You are on page 1of 5

myMetro » Variasi » Ad-Din

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin


rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam


Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi
(1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh
mazhab Hambali sedang merosot dan umat
Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah
seperti khurafat dan bidaah.

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791).
Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu
melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah


menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca
ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam
seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat
Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini
apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak
mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara
ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam
dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam
sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum
syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w
wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang
menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang
dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami
akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari
akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu
adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting
daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam
Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal
tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang.
Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung
pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai
tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi,"
katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu
bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi
menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim,
Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang
menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular,
labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram
dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam
masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul
kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket'
menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang
kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-
Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan
masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid
selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh
Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd
Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di
Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai
pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan
demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang
bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya
bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu
mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan
berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang
dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak


pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan
ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil
membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada
mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah
menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam
masjid adalah disyariatkan.
Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari
daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia
Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang)
daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73
cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam
kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

 Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan
Ibnu Taimiyyah

 Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh
berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

 Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak
dan Qias

 Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

 Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

 Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

 Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan
seumpamanya

 Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi,
Israk Mikraj dan lain-lain

 Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

 Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

 Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

 Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

 Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan
lurus sahaja

 Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

 Amalan tariqah dilarang sama sekali


 Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras