendaftar kursus tidak boleh mendaftar mata pelajaran. Pelajar hanya boleh mendaftar mata pelajaran yang ditawarkan pada sesuatu semester tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh fakulti pelajar. Mata pelajaran yang tidak ditawarkan pada sesuatu semester yang berkenaan tidak boleh didaftarkan. Tiap-tiap mata pelajaran yang diambil pada sesuatu semester hendaklah didaftarkan dengan betul dan sempurna iaitu dengan menyatakan kod mata pelajaran, seksyen, bilangan kredit mata pelajaran berkenaan serta taraf mata pelajaran tersebut seperti UM (Ulang Mata Pelajaran), UG (Ulang Gred), HS (Hadir Sahaja), HW (Hadir Wajib), HWUM (Hadir Wajib Ulang Mata Pelajaran), MN (Mata Pelajaran Minor) atau MNUM (Mata Pelajaran Minor Ulang Mata Pelajaran). Sebarang kesilapan dalam pendaftaran mata pelajaran boleh mengakibatkan pelajar diberi markah sifar bagi mata pelajaran yang berkenaan. Sebarang mata pelajaran yang diulang oleh pelajar hendaklah didaftarkan dengan taraf UM atau HWUM atau UG atau MNUM. Ketetapan ini meliputi kategori berikut : 5.1 UM atau HWUM atau MNUM adalah bagi mengulang mata pelajaran yang telah gagal pada semester yang terdahulu; UG adalah bagi mengulang mata pelajaran lulus (C- dan ke bawah) dengan kebenaran fakulti bagi tujuan memperbaiki pencapaian akademik. 9. 8. pelajaran yang didaftarkan perlu ditandatangani oleh pensyarah yang mengajar mata pelajaran tersebut atau wakilnya. Pendaftaran mata pelajaran hendaklah dilakukan tidak lewat daripada EMPAT BELAS (14) hari sebelum semester bermula sebagaimana tarikh-tarikhnya ditetapkan Universiti. Dalam tempoh ini, pelajar boleh menambah dan/atau membetulkan pendaftaran mata pelajaran dengan menggunakan Borang Pembetulan Slip Pendaftaran Mata Pelajaran (SP-UPA-PPM-022) dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan (Program Luar) atau Penyelaras Kursus atau pegawai lain yang diluluskan oleh Dekan. Permohonan pendaftaran mata pelajaran selepas tarikh tutup (Pendaftaran Lewat) akan hanya dipertimbangkan dengan syarat pelajar menjelaskan bayaran Pendaftaran Lewat. Kadar bayaran pendaftaran lewat ialah RM25.00 setiap mata pelajaran tertakluk kepada jumlah maksimum RM200.00. Tarikh akhir pendaftaran lewat ialah hari Ahad minggu KEEMPAT (ke-4) semester. Selepas tarikh ini, permohonan pendaftaran lewat tidak akan dipertimbangkan. Slip Pendaftaran Mata Pelajaran akan dikeluarkan oleh SPACE. Pelajar dikehendaki mendapatkan Slip Pendaftaran Mata Pelajaran dari SPACE. Pelajar hendaklah menyemak dan memastikan kesahihan semua maklumat yang tercatat di dalam Slip Pendaftaran Mata Pelajaran di atas. Pelajar hendaklah membetulkan sebarang kesilapan yang terdapat di dalam slip tersebut mengikut peraturan dan syarat dalam tempoh yang ditetapkan Universiti.Tarikh akhir pembetulan slip pendaftaran mata pelajaran ialah hari Ahad minggu KEEMPAT (ke-4) semester. Pelajar boleh memohon untuk membetul, menggugur atau membatalkan manamana mata pelajaran, seksyen, kod atau taraf mata pelajaran yang telah didaftarkan pada semester yang berkenaan dengan menggunakan Borang Pembetulan Slip Pendaftaran Mata Pelajaran (SP-UPA-PPM-002) dalam tempoh yang dinyatakan di perenggan 12. Pelajar boleh memohon untuk Tarik Diri (TD) mata pelajaran yang telah didaftarkan pada semester yang berkenaan. Permohonan untuk Tarik Diri Mata Pelajaran hendaklah dibuat dengan

2.

3.

10.

4.

11.

5.

12.

5.2

13.

6.

Kod mata pelajaran asal hendaklah digunakan bagi tujuan pendaftaran mata pelajaran dalam Perkara 5 di atas. Pendaftaran mata pelajaran hendaklah dilakukan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Mata Pelajaran (Borang SP-UPA-DMP-003). Borang Pendaftaran Mata Pelajaran hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan (Program Luar) atau Penyelaras Kursus atau pegawai lain yang diluluskan oleh Dekan. Setiap mata 14.

7.

23

24

menggunakan Borang Tarik Diri Mata Pelajaran ( Borang SP-UPA-TDM023 ) mulai minggu KELIMA ( ke-5 ) hingga hari Ahad minggu KESEMBILAN (ke-9) semester. Prosedur Tarik Diri Mata Pelajaran adalah tertakluk kepada Perkara 1.(7) Bahagian IV. 15. Pendaftaran Mata Pelajaran hendaklah dibuat mengikut prosedur tertentu yang ditetapkan oleh Universiti. Pendaftaran yang dibuat dengan tidak mematuhi prosedur ini tidak akan diterima atau dipertimbangkan.

LAMPIRAN II PERATURAN PENGECUALIAN DAN PERPINDAHAN KREDIT 1.0 Pengecualian Kredit 1.1 Pengecualian Kredit merupakan kredit yang diberi pengecualian (Kredit Kecuali) semasa proses permohonan masuk ke sesuatu kursus pengajian berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran berkaitan. Ia merupakan pengecualian kepada sebahagian daripada keperluan kredit untuk pengijazahan yang diberi berdasarkan kelayakan yang sedia ada (sijil, diploma , ijazah atau pengalaman) yang dikenal pasti sebagai setaraf dengan diploma atau ijazah UTM. Jumlah kredit yang diberi pengecualian dinyatakan semasa pendaftaran kursus pengajian. Seseorang pelajar yang bertukar program pengajian sama ada dalam Universiti atau dari IPT / program lain boleh memohon Pengecualian Kredit. Pengecualian Kredit tidak dibenarkan untuk program pengajian yang telah diikuti dan telah memperoleh ijazah / diploma dalam bidang dan tahap yang sama dari IPT lain. Tertakluk kepada Perkara 3.5 di bawah, had Pengecualian Kredit yang boleh diberikan hendaklah tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan untuk pengijazahan sesuatu program pengajian. Permohonan Pengecualian kredit hendaklah dibuat kepada fakulti pelajar dan urusan permohonan hendaklah diselesaikan dalam tempoh dua semester pertama pengajian. Walau bagaimanapun fakulti pelajar boleh memohon kepada Senat untuk mendapat pengecualian kredit yang melebihi 50% tertakluk kepada had maksimum 67%. Fakulti yang menerima pelajar akan menentukan mata pelajaran yang diberi Pengecualian Kredit.

1.2

1.3

1.4

1.5

2.0

Perpindahan Kredit 2.1 Perpindahan Kredit ialah kredit yang diberi perpindahan (Kredit Pindah) kepada pelajar yang mengambil dan lulus

25

26

dalam mata pelajaran yang setaraf di mana-mana IPT dalam tempoh pengajiannya di Universiti. Mata Pelajaran yang dipohon perpindahan kredit hendaklah setara dan memenuhi keperluan kurikulum kursus yang sedang diikuti. Kurikulum dan pengajaran hendaklah disempurnakan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf oleh UTM. 2.2 Tertakluk kepada Perkara 3.5 di bawah, had kredit pindah yang dibenarkan dari IPT lain hendaklah tidak melebihi 33% daripada jumlah keseluruhan kredit untuk pengijazahan tetapi tidak melebihi 17 kredit bagi setiap IPT. Kredit Pindah yang diluluskan akan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Pelajar tidak dibenarkan menghabiskan pengajian semester terakhirnya di IPT lain menggunakan kemudahan perpindahan kredit. Hanya pelajar yang status pendaftaran mereka aktif sahaja boleh menggunakan kemudahan perpindahan kredit.

3.2

Nilai Kredit Mata Pelajaran yang diberikan Kredit Kecuali dan Kredit Pindah hendaklah setara dengan kurikulum kursus pengajian Universiti dari segi pengiraan beban akademik dan nilai kredit atau penilaian yang mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

3.3

Kandungan Mata Pelajaran Dan Kurikulum Kursus Kandungan mata pelajaran yang diberikan Kredit Kecuali dan Kredit Pindah mestilah setaraf dengan penilaian atau kurikulum semasa kursus pengajian yang diikuti. Jumlah isi kandungan hendaklah sama atau tidak kurang daripada 80% daripada kandungan mata pelajaran berkaitan di Universiti.

2.3

2.4

3.4

2.5

Kelulusan untuk Pengecualian Kredit dan Perpindahan Kredit hanya diberikan kepada mata pelajaran dalam kursus yang telah mendapat pengiktirafan JPA/LAN. Gabungan Perkara 1.4 dan Perkara 2.2 di atas hendaklah tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan untuk pengijazahan sesuatu kursus pengajian. Walau bagaimanapun fakulti boleh memohon kepada Senat untuk mendapat jumlah yang melebihi 50% tertakluk kepada had maksimum 67%. Mata Pelajaran yang diberi Pengecualian dan Perpindahan Kredit akan direkod dalam rekod akademik pelajar. Permohonan Pengecualian Kredit dan Perpindahan Kredit hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perpindahan Kredit Mata Pelajaran ( SP-UPA-PKM-021 ). Kelulusan untuk Pengecualian dan Perpindahan Kredit akan diberi oleh fakulti pelajar berdasarkan perakuan Jawatan Kuasa Akademik Fakulti. Kelulusan Pengecualian dan Perpindahan Kredit akan dimaklumkan kepada pelajar.

3.5 2.6 Permohonan untuk mendapatkan kredit pindah dari IPT lain hendaklah dibuat dalam tempoh SATU (1) semester sebelum mengikut program Perpindahan Kredit.

3.0

Syarat Dan Pengurusan Pengecualian Kredit Dan Perpindahan Kredit Pelajar UTM boleh memohon Pengecualian Kredit dan/atau Perpindahan Kredit untuk mata pelajaran tertentu mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. 3.1 Gred Lulus

3.6

3.7

3.8 (i) Gred minimum untuk mendapatkan Kredit Kecuali ialah Gred C atau lebih tinggi mengikut sistem penggredan Universiti. Gred minimum untuk mendapatkan Kredit Pindah ialah Gred Lulus yang ditetapkan oleh fakulti pelajar. 3.9

(ii)

27

28

LAMPIRAN III PERATURAN TINDAKAN KE ATAS PELAJAR YANG MENGHADIRI KULIAH KURANG DARIPADA 70% 1. Pelajar yang tidak menghadiri kuliah tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh Universiti hendaklah diberikan peringatan dan amaran secara lisan atau bertulis oleh pensyarah mata pelajaran. Apabila ketidakhadiran seseorang pelajar untuk sesuatu mata pelajaran itu melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan jam pertemuan, fakulti yang menawarkan / mengajar mata pelajaran boleh mengambil tindakan berikut : 2.1 Pelajar tidak dibenarkan mengikuti sebarang bentuk pengajian mata pelajaran seterusnya ( kuliah / amali / studio dan sebagainya ) . Pelajar tidak dibenarkan menduduki sebarang bentuk penilaian mata pelajaran seterusnya (kuiz, ujian, peperiksaan dan sebagainya ). Pelajar akan diberikan markah sifar ( 0 ) bagi markah yang berkenaan dan pelajar dikehendaki mengulang mata pelajaran tersebut. 1.2 PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR

LAMPIRAN IV

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 13 Akta Universiti Teknologi Malaysia (Peperiksaan) 1991, Senat Universiti Teknologi Malaysia membuat peraturan-peraturan berikut:1.0 SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 1.1 Semua pelajar berdaftar/aktif diwajibkan menduduki peperiksaan bagi semua mata pelajaran yang ditetapkan oleh fakulti, tertakluk kepada syarat pelajar telah mendaftar mata pelajaran dengan sempurna dan Peraturan Tindakan Ke atas Pelajar Yang Menghadiri Kuliah Kurang 70% di Lampiran III. Fakulti boleh menjadual semula peperiksaan akhir pelajar tertakluk kepada Perkara 4 Bahagian VII, seperti berikut : 1.2.1 Pelajar yang tidak dapat menduduki peperik saan akhir kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan ; 1.2.2 Sebab-sebab lain yang boleh diterima oleh Universiti.

2.

2.2

2.3

atau

3.

Setelah mendapat makluman daripada fakulti, SPACE hendaklah memaklumkan tindakan di atas kepada pelajar secara bertulis.

1.3 NOTA: Tindakan oleh SPACE ke atas pelajar berhubung dengan perkara di atas tidak perlu dilaporkan kepada Senat.

Merujuk kepada alasan yang diberi dalam Perkara 1.2.1 Lampiran IV, sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan dalam tempoh TUJUH ( 7 ) hari bekerja SELEPAS tarikh peperiksaan. Merujuk kepada alasan yang diberi dalam Perkara 1.2.2 Lampiran IV, surat permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikemukakan dalam tempoh TUJUH ( 7 ) hari bekerja SEBELUM tarikh peperiksaan.

1.4

2.0

PENYELIAAN PEPERIKSAAN AKHIR 2.1 2.2 Penyelia Peperiksaan ialah Dekan SPACE. Penyelia Peperiksaan dikehendaki melantik Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan (yang terdiri daripada staf akademik) dan Pembantu Pengawas Peperiksaan (yang terdiri daripada staf sokongan).

29

30

2.3

Ketua Pengawas Peperiksaan, Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan bertanggungjawab kepada Penyelia Peperiksaan.

(e)

3.0

PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR 3.1 Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan hendaklah bertanggungjawab untuk mengawas peperiksaan. Kecuali dengan kebenaran Penyelia Peperiksaan, sekurang-kurangnya DUA (2) orang Pengawas Peperiksaan dilantik bagi sesuatu Dewan/ Bilik Peperiksaan. Seorang daripada mereka akan dilantik sebagai Ketua Pengawas. Tanggungjawab Ketua Pengawas adalah seperti berikut:(h) (a) Ketua Pengawas yang dilantik untuk mengawas peperiksaan akhir di pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur adalah dikehendaki melaporkan diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Pejabat SPACE dan akan mendapatkan sampul surat bermetri yang mengandungi kertas soalan dan borang markah selewat-lewatnya SATU (1) jam sebelum peperiksaan dimulakan. Ketua Pengawas yang dilantik untuk mengawas peperiksaan akhir di pusat pembelajaran luar daripada Johor Bahru dan Kuala Lumpur, perlu melaporkan diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Pejabat SPACE dan akan mendapatkan sampul surat bermetri yang mengandungi kertas soalan, borang markah dan keperluan peperiksaan SATU (1) atau DUA (2) hari sebelum tarikh peperiksaan. Semasa melaporkan diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya, Ketua Pengawas dikehendaki mengemukakan Surat Lantikan Ketua Pengawas beserta dokumen yang dilampirkan. Ketua Pengawas dikehendaki mengesahkan kehadiran Pengawas dan Pembantu Pengawas. (m)

Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan Pembantu Pengawas mengatur kertas soalan, buku jawapan, borang kehadiran dan keperluan peperiksaan lain di atas meja pelajar dan mestilah siap tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan pelajar memasuki Dewan/Bilik Peperiksaan LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas hendaklah memastikan kehadiran pelajar dicatat dan direkodkan dengan teliti pada Borang Markah yang disertakan di dalam sampul surat kertas soalan. Ketua Pengawas akan mengumumkan masa permulaan dan akhir peperiksaan. Ia hendaklah juga mengumumkan kepada pelajar apabila tinggal LIMA BELAS (15) minit sahaja lagi sebelum peperiksaan berakhir. Ketua Pengawas dikehendaki memberi peringatan kepada pelajar tentang kesan salah laku peperiksaan. Sekiranya seseorang pelajar dibenar meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan untuk sesuatu tujuan dan dan kemudian kembali semula, Ketua Pengawas hendaklah memastikan pelajar berada di dalam pengawasan secukupnya semasa pelajar berada di luar Dewan/Bilik. Ketua Pengawas boleh melarang pelajar yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan peperiksaan daripada menduduki peperiksaan. Ketua Pengawas hendaklah melaporkan kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya dengan serta merta selepas peperiksaan tamat. Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan sekiranya pelajar hendak menyerahkan buku/kertas jawapan

(f)

3.2

(g)

3.3

(i)

(j) (b)

(k)

(c)

(l)

(d)

31

32

lebih awal daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan berakhir. (n) Ketua Pengawas hendaklah mengeluarkan arahan kepada Pengawas dan Pembantu Pengawas untuk mengutip buku/ kertas jawapan selepas waktu peperiksaan tamat semasa pelajar masih duduk ditempat masing-masing. Buku/kertas jawapan yang kosong atau tidak digunakan hendaklah dikutip. Ketua Pengawas bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan bilangan set buku/kertas jawapan yang diterima.

3.4

Tanggungjawab Pengawas (a) Pengawas dikehendaki melapor diri kepada Ketua Pengawas di Dewan/Bilik Peperiksaan TIGA PULUH (30) minit sebelum peperiksaan bermula. Pengawas hendaklah mengatur kertas soalan buku jawapan, borang kehadiran dan keperluan peperiksaan lain di atas meja pelajar sebelum pelajar dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan. Pengawas hendaklah memastikan maklumat yang tercatat di dalam borang kehadiran pelajar adalah sama dengan yang terdapat dalam kad pengenalan dan/atau kad matrik pelajar dan slip pendaftaran mata pelajaran pelajar sebelum mengutip salinan kedua borang kehadiran. Pengawas hendaklah mengutip buku/kertas jawapan selepas waktu peperiksaan tamat, semasa pelajar masih duduk ditempat masing-masing. Buku/kertas jawapan yang kosong atau tidak digunakan hendaklah dikutip secara berasingan. Pengawas hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan. Pengawas hendaklah menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas.

(b)

(o)

(c) (p) Ketua Pengawas bertanggungjawab atas penyerahan buku/ kertas jawapan kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya bersama buku/kertas jawapan yang kosong atau tidak digunakan. Ketua Pengawas tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan sesuatu peperiksaan tanpa persetujuan Penyelia Peperiksaan. Ketua Pengawas hendaklah mengumpul semua maklumat/ bahan bukti bagi sebarang kes yang melanggar peraturan peperiksaan dan mengisi borang Laporan Salahlaku Calon Peperiksaan dan menyerahkannya kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya untuk tindakan susulan. Ketua Pengawas bertanggungjawab di atas pergerakan skrip jawapan/ borang OMR kepada pensyarah atau Urusetia Peperiksaan SPACE. Catatan pergerakan hendaklah dilaporkan dalam borang Status Skrip Jawapan/ borang OMR. Ketua Pengawas diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan yang dirasakan perlu bagi membendung salah laku peperiksaan. Ketua Pengawas bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan peperiksaan. Laporan perjalanan peperiksaan hendaklah dicatatkan dalam borang Laporan Perjalanan Peperiksaan. (b) (d)

(q)

(r)

(e)

(f) (s)

3.5

Tanggungjawab Pembantu Pengawas (a) Pembantu Pengawas dikehendaki berada di Dewan/Bilik Peperiksaan selewat-lewatnya EMPAT PULUH LIMA (45) minit sebelum peperiksaan bermula dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas Peperiksaan. Pembantu Pengawas hendaklah memastikan dewan peperiksaan adalah dalam keadaan ‘bersedia’ untuk sesi peperiksaan. Pembantu Pengawas bertanggungjawab kepada Ketua Pengawas dan hendaklah :

(t)

(u)

(c)

33

34

i)

Membawa semua keperluan peperiksaan ke tempat peperiksaan. Meletakkan alat keperluan di atas meja pelajar mengikut arahan Ketua Pengawas. Membantu Pengawas mengutip buku/kertas jawapan pelajar. Memulangkan semua alat keperluan setelah selesai peperiksaan kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Pejabat SPACE. Melaporkan kepada Ketua Pengawas sekiranya berlaku sebarang penyelewengan akademik, pelanggaran kaedah dan peraturan peperiksaan oleh calon dengan segera. Memastikan semua pintu dan suis telah ditutup sebelum meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan. Memastikan Ketua Pengawas Peperiksaan melengkapkan semua borang dalam Buku Maklumat Peperiksaan Akhir ; dan

4.4

Pelajar yang datang selepas TIGA PULUH (30) minit daripada waktu sesuatu peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan masuk ke Dewan/ Bilik Peperiksaan dan tidak boleh menduduki peperiksaan tersebut. Pelajar tidak boleh meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan dalam masa TIGA PULUH (30) minit selepas peperiksaan bermula dan juga dalam masa LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar daripada Dewan/Bilik Peperiksaan hendaklah meminta kebenaran daripada Pengawas. Pelajar dikehendaki membawa surat pengesahan menduduki peperiksaan bersama kad matrik atau/dan kad pengenalan ke Dewan/ Bilik peperiksaan dan hendaklah diletakkan di sudut kanan meja peperiksaan untuk diperiksa oleh Pengawas. Pelajar yang tidak membawa surat pengesahan menduduki peperiksaan dan kad pengenalan/matrik tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Penyelia Peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa sebarang buku, kertas, gambar, nota, alat yang terdapat catatan bertulis, kalkulator berprogram, alat komunikasi atau sebarang alat kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan. Alat keperluan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada Pengawas di akhir peperiksaan. Pelajar hendaklah mematuhi segala arahan Ketua Pengawas semasa berada di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan. Dalam masa LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan, pelajar dibenarkan : (a) mengisi Borang Kehadiran dan maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku/kertas jawapan peperiksaan. membaca kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan.

(ii)

4.5

iii)

iv)

4.6

v)

4.7

vi)

4.8

vii)

4.9 viii) Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas. 4.10 4.0 TATATERTIB PEPERIKSAAN AKHIR 4.11 4.1 Pelajar dinasihatkan supaya berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat dalam Jadual Peperiksaan tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) minit sebelum peperiksaan bermula. Pelajar boleh dibenarkan masuk oleh Ketua Pengawas ke Dewan/Bilik Peperiksaan LIMA BELAS (15) minit sebelum waktu peperiksaan bermula. Pelajar hendaklah masuk dengan tertib. Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi TIGA PULUH (30) minit daripada waktu peperiksaan dimulakan dibenarkan mengambil peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaannya bagi kursus tersebut adalah sama dengan pelajar lain.

4.2

(b)

4.3

35

36

4.12

Pelajar hendaklah menulis nama, no. kad pengenalan, kod mata pelajaran dan kursus serta maklumat lain yang diperlukan di tiap-tiap buku/ kertas jawapan serta sebarang lampiran yang digunakan. Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang tercetak pada kulit buku jawapan. Pelajar hendaklah memastikan mereka telah diberikan kertas soalan yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula menjawab. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, pelajar hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengawas yang bertugas. Semua kerja peperiksaan termasuk kerja percubaan (rough work ) mesti dibuat dalam buku/kertas jawapan. Helaian buku jawapan tidak boleh dikoyakkan. Buku/kertas jawapan yang telah digunakan, rosak atau kosong tidak boleh dibawa keluar daripada Dewan/Bilik Peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar lain dalam masa peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan dan/atau merokok semasa berada di Dewan/Bilik Peperiksaan. Di akhir peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan buku/kertas jawapan peperiksaan (kecuali buku/kertas jawapan kosong dan/atau kerja percubaan) disusun dan diikat dengan sempurna mengikut arahan yang diberikan, berserta dengan salinan pertama Borang Kehadiran Pelajar sebelum menyerahkannya kepada Pengawas. Pelajar dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan setelah mendapat arahan daripada Ketua Pengawas. Pelajar tidak boleh mula menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan atau meneruskan kerja selepas waktu peperiksaan tamat. 6.0

4.22

Pelajar hendaklah masuk dan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan dalam keadaan tertib dan teratur. Pelajar dilarang merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas. Pelajar tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan daripada pelajar atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas.

4.13

4.23

4.14

4.24

4.15

5.0

SALAH LAKU PEPERIKSAAN 5.1 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti berikut :(a) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, cetak atau apa-apa jua bentuk lain yang ada kaitan dengan sesuatu mata pelajaran semasa peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dijalankan sama ada di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan. Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di perkara 5.1(a) di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu semasa peperiksaan sedang berjalan. Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh Universiti.

4.16

4.17

4.18

4.19

(b)

(c)

4.20

(d)

4.21

HUKUMAN 6.1 Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana peraturan peperiksaan ini, setelah dibicarakan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti dan disabitkan

37

38

kesalahannya, Senat boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu, atau kombinasi yang sesuai dari dua atau lebih hukuman - hukuman berikut : (a) Memberi markah SIFAR (O) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang berkenaan. (Termasuk kerja kursus). Memberi markah SIFAR (O) bagi semua mata pelajaran yang didaftarkan pada semester tersebut. Menggantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang difikirkan patut oleh Pengerusi Senat. Bilangan semester dalam tempoh penggantungan dikira sebagai telah digunakan bagi tujuan pengiraan tempoh pengajian pelajar. 3. 6.2 Pelajar yang melanggar peraturan ini juga boleh diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971, Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1999. 4. 1.

LAMPIRAN V PERATURAN RAYUAN KEPUTUSAN GRED MATA PELAJARAN SPACE akan mempamer dan mengeluarkan senarai keputusan peperiksaan (gred sahaja) bagi setiap mata pelajaran mengikut kursus.Pengenalan pelajar hanya ditunjukkan dengan nombor Kad Matrik sahaja. SPACE mempamerkan senarai tampal di atas selewat-lewatnya TUJUH (7) hari selepas tamat minggu peperiksaan semester. Keputusan ini mesti dipamerkan untuk tempoh sekurang-kurangnya TUJUH (7) hari di papan kenyataan untuk semakan pelajar tertakluk kepada suatu tarikh tutup tertentu yang ditetapkan oleh Universiti. Pihak Universiti juga akan mempamerkan senarai tampal ini di laman web selama tempoh tersebut. Pelajar boleh berhubung secara langsung dengan pensyarah sekiranya dirasakan ada kesilapan kepada gred yang diperolehi. Pelajar juga boleh menyemak skrip jawapan peperiksaan dan berbincang dengan pensyarah jika tidak berpuas hati dengan gred yang diberikan. Rayuan Keputusan Gred Mata Pelajaran hendaklah dibuat dalam tempoh dan tidak lewat daripada DUA (2) minggu selepas tamat minggu peperiksaan akhir. Pelajar perlu mengisi borang Rayuan Keputusan Mata Pelajaran dan menyerahkan ke Pejabat SPACE. Bayaran sebanyak RM 25.00 bagi satu mata pelajaran akan dikenakan. Jika sekiranya ada rayuan sebagaimana di Perkara 3 Lampiran V, fakulti akan menyemak dan menanda semula (re-marking ) skrip jawapan peperiksaan pelajar yang berkenaan. Bagi mata pelajaran perkhidmatan, fakulti yang menawarkan mata pelajaran tersebut hendaklah mengemukakan laporan/hasil 'penyemakan dan penandaan semula' sebagaimana di Perkara 7 Lampiran V kepada SPACE. Berikutan dari semakan di Perkara 3 Lampiran V atau/dan penandaan semula di Perkara 7 Lampiran V, markah yang diambilkira ialah markah yang didapati selepas semakan / penandaan semula dilakukan. Sekiranya markah selepas

(b)

2.

(b)

5.

6. 7.

8.

9.

39

40

semakan lebih rendah dari markah asal, markah asal akan dikekalkan. SPACE hendaklah mengemaskini rekod peperiksaan pelajar. 10. SPACE hendaklah memberitahu pelajar hasil semakan atau/dan keputusan rayuan di atas. Rayuan adalah dianggap berjaya sekiranya markah berubah kepada yang lebih tinggi. Bayaran yuran rayuan AKAN dikembalikan.

LAMPIRAN VI PERATURAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH 1. Pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian dikehendaki memohon penganugerahan diploma/ijazah. Pelajar yang pernah membuat permohonan tetapi tidak berjaya menamatkan pengajian dikehendaki membuat permohonan semula. Permohonan yang telah dibuat pada semester sebelumnya tidak diambil kira. Pelajar yang tidak layak memohon (selain daripada yang dinyatakan di Perkara 1 diatas ) akan dikenakan denda sebanyak RM25.00 jika permohonan penganugerahan dikemukakan. Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan ke Pejabat SPACE dengan menggunakan Borang Permohonan Penganugerahan SP-UPA-MAG-020 dalam tempoh tertentu yang ditetapkan Universiti. Pelajar hendaklah mengemukakan dan menyerahkan salinan pertama, kedua dan ketiga di Pejabat SPACE.Salinan keempat adalah untuk simpanan pelajar. Tarikh tutup permohonan ialah TIGA PULUH (30) hari sebelum peperiksaan akhir semester bermula. Permohonan yang diterima dalam tempoh DUA (2) minggu selepas tarikh tutup akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM25.00. Pelajar yang tidak mengemukakan borang permohonan ke Pejabat SPACE selepas tarikh atau tempoh diatas tidak akan diberi penganugerahan pada semester tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan penganugerahan pada semester berikutnya dalam tempoh yang ditetapkan pada semester tersebut. Hanya pelajar yang telah memohon untuk penganugerahan diploma/ijazah di dalam tempoh tersebut sahaja yang boleh disyorkan oleh Fakulti untuk disahkan oleh Senat sebagai layak dianugerahkan diploma/ijazah. Pelajar yang tidak memohon penganugerahan tidak boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di Universiti ini.

11.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

41

42

8.

Permohonan penganugerahan diploma/ijazah hendaklah dibuat tidak lewat dari LIMA (5) tahun selepas tamat pengajian. Permohonan yang dikemukakan ke Pejabat SPACE selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan dan tidak layak mendapat penganugerahan. 1.0

LAMPIRAN VII GARIS PANDUAN SEMESTER PENDEK TEMPOH PENGAJIAN 1.1 Semester Pendek merupakan semester pilihan (optional ) kepada pelajar dan tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus. Pengajian Semester Pendek bermula seminggu selepas berakhirnya Semester II dan akan berjalan untuk tempoh LAPAN (8) minggu. Tempoh semester ini merangkumi peperiksaan akhir dan tiada peruntukan untuk cuti pertengahan semester dan minggu ulangkaji.

1.2

1.3

2.0

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN 2.1 2.2 Sebarang mata pelajaran boleh ditawarkan dalam Semester Pendek. Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftarkan oleh pelajar ialah ENAM (6) kredit sahaja. Mata Pelajaran yang mempunyai bilangan pelajar gagal yang ramai digalak untuk ditawarkan pada Semester Pendek.

2.3

3.0

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN 3.1 Pelajar dikehendaki mendaftar setiap mata pelajaran yang diambil pada Semester Pendek mengikut peraturan/prosedur sedia ada dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar dibenarkan menarik diri daripada mengikuti mata pelajaran yang telah didaftarkan. Tarik Diri (TD) mata pelajaran mesti dilakukan selewat-lewatnya pada hari Ahad minggu KEENAM (6) untuk mata pelajaran tersebut atau dikenakan bayaran lewat TD seperti semester lazim.

3.2

43

44

3.3

Pelajar dengan pengetahuan pensyarah dan persetujuan Fakulti boleh memohon untuk menarik diri daripada mengikuti mana-mana mata pelajaran yang telah didaftarkan pada sesuatu semester pendek tidak lewat daripada hari Ahad minggu ke ENAM (6) semester. 1.0 Taraf Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran mata pelajaran dan transkrip dan pelajar hanya dikenakan 50% yuran pengajian mata pelajaran. Tarik Diri selepas tempoh dibenarkan tanpa pengurangan yuran pengajian mata pelajaran.

LAMPIRAN VIII PERATURAN DAN GARIS PANDUAN PROGRAM MINOR PENDAFTARAN PROGRAM MINOR 1.1 Pelajar kanan yang diluluskan mengikuti program minor dimestikan membuat pendaftaran program tersebut di Fakulti pelajar pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar tidak dibenarkan menukar program minor yang didaftarkan. Pelajar tidak boleh mengikuti lebih daripada DUA (2) program minor disepanjang pengajiannya.

3.4

3.5

1.2 1.3

4.0

KAEDAH PENGIRAAN KEPUTUSAN PENCAPAIAN AKADEMIK 4.1 Kiraan PNG dan PNGK pelajar akan dibuat untuk Semester Pendek serta kedudukan akademik pelajar akan ditentukan. 2.0 4.2 Peraturan/Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan dan rayuan keputusan gred yang sedia ada digunapakai bagi Semester Pendek.

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN PROGRAM MINOR 2.1 Pelajar dengan kebenaran Ketua Jabatan (Program Luar) dan fakulti yang menawarkan program minor boleh mendaftar mana-mana mata

5.0

YURAN 5.1 Pelajar akan dikenakan yuran seperti yang ditetapkan oleh Universiti. 2.2

pelajaran yang telah ditetapkan ditawarkan untuk program tersebut.
Pelajar dikehendaki mendaftar setiap mata pelajaran minor yang diambil pada sesuatu semester mengikut peraturan, prosedur sedia ada dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti yang terlibat. Mata Pelajaran minor tidak boleh didaftarkan sebagai status Hadir Sahaja (HS). Perkara 1.(2) hingga Perkara 1.(9) dalam Bahagian IV digunapakai kecuali Perkara 1.(5)(i).

2.3

2.4

3.0

KREDIT LULUS PROGRAM MINOR DAN TEMPOH PENGAJIAN 3.1 Pelajar mesti lulus dalam semua mata pelajaran yang disyaratkan untuk sesuatu minor yang didaftarkan. Jumlah kredit lulus untuk sesuatu minor ditetapkan oleh fakulti yang menawarkan dengan kelulusan Universiti.

3.2

45

46

3.3

Tiada penambahan tempoh maksimum pengajian bagi pelajar yang mendaftar untuk sesuatu minor.

(iii)

Pelajar yang tidak memohon untuk penganugerahan minor semasa penganugerahan ijazah tidak akan dianugerahkan minor yang berkenaan.

4.0

PENGECUALIAN DAN PERPINDAHAN KREDIT BAGI PROGRAM MINOR 4.1 Pengecualian dan perpindahan kredit tidak diberikan untuk sebarang mata pelajaran minor.

5.0

KEPUTUSAN PENCAPAIAN AKADEMIK 5.1 Keputusan bagi Mata Pelajaran Program Minor akan dikira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Mata Pelajaran Program Minor yang gagal tidak semestinya diulangi tetapi kredit dan mata nilai bagi mata pelajaran tersebut akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

5.2

6.0

PENGANUGERAHAN 6.1 Syarat penganugerahan minor. (i) Pelajar hanya layak dicatatkan memperolehi minor dalam sesuatu kursus dalam transkrip pelajar setelah: (a) Lulus dalam semua mata pelajaran yang ditetapkan untuk sesuatu Program Minor yang didaftarkan, Memohon penganugerahan minor dan mendapat perakuan fakulti yang menawarkan.

(b)

6.2

Permohonan penganugerahan minor. (i) Pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan bagi sesuatu Program Minor perlu mengemukakan permohonan semasa membuat permohonan penganugerahan sesuatu ijazah. Permohonan penganugerahan minor tidak boleh dibuat selepas penganugerahan sesuatu ijazah.

(ii)

47

48

** MAKLUMAT PINDAAN ** PINDAAN 1 : Jadual V : Hubungan Antara Markah, Gred dan Mata Nilai ( muka surat 11 )

Markah 90-100 80-89 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 35-39 30-34 00-29

Gred A+ A AB+ B BC+ C CD+ D DE

Mata Nilai 4.00 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.00

PINDAAN 2 : (muka surat 12) ( 2 ) Gred lulus untuk sesuatu kursus adalah tertakluk kepada keperluan fakulti dengan kelulusan Senat. Secara umumnya Gred D+ adalah gred minimum yang dikira lulus. PINDAAN 3 : Jadual VII : Kelas Penganugerahan Diploma dan Ijazah (muka surat 19)

Kursus Diploma Diploma Kelas Pertama Diploma Kelas Kedua Kursus Ijazah Sarjana Muda

Kedudukan PNGK PNGK > 3.50 2.00 < PNGK < 3.50 Kedudukan PNGK

Kepujian Kelas Pertama Kepujian Kelas Kedua (Tinggi) Kepujian Kelas Kedua (Rendah)

PNGK > 3.67 3.00 < PNGK < 3.67 2.00 < PNGK < 3.00

Pindaan ini dilakukan berdasarkan kelulusan Mesyuarat SENAT Universiti yang bermesyuarat pada 9 Mei 2007 ke atas Kertas Kerja Pelaksanaan Sistem Penggredan Markah Matapelajaran UTM ( Hal Lain Bil. 8/2006/2007/02 ).
Bahagian Pengurusan Akademik SPACE UTM 10 Mei 2007

49

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful