You are on page 1of 5

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


DARUL KHUSUS

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi


kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:-

1. a) Jawatan : PENGHULU

b) Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

c) Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan

d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan


Perkhidmatan

e) Jumlah : Empat Belas (14)


Kekosongan

f) Taraf Jawatan : TETAP

2. Gred/Jadual Gaji : Gred NP27


P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM160.00


ii) Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00

3. Syarat Lantikan : 1) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki


kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;
[LELAKI sahaja]

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada


tarikh tutup iklan jawatan;

…2/-
[ 2 ]

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau


kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta
mempunyai pengalaman tidak
kurang daripada 10 tahun dalam
bidang berkaitan, terlibat dalam
aktiviti kemasyarakatan dan
sukarela serta berpengetahuan
luas dalam pembangunan
masyarakat, adat istiadat, agama
dan sosiobudaya tempatan.
[Gaji permulaan ialah pada
Gred NP27:P1T3]; atau

ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia


atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada
Gred NP27:P1T6]; atau

iii) Diploma dalam bidang pentadbiran


awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada
Gred NP27:P1T10]; atau

iv) Diploma dalam bidang pengurusan


harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada
Gred NP27:P1T11].

[Calon dengan kelayakan STPM


atau diploma disyaratkan
mempunyai pengalaman tidak
kurang dari 5 tahun dalam bidang
yang berkaitan, terlibat dalam
akvitivi kemasyarakatan dan
sukarela serta berpengetahuan
luas dalam pembangunan
masyarakat, adat istiadat, agama
dan sosiobudaya tempatan]

…3/-
[ 3 ]

dan d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa


Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

4. Syarat Kenaikan : 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam


Pangkat Secara perkhidmatan Kumpulan Sokongan Gred 17
Lantikan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM
adalah layak dipertimbang oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Penghulu Gred NP27, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di


perenggan 1 (c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas;

[Calon dengan kelayakan SPM


disyaratkan mempunyai
pengalaman tidak kurang dari
10 tahun manakala calon
dengan kelayakan STPM
atau diploma disyaratkan
mempunyai pengalaman tidak
kurang dari 5 tahun dalam
bidang yang berkaitan, terlibat
dalam aktiviti kemasyarakatan
dan sukarela serta
berpengetahuan luas dalam
pembangunan masyarakat,
adat istiadat, agama dan
sosiobudaya tempatan]

dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada


tarikh lantikan.

5. Deskripsi Tugas :

Melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan pentadbiran tanah,


pentadbiran agama Islam, keselamatan, pembangunan, kegiatan sosial dan
kebajikan masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

…4/-
[ 4 ]

6. Cara Memohon:-

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1


Pin.7/91 yang boleh didapati di Pusat Sehenti, Tingkat G, Blok D,
Wisma Negeri, 70503 Seremban.

b) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan


Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perenggan 17, Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama
dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan salinan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

c) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan diakui sah oleh


Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) Kad
Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan
beserta gambar terkini berukuran pasport. Bagi calon yang lahir di
luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir
Ibu/Bapa yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.

d) Calon-calon yang pernah memohon jawatan di atas juga perlu


membuat permohonan semula.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan


selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

Y.B. Setiausaha Kerajaan


Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 SEREMBAN.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

g) Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 JANUARI 2010.


Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.